#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Sunday, January 10, 2016

Guesthouse in Seoul

Hi there. Kali ni aku just nak share satu lagi guesthouse di Seoul. Kalau sebelum ni aku suka stay di Namsan Guesthouse (NGH)  di area Namsan/Myeongdong, kali ni masih di kawasan yang sama, cumanya guesthouse yang lain.

Aku book guesthouse ni pun setelah NGH semuanya fully booked masa aku nak datang last December hari tu. And luckily aku terjumpa this guesthouse yang terletak tak jauh dari NGH.

Guesthouse yang dimaksudkan adalah Seoul Myeongdong House (SMH).

Kat depan tu dia tulis Seoul Myeongdong Stay.. sama je.
SMH ni terletak di kawasan belakang NGH. Dekat je. Setiap kali aku bercuti di Seoul, aku akan pilih untuk stay di area Namsan/Myeongdong ni.

Sebabnya:
  1. Dekat nak ke Myeongdong, kawasan membeli-belah yang happening di Seoul.
  2. Dekat dengan Myeongdong Station; so nak naik subway ke mana-mana pun senang.
  3. Dekat dengan bus stop di Sejong Hotel; shuttle bus nak ke Incheon Airport.
  4. Dekat dengan Namsan Mountain; senang nak mendaki bukit naik ke NSeoul Tower. Kalau tak larat, cable-car station pun dekat je.
Di groundfloor berdekatan info kaunter
Tangga naik ke tingkat atas.
So, far aku berpuas hati stay di guesthouse ni. Ini kerana:
  1. Harga bilik yang berpatutan; aku book untuk single room dengan shared bathroom berharga 35,000 won semalam (sekitar RM120 termasuk 10% tax.. aku book kat Agoda,com).
  2. Biliknya selesa, kemas dan bersih.
  3. Persekitaran yang senyap, sangat privacy dan bersih.
  4. Stafnya yang sangat friendly especially Freddie. Sangat membantu.
Bilik yang aku book ni adalah single room dengan shared bathroom. Ada juga bilik-bilik lain yang dengan attached bathroom. 

Living area di tingkat atas
Balcony; boleh lepak-lepak minum coffee kat sini.
Pemandangan di luar balkoni.
Kemudahan lain juga disediakan seperti laundry, internet dan lain-lain. Standard la tu. Gambar bilik dengan bathroom semua aku lupa nak snap. Hahaha. Tapi korang boleh refer pada websitenya atau Agoda.

So, kepada sesiapa yang nak berkunjung ke Seoul tu, boleh jadikan guesthouse ni sebagai salah-satu pilihan anda. 
Pantry ~ nak buat ayaq.. roti bakar ada disediakan kat sini.
Pantry di bahagian basement.
Pantry.
Untuk maklumat lanjut mengenai guesthouse ni, boleh layari laman webnya di sini.

Alamat: 47,Namsan-dong 2-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea (ini alamat di Agoda, jangan confuse macam aku. just follow je Google Map tu)


0 Comments: