#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Saturday, September 21, 2013

Sup ketam dan demam denggi


Dulu setiap kali member-member terdekat aku kena demam denggi, aku akan masakkan diorang sup ketam ni. Orang kata bagus untuk menaikkan platelet darah. Dan Alhamdulillah, dengan izin Allah memang menjadi.

La ni aku demam on dan off sejak 4 hari lalu. Dan aku mensuspect diri aku terjangkit juga berdasarkan simptom- simptom yang aku baca dari Dr. Google. Antaranya demam, sakit di belakang bola mata dan sakit di bahagian pinggang. Tapi in my case tak la serious. Aku tak nak ke hospital sebab risau kena warded tambahan pulak kerja nak kena hantar next week. Dan paling penting, aku nak balik kampung Jumaat depan. So, tak nak demam yang seciput ni merosakkan semua plan aku tu.

So now.. sebagai rawatan di rumah, aku telan sup ketam ni dan minum 100 plus serta air suam sebanyak mungkin. Harap-harap akan segera pulih. Amin...
Read More

Saturday, September 14, 2013

#wishlist ~ Small Cafe


Frankly, aku dah lama bosan dengan kerja yang aku buat sekarang. I think I'm no longer a creative guy. Setiap kali nak buat design... aku rasa sangat bosan!

Actually aku memang minat gile dalam bidang masakan. Dah banyak kali aku cakap dengan member aku yang aku ni sebenarnya dah silap pilih course dan pekerjaan. Hahahaha. Ye la dulu masa lepas SPM tu bengap tatau nak plan future. So merasalah kan dah tua-tua ni.

Dan aku selalu berangan mempunyai sebuah cafe kecil di sebuah negara empat musim. Yang bila musim bunganya, tingkap cafe aku akan dipenuhi dengan bunga pelbagai warna, dan apabila musim sejuk, pelanggan di dalamnya boleh menghirup kopi panas sambil memandang salji yang turun diluar. Begitu juga dengan suasana yang berbeza semasa musim luruh dan panas.

Dan apa yang pasti, aku bahagia mengusahakannya, memasak dan menghidangkan makanan kepada pelanggan.

Bolehkah agaknya nak tercapai sebelum umur mencecah 40 tahun? Tinggal 5 tahun je ni... huhuhu... Hujung bulan ni pegi Seoul boleh la usha lokasinya... #ehhhh!!!
Read More

Thursday, September 12, 2013

Milk Moustache Cafe ~ First Korean Cafe in Kajang

Assalam semua... Dalam pada kesibukan membuat kerja ni, sempat plak aku nak update blog ni kan? Ye lah.. sementara tengah tunggu copy file-file yang berGB ni, baik update daripada terbuang masa.

Okay, kali ni aku nak cerita sikit pasal sebuah Korean Cafe yang aku terjumpa kat Kajang last few weeks. Aku rasa, this is the first Korean cafe kat area ni. Dulu pernah sekali ada BBQ Chicken kat Metropoint Kajang tu, tapi dah lama tutup. Mungkin tiada sambutan.

Actually cafe ni aku terjumpa masa nak berbuka puasa beberapa minggu lepas. Mula-mula nak berbuka kat Cibiuk (restoran favourite aku yang sampai la ni aku tak buat review lagi.. hahaha). Tapi disebabkan Cibiuk tutup, so aku pun terus tukar plan nak ke Al-Diafah yang baru bukak sebelah Cibiuk tu. Pun tak bukak juga. So terpaksa la berbuka kat tempat lain. But then, masa nak keluar dari Diafah tu, ternampak pula kedai aksesori kereta, dan kebetulan aku memang nak tukar bateri kunci kereta aku. Tengah-tengah menunggu diorang tukar kunci kereta, mata aku terpandang ke sebuah cafe di hadapan kedai aksesori tersebut. Macam kenal je rupa bentuk makanan yang terpampang kat banner tu. Terus la aku pergi ke situ. Yes!!! Makanan Korea kesukaanku!
Ni dia cafenya
Nama kedai tu adalah Milk Moustache Cafe. Cafenya kecil je. Dan makanan yang ditawarkan tak banyak mana. Just typical Korean food like ddeobokki, ramyeon, pajeon, kimbap, kimchi jjigae dan beberapa menu yang lain. Bibimbap semua takde lagi. Menurut pemilik cafe, menu masih lagi belum banyak since mereka baru beroperasi dan menunggu feedback dari pelanggan.

Ni antara menu-menu yang ada:

Dari segi makanan, rasanya not bad. First time aku try ramyeon kat sini dan rasanya boleh tahan. Begitu juga dengan ddeobokki. Tapi aku still suka kimchi ddeobokki kat Sweetree Ampang tu. Hehehe.
Mandu ramyeon (mee segera dgn dumpling), kimchi & ddeobokki (spicy rice cake)
Aku juga tertarik dengan hiasan dalaman cafe ni. Very simple and cosy. Dengan pelbagai perhiasan/photo-photo dari South Korea, membuatkan diri terasa seolah-olah berada di bumi kimchi tersebut. Di cafe ni juga terdapat mural/artwork yang dilukis sendiri. Menurut pemilik, adiknya merupakan die-hard fan K-Pop. So no wonder lah kan?
Jadi, kepada penggemar makanan Korea, bolehlah berkunjung ke Milk Moustache ni. Cafe ni mungkin akan menjadi tempat lepak favourite aku selepas Cibiuk. Hehehe...

Berikut adalah lokasi cafe ni:


View Milk & Moustache Cafe in a larger map
Read More

Sunday, September 8, 2013

Avon ~ You Make It Beautiful

Pada hari Sabtu lepas, 7 September 2013, aku sempat singgah ke event client aku iaitu Avon Tour - You Make It Beautiful di Sungei Wang Plaza bersempena dengan pelancaran koleksi terbaru mekap Avon. Aku sampai pun dah lewat petang, around 5.00 pm. So tak sempat nak tengok majlis pelancaran. But yang menariknya kali ni, Avon menampilkan lori yang diubahsuai menjadi "bilik makeup" di mana pengunjung yang berbelanja RM50.00 boleh mendapat khidmat solekan percuma daripada jurumekap Avon. Selain tu, terdapat juga cabutan bertuah untuk para pengunjung dengan hadiah utamanya iaitu Samsung S4. Sape la yang bertuah dapat tu kan?
Booth Avon ~ You Make It Beautiful

Rachel & Elaine
Elaine & me
Me & Avon Team
Berikut adalah info mengenai produk terbaru Avon:

Kami ciptakan yang mudah, menyerlah dan berevolusi…
ANDA JADIKANNYA ANGGUN MEMPESONA
Memperkenalkan Koleksi Mekap TEBAHARU Avon


Anda mempunyai kuasa mencipta keindahan dalam apa jua yang disentuh. Kerana itulah, Avon mencipta Koleksi Mekap TERBAHARU Avon; sebuah rangkaian yang menampilkan rona-rona baru yang ekspresif, dengan ramuan berinovatif dan penemuan teknologi terunggul yang membenarkan anda menyerlahkan sentuhan kreatif tersendiri bagi penampilan unik mempesona.
Direka khas untuk setiap tona kulit, rangkaian mekap BARU ini menampilkan warna berpigmen tinggi dengan Teknologi Color True agar warna pada solekan anda adalah warna sama yang menghiasi bibir dan mata anda.

Ultra Color Rich Lipstick:
Teknologi Pure Revealing dan pigmen memperbaharui sendiri memberi warna terang yang kekal sejati. Ia menutrisi bibir dengan Shea Butter, Minyak Omega, Beri Arktik dan Vitamin E yang menjadikan bibir licin dan lembap serta-merta. Direka untuk pelbagai rona kulit. 

16 rona baru dalam bekas elegan dengan tetingkap jernih yang memudahkan anda melihat rona semua gincu anda sekilas pandang!

Ultra Glazewear Lip Gloss:
Teknologi Pure Revealing dan pigmen memperbaharui sendiri meluncurkan kilauan tinggi berona mewah berserta kebaikan formula melembap yang sama dengan gincu kami. Tersedia dalam bekas moden dengan 8 rona berkemasan krim, kilau dan sinar.

True Color Eye Shadow Quad:
Warnakan mengikut nombor! Quad dengan Teknologi Pure Revealing memberi warna mewah berpigmen tinggi yang kekal sejati di mata seperti di palet. Warna kekal tulen, tanpa retak atau merekah di mata. 6 quad baru dalam bekas rekaan terkini dengan langkah penggayaan bernombor.

Ultra Glimmersticks Lip & Eye Liner
Menggaris dengan warna kekal sejati. Gayakan bersama solekan terang atau lembut tanpa masalah comot atau berkeping. Tersedia dalam 4 rona.

Avon dengan sukacitanya turut mengalukan 2 personaliti ke dalam keluarga besar mereka; supermodel Irina Shayk sebagai Wajah Kecantikan Global Avon, dan jurusolek selebriti terkemuka, Lauren Andersen sebagai Jurusolek Selebriti Global Avon. Nantikan pelbagai tip solekan profesional serta pelbagai informasi berguna yang akan memastikan anda selangkah lebih anggun, sepanjang masa.

Koleksi mekap BAHARU Avon akan dijual bermula September 2013. Temui Wakil Avon anda atau lawati Butik Kecantikan Avon untuk mendapatkannya. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol Avon di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com

Mengenai Avon
Avon, syarikat dari wanita untuk wanita, merupakan syarikat kecantikan global terbesar dengan pendapatan tahunan menghampiri USD11 juta. Sebagai salah sebuah syarikat jualan langsung terbesar dunia, Avon dijual melalui lebih dari 6 juta Wakil Avon yang aktif.

Barangan Avon boleh didapati di 100 buah negara dengan seleksi barangan yang komprehensif, termasuk solekan, jagaan kulit, haruman, fesyen dan barangan rumah, dengan jenama-jenama yang terkemukan seperti Avon Color, ANEW, Skin-So-Soft, Advance Techniques dan mark. Kenali dunia kecantikan Avon di www.avoncompany.com.
Read More

#nowlistening - Henry & EXO

Skarang ni track yang aku dok ulang-ulang dengar adalah Henry - Trap dan Growl by EXO. Trap tu dah lama aku dengar dan EXO tu like seminggu yang lepas. Memula tak kisah sangat ngan EXO ni sebab aku dengar lagu dia Werewolf ke apa ntah kat Music Bank haritu cam aku pening kepala. Tapi Growl ni cam best plak especially part chorusnya. Bila tengok video, choreographynya memang menarik. Dan ada satu part tu mengingatkan aku satu filem Hindi (tak ingat title.. kalau tak silap lakonan Shah Rukh Khan..)
Tapikan.. banyak kali ulang dengar dan tengok lirik pun aku takleh nak tangkap the whole songs. Berbelit lidah. Hakikatnya lagu Arab gak paling cepat aku hafal. Bahahahaha...
EXO - Growl
Nah, link video kat bawah ni.. Selamat melayan!!!

Henry - Trap

EXO - Growl

Read More