#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Saturday, June 29, 2013

Yogjakarta 2013 Part 3/3

Hari ke-5: Merapi Lava Tour, Dinner & Karaoke

Aktiviti pada hari terakhir ni sebelum pulang pada keesokan harinya melawat Gunung Merapi, dinner di rumah Sekar dan sessi karaoke bersama teman-teman Yogja.

Merapi Lava Tour
Bertolak dari hotel seawal jam 9.00 pagi, kami sampai lebih kurang jam 11.00 lebih. Masih menggunakan khidmat Pak Budi sebagai tour guide. Sampai di kaki Gunung Merapi, cuacanya sangat terik! Bas kami berhenti di Pos Jeep Wisata Hardtop. Aktiviti pertama kali ialah menaiki jeep menjelajah segenap pelusuk di kaki Gunung Merapi ni. Satu jeep boleh muat 5-6 orang. So aku naik jeep skali dengan Shafek, Hamzah dan Rico. Perjalanannya.... Pergghhhhhh!!! Cam haram!!! Bergegar kepala otak! Dengan debunya. Punyalah azab. First time aku naik benda camni.. Tapi dalam pada tu, memang menyeronokkan. Adventure katanya.. Kalau nak rehat-rehat bagai.. baik pegi spa je... betol tak? :P Kat sini aku memang berbungkus kepala. Nasib baik ada selendang souvenir yang diorang bagi haritu. Panas satu hal.. habuk dengan debu yang tak tahan tu. Kulit tak yah cerita la... Buat penat je rejim pemutihan kulit aku sebelum ni.. Rentung terus!!!!
Puncak Merapi sayup kelihatan
Sedia untuk Merapi Lava Tour
Menanti pak supirnya
Azab dunia pun bermula.. haha
Berhenti posing sekejap
Tu dia aku dah berbungkus!
Apa yang menarik dengan aktiviti ni ialah anda dapat melalui ceruk-ceruk untuk melihat kesan bencana letusan Merapi pada 2010 dahulu. Melalui kawasan kampung yang telah menjadi padang jarak padang tekukur, selain dapat melihat keadaan tanah-tanah dan batu-batu yang masih berasap kepanasan di sini. Scary jugak! Kemudian kami singgah di satu kawasan di mana terdapat batu besar hasil letusan Merapi yang mempunyai rupa bentuk muka manusia. Bayangkan batu sebesar itu yang keluar dari Gunung Merapi!
Puncak Merapi
Dah ditumbuhi semak samun. Dulu lapang..
Peninggalan tragedi
Batu-batu di sini masih berasap kepanasan ya..
Batu berbentuk rupa manusia
Selepas itu, kami singgah di "Musium Sisa Hartaku" di mana ia merupakan sebuah rumah yang musnah akibat tragedi Merapi ni. Di dalam ni terdapat banyak kesan kemusnahan antaranya motorsikal serta peralatan rumah yang cair akibat kepanasan hawa gunung berapi tersebut, tulang-tulang haiwan serta yang paling menarik jam dinding yang menunjukkan saat berlakunya bencana.
Antara harta yang musnah
Antara korban Merapi
Jam detik berlakunya malapetaka
Antara cenderahati daripada akar pokok yang boleh dibeli
Setelah selesai lawatan Lava Tour ni, kami dibawa ke Moro Lejar, sebuah restoran yang terletak di Kabupaten Sleman, dengan suasana yang cukup menarik untuk makan tengahari. Bukan setakat pemandangannya yang cantik, makanannya pun sangat lazat ya! Dengan ayam, ikan bakar, tempe, sambal dan ulam-ulaman.. aku makan tak tengok kiri kanan. Ditambah pulak dengan air kepala campur gula jawa.. perghhhhhh!!!! Terbaik!!!
Moro Lejar, di Kabupaten Sleman
Tenang suasana desa di sini
Sedia untuk menjamu selera
Meriah hidangannya
Muka-muka kekenyangan
Dah kenyang langsung tersadai..
Habis makan, last aktiviti petang ni ialah melawat Ullen Sentalu iaitu muzium yang memaparkan kebudayaan Jawa serta sejarah kota Yogya serta pemerintahnya. Ini adalah antara tempat yang perlu dilawat kalau kita berada di sini. Anda pasti kagum dengan apa yang terdapat di dalamnya. By the way, kat sini tak dibenarkan mengambil gambar. So.. tak dapat la aku nak letak dalam blog ni ya.. :D
Entrance Ullen Sentalu
Dinner di rumah Sekar
Pada malam terakhir di Yogya ni, Sekar dengan keluarganya telah menjemput kami semua untuk makan malam di rumahnya. Kami semua pergi dengan menaiki teksi.. takde la jauh sangat dengan hotel di Jalan Dagen tu. Sampai di rumah, kami diperkenalkan dengan ahli keluarga Sekar, sambil berbual mesra dan bergurau senda. Bukan aku la.. tapi mostly Hamzah ngan Shafek yang memang dah pernah jumpa mereka ni. Malam tu kami dihidangkan dengan nasi gudeg. Seriously aku dah start suka nasi gudeg sebenarnya. Dulu masa first time makan aku tak suka sangat sebab cam manis-manis rasanya. (Okay sekarang aku lapar plak reingat nasi gudeg ni... demm!!!).
Di rumah Sekar
Borak apa ntah...
Makan time
Nasi Gudeg!
Bergambar kenang-kenangan
Lepas makan, kami lepak di luar rumah sambil bersantai mengambil angin dan makan buah limau. Ada pulak sessi pemberian cenderahati oleh Puthut, Sekar dan Rico. Terharu plak aku. Hebat sungguh mereka ni meraikan tetamu. Selesai semuanya, kami terus ke aktiviti terakhir untuk mala ni iaitu berkaraoke.

Sessi Karaoke
Jangan ditanya di mana lokasinya kerana aku memang tak tahu. Tapi biliknya cukup luas dengan sound system yang superb. Seperti biasa lah, Lokman yang terkenal dengan vokal emasnya sangat ditunggu-tunggu. Sedap okay suara dia! Yang lain pun turut nyanyi sama dengan vokal yang tak kurang hebatnya. Puthut siap nyanyi lagu Cindai Siti Nurhaliza. Aku? Hahaha... aku seperti biasa lah. Pi bantai lagu Hetty Koes Endang ~ Demi Cinta Ni Ye.. Layankan aje.. Dan tak lupa lagu Hindi filem Kuch Kuch Hota Hai ya. Memula nak gak nyanyi lagu Jawa: Rek Ayo Rek.. tapi yang keluar ntah video makcik Jawa mana ntah... terus aku cancel. Overall, malam tu we had lottttsssss of fun!!!!
Karoks time!
Hari ke-6: Pulang ke Malaysia

Flight aku ke Kuala Lumpur yang telah di-reschedule ni adalah pada pagi hari, yang lain semua sama je waktunya pada sebelah petang. Maka terpaksalah aku bergerak awal ke airport. Alhamdulillah sampai tepat pada waktunya. Takde jem langsung. Tapi yang lahanatnya ialah apabila luggage aku terlebih berat! Masa aku beli tiket dulu tak bajet pun nak shopping. So aku biarkan aje 15 kg tu. Tup tup bila timbang.. 20 kilo lebih. Lebih 5 kilo okay.. Satu kilo kena charge 150000rp.. so bermakna aku kena bayar 750000rp iaitu bersamaan dengan RM200 lebih!!!!! Tensennyerrrrr!!!! Nasib baiklah aku boleh withdraw guna Maybank ATM Card kat local ATM sini (aku dah activatekan oversea withdrawal siap-siap in case of emergency). Memula tu cuak gak. Takut takleh guna. So terpaksalah aku dengan berat hati membayar lebihan luggage tu.. Stress pakcik!!! So lenkali kalau nak travel, beli je baggage yang lebih.. u never know.. tetiba ko nak tershopping plak kan?
Bye-bye Yogya!
Anyway, thanks to teman-teman Yogya terutamanya Puthut, Sekar dan Rico yang memberi layanan yang cukup hebat sepanjang berada di sana. Tak lupa juga teman-teman yang lain yang cukup mesra. Alhamdulillah ukhuwahnya masih berkekalan sehingga sekarang. Insyallah ada rezeki aku akan ke sana lagi. Terlalu banyak tempat-tempat menarik di Yogya yang masih belum dilawati. Malaysia- Indonesia... kita serumpun! =)
Read More

Tuesday, June 18, 2013

Yogjakarta 2013 Part 2/3

Hari ke-3: Jalan Malioboro, Parangtritis & Sate Klatak

Aktiviti pada pagi hari-3 ni adalah bebas. So kami decided untuk pergi shopping di Jalan Malioboro. Hamzah suggest kami pergi ke Mirota Batik sebab di sana semuanya ada - under one roof. Masa last trip tak pernah pergi. Jadi dah ada kat sini, tak nak la lepaskan peluang kan. Memang banyak souvernir dan barang-barang yang boleh dibeli di sini. Dari batik, makanan, cenderahati hinggalah ke paintings. Rambang biji mata! Aku memang geram tengok paintings yang dijual. Dah la besar, murah pulak tu. Tapi aku tak beli pun. Malas nak berangkut (walaupun diorang boleh bukak framing dia dan gulung untuk kita bawa pulang).
Selesai shopping kat Mirota Batik ni, on the way balik ke hotel, sempat la aku usha baju-baju batik dan juga t-shirts untuk buah tangan teman-teman di Malaysia. Kalu t-shirt tu boleh dapat dalam 30,000 rupiah. Macam-macam design ada. Yang tradisional, modern dan lain-lain. Selesai shopping, kami terus lunch di kedai makan yang berhampiran dengan hotel sementara menunggu rakan-rakan Yogja untuk berkonvoi beramai-ramai ke Parangtritis. So lebih kurang jam 4.15 petang, mereka pun sampai beramai-ramai di hotel kami. Ramai okayyyy!!! Ramai daripada mereka adalah rakan-rakan Puthut, Sekar dan Rico dan ada di antara mereka adalah bekas/calon Dimas dan Diajeng Yogja. Dimas dan Diajeng ni lebih kurang macam Dewi/Hero Remaja kat Malaysia ni. Lebih kurang Duta Pelancongan Yogja. Mereka ni mestilah berkebolehan dalam pelbagai perkara; menari tarian tradisional, mempunyai pengetahuan yang luas dan macam-macam lagi. Untuk memperkenalkan Yogja... kena la bijak kan? So camtu la lebih kurang.. setakat yang aku faham.. Kalau silap.. maknanya korang semua dapat ajaran sesat dari aku. Hahaha.. 
Budaya lepak melepaskan lelah selepas bershopping
Sessi perkenalan dengan teman-teman Yogja
Okay.. kita tinggalkan kisah Dimas dan Diajeng yang kiut-miut dan hot-hot ni.. so lepas sessi perkenalan, kami semua bertolak dari hotel sekitar jam 4.30 petang. Perjalanan sepanjang 30km mengambil masa lebih kurang 45 minit. Seronok berkonvoi ramai-ramai ni rupanya, selain daripada dapat melihat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan. Lebih kurang jam 6.00 petang kami sampai di pitstop yang pertama. Di sebuah kawasan 'sand dune' yang persis padang pasir. Di sini adalah lokasi popular untuk penggambaran antara dalam filem Pasir Berbisik lakonan Dian Sastrowardoyo. Lepas selesai ber-camwhore bagai, kami teruskan perjalanan ke Pantai Parangtritis... dah tak jauh dah dari sini.
Berhenti isi minyak jap... sempat posing lagi
Pemandangan semasa dalam perjalanan ke Parangtritis
Saujana mata memandang...
Berhenti kejap di pos pengawal
Tunggu rakan-rakan yang lain
Tersilap jalan... pusing balik.. hahaha
Okay udah sampai di sand dune..
Berhenti seketika
Yang itu Yudha dan Atma
Arga dan the rest...
Kuat angin di sini
Bergambar sebelum masuk ke Pantai Parangtritis
Pantai Parangtritis
Kami sampai di Pantai Parangtritis ni dah lewat petang, ketika matahari dah hampir nak terbenam. Sunset ketika ni takde lah secantik mana.. mungkin tak kena pada harinya. Tapi apa yang pasti pantai Parangtritis ni sangatlah luas.. mengadap ke Laut Selatan yang terbentang luas. Parangtritis ni terkenal dengan pelbagai kisah mistik antara yang termasyhur adalah lagenda Nyi Rorokidul atau Ratu Laut Selatan yang dikatakan menjaga kawasan ini. Kata orang sini, kalau nak datang ke Parangtritis ni dilarang sama sekali memakai pakaian berwarna hijau (warna kesukaan Nyi). Kalau pakai jugak dikuatiri akan hilang "diambil" oleh penunggu di sini.. Wallahu'alam. Anyway, lama jugak kami kat sini... lepak-lepak menghirup udara sedar sambil mencuba kudap-kudapan yang famous di sini iaitu "siomay". Siomay ini adalah campuran ubi, kentang dan macam-macam lagi dan dimakan dengan kuah kacang. Layan la jugak time perut tengah lapar ni. Habis beriadah di sini, geng-geng Yogja ni bawa kami pergi dinner di Sate Klatak yang terletak di Jalan Imogiri Timur.
Senja di Parangtritis
Sunsetnya tidak berapa indah di waktu ini
Ini namanya "siomay"
Sate Klatak
Kami dinner di Sate Klatak Pak Pong yang terletak di Jalan Imogiri Timur. Sampai saje kat sini, diorang dah sediakan satu tempat khas dengan satu meja panjang untuk kami semua. Sate klatak adalah sate kambing yang diperbuat dengan daging kambing segar yang hanya berbumbukan garam sahaja, tanpa rempah-rempah yang lain. Ia dimakan bukan dengan kuah kacang atau nasi impit seperti yang kita selalu makan di Malaysia, tetapi dengan nasi putih dan kicap yang disertakan dengan bawang, limau dan cili padi untuk kita makan bersama. Rasa satenya sangat fresh. Walaupun aku sebenarnya gila kambing, tapi kat sini terpaksa cover sebab diorang ni sebenarnya makan sikit je. Rugi-rugi.. Hahaha.. Selesai makan dibantai pulak berborak dan menyanyi beramai-ramai yang sambung menyambung ala-ala dalam cerita My Bestfriend's Wedding tu.. happening ke idok??? Nasib baik la meja kami ni diletakkan di seberang jalan.. so takde la rasa bersalah memekak sangat.. Hahaha.. Tapi apapun, memang seronok dinner dengan diorang malam tu. Cukup meriah.
Dinner di Sate Klatak Pak Pong
Kambing yang fresh
Penyediaan sate klatak
Kipas manual plus kipas elektrik
Dinner yang happening

