#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Thursday, August 23, 2012

Cadangan kepada Istana Budaya

Salam sejahtera,

Saya BedakNyonya, salah seorang peminat muzik Timur Tengah, ingin mencadangkan pihak tuan agar mengetengahkan/menjemput kumpulan tarian dari Mesir yang terkenal sejak dahulu iaitu Reda Troupe Dance untuk mengadakan persembahan di sini terutama sekali bersempena dengan Festival Muzik KL pada masa-masa akan datang. Kumpulan ini sangat termasyhur dengan tarian tradisional Mesir dan telah mengadakan persembahan di merata pelusuk dunia terutama di benua Eropah, Amerika dan lain-lain. Dan saya rasa sudah tiba masanya utk kumpulan ini mengadakan persembahan di sini memandangkan sambutan yang baik di kalangan pelancong Arab terutamanya pada Festival KL sejak kebelakangan ini.

Antara persembahan kumpulan ini boleh dilihat di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=t5B5E-yGlxE&feature=related

Saya harap cadangan saya ini memberi manfaat kepada pihak tuan dan para peminat seni persembahan yang lain.

Terima kasih.

Ikhlas dari;
BedakNyonya
Kuala Lumpur

Seriously, aku nak sangat tengok persembahan mereka ni since first time aku tengok videotape usang yang arwah auntie aku record masa persembahan mereka keluar kat TV1 sekitar awal tahun 80-an dulu. Dan lebih seronok lagi kalau para peminat seni persembahan kat Malaysia ni berpeluang tengok persembahan ni skali. Reda Troupe Dance ni menampilkan pelbagai jenis tarian masyarakat Mesir dari pelbagai daerah/pelusuk negera tersebut. Antaranya tarian Saidi yang terkenal di bahagian utara, Cane Dance, Melaya Leff dan pelbagai lagi.

Harap-harap cadangan aku ni dapat perhatian daripada pihak pengurusan IB.
Read More

Tuesday, August 21, 2012

Sesat lagi menyesatkan!

Baru satni tgk video youtube this one ustaz muda berkenaan syair Imam Syafie yang masyhur itu. Apa yang boleh aku komen pasal ustaz ni - KAU NI MEMANG BODOH SEBODOH-BODOHNYA!!!
Yes, aku jahil.. takde ilmu. Tapi lagi teruk kalau berilmu tapi sesat dan lebih parah, menyesatkan yang lain. Saper kau nak mempertikaikan Imam Syafie??? Sama ke akhlak kau dengan dia? Sila baca sirah dia sebelum nak komen guna logik akal. Aku yang bahalul ni pun tahu apa itu kias. Yang pergi direct translate tu pasal apa??? Sakit dada aku dengan golongan camni. Serious, aku takut dengan golongan "ulamak-ulamak cap ayam" seperti ni. Menyebarkan kejahilan, sesat dan menyesatkan yang lain. Aku rasa pihak berwajib patut bertindak dengan golongan-golongan seperti ni, jangan sampai jadi nanah dalam masyarakat. Memang aku jahil dan kurang Islamik, tapi aku takut kalau umat Islam terus-terusan disajikan dengan ilmu-ilmu yang mengarut seperti ni. Na'uzubillahi min dzalik!
Read More

Saturday, August 18, 2012

Milik siapakah lemang iteww?

Sempena Aidilfitri yang mulia ini, aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan yang telah dilakukan selama ini. Biasalah, perangai aku kekadang macam hanjeng gak kan.. so 0-0 la ye semuanya.

By the way, tahun ni aku sangat happy sebab first time dalam sejarah family aku, umi buat rendang, ketupat dan lemang (lemang beli dah siap jek!). Kalau tak dulu masa duduk housing area lama, semua jiran tetangga yang bagi. Family kami memang turun temurun sejak dari zaman bahari memang buat Laksa Johor je untuk hidangan Hari Raya, So bila dah pindah area Kempas ni, memang kurang jiran Melayu macam kat rumah lama dulu (kecuali sedara aku sebelah rumah ni). Dan semestinyalah, rendang, ketupat, lemang memang kegemaran aku! So bila umi kata dia nak buat, memang la aku happy sangat-sangat! So lemang, rendang and ketupat, see u tomorrow!!!! =)
Apalah erti Hari Raya tanpa hidangan seperti ini...
Read More

Soalan maut!

Aku cukup suka skali pesanan khidmat masyarakat dari twitter Pizli:
Pesanan masyarakat untuk mengekalkan keharmonian semasa raya: 
Stop bertanya pada orang bujang "Bila nak kawin?"

