#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Sunday, May 11, 2014

Sengal Trip to Phuket

Ini actually last year punya trip sempena menyambut birthday kawan aku, Firr. Dan ini juga merupakan trip paling sengal dalam hidup aku. Kenapa? Sebabnya dua-dua flight pergi dan balik aku TERLEPAS!!! Hahaha.

Untuk trip ni, aku beli tiket bersekali dengan hotel melalui kawan kepada kawan aku yang kerja di syarikat penerbangan itu. Katanya boleh dapat the best deal. Masa dia offer tu, dia inform aku dapat 7Q Resident which is bila aku tengok online, quite nice la hotel tu. Tapi bila dah dekat time nak travel aku diberitahu kena tukar hotel atas sebab-sebab teknikal. Hotel yang dapat aku boleh kata hotel lodge yang agak hauk, jauh beza dengan 7Q tu. Cuma yang okay, locationnya agak dekat dengan Patong Beach.

Mengikut perancangan, trip aku ni adalah pada 1-5 November 2013. Tapi disebabkan aku terlepas masa 1 November tu, maka terpaksalah aku ambil the next day flight. Memula cari la juga flight on the same day, tapi dah penuh. Pergi juga ke KLIA nak cari flight lain, takde.. dan kalau ada pun mahal gile. So nak tak nak aku pasrah je la ambil keesokkan harinya. And guess what, kawan aku sampai wonder kenapa aku senyap seharian tanpa sebarang update di social media. Dok diam-diam je ya kat rumah. Malu kalau orang tahu.. hahaha.

So, the next day tu bila nak boarding terserempaklah dengan Firr, same flight rupanya. Memang kena bahan la kan sebab kononnya dia ingat dah selamat sampai.

Jadi bila dah sampai Phuket International Airport, kami pun ambil cab ke tempat penginapan. Nasib baik la driver teksi ni orang Melayu sana, so bolehlah bercakap Melayu dengan dia. Tambang dari airport ke hotel dalam 800 baht. Lepas dah check-in hotel, kami terus keluar mengisi perut di Lebanese Flower Restaurants (berdekatan dengan Jungceylon Mall). Order la tomyam and few other dishes. Pastu terus balik bilik sebab malas nak berjalan sangat sebab kepenatan. Oh! Tapi sebelum tu kami sempat singgah kat kaunter this one girl di bawah hotel, book untuk Fantasia show and dinner keesokkan harinya. Harganya dalam 1500 baht seorang. Since memang datang sini sebab nak celebrate birthday si Firr ni, so aku belanja lah dia for this show.

The next day, lepas breakfast kami merayap ke Patong Beach untuk bersantai... lepak-lepak, merehatkan minda sambil mencuci mata. Firr pulak try buat temporary tattoo dengan this boy yang ada kat pantai ni. Lama juga lepak kat tepi pantai ni. Bila dah bosan dan kepanasan, kami pergi ke Jungceylon yang terletak berdekatan dengan pantai ni.


Pada malam harinya, van datang ambil kami di hotel. Perjalanan dari hotel ke Fantasia lebih kurang 30 minit. Malam tu hujan renyai-renyai. Nasib baiklah tak lebat. So bila sampai kat sana, takdan sangat nak berposing-posing kat luar. Terus masuk dan pergi ke The Golden Kinnaree Buffet Restaurant. Tapi apa yang boleh aku kata, Taman Tema Fantasia ni sangat menarik. Pelbagai tempat yang kita boleh pergi di dalam ni.

The Golden Kinnaree Buffet Restaurant ni pula memang besar. Ruang makannya boleh menempatkan ribuan pelanggan. Buffet timenya bermula dari jam 5.30 petang ke 9.00 malam. Dan Alhamdulillah, orang Islam tidak perlu risau untuk makan di sini kerana terdapat section makanan halal khas untuk pengunjung Muslim. Bagus kan? Hidangannya pula boleh la tahan. Nak kata best sangat tu takde la.


Lepas selesai menjamu selera, kami terus ke Palace of the Elephant untuk menonton show malam ni. Manusia jangan cakaplah. Punya lah ramai. Dan menariknya Palace of the Elephant ni ialah senibinanya mirip binaan purba dengan skulpture gajah merata-rata. Dan di hadapannya juga terdapat 2 ekor gajah di mana kita boleh mengambil gambar dengan mereka, but with extra charges.

Show kami start pada jam 9.00 malam. Untuk masuk ke auditorium ni, segala barangan elektronik seperti kamera dan handphone tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Kena tinggalkan di kaunter. Sebab show ni exclusivekan, that's why lah kan. Dan mengenai shownya, aku memang kagum. Especially part intro. Memang kenalah dengan temanya, fantasi! Show yang bertahap international dengan bantuan penataan visual dan audio menggunakan teknologi terkini.. memang superb!!! And all those elephants are well-trained. Memang aku recommend for those yang datang ke Phuket, wajib tengok show ni. Show berlangsung selama lebih kurang 1 jam 15 minit. Puas hati dan berbaloi.


Selesai show, van menghantar kami semula ke hotel, but kami tak balik bilik pun. Merayap lagi di sekitar Patong, mencuci mata sambil mencari serba sedikit souvenir untuk dibawa pulang. 

Bangla Road @Patong Beach
Kawasan ni merupakan "syurga dunia" di Phuket. Kalau di siang harinya takde la semeriah mana. Tapi tunggu bila matahari terbenam. Sepanjang jalan ni penuh dengan kelab-kelab atau pub yang beroperasi secara terbuka dan sampai ke dini hari. Setiap premis ada strategi mereka sendiri untuk menarik perhatian pelanggan. Macam-macam style. Dengan drag queennya dan segala jenis macam umat manusia. Ada yang menari dekat tiang-tiang di atas kaunter bar, dan macam-macam lagi lah. Aku hanya memerhati saja lah. Dan terbayang juga macamana kawasan ni dulu dilanda tsunami. Ermmm... 

Anyway kita tinggalkan kisah manusia yang pelbagai jenis di Bangla Road itu. Yang pasti, apa yang menarik di sini ialah kita boleh membeli crepe yang lazat dan boleh tahan murah. Tapi lagi murah kat Krabi tu rasanya. Hehe.. Crepe kat sini ada pelbagai jenis. Tapi yang kami order ialah Banana Nutella dengan Cheese and Egg. Sodap!!! The next day tu, kami beli dan makan di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Ne'ematttt!!! Tapi sebelum tu aku sempat la juga buat massage kat tepi pantai dengan sorang makcik ni. Memang kuat tenaganya. Hilang sekejap sakit badan semua. Harganya if I'm not mistaken dalam 300 baht. Lebih kurang RM30 je la. Best gak sebab sambil berurut, boleh mendengar desiran ombak menghempas pantai.. gitu la kan. :P


But, one thing yang aku realise kat Phuket ni, ramai pendatang Bangla or Indian yang berniaga di sini selain penduduk tempatan. No wonder they have this JungCeylon Mall yang rata-rata peniaganya terdiri daripada etnik berkenaan dan juga Bangla Road yang famous dengan nightlife tu.

On the last day tu, Firr keluar seawal jam 5.00 pagi sebab flight baliknya pada jam 8.00 pagi. Dan aku pun sempat la bangun temankan dia sebelum aku sambung tidur semula, sebab flight aku pada jam 8.00 malam. KATANYER!!! So bila dah bangun pagi tu, nothing much pun aku buat. Lepas brunch, aku ke Jungceylon Mall untuk shopping last minit. Then aku pergi ke bahagian bawah mall tu untuk buat Thai Massage selama 2 jam. Totally relaxing! So bila dah balik bilik kemas apa yang patut, aku pun bersedia menunggu van yang akan ambil aku pada jam 5.00 petang. Nasib baik traffic tak sesak sangat petang tu. Selepas lebih kurang sejam, sampailah aku di airport.

JENG..JENG.. JENGGGG!!! So bila dah sampai, aku pun pergi la tengok board nak tahu kaunter mana aku nak check-in. Tengok-tengok no flight, takde la. Yang ada flight pada jam 9.00 malam. Ah! sudah. Okaylah aku pun dengan selambe dan penuh keyakinan bercatwalk ke kaunter untuk checkin. Sekali mamat Siam ni cakap "Sir, this is morning flight!". Dan aku.. krik.. krik.. krik.. depan kaunter dengan eksperi WTF??? Terlepas flight lagi??? Aku tengok balik boarding pass aku 08:00. Demmm!!! Aku terlupa itu adalah pagi ya.. lain la 20:00! Baru la malam. Aduii... memang silap aku la tak check awal-awal kan. Sebabnya aku dah inform member kawan aku tu aku nak flight malam dan dia kata okay. So aku tak expect la flight tu pagi since dia pun tak bagitau aku langsung. Bengong betul. Sudahnya, terpaksa lah aku beli balik tiket baru ke KL yang berharga almost RM500!!! Shilake sungguh!!! Rugi-rugi. Untuk this trip, aku terpaksa spend extra RM1000 untuk beli tiket baru.

So, kesimpulannya, inilah trip paling sengal dalam hidup aku. Dengan extra tiket, hotel yang downgrade cam hauk.. sakit hati juga aku dengan member kawan aku tu. Memang pasni aku dah nekad, if nak travel, beli sendiri je. Lagi puas hati. Tapi takpelah, pengalaman kan? Dan sekurang-kurangnya aku dapat fulfil niat nak celebrate birthday kawan aku yang sorang tu **ayat penyedap hati**

Dan yang paling penting, for the first time in my life, insan yang jaga checkin kaunter ni selitkan smiley tu kat boarding pass aku bila dapat tahu aku terlepas flight dan terpaksa beli tiket baru. Patut la jeling meleret tengok aku masa aku awal-awal tu. Hahaha. Thanks dear! You just made my day! ^_^


But aku rasa, one day aku akan pergi ke Phuket ni. Tak puas rasanya pergi haritu. So, Phuket.. see you soon!!! =)

0 Comments: