#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Saturday, July 28, 2012

Rutob atau kurma muda

Hakikatnya aku memang terlalu sukakan rutob atau kurma muda ni berbanding kurma biasa disebabkan ia rangup dan manis. Aku boleh makan buah ni tanpa henti sampai masa berbuka dengan Scabs kat Zanmai haritu, dia pegi tutup bekas tu sebab nak suruh aku berhenti! Hahaha.. tak baik tau Scabs!
Read More

Bagaimana?


Bagaimana harus
menempuh hari mendatang
Andai kau tahu
Kehilangan itu sudah pasti.

Bagaimana bisa
melafazkan kata cinta
Andai "roh"nya
telah lama tiada.

Bagaimana mungkin
senyuman terukir
Andai lubuk hati
bergolak tanpa henti.

Bagaimana ingin
meleraikan ikatan
Andai kasihnya
terlalu mendalam.

Bagaimana?

Nukilan: Bedak Nyonya
Read More

Tuesday, July 24, 2012

Gili Islands

Bila stress dengan hard disk ni, aku mulalah meng-google Gili Islands yang aku tengok kat Samantha Brown's Asia semalam. Makin stress pulak aku jadinya sebab melihatkan pantainya yang putih bersih dengan air lautnya yang crystal clear itu... Bagus! Boleh masuk dalam list untuk travel di masa akan datang. Kalau tak silap, nak ke sini boleh dari Lombok ataupun Bali. Mungkin kalau ke Bali nanti, boleh try diselit-selitkan untuk ke Gili Islands. Berangan je dulu, walaupun pitihnya nan hadooooo!!!! **Aku kan suka berangan**

P/S: Ini gambar bukan saya punya.. cilok dr google saje
Read More

Stressssssss!!!!

Time tengah bertungkus-lumus nak buat kerja... time tu la kau nak bermasalah wahai external hdd! Kasehanilah aku pacar yang hina ini.. Waaaaaaa.... Nak save, delete, copy, paste semua tak boleh. So now aku backup dulu semua data (kerja-kerja dan porn yang maha penting itu!). Ikut ajaran kat google tadi dia suruh edit system registry. Bila dah buat tadi, startup error plak masa Windows nak load. Nasib baik leh recover. So now bila dah habis backup data, aku try format je. Harap-harap boleh! Macam-macam halll...!!!
Read More

Saturday, July 21, 2012

Karipap & Bulan Puasa

Karipap dan bulan puasa memang tak boleh dipisahkan dari hidup aku. Setiap kali pergi pasar Ramadhan atau ke mana saja restoran, karipap lah yang menjadi pilihan aku especially karipap sardin. Aku suka juga karipap inti keledek & udang kering macam Baba buat dulu, tapi sekarang ni susah nak jumpa. Tatau kenapa aku suka sangat kuih karipap ni. Tapi apa yang pasti setiap kali lepas makan kurma dan teguk air, pekena karipap sardin akan membangkitkan rasa kepuasan yang amat sangat di hati ini. Hahaha..

Bulan puasa last year, aku dengan bersemangat try la nak buat sardin ni. Asyik beli je, nak la try buat skali kan? Tapi hasilnya tengok la gambar kat bawah tu. Karipap sardin barai!!! So tahun ni takyah la gedik nak buat okay. Beli je.
Inti sedap.. tapi presentation hauk!
Asyik terkangkang je karipapnya, sudahnya aku buat terus yang besar tuh. Senang!

Read More

Jeju Oh Jeju!

Ahhh... sejak tengok dokumentari kat NatGeo hari tu, hati makin terpaut nak menjejakkan kaki ke Jeju Island, Korea. Hati sangat tertarik dengan keindahan alam semulajadi di pulau ini. Dari Halla-san, Daepo Coast hinggalah ke Folk Village-nya. Tak tahulah apa pandangan korang, tapi aku rasa bumi Korea ni memang sangat indah. Semuanya nampak segar, nyaman dan menarik. Tak sabar plak dengan trip akan datang ni.. Hehe.
 
 
 
 
Lagi satu yang buat aku tertarik adalah gaya hidup yang ringkas masyarakatnya terutama golongan "haenyo" ataupun penyelam wanita. Mereka adalah penyelam mahir yang mencari rezeki di dasar laut Jeju tanpa menggunakan sebarang bantuan alat pernafasan. Mereka boleh bertahan di dalam air selama 2 hingga 4 minit dengan kedalaman sehingga 30 meter! Hebat tak? Yang lebih mengagumkan, rata-rata golongan ini berumur lebih 50 tahun dan yang aku tengok dalam dokumentari tu, ada seorang yang berumur lebih 70 tahun! Tapi kudrat mengalahkan orang muda. Usia yang sepatutnya mereka dah duduk diam berehat, tapi hakikatnya masih kuat bekerja. Mungkin tubuh badan mereka sihat disebabkan pemakanan - semuanya fresh, daripada sayuran, daging sehingga seafood. Oh! Dan semestinya aku terliur tengok seafoodnya yang segar itu. Octopus, clam, abalone.... Warghhhhhh!!! Mentang-mentang lah bulan puasa kan?... macam-macam benda sedap terbayang..

 
 
Walaupun trip aku ke Korea akan datang ni tak sempat nak cover Jeju, tapi aku harap Insya-Allah ada rezeki lebih nanti aku mesti datang ke sini. Mahu explore setiap ceruk di pulau ni... =)
Read More

Friday, July 20, 2012

Thursday, July 19, 2012

Tahi Lalat

A melanocytic nevus (also known as "Nevocytic nevus") is a type of lesion that contains nevus cells (melanocytes). Some sources equate the term mole with "melanocytic nevus". Other sources reserve the term "mole" for other purposes. The majority of moles appear during the first two decades of a person’s life, while about one in every 100 babies is born with moles. Acquired moles are a form of benign neoplasm, while congenital moles, or congenital nevi, are considered a minor malformation or hamartoma and may be at a higher risk for melanoma. A mole can be either subdermal (under the skin) or a pigmented growth on the skin, formed mostly of a type of cell known as a melanocyte. The high concentration of the body’s pigmenting agent, melanin, is responsible for their dark color. Moles are a member of the family of skin lesions known as nevi. ~Wiki-apa-dia?!

Tu dia... scientific explaination pasal mole@fly-shit@tahi lalat. Aku tak tahu pun tahi lalat ni appear kebanyakannya masa usia 20-an. Masalahnya aku dah nak pertengahan 30-an dan ada je tahi lalat tumbuh melata. Mudakah aku sebenarnya?? Hahaha.. Tapi ada pendapat mengatakan mungkin petanda kanser. Na'uzubillah min dzalik. Mudah-mudahan tidak la ye. Dulu masa zaman-zaman universiti ada la kawan-kawan aku panggil aku Kakpah Versi Lelaki... apa kejadah ntah. Aku rasa mungkin aku genetically more close to Umi's side. Umi pun memang berlambak tahi lalatnya. Sama macam Pak Anjang aku juga.

Aku teringat masa aku stay kat Bukit Jalil sekitar 2005, aku pergi ke Carrefour Sri Petaling. Ada satu booth this one Chinese lady buat mole removal. Aku pun singgah la sebab ada satu tahi lalat di belah pipi kiri aku ni macam agak besar (aku takut plak kalau jadi tahi lalat hidup ala2 Phua Chu Kang - siap ada bulu bagai kan? Hazab okay!).
Tak bleh bayangkan kalau jadi camni. Dun play-play!
Untuk remove tahi lalat harganya RM10 per mole. So okay la, janji boleh buang. Tak sakit mana pun. Dia just titis satu liquid, dan dalam beberapa hari tahi lalat tu kering dan tertanggal sendiri. Actually tahi lalat aku ni tak tanggal habis pun. Masih ada sikit lagi bakinya. Dan nak tahu tahi lalat yang tertanggal tu aku buat apa? Bungkus elok-elok dalam kertas dan simpan dalam wallet sampai sekarang! Korang ada??!! Hahahaha. Mana la tau kan kot aku dah kiok nanti, dunia memerlukan manusia macam aku.. leh la klon guna nih? Genius tak aku?
Diam tak diam dah 7 tahun aku simpan kau...
Sambungan lepas buat treatment tadi, amoi tu siap tunjuk la carta bagai berkenaan tahi lalat ni mengikut tafsiran kepercayaan dia. Wah! Macam-macam benda dia bagitau. Aku dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mana boleh nak percaya benda-benda khurafat ni kan. Tapi paling tak tahan dia kat "Waa.. u ini banyak la tahi lalat. Tak berapa bagus tau. Suwey, suwey, suwey oo..." Wah! Dan-dan ko kata satu muka aku suwey kan? Mentang-mentang la nak buang sebiji RM10.. kali ngan yang melata kat muka aku ni.. sah-sah la bisnes ko meletup hari tu kalau aku buat kan? Banyak bijak ini amoi. Hahaha.. Takde maknanya aku nak ikut. Lantak la suwey ke tidak. Ada aku kesah? =P

Tapi apapun aku happy dengan bintik-bintik tahi lalat kat muka ni. Harap-harap yang kecil baru tumbuh kat dagu ni visible lagi supaya aku boleh feeling-feeling gorjes macam seniwati Sa'adiah yang manis dengan tahi lalat sebegitu. Wahahahahahaha! (Sorry la aku tatau celebriti lelaki yang ada tahi lalat kat dagu). =P

Sa'adiah
Read More

Jalan Bersama

Dari Pergi Jahanam ke Negeri Dewa,
Dari Merana Diri ke Jelingan Mata,
Dari Kau Laksana Bulan ke Seloka,
Dari Mabuk Kepayang ke Jalan Bersama.
 
**Matilah tak paham**
Read More

Cibak Cibung Ahhh!

Bukak mp3 ni kuat-kuat sambil melalak dalam shower.. cibak ke cibung ahhhh!!

P/S: Tak lupa juga queue Dewa Dewi, Merana Diri, Seloka & Penggodaan.
I wonder if jejiran ingat orang tua nak mati mana la yang dok memekak nih!
Read More

Wednesday, July 18, 2012

Hate

Sampai bila nak rasa camni? Senak perut setiap kali nak tidur dan bangun pagi. Nak tidur, terfikir... bangun tidur, terfikir. Seriously aku tak suka rasa camni.


Read More

Tuesday, July 17, 2012

Monday, July 16, 2012

Iyeth Bustami

Iyeth Bustami, penyanyi yang berasal dari Riau ini, yang juga mendapat jolokan "Siti Nurhaliza Indonesia", aku tahu secara tidak sengaja menerusi stesen radio Klasik Nasional kira-kira 2 bulan yang lalu. Semasa dengar dia mendendangkan lagu "Laksamana Raja Di Laut", aku tertarik dengan kekuatan vokalnya dan cara dia menyampaikan lagu. Tambahan pula aku kan peminat lagu-lagu tradisional juga. Lenggoknya ada juga seakan-akan Zaleha Hamid (well... Kak Leha kan memang salah seorang penyanyi dangdut terbaik di Malaysia!). Oh! Tak lupa juga, lagu LRDL tu mengingatkan aku lagu Hari Raya dendangan Sharifah Aini.

Ni antara 3 lagu yang paling aku suka dendangan Iyeth.


Read More

Troublemaker & Sexy-Free-Single

Dah lama sebenarnya nak tengok video Troublemaker ni tapi asyik lupa je. Ternampak kat Musicbank KBS satni terus aku download. Bleh tahan lagu dia. First dengar aku suka sebab rentaknya catchy. Kpop ni pun sebilangan kecil je aku leh layan. Yang latest kebanyakannya tak masuk kat telinga sebab bagi aku they're trying so hard to create something unique.

Hyuna & Hyun Seung - Trouble Maker

Super Junior - Sexy-Free-Single
Yang ni pun sama. Dari sehari ke sehari nak dengar tapi takdan. Latest baru dari Suju, one of my favorite Kpop bands. Dan seperti biasa, kalau yang baru ni, memang ambil masa la nak rasa lagu ni sedap. Macam Mr.Simple dulu yang aku rasa hauk gile lagu dia. Tapi bila dengar banyak kali, sedap plak.. Haha
Read More

Plan A, B, C, D, E dan Z

If you think your surprise-kind-of-plan is cool, sweet and romantic, think again! People might call you a retarded motherfucker!

And that's whylah aku malas nak berplan sangat kalau nak ke mana-mana. Selalunya tak menjadi. Anyway, memandangkan initial Plan A aku pada berhujung minggu dengan insan yang dekat di hati melalui aktiviti perkongsian minat yang sama (mungkin) tidak berjaya direalisasikan, disebabkan perubahan emosi, ketidak-sabaran dan yang sewaktu dengannya itu, maka perlulah aku bertukar kepada Plan B spontan yang berikutnya. Apa yang pasti, aku memang tidak mahu terperap di rumah pada hari Sabtu lepas dan mahu keluar dari KL! Makanya dengan pantas aku meng-tweet Scabs walaupun aku pasti yang insan-insan tersayangnya akan naik ke KL. Dan apabila tweet serta Whatsapp tidak berbalas, dengan pantas juga aku terus call si empunya diri yang ketika itu sedang memandu ke suatu destinasi rahasia! Ohhhh.... ada plan rupanyeeeee! Dating lettewwwww! Takpe lah, demi masa depannya itu, aku malas nak ganggu. Hahaha. 

