#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Friday, July 6, 2012

Bangkok Trip Part 1

Sawaddee krap... ~ This is actually trip aku yang dah berzaman dahulu, tapi still aku nak tulis juga nak berkongsi pengalaman aku kat sini. Gigih tak gigih la... :P Aku berkesempatan datang ke sini dengan apa lagi... promosi AirAsia lah kan. Anyone can fly katanya! Dan seperti biasa, trip ni juga kes main larung je. Sampai-sampai airport terus ambil leaflet/flyers dan yang sewaktu dengannya. Takde book hotel, tatau mana destinasi nak pergi, bla bla bla... Oh! Dan tak lupa, trip ini juga trip paling sadis sebab terlepas flite pergi gara-gara salah tengok waktu departure. Thanks to me!!!! Bodo tak bodo aku nih. Nasib baik staff AirAsia yang sorang tu bertimbang rasa bagi aku naik next flite dengan harga lebih kurang sama masa beli (aku tak ingat camner dia adjust, dapat harga dalam RM300). Demmm.. rugi RM300 kan??? Sengal betul!
Anyway, untuk trip kali ni, aku ceritakan mengikut tempat penginapan, tempat makan, shopping dan destinasi-destinasi menarik yang sempat aku pergi dalam 2 bahagian. So senang sikit rasanya. Kalau tak nanti pening pulak korang nak baca (ada ke nak baca???)  -_-"

TEMPAT PENGINAPAN

Silom Village Inn

Memandangkan aku pergi sini dengan tidak ada planning, dan kebetulan bertemu dengan Dzary, yang familynya menetap di Bangkok, so dia suggest stay di Silom Village Inn, di area Silom Village.
Area Silom Village di mana letaknya Silom Village Inn.
Oleh kerana dah sampai pun dekat pukul 6.00 petang (kes terlepas flite pergi!), maka aku pun decide tidur semalam di sini sebab dah letih nak pusing mencari hotel lain. Untuk deluxe suite (ni je yang ada) harga semalam 1450 Baht (lebih kurang RM145). Biliknya luas dan kemas. Menariknya di Silom Village ni semuanya di dalam satu area - restoran, kedai souvenirs, spa dan lain-lain.

Lub.d Hostel, Decho Road, Bangrak

Aku checkin hostel ni pada hari kedua di Bangkok. Terjumpa masa tengah belek-belek flyers yang diambil masa sampai kat airport. Letaknya kurang 1 km dari Silom Village Inn. Di Decho Road, Bangrak. Pernah di-rated sebagai "one of the 17 coolest hangout hostels in the world" by Britain's influential daily, The Observer". So tempat ni memang menjadi tumpuan foreign backpackers yang datang ke Bangkok. Hostel yang berkonsepkan industrial chic ni bukan sahaja bersih dan lengkap dengan facilities, malah staff-staffnya juga sangat friendly dan sedia membantu.
Ingat ya nama ini!
Lub.d Hostel di Decho Road, Bangrak
Aku ambil Railway Twin Shared room dengan shared bathroom. Masa tu tengah promosi, if ambil dua malam satu kepala harga 500 Baht (dalam RM50.00). So aku ambil untuk 3 hari. Walaupun namanya shared bathroom, surprisingly bathroomnya sangat bersih dengan pancutan hot showernya yang kuat! Bukan sahaja bathroom, malah semua area di hostel ni bersih dan kemas. Tak padan dengan harga yang dibayar. Memang berbaloi! Selain tu, bagi wanita ada juga disediakan dorm untuk wanita sahaja, di samping bilik-bilik double room dengan attached bathroom yang sesuai untuk pasangan.
Railway twin dengan bunk beds.
Electronic keycard access pada pintu.
Keperluan asas yang ditawarkan. Cukup la kan.. Nak tido je pun..
Industrial chic concept - main staircase menuju ke setiap level.
Antara kemudahan yang disediakan kat sini antara mini bar, kemudahan internet, security card access, security lockers, common room, games, tv/video room yang luas dengan bean bag yang besar dan lain-lain.
Hostel lobby - ada mini bar dan games di atas meja tu.
Komputer dengan kemudahan internet juga disediakan,
Kakitangannya yang sangat peramah.
Di hostel ni juga disediakan pakej-pakej tour bagi sesiapa yang berminat. Harga pun okay. Aku ambil pakej hari sini je. Senang! Transportation dari hostel ni pun mudah. Di luar jalan, taxi atau tuk-tuk memang sentiasa ada. So takde masalah kalau nak bergerak ke mana-mana. Dan bagi sesiapa yang datang ke Bangkok, aku suggest stay kat sini. Dijamin puas hati!Nak tahu lebih lanjut pasal hotel ni, sila klik sini.