Kau ingat tak stress tiap2 kali dengar soklan seperti itu????

Read More

Tuesday, August 14, 2012

Stresssssss lagikkk!!!!

Dah nak raya compressor aircond plak rosakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Aku nak beraya la setannnnnn!!!! Kat 2000 plak tu nak tukau semua!!! Arghhhhhhhhhh!!! Mampus la. Panas pun panas la. Aku tak pedulik! Lepas raya baru tukar! Tutttttttttttt.. tut............... and tutttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!
Read More

Aspura berbuka puasa

Seriously, puasa tahun ni aku rasa sangat kurang meriah dan seronok berbanding dengan beberapa tahun yang lepas. Dah tu cepat sangat rasanya. Tup-tup dah nak raya. Tak sempat sangat nak berbuka dengan some of my close friends. Last year ada gak keluar makan ramai-ramai, buat pot luck kat rumah. Tapi this year entah la. Tapi Alhamdulillah dah ujung-ujung ni sempat gak berbuka puasa dengan geng Aspura Hamzah. Sabtu lepas berbuka kat rumah Yunos yg balik beraya dari Jeddah. Aku just buat bubur lambok je. Nak buat Laksa Johor leceh plak kan... 
Then the next day tu pergi berbuka ramai-ramai kat Riverstone Eco Resort, Ulu Yam. Tempat ni dah masuk dalam list aku kalau aku rasa bosan gile dok kat rumah. Anyway, memang seronok kenal dengan kawan-kawan baru ni. Dan yang penting memang tak kering gusi!!!
Siap main bunga api & mercun bagai.. sakan nak beraya!

Read More

Sunday, August 12, 2012

Memori 1987

Suddenly teringat waktu aku darjah 3, tahun 1987, menghadiri ke majlis perkahwinan auntie aku di Bedok North, Singapore, lagu-lagu ni la antara yang dok berkumandang sepanjang perjalanan. Memori sungguh....


Read More

Sunday, August 5, 2012

Saturday, August 4, 2012

Bintang karok missing in action!

Diam tak diam, dah lebih 3 bulan rasanya aku tak pergi karaoke. Record nih! Lama tak mengasah vokal ni yang pitchingnya elok sikit je dari cipan. Walaupun Ceriabox ada hantar sms bagitau ada promosi RM5.00 sejam sempena Ramadhan ni, takde maknanya aku nak pergi. Apapun, tak kiralah, lepas raya kena pergi gaks!!!
Read More

Thursday, August 2, 2012

Bukan sahabat syaitan!

Percaya atau tidak, nasi kambing ala whatever ni aku buat menggunakan saki-baki nasi yang dimasak pada hari Ahad lepas (hari ni Khamis.. hahaha). Sebenarnya Ahad tu aku ada masak lebih sikit nak jamu member/jiran yang tinggal kat apartment aku tinggal ni. Tapi last minit yang sorang parentsnya datang, yang sorang tu pula kawannya bertandang. Yang dapat datang pun perutnya kecil-kecil belaka. Sudahnya berlambak la lebih lauk serta nasi aku masak tu.

Dan sudah menjadi tabiat aku sejak kecil memang pantang membazir makanan. Lagipun membazir itukan sahabat syaithon! So sepanjang Isnin hingga Rabu lepas, aku just panaskan balik je lauk-lauk tu yang aku simpan dalam freezer. Masuk freezer ni memang tahan lama. Bukan la miskin sangat sampai takleh beli makanan. Tapi entahlah, aku rasa kalau buang makanan yang elok lagi ni seumpama kita sombong dengan rezeki yang Allah beri. Tengok orang kat luar negara tu yang kebuluran, aku rasa kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat Allah. Ye tak? Tu dia.. tazkirah sebelum berbuka.. :P

So dengan saki baki nasi yang dah nak habis tu, aku potong 3 keping lambchop, sebatang terung, marinate dengan ketumbar, serbuk cili, lada hitam, bawang merah dan bawang putih. Lepas tu gaul dengan nasi rata-rata dan masukkan dalam microwave selama 12 minit dengan suhu High. Pastu buat sambal belacan gaul dengan tomato dengan daun ketumbar, perah air limau kasturi. Siap dah. Alhamdulillah kenyang, sedap dan yang penting, tidak membazir!
Sambal belacan cili padi tu punyalah pedas sampai bibir rasa setebal bibir Kak Nita!
Puas hati dapat ratah setiap cebis daging kat tulang-tulang itu.. =)
Read More