So terus ke Plan C, of cos lah targetnya orang-orang yang sedang single macam aku yang mempunyai minat yang sama - iaitu photography (walaupun skill aku ala kadar sahaja!). Dengan pantas aku BBM Kakpah yang hari itu sememangnya free dan ajak dia outing. Dia setuju dan plan pun bermula. Lepas mandi dan bersiap-siap dengan pamphlet Negeri Sembilan dan Selangor di tangan, maka dalam perjalanan untuk makan tengahari, kami pun berbincang mana mau pegi. Sama ada tepian pantai, Pulau Carey, Perak atau sekitar Selangor.. yang perjalanannya sekitar sejam lebih je la. So we decided untuk pergi ke Forest Research Institute Malaysia (FRIM) di Kepong itu. Since aku pun suka kepada alam semulajadi, maka pilihan itu not bad lah. Tapi masalahnya kami tatau nak ke sana. So mengikut perkiraan akal aku yang bijak ni, bantai je la masuk KL dulu dan cari signboard ke Kepong/Selayang. Memang ngam lah kan.. hari minggu masuk KL. Jem sana sini. Tersangkut kat Loke Yew, pastu jalan mana lagi ntah, dengan berpatah balik mencari FRIM itu, sudahnya sampai situ jam 3.30 petang. 3 jam perjalanan dari Kajang! Kalau balik JB mungkin dah sampai. Cissss!!!
 
Kakpah yang tengah ralit mengambil gambar.
Anyway bila dah sampai, masuk kat entrance kena bayar RM6.00 (RM1 seorang + RM4.00 untuk kereta). So berpusing-pusing lah kami di dalam kawasan FRIM ini. Alhamdulillah, hujan renyai-renyai dah berhenti. So dapatlah kami mengambil gambar serba sedikit. Canopy walk tak dapat pergi sebab dah tutup. Rugi! Udara kat sini memanglah nyaman, dengan bunyi unggas sana-sini. Relaks sekejap kepala otak yang berserabut. 
 
 
 
 
 
 
 
Picnic area.
Rumah Terengganu.
Kolam bersebelahan Pusat Informasi.
Lepas berada di picnic area dan kawasan hutan berdekatan, kami pergi ke Pusat Informasi/Kedai Cenderahati. Takde apa sangat pun kat sini. Sedih! Then terus merayap ke area Malay Tea House. Kat situ kami ternampak Sebasah Trail, another trail untuk jungle tracking. So masuklah ke dalam tu mengikuti denai-denai yang disediakan. Sampai-sampai je di jalan keluar, rupanya kami di area tapak semaian which is actually kawasan larangan! Patut la ada pak guard follow kat belakang then bagitau kami area ni takleh masuk. Hahaha. Dah track nye membawa ke situ... Bukan salah kami okay!
 
 
 
 
Keluar je tracking dah masuk area ni... cener???
So lepas dah puas kat situ, kitorang pun cabut balik. Sebelum tu berpusing juga lagi sebab aku still tak puas hati nak mencari Taman Rimba Komanwel. Tapi tak pergi pun, memandangkan dah pukul 5 lebih masa tu.

On the way balik tu, boleh kepala ni ada Plan D lain lagi sebab aku still tak puas hati trip ke FRIM tadi. Ikutkan diorang ni ada plan nak masak bagi kat rumah Bai. Tapi aku just suggest kat Kakpah, jomlah pergi dinner somewhere luar KL. So plan ke PD terus popped out. Kami terus ke rumah Bai, memandangkan dia pun on the way balik dari kerja. Lepas maghrib tu kami pun bertolak ke PD. Sampai sana, singgah pasar malam, tapau makanan then duduk atas pasir pantai dan makan! Berborak-borak sambil menikmati makanan dengan hembusan bayu yang nyaman. Sangat menenangkan walaupun hakikatnya otak berserabut dengan sms yang manis-manis belaka.
 
