Assalamualaikum semua.... Wah! Lama rasanya tak meng-update blog ni.. Almaklumlah.. busy merayap ke sana ke mari. Busy dengan kerja lagi.. Nak wat cemana kan...
|
Ayoo.. berwisata ke Kota Yogja! |
Okay, entry kali ni aku akan ceritakan trip aku ke Yogjakarta, Indonesia. Ini merupakan trip kedua aku ke sini (first trip masa aku pergi dengan Scabber - boleh
baca di sini). Ini juga merupakan trip aku back-to-back selepas balik dari Vietnam dan sebelum ke Krabi dalam minggu yang sama. Cemana ntah leh tarikh dekat-dekat... gile! Hahaha..
Anyway, kejadian trip ini berlaku pada tanggal 1-6 Mei 2013. Ya! Dalam waktu Pilihanraya sedang diadakan. What to do.. tiket dah beli.. dan mana tahu pilihanraya waktu tu. Aku bukannya kaya-raya nak main burn ticket je kan.. Hahaha.. Oh ya! Trip ni disertai seramai 16 orang termasuk aku. Yang lain-lain tu adalah Hamzah, Isman, Karl Shafek, Lokman dan geng-geng Aspura Ampang yang lain. Hamzah antara yang bertungkus-lumus menguruskan trip ni dengan bantuan rakan-rakan di Yogja iaitu Puthut, Sekar dan Rico. Flite kami di LCCT bertolak jam 10.40 pagi dan tiba di Yogja sekitar jam 12.15 tengahari. Cuaca teramatlah panas! Keluar dari airport kami disambut oleh Puthut dan Sekar serta Dimas dan Diajeng Yogja (nanti aku ceritakan apa kebenda itu...).
|
Teman-teman Yogja, Sekar (paling kiri) dan Puthut (paling kanan) serta Dimas dan Diajeng |
Destinasi pertama, apa lagi - makanlah! Masing-masing semua dah kelaparan dan kepanasan (dengan kereta yang tak dipasang aircond - okay part ni aku kagum dengan orang-orang Yogja.. diorang relaks je..). Kami dibawa ke BaleAyu Resto (aku tak sure area mana), dan apabila sampai tengok meja dah sedia terhidang. Orang-orang Yogja memang hebat dalam melayan tetamu.. dari hujung meja ke hujung meja penuh dengan pelbagai juadah yang lazat-lazat nampaknya. Dari ikan, ayam, terung, sayuran dan macam-macam lagi lah. Tak payah tunggu lama, basuh tangan, duduk.. ngap!!! Tak cakap banyak.. hahaha.. Rasanya? Memang confirm lah sedap hawau!! Oh! Sebelum tu, kami dihadiahkan dengan selendang batik setiap seorang sebagai tanda selamat datang. Terharu!
|
Muka seronok dah sampai tempat mengisi perut |
|
BaleAyu Resto |
|
Yang comel itu namanya Zurich. Mata bulat! |
|
Licin!!! Sedap sekali.. |
So bila dah semua kekenyangan kami terus dibawa ke tempat penginapan kami di Hotel Permata, Jalan Dagen, di kawasan Malioboro. Selesa hotelnya, apatah lagi keluar pintu bilik terus nampak swimming pool. Feeling-feeling orang kaya kejap.. hahaha. Petang tu kami tak ke mana. Just lepak dulu menghilangkan lelah, then malam tu lepas beli simcard kat Malioboro Mall, kami naik beca menuju ke Pendopo Ndalem untuk dinner selain daripada melihat suasana kota Yogja pada waktu malam. Sampai Pendopo, mothing much food left but tak cerewet kan.. makan je apa yang ada. Sedap gak especially satay tongkeng ayamnya. Dan aku suka air wedang sere iaitu kombinasi serai, halia, gula jawa dan lain-lain. Memang menyegarkan!
|
Hotel Permata, Jalan Dagen |
|
Malam di Malioboro sebelum naik beca |
|
Dinner di Pendopo Ndalem |
|
Jalan kaki membakar lemak katanye.. |
Alun-Alun Selatan, Kraton
Kami singgah di Alun-Alun ni untuk memberi peluang kepada kawan-kawan kami yang belum pernah merasai pengalaman berjalan dengan mata tertutup di sini. Memang bantai gelak je la kan tengok aksi diorang ni. Ntah mana arah tujuan ntah.. sama je macam aku ngan Scabber experience dulu. Memang pencong hatinya.. hahaha.. Tapi tambah lagi satu pengalaman berharga adalah apabila dimaki oleh seorang pondan gile. Apa taknya... Masa tu aku, Isman dan sorang lagi duduk saja kat tepi padang menyaksikan aksi tutup mata kawan-kawan kami. Tiba-tiba datang sorang pondan tua fefeeling cantik menari sambil nyanyi lagu dangdut depan kami. Menari non-stop ya.. berbekalkan radio kecil/handphone (aku tak ingat). Kami buat bodo je la malas nak layan. Sekar dengan Puthut dah gelak-gelak tengok. Sambil-samblil menari tu minta duit
"Uang mas.. uang...". Kami buat selamba lagi. Last-last dah penat menari dan sakit hati kot tengok kami tak layan, terus keluar suara jantan
"Aku butuh uangnya.. ga butuh kamu!!!!" (ayat translate yang mudah faham:
Aku nak duit kau.. aku tak hingin kau pun.. hawauuu!!!) Hahahaha. Bodoh la. Takde maknanya aku nak bagi.. Patut dia yang bayar ganti-rugi kan sebab penyeksaan jiwa tengok aksi dia.. bodoh punya orang. Memang takleh lupa pengalaman ngeri ni..
|
Warna-warni lampu di Alun-Alun Selatan |
|
Test ketulusan hati di Alun-Alun Selatan |
Selesai aksi jalan tutup mata, kami lepak-lepak minum sambil melayan
lagu-lagu dendangan musician kat sini. Macam-macam lagu diorang
main untuk melayan kehendak kami ni. Last sekali lagu Isabella.. tu
je yang boleh aku join. Lain la main lagu Arab kan.. confirm aku leh
join! So habis melepak, balik hotel, tido!
Hari Ke-2: Kotagede, The House of Raminten, Lesehan Kopi "Joss"
Selepas selesai breakfast nasi gudeg di hotel, kami berjalan keluar ke Jalan Malioboro untuk menaiki andong (kereta kuda) ke Kotagede. Dari Jalan Malioboro ni ke Kotagede mengambil masa lebih kurang sejam dengan berkereta kuda. Yang tak bestnye ketika ni, bracelet hadiah birthday kesayangan aku tercicir semasa dalam perjalanan... Sedihnyaaaa!!!!!
|
Aku bukanlah penggemar nasi gudeg.. tapi yang ini memang sedap! |
|
Pengetua Aspura dengan Sekar ngurusin Andong |
|
One of the market sebelum sampai Kotagede |
Kompleks Makam Raja-Raja Kesultanan Mataram
Terletak di Imogiri, Bantul, di Kotagede ni terdapat Makam Raja-Raja Kerajaan Islam Mataram yang telah berusia lebih 500 tahun! Selain itu, di sini juga terdapat Masjid Besar Mataram, iaitu masjid yang tertua di Yogja yang dibina pada sekitar tahun 1640-an.
|
Sudah sampe destinasinya... |
|
Berhampiran pintu masuk Kotagede |
|
Iya.. ini gede yang sebenarnya! Hahaha.. ampun Haris! :P |
|
Minum dulu sebelum masuk.. haus okay! |
Gerbang masuk ke kompleks makam menyerupai gapura di Bali yang mempunyai unsur-unsur senibina Hindu. Mungkin pengaruh zaman peralihan dari Hindu Jawa ke Islam. Nak masuk ke sini, aku tak sure dikenakan bayaran atau tidak sebab telah diuruskan semuanya. Tapi apa yang pasti, bagi pengunjung, mereka dikehendaki menukar pakaian sebelum masuk ke kompleks makam. Bagi yang lelaki, harus mengenakan kain batik jawa panjang, baju peranakan dan blangkon (songkok Jawa tu..) dan bagi pengunjung wanita, harus mengenakan kain batik panjang ala-ala berkemban dan menanggalkan semua perhiasan. So.. this is my first time mengenakan pakaian tradisi Jawa. Jadinya jakun la sekejap dan tak berhenti bergambar! Hahaha. Dan bila dah memasuki kompleks makam, mata terpana melihat makam-makam lama yang terdapat di sini. Dan bila masuk ke kompleks utama makam, I'm speechless!!! Punya lah padat dan sempit disebabkan kedudukan makam antara satu dengan yang lain tersangatlah dekat.. dengan suasananya yang gelap misteri dengan aroma-aroma kemenyan setanggi bagai.. misteri nusantara sangat! Memandangkan ini adalah Makam Kerajaan Islam, maka aku menghadiahkan al-Fatihah untuk para penghuni di sini. Dan kebetulan masa kami datang tu, di Makam Sultan Agung ada pengunjung yang hadir dengan ritual yang aku sendiri tidak pasti apakah bendanya itu (dengan bercolok dan ada sedikit aksi-aksi membuka bunga silat)... maka aku mengambil keputusan untuk tunggu di luar sahaja. Wallu'alam. Oh! By the way, di dalam kompleks makam ni dilarang untuk mengambil gambar.
