#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Sunday, October 26, 2014

Cibiuk ~ Rumah Makan Sunda


Sebenarnya ini adalah post yang dah lama terperap yang aku lupa nak update. Hahaha.. Walhal, ni adalah antara restoran kegemaran aku. Okay, malas merapu sangat.. mari aku ceritakan pasal restoran ni.


Rumah Makan Cibiuk yang dibuka pada Oktober 2012 ni merupakan satu-satuya cawangan Cibiuk di Malaysia yang menawarkan masakan Indonesia/Sunda. Kalau di Bandung dan daerah lain di Indonesia memang banyak cawangan. Ia terletak di Taman Putra Kajang, Bangi. Bersebelahan dengan Tol Silk Sg. Ramal. Dulu, masa aku duduk kat Kajang, pergi balik kerja memang nampak restoran ni tepi highway. Nama pun unik.. CIBIUK.. so aku rasa mesti ada something yang unik kat situ. Sebab aku memang suka makanan Indonesia especially Sundanese food sebab pedas. Dan bila nak makan, mesti pergi Ayam Penyet AP ataupun Wong Solo kat town Kajang tu. Then, bila satu hari berkesempatan singgah kat situ.. terus jatuh cinta! Sebab apa? Sebab aku memang hantu makanan pedas dan di sini memang sangat menepati citarasa aku! And since then, jadilah aku pengunjung setia Cibiuk, dari aku dok Kajang sampailah dah berpindah ke Bangsar ni. Dan dari Yasmin (isteri owner) baru beranak satu dan la ni nak masuk dua dah. Alhamdulillah rezeki namanya tu.

Nak makan kat dining table atau di lesehan? Sukati lah..
Ruang makan di Cibiuk ni besar dan selesa. Pengunjung boleh memilih untuk menikmati makanan di dining table ataupun duduk di lesehan dan makan bersila. And kalau jenis duduk makan bersila ni.. memang confirmlah kalau lepas kenyang makan, korang akan berat punggung nak bangun dan berkemungkinan tersadai di situ untuk beberapa seketika. Hahaha. And dulu, aku dengan Rubie selalu lepak kat sini dari balik kerja sampailah staff-staff kat sini dah angkat kerusi naikkan atas meja. Hahaha.. punyalah leka melepak sambil minum teh tarik. Dan sampai si Hassan, one of the waiters kat tu dah kenal dah muka ni dan tahu apa aku nak order. Hehe. Aku pun selalu introduce restoran ni kat member-member aku dan Alhamdulillah mereka semua suka dan kadang-kadang repeat datang ke sini untuk menikmati hidangan di Cibiuk ni.

Sayur celur dan pilihan sambel-sambel yang lazat dan pedas!
Okay, seperti sedia maklum, Cibiuk menghidangkan makanan Sunda yang sangat lazat. Bagi penggemar masakan pedas, bestnya di sini ialah di dalam restoran ni terdapat sebuah "booth" di panggil Rumah Sambel. Di Rumah Sambel ni, pengunjung boleh mengambil pelbagai jenis sambal yang sudah tentunya yang maha pedas dengan aneka rasa.

Ohhh.. ini feveret aku! Sambel dengan campuran tempe dan cekur.
And my favorite will always be sambal yang dicampurkan dengan tempe dan cekur tu. Unik dan lazat rasanya. Selain tu, kita boleh ambil pelbagai sayuran yang dicelur untuk dimakan bersama sambel antaranya peria, kacang panjang dan carrot. Sambal dan sayur celur kat sini adalah PERCUMA dan sukati koranglah nak ambil atau repeat banyak mana. Tapi janganlah sampai membazir pulak ya.

Set Nasi Liwet Kastrol. Hati-hati dengan cili tu. Yang tak kuat pedas, kalau tergigit tu.. boleh putus nyawa. Hehe.
Dari segi menu makanan pula, aku paling suka Nasi Liwet (bukan liwat ya!). Nasi ni didatangkan sama ada secara ala carte dalam bungkusan daun pisang ataupun sekali dengan set. Rasanya sedap walaupun makan camtu je sebab ia dimasak dengan ramuan herba, bawang goreng serta diletakkan beberapa batang cili padi. So.. hati-hati makan ya! Bimbang yang tak kuat pedas tu, kot la tergigit nanti menggelupur kepedasan.

Nasi Liwet ala carte dengan hidangan lain.
Set Nasi Liwet Kastrol Ayam Bakar untuk 2 orang.
Selain nasi liwet, menu yang aku selalu repeat order adalah Sambal Udang Petai (kadang-kadang kalau takde petai, derang gantikan dengan jering.. dua-dua sedap!), Cumi atau Sotong Goreng Crispy, Sup Iga (Sup Tulang), Talapia Goreng Cobek/Pedas dan Ayam Bakar. Kesemuanya sedap!

Talapia Goreng Cobek/Pedas.
Sambal Udang Petai yang lazat. Kalau makan ni dengan kuah-kuah licin aku kerjakan.
Dan menu lain yang aku pernah order juga antaranya Set Sate, Kepala Ikan Gurame Goreng Cobek Kicap (special sikit sebab masa order tu ikan jenis ni yang ada untuk menggantikan Talapia.. bapak besar ikan dia.. kami siap tapau bawak balik sebab takdan nak menghabiskan), sayuran goreng dan lain-lain lagi. Banyak pilihan kat sini but yang aku selalu repeat order tu la.. lima yang pertama aku sebut tadi. 

Sup Iga/Tulang dengan daging yang sangat lembut dan ditabur dengan keropok belinjau.
Cumi/Sotong Goreng Crispy. Memang rangup pun.
Di samping tu, korang juga boleh order set tahu dan tempe goreng yang boleh dimakan bersama sambel-sambel itu.. dan yang paling ngam sudah tentulah kalau makan dengan sambal kicap.

Dari segi minuman, memang banyak pilihan. Yang paling aku suka sudah tentu teh tariknya, air jeruk (jus limau yang diletakkan jeruk limau kasturi.. very refreshing!), jus alpukat dan trademark kalau minum kat Indonesia.. Teh Botol Sosro!

Teh tarik feveret. Dulu dalam gelas. La ni dah ada cawan besar ni.
Untuk hidangan pencuci mulut pula, aku paling suka Banana Cheese. Pisang yang disalut dengan tepung/breadcrumb yang digoreng garing, kemudian diletakkkan parutan keju yang banyak dan sos strawberi dan chocolate. Memang terbaik! And pavlovanya pun not bad. Tak berapa manis. 

Banana Cheese - multiple orgasm!
Selain set makanan ni, di Cibiuk ni juga terdapat stall yang menjual Bakso.. aku baca review katanya sedap. Tapi aku tataulah.. tak try lagi. Tapi aku yakin memang sedap. Kat sini apa je yang tak sedap. Cukup segala rasa. Masam, manis, masin.. semua seimbang. And pedas tu sudah semestinya.

Waroeng Baso.. ada jual bakso, mee bakso, batagor dan macam-macam lagi.
Dari segi kemudahan, Rumah Makan Cibiuk juga menyediakan surau untuk para pengunjung menunaikan solat serta wifi percuma.

Dan dari segi harga pula, aku rasa sangat berpatutan. Senang cakap, aku cukup puas hati dengan apa yang aku bayar untuk menikmati makanan di sini.

So, bagi yang ingin mencuba, di bawah ni aku sertakan lokasinya. Serious once korang dah try, korang memang aku berpuas hati.

Selamat menjamu selera!


p/s: Yasmin, mohon kurniakan saya membership seumur hidup dengan potongan diskaun setiap kali makan. Hahaha. :P


2 Comments:

Irfan Ris Raff said...

Tapi restoren ni...Servis lembap kan Uncle Omar..

Omar Al-Attas said...

Kalau ramai orang maybe la kot.
So far aku makan kat sini okay je.
Ke sebab aku dah selalu kat sini?
hehehe.. lama dah ni tak cibiuking.