 

Lepas dah puas lepak situ, maka pulanglah aku dah rakan-rakan taulan ke KL selepas puas dengan aktiviti-aktiviti yang sepanjang hari tanpa perlu untuk aku meneruskan Plan E yang tak menjadi. Malah terus ke Plan Z iaitu tidur mampus sampai keesokkan harinya.
Read More

Thursday, July 12, 2012

Frozen

Tidak mampu untuk berkata
Tidak tahu untuk bertindak
Tidak pasti apa yang aku rasa
Tika dan saat ini
Aku umpama ais
Sejuk dan keras
Mungkin menunggu saat untuk cair
Tersejat lantas lenyap dari pandangan
Mungkin...
Read More

Wednesday, July 11, 2012

Baju Raya

Yeay.. baju raya dah siap! So tak payah pening kepala nak cari baju apa nanti. Thanks to Anddie dari CLNKish Collection.
Aku dapat merasakan baju raya aku tahun ni berkonsepkan KORAB (Korean + Arab). Bukan kurap ya! Melihatkan pada materialnya, aku juga percaya pasti sejuk bila busana itu menyelimuti badan ini. Hehe. Tapi, aku macam kena tebas sikit chest hair memandangkan kolarnya agak luas. Apa barang terkeluar bulu dada kan? Aku bukan hero Hindustan! Hahaha..

Anyway, pada sesiapa yang berminat nak beli kurta, shirt atau jubah yang specially designed, bolehlah jenguk ke blog tuan yang ampunya rumah di sini: http://clnkish.blogspot.com/
Read More

Satay Willy & Burger Bakar

Semalam lepas balik meeting, perut memang tengah tahap kelaparan yang amat sangat. Apatah lagi bila stuck dalam jem kat tengah-tengah KL. Aku twit Scabbers ajak makan kat Satay Willy kat area Ramal Food Junction, Kajang. Kebetulan dia pun baru nak gerak balik dari Menara itu. So memandang pergerakan trafik macam siput babi kepenatan selepas romen, makanya dia gerak dulu tunggu aku kat KFC lepas Tol. Sg. Besi. Sampai-sampai kat tepi tengok makcik ni tengah sibuk menangkap gambar sunset bagai. Suka sangat dengan sunset. Aku bagitau dia aku nak balik rumah dulu sebab ada emergency. Nak terberak! Gila lama aku tahan dari jem kat KL tadi. Sadis okay!!! Masuk rumah je aku terus berlari ke toilet - tutup pintu bilik, pintu toilet tak mahu sebarang bunyian luar biasa terdengar sampai ke luar! Hahaha.. So bila settle, siap-siap mandi semua, baru kitorang gerak. 

Sampai kat sana, umat manusia tak ramai sangat mungkin sebab baru lepas hujan. So lepas dapat tempat duduk, aku pun pergi order Satay Willy 16 cucuk je (8 ayam, 8 daging). Secucuk 70 sen. So total RM11.20. Then Scabs order Burger Bakar Abang Burn - ayam untuknya dan aku minta daging. Satu RM7.50. So bila satay sampai, kitorang ngap lah satay ni dulu. Satay ayam perfect! Tapi yang daging ni tak macam masa first aku makan 2 minggu haritu yang mana dagingnya lembut, empuk. Ni macam liat sikit... but still okay lah.
Satay Willy
Lepas dah habis makan satay, kitorang dok tunggu punya tunggu burger tak sampai-sampai. Tapi takde la kisah sangat sebab perut still kenyang baru lepas makan satay kan. Tapi bila dah lama tu, tertanya la juga apsal lama sangat. So bila Scabs pergi tanya rupanya diorang dah panggil tapi silap nombor. Ceh!!! Patut la tunggu lama.. So bila burgernya sampai dia dah sejuk. Rasanya okay la gak but aku rasa if panas-panas lepas bakar lagi best dan juicy. Scabs pulak dia minta burger ayam dapatnya burger daging. Hahaha.. no complaint. Makan je.
Burger Bakar Abang Burn
Seriously memang kenyang sangat lepas makan burger ni. Dan aku tak pernah nampak muka Scabs yang kekenyangan dan bila dah terlalu kenyang kita dapat saksikan kesengalan dia. Seawal dari makan satay lagi. Ntah bila ntah aku sebut nama Dahlia... Hahaha.

So overall, makan kat sini sedap dan puas hati. Aku dah try Satay Willy, Burger Bakar dan Flaming Pan Carbonara. Mee Udang Port Weld aku dah try jugak tapi mengecewakan sebab udangnya kecil-kecil, tak padan dengan harga special yang aku minta RM15 semangkuk. Kalau kat Kuala Sepetang tu, udangnya memang bapak besar!!! Oh! By the way, masa kitorang dah nak beredar, umat manusia dah ramai kat sini. Luckily datang awal!
Read More