Hari ke-4: Candi Borobudur & Ratu Boko

Aktiviti pada hari ke-4 ini adalah melawat Candi Borobudur dan Candi Ratu Boko mengikut tour yang dibawa oleh Pak Budi. Bertolak dari hotel selepas breakfast sekitar jam 9.45 pagi. Perjalanan ke Borobudur agak lama.. mengambil masa kira-kira sejam setengah. Ramai antara kami yang terlelap sementara nak sampai ke sana.
Pak Budi memberikan penerangan tentang sejarah Candi Borobudur
Kesan letusan Gunung Merapi pada 2010 masih kelihatan
Candi Borobudur
Kami sampai di area Borobudur ni sekitar jam 11.00 pagi. Lepas settle tiket masuk semua, kami berkumpul seketika menunggu tour guide yang nak membawa kami masuk ke candi ni. Oh! kali ni batik yang dikenakan untuk pelawat antarabangsa berwarna biru. Last time aku pergi dengan Scabbers warnanya coklat. Hehe.. Anyway.. cuaca time ni memanglah panas terik. Bermandi peluh je aku kat sini. Memula ingat malas nak join sebab dah naik masa pergi dulu.. tapi bila fikir-fikir balik rugilah pulak kan... dah pergi ramai-ramai ni.. so join je la. Seronok pun. Dengar lah jugak info yang diberikan oleh tour guide kami ni sambil berposing sakan yang tak sudah-sudah kat sini. We spent like one and a half hour di Borobudur ni. Sampai rasa nak tercabut lutut lah. 

Selesai wisata, kami dibawa makan tengahari di Restoran Ansor's Silver di kawasan Magelang ni. Seperti biasa, makanannya memang sedap. Apa je yang tak sedap makan kat Indonesia ni kan? So lepas perut dah berisi, kami meneruskan lawatan ke Ratu Boko, kompleks kraton purba yang terletak di daerah Sleman ini.
Restoran Ansor's Silver
View di kawasan sekitar restoran
Muka puas kekenyangan
Perut dah berisi.. bolehlah berjalan lagi..
Kraton Ratu Boko
Ratu Boko adalah tapak arkeologi kompleks istana yang dibina semasa kerajaan Sailendra/Mataram Kuno sekitar kurun ke-9 dahulu. Dari Restoran Ansor's ni nak ke Ratu Boko pun mengambil masa sejam lebih. Tiada apa yang berubah di sini.. persis seperti first time aku visit dulu. Dan aku pun jumpa sekali lagi mbak yang jual air masa aku datang dengan Scabbers dulu. Tapi kali ni, aku berpeluang meredah sampai ke belakang kawasan Ratu Boko ni, melihat benteng-benteng dan kolam tadahan di sini. Gambar punya gambar, langit semakin gelap. Tau-tau hujan turun.. hamek kau.. berlari setengah mati nak sampai ke depan. Punyalah semput.. Hahaha.. Dah lama tak berlari katanya. So kami lepaklah melepaskan lelah kat restoran di Ratu Boko tu sambil menikmati pemandangan indah dari atas bukit. Bila hujan dah teduh, kami pun beransur pulang meninggalkan komplek Ratu Boko tersebut. Tak tau bila lagi akan sampai ke sini...
Ku di sini untuk kali kedua
Bergambar beramai-ramai
Last time pergi tak merayap pun kat sini
Masih teguh lagi binaannya walaupun dah ribuan tahun
Bentuknya seperti singa
Pak Budi di Ratu Boko.. ntah berapa ribu kali ntah dia ke sini..
Bagaimana agaknya suasananya pada zaman itu ya?
Sayup kelihatan beberapa candi di sana...
Pemandangan selepas hujan
Pada malam ni, kami sekali lagi Lesehan Kopi "Joss" membawa Ted, Zamri dan Daniel yang tak berkesempatan pergi pada malam sebelumnya. As usual, menikmati malam ala Yogja dengan alunan muzik tradisional Jawa. Layannn.... Sebelum balik bilik singgah lagi di spa depan hotel buat massage.. Indahnya lah percutian camnih!! Hahaha..
Berkopi joss di lesehan

Read More