#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Thursday, January 24, 2013

Masakan kampung sedap!

Kali ni aku nak promote one of my favorite restaurants kat area Kajang ni iaitu Restoran MZ Sri Tanjung. Restoran ni terletak di Sungai Jelok. Walaupun hakikatnya Pizli dah buat dulu review pasa restoran ni kat blog dia. Hahahaha...
Ni la kedainya..
Kenapa aku suka makan kat sini? Salah satu sebabnya ialah banyak sangat pilihan lauk-pauknya. Macam-macam jenis - dari masak lemak, kari, asam pedas, singgang dan lain-lain. Tapi selalunya kalau aku ke sini pilihan aku adalah ikan keli bakar, patin masak gulai tempoyak dan yang paling aku suka, sayur keladi masak asam. Tak lupa juga ulam-ulaman yang pelbagai serta beberapa jenis sambal. Tapi hari ni aku frust sikit sebab lauk patin masak tempoyak tak ada.. :(
This is at one side - ikan, daging, ayam etc
Yang ni pulak the other side - ulam dan sayur-sayuran dll
Memang ramai kalau lunch time
Lauk untuk tengahari ni
Sayur keladi masak asam.. suka!!!
Ulam dan sambal belacan adalah wajib
Lunch ngan Bie
Lapar!!!
Selain daripada tu, terdapat juga beberapa menu lain antaranya nasi beriani, laksa, mee kari dan sebagainya.
Ni antara menu yang ada
Dan ini juga...
So, bagi penggemar masakan ala kampung yang berada di Kajang, singgah lah kat sini. Insyallah puas hati.

Untuk mengetahui lokasinya, boleh refer pada Google Map ni:
Read More

Wednesday, January 16, 2013

Jalan-Jalan Cari Makan... Penang

Yeayyy.. trip yang di-plan 2 minggu sebelumnya ni telah menjadi kenyataan gaks!!! Agenda utamanya tak lain dan tak bukan adalah sessi menjahamkan diet dan menambahkan lemak serta kolestrol. Dari start mula perjalanan, sampailah sebelum sampai rumah, makan je kerjanya.

Memula plan nak gerak awal like pukul 9 malam, tapi disebabkan ada hal lain nak dibereskan, maka kami bertujuh bergerak dari rumah Bai sekitar jam 11.00 malam dengan 2 kereta. First stop - R&R Sungai Buloh. Dok mengalas perut yang agak kelaparan. Aku just makan chicken burger je memandangkan tu je yang tinggal kat Burger King situ.
Berhenti mengisi perut di R&R Sungai Buloh
Si Kroll ni memang jenis tak reti diam kalau bergambar!
Lepas habis makan, kami teruskan perjalanan semula, tapi sampai Ipoh, turn aku plak drive. Bie agak keletihan. Alhamdulillah, selamat sampai di Chulia Heritage Hotel sekitar jam 4.30 pagi. Hotel ni terletak kat Lebuh Chulia. Within UNESCO World Heritage area dan dekat kalau nak ke NK Line Clear atau NK Beratur. Hotel ni kami dah pre-book awal masa 2 minggu sebelum trip. Ada promotion kat Agoda time tu. Quite cheap la. Lepas check-in bilik ingatkan boleh tido.. tapi tak sebenarnya. Sudahnya kami semua kecuali Bai dan Azz pergi merayap cari mamak untuk breakfast. Ingatkan Line Clear buka.. tapi dah tutup. So kami pergi ke another mamak yang sederet dengan LC tu. Lepas selesai membedal roti canai dan teh tarik, kami semua balik ke bilik. Rehat dan tidurlah..
Hotel yang sememangnya dah senyap sunyi masa kami sampai
Chulia Heritage Hotel, Lebuh Chulia, Penang
Lobi hotel
Me in front of the hotel
Keesokannya, kami gerak untuk lunch around 12.00 tengahari. Ini kes Azz almost pitam sebab diserang angin (tul ke bahasa aku??). Mana taknya, dah la malam sebelumnya makan sikit... pastu perut kosong pegi bantai asam.. menjadi la kan. Apapun syukur sebab dia dah okay. So, kami terus ke Nasi Kandar Line Clear yang terletak tak jauh dari hotel. Aku just ambil nasi separuh dengan kari kambing je. But kali ni rasa dia kureng sikit la banding ngan yang aku makan masa trip sebelum ni. Hermmmm...
Let's Nasi Kandar!!
Ikan pun ada masalah...  >.<"
Nasi ngan kari kambing
Dah kenyang isi perut, kami pergi mencari jeruk yang terletak sederet dengan NK Line Clear ni. dekat ngan area Mydin/Balai Polis. Penang dan jeruk memang sinonim. Beli la sikit buat buah tangan member-member di KL. Aku bukannya pemakan asam jeruk sangat. Jeruk buah pala lagi la. Seketul dua je kalau makan.
Me and the girls
Jerukkksssss
Lepas beli jeruk, kami pergi ke 1st Avenue Mall mencari semata-mata mencari Chatime demi memenuhi selera si Azz. So lepak la situ sekejap. Ingat nak layan movie or karaoke tapi cam bosan la plak. Sudahnya, balik bilik.. berehat dan mandi-mandi dulu sebelum keluar semula. Panas kan.. so memang tak selesa la kalau nak jalan berlekit-lekit ni. Pukul 3 lebih kami keluar semula menuju ke Laksa Janggus yang terletak di Balik Pulau. Ini cadangan Ajie ngan Kroll. Kalau ikut map boleh lalu Air Hitam, tapi Ajie suggest pergi ikut Batu Feringghi sebab viewnya menarik sikit. So dari Batu Feringghi nak ke Balik Pulau tu lebih kurang 23km. Jalannya memang bengkang-bengkong dan mendaki bukit sampai si Kroll turun tepi jalan sebab nak termuntah. Tak macho langsung!!!! Hahahahaa... Lepas ke turun dari jalan bukit dan sampai ke bawah, kami mencari Jalan Baharu - lokasi Laksa Janggus ni. Ikutkan Ajie memang sesat la memanjang sebab dia lupa jalan. Thanks to Google Map dan Foursquare yang berjaya membawa kami sampai ke destinasi.

Sampai kat sini, memang ramai orang. Lepas pilih tempat duduk, kami terus order Laksa Asam Janggus yang diperkatakan ini. Masuk Jalan-Jalan Cari Makan katanya. Aku order yang spesial. RM3.50 semangkuk dengan lebih mee serta telur rebus. Selain laksa, kami beli Rojak Buah dan Pisang/Keledek Goreng. Bila dah rasa, pada pendapat peribadi aku... biasa je laksa ni. Okay la.. kuah dia sedap but aku expect yang macam Laksa Asam yang superb dengan bunga kantannya.. petisnya.. nanas, timun, lada... tapi nan hado.. So, for me not worth it la.. Satu je yang aku suka... Goreng Pisang/Keledeknya. Memang sedap sebab tepungnya rangup.
Laksa Janggus, Balik Pulau
Meh order apa yang ada...
Tak menang tangan..
Rojak buah
This is Laksa Janggus
Rojak Buah
Lepas pekena Laksa Janggus ni, kami balik bilik semula. Kali ni ikut jalan Air Hitam pulak. Lebih kurang 20 km lebih ke Chulia Heritage. Tapi jalannya takde la seteruk jalan dari Batu Feringghi tadi. Half way tu, sempat lepak di atas bukit untuk sessi bergambar selain menikmati keindahan sunset di situ.
Si Kroll berangan apa ntah tu..
Best dok melepak atas ni..
Beautiful sunset
Sampai bilik, rehat lagi sebab kekenyangan. Lepas dah segar, pukul 9.30 malam kami keluar untuk dinner. Destinasinya sudah tentulah Gurney Drive untuk pekena pasembur. Sesak la area ni.. nasib baik dapat parking. Kat sini aku pilih Shariff Muslim Pasembur sebab aku rasa yang ni paling sedap aku pernah makan. Bai pula pergi pilih yang opposite stall - Stall 09 yang ada uncle menari-nari ikut lagu Hindi. Bila rasa keduanya, aku lagi suka yang Shariff punya sebab kuahnya lagi pedas. Those yang tak kuat pedas sure pilih Stall 09 ni. Oh! by the way, Ajie yang memulanya tak nak makan.. tapi bila order pasembur sampai RM33!! Meriah sekali dengan ketam bagai.. Tapi apapun Alhamdulillah sebab semuanya licin kecuali Kroll yang tak dan nak habis sataynya..
Tu gerai pilihan Bai
Pasemboq!!!
Muka Ajie yang bernafsu tgk makanan.. Priceless!!
My hungry face!!
Yang kanan aku tu posing je lebih.. makan tak abis!
Kenyang dah semua..
Selesai makan, kami pergi ke Batu Feringghi Night Market. Amz dengan Bie tak ikut pun sebab mengantuk dan tido dalam kereta. Aku follow Bai, Azz dan Kroll sekejap je sebab takde intention pun nak beli apa kat sini. Pastu aku melepak kat McD area situ jumpa member lama aku kat FB. Kenal dah bertahun tapi kalau pergi Penang memang takdan nak jumpa. So kami lepak kat situ berborak sampai la diorang ni message ajak pegi Hard Rock. Aku memang malas la kan.. So diorang pergi sana, aku ngan Vin pergi pusing-pusing kat Night Market tu sebelum gi tepi pantai sambung berborak lagi. Around 2.00 a.m kami pergi Starbucks Drive Thru kat Tanjung Bungah, jumpa diorang kat sini yang tengah leka main pakau sampai Starbucks tutup. Tapi sebelum balik bilik sempat lagi singgah makan Nasi Kandar Beratur plak. Aku ngan Bie je makan. Yang lain minum je. Sampai bilik memang blackout terus. Tak mandi tak apa terus pengsan. Tapi diorang ni boleh layan sambung main pakau sampai pukul 4.00 pagi!!! Gile betul..
Nasi Kandar Beratur
Keesokkan harinya adalah last day. Lepas bersiap, kami breakfast di Stardust Cafe, depan jalan masuk hotel ni. Pekena toast, cheese & tomato omellette dan kopi-O. Memang ngam!!! Lepas check-out sebelum gerak balik, singgah beli jeruk dulu. Ada pulak orang yang mengirimnya. On the way balik KL, singgah lagi di Mee Udang Mak Teh, Kuala Sepetang untuk lunch. Sampai sini lebih kurang 1.30 tengahari. Tapi agak frust sebab hak yang RM12.00 sepinggan tu takde. Yang ni udangnya memang besar. Tinggal yang RM10.00 je. So order la jugak. Plus dengan Sambal Udang untuk diratah. Yang ni aku kongsi ngan Ajie. Puas hati dapat makan mee udang kat sini. Aku lagi prefer mee udang Mak Teh banding ngan Mak Jah. Tatau kenapa.. Tapi yang pasti, mee udangnya memang sedap. Sempat tapau lagi sebungkus untuk Nas, jiran aku.
Breakfast @Stardust
Posing kenang-kenangan jap ..
Sebelum chiowww
Mee Udang Mak Teh... yummmyyy!!!!
Sambal udang untuk diratah
Lepas pekena mee udang, singgah lagi kat bandar Taiping pekena Cendol Ansari pulak.. Hahaha... Apa nak jadi ntah.. makan je kerjanya. Selesai membalun cendol, terus sambung perjalanan balik ke KL.
Cendol Ansari, Taiping
Cendol biasa
Dalam perjalanan tu, berhenti lagi kat R&R Tapah dengan hajat nak mebeli jambu. Tapi bila berhenti, lapar lagi. So, lepak kat cafe situ, minum kopi dengan choc cake. Bai pulak order 4 ketul drumstick. Apa lagi.. bedal lah.. Lama gak lepak sini. Berborak sambil tengok drama Tamil Bai ngan Kroll yang tak sudah-sudah nak bergaduh. Dah kat sini tu ingatlah dah last la takde berhenti2 lagi sebab plan nak balik rumah terus. Tup-tup on the way tu, si Kroll lapar lagi??? So sudahnya, semua menuju ke Hartamas (since nak drop Kroll dan Ajie kat sini), lepak mamak dan makan lagi.. Ya ampun... So, begitulah aktiviti membesarkan perut kami pada minggu itu..
R&R Tapah
Last makan kat mamak Hartamas.. >.<"
Read More

Monday, January 7, 2013

Lagu wajib masa karok

Melalak adalah memang merupakan hobi aku sejak azali. Memang tak sah kalau sehari tak dengar lagu. Dan of coz, kalau free memang ke karaoke lah yang paling aku suka. Dan ni adalah antara lagu-lagu wajib aku kalau gi karok.

Akhasmak Ah - Nancy Ajram
Bous Elwawa - Haifa Wahbi
Camar Yang Pulang - Aishah
Cari Jodoh - Wali
Demi Cinta Ini... Yee - Hetty Koes Endang
Hasa Ma Bena Fi haga - Haifa Wahbi
Hanya Kau Yang Mampu - Aizat
Kasih Kita - Aishah
Kuch Kuch Hota Hai - Udit Narayan & Alka Yagnik
Ladki Badi Anjani Hai - Udit Narayan & Alka Yagnik
Lamunan Terhenti - Aris Ariwatan 
Mengapa Dikenang Mengapa Difikir - Herman Tino
Nour Elshams - Pascale Machalaani
Oh! Di Mana - Sharifah Aini
Ratuku - Awie
Rek Ayo Rek - lagu Jawa by Sakura Teng
Sampai Hati - Spring 
Seri Langkat - Sudirman & Zaleha Hamid
Syurga & Neraka - Hetty Koes Endang
Talab Idi Men Ahly - Pascale Machalaani
Tui Ni Ai Bu Wan - Aaron Kwok
Wajah Kesayangan Hamba - Hail Amir
Yang Tersayang - Amelina & Iwan

Aku yakin aku memang bagus dalam menyanyi lagu-lagu dangdut. Dan mungkin aku sepatutnya menjadi penyanyi dangdut!. Lagu English aku tak baper minat sangat. Tapi most of the time aku stress sebab susah nak dapat lagu-lagu Arab kat sini.. Haizzz..
Read More