#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Saturday, October 24, 2015

Italy Autumn 2015 Part II


Okay, kita sambung di Part II. Untuk cerita pasal Italy trip ni Part I boleh klik sini.

Day 5: Venice

Seperti biasa, bangun awal dan bersiap. Around 7.30 pagi kami turun breakfast. Cuaca boleh tahan sejuk dan hari pun nampak macam nak hujan. Ah! Sudah... Nak kena meredah hujan lagi la ni.. warrgghhhhh!!!

Anyway, Venice is a capital of northern Italy’s Veneto region, yang dibina di atas lebih 100 buah pulau di dalam sebuah lagun iaitu Laguna Veneta. Venice terkenal dengan imej romantik dengan gondola ridenya itu.. tapi bila tengok langit yang mendung tu.. separuh jiwa aku hilang. Sah-sah la sat lagi gambar-gambar aku semuanya sendu belaka... haizzz...

Apapun sebelum bas bergerak, kami bergambar sekejap di hadapan Villa Fiorita ni sebab viewnya agak menarik. Villagepeople kan... segenap pelusuk nak bergambar. Hahahaha.

Macam cantik pula entrance Villa Fiorita ni.
So, around 8.15 pagi tu, kami bergerak menuju ke Tronchetto untuk menaiki bot ke Venice. Sebelum memasuki Tronchetto ni, berhampiran dengan tempat meletak kenderaan, terdapat gerai-gerai menjual cenderahati yang diusahakan kebanyakannya oleh warga Bangladesh. Boleh bertutur dalam bahasa Melayu serba sedikit, seperti biasa. Dan yang paling penting, harga souvenirs, baju, beg dan lain-lain di mainland ni lebih murah berbanding dengan harga di pulau tu. Contohnya, beg sulam dengan imej Venice kat gerai Bangla ni boleh dapat €5 (+RM25.00), kalau di pulau tu beg yang sama dijual dengan harga €7-8. But some of the t-shirt/jumper yang dijual kat pulau tu walaupun sedikit mahal tetapi kualitinya lebih elok. Just kena pandai tengok la. Dan some of the souvernirs tu ada dijual kat pulau je.. kat mainland tu takde. So kena usha siap-siap so that bila dah masuk mainland semula takde lah rasa menyesal sebab tak beli.

Di hadapan Tronchetto sebelum menaiki boat ke Venice,
So, lebih kurang jam 9.30 pagi, bot kami pun bergerak menuju ke pulau Venice dengan perjalanan hampir setengah jam. Cuaca memang dari awal tiba di Venezia ni memang agak sendu. So, bila sampai di Riva Degli Schiavonu, di hadapan Hotel Gabrielli ni je hujan rintik-rintik dah mula turun.

Itinerary pagi ni adalah guided walking tour of Venice island yang bermula di Piazza San Marco. Di kawasan Hotel Gabrielli ni terdapat deretan kedai yang menjual souvenirs. So, aku dah usha siap-siap mana yang berkenan di hati. Hahaha..

Banyak kedai-kedai souvenirs kat depan ni.
Dari sini kami berjalan menuju ke Piazza San Marco merentasi beberapa buah jambatan. Venice memang terkenal dengan jambatan yang banyak dan seriously aku takde masa nak ingat hala-tujunya. Dengan hujannya, aku just follow je tour guide.

Di atas one of the bridges.
Nak memasuki kawasan San Marco ni, kami terpaksa melalui platform setinggi hampir 1-2 kaki yang didirikan kerana kebanyakan kawasan di sini dinaiki air disebabkan oleh cuaca dan monsun. Dengan manusia yang penuh sesak.. that's why I said, aku takde masa nak ingat jalan.. so I just ikut je la tour guide tu. Sesekali berhenti untuk mengambil gambar je.

Air laut dah mula melimpah masuk.
Kawasan Piazza dah dinaiki air.. so naik atas platform le.
Piazza San Marco atau dalam Englishnya, St. Mark's Square adalah dataran awam yang utama di Venice ni. Di sini juga terdapat St. Mark's Basilica, landmark cathedral with gilded domes. Dan di hadapan gereja ni terdapat sebuah menara yang digelar St. Mark's Campanile yang dibina semula pada tahun 1912. Binaan asal menara ni dibina pada tahun 1156 tetapi telah runtuh pada tahun 1902. So, 10 tahun lepas tu, ia dibina semula dengan design yang sama pada tempat yang sama.

Piazza San Marco - Kelihatan St. Mark's Campanile dan Basilica di belakangnya.
Oleh kerana kawasan piazza telah dinaiki air, maka kami terpaksa melalui laluan di bawah gedung di bahagian kiri piazza yang di dalamnya terdapat kedai-kedai dan salah satu yang paling terkenal ialah Caffè Florian, sebuah coffee house yang tertua, ditubuhkan pada tahun 1720 dan masih beroperasi sehingga sekarang. Gileeee lama bertahan okay!! Cafe ni sangat eksklusif. Pelayannya semua berpakaian kemas siap dengan coat dan bow-tie bagai.

Caffè Florian, since 1720.
Berjalan bersesak-sesak meninggalkan Piazza San Marco ni, kami menuju pula ke Servizio Gondole S. Moisè, kononnya nak menaiki gondola. Tapi nan hadooo.. sebab servis gondola diberhentikan seketika kerana paras air naik. Takut gondola tak lepas melalui jambatan nanti. So, kena la tunggu sejam lebih nanti.. tengok if ada rezeki dapatlah naik.

Air tengah naik. Takut gondola tak lepas kat jambatan,
Dari sini, kami berjalan lagi menyusuri Campiello Santa Maria Zobenigo, yang di sini terdapat sebuah gereja Katolik yang sarat dengan ukiran pada facadenya iaitu Santa Maria del Giglio. Facadenya yang berkonsepkan Venetian Baroque adalah antara yang terbaik di seluruh Venice. Yang menariknya di sini ialah pada facadenya terdapat peta bandar-bandar lama seperti Rome, Candia, Zadar dan lain-lain. Dan peta lama ni boleh dikatakan sebagai dokumentasi sejarah. Sebagai contoh, pada peta Rome di gereja ni, di hadapan St. Peter's Square Vatican City, dalam ukiran peta di gereja ni menunjukkan terdapat bangunan yang direkodkan wujud pada masa dahulu tetapi la ni dah takde. So, kind of reference juga la kan. (Korang faham ke yang apa aku cuba sampaikan? Sebab kekadang aku pun pening dengan explaination aku sendiri.. hahahahaha).

Santa Maria del Giglio. Kelihatan peta kota-kota lama pada base columnnya.
Dari Santa Maria ni, kami berjalan di celah-celah bangunan ke Campo Santo Stefano. Di sini terdapat sebuah statue Niccolò Tommaseo, seorang pakar bahasa, wartawan dan editor Italy yang terkenal. Kemudian, dari sini kami ke Campo Santo Anzolo, then ke Campo Manin. Di Campo Manin ni, terdapat pula statue Daniele Manin, seorang patriot dan lawyer, yang mengetuai revolusi menentang Austrians pada tahun 1848. Di bawahnya terdapat statue seekor singa, simbol bandar Venice ni.

Statue Niccolò Tommaseo di Campo Santo Stefano.
Statue Daniele Manin di Campo Manin.
Selepas tu, just few blocks, kami sampai di pinggir Grand Canal untuk melihat laluan utama di Venice ni secara dekat. Cantik pemandangannya. Cuma sayang.. cuaca tak berapa elok. So, aku tak dapat nak capture scenery yang cantik macam poskad tu. Sedih pakcik. Tapi takpelah.. janji dah sampai kan?

Di Grand Canal.
Selepas dah tengok Grand Canal ni, kami berjalan menyusuri Merceria Orologio, kemudian masuk ke kiri di laluan Hotel Ai Do Mori. Sepanjang jalan kat sini memang banyak terdapat kedai-kedai baju, beg, barangan kulit, cenderahati dan lain-lain. But one thing yang menarik perhatian aku adalah this one shop, Fabris, yang menjual Vezenian tapestry atau permaidani. Tenunannya sangat halus. Memang aku berkenan dengan artwork camni. Aku beli jenis yang kecil berharga €5 (+RM25.00) satu sebagai cenderahati. Yang besar-besar kita tak mampu nak beli. But, bila dah sampai Malaysia ni, rasa menyesal lak tak beli banyak-banyak. Kalau tak, sure boleh letak dalam frame untuk dijadikan perhiasan dinding. Haizzz...

Menarik hasil seni kat kedai ni. Sayang tak beli banyak.
Opposite kedai ni pun ada banyak kedai menjual souvenirs dan jewelries yang diperbuat daripada kaca Murano. Famous kaca Murano ni kerana di Venice ni terdapat sebuah pulau iaitu Murano yang produce kaca ni. Cantik dan colorful.. cuma aku tak berapa minat sangat.

Murano glass. Image source: http://www.exploration-online.com/wp-content/uploads/2014/04/Venice-026.jpg
Apabila jam di tangan hampir menunjukkan pukul 1.00 tengahari, kami pergi semula ke Piazza San Marco melalui platform yang disediakan kerana di kawasan ni air memang tengah bergenang. Plannya nak menaiki gondola. Mana la tau kot ada rezeki air dah surut sikit kan. Alhamdulillah, sekitar jam 2.00 petang, kami menaiki gondola dengan harga €80 (+RM400.00) satu gondola kongsi 4 orang. Kiranya satu kepala €20 lah. Durationnya adalah selama 30 minit.

Di Piazza San Marco yang dipenuhi air.
Bermula dari hadapan Piazza San Marco tu, menyusuri sungai di sebelah Palazzo Ducale, lalu di bawah jambatan Ponte dei Sospiri sehinggalah sampai ke jambatan di Calle Rimedio dan berpatah balik. Sepanjang perjalanan, kami bukan sahaja disajikan dengan pemandangan yang menarik, malah pengemudi gondola kami siap menyanyikan lagu-lagu klasik Italy lagi. Siap dengan bersiul bagai. Memula tu dia nyanyi lagu apa ntah, then aku cakap kat dia aku dedicatekan satu lagu Italy ni kat dia, Tajuknya Gondolier nyanyian French singer favorite aku, Dalida. Then dia pun nyanyi sikit-sikit then sambung lagu Marina Marina dendangan Dalida juga. Hahaha. Layan je la. Setengah jam ride tak terasa sebab suasana sangat relaks, tenang dan romantik. Again.. kalau cuaca elok mesti best punya. Anyway, video gondola ride boleh tengok kat sini.

Gondola ride menyusuri laluan di celah Palazzo Ducale.
Habis je ride, kami merayap ke kedai-kedai di hadapan terminal bot ni. Beli serba sedikit souvernirs untuk dibawa pulang. Around 3.00 petang, kami bertolak balik ke mainland. Sementara menunggu bas, kami sempat la usha semula kedai-kedai Bangla tu, kot la ada benda yang berkenan boleh dibeli. Tapi tak beli apapun, Endup menyesal lagi bila dah balik. Hahahaha.


Tengok mana yang berkenan.
So, bila dah pukul 5.00 petang tu, bas pun bergerak pulang dan seperti biasa sebelum balik hotel, kami singgah di Restoran India semalam untuk dinner. Habis makan, cabut balik hotel dan kemas barang sebab esok kena checkout lagi sebab nak ke Verona dan Milan pula.

Day 6: Venice - Verona - Milan

Ya Allah, sekejapnya dah masuk hari ke-6! Cepat betul masa berlalu. Haizzz... Bila dah 2 malam di Venice, pagi ni lepas je breakfast pada jam 7.30 pagi, kami terus checkout. Tepat jam 8.00 pagi, kami bertolak ke Verona. Perjalanan adalah sejauh 120 km dan mengambil masa hampir 2 jam.

Torre dei Lamberti, a medievel bell tower near Piazza dei Signori.
Verona ialah sebuah kota lama. Ia terkenal lebih-lebih lagi apabila disebut di dalam cerita "Romeo & Juliet" karya William Shakespeare. Dan di kota lama ni juga masih terdapat rumah Juliet yang famous tu. Nanti aku ceritakan.

Kami sampai di Verona sekitar jam 10.00 pagi. Bas berhenti di hadapan Cimitero Monumentale dan dari situ kami berjalan menyusuri deretan pokok-pokok tirus sebelum melalui jambatan Ponte Aleardi yang menyeberangi Adige River.

Ponte Aleardi menyeberangi Adige River di Verona.
Di hadapan Ponte Aleardi ni, kami berjalan terus melewati city wall yang dibina sejak zaman empayar Rome. Di hadapan wall ni, terdapat deretan pokok yang telah bertukar warna dengan daun-daun yang berguguran. Menandakan telah masuk ke musim luruh.

City wall yang terdapat di Verona.
Dari sini, kami menuju ke Piazza Bra, sebuah dataran yang terbesar di Verona dan mungkin yang terbesar di Italy. Kat sini terdapat Arena di Verona, sebuah amphitheatre mirip Colosseum di Rome. Ia dibina oleh kerajaan Rome kira-kira 2000 tahun dahulu. Asalnya bangunan ni mempunyai ring setinggi 3 tingkat tetapi musnah disebabkan oleh gempa bumi. Sekarang ni tinggal hanya sebahagian je ring tu yang boleh dilihat sampai sekarang. Arena ni mempunyai sistem akustik yang baik. So, sekarang ia digunakan untuk opera concert setiap kali musim panas. Half of this Arena digunakan untuk stage. Jadi, sesiapa yang datang Verona time summer, bolehlah try tengok live concert kat sini.

Di hadapan Arena di Verona
Di sekeliling Piazza Bra ni juga terdapat banyak bangunan lama antaranya Gran Guardia dan Barbieri Palace, iaitu sebuah istana dengan style Neoclassical yang kini berfungsi sebagai town hall. Selain tu, terdapat banyak deretan restoran di sini.

Di sekitar Piazza Bra.
Selepas puas melihat Arena, kami melalui lorong Via Giuseppe Mazzini yang di kiri-kanannya adalah deretan butik-butik pakaian, beg dan pelbagai barangan mewah yang lain. Macam-macam jenama ada. Sampai di penghujung lorong ni, memasuki Via Cappello, di sebelah kirinya terdapat Piazza Delle Erbe, sebuah dataran yang dipenuhi dengan gerai-gerai menjual cenderahati, buah-buahan, sayuran dan macam-macam lagi. It's a day market lah basically. But, kami tak ke sana dulu. Kami menuju ke kanan dahulu untuk ke sebuah rumah yang terkenal iaitu milik keluarga Juliet.

Deretan kedai-kedai dan butik pakaian.
Juliet’s House atau dalam bahasa Italy Casa di Giulietta ni terletak Via Cappello. Walaupun watak Juliet ni adalah rekaan William Shakespeare, tapi masyarakat tempatan yakin ia adalah berdasarkan dari kisah benar keluarga Dal Capello, pemilik asal rumah ni. Kerajaan Verona membeli rumah ni daripada mereka untuk dijadikan tarikan pelancong. Ramai pengunjung yang datang ke sini terutamanya yang bercinta, meluahkan cinta mereka dalam sekeping kertas dan menyelitkannya di dalam wall kat sini. Tengok tak movie "Letters to Juliet"? Ha.. camtu la. Aku pun tertarik dengan Verona ni pun selepas melihat movie tu. Dan ada lagi satu yang agak menarik, pengunjung wanita especially yang single selalunya akan keluar ke balkoni tu untuk melihat kot-kot ternampak cinta hati mereka di kalangan pengunjung kat bawah balkoni. Macam-macam! Hahahahaha..

Di pintu masuk Casa di Giulietta.
Love notes!
Kat Juliet's House ni juga terdapat statue Juliet. Katanya siapa yang sentuh patung ni akan dapat good luck dalam percintaan mereka. And the best part is, patung ni asalnya bronze.. tapi cuma satu part je yang cerah disebabkan terlalu banyak disentuh. Korang agak part mana tu? Hahahah.. Tengok gambar je kat bawah tu. Hahaha. Anyway, ramai betul pengunjung yang datang ke sini. Nak ambil gambar dengan Juliet tu pun ambil masa gak.

Ambil berkat! Hahahaha.
Bahana tengok "Letters of Juliet" ni la aku tertarik dengan Verona.
So, bila dah melawat Juliet's House ni, kami ke Piazza dei Signori, sebuah lagi dataran yang terdapat sebuah statue Dante Alighieri, seorang penyair Italy terkenal yang banyak menghabiskan masanya di Verona.

Statue Dante di Piazza dei Signori.
Dari sini, kami kembali semula ke Piazza Delle Erbe, day market yang aku ceritakan tadi. Kat sini aku beli sedikit souvenirs untuk dibawa pulang. Lama juga lepak kat sini sementara menunggu Erol tapau Doner Kebab berhampiran dengan market ni. Kebab di terletak di Via Pellicciai, lorong di hadapan Piazza Delle Erbe. Tapi punyalah lama nak menunggu derang siapkan kebab ni. Yang bekerjanya cuma dua orang. Lepas tu, queuenya bukan main panjang lagi. Menunggu nak sampai ke turn kita lebih 30 minit! Nak tak nak terpaksa tunggu juga la sebab yang ni je yang diyakini halal untuk dimakan.

Market di Piazza Delle Erbe.
Berzaman nak menunggu turn!
Siap je dibungkus kebab tu, kami terus berjalan pulang menuju ke bas untuk destinasi berikutnya iaitu Milan. Kami bergerak ke Milan dari Verona sekitar jam 1.30 petang. Perjalanan sejauh 167 km mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dan lebih kurang jam 3.30 petang kami sampai di Milan untuk aktiviti berikutnya iaitu Milan City Tour. City tour ni half day je sebab esok kami ada masa lagi untuk ke sini. Bas berhentikan kami di Piazza Castello, berhampiran dengan Sforzesco Castle. Makanya destinasi pertama kami sudah tentulah Sforzesco Castle ni.

Sforza Castle main entrance.
Sforzesco Castle atau Sforza Castle ni adalah istana yang dibina pada kurun ke-15 oleh by Francesco Sforza, Duke of Milan. Sekarang ni ia adalah muzium dan menempatkan banyak himpunan koleksi seni yang tak ternilai harganya. Luas kawasan istana ni. Aku takdan nak pusing semua. Di dalamnya pun ada gallery but kami tak masuk pun.

Di dalam kawasan castle.
Di luar kawasan istana dan di hadapan gerbang masuknya terdapat sebuah pancuran air, port melepak pengunjung dan warga kota ni. Selain tu terdapat juga peniaga warga asing (Bangla juga aku rasa) yang menjual selfie stick serta warga Afrika yang menjual gelang dan lain-lain.

Fountain di hadapan Sforza Castle.
Dari pancuran air ni, kami jalan straight menuju ke Milan cathedral melintasi tugu Largo Cairoli, melalui Via Dante dan Via dei Mercante.

Di bandaraya Milan ni sistem jalanrayanya agak berselirat. Ditambah pula dengan jumlah pengunjung dan warga kota yang ramai.. tambah berserabut la. Dan kat sini juga terdapat tram, so kena berhati-hatilah ketika melintas jalan.

Milan.
**Tips: Sepanjang jalan menuju ke Duomo di Milano ni, terdapat banyak warga Afrika yang menjual gelang ala-ala Afrika. Memula tu caranya macam bagi percuma. JANGAN TERPEDAYA! Dia pasangkan kau siap-siap.. lepas tu minta derma dari kau! Hahaha.. aku terkena sebab beriya cakap a gift from Afrika.. "Hakuna matata, my brother.." Hakuna matata abah kau! Aku bagi €2 je. Memang dah agak pun kena bayar sebab modus operandinya sama je kat Italy ni. So, kalau dia offer tu jangan la cepat terima. Kena kat si Erol, Afrika tu letak kat lengan, dia pi campaknya ke lantai. Hahaha.. Nasib baik mamat Afrika tu tak mengamuk. Sama juga dekat depan cathedral tu yang banyak burung merpati. If tetiba ada mamat dari celah mana datang offer ko dedak ke apa ntah untuk diberi pada burung-burung tu so that merpati mengerumun ko dah boleh snap gambar, elakkan! Malaun tu bila dah bagi bijirin seciput tu, nanti bila ko dah happy-happy snap pic tetiba dia minta bayaran. Ada yang berani minta sampai €10! Gila apa. Erol dah terkena but dia bagi saki-baki coin €1 je. Jadah nak mintak banyak-banyak. Bukan burung merpati diorang pun. So, kalau nak sangat bergambar tu, bawak je saki-baki biscotti (biskut) yang ko pau dari hotel tu. Free je, takyah kena bayar pun. Ingat ya. Jangan tertipu dengan diorang ni.

Tu dia... hakuna matata tengah menjalankan operasi.
Anyway, di sepanjang jalan ni penuh kedai kedai pakaian, cafe, gelato dan macam-macam lagi. Ada juga satu dua gerai menjual souvenirs tapi mahal gila la banding dengan Rome tu. Satu fride magnet kat sini berharga €5 berbanding €1 kat Rome. Lima kali ganda. If convert seketul jadi lebih kurang RM25.00! So, kalau nak beli tu, better beli kat Rome (if korang ke sini la).

Sampai di Piazza del Duomo, mata tertumpu pada Duomo di Milano atau Milan Cathedral, gereja yang terkenal kat Milan ni. Ia adalah ke-5 terbesar di dunia dan ke-2 terbesar di Italy. Uniknya cathedral ni adalah ia menampilkan senibina gaya Italian Gothic dan mengambil masa selama hampir 600 tahun untuk siap sepenuhnya! Gila lama.

Duomo di Milano.
Aku malas nak bercerita panjang mengenai gereja ni. Korang boleh baca sendiri kat link Wikipedia yang aku dah letak tu. So, macam aku bagitau tadi, hati-hati bila berada di piazza ni. Jangan terpedaya dengan mamat-mamat merpati ittewwww.. Hahaha.

Di dataran ni juga terdapat statue yang digelar Monumento Equestre a Vittorio Emanuele II. Ini adalah statue raja pertama united Italy yang memerintah dari tahun 1861 sehingga kematiannya pada tahun 1878.

Monumento Equestre a Vittorio Emanuele II.
Di sebelah kiri Piazza del Duomo ni terdapat sebuah gerbang besar yang di dalamnya menempat pusat membeli-belah Galleria atau nama panjangnya Galleria Vittorio Emanuele II. Ia merupakan salah sebuah gedung membeli-belah yang tertua di dunia, dibina di antara tahun 1865-1877. Selain tempat shopping, terdapat banyak juga restoran kat sini. Dan juga hotel. Kami tak masuk pun sampai ke dalam. Sekadar mengambil gambar di main entrance ni. Tak berani nak usha barang-barang di dalam ni. Hahahaha.

Galleria.
Selesai melawat kawasan Piazza del Duomo ni, sekitar jam 5.00 petang, kami berjalan semula ke Sforzesco Castle untuk menaiki bas pergi ke hotel. Tetapi sebelum tu. seperti biasa singgah di restoran untuk dinner siap-siap. Istimewa sikit kat Milan ni, dinner kami di restoran Al Galileo dengan menu makanan Italy. So, no more kari-kari dan seangkatan dengannya. Hahaha.

Pizza time!
Menu kami malam ni adalah penne, grilled chicken and chips serta pizza. Walaupun tak pedas langsung, tapi at least lain daripada menu kebiasaan pun dah cukup baik. Restoran Al Galileo ni pemiliknya Egyptian Arab. So no worries lah tentang tahap kehalalannya.

Grilled chicken & chips
So lepas dinner, kami terus balik ke hotel. Di Milan ni, kami stay di Ecohotel, Ospedaletto Lodigiano yang terletak lebih kurang 52 km dari pusat bandaraya. Around 45 minutes nak sampai sini dari bandaraya Milan. Memang terceruk la. Takde apa pun kat area ni. But bila ko dah sampai malam tu, nak keluar pun dah tak larat. But one thing bagus bilik hotel kat sini, ia spacious, cosy dan menarik. So far stay kat Italy ni, aku rasa bilik hotel ni yang paling best.

Our room in Ecohotel Milan.
Jadinya, kami stay di sini selama 2 malam sebelum pulang ke Malaysia 2 hari lagi. Ya ampun... cepatnya masa berlalu! So sampai hotel, dengan tak mandinya.. letak kepala terus blackout!

Day 7: Milan - Lake Como

Hari ni adalah 2nd last day kami di bumi Italy. Sedih plak rasa bila memikirkan nak kena balik dan menghadap kembali kerja-kerja! Haizzzzz... Anyway, hari ni itinerary kami adalah pergi ke Como, Foxtown Factory Stores, Lake Como dan bandaraya Milan sekali lagi.

So, lepas breakfast pada jam 7.00 pagi, sejam selepas tu kami bergerak menuju ke Como untuk ke Foxtown Factory Stores. Kaedahnya macam JPO kat Johor tu lah. Katanya branded items kat sini dijual dengan harga lebih murah.

Foxtown Factory Stores.
Sepatutnya sebelum sampai di Foxtown kami singgah di Lake Como dahulu untuk photo stop. But sedikit miscommunication dengan our driver, makanya kami sampai di Foxtown dulu pada jam 10.30 pagi. Kena pula menunggu lagi setengah jam sebab outlet tu buka pada jam 11.00 pagi. Sedikit pembaziran masa di situ.

Sementara nak tunggu buka, posing kat parking pun boley.
Anyway, Foxtown ni terletak di dalam negara Switzerland. Berhampiran border Italy-Switzerland. So, secara tak langsung aku dah pernah jejak ke Swiss lah! Sepanjang perjalanan kat Como ni mata memang disajikan dengan pemandangan yang menarik. Dengan gunung-ganang yang dilitupi salji bagai. So kalau orang kata Swiss ni cantik, memang betul la tu. Pagi tu masa nak ke Foxtown, cuaca memang cantik dengan langit yang membiru. If onlylah kami singgah ke Lake Como pagi ni, sure gambar menarik. Sebab bila kami singgah Lake Como tu selepas melawat Foxtown, cuaca dah abit mendung dan tak berapa menarik.

So, berbalik pada Foxtown tadi, bila tepat jam 11.00 pagi outlet ni buka, kami pun menyerbulah masuk. Takde plan nak shopping apa pun. But if terjumpa baju-baju yang menarik dan harganya okay, nak juga la membeli. Memang kat sini penuh dengan jenama-jenama yang mewah seperti Gucci, Armani, Burberry, Prada dan banyak lagi. Tapi bila pusing-pusing tengok pada harganya... ermmm... dengan design yang simple camtu nak membayar harga sebanyak tu aku rasa macam tak worth je. Bayar semata-mata untuk brand. I don't know. Maybe aku bukan brand-freak kot. Tak kisah sangat pasal jenama-jenama ni. Lagipun aku bukan banyak duit sangat. So tengok je la kan. Memang kami takde shopping baju apa pun. Cuma yang menarik perhatian kami ialah perfume-perfume kat sini. Bila calculate memang murah berbanding kat Malaysia. Jadinya, instead of beli baju-baju, kami shopping perfume je. Antara pilihan kami adalah Versace, Issey Miyake, Burberry dan Bvlgari. Total untuk 7 botol perfume tu dalam €205 (lebih kurang RM1025.00). Bila aku check balik perfume kat Airport Abu Dhabi, harganya memang jauh beza lebih mahal banding kat Foxtown ni. So, kira berbaloi la kami beli kan.

Image source: http://www.admitoneitaly.com/2368/fox-town-outlet-shopping-tour.jpg
Dah bosan pusing kat outlet ni, kami melepak seketika membedal gelato. Try je la sebab orang kata Italy ni terkenal dengan gelatonya. Untuk 2 scoop gelato berharga €5 (+RM25.00). Nak try punya pasal kan.

Gelato! Yummy...
Kami di Foxtown ni selama 2 jam. So, around 1.15 tengahari tu kami bertolak pulang ke Milan. But on the way tu kami singgah di Lake Como. Kami tiba di Lake Como around 1.45 petang. Like I mentioned earlier, kalaulah datang sini pagi tadi sure cantik pemandangannya. But masa kami sampai ni cuacanya abit mendung. So bila ambil gambar takde lah secantik mana. But still viewnya sangat menarik dan tenang. If only boleh spend lama sikit kat sini sure best.

Nikmatnya menyedut udara tanpa jerebu.
Lake Como ni memang terkenal dengan pemandangan yang indah. Berlatar-belakangkan gunung-ganang, tasik yang luas serta rumah-rumah mewah di kaki gunung, view kat sini memang memukau mata yang memandang. George Clooney pun ada rumah kat sini ya.

Pemandangan Lake Como dari area Tempio Voltiano.
Lagi satu yang aku terkilan, kalaulah ada photo stop di tepi highway di atas gunung yang boleh melihat Lake Como ni secara keseluruhan, mesti best. Sebab bila tengok dari bawah ni, tak sama dengan view dari atas highway semasa on the way ke Foxtown tu. Aku nak snap pun tak sempat masa atas bas tu. Serious view dia memang superb. Teringat pula masa pergi New Zealand. Sepanjang perjalanan tu, bila ada view yang cantik je, kat tepi-tepi jalan sure ada area untuk photo stop supaya pengunjung boleh merakamkan gambar kenangan.

Anyway, kami di Lake Como ni tak lama. Lebih kurang setengah jam je. So, sempat la merakam serba sedikit scenery di sekitar tasik ni. Takdan nak explore lebih-lebih sebab kena bergegas balik ke Milan pula. Sekitar jam 2.15 petang, kami pulang ke Milan dan sampai di sana lebih kurang jam 4.10 petang.

Lepak sekejap je kat Lake Como ni.
Sampai di Milan, bas berhentikan kami di tempat yang sama seperti semalam, di Sforza Castle. Kami ada lebih kurang 2 jam je untuk explore semula bandaraya ni. Tak pergi ke mana pun. Repeat pergi area semalam di Piazza Duomo. Just snap few more pics memandangkan semalam tak sempat nak berpose bagai. Memang tak shopping apa pun sebab lalu-lalu kedai kat sini takde satu pun yang menarik hati untuk di singgah.

Via dei Mercante.
After 2 hours merambu di kota Milan ni melihat ragam penghuni dan pengunjungnya, kami pun bergerak pulang. Seperti semalam sebelum balik ke hotel, singgah dinner di Al Galileo lagi. Sampai di hotel sekitar jam 6.30 petang. Menu hari ni pula berbeza daripada semalam. Kali ni kami dihidangkan dengan vegetable soup (lebih kepada kuah dalca aku rasa), risotto dan chicken chop. Boleh la... janji kenyang. Hahaha. Walaupun tekak dah menjerit minta makanan pedas.

Bye bye Milan!
Selesai makan, kami terus pulang ke hotel. Malam ni dah ke pack siap-siap sebab esok pada jam 6.00 pagi kami dah kena bergerak ke airport. Ya Allah, sedihnya rasa bila memikirkan percutian dah nak habis. Tapi bila sampai bilik aku tak kemas pun. Landing atas katil.. terus berdengkur. Erol je la yang mengemas barang-barang dia. Aku dah tak larat. Esok je la aku kemas...

Day 8: Milan - Abu Dhabi

Last day in Italy! Pakcik dah mula stress sebab dah nak kena balik dan menghadapi reality kehidupan yang sebenar... warghhhhh!!! So, memandangkan semalam aku dah terbongkang awal, so aku bangun around 4.30 pagi untuk kemas barang-barang. Takde nak kemas apa pun sebenarnya sebab kami bukan shopping sakan. Setakat beli perfumes dengan souvenirs yang nan hado tu.. apalah sangat yang nak dikemas.

Dan sekitar jam 6.00 pagi kami dah checkout. Breakfast hotel dah pack siap-siap. Bolehlah makan di dalam bas. Cuaca pula punyalah sejuk. Menggigil-gigil aku dibuatnya. Sekitar jam 6.30 pagi, kami pun bergerak menuju ke Milano Malpensa Airport. Perjalanan dari Ecohotel ni nak ke airport mengambil masa sejam lebih dengan jarak 103 km. Kami sampai di airport lebih kurang 7.45 pagi. Around 9.00 pagi tu, bila counter Etihad buka je, kami terus checkin siap-siap. Selesai urusan checkin semua, lepak sat kat situ sementara menunggu flite kami ke Abu Dhabi pada jam 11.00 pagi.

Milano Malpensa Airport.
Dan selepas 6 jam 50 minit perjalanan, kami pun sampai di Abu Dhabi pada jam 7.30 malam. Nak menunggu flite balik ke Kuala Lumpur, terpaksalah kami mereput di airport selama 7 jam!

Somewhere in Yemen.
And somewhere near Abu Dhabi.
Day 9: Abu Dhabi - Kuala Lumpur

Flight kami ke Kuala Lumpur adalah pada jam 2.35 pagi. Jadi, 7 jam lah kami terpaksa tunggu di Airport Abu Dhabi ni. Takde apa nak dibuat pun. Just pusing-pusing usha souvenirs dan dinner kat sini. Tekak dah gian sangat nak makan makanan pedas. So, aku pergi ke foodcourt membeli meehoon goreng (soohoon actually) dengan chilli chicken. Janji pedas sikit jadilah. Erol just order Burger King je since perutnya buat hal.

Selebihnya, kami duduk melepak kat waiting area dan tidur di situ. Aku siap berbongkang kat lantai lagi. Lantak la kan. Takde siapa pun peduli. Nak tidur kat kerusi buat sakit badan je. Lepas aku tidur kejap, then turn Erol plak yang tidur. Ambil giliran kaedahnya. Hahaha.

Tepat jam 2.35 pagi, maka pulanglah kami ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami selamat sampai di Kuala Lumpur keesokkan harinya pada jam 1.30 tengahari. Yang tak bestnya, masuk je ruang udara KLIA, terus kelabu asap tak nampak apa. Kot la berkabus sejuk macam kat Florence best la jugak. Tabahlah nak.. terima hakikat ko dah berada di tanahair tercinta! Hahaha..

Maka begitulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan tentang pengalaman aku melawat bumi Italy tu. Insyallah, ada rezeki aku memang nak repeat lagi.

Verona, Italy
By the way, trip aku ke Italy ni adalah group trip dari travel agent. Memandangkan aku malas nak pening kepala memikirkan kos, itinerary, transportation semua, maka aku rasa guna travel agent lagi senang. Just bayar dan semua diorang uruskan. Lagi nak ke tempat yang jauh-jauh ni. Aku takdan nak study apa yang patut. Kalau dalam Asia ni boleh la lagi nak pergi sendiri. Macam South Korea tu.. celah gigi je.. Hahaha.

Anyway, travel agent yang aku gunakan ialah Amar Travel & Tours. Kalau korang nak dapatkan butiran lanjut mengenai pakej pelancongan, boleh rujuk laman web ni. Fun2Holiday.com.

Alhamdulillah, so far aku berpuas hati dengan servis mereka. Dari segi penginapan, makanan dan sebagainya. Tour leadernya, Puan Hamidah memang the best! Sangat prihatin dan menjaga ahli kumpulan dengan baik. In fact, sebelum pergi ke Italy lagi, dia dah jemput kami yang pergi ni ke rumahnya untuk briefing dan beramah-mesra. Ye lah nak pergi satu group selama beberapa hari. Kalau tak kenal nanti susah juga nak berjalan. Dan Alhamdulillah semua yang pergi baik-baik, peramah belaka. Ada family yang buat business, professor, doktor dan lain-lain dan mereka very friendly dan macam satu keluarga. Walaupun most of the time aku dengan Erol buat hal sendiri je, but bila sesekali berborak masa dalam bas dan time makan, seronok rasanya. They're so funny dan kita boleh berkongi banyak benda especially bab-bab travel ni sebab yang pergi ni rata-rata adalah kaki travel. Kiranya aku dapat kenalan yang baru lah kan.

With all of them pada hari pertama di Colosseum, Rome.
Yang pegang flag tu our tour leader, Kak Midah. She's the best!
Them at Lake Como.
Gondola ride with Kak Ruby & hubby.
Erol with Kak Norredah and Kak Ayob (itu nama bapa dia daaa..) 
Kak Nolly, she's a joker!!! Hahaha.
With Isabell, our tour guide di Verona.
Abang Brahem, tour guide kami di Florence.. (aku tak ingat nama dia hawau..)
But apapun berkenaan pergi bercuti menggunakan travel agent ni, korang kena bersedia dengan beberapa perkara la. Antaranya:
  • Masa: Memandangkan banyak tempat yang nak dituju, kebanyakan masa yang diperuntukkan pada setiap destinasi adalah terhad. Paling lama pun dalam 4-5 jam. But kebanyakannya dalam 1-2 jam sahaja. Memang tak cukup, lagilah kalau nak explore bandar besar like Milan atau Florence. So, kepada yang kaki bergambar tu.. bertabahlah ya dengan adegan terkejar-kejar.
  • Makanan: Since makanan yang diyakini halal kat sini kebanyakannya jenis restoran makanan India, so terima je la apa yang terhidang. Macam aku jenis tak cerewet. So aku okay je. Cuma next time kalau pergi kena bawa chilli flakes atau Ajishio Black Pepper tu baru ngam. Some of group members ni siap bawa cooker, beras bagai masak dalam hotel. So, kalau korang jenis kena makan nasi, boleh la bawa. Aku ada gak bawa granola bar Nature Valley dengan 3-in-1 milo... haram tak habis. Siap bawa balik semula ke KL. Yang licin cuma TC Boy Tuna Chilli tu je. Almaklum pedas.. sedap dimakan dengan roti dan cheese! 
  • Hotel: Lazimnya kedudukan hotel agak terceruk dan di luar pusat bandar. Sebab hotel lokasi camni mungkin lebih murah harganya berbanding dengan hotel dalam kawasan bandar. Masa sebelum pergi aku ada Google juga kedudukan hotel dan bandar. Ingat malam bila dah takde apa nak la merayap keluar untuk membuat night photography especially masa kat Rome dan Florence. But bila tengok lokasi hotel sikit punya jauh.. terus cam down. Hahaha. Nak naik cab.. try Google sekali tengok harga dia.. terus terkedu. Kiranya kalau ko dah sampai hotel memang takkan keluar ke mana lah malam tu.
Other than that, I have no complaint. Nak complaint pasal cuaca memang tak boleh la kan. Tak pepasal ko kena panah petir nanti. Cumanya next time kalau aku nak datang Italy ni, aku akan pastikan aku ada masa at least 2 hari untuk explore satu-satu bandar. Sehari tak cukup apa lagi setakat sejam dua. Dan maybe ambil hotel dalam area bandar so ko boleh merayap anytime je kan. Dunno la..berangan je dulu. But for sure, if ada rezeki memang aku nak repeat Italy trip ni. Insyallah! 

With them on our first day in Vatican City, Italy
Apapun, Alhamdulillah kerana impian aku sejak 3 tahun yang lepas dah menjadi kenyataan. :)
Terima kasih kerana sudi membaca. Dan kepada ahli group Italy Tour, thank you so much for the experience. I might not remember your name (aku memang sejak azali lembab dan ambil masa nak ingat nama orang), but trust me I'll remember each one of you. Dan kalau ada rezeki, kita berjumpa di trip akan datang. 

*Image source:
http://www.glocal.be/sites/default/files/images/photos_eurologosimage/
2011/Mars%202011/bellagiopanorama.jpg
Read More