#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Wednesday, June 14, 2017

We've moved!



Salam buat semua pembaca budiman.

Saya nak maklumkan bahawa blog ni telah berpindah ke hosting baru. Walau bagaimanapun, URLnya masih sama iaitu www.omaralattas.com.

Semua content di Blogger (https://www.bedaknyonya.blogspot.com) ni masih saya kekalkan dan boleh diakses. Cuma mulai sekarang, semua content baru akan saya post di laman official di atas. Saya memilih menggunakan Wordpress dengan layout yang lebih kemas dan feature yang lebih menarik. Bak kata orang-orang gomen... penambah-baikan lah. Hahaha.

Apapun, terima kasih di atas sokongan dan feedback yang diberikan selama ni. Segalanya amat saya hargai. Kita berjumpa di "rumah baru" ya!

See ya!!!

Image source:
https://s3-eu-west-1.amazonaws.com/static.nextnature.net/app/uploads/2015/08/Buildings_being_moved_to_new_site_after_flood_-_NARA_-_285353-e1439309196205.jpg
Read More

Friday, June 9, 2017

Bubur Lambuk Wadi Hassan


Sedar tak sedar...dah 14 hari kita berpuasa. Lupa pulak aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca Muslim di luar sana. Takde la terlambat sangat kan? Hahaha. Dan sementara ada masa pagi ni sebelum pergi kerja, aku rasa nak share tentang satu lagi memori masa aku kecik-kecik dulu.

Bubur lambuk... saper tak tahu kan? Bubur ni cukup famous terutamanya semasa bulan puasa. Kebanyakan masjid menyediakan dan memberikannya kepada masyarakat setempat. Tradisi pemberian bubur lambuk ni adalah salah satu amal jariah di bulan yang mulia. Rasa setiap bubur lambuk ada sedikit berbeza antara setiap masjid atau negeri. But overall, still the same lah.

Masa aku kecik-kecik dulu.. zaman sekolah rendah, aku selalu pergi ke Masjid Wadi Hassan, Johor Bahru untuk mengambil bubur lambuk ni. Jalan kaki je.. lebih kurang 1-2 kilometer dari rumah. Selalunya aku akan bawa bekas sendiri untuk diisikan dengan bubur ni.

Bubur lambuk Masjid Wadi Hassan memang special. Dimasak dengan daging, rempah-ratus dan daun-daun selama beberapa jam. Rasanya lemak... cukup serba-serbi. Kalau makan bubur lambuk, aku suka letak sambal kicap Johor yang hitam pedas tu.

Selalunya lepas asar aku akan pergi ambil bubur lambuk ni. Aku ingat lagi, ada beberapa kali insiden bila balik, masa bawa bubur ni jalan terhuyung-hayang... bubur ni tertumpah kat tangan aku. Tanpa rasa bersalah, aku akan jilat saki-baki bubur tu. Nikmat hawau! Takdenya nak lap bersihkan. Hahahaha.. masa tu kecik lagi kan.. sekolah rendah lagi. Iman tak berapa nak kuat. Sampai rumah muka kemain innocent. Hahaha...

Tu je lah kisahnya. Tapi until now bubur lambuk menjadi menu favorite aku kalau malas nak memasak. Campak je semuanya.. siap. Kadang-kadang aku sengaja masak lebih biar boleh tahan sehari dua. Makan ulang-ulang dengan sambal kicap. Kalau terlebih rajin, aku masak satu periuk bawak pergi office (macam kat gambar atas tu).

Nantilah.. free sikit aku letak resepi tu kat sini. Resepi ni ikut resepi arwah tok aku turun-temurun.. tapi aku adjust sana sini ikut bahan apa yang ada je. 

Okaylah nak gerak pi office. Selamat menunaikan ibadah puasa! Till then.. tata.
Read More

Thursday, June 8, 2017

Budin, si Bai Roti


Minggu lepas, aku balik sekejap ke JB sebab adik aku, Salim tak berapa sihat. Ada masalah jantung bengkak dan kekurangan oksigen. Warded la juga pada pagi Sabtu tu. Dan Alhamdulillah semalam... hari Rabu dia dah dibenarkan pulang dan keadaannya semakin baik. Terima kasih kepada keluarga, sahabat dan kenalan yang sama-sama mendoakan kesihatannya.

Dan kebetulan aku kat JB hari tu, terdetik di hati nak singgah ke Jalan Dhoby membeli roti. Kat sini siapa tak kenal roti Jalan Dhoby. Salahuddin Bakery tu cukup famous... dibuka sejak tahun 1937! Anyway, aku bukan nak cerita pasal Salahuddin Bakery ni.. tapi aku nak cerita tentang seorang hamba Allah yang selalu membawakan roti istimewa ni kepada keluarga kami sejak aku kecil lagi.

Budin... Bai Roti@penjual roti yang selalu berniaga roti di kawasan rumah aku di Jalan Alimat, Wadi Hana, Johor Bahru. Nama betul dia aku tak sure.. Shahabudin kot. Wajahnya lebih kurang macam gambar kat atas tu. Berjanggut putih panjang, berkopiah, memakai kurta putih dan berkain pelikat. Selalu mulutnya berwarna kemerahan sebab dia rajin mengunyah sireh. Tapi apa yang pasti dia cukup akrab dengan keluarga kami terutamanya arwah moyang aku, Tok Bie dan arwah nenek aku, Baba. Budin kalau tak silap aku berasal dari Allahabad, India atau Jalalabad, Afghanistan. Antara dua tu lah. Yang aku ingat bad.. bad.. kat belakang tu. Dia agak kamceng dengan moyang aku sebab arwah Tok Bie tu pun memang asal dari Kabul, Afghanistan. Ayahnya memang orang sana... datang bermastautin di Singapore-Johor.

Dah lama Budin berniaga di Johor. Sejak aku berumur 4-5 tahun lagi kot. Atau awal lagi dari tu. Time tu rasanya dia dah berusia lewat 50-an atau 60-an. Budin ni sangat penyayang dan dia cukup suka menyakat Salim. Dia suka perambat budak tu. Dan Salim sampai sekarang ni pun masih ingat si Budin ni. 

Aku selalu cega je.. kalau petang tu mesti tunggu bunyi hon dia. Dia mesti akan berhenti di depan rumah kami. Budin berniaga menggunakan motorsikal beroda tiga tu.. yang ada compartment mengisi barang jualan di tepinya. Tatau nak describe camne tapi aku rasa korang faham. Macam-macam jenis barang yang dia jual. Roti, karipap dan segala macam kudap-kudapan. Yang kerap kami sekeluarga beli semestinya roti Jalan Dhoby. Roti ni memang special tak macam roti yang jual sekarang yang dah siap potong. Roti Jalan Dhoby mempunyai kulit keras coklat kegelapan tapi isi dalamnya putih dan sangat lembut! Selalunya kami makan roti ni macam biasa lah.. sama ada dibakar, makan dengan sup kambing/kari atau dengan asam pedas. Memang terbaik!

Selain roti tersebut, Budin turut menjual karipap kentang bersaiz tiga segi yang besar. Kulit karipap ni sangat rangup. Makan satu pun dah kenyang. Selain karipap ni juga, ada dijual kuih/biskut suji. Suji dia besar sikit, rapuh dan secukup rasa... tak berapa manis. Pendek kata just nice. Petang-petang, minum kopi-O sambil pekena karipap dan biskut suji tu memang layan lah.

Di samping meniaga, kadang-kala kalau dia nak makan ayam, dia akan beli dengan keluarga aku. Sebab kami ada lah membela ayam time tu. Takde la banyak mana pun. Tak sampai 10 ekor. So, bila dia dah beli tu, aku la yang dok menolong dia perambat ayam. Aku kejar ayam from that side, dia dok tunggu kat belah satu lagi. Aku still boleh bayangkan that moment until now...

Tapi bila kami dah berpindah ke Taman Dahlia, Tampoi pada tahun 1990, kami dah tak berjumpa dengan Budin lagi. Tapi ada sekali dua tu dia datang Taman Dahlia berjumpa kami sekeluarga. Rindu betul dengan Salim. Katanya dia nak berniaga kat situ tapi takde pun kelibatnya. Dan lepas tu Walid ada juga berjumpa dengannya di Masjid Wadi Hassan. But after that dah tak dengar khabar berita. Yelah... time tu mana ada smartphone bagai kan. Tak tahulah sama ada dia dah pulang ke India ataupun masih di bumi Malaysia ni. Kalau panjang umurnya, mungkin sekarang dia dah berusia sekitar 70-80 tahun.

So, itulah dia kisah Budin... Bai Roti masa aku kecil dulu yang sampai sekarang sangat dekat kat hati aku. Dan bila aku ingat-ingat balik kenangan masa dulu... bergenang air mata mengingatkan betapa indahnya suasana masa tu dengan insan-insan yang kita sayang yang tiada lagi bersama kita sekarang ni.

Buat Budin, jika umurnya masih panjang, aku doakan semoga Allah memelihara kesihatan dan keselamatannya. Dan jika dia telah tiada, semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkannya di kalangan para solihin... begitulah juga dengan ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kita yang telah pergi.. Amin Ya Rabb...
Read More

Wednesday, May 31, 2017

Weekend Getaway ~ Espek Ecopark

Suasana malam di Espek Ecopark.
Dua minggu yang lepas, aku mengambil kesempatan untuk menghabiskan hujung minggu di sebuah ecopark yang baru dibuka ~ ESPEK ECOPARK, yang terletak di Kampung Ulu Slim, Slim River, Perak. Ia sebuah projek hiliran milik Espek, anak syarikat RISDA.

Nanti aku akan update dengan lebih lanjut lagi mengenai tempat ni. Apa yang pasti, aku memang suka gilerrrr kat sini sebab suasananya sangat nyaman dan segar dengan air sungai yang bersih.

Korang layanlah dulu video tempat ni ya.




Read More

Friday, April 28, 2017

Masakan Kampung Paling Best di Cyberjaya

Assalamualaikum semua! Macam lama je tak blogging kan? Biasalah.. busy. Lagipun takde apa sangat yang nak dikongsikan.. Nak travel.. ntah bila zaman lagi la tu.

Masakan ala kampung lah yang paling sesuai dengan tekak aku...
By the way, kali ni aku just nak post berkenaan tempat makan. Siapa tak suka makan kan? Dan memandangkan aku ni jenis kuat makan.. lagi-lagi lah kalau masakan kampung, so aku kongsikan dengan korang restoran masakan kampung kat area Cyberjaya ni. Ni antara favorite spot aku kalau nak mencari nasi campur atau lauk-pauk Melayu yang sedap-sedap.

Abe Mat Restaurants @CBD 2, Cyberjaya
Menu: masakan Kelantan, nasi kerabu, ulam-ulaman dan budu


Restoran Abe Mat (dahulunya Restoran Che Mat) terletak di corner unit CBD2 Cyberjaya. Restoran ni menyediakan masakan asli Kelantan seperti ayam percik, nasi kukus, singgang dan macam-macam lagi. Favorite aku adalah bahagian ulam-ulaman seperti pucuk ketereh (jambu gajus), pucuk tenggek burung, ulam raja, daun selom dan disediakan budu dengan cili api. Selain tu, ada dijual juga nasi kerabu, nasi kukus, sup daging/ikan dan lain-lain. Dibuka dari time breakfast hinggalah ke petang. Malam aku tak sure buka ke tak sebab aku datang sini time breakfast atau lunch je. Harga makan quite reasonabale lah. Tapi yang penting sedap dan puas hati bila makan.


Cafe Puffy Buffy @CBD 2, Cyberjaya
Menu: nasi campur, ala carte, western & pastries/dessert


Terletak beberapa unit dengan Abe Mat, Puffy Buffy merupakan favorite spot aku kalau nak breakfast (kalau datang awal lah). Menu favorite aku semestinya lontong dengan sambal sotong, laksam, roti canai. Kuih-kuih pun banyak juga. Tu kalau breakfast. Bila lunchtime, banyak lauk-pauk disediakan kat sini. Pelbagai jenis dari gulai, sambal, sayuran.. pilih je mana yang nak. Aku paling suka lauk singgang dengan sambal tumis udang petai. Terbaik!!! Selain dari menu nasi capur, Puffu Buffy juga menyediakan menu ala carte.. termasuklah masakan western. Dan terkini, mereka juga menjual pastries dan dessert. Rambang mata nak memilih!

A&K Kitchen @Cybersquare, Cyberjaya
Menu: Patin tempoyak, masak lemak ikan/daging salai, ala carte & western


Ni restoran paling besttttttttttttt kalau ko jenis yang kuat makan pedas! Patin tempoyak sini TERBAIK!!!! Cukup semua rasa dan paling penting mereka menggunakan ikan patin Sg. Pahang. Bukan ikan patin lain. So kalau korang kaki patin.. boleh rasa perbezaannya. Acik ngan tokeh kedai ni kalau aku datang memang dah tau sangat dok cari patin. Selain daripada patin tempoyak, A&K juga terkenal dengan kelazatan masak lemak daging dan ikan keli salai. Bezanya dengan tempat lain.. bila ko rasa. Terasa smoky flavornya kerana ia disalai sendiri dengan menggunakan sabut kelapa. Tak macam setengah kedai yang claim daging salai... tapi hakikatnya bakar atas api je. Anyway, dulu selalu gak datang tapi sejak parking kat depan kedai tu dah kena bayar.. jarang la sikit nak singgah. Tapi bila ngidam patin je.. memang lunch time aku akan cabut dengan bebudak office ni yang jenis kaki makan cam aku. Sekarang ni pun A&K dah buat menu ala carte western time dinner dan perkhidmatan catering.

So, demikianlah serba sedikit info yang aku nak share dengan korang tentang tempat makan di Cyberjaya ni. Ada lagi few other places, cumanya tiga ni je lah yang aku rajin nak pergi masa lunchtime.

Kepada korang di luar sana... selamat mencuba dan selamat menjamu selera! 
Read More