Day 7: Busan - Taejongdae Park - Seoul - Dongdaemun
Memandangkan kami stay sehari je di Busan, maka pada hari ke-7 ni, kami hanya sempat pergi ke Taejongdae Park dengan menaiki city bus no. 88 di hadapan Busan Station, berhenti di bus station berhadapan dengan pintu masuk park ni.
|
Downtown Busan |
|
Naik bas ke Taejongdae Park |
Taejongdae Resort Park
Nama Taejongdae ni berasal daripada nama King Taejong dari Dinasti Shilla yanjg sangat suka pada tempat ni kerana keindahan alam semulajadinya. Dengan tebing laut yang unik, hutan yang menghijau dan lautan yang terbentang kebiruan menjadikan pemandangan di Taejongdae ini sangat memukau. Jika keadaan cuaca elok, kita boleh nampak Oryuk Island dan juga Tsushima Island di negara Jepun.
|
Entrance ke Taejongdae Park |
|
View dari hadapan park |
Banyak tempat-tempat menarik di sini antaranya Yeongdo Lighthouse, Sinseon Rock, Mangbu Rock, Tea Kettle Island, Observation Deck, Gumyeongsa Temple dan pelbagai lagi.
Disebabkan kami rushing nak balik ke Seoul pada petang ni juga, makanya kami hanya sempat naik cruise mengelilingi sekitar Taejongdae Park ni. Package ni berharga 10,000 won seorang boleh didapati di hadapan pintu masuk (ada van-van company yang operate cruise ni dis itu). Perjalanan mengelilingi sekitar penghujung Yeongdo-gu Island ni mengambil masa selama 1 jam. Pemandangan memang superb! Boleh nampak pelabuhan Busan yang sibuk dengan kapal-kapal selain daripada keindahan alam semulajadi di sini.
|
Aku tak sure yang ni Taewon ke Gonpo Cruise... |
|
Kena tulis nama dulu sebelum naik cruise |
|
Jeti untuk naik cruise |
|
Ahjumma ni dok explain dalam Korean.. dengar je la |
|
Gadis-gadis cruise.. :P |
|
Rindunya pemandangan ni... |
|
Seagull berterbangan |
|
Busan City dari kejauhan |
|
Observation deck kelihatan di situ |
|
Tea Kettle Island atau nama asalnya Jujeonja-seom |
|
View tebing lautnya sangat cantik! |
|
Yeongdo Lighthouse juga kelihatan |
|
Sinseon Rock which means 'a place where fairies play' |
One thing yang menarik kat sini adalah melihat seagull
yang banyak berterbangan mengikut cruise kami. Mana tak nya... dah ada
orang bagi makan.. sure la berlambak burung-burung ni datang. Angin pun
memang kuat dengan view yang cantik.. so totally stress-free!!!
|
Dia suda mari... |
|
Ngap!!!! |
|
Taejongdae memang cantik! |
|
Busan - bandar pelabuhan |
|
Lautan nan luas terbentang :P |
Lepas habis cruise, terus ke Busan Station cari tiket balik ke Seoul. Nak naik Danubi Train mengelilingi park ni pun tak sempat. Banyak spot-spot yang best kat sini, tapi apakan daya. Kena datang lagi la nampak gayanya.. Hehee..
|
Di hadapan Busan Station |
|
Busan Station |
So, di Busan Station, Alhamdulillah.. kami dapat beli tiket balik pada pukul 2.20 petang dan sampai di Seoul sekitar pukul 7.40 malam. Sampai Seoul terus direct ke Dongdaemun untuk dinner ikan bakar. Tak cari tempat lain dah. Kedai "Mak Angkat" Azz juga yang dituju. Menurut Azz, ahjumma kat kedai ni muka sebiji macam arwah mak dia. Patut la masa first time datang sini dia "meleleh" sekejap... Anyway, frust sikit sebab menu sotong sambal yang kami makan haritu takde. Penat nak explain sotong kat amkcik ni... last-last aku lukis gambar sotong baru dia paham... So takdelah sotong segar lagi kenyal untuk malam ni. Sebelum balik Azz sempat bergambar kenangan dengan "mak" dia. Dan ahjumma yang kira tu pun bagi kami diskaun memandangkan kami last customer dia. ^_^
|
Dah sampai Seoul Station |
|
Ahjumma dah bungkus nak tutup kedai... |
Day 8: Dongdaemun - Itaewon - Myeongdong - Namdaemun - Insadong
Last day kami berada di Seoul.. Sobbb.. sobbb... Esoknya pukul 6.00 pagi dah kena gerak pergi ke Incheon. So, bermakna hari ni adalah last day untuk shopping. Aku takde nak shopping apa dah sangat. Derang ni la yang nak shopping. Destinasi pertama seperti biasa adalah mengisi perut. So kami ke Dongdaemun untuk last makan ikan bakar. Tapi last-last bertukar lokasi sebab ada insiden yang nanti aku ceritakan. Hahaha.. Jadi, semua sepakat untuk ke Itaewon. Tapi sebelum tu sempat singgah di Dongdaemun Complex untuk mengusha apa yang menarik. Ajie je yang membeli comforter kat sini. 60,000 won sehelai. Memang bagus kualitinya.
|
Tunggu subway ke Dongdaemun |
|
Dongdaemun Gate |
|
Dongdaemun Market |
|
Makcik-makcik sure gile kalau datang sini! |
|
Tu dia comforter yang Ajie beli |
Di Itaewon, kami brunch di Mr. Kebab. Aku order kebab with bread dengan extra chili. Lazat!!! Tak lupa menapau skali in case malam nanti kat bilik kebuluran. Lepas makan, terus menuju ke Myeongdong, salah satu destinasi shopping yang terkenal kat Seoul.
|
Mengisi perut di Itaewon |
|
Sempat lagi posing pakcik Turkish nih... |
|
Bedal Mr. Kebab |
Myeong-dong
Myeong-dong merupakan pusat komersil yang popular di Seoul. Area ni memang sangat happening. Ramai gile manusia! Boleh dikatakan fashion and cosmetic district gak sebab banyak kedai-kedai yang menjual pakaian dan barangan kosmetik yang berjenama kat sini. Nak cuci mata kat area ni pun best. Hahaha.. Orang-orangnya memang stylo. Aku tak shopping apa pun, just beli few cleansers dan bb cream dari kedai The Face Shop. Tengah sale... rugi la kalau tak beli kan.. Rasanya kat Malaysia lagi mahal kot.
|
Myeongdong |
|
Happening kat sini ya.. |
|
Teringat main game Mario Bros masa kecik-kecik |
|
Myeongdong Theater |
|
On the way ke Namdaemun |
Namdaemun & Insadong
Dah puas melilau di Myeong-dong, kami pergi ke Namdaemun - derang ni tak puas shopping lagi. Jalan kaki je sebab tak jauh mana pun. Nak menghabiskan saki-baki duit kononnya selain daripada misi sampingan iaitu untuk membedal honey dew yang sangat manis itu.. Jangan tanya brape banyak aku bedal... Hahaha.. Ya Allah! Teringat-ingat rasanya sampai sekarang. Super manis dan super juicy!
|
Last day di Namdaemun |
|
Ada performance kat Anguk Station. Lemah gemalai tariannya... |
Last sekali sebelum balik bilik, kami singgah di Insadong. Dekat ngan guesthouse kan. Destinasi paling last untuk shopping. Aku memang dah takde intention nak beli apa. Plus, kaki dah nak tercabut berjalan. So, duduk la sorang-sorang jadi pak guard barang shopping derang. Ingatkan sekejap. Skali amik kau, kat 2 jam menunggu!!! Menunggu sampai beku! Mana taknya.. sejuk gile malam tu.. Tak senang duduk dibuatnya... Nasib baik la aku tak mati kesejukan kat situ.. Memang gile shopping tul derang ni especially Azz ngan Ajie.
|
Naik keras menunggu derang habis shopping... |
|
Senang hati la kan puas bershopping! |
Balik bilik.. apa lagi... sesi menghabiskan saki-baki makanan dan menge-pack barang.. Esok sudah mahu pulang. Waarghhh!!! Tak bestnyeee :(
Day 9: Incheon - LCCT
Bangun yang paling awal sebab by 6.00 am dah kena gerak ke airport. Thanks to Hannah (Beewon staff) yang tolong arrangekan transportation untuk ke sana. Kalau tak silap satu van tu 70,000 won. Perjalanan lebih kurang 45 minit. Lepas settle check-in semua, lepak cafe sementara menunggu boarding. Azz ngan Ajie sempat shopping lagik!!!!! Bai, Kerul ngan Eric ber-red karaoke bagai nak rak. Alhamdulillah, flite tak delay. Tapi tension sebab makanan dalam flite habis. Dapat makan maggi cup je! Hampeh btol. So, sampai je LCCT, terus kopitiam bantai nasi lemak dengan extra sambal. Cukup puas hati... tapi hati tetap sayu sebab tiada lagi cuaca sejuk... tiada lagi pemandangan yang menarik... yang tinggal cuma memori indah yang terpahat.
SEOUL... tunggu kedatangan aku di masa akan datang... Miss South Korea soooooo muchhhhh!!!!! :((
0 Comments:
Post a Comment