Mount Fuji - on our way from Yamagata to Kyoto. |
Day 5: 27 January 2016
Yamagata City - Kyoto
Hari ni merupakan hari last kami di Yamagata. Sedihnya nak meninggal bandar ni. Sebab walaupun kecil, aku rasa bandar ni abit special. Mungkin disebabkan pengalaman di Zao Onsen tu yang membuatkan aku suka pada bandar ni. Tambah pula, Firr tak ikut sekali ke Kyoto sebab dia akan terus balik ke Tokyo dan spend sehari dua lagi kat sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
So, pagi ni selepas settle mengemas dan breakfast di hotel, kami check-out dan bergerak menuju ke station untuk mengambil train ke Kyoto.
Shinkansen ke Kyoto bergerak tepat jam 9.00 pagi dari Yamagata Station. Dan perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam 48 minit untuk sampai di Tokyo Station. Di Tokyo Station, kemudian menaiki train lain pada jam 12.03 tengahari ke Kyoto Station.
Bye-bye Yamagata! sob.. sobss.. |
Mount Fuji berdiri megah di hadapan mata. |
Kami sampai di Kyoto Station pada jam 2.47 petang dan terus menuju ke hotel untuk check-in. Ibis Styles Kyoto Station Hotel terletak di hadapan station ni. Sangat dekat. Takde la penat nak mengangkut luggage.
Hello Kyoto! Ini pemandangan di hadapan Kyoto Station. |
Memula ingatkan nak cari makanan untuk dinner. But then bila masuk kat sini dan ternampak Gap Factory Outlet, terus cancel niat nak makan. Baju Gap kat sini gile murah! After 50-70% discount setiap helai tu, ada lagi 30% discount untuk total amount. So,basically sehelai baju tu kalau diconvert ke RM kiranya dalam RM40-50 sehelai. Aku spend dalam RM450.. boleh dapat 9 helai baju. For sure kat KL tak dapat price camni kan?
Shopping dan tapau dinner kat sini saja. Malas nak jalan jauh. |
Sampai bilik, makan then terus tido. Erol sempat lagi merayap keluar pusing-pusing area town ni. Aku dah tak larat. Dia lain la... spesis burung hantu. Susah nak tido awal katanya.
Kyoto: Arashiyama Bamboo Forest, Nijō Castle & Gion District
Selepas breakfast yang sedap di hotel, kami bergerak menuju ke destinasi yang pertama di Kyoto ni iaitu Arashiyama Bamboo