Kuantan ~ 2064
Malam yang dingin.
Hembusan sang bayu yang menyapa seakan menusuk ke tulang.
Sengaja Adrien tidak membuka penghawa dingin keretanya kerana ingin menikmati kesegaran angin malam selepas pulang bercuti di sebuah resort di Telok Chempedak.
Hatinya berat untuk pulang namun atas tuntutan kerja keesokan harinya maka dikuatkan juga semangatnya kembali ke ibukota.
Adrien terus leka memandu sambil ditemani alunan merdu lagu-lagu di corong radionya.
Tanpa disedari, dengan tidak sengaja dia telah melalui sebuah jalan lama yang hangat diperkatakan oleh penduduk di sini.
"Ah! Sudah. Kenapa aku pergi ikut jalan ni?"
Hendak berpatah-balik dia tidak mampu kerana terasa sterengnya berat seolah-olah ada kuasa yang menghalangnya untuk berbuat demikian.
Menurut cerita masyarakat di sini, 50 tahun yang lalu berlaku satu kemalangan di mana kereta seorang gadis dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta lain. Akibat terlalu marah dan kecewa melihat kereta barunya itu, gadis tersebut telah diserang penyakit sawan dan kesukaran bernafas sehingga mengorbankan dirinya. Dan selepas kejadian itu, maka berlakunya kejadian-kejadian pelik di mana pengguna yang melalui jalan itu pada waktu malam akan diganggu dengan kelibat kereta usang berwarna putih. Rata-rata mangsa yang pernah mengalami mengatakan mereka dikejar dengan kereta usang tersebut dengan pekikan suara menakutkan yang tidak diketahui biji butirnya bahasanya. Khabarnya gadis di dalam kereta misteri itu memegang batang kayu.
"Huh! Karutlah! Ini zaman moden. Mana ada lagi hantu-hantu ni. Percaya sangat dengan cerita tahyul. Orang lain bolehlah korang nak tipu... but not me," rungut Adrien seakan cuba menyedapkan hatinya.
Sedang dia asyik memandu, dalam kesamaran cahaya lampu keretanya, nun jauh di sana ternampak seolah-olah kelibat kereta yang diperkatakan itu.
Kereta putih.
Jantungnya seolah-olah terhenti berdegup.
Semakin lama keretanya semakin menghampiri kereta itu.
Dan tanpa memikirkan panjang dia terus menekan pedal minyak dengan kuat.
Vrrrooooommmmmm!!
Keretanya melungsur laju.
Namun dia sempat melemparkan pandangan ke kelibat di belakang kereta putih tersebut.
Dilihatkan susuk seorang gadis dengan gaya tudung yang menarik sedang bercangkung sambil membelek bahagian bumper belakang keretanya.
Terdetik di fikiran Adrien.
"Apa gadis itu buat sorang-sorang diri tengah malam ni. Hishh... cari penyakit betullah!"
Sifat prihatin yang menebal di dalam dirinya membuatkan Adrien memperlahankan kenderaannya, dan beransur-ansur mengundurkan keretanya.
"Barangkali keretanya ada masalah, kot?"
Sampai di sebelah kereta putih itu, Adrien menguatkan semangatnya dan menyapa gadis tersebut.
"Kenapa dik?"
Diam.
Ditanyanya lagi.
"Ada problem ke?"
Masih tiada jawapan.
Tiga kali Adrien mengajukan soalan namun gadis tersebut terus membatukan diri.
"Ah.. sombong! Suka hati kau lah!" Adrien sudah mula berang. Niat sucinya untuk membantu tidak diendahkan oleh gadis tersebut.
Ketika dia hampir memasukkan gear memandu, tiba-tiba gadis itu bersuara.
"Ni ha..., calar.." rintih gadis itu dengan suara yang agak sedih.
Mendengar rintihan itu, Adrien pun memberhentikan keretanya lalu keluar. Dia berjalan menuju ke bahagian belakang kereta gadis tersebut lantas menundukkan badannya. Matanya melilau-lilau mencari apa yang tak kena.
"Kenapa dik?"
"Ni ha.. calar. Sakit hati saya bila tengok ni," kata gadis tersebut sambil menunjukkan tanda calar di bahagian bumper belakang keretanya.
"Oh.. sikit je dik. Hantar bengkel suruh mereka polish, sure okay punya," balas Adrien seakan cuba menceriakan hati gadis itu.
"Ye ke bang? Boleh ke? Saya kumpul duit dari kecil untuk beli kereta ni. Baru je dapat. Tup..tup ada orang sondol dari belakang. Mana tak sakit hati saya," luah si gadis itu dengan nada hampa.
Adrien terus membalas dengan kata-kata semangat dan nasihat agar gadis tersebut tidak terus bersedih dengan keadaan yang menimpa dirinya. Semakin lama semakin rancak perbualan mereka sehingga Adrien terlupa akan cerita-cerita seram yang didengarnya tentang misteri kereta putih di jalan ini. Kisah tragis yang berlaku 50 tahun dulu.
"Adik ni kerja apa?" tanya Adrien.
"Oh, saya buat bisnes menjual tudung bang," balas gadis misteri itu.
"Laaa... patutlah. Tengok pun dah tau sebab abang tengok cara adik pakai tudung ni memang bergaya," celah Adrien seakan cuba memasang umpan.
"Ye ke bang? Abang nak tengok koleksi tudung saya?" dengan pantas gadis itu membalas.
Belum pun sempat Adrien menjawab, gadis itu bingkas membuka bonnet belakang kereta untuk menunjukkan koleksi tudung-tudung jualannya.
"Belilah bang. Macam-macam design ada. Abang boleh bagi mak abang, adik abang, awek abang pun boleh. Adik boleh bagi abang tips nak pakai tudung lagi" kata gadis itu dengan mesra.
"Takpelah dik. Mak dengan adik abang dah banyak tudung," tolak Adrien dengan sopan.
Gadis tersebut terus-menerus mendesak sehingga Adrien merasa tidak selesa. Semakin lama semakin agresif.
"Belilah bang! Bukannya mahal pun. Bukannya sampai RM2000!" herdik gadis itu.
Adrien perlahan-lahan menjauhkan diri dari gadis itu. Bimbang kalau dirinya diapa-apakan pula.
Oleh kerana Adrien masih tidak mahu membeli jualannya, gadis tersebut naik berang. Dengan pantas si gadis itu menuju ke tempat duduk keretanya dan mengeluarkan sebatang pengunci stereng.
"Belilah! Stupid!! U pay me now!!" jerit gadis itu seakan histeria.
Tanpa berfikir panjang Adrien terus berlari menuju ke keretanya. Nasib baik dia tidak mematikan enjin kereta. Terketar-ketar tangannya memasukkan gear D dan ditekan pedal minyaknya sekuat hati. Sempat dia melihat ke cermin belakang. Gadis misteri itu masih mengejarnya sambil menghayun-hayunkan pengunci stereng itu. Sayup-sayup kedengaran pekikannya yang membingitkan itu.
"You pay me now two thousand! You pay me now!!! You stupiddddd...!!!"
Dihujung jeritan gadis itu kedengaran suara mengilai yang menakutkan.
"Kikikikikikikikiki... kikikikikikikikii..."
Menambahkan kecut perut lagi apabila kelibat gadis itu seolah-olah terbang dan hilang dalam kepekatan malam.
Sampai sahaja di rumah Adrien terus ke katil dan mengambil selimut tebal lantas menyelubungi dirinya. Tidak pernah terfikir dibenaknya bahawa dirinya akan berdepan dengan situasi yang sangat menakutkan itu. Dan keesokkan harinya, Adrien diserang demam panas selama 3 hari berturut-turut.
Setelah pulih dan dia kembali untuk memulakan tugas. Semasa berada di dalam kereta ketika hendak ke pejabat, dia terpandang sebatang pengunci stereng miliknya itu. Masih trauma dengan kejadian yang menimpanya beberapa hari yang lalu, Adrien terus membuang kunci tersebut ke luar tingkap dan berjanji akan mengunci stereng keretanya selepas ini dengan menggunakan ikatan tali rafia sahaja.
**Ini adalah cerita merapu dan rekaan semata-mata.**

0 Comments:
Post a Comment