Post kali ni aku nak share satu resepi yang simple dan sedap. Since ada pulak yang bertanya camne nak buat, so why not kita kongsi sama kan? But actually ni kali pertama aku buat bendalah ni. Masa nak buat open house hari tu, I was thinking nak buat bread pudding je. But then, kebetulan officemate aku bawa makanan ni ke office, terus terfikir, why not buat ni pula. Berdasarkan explaination dia, aku rasa tak la susah sangat nak buat ni.
Bread lasagna yang aku buat ni aku bakar dalam non-stick baking tray yang berbentuk segiempat, size kalau tak silap 24 cm x 24 cm. Kiranya bila korang susun tu, boleh muat 4 keping roti dalam satu layer. Lasagna yang aku buat ni mempunyai 2 layer inti daging.
So.. mari kita usha bahan-bahannya.
Bahan A
Untuk lapisan roti:
- 12 keping roti
- 1 tin susu cair
- 2 biji telur
Bahan B
Untuk inti:
- 400 gm daging kisar ayam/lembu (guna jenama Ramly yg pek kecil tu)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 4 ulas bawang putih, dicincang halus
- setengah tin cendawan butang, dicincang halus (optional)
- 5-6 sudu besar sos bolognaise Prego (aku pilih perasa mushroom)
- 2 sudu besar sos tomato (kalau nak tambah)
- sedikit blackpepper Ajishio
Bahan lain:
- 8 keping keju (mana-mana brand pun okay)
- grated cheese (untuk ditabur)
- sedikit butter
- olive oil untuk menumis
- garam secukup rasa
Cara-cara:
Membuat inti daging:
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan olive oil sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan daging kisar (basuh dan toskan dahulu) ke dalam kuali. Masak sehingga airnya kering sedikit.
- Kemudian masukkan sos Prego, sos tomato, black pepper dan cendawan yang dicincang.
- Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga hilang airnya.
Untuk lapisan roti:
- Tuangkan susu cair ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan 2 biji telur dan pukul rata. Tambah sedikit garam kalau perlu. (tak payah pun takpe sebab inti tu dah masin)
- Rendamkan roti sekeping demi sekeping dan susun di atas tray yang telah disapu butter.
- Untuk tray bersaiz 24cm x 24 cm, satu layer memerlukan 4 keping roti.
- Kalau tak cukup susu cairnya, boleh tambahkan sedikit susu segar. Janji roti-roti tersebut boleh direndam.
Cara membuat:
- Untuk layer pertama susun 4 leping roti yang telah direndam dengan adunan susu cair.
- Kemudian susunkan 4 keping kepingan keju.
- Letakkan inti daging di atasnya.
- Kemudian letakkan lagi satu lapisan roti, diikuti dengan lapisan keju dan inti daging.
- Dan tutup lapisan kedua inti tersebut dengan lapisan roti yang terakhir.
- Jika ada saki-baki susu cair tu, curahkan sahaja di atasnya, tapi jangan sampai banjir plak.
- Last sekali, taburkan grated cheese secukupnya (lagi best kalau dapat cover semua roti tu).
- Bakar dalam oven suhu 200°C selama 15 minit. (tengok-tengok juga la sampai cheese tu cair, jangan sampai hangus)
- DONE! Boleh makan dengan cheese sauce dan sos cili dengan sedikit taburan blackpepper. Nikmat!!!
Selepas letak satu lapisan roti (base), masukkan satu lapisan inti daging. |
Kemudian letakkan di atasnya kepingan keju. If cukup roti buat lagi satu lapisan yang sama. |
Yang ni kes roti tak cukup.. so yang 2 keping tu aku hancurkan, then curah atas lapisan keju & daging tadi. Last taburkan grated cheese. |
Ni rupa parasnya selepas dibakar. |
Tips: In between layers tu kalau korang nak spinkle blackpepper, serbuk garlic or dried parsley pun boleh. Penambah perisa katanya. Actually macam-macam korang boleh masukkan untuk inti like frozen mixed vege, cincangan tomato, carrot atau celery or even capsicum. Ikut la citarasa masing-masing. Selalunya in my case, aku tengok apa je yang ada dalam fridge. But again, make sure inti tu korang masak sampai agak kering dan tak berair. Kalau tak nanti banjirlah lasagna korang.
Selamat mencuba!
p/s: Penulis tidak bertanggungjawab di atas kesan kenaikan berat badan dan kolestrol para pembaca yang mencuba resepi ini. Hahaha..
0 Comments:
Post a Comment