PENGANGKUTAN
Tuk-tuk. Sangat efisien. Naper Malaysia takde camni??
Nak meronda-ronda kota Bangkok cukup mudah. Kalau nak travel cara Thai sebenar - naiklah tuk-tuk. Tuk-tuk ni bersepah-sepah kat tepi jalan. Dan harganya cukup murah. But make sure deal dengan clear sebelum naik. Selain tu, taxi pun mudah didapati. Boleh juga chartered taxi ni kalau nak suruh dia bawa sight-seeing sekitar Bangkok. But again, kena deal harga la. Make sure korang pergi tempat yang betul-betul nak pergi. Kalau dia suggest like nak bawa pergi kedai buat kot la.. kain la.. skip je. Buang masa okayy! Metro (MRT) dan Skytrain (BTS) pun ada. Tapi aku tak berkesempatan guna yang ini. Next time lor..

MAKAN DI BANGKOK

Deen Restaurant, 761 Silom Road

Aku terjumpa restoran Muslim ni masa berjalan di sepanjang Silom Road. Restorannya terletak di deretan kedai opposite Silom Village. Kecil je restoran ni. Menunya banyak juga pilihan. Ada menu yang dalam bahasa Melayu. Maybe ramai orang Melayu kita makan kat sini kot? Dan harga makanan kat sini berpatutan. Sepanjang 5 hari 4 malam kat Bangkok ni, kat sinilah yang aku selalu makan. So far yang aku order rasanya okay la. Time aku makan ni antara yang terbaik adalah telur dadarnya! Tak pernah umur aku order telur dadar kalau kat makan Malaysia. Tapi yang ni lain sungguh rasanya... rangup dan tak berminyak. Terkesima seketika... Hahaha. Yang lelain tu, okay-okay sahaja.
Ikan kembong dan sambal belacan pun ada...
Nasi goreng dengan cili potong.
Club sandwich
Tomyam Ikan - okay lor...
Telur dadar.. Terbaik!
Kerabu mangga.
Ikan kerapu masak sweet sour.
Silom Village Seafood

Silom Village Seafood Restaurant letaknya dalam area Silom Village. Aku datang sini semata-mata nak rasa makanan Thai asli. Harga bolehlah tahan (agak pricy banding dengan Deen Restaurant). Menu memang berlambak kat sini. Dan seafoodnya memang fresh! Pada malam pertama dan kedua, aku dinner kat sini. Antara yang aku order ialah Kerapu Sweet Sour, Somtam, Seafood Tomyam dan Fresh Oyster with Lime. Dessertnya pulak aku try Red Ruby dengan santan. Tapi baunya wangi sangat!!! Dah rasa macam makan syampoo pulak. Selain tu, kat sini juga ada persembahan kebudayaan Thai Classical Dance semasa dinner. Shownya start pada jam 8.30 malam hingga 9.20 malam. Kiranya sambil makan sambil menjamu mata dengan persembahan diorang yang sangat unik dan lemah-gemalai.
Silom Village Seafood.
Somtam yang slurpppp dengan tomyam seafood yang pedas giler!
Fresh oyster with lime.
Red Ruby Water Chestnut dengan santan yang wangi!
Cultural performance.
Bahagian seterusnya aku akan cerita berkenaan ngan tempat-tempat menarik yang aku pergi sekitar Bangkok. So tungguuuuu!!!

2 Comments:

scabbers said...

Time puasa mmg takleh visit blog kau ni lah. Terliur, ok!

Omar Al-Attas said...

japgi je nak berbuka.. jgn gedik lah! hahahaha. kata ngidam satay willy?? :P