Percaya atau tidak, nasi kambing ala whatever ni aku buat menggunakan
saki-baki nasi yang dimasak pada hari Ahad lepas (hari ni Khamis.. hahaha).
Sebenarnya Ahad tu aku ada masak lebih sikit nak jamu member/jiran yang
tinggal kat apartment aku tinggal ni. Tapi last minit yang sorang
parentsnya datang, yang sorang tu pula kawannya bertandang. Yang dapat
datang pun perutnya kecil-kecil belaka. Sudahnya berlambak la lebih lauk
serta nasi aku masak tu.
Dan sudah menjadi tabiat aku sejak kecil memang pantang membazir
makanan. Lagipun membazir itukan sahabat syaithon! So sepanjang Isnin
hingga Rabu lepas, aku just panaskan balik je lauk-lauk tu yang aku
simpan dalam freezer. Masuk freezer ni memang tahan lama. Bukan la
miskin sangat sampai takleh beli makanan. Tapi entahlah, aku rasa kalau
buang makanan yang elok lagi ni seumpama kita sombong dengan rezeki yang
Allah beri. Tengok orang kat luar negara tu yang kebuluran, aku rasa
kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat Allah. Ye tak? Tu dia.. tazkirah
sebelum berbuka.. :P
So dengan saki baki nasi yang dah nak habis tu, aku potong 3 keping
lambchop, sebatang terung, marinate dengan ketumbar, serbuk cili, lada
hitam, bawang merah dan bawang putih. Lepas tu gaul dengan nasi
rata-rata dan masukkan dalam microwave selama 12 minit dengan suhu High.
Pastu buat sambal belacan gaul dengan tomato dengan daun ketumbar,
perah air limau kasturi. Siap dah. Alhamdulillah kenyang, sedap dan yang
penting, tidak membazir!
Sambal belacan cili padi tu punyalah pedas sampai bibir rasa setebal bibir Kak Nita! |
Puas hati dapat ratah setiap cebis daging kat tulang-tulang itu.. =) |
2 Comments:
Alhamdulillah.. kau & terung mmg takleh dipisahkan la ek.. hehe
Aku dah 2 minggu puasa ni pun dok habiskan makanan Makton yg aku simpan dlm freezer. Blom pegi bazaar ramadan bawah rumah ni lagi.
nasib baik pizza makton bagi dah habis dah. tinggal nenas je.
terung sedap la. versatile. masak ngan sambal sedap. panggang sedap.. apapun sedap!
Post a Comment