#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Saturday, June 7, 2014

The New Zealand Road Trip Part 1

Hello semua. Hari minggu ni aku takde plan ke mana-mana pun, cuma tadinya keluar pergi Ikea sekejap mencari barangan keperluan. So, ada la masa aku nak update blog ni. Lagipun, malam ni dah start Air Asia Free Seats Sale. Memang kena tunggu depan pc la kan? Hahaha.

Okay, this New Zealand trip ni actually telah dirancang oleh Kak Hanim dan hubbynya since last year. Ia merupakan road trip yang diaturkan oleh Chris dari TheRoadTrip.co.nz. Self-drive katanya. Trip ni cover North dan South Island selama 14 hari iaitu pada 5 hingga 19 Mac 2014 (merasalah 14 hari cuti tanpa gaji! Hahaha).


Day 1: Auckland

Flight adalah lebih kurang 10 jam lebih dengan menaiki pesawat MAS. Cuak jugak sebab masa ni kecoh dengan kehilangan pesawat MH370. Tapi tawakkal je la kan. Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Auckland International Airport sekitar jam 8.15 pagi. Selesai urusan immigration semua, kami menunggu staff Chris (nama dia aku tak ingat, but Chris kata dia part-time pelakon tambahan drama kat sana.. hehe) untuk membawa kami ke Omega Rental Cars untuk menguruskan kereta sewa. Selesai semua urusan tersebut, maka bermulalah road trip kami di bumi Hobbits ni.


Oh! Untuk road trip ni, kami dibekalkan dengan manual oleh Chris and GPS daripada syarikat kereta sewa tersebut. So kiranya 100% bergantung dengan GPS dan manual ni.

Dari Auckland Airport, kami terus drive ke City Centre untuk ke hotel kami iaitu di Hotel Grand Chancellor di Hobson St. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Di hotel ni, kami diberi 2 buah bilik studio. Since Abang Dzul stay sekali dengan Kak Hanim dan anak mereka, Dzuha, maka aku duduk sorang-sorang je la kat sini. The room was clean and nice. View pun menarik dengan Auckland Tower from my balcony. Cuma wifinya kena beli. Hauk sungguh! Oh! ya.. kat New Zealand ni kedekut dengan wifi. Sepanjang stay kat NZ ni, hanya 2 tempat penginapan je yang beri free wifi ya. Tu pasal aku suka pergi Seoul! **tetiba**.


Anway, selepas berehat seketika, petang tu kami keluar bersiar-siar di sini. Tak ke mana sangat pun, cuma di sekitar Auckland Ferry Terminal. Tu pun tak jalan jauh sangat. Auckland Ferry Terminal adalah antara bangunan lama yang terdapat di city centre ni. Bangunan dengan rekabentuk senibina Edwardian Baroque ini mula dibina pada tahun 1909 dan siap 3 tahun kemudiannya. By the way, jalan punya jalan, end up kami singgah di McDonalds pekena Fillet-o-Fish sebab kelaparan tak lunch lagi. Lepas makan tu, sambung jalan lagi sikit di sekitar Queen St, nothing much to do. Ingatkan nak tengok sunset tapi tak jadi.

Auckland Ferry Terminal
On the way balik hotel, singgah sebentar tapau Turkish kebab for dinner (in case malas nak keluar). And then bila sampai kat bilik aku plan nak keluar semula kat area Queen St. tu mengambil angin malam dengan Dzuha (padahal sebab utama nak guna free wifi kat McD tu), tapi sampai je bilik, letak kepala... selamat! Terbungkang terus. Dzuha ketuk pintu bilik pun aku tak dengar. Kesian dia. Hahaha. 

DFS Galleria Auckland

So, begitulah aktiviti hari pertama kami kat sini. Takde apa yang menarik pun. Keesokkannya kami akan bergerak ke Rotorua dan on the way tu akan singgah di Hobbiton! 


Day 2: Auckland - Rotorua via Hobbiton

Perjalanan dari Auckland ke Rotorua ini mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah dengan jarak perjalanan sejauh 245 km. Kami berada di Rotorua selama 2 malam.On the way tu, kami singgah mengisi minyak di pump station. Bila calculate dan convert RM, full tank dekat RM200 lebih ($80). Mahal hawau! Sini nilai tukaran lebih kurang $1 = RM3 lebih. Apa yang pasti semuanya bila nak kira adalah 3 kali ganda. Contohnya, maggi kat Malaysia katalah RM1.00 sebungkus. Di NZ ni pulak contohnya sebungkus berharga $1. Bila convert ringgit jadi RM3.00 lebih sebungkus. So, mahal lah bagi aku. Tak macam South Korea, bila concert nilainya still lebih kurang cam harga di Malaysia. Tu dia.. nak jugak Korea dia! Anyway, korang faham ke apa yang aku cuba sampaikan tu? Hahahaha.. mesti pening nak faham dengan bahasa aku yang cam haram tu kan? Abaikan je la.

Okay, lebih kurang 126 km dari Auckland ni, kami sampai di Hamilton, bandar yang keempat terbesar di New Zealand, yang terkenal dengan penternakan tenusu. 

Nak sampai ke Hobbiton ni agak meng-confusekan ya kerana sepanjang jalan takde satu pun signage yang menunjukkan tempat ni. So kami tercari-cari gak. Dengan melalui jalan yang kiri kanannya ladang yang terbentang luas. Takut je la sesatkan (walaupun ada GPS). And bila dah nak sampai dengan lokasi, barulah jumpa signboardnya. Hobbiton Movie Set & Farm Tours ni terletak di Buckland Rd, Waikato. Ia merupakan salah satu lokasi penggambaran filem Lord of the Rings. Berikut adalah sedikit maklumat mengenai tour di Hobbiton ni:
  • Terdapat 2-hours guided tour
  • Harga: $75 untuk seorang, bermula di Shires Rest Cafe
  • Tour bermula seawal jam 9.30 pagi, dan setiap 30 minit berikutnya sehingga jam 4.30 petang, setiap hari.
  • Di akhir tour, korang akan dihidangkan dengan non-alcoholic ginger beer yang sejuk dan sangat menyegarkan itu di Green Dragon Inn.
Tour kami bermula jam 12.00 pm dengan menaiki bas melalui ladang-ladang sebelum sampai ke lokasi rumah Hobbit ni. Dan tour guide kami bernama Shaun. Elok budaknya.. hahaha. Tetiba teringat Shaun The Sheep.. mana taknya, dah kiri kanan tempat biri-biri kot. Banyaklah si Shaun ni bercerita setiap yang ada kat sini. Kenapa pokoknya begitu, kenapa bendanya sebegini, segala macam detail dia cerita. Very informative. Tapi disebabkan aku bukannya peminat LOTR, so masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja. Kalau korang tanya aku tempatnya pulak, memang aku boleh cakap pemandangan kat perkampungan The Hobbits ni memang cantik. Dengan rumah-rumahnya yang comel kaki bukit, landskap yang menarik, memang korang akan berasa seolah-olah di dunia fantasi. Sangat cantik!


Anyway, sepanjang tour ni, aku tak follow sangat si Shaun tu, lebih banyak ber-camwhoring dengan Kak Hanim. Segenap penjuru kami bergambar. Perangai #villagepeople sangat! Hehehe. Aku tak tahu nak cerita apa sangat pasal Hobbiton ni sebab dah la LOTR aku bukan faham sangat. Tapi yang pasti, Hobbiton is worth a visit.


Sebelum lawatan berakhir, kami berehat seketika di sebuah padang rumput/kawasan lapang yang menghadap tasik di hadapan Green Dragon Inn. Dan lawatan kami di Hobbiton ni berakhir di Green Dragon Inn tersebut, sebuah tempat penginapan dalam filem LOTR. Di sini kami dihidangkan dengan ginger beer sebagai penghilang dahaga. Interior di sini memang menarik dan unik.


Sementara menunggu bas mengambil kami untuk pulang ke Shires Rest Cafe, kami sempat berkenalan dengan this one Singaporean Malay yang sudah menetap lama di Australia. Datang ke sini bersama teman-temannya dengan menunggang motorsikal besar. Hebat pakcik nih! Sakan Kak Hanim dengan Abang Dzul berborak. Almaklum jumpa sesama Melayu. Hehe.

