Peluang ikut Nisha balik ke kampungnya di Sabah mmg tak boleh dilepaskan! Tambahan pula, pakciknya offer nak bawa kami jalan2 di sini. Mmg la seronok. Jadi, bila sampai je kat airport, terus checkin di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Letak je beg, terus cabut ke Kota Kinabalu Park. On the way tu, singgah di Nabalu mencari serba sedikit kudap-kudapan. Biasa lah.. yg berjalan ni jenis tak boleh kosong perut kan? Sampai di kaki Gunung Kinabalu, kami mencuci mata dengan pemandangan yg indah. Cuaca pula sejuk dengan angin yg kuat. Disebabkan cuaca berawan tebal, maka puncak Kinabalu takde la kelihatan sangat.
|
Time ni cuaca cloudy, so puncak Gunung Kinabalu tak berapa nampak. |
Setelah puas berjimba, snap photo kat atas tu.. kami dibawa pula ke Poring Hotsprings. Kat sini, kami berpeluang jungle tracking dan naik Canopy Walk - bapak tinggi jambatan gantung ni. Saper gayat or ada sakit jantung baik jangan naik. Tak pasal2 mati kat tengah nanti. Then, kat situ juga ada Kipungit Waterfall.. tak mandi pun. Just menikmati keindahan alam selain dari keindahan makhluk2 yg berkunjung di situ.. Hihihi. Dah habis kat sini, kami pergi balik ke hotspring, merendam kaki yg dah keletihan berjalan tadi.
|
Canopy walk @Poring Hotsprings. Saper yg gayat baik jgn naik! |
|
Kipungit Waterfall berhampiran dengan hotsprings. |
|
Lembah Kundasang. |
Untuk dinner, pakcik Nisha bawa kami ke Gayang Seafood Restaurant. Macam2 jenis seafood ada kat sini. Tinggal nak pilih je. Kami order butter prawn, sambal udang, ketam masak kamheong & ikan kerapu masak nyonya. Harga pula sememangnya jauh lebih murah banding ngan KL. Bayangkan lauk-pauk yg kami pilih untuk 4 orang makan termasuk air cuma dalam seratus lebih je. Dan rasanya tak payah nak ckp lah... Orgasm dibuatnye!!!
|
Gayang Seafood Restaurant. |
|
Udang Sambal @Gayang |
|
Kamheong Crab @Gayang. Terbaik!!! |
Keesokan harinya, kami buat island hopping. Amik package yg ada ditawarkan kat Jesselton Point tu - merangkumi Sapi, Manukan dan Mamutik Island. Pemandangan toksah cakap la.. mmg cantik! Air yg jernih kebiruan, pantai dengan pasir halus.. cukup indah! Ikan pun mmg byk.. bila tabur roti.. berduyun tiba. And of coz la.. pemandangan indah manusia2 di situ... hahahaha. Santapan mata juga lah kiranya.. :P
|
Sapi Island. |
|
Mamutik Island. |
Lepas habis aktiviti tu, kami balik hotel utk checkout. Tapi sebelum tu pekena kopi Tenom kat coffee house hotel. Then terus ke rumah Nisha (di mana lokasinya aku tak pasti.. tapi taklah jauh sgt). Rumah dia baru habis kenduri.. so dapat la juga menjamu selera skali. Kami bermalam kat sini. Esoknya kami dibawa ke Pasar Filipina mencari cenderamata untuk dibawa pulang. Antara yg aku beli keronsang black pearl, bangles dan fridge magnet (benda wajib beli setiap kali travel). Lepas shopping kami pusing2 town dengan auntie Nisha. Makan, buat facial, pergi massage/body scrub semua. Puas hati sungguh! After that, pusing2 di Sutera Harbour dan tgk sunset di Tanjung Aru. Pakcik dia bawa pergi this one stall yg jual fruit juice. Aku order avocado juice gelas besar. Heaven!!!! Mixed fruit ABC dia pun sedap. So kalau korang datang Tanjung Aru, jgn lupa try minuman kat sini. Gerai No.6 & 7.
|
Kalau ke Sabah jgn lupa cuba kopi Tenom. |
|
Snacks @Philippines market. |
|
Philippines market, another section yg jual souvenirs.
|
|
Keronsang black pearl kat Philippines market. |
|
Sutera Harbour. |
|
The best gerai minuman di food court Tanjung Aru. |
|
Mixed fruits ABC... yummehhh!!! |
|
Sunset @Tanjung Aru. |
|
Cultural performance @Tanjung Aru. |
Sebelum balik esoknya, pakcik Nisha belanja kami dinner di Kampung Air Seafood. Katanya kat sini harganya lebih murah dari Gayang. Sedap gak. Makan sampai licin tak ingat. So bila perut kenyang, dalam flight leh la tidur dengan aman.. Hehe.
2 Comments:
Gambar sunset @ Tanjung Aru is to die for!! OMG if I were there sure dah duduk & stare at the sunset sambil menitis air mata.. :P
Kalau nasib baik mmg dpt tengok sunset yang cantik! Kalau aku menitis air mata sbb juice avocado dia sedap pengsan. :D
Post a Comment