|
Masjid Besar Mataram |
|
The oldest mosque in Yogja |
|
Pengaruh senibina Hindu pada gerbang kompleks |
|
Kena tukar pakaian dulu |
|
Ngomong Jowo.. |
Selesai mengunjungi makam dan sebelum menukar kembali persalinan, kami sempat bergambar sekali lagi dengan pelbagai aksi.. gwiyomi pun tak ketinggalan!! Hahaha.. So bila dah tukar, kami berjalan ke luar makam dan singgah di warung makan Sindo Semi yang menjual bakso. Sedap bakso kat sini. Apa lagi bila pekena plak es jeruk ketika cuaca panas terik. Terbaik!!! Selesai makan, kami balik ke hotel dengan menaiki bas. First time naik bas kat Indonesia ni. Hahaha.. Pengalaman yang baru. Selalu main naik cab je kan. So sampai hotel lebih kurang jam 5.00 petang. Lepak-lepak, terjun pool, mandi, then tunggu malam untuk keluar dinner.
|
Macam nak register kawin pulak Pak Mezah |
|
Sekar dikelilingi kumbang-kumbang Jawa |
|
Me in Javanese attire |
|
Javanese gwiyomi katanya.. :P |
|
Makan bakso pulak |
The House of Raminten
Restoran ni adalah milik seorang usahawan yang bernama Hamzah H.S (bukan Hamzah kawan aku yang organize trip ni ya...). Selain daripada watak Raminten sebagai ikon restoran ni (aku panggil watak mak hayam je...) yang menariknya di sini adalah makanannya yang disajikan dalam bentuk yang unik. Antaranya air susu yang disajikan dalam gelas yang berbentuk... ermmm... susu (?).. Hahaha.. Dan macam-macam lagi lah. Aku dengan Shafek kongsi satu gelas besar air kelapa. Sedap okayyy... dan gelasnya memang besar. Tu belum cerita ABC gelas besar lagi. So kalau nak tahu.. if korang datang Yogja, singgahlah makan di
House of Raminten ni.
|
Mak hayam Raminten |
|
Sedap air kelapa itu ya.. aku kongsi ngan Shafek |
Lesehan Kopi "Joss"
Selesai makan di House of Raminten, kami berjalan kaki untuk pulang ke hotel. Sebelum tu, kami sempat singgah untu bergambar di Tugu Yogja. Tapi sekarang sekitar tugu ni sudah diletakkan pagar. Time aku pergi dulu, tak letak lagi. Adit masa tu suruh aku ngan Scabbers sentuh tugu tu. Katanya kalau sentuh, akan datang lagi ke Yogja.. Hehehe. Menjadi la kot.. :P
Tapi sebelum balik bilik tu, kami singgah lagi di lesehan. Kali ni di Lesehan berhampiran dengan jalan masuk Malioboro. Yang specialnya di lesehan ni adalah kopi "joss". Kopi yang diletakkan arang yang membara di dalamnya. Dah macam kopi Pak Belalang la pulak kan? Aku rasa sikit je masa tu.. nak mengurangkan pengambilan kafein katanya. Yang lelain cakap sedap. Ye la kot.. Nanti la pegi leh try lagi. Lama gak lepak sini sebab melayan this one group yang memainkan lagu-lagu tradisional Jawa. Memang sedap. Dan kagum juga sebenarnya dengan bakat diorang. Apa lagi kalau aku tengok dia main alat itu (aku tak sure apa nama dia but sama dengan qanun atau santur dalam muzik Arab or Iran). Banyak gak diorang dapat tips dari kami. Harus la kan... menghargai bakat katanya. Second time sebelum balik tu kami request diorang ni lagi ya. Sanggup mencari dan panggil masuk bawah khemah! Hahaha..
|
Mempersembahkan.. kopi "joss"!!!! |
|
Layan okay lagu-lagu dia.. Hebat! |
Lepas puas melepak kat sini, kami pun balik la ke bilik. Tapi aku malas nak balik dulu. Memandangkan kat depan hotel kami ada spa, aku pegi berurut kat situ. Dah la murah.. bagus pulak tu. Hilang sakit-sakit kami dan badan semua. So bolehlah tido dengan nyenyak.. Hehehe.
0 Comments:
Post a Comment