#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Tuesday, August 27, 2013

Halal Food in South Korea



Alhamdulillah, tempohari semasa aku dok usha-usha vegetarian food kat Seoul, accidently terjumpa this e-book kat website Korean Tourism. I'm sooooooooooooooooooooooooooo happy!!!! Sebab last time pergi South Korea, tempat yang kita yakin nak makan adalah di Itaewon, since kat sana banyak restoran Middle-East/Indian. Tapi kalau setakat makanan camtu kat Malaysia pun banyak kan? Nak la gak try authentic Korean food.. tapi tak berani nak try. Paling koman pun pergi dulu kat area Dongdaemun.. makan ikan bakar.

So bila dah ada guide ni.. aku dah terbayang dah dalam kepala nak makan apa masa kat sana nanti.. especially "haemultang" yang aku tengok tu sangat menggiurkan!
source: http://www.koreataste.org/lang/en/en/blogging-en/haemultang/attachment/img_5622-3/
Thanks alot Korean Tourism Organization for this e-book!!! Aku rasa mesti ramai Muslim tourists yang dok hantar feedback tentang makanan halal kat mereka ni kan? (termasuk aku yang email panjang lebar kat feedback form KTO.. hahaha.. gigih!!!!).

Untuk melayari e-book tersebut, boleh klik di sini. Aku nak try download, tapi takde plak jumpa button downloadnya.

Selain daripada tu, aku terjumpa satu e-book di laman web Kementerian Luar Negeri Malaysia berkenaan dengan Halal Food di Korea yang berjudul "My Friend Korea: Food Guide Book for Muslims". Boleh open/download di sini.

So, to all Muslim travellers out there.. selamat menjamu selera dengan senang hati di South Korea!!! =)
Read More

Pomegranate Vinegar @ Cuka Delima


Salam semua. Aku terpaksa disablekan sementara untuk guna custom domain name tu. Tatau la apa masalahnya sampai la ni pun tak selesai.

Anyway, post kali ni aku nak kongsi tentang khasiat cuka delima atau dalam bahasa Inggerisnya disebut pomegranate vinegar. Actually aku dah lama amalkan guna cuka ni. Last time aku guna apple cider vinegar yang dicampur dengan psyllium husk, minum sebelum tidur. But la ni aku gunakan cuka delima disebabkan buah delima ni banyak khasiatnya.

Antara khasiat pomegranate vinegar ni adalah ia membantu meningkatkan kadar serapan mineral dalam makanan, selain daripada membantu mengurangkan kolestrol dan arteri tersumbat (clogged arteries). Ia juga dipercayai boleh membantu mengurangkan toksin dalam badan, mengurangkan tekanan darah dan pelbagai lagi khasiat.

Cara yang aku buat adalah; campurkan 2 sudu makan cuka delima dengan 2 sudu makan dan 200 ml air. Goncang dan minum! Mudahkan? Amalkan setiap kali bangun pagi (sebelum gosok gigi) dan sebelum masuk tidur.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang khasiat cuka delima ni, boleh baca di sini.

Dan untuk mengetahui khasiatnya menurut Islam, boleh refer di sini.

Seperti sabda Rasulullah SAW:

Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :
"Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).

Selamat mencuba!
Read More

Sunday, August 18, 2013

Hangin!!!

Pakcik tengah marah ni tau tak!!!
Tika dan saat ni aku memang tengah pissed off dengan domain registry dan hosting aku yang ntah apa-apa... Aku dah beli domain sejak 7 August lepas sampai la ni tak boleh access lagi. Dah la nak register domain tu sikit punya complicated (sah-sah la aku bukan pakar network kejadah semua tuh)... Suruh isi IP tu la.. IP ni la.. mana aku nak tahu. Pastu email kat hosting aku, lembab gile nak reply. Pastu bila try nak login, dapat error yang sama. Apa masalahnya? Aku dah bayar dah hosting tu ye.. 

Dan domain registry tu plak.. tak boleh ke buat registration system tu yang user-friendly sikit. Bukan semua tahu pasal network, IP segala bagai ni. Kalau camtu punya complicated, baik tak payah buat servis beli domain kat situ. Baik melalui 100% melalui reseller je. Pffftttt!!!

Update on 26 August 2013
Aku pun tatau masalahnya actually. Domain provider aku dah buat segala setting seperti yang dikehendaki.. tapi until now bila nak access page, still tunjuk "server not found". Aku dah email masalah aku ke Blogger.. harap-harap mereka membantu. Buat masa ni terpaksa lah aku disablekan dulu custom domain name tu. Sedih pakcik.. :(
Read More

Thursday, August 15, 2013

Laksa Johor versi BedakNyonya

Mari memasak Laksa Johor!
Selamat pagi semua!

Pagi-pagi ni teringat pulak nak post resipi Laksa Johor yang pernah aku buat sedikit masa dulu. Kenapa tetiba teringat Laksa Johor? Sebabnya esok aku cadang nak masak laksa ni sebelum kawan aku, Yunos balik ke Jeddah hari Sabtu nanti. Actually resipi ni ada kat dalam FB aku... dalam album "FoodChannel". Tapi dah berzaman gile aku tak upload resipi dalam tu. Lately masak pun malas nak beriya upload kat FB. Snap.. post kat IG sudah! Haha..

Okay resipi Laksa Johor ni aku dah permudahkan berbanding dengan resipi asal yang ada dalam buku masakan lauk-pauk Johor asli koleksi mak aku.. tulisan tukang masak Istana Johor. Buku tahun 50-an dulu. Kalau ikutkan memang rumit bahan-bahan yang digunakan. Takdenya pakai serbuk kari ya. Rempah-ratus semua asing-asing dari ketumbar, jintan dan sebagainya. Tapi yang versi aku ni, aku dah permudahkan. Rasa pun okay la.. tak lari mana.. (boleh puji diri sendiri??). Tapi member aku dah try guna resipi ni, dia kata sedap! Hahaha.. 

So, inilah resepinya:

Laksa Johor Versi Sukahati Saya
(10++ orang makan)

What you need:

Bahan A (dikisar halus):
- 3 ekor ikan kembung (direbus & ambil isi)
- 1 keping dory fillet (direbus)
- 4 atau 5 ekor udang hidup (direbus & dibuang kulit)
* air rebusan ikan & udang jangan dibuang*

Bahan B (dikisar halus)
- 10 biji bawang merah
- 5 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 2 inci lengkuas
- 4 batang serai
- 2 inci belacan bakar
- 3 sudu besar udang kering

Bahan lain:
- 15 tangkai lada kering (direbus, buang biji & dikisar halus)
- 1 packet kari ikan + 1 packet kari udang (dibancuh dengan air)
- 2 packet kecil kerisik segera
- 1 kotak kecil santan segera
- 2 sudu besar paste asam jawa
- 2 sudu besar gula
- sedikit minyak utk menumis
- sedikit air
- garam secukup rasa
- spaghetti (direbus.. kuantiti ikut keperluan la)

Ulam-ulaman:
- sambal belacan + limau kasturi
- timun & bawang merah (dihiris halus)
- daun kesum + daun selasih (dihiris halus)
- taugeh (dibuang ekor)
- cepo (lobak jeruk masin) yang dicincang halus
Bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan yang dikisar
How to do it:
  1. Panaskan minyak & tumis cili kering sampai garing.
  2. Masukkan Bahan B yang telah dikisar halus & gaul rata.
  3. Masukkan rempah kari, gaul & biar sekejap.
  4. Kemudian masukkan 5 cawan baki air rebusan ikan/udang.
  5. Masukkan Bahan A & kerisik. Biarkan sampai mendidih.
  6. Kemudian masukkan santan, paste asam jawa & gula. Tambahkan baki air rebusan ikan jika perlu.
  7. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan atas api perlahan selama lebih kurang 10-15 minit.
Bila cili dah garing, masukkan bahan B
Kemudian masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan sedikit air
Kerisik jangan lupa masuk ya!
Dah siap! Tapi masa ni takde daun selasih, kesum ngan taugeh..
p/s:
  • Hidangkan bersama spaghetti, ulaman & sambal belacan.
  • Kalau ikutkan guna ikan parang lagi sedap.. tapi sbb ikan dory je ada dlm freezer.. belasah jek.. yang penting ikan. Letak banyak isi ikan lagi sedap!
  • Makan pakai tangan ya! Bukan Johor asli namanya kalau pakai sudu garfu. Hehehe..
Sekian, selamat mencuba! Sedap ke tak.. bagitau ya. :P
Read More

Wednesday, August 14, 2013

#wishlist ~ New Interior

Mari kita berangan lagi!! Hahahha..

Tadi pasal kereta, sekarang aku nak berangan pasal rumah plak. Sebenarnya aku dah penat berada dalam rumah aku sekarang ni. I need new interior (or perhaps a new place.. :D). Dah lebih 6 tahun aku bergelumang dengan interior yang sekarang ni. Dah naik bosan pulak. Walaupun yang first time masuk rumah aku kata cantik la.. itu  ini la.. tapi deep inside hati pakcik.. meronta-ronta nak new make-over. By the way, interior aku pernah masuk paper dulu (Klik sini). **Sempat promo... dasar biyatchhhhh!!!. Hahaha**

Okay, sekarang meh aku cerita apa yang aku nak.

First of all, aku perlukan unit kediaman yang mempunyai view yang menarik. Lebih-lebih lagi kalau viewnya adalah kawasan hijau, pokok-pokok rendang ataupun mengadap gunung-ganang yang saujana mata memandang. Mesti best!!! La ni, aku dah bosan menghadap blok/rumah orang, yang bukan sahaja takde umat manusia yang hot/sexy, malah setiap kali ada je aku dengar couple laki-bini/or whatever di blok bertentangan yang memanjang je bertekak dan bergaduh. Drama sangat! Asal malam or masuk maghrib mesti ada je dengar suara bini dia terpekik terlolong macam kena sampuk syaithon. Stress pakcik! Lagipun kan, pemandangan yang hijau ni kan baik untuk mata. Dah la kerja aku hari-hari mengadap komputer. Dapat tengok view yang redup camtu sure dapat merehatkan mata sedikit sebanyak. Dan bila dah mengadap view yang lapang tanpa ada blok/rumah yang bertentangan, tak payah la nak berlangsir bagai sangat. Nak berlari-lari bogel dalam rumah pun tak menjadi masalah.

Berangan la kan nak dapat view camni...
Tapi.. camni pun jadi lah..
This time around, kalau aku dapat new place, aku nak terapkan kediaman aku dengan konsep "minimalist". Dalam erti kata lain, aku nak rumah aku lapang dan togel semaksimanya tanpa ada perabot-perabot yang banyak dan menyemakkan. Aku start tertarik dengan konsep minimalist ni start dari belajar architecture dulu lagi. Favourite architect aku masa tu adalah Mies Van Der Rohe yang terkenal dengan falsafah "Less Is More" itu. Tapi entah camner la aku boleh terhias rumah aku la ni dengan color-color dark dan warm. Dulu excited la.. but la ni aku dah start rasa cam rumah urut atau pusat pelacuran je.. hahaha. 

Dari segi pemilihan warna, aku just nak gunakan warna putih sahaja untuk semua ruang supaya nampak luas dan terang. Tak larat dah dengan warna-warna gelap ni. Untuk kemasan lantai.. if ada duit boleh pasang timber flooring. Kalau takde bajet pakai je tiles yang bercirikan warna/corak kayu. Tapi tatau la mana lagi murah kan? Tapi yang pasti ceramic tiles ni aku rasa lebih tahan lasak.
Ceramic tiles bermotifkan kayu

Sekali imbas nampak macam timber flooring kan?
Oh! Dan aku tertarik juga dengan konsep ni masa stay di Lub-d Hotel di Silom masa aku bercuti di Bangkok dulu. Boleh refer kat sini. Dan start dari tu aku berangan kan best kalau living room aku lapang je... cuma ada set home theatre dengan beanbag saja. Senang nak bergolekan depan tv. So Insyallah, kalau ada rezeki, aku nak buat living room aku camni. No more kerusi meja bagai!

TV room di Lub-d Horel, Silom, Bangkok
Untuk bedroom pulak, aku prefer gunakan platform bed sahaja dengan tilam yang maha empuk, selain dari TV yang melekat kat dinding. Wardrobe pulak pakai yang jenis built-in je. Dan warna mestilah putih.. Serba serbi putih konsepnye.. Harus la nampak walaupun sehelai bulu ari-ari gugur kan?

Dinding putih dengan timber flooring
Platform bed sahaja sudah mencukupi
Untuk kabinet/rak simpanan, aku berangan gunakan jenis built-in, jenis berpintu dan berwarna putih. So kalau tak tersusun kat dalam kabinet pun takdelah nampak.

Built-in cabinet
Dan akhir sekali bahagian dapur. Turut menggunakan konsep yang sama; berwarna putih dengan material yang tahan lasak. Tau je la kalau masakan Melayu kan. Goreng, tumis bagai. Kena yang guna kunyit.. mau meraung aku kalau kotor. Tapi bila dah dapur cantik sebegini, mungkin aku akan makan salad sahaja??? Hahahahhaa.. Berangan!!!

Putih suci dapur sebegini. Nak masak pun takut
So, begitulah angan-angan aku di petang hari ni. Harap-harap akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Maklumlah nanti dah tua.. mana larat aku nak vacuum, bersihkan rumah yang berlambak dengan barang perhiasan macam sekarang ni. Semput pakcik.. ><"
Read More

#wishlist ~ Berangan!!!

Sekarang ni kalau drive, kepala otak aku dok berangan 2 kereta ni je. Captiva ni memang dah lama aku berkenan. Sebab selain daripada aku suka jenama Chevrolet, rekabentuknya juga menarik. Jangan tanya aku lelebih kenapa. Aku bukan buat review pasal kereta ya... hahaha. Pastu ternampak plak Hyundai Elantra.. berkenan jugak. (Bagi je apa dari South Korea memang aku suka lah!... eh tak gak.. ). Pastu kedua-duanya mesti berwarna putih, tinted gelap.. sport-rim warna chrome. Nice rite?? Hahaha.. Tapi tu la... berangan je la... Dapat ke tidak belakang cerita. Janji berangan!!! Hahaha
Chevrolet Captiva
Hyundai Elantra
Read More

Tuesday, August 13, 2013

#nowlistening - Mosh Awaydak by Mayada Elhennawi

Mayada Elhennawi
Selain Ashwak.. lagu ni pun aku dok ulang-ulang dengar sekarang ni. Dalam album yang sama. Ciptaan ex-husband Warda, Baligh Hamdy. Menurut Warda, lagu ni antara punca dia bercerai dengan suaminya sebab Baligh insisted nak bagi lagu ni pada Mayada. Gile tak? Tapi no wonder la Warda beriya nak lagu ni. Memang sedap ya melodinya. Baligh Hamdy memang genius dan di antara composer Arab terhebat di zamannya dan sehingga sekarang. Kombinasi yang perfect di antara irama classic dan moden.


Ini adalah liriknya. Layannn lagi!!!! :P

Mosh Awaydak
Mayada elHennawi
Composer : Baligh Hamdy
Lyricist : Ahmad Hilmi


مش عوايدك قل لي مين غير عوايدك قل لي مين
مين ....مين ....مين
مش انت ايوه مش انت ومش ممكن تكون انت
مش عوايدك قل لي مين غير عوايدك
قل لي مين قساك وهون حبي عندك
قل لي مين مين قساك مين
ولا مين مين خلاك تنسي عهدي معاك مين
قل لي مين

كنا نتقابل وشوق العمر في عيونك يبان
كنت تتكلم وصوتك همسته رقه وحنان
همسته رقه وحنان
كنت اغلي من حياتك واليمين الغالي عندك كان حياتي
سيرتي كانت في حكاياتك اسمي غنوة كنت بتقولها يوماتي

كل ده ما فضلش منه غير شوية ذكريات
والنهارده بنحكي عنه كانه قصة حب فات
مش انت ايوه مش انت

كنا بندوب م البعاد لو طال يومين
كان ياخدنا الشوق ونفضل سهرانين
وان خاصمتك كنت ما بتقدرش تصبر
وانت علي نار البعاد ابدا ما تقدر
كنت بتقرب لي اكتر والحنين يكبر ويكبر

كل ده ما فضلش
مش انت ايوه مش انت

ياه ع اللي كان بينك وبيني والزمان خاني ورماه
ياه ع اللي ضاع منا يا عيني ونسناه
في درب الحياه
كنت عارفة كل حاجة شاغلة بالك كل كلمة كل فكرة في خيالك
واما فاض بي م اللي قاسيته في هواك
عشت ويا الصبر اشكي من هواك
والعذاب خلاني اتالم لوحدي
عشت وياه كل ايامي في بعدي

كل ده ما فضلش
مش انت ايوه مش انت
Read More

Rindu the boolats!!

Dah balik rumah dan esok dah start bekerja. Ya Allah! Bosannya... Rasa tak puas melepak... tido, celik mata, makan.. pastu tido.. pastu malam keluar melepak.. makan, berborak sampai pukul 3-4 pagi! Dan yang paling tak best sekali ialah tak dapat nak melayan kerenah si boolat 2 orang tu. Layan video je la buat pengubat rindu.. sob.. sob...
Read More

Sunday, August 11, 2013

Raya & Usia

Me and my nephews
Semakin aku berusia.. semakin kurang excited aku nak menyambut Aidilfitri. Why leh? Tak macam kebanyakan orang yang aku tengok yang tersangat seronok nak sambut raya. This year lagi la. Satu baju raya pun aku tak beli. Cuma yang ada baju yang aku tempah kat Vietnam haritu yang plan nak pakai masa wedding kawan aku.

Ketidak-seronokan nak sambut raya aku dah start rasa masa awal-awal aku masuk universiti dulu. Dan bila dah kerja ni makin menjadi-jadi plak. Tapi adalah juga kegembiraannya since aku dah ada anak saudara ni. So kalau time dia balik beraya kat JB, aku la orang yang paling gembira. Seronok melayan kerenah dia. This year pulak lagi best sejak dia dah pandai bercakap ni. Mulut macam bertih jagung. Oh! By the way, yang sulung tu namanya Ali Uraidhi and the little brother (berusia 7 bulan... lahir same date dengan walid aku) bernama Muhammad Baqir. 

Tapi la ni diorang dah balik Kemaman... sunyi la plak rumah. **sighhh...**

Read More

Tuesday, August 6, 2013

Groupon vs myDeal


Post aku ni tidak memberikan aku sebarang manfaat apa-apapun. Aku buat based on experience aku beli barang kat dua-dua portal ni. 

Bagi aku servis Groupon jauh lebih bagus dan efisyen berbanding myDeal. Bila nak deliver akan notify kita melalui sms ataupun call. Tapi dengan myDeal.. aku rasa sangat hauk. Okaylah fine.. masa beli alat exercise last time memang takde delivery. Kena ambil sendiri.. That's okay. Tapi ada barang yang aku order since 21 June 2013 yang lepas sampai la ni pun tak dapat lagi. Katanya at least 15-30 days delivery. Ni dah masuk August hawau! Call customer service tak berjawap. Hantar e-mail cuma yang dapat autoreply sahaja. Tapi follow up lepas tu takde langsung. Apa punya servis la korang buat ni!

Kalau still tak dapat jugak lepas naik raya ni.. memang ni la kali terakhir aku beli barang online kat myDeal ni. Pffftttt!!!!!

Update:
Product was delivered yesterday on 12 August 2013.. lunchtime plak tu. Mana ada orang kat office. So terpaksa la pi collect kat post office. ><"
Read More

Salam Aidilfitri 2013


Khas buat teman-teman Muslim yang sudi melawat blog saya ni, saya ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin jika terdapat kekasaran bahasa atau ada yang tersinggung dengan tulisan saya. Kepada teman-teman non-Muslim, happy holidays! =)
Read More

Share "isu lapuk"

Dah lama aku terpanggil untuk mengutarakan isu ni (walaupun dah basi). Baru la sekarang ni sempat nak menaip. Tambahan pula, semalam masa berwindow-shopping kat The Mines, mata terpandang remaja Melayu memakai benda ni. Mungkin mereka tidak tahu tentang perkara ini.
Love the graphic.. but...

Okay, first of all, aku bukanlah arif perihal agama, but this is just my opion ya. 

Pada pengamatan aku, sekarang banyak fesyen yang bercirikan bendera UK atau lebih dikenali dengan nama Union Jack. Personally aku memang suka sebab dari segi graphicnya ia nampak simple dengan kombinasi warna putih, merah dan biru. Tapi yang menjadi masalahnya adalah graphic tersebut adalah terang-terangan simbol syiar agama lain. Berikut adalah maklumat berkenaan pengertian elemen pada bendera tersebut yang aku cilok dari Wiki:

On 12 April 1606, a new flag to represent this regal union between England and Scotland was specified in a royal decree, according to which the flag of England (a red cross on a white background, known as St George's Cross), and the flag of Scotland (a white saltire on a blue background, known as the Saltire or St Andrew's Cross), would be joined together, forming the flag of Great Britain and first union flag. (source: Wikipedia)

Dan berikut adalah penerangan tentang hukum memakai baju yang mempunyai lambang berkenaan:

Bagi yang kurang faham sebelum ni, dan now dah tahu hukumnya, maybe boleh elakkan beli baju sebegini. Bukan sahaja baju sebenarnya. Topi, beg kasut dan ada juga perhiasan rumah seperti bantal, cushion dan lain-lain. Banyak lagi design yang menarik kat luar sana kan? Hukum syarak yang ditetapkan tak perlulah nak dipersoalkan.

And to all my Christian friends, don't get me wrong. I'm not againts your religion or belief. Cuma agama saya tidak membenarkannya. Peace! =)

p/s: Okay I'm done my part. Takde la rasa bersalah sebab tak share info ni sesama Muslim. :)
Read More

Monday, August 5, 2013

Rahsia awet muda


Post kali ni macam agak poyo la bunyinye kan? Tapi biaq pi la. Aku nak kongsi gaks apa yang bermain dalam kepala aku ketika dan saat ini.
Source: http://cdn.vogue.com.au//media/articles/1/8/2/0/18255-1_l.jpg?170408
Okay... rata-rata yang first time jumpa aku mesti tersilap teka umur aku. Paling muda orang pernah teka umur aku adalah 25 tahun! Hahaha.. How I wish!!! Tapi hakikatnya pakcik dah terlebih 10 tahun dari usia itu. Lahir pada 1978.. so makna tahun 2013 ni umur aku dah 35 tahun... kertunya la kan? So bagi yang tanya apa rahsia aku.. meh aku listkan. Takde rahsia apa pun. Cam biasa je aku rasa. Here we go:
  1. Stay happy always - maknanya... tak payah nak sesakkan kepala otak dengan masalah sangat. Memang la hidup sentiasa berdepan dengan masalah. Tapi tak payah terlalu nak stress memikirkannya. Stay cool je. Terlalu memikirkan masalah akan menyebabkan muka nampak tak ceria dan cepat tua. Percayalah!
  2. Jangan lupa senyum/gelak - Hakikatnya hati yang senang dan gembira akan terpancar pada wajah. Lagipun senyum tu kan sedekah. Tak payah la nak asyik buat muka malaikat maut je. Orang yang tengok pun boleh tertekan. Lagi satu, aku sangat suka cerita bergenre komedi. Genre yang serious dan berat membuatkan otak aku serabut sebab aku jenis malas nak fikir. Komedi ni boleh membuatkan kita gelak dan gelak hingga lupa segala masalah. Tapi jangan la sampai terlampau banyak gelak tak tentu pasal pulak kan. Itu gila namanya ya. Lagi best kalau ada kawan-kawan rapat yang memang ada bakat sebagai pelawak. Sentiasa ceria je hidup kita.
  3. Serum/krim anti aging - ini adalah satu keperluan bagi yang dah nak masuk atau dah masuk 30-an. Memang aku tak pernah tinggal tepek bendalah ni kat muka setiap pagi nak keluar rumah dan malam sebelum tidur.
    ANew Reversalist Renewal Serum dari Avon sangat baik untuk mengurangkan kedutan.
    Masa Sale Kempen 12 hari tu aku borong untuk stok 4 bulan. :P
  4. UV Protection Cream - sebelum keluar rumah wajib pakai. Aku pakai jenis BB Cream for Men yang berSPF-40. Cahaya matahari yang berlebihan tidak baik untuk kulit ya.
    I'm using this right now. Beli kat South Korea. Dah setahun guna.
    BB Cream for men dari The Faceshop
  5. Pergi buat facial - memandang aku tidak dikurniakan kulit yang flawless dan cantik, maka terpaksa membuat kultus-kultus mengarut seperti ini. At least once a month aku akan pergi Herbaline buat facial dan extraction untuk keluarkan whiteheads dan blackheads yang berlambak kat muka ni.
  6. Jaga pemakanan - aku memang suka makan! In fact kalau kt Instagram aku tu memanjang je aku post gambar makanan. Tapi sama ada sedar atau tidak, sebenarnya aku ni jenis health-conscious gak bila bab makanan. Lately aku lebih banyak makan salad-salad, buah-buahan, Japanese, Korean or Arab food seperti sashimi, bibimbap, hummus atau fattoush. Malam most of the time aku just minum susu soya yang aku campur dengan psyllium husk, selain buah-buahan, biskut atau apa-apa yang ringan. Or kalau aku masak, aku akan hanya akan grill sahaja atau buat sup especially sup ikan, doenjang jjigae atau apa-apa yang aku rasa menyihatkan. Nasi dan masakan Melayu or Indonesian yang memang aku suka gile (nasi liwet Cibiuk yang sedap tu), aku hanya allow masa weekend je. So masa weekend je la kalau aku nak makan ikut suka hati tanpa rasa bersalah. Tapi kadang-kadang masa weekdays tu termakan juga. Hahaha..
  7. Ambil supplement - selain penjagaan muka secara luaran, dalaman juga penting. Dah nak senja ni, kena la rajin ambil supplement sama ada yang berupa multi-vitamins, collagen dan sebagainya. Collagen penting juga sebab semakin kita berusia, pengeluaran collagen dalam badan semakin berkurangan. So dengan mengambil supplement, ia membantu la sedikit sebanyak.
  8. Banyakkan bersenam - yang ni aku masih belum berjaya nak buat sangat. Aku memang malassssss gile nak bersenam. Selalu je miss. That's why la aku jaga makan sebab aku tahu aku jenis malas buat exercise ni. Kalau tak jaga makan memang bulat la jawapnya.
  9. Amalkan senaman muka - setiap kali lepas gosok gigi, amalkan senaman muka yang mudah ni: 1) Muka tegak memandang cermin. 2) Buka mulut luas-luas. 3) Dongakkan muka ke atas sambil mulut terbuka. 4) Dalam posisi dongak, tutupkan mulut rapat sambil menghalakan dagu sedikit ke hadapan. 5) Kembali ke posisi tegak menghadap cermin. Buat la dalam 20 kali ulangan. Ia membantu mengurangkan kedut di leher dan mengurangkan double chin. (Aku baru amalkan sebab terjumpa senaman ni kat youtube... hahaha)
  10. Stay single - yang ni memang ajaran sesat dari aku. Hahaha. Tapi kan.. rata-rata kawan aku yang dah berkahwin memang nampak berumur sikit la.. sebagai contoh rambut dah semakin susut dan perut dah makin ke depan. No offense tapi tu la hakikatnya. Tapi kan.. aku rasa mesti derang dah bahagia.. bini masak sedap, ada anak comel, poket dah lebat.. so apa nak fikir lagi.. kan? Lain la yang single dan masih tercari-cari macam aku ni...
  11. Jangan takut untuk bergaya - jangan jadikan alasan dah berumur untuk kurang bergaya. Tapi jangan la sampai terlebih gaya sampai orang kata tua bangka tak sedar diri pulak kan. Agak-agak la. Tapi jangan lah berpakaian typical orang-orang dah berumur. Yang penting tampil segar dan nampak siuman!
  12. Banyakkan berkawan dengan orang muda - mengambil berkat aura muda mereka ni... hahaha. Tengok Kak Ta tu.. muda je kan walaupun dah nak masuk 40-an! Hehehe..
  13. Sentiasa bersangka baik - ini sangat membantu! Kalau kita asyik bersangka buruk dengan orang je.. air muka pun nampak keruh dan tak ceria.
  14. Sentiasa basahkan muka dengan air sembahyang - statement sebegini sememangnya poyo! Hahaha..
Begitulah serba sedikit coretan aku yang tak berapa nak ilmiah menjelang waktu nak balik di bulan puasa ni. Harap-harap ia membantu.

Ikhlas dari saya;
DUTA BEDAK NYONYA.. hahahahahaha
Read More

Sunday, August 4, 2013

Berbuka dengan cikgu kesayangan

Bersama Cikgu dan anak-anaknya, Miza dan Ninie
Semalam aku berpeluang untuk berbuka puasa dengan salah seorang cikgu yang pernah mengajar aku semasa sekolah rendah dulu. Puan Narizah Ab. Ghani namanya. Dia merupakan guru kelas aku semasa Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan (L) Bukit Senyum, Johor Bahru pada tahun 1985, sebelum kami ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, bandar yang sama. kalau ikutkan aku dihantar ke Sekolah Kebangsaan Bukit Cagar. Tapi disebab "nak ikut cikgu" katanya... maka aku berkeras untuk ditukarkan ke Taman Pelangi. Kecik-kecik lagi dah emo kan? Hahaha. Anyway, cikgu Narizah mengajar aku sampai darjah 4 sebab pada tahun 1988 sebab dia berpindah ke Sekolah Kem Lok Kawi, Penampang, Sabah kerana mengikut suaminya yang bekerja sebagai askar di sana. 

Sejak dari tu, kami dah kurang komunikasi hinggalah sampai satu tahap kami lost contact. Tapi aku tak pernah putus asa cuba mencari beliau. Bila time free, aku selalu google nama dia. Sekali tu, nak dijadikan cerita, pada tahun 2010 kalau tak silap, aku terjumpa nama dia kat dalam satu forum. Aku terus contact email address yang tertera dan gamble je tanya sama ada ni betul ke cikgu Narizah. Sebenarnya yang aku email tu anak dia, Miza yang juga merupakan seorang pendidik. Rezeki kan? Start dari tu la aku dapat berhubung semula dengan cikgu Narizah dan at the same time, terjumpa balik anak dia, Rinie yang dah menetap kat US. Dia adalah mutual friend kawan FB aku. Memang aku ingat Rinie ni. Time sekolah masa Darjah 3 dulu, aku dengan my best friend, Tan Swee Kok selalu babysit dia dalam kelas kalau Cikgu Narizah balik lambat atas urusan kerja. Jejak kasih sangat kat FB ni.

Tapi lama juga ambil masa nak jumpa cikgu. Sebab masing-masing semua busy, until early Julai haritu cikgu jemput ke rumah dia untuk makan-makan sempena masuk ke rumah baru dan juga sebelum berpuasa. Nervous nak jumpa! Yelah.. dah 24 tahun tak jumpa kan? Alhamdulillah bila dapat jumpa tu, seronok sangat! First time juga dapat jumpa adik kesayangan yang selalu berhubung kat FB je iaitu Miza. And Ninie too. Macam-macam cerita keluar.

So semalam, bila pergi ziarah cikgu lagi sekali untuk berbuka bersama, aku berpeluang untuk masak a.k.a merasmikan oven barunya yang tak pernah bercuit itu. Hahaha. Plannya nak ajak rakan-rakan lain, tapi dah masing-masing busy, maka aku pergi sorang je la. Kebetulan pula hari tu birthday cikgu yang ke-57. Aku berikannya hadiah gambar kelas masa Darjah 3 dulu... rasanya cikgu dah takde gambar tu.

Untuk menu berbuka, aku masak Nasi Arab, grilled lamb dan fattoush. Grilled lamb tu terpedas sikit.. hahahaa.. tapi okay la kan. Kalau tak muak pulak makan berlemak-lemak. Nak buat fattoush, gigih aku mencari pomegranate molasses dengan sumac. Nasib baik kedai Arab kat area Bangi tu ada jual. Aku dok tanya pak Arab yang beli kat situ, yang rempah tu sumac ke tak.. dia pun blur. Mesti tak reti masak! Hahaha.. Tapi betul la tu sumac... bau dia cam lemony sikit. Nanti resepi untuk grilled lamb tu aku letak kat sini. Hari tu Pizli ada tanya, tengok aku upload pic kat Instagram yang walid aku buat. Tapi Pak Habib tu bagi resepi cara lisan.. suruh aku main agak-agak kuantitinya. Nak explain pun susah.
Fattoush, Nasi Arab dan Grilled Lambchop
Anyway, dapat berbuka dengan cikgu dan familinya memang seronok sangat. Pastu, sebelum balik cikgu bagi aku duit raya. Banyak pulak tuh! Back-dated untuk 24 tahun agaknya! Hahahah... Malu pulak aku yang dah tua bangka ni. 
Saya dapat duit raya! Dan saya dah berusia 35 tahun! Hahaha
Apapun, saya doakan Cikgu Narizah semoga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan bahagia selalu hendaknya. Ada masa free, saya datang visit cikgu lagi. =)
Read More

Isu Courts Mammoth Malaysia hina Islam

Semalam tertengok berita stesen TV berkenaan yang kecoh pasal isu Courts Malaysia menghina Islam dengan meletakkan kaligrafi kalimah syahadah dalam flyersnya.

Bagi aku la kan.. ini bukan niat menghina Islam pun. Tapi adalah lebih kepada isu terlepas pandang. Aku rasa mungkin yang design flyers ni non-Muslim atau pun Melayu yang tak reti membaca Jawi. Asal tengok je cantik kaligrafi tu.. okay boleh pakai masuk dalam design. I know.. I'm a designer! Hahaha..

So next time, kepada pemilik-pemilik perniagaan.. kalau nak buat apa-apa printing yang melibatkan perayaan orang Islam.. silalah aware sikit. Jangan nampak cantik je.. boleh guna dalam design. Kalau tak reti baca jawi atau Arab.. dapatkan kepastian dulu. Dan tu belum lagi kaligrafi ayat-ayat dari Bible versi bahasa Arab yang terdapat banyak kat Middle-East. Kalau terguna tu.. ntah apa plak isunya nanti.

Dan kepada stesen TV berkenaan... tak perlulah nak terlalu mensensasikan isu-isu sebegini. Banyak sangat dah sentimen keagamaan dimainkan sejak akhir-akhir ni... ><"
Read More

Website terbengkalai

Aku rasa mulai hari ni aku nak masukkan balik semula artikel kat laman web Al-Alawiyyin Homepage yang pernah aku bangunkan dulu sekitar 2000-2003. Sampai la ni terbiar begitu saja disebabkan urusan-urusan duniawi. Banyak feedback yang aku dapat dari kalangan Alawiyyin dulu.. tapi tak sempat pun nak buat. Tak kurang juga yang aku jumpa main copy-paste je artikel yang penat aku type dulu.. huhuhu. Takpe lah berkongsi info katanya.. =)
Laman Alawiyyin yang dah terbiar bersawang

Warda Online punya web pun camtu. Berzaman tak update walaupun Maqam.com dah sponsor domainnya. Nyesal plak dulu ambil offer dia. Now copyright dah jadi hak dia. Ye la.. dulu masa study mana ada duit nak beli domain semua kan... Padahal laman web Warda tu la yang pertama dalam dunia aku buat untuk Warda yang menjadi rujukan radio-radio Arab untuk cari info pasal Warda. Mana ada sangat info time awal-awal internet dulu.
Autograf yang diberi oleh Warda, disampaikan melalui email oleh anaknya, Reyad Qasri sebagai penghargaan kepada aku sekitar tahun 2003 dahulu

Read More

#nowlistening - Ashwak by Mayada Elhennawi


Lately, aku gile dengar lagu ni. Ashwak by a Syrian singer, Mayada Elhennawi. Actually lagu asal ni dinyanyikan oleh composer lagu ni sendiri iaitu Riad Elsounbati yang banyak mencipta lagu-lagu terkenal untuk Umm Kulthum, Warda dan banyak lagi penyanyi Arab yang tersohor. Dan lagu dia yang paling aku suka yang dia buat untuk Warda adalah "Ya Habibi La Taqolli". Sedap lagu ni. Anyway lagu Ashwak ni bertambah indah bila didendangkan oleh Mayada sebab suaranya yang lemak merdu serta lantang.


Berikut adalah liriknya. Layannn!!!! :P

Ashwak
Mayada elHennawi
Composer : Riyad Sunbati
Lyricist : Mustafa Abdel Rahman

               
أيها الناعم في دنيا الخيال تذكر العهد وماضي الصفحات
أعَلى بالك ما طاف ببالي من ليالٍ وعهود مشرقات؟
لا رأت عيناك شكي وضلالي وحنيني ولهيب الذكريات
عندما يعرضها الماضي لعيني صورا تجلو الذي ضيَّعت مني
من ليالٍ بهوانا راقصات

هتف الصبح و غنى بنشيد رائع اللحن شجي النغمات
كالمُنى تُقبل كالحلم السعيد في خيال كابتسام الزهرات
بَيدَ أني لا أبالي بالوجود ولياليه الحسان النيرات
إن يكن قلبك لا يسمع لحني فلمن يا فتنة الروح أغني؟
للهوى سر المعاني الخالدات
آه لو تسمعني أشكو الجوى يا حبيبي
آه لو تسمعني

وترى القلب ونيران الهوى ولظاها ودموع الشجن
لترفقتَ بقلبي فانطوى ما بقلبي من هوى أرقني
أين أحلام شبابي؟ أين مِنّي؟
أمسيات من فتون وتمني وعيون الدهر عنا غافلات
يا حبيبي أيقظ الماضي شجوني حينما طافت رؤاه في خيالي
وتلفّتُ بعيني ليقيني فإذا الحاضر كالليل حيالي
وإذا بي قد خلت منك يميني وانطوى ما كان من صفو الليالي
طال بي شوقي لأيام التغني
وليالٍ هن بعضي غاب عني
فأعِد لي ما انطوى من بشريات
Read More

Weekend Breakaway @Krabi

 
Sebelum aku type lebih panjang lagi, aku nak ucapkan terima kasih kepada Bie kerana mengajak aku untuk turut serta dalam company tripnya ni. Dalam erti kata lain, FREE VACATION!!! Yesss!!!

Trip selama 3 hari 2 malam pada 10-12 Mei 2013 lepas adalah trip yang sekejap tapi sangat santai dan menenangkan. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Krabi. Sedih kan? Tapi lagi sedih kalau aku cerita yang Langkawi pun aku tak pernah sampai. Hahaha..

Okay, aku dan Bie sampai awal kat LCCT. So sementara menunggu officematesnya tiba, kami isi perut di Old Town. Bedal nasi lemak. Flite kami lebih kurang pukul 1.00 lebih dan sampai di Krabi Airport setelah 1 jam 30 minit perjalanan. Masa nak landing tu ternampak bentuk muka bumi Krabi yang banyak dengan pulau-pulau kecil, hati aku dah melonjak-lonjak excited. Tak sabar nak bersantai katanya. So sampai je airport, dah ada van yang menunggu. Perjalanan ke hotel agak jauh juga. Tapi the journey was great. Boleh mencuci mata melihat persekitaran yang baru.
Aku, Bie and Farah. Tempat menunggu ni banyak lalat okay. LCCT pls do something!
Di Krabi ni, kami stay di Aonang Buri Resort. Hotel ni terletak berhadapan dengan Nopparattara Beach dan hanya 10 minit berjalan kaki untuk ke Aonang Beach. Pemandangan memang cantik dan sangat  mendamaikan.
Best resort nih!
Tetiba aku jadi Tops Club Winner.. :P
Tak sabar nak landing...
Paus terdampar!
Pemandangan luar balkoni
Tenang je rasanya... chewah!
Lobby hotel
Tempat melepak untuk guna wifi
Bila dah selesai semua urusan check-in bilik, aku, Bie, Farah dan makciknya mula plan untuk keluar mencari makanan. Oh! The best part untuk trip ni adalah ia merupakan free and easy trip. So sukalah nak buat apapun. Lepas sewa scooter kat hotel tu, kami berempat terus ke menuju ke Krabi town dengan melalui jalan uta a di pesisiran pantai yang di kiri kanannya penuh dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian dan cenderahati. Tak lupa juga terdapat facial and massage centre yang bersepah-sepah kat sini.
Pusing-pusing town ngan Bie. Suruh aku bawak motor memang ke longkang la!
Krabi town
Segala mak nenek ada. Jangan lupa tawar.
Mencari makanan halal di sini taklah sesusah mana. Ada je kedai makan Muslim yang terselit di antara deretan kedai-kedai di sini. Tapi sebelum kami menjamu selera, terpandang pula this one shop yang menawarkan pakej untuk aktiviti island hopping di sini. Yang menjaganya pula adalah seorang "hakakkkk" yang peramah. Agak tertarik juga dengan pakej yang ditawarkan sebab harganya yang berpatutan. Bukanlah aku tertarik dengan hakakkk itu ya! Tapi kami tinggalkan dia dulu sebab nak survey kat tempat yang lain, mana tahu kot ada yang lebih murah (walaupun hakak tu dah jamin dia je yang boleh bagi "bes peraisss" (best price). Jalan punya jalan, kami berhenti at this one restaurant yang menawarkan makanan halal. Yang jaganya pun cam Bangla je. Ada Indian food, western food as well as local food. Aku terus order tomyam seafood sebab sejak dari dalam flite dok ingat nak makan tomyam je tadi. Food was nice dan tomyamnya boleh tahan sedap juga, walaupun saiznya ciput je. Lepas makan, kami meronda kat area kedai-kedai tersebut sambil mengusha pakej aktiviti yang ada. Ternyata memang offer hakakkk tu juga yang terbaik. So last-last kami terus book untuk 3 orang - makcik Farah taknak join sebab takut mabuk laut katanya. Pakej "Discover The Andaman Sea" selama setengah hari yang kami ambil ni berharga 1000 baht iaitu aktiviti island hopping dengan menaiki speedboat dan snorkelling di 8 lokasi sekitar Lautan Andaman ni iaitu Bamboo Island, Hin Klarng, Monkey Beach, Tonsai Bay, Viking Cave, Pi Leh Lagoon, Lohsamah Bay dan Maya Bay. Termasuk sekali dengan lunch (halal). Not bad la kan? So selesai mencuci mata di kedai-kedai ni, kami pun pulang ke hotel kerana pada malamnya ada acara dinner.
Tour yang ada
Hakak yang bagi best price.. hihihi..
Meronda mencari makanan
Tomyam yang nampak pucat tapi sedap
Dinner kami pada malam tu adalah di sebuah restoran yang terletak di tepi pantai, dekat dengan area kami berjalan petang tadi. Nama restoran tak ingat sebab tak sempat nak snap pic sebab bateri phone aku dah mati sebab tak sempat nak charge. Haaa.. banyak sebabnya kan? Food was superb! Ditambah pula makan di tepi pantai dengan hembusan bayu malam kan? Makin berselera. Selesai makan, kami merayap lagi kat area kedai-kedai souvenir tu. Sempat la sambar apa yang patut selain mata mengusha spa mana yang best  untuk pergi buat facial dan massage. So malam tu takde apa benda sangat nak buat selain daripada melepak kat reading area untuk online. Wifi tak sampai okay kat bilik. Stress pakcik!

Keesokan harinya, selepas breakfast aku, Bie dan Farah berjalan ke pantai di hadapan hotel tu sebab untuk aktiviti island hopping kami, tempat berkumpulnya di situ. Ramai juga umat manusia kat situ dengan nombor bot masing-masing. Lebih kurang jam 9.00 lebih, bot kami yang bernombor 7 tu pun sampai. So kami dah cop siap2 duduk di bahagian hadapan bot dengan harapan hendak mendapat view yang menarik. Tatau lagi tu azab yang bakal menimpa. Hahaha. Duduk sekali dengan kami adalah pasangan warga emas dari France  dan pasangan suami isteri dari Australia.
Breakfast saya
Ada makanan.. akulah manusia paling gumbira!
Muka sebelum terbakar
Ramai dah yang menunggu
Menunggu boat
Boat sula sampe..
Couple dari France
Dan couple dari Australia
Destinasi pertama kami adalah Bamboo Island. Bamboo Island terkenal dengan pasir pantainya yang putih dan halus, air lautnya yang crystal-clear dan bersih serta hidupan marinnya. Kami berada di sini lebih kurang sejam. Duduk lepak-lepak melihat aksi manusia kaedahnya.
Chicken Island
Tatau nama..
Bamboo Island
Menjejakkan kaki di Bamboo Island
Muka dah mula terbakar. Sia-sia rutin pencerahan!
Cantik pemandangannya
Duduk atas baru ni leh nyanyi lagu Ombak Rindu
Cuci mata lagi..
Selepas sejam kat sini, kami ke Hin Klarng pula untuk aktiviti open sea snorkelling yang di mana di sini terdapat banyak batu karang dan ikan-ikan yang cantik.
 
Selesai mereka bersnorkelling Hin Klarng ni, kami ke destinasi seterusnya iaitu Monkey Beach. Untuk pengetahuan korang, perjalanan dengan menaiki speedboat ni memang mencabar sebab ombaknya yang kuat. Banyak kali boat kami terhentak-hentak dan terpaksa slowkan speed. Ngeri pun ada jugak. Tangan jangan cakap la... berlilit paut kat seat. Tu la kan..nak sangat duduk kat depan. Semasa nak ke Monkey Beach ni la, ada satu masa tu boat kami terhempas kuat masa meredah ombak. Sudahnya, pakcik dari France tu terjatuh ke lantai boat. Kuat jugak terhentak belakang dia. Ye la kan.. awak tu dah tua. Tak reti nak duduk diam. Tu la jadinya. Memula dia dok rehat kat seat dalam tapi sebab still banyak kali terhentak dalam perjalanan tu, dia dah tak tahan. So kami terpaksa ke Phi Phi Island turunkan dia sebab so that dia boleh dapatkan rawatan kat klinik. Macam-macam hal. Lepas dia turun kat Phi Phi Island tu, the Australian couple tu dok mengutuk dia sebab tak reti duduk diam. Nak wat cemana... dah pakcik tu excited nak ambil gambar kan.. Hehehe.
 
Tu la pakcik. Takmo dok diam. Nasib baik tak patah tulang belakang.
So lepas insiden tu, kami teruskan ke Monkey Beach yang juga terkenal dengan hidupan marinnya. Then kami ke Phi Phi Island semula untuk makan tengahari. Ombak agak besar juga la masa kami turun dari boat tu. Kalau camni punya ombak pun aku dah ngeri, camne la agaknya time tsunami dulu kan? Anyway, lunch di sini so-so je. Meriah dengan bawang saje. Hahaha. Tapi apa ada kisah. Rezeki.. makan je lah.
Phi Phi Island
Somewhere at Monkey Bay
Mereka bersnorkeling
Aku tengok je.. malas nak turun
Cantik wey tempat ni!
Air lautnya sangat clear
Phi Phi Island
Ngeri tengok ombak dia ya..
Meriah dengan bawang sebenarnya
Done with lunch, then kami ke Pi Leh Lagoon dan Lohsamah Bay. On the way ke sana, kami singgah di Viking Cave, lokasi di mana aktiviti mengambil sarang burung dijalankan. Lalu tepi je.. tak masuk pun. Anyway, pemandangan di Phi Leh Lagoon dan Lohsamah Bay ni memang memukau. Airnya pun tenang. Aku tak berhenti-henti snap gambar. Dan akhirnya aku terpaksa mengalah.. turun juga snorkeling. Rugi pulak rasa kalau tak turun.
Viking Cave.. lalu tepi je
Tempat ni terkenal sebagai lokasi mengambil sarang burung
Tenang air kat sini
Breath-taking view di depan mata!
Terjun gak kat sini!
Phi Leh Lagoon
Sea urchin kalau tak silap. Mahal benda ni kat Jepun
Turun snorkeling gak kat sini sebab cantik sangat kawasan ni. Rugi kalau tak turun!
Destinasi terakhir untuk trip ni adalah Maya Bay yang terkenal dengan filem lakonan Leonardo DiCaprio, The Beach. Again... pemandangannya memang cantik! No wonder la tempat ni sangat famous. Dengan pasir yang putih, airnya yang jernih kebiruan dan berlatar-belakangkan bukit-bukit batu kapur. Memang indah. We spent like an hour kat sini. Lepak-lepak melihat telatah manusia dan mencuci mata. Hahaha! Kami diturunkan di lokasi yang berbeza, the other side.. bukan lokasi yang kami berkumpul tadi. Memula bajet nak jalan kaki.. ingatkan cam dekat je la kan.. tapi rasa-rasa cam jauh je. So we decided amik tuk-tuk untuk balik ke hotel. Tapi sebelum tu sempat membedal juadah ringan yang dijual di situ. Peniaganya wanita Muslim. Sedap okayyy roti perata pisang ngan cheese tu.
Airnya crystal clear!
Berlatar-belakangkan bukit batu kapur
Pasir yang putih
Cantik!!!
Ramai umat manusia kat sini
Tengok orang mundar-mandir
Lepak bawah gua.. gua ke???
Kena tengok depan mata baru dapat rasa keindahan tempat ni
Ombak kuat ya.. barai rasa badan naik speedboat ni!
Chicken Island dari jauh
Trip suda abis lor..
Ambil perhatian!
Laku bisnes akak ni
Berminyak-minyak tapi lapar punya pasal.. bedal je
Roti perata with cheese and mayo
Ini sedap hawaauu!!
Balik bilik lorr...
Sampai hotel kami berehat melepaskan penat. Time ni la rasa badan cam nak tercabut bahana dari naik speedboat yang banyak kali terhempas-hempas tu. So sebelum pergi dinner, kami pergi berurut kat spa centre hotel ni. Free je, termasuk ngan pakej hotel. So-so massagenya.. tak best mana pun. Anyway, dinner kami malam ni adalah di The Hilltop Restaurant yang memang terletak di atas bukit. Boleh nampak pemandangan Krabi kat sini.. tapi dah malam kan.. apa je yang boleh nampak. Makanannya pulak memang superb especially tomyamnya yang pedas itu. Suka sangat! Tambahan pula sambil makan, kami didendangkan dengan alunan lagu-lagu yang santai.. terasa relaks betul lah. Selesai makan di situ, kami berpecah. Ada yang nak pergi tengok show la.. nak pi last minit shopping la.
Di atas bukit katanya
Suasana yang santai, tenang lagi mendamaikan.. WTF caption aku!
Muka kelaparan
Makcik Farah yang selalu dibuli oleh anak sedaranya :P
Ini pun sodap
Ini tomyam memang terbaik!!!
Bergambar sebelum pulang
Aku ngan Bie decided untuk pusing-pusing town selain daripada mencari souvenir, kami nak cari spa yang buat facial dan massage. Aku la sebenarnya nak cari.. hahahaha. Kes tak puas hati sebab massage petang tadi so-so je. Dan terjumpa lah this one spa yang tawarkan pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan. Aku ajak Bie teman dengan membelanja dia buat foot massage sementara aku buat massage dan body scrub selama 2 jam. Best okayyyyyy!!! Puas hati sangat-sangat. Sedap pakcik tu urut badan plus dia  sental belakang badan sampai aku rasa bebas dari sebarang daki-daki. Hahaha. Selesai berurutan, kami balik bilik dan siap-siap packing. Lepas tu duduk bersidai kat bawah beronline.

Keesokkan harinya, selepas breakfast, kami pun berangkat ke airport but sempat singgah at this one souvenir shop untuk beli apa-apa yang berkenan untuk dibawa pulang. Beli satu dua benda yang menarik di situ sebagai kenangan. Kan sekarang ni aku gila kumpul piring yang bermotifkan desinasi yang kita lawat tu... so beli la untuk buat collection.
Hujan menandakan hatiku berat untuk pulang.. :(
Suda mau pulang... :(
New friends
Me, Bie, Farah dan boss mereka, the lovely Aida
me and kakak
Ya! Ini benar
Anyway, trip ke Krabi ni memang menarik dan totally santai. Suka!!! So next time boleh datang lagi untuk short-trip atau berhujung minggu mungkin. Dan terima kasih sekali lagi pada Bie yang ajak aku join trip ni and to all Kelliers yang sangat peramah dan prihatin.
Hugs kakak Bie.. next year ajak aku lagi. **harapan la kan... :P
So kesimpulan yang aku boleh buat di sini adalah:
  1. Sangat sesuai untuk short-trip, bersantai dan relax - yang paling aku suka facial dan massage kat sini. Harganya sangat berpatutan dan servisnya bagus (based on spa yang aku pergi.. tak ingat plak apa namanya... hehehe)
  2. Island hoping - tobat dah aku nak naik speedboat tu. Terhempas-hempas boat melawan ombak. Sangat tak sesuai untuk warga berumur (aku muda lagi k!!!!). Sakit gile badan lepas tu. Mungkin aku gi ambil seat depan kot.... tatau la.
  3. Nak beli souvenir or baju, topi, seluar atau apa ke.. kena tawar separuh harga atau rendah lagi. Harga yang derang letak tu agak mahal gak.
  4. Makanan halal senang nak cari. Ada je kedai-kedai makan Muslim terselit-selit kat area town tu.
  5. Kena try roti perata ngan cheese mayo atau yang sewaktu dengannya. Sedap sampai pengsan ya!

p/s: next trip mungkin Bie dah tak ajak aku dah.. sebab dia dah ada buah hati baru.. Mencik lah! Hahahaha.. :P
Read More