Selesai lawatan di Hobbiton, kami meneruskan perjalanan ke Rotorua, yang terletak 70 km lebih dari sini. Tak singgah kat mana-mana pun on the way ke Rotorua ni. Terus drive straight ke hotel. Hotel kami Fenton Court Motel yang terletak di Fenton St. Yang menariknya di sini, sepanjang jalan ni penuh dengan tempat-tempat penginapan yang menarik. So, untuk para pelancong memang banyak pilihan. And one thing good about this Fenton Court Motel ni ialah - FREE WIFI!!! Nak menjerit aku masa nampak signboard tu. Hahaha. Motel kami merupakan 2-bedroom unit dengan kemudahan dapur dan pool spa. Menarik tapi aku takdan nak menggunanya. Online lagi penting mengatasi keseronokan berendam dalam tu. Hehehe.


Since kat sini boleh masak, so aku dengan Dzuha pergilah ke Pak'N Save - supermarket kat sini, membeli barang-barang runcit seperti beras, sayur-sayuran dan TELUR! Kenapa aku capskan telur tu? Kerana tiap-tiap hari kami masak ni. Hahahahaa..Selesai masak dan makan, kami just rehat sahaja kat motel sambil sibuk menunggu news update MH370. Dan aku seperti biasa, online sampai lebam! Free wifi maaa.
E kore e ngaro to purapura i ruia mai I Rangiatea
(The seeds which were sown in Rangiatea will never be lost)

Day 3: Rotorua ~ Te Puia & Gondola Ride

Sebelum aku ceritakan tentang aktiviti kami di sini, ada baiknya aku ceritakan serba sedikit pasal Rotorua ni. These are some of the interesting facts about Rotorua:
  • Rotorua mempunyai jumlah penduduk sekitar 56,000 orang.
  • Rotorua di dalam bahasa Maori bermaksud "dua tasik". Terdapat dua tasik di sini iaitu Tasik Rotorua dan Tasik Kahumatamomoe.
  • Rotorua terletak di dalam kawasan active thermal activity yang mempunyai geyser dan mud pools.
  • Ia juga dikenali sebagai Sulphur City; disebabkan pembebasan gas hidrogen sulfida, yang memberikan aroma bandar ni seperti bau rotten egg.
  • 50% penduduk Rotorua terdiri daripada puak Maori.
  • Industri pelancongan merupakan industri utama di sini.
  • Juga terkenal sebagai spa town dan pusat tumpuan pelancong sejak 1800-an.
  • Terdapat banyak mud pool yang muncul di sekitar bandar terutamanya di kawasan Kuirau park.
Okay, demikianlah serba sedikit info pasal Rotorua ni. Anyway, aktiviti kami pada hari ke-3 di sini adalah tour di sekitar bandar ni. Destinasi pertama adalah Te Puia, iaitu perkampungan penduduk asal New Zealand, kaum Maori. Te Puia ni terletak tak jauh dari tempat penginapan kami di Fenton Street tu. Te Puia juga merupakan thermal village yang mempunyai mud pools, Pohutu Geyser (geyser yang mampu memancut setinggi 30 meter!), Kiwi House (tempat di mana kita boleh melihat burung Kiwi secara dekat) dan pusat mengukir kayu dan mengayam kaum Maori. Kiranya di sini adalah pusat kebudayaan kaum Maori. Untuk melawat keseluruhan kawasan ni memerlukan sekurang-kurangnya 1-2 jam. Dan terdapat juga guided tour di sini. Like us, our tour guide named Carol sangatlah peramah dan lucu. Dan semestinya dia berketurunan Maori.

Sedikit info tentang Te Puia ini:
  • Te Puia Daytime Tours run hourly (9.00 am - 5.00 pm)
  • Harga tiket: $48.50 (dewasa), $24.50 (kanak-kanak)
Anyway, kami sampai di Te Puia ni seawal jam 9.30 pagi and we have to wait another half an hour untuk tour berikutnya pada jam 10.00 pagi. And the best part was, kat sini dia bagi 100MB free internet. Cukup la kan setakat nak upload gambar kat Instagram semua. Hahaha.

Like I mentioned earlier, tour guide kami bernama Carol yang peramah tu membawa kami mengenal dengan lebih dekat asal-usul kaum Maori di bumi New Zealand ni. Macam-macam dia bercerita sampai aku tak ingat. Memula dia ceritakan apa yang tersirat dalam ukiran setiap patung yang terdapat di situ. Kemudian dibawanya kami ke pusat pembuatan kraftangan iaitu ukiran kayu dan anyaman turun-temurun kaum Maori. Ia merupakan sebuah institut pengajian kebudayaan kaum tersebut demi memastikan budaya dan tradisi kaum ni tidak luput ditelan zaman. Tu dia bahasa aku!


Selepas tu, kami dibawa pula ke sebuah kawasan lapang untuk melihat upacara tradisional mereka. Seingat aku kalau tak silap upacara menyambut tetamu kot. Ia merupakan sebuah tarian ala-ala pahlawan. Sebelum upacara bermula kami diingatkan oleh arol untuk tidak ketawa sebagai tanda hormat. Tapi ada gak mat saleh yang tak makan saman dok gelak sampai ditegur oleh Carol. Selesai upacara ni, kami dibawa pula memasuki pusat pembiakan burung Kiwi yang semakin pupus ni. Nak masuk ke sini, kami tidak dibenarkan mengambil gambar, dan tak boleh buat bising sebab burung Kiwi ni sangat sensitif dengan cahaya dan bunyi. Lagipun dalam ni gelap gelita. Lampu yang ada pun samar-samar. But we managed to see seekor dua burung Kiwi ni.

Next, kami melawat pula ke Pikirangi Village, sebuah perkampungan Maori yang dibina semula untuk memaparkan suasana dan cara hidup seharian mereka. Pelawat boleh melihat traditional arts and crafts yang terdapat dalam budaya awal masyarakat ini. Comel-comel rumah tradisionalnya kalau nak dibandingkan dengan saiz badan mereka sebenarnya!


Tak jauh dari sini kami berjalan di bawah terik matahari untuk melihat mud pool dan geyser. Inilah first time aku tengok geyser ni. Masya-Allah memang mengagumkan. Katanya, geyser ni mampu memancut (betul ke istilah aku ni? Cam sesuatu plak rasa.. hahahaa) setinggi 30 meter! Tinggi tu. Kat sini merupakan kawasan thermal, so memang la panaskan. Ditambah pulak dengan kepanasan matahari. Mencurah-curah peluh aku kat sini.


Setelah berada lebih kurang 2 jam setengah kat dalam ni, kami bergerak pulang dulu ke hotel untuk makan tengahari. Kemudian pada jam 2.00 petang, kami keluar semula untuk menaiki Gondola. Gondola di atas Mount Ngongotaha ni adalah salah satu daripada 3 gondola yang terdapat di New Zealand selain di Queenstown dan Christchurch. Harga bagi dewasa adalah $25.00 dan kanak-kanak pula $12.50.

Di atas puncak gunung ni kita boleh melihat keseluruhan bandar Rotorua dengan tasiknya yang besar itu. Pemandangan memang cantik. Selain daripada menaiki gondola, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, antaranya:
  • The Swoop (a giant swing), yang terletak di lereng bukit. Memang tak la aku nak naik ni kan. Takut hilang hanya kegayatan.
  • Zorbing iaitu menuruni bukit dengan bola gergasi.
  • Rotorua Bungy yang setinggi 43 meter.
  • Skyline Lugeiaitu menuruni bukit dengan menaiki go-kart, dan sebagainya.
But for us, kaum-kaum tua ni hanya mampu melakukan aktiviti jungle tracking sahaja untuk menikmati keindahan flora dan fauna di sini. Hehehe.. Selesai jungle tracking, kami berehat sebentar di hadapan Skyline Luge itu untuk mengambil gambar. Ramai anak-anak muda beriadah di sini. Teringat pula suasana yang persis Everland di South Korea.


Dua jam berada di sini, kami bergerak menuju ke Rotorua City Lakefront yang terletak di Memorial Drive. Kiranya beriadah di hadapan tasik la ni. Ramai pulak umat Rotorua time ni. Siap berpiknik bagai kat tepi tasik. We spent like sejam setengah berehat di sini sambil memerhatikan gelagat manusia. Lepas tu, terus balik hotel untuk merehatkan diri.


Demikianlah selesainya aktiviti kami pada hari ke-3 di New Zealand ni. Jumpa di post berikutnya ya. Tungguuuu... =)

2 Comments:

syieda said...

Kasik tau edit guna apa plis..

Omar Al-Attas said...

mana ada edit.. tu semua gamar ori! hhahahaa.

guna photoscape lah. sebab aku malas nak edit satu2. letak setting.. terus guna batch editor.