#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Tuesday, September 2, 2014

#ProudMalaysian


2014.. tahun ini genap 57 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para pahlawan negara yang gigih berjuang demi membebaskan negara kita ini daripada terus dijajah. Dan aku sebagai anak merdeka sudah tentu merasa bangga menjadi salah seorang warga Malaysia.

Bercerita tentang kemerdekaan dan semangat patriostisme, aku akui aku bukanlah warganegara yang terlalu taksub dengan semangat kecintaan kepada negara. Maksud aku dari segi menghadiri acara sambutan kemerdekaan, menonton perlawanan sukan yang melibatkan negara dan yang seangkatan dengannya. Tetapi aku lebih beremosi kalau melihat perpaduan atau hubungan baik antara kaum. And being a Libra, semestinya aku sukakan suasana yang harmoni dan damai.

Ada beberapa situasi yang membuatkan aku merasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Antaranya apabila melihat rakyat bersatu-padu di dalam sambutan Hari Kemerdekaan melalui kaca televisyen. And that's obvious la. Kalau siapa tak rasa apa-apa, there must be something wrong somewhere kan?

Selain daripada tu, pernah suatu ketika, semasa aku on the way ke tempat kerja dengan menaiki komuter dari Kajang ke KL Sentral, di sebelah seat aku duduk 4 orang; seorang lelaki dan seorang wanita Melayu, seorang wanita Cina dan seorang wanita India duduk berborak dengan rancak sekali dan ada ketikanya mereka ketawa kuat dengan sangat mesra. And at that moment, mata aku rasa panas, nak bergenang air mata sebab aku sangat gembira dan teruja dengan pemandangan sebegitu. Walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka sangat mesra. And that's how Malaysian should be.

Beberapa hari yang lalu pun, semasa aku dinner dengan Bai kat Pelita Bangsar, di meja hadapan aku ada this one group, student rasanya; seorang lelaki dan gadis Cina dengan seorang lelaki Melayu. Rancak berbual and the best part that Chinese boy sangat fluent berbahasa Melayu dengan rojak English. Seronok aku tengok.

Untung menjadi rakyat Malaysia. Dengan pelbagai kaum yang ada, kita boleh mempelajari budaya dan adat resam masing-masing. And of course makanan derang juga kan? Siapa tak suka Nasi Daun Pisang atau Hainanese Chicken Rice  sebagai contoh. Sedap kot.

Dan walaupun aku bukanlah seorang yang mengambil berat pasal politik negara ataupun penyokong tegar kerajaan, tapi aku sedikit sebanyak menyokong pendekatan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Bagi aku konsep tu bagus. Menyatu-padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan berteraskan nilai-nilai penting. Dan sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, kita perlu melihatnya dari sudut yang positif. Mana yang baik kita ambil, mana yang kurang kita perbaiki. Jangan terlalu nak negatif saja, susah jugak.

Tak salah nak memperjuangkan nasib bangsa masing-masing, tapi kalau keterlaluan sampai membawa mudarat pun tak bagus juga. Betul tak?

Aku pun sebenarnya tak suka dengan pendekatan ekstremis sesetengah wakil setiap kaum. Tak kiralah Melayu ke, Cina ke atau India. Sekarang ni dah era globalisasi. Rasanya tiada ruang dah untuk terlalu bersifat perkauman atau racist. Kadang-kadang aku pelik dengan golongan sebegini. Derang ni tak pernah ke bergaul dengan kaum-kaum lain selain dari kaum sendiri? Ketika di sekolah rendah dari darjah 1 sehingga darjah 6, my bestfriend was a Chinese boy named Tan Swe Kok (but sadly ter-lost contact bila masing-masing masuk sekolah menengah. Dan bila di rumah, teman sepermainan aku adalah anak taukeh tadika sebelah rumah bernama Calvin, dan tak lupa 2 orang adik-beradik berbangsa Punjabi bernama Kawaljeet Kaur dan adiknya Babu (puas aku melayan derang ni main hantu-hantu, berlari sana-sini kat tadika tu). Dan semasa di sekolah menengah dulu I had good friends among Chinese and Indian, and of course Melayu sendiri. Seronok gile. And our Chinese friends dulu selalu tolong aku translate lagu-lagu Mandarin untuk aku hafal sebab masa sekolah menengah dulu aku gile lagu-lagu Cina especially dari Aaron Kwok! Hahaha. Pendek kata, banyak yang kami pelajari antara satu sama lain. Dan tak lupa, aku pernah jatuh cinta dengan seorang gadis Cina, teman sekelas aku. Comel! Hahaha.. But la ni dia dah kawin la dan beranak satu. ><"

Lagi satu yang aku tak suka apabila menyentuh soal perpaduan ni adalah sikap sesetengah daripada kita bila berhadapan dengan sesuatu isu sensitif di media sosial. Lazimnya kita suka dan excited je nak share benda-benda macam ni. Tu belum lagi melihat bahagian komen, naik pening membacanya. Dan adakalanya komen yang diberikan menyimpang daripada isu sebenar dan lebih bersifat perkauman. Bagi aku lah, aku personally suka share atau forward sesuatu yang positif rather than share benda-benda yang mengarut yang memburukkan keadaan. Tapi hari tu masa isu Kikilala tu aku share juga (but temporary je la). Not because she's being racist, tapi sebab bagi aku dia tiada adab dengan orang yang lebih tua. Memang pantang aku la bab-bab cam nih. Memalukan sungguh lagi-lagi la kita ni berbangsa Melayu yang terkenal dengan adab sopan.

Dan aku rasa juga, kita perlu buangkan jauh-jauh pandangan skeptikal yang Melayu ni bangsa pemalas, Cina ni penipu, India ni putar-belit dan macam-macam lagi negative remark yang kita letak pada satu-satu bangsa. For me, kejahatan dan kekurangan manusia tu terletak pada diri individu itu sendiri, bukannya bangsa. Aku pernah berjumpa dengan Indian man yang sangat baik hati, a very helpful and thoughtful Chinese lady dan aku pernah juga berjumpa dengan Melayu Muslim yang berperangai macam haprak yang kerjanya menipu je. In addition, aku juga ada seorang kawan Kadazan Kristian yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan semata-mata kerana dia seronok berbuka puasa bersama-sama dengan rakan Muslim yang lain. Dan aku juga pernah berhadapan dengan orang Melayu yang tanpa segan silu merokok dan meneguk air di siang bulan Ramadhan! So again, pada aku sikap negatif yang ada pada seseorang itu tidak ada kena mengena dengan bangsanya, tetapi pada diri individu itu sendiri. Dah sampai masa kita perlu buang label-label yang tak sepatutnya pada bangsa-bangsa tertentu.

Anyway, aku berharap sempena Hari Merdeka yang ke-57 ni, kita sebagai rakyat Malaysia hidup aman, bersatu-padu dan lebih memahami dan lebih mesra mengenali budaya dan adat resam masing-masing. Tak kenal maka tak cinta. Tak perlu kita terlalu bersifat perkauman dalam kehidupan seharian kita. Nak tak nak kita kena terima hakikat yang manusia ni diciptakan Allah berbangsa-bangsa untuk saling mengenali antara satu sama lain. Allah tidak ciptakan hanya bangsa Arab sahaja.. atau bangsa Melayu sahaja.. atau Cina, India dan lain-lain. So kalau kita masih nak menegakkan hakikat yang bumi Malaysia ini hanya untuk orang Melayu sahaja, tanya diri kita semula, berimankah kita dengan ketentuan Allah? (tu dia bahasa aku!.. but betul kan?)

And to all Malaysian, regardless of race, Selamat Hari Merdeka dan jadilah warganegara yang cemerlang!

I LOVE MALAYSIA!

0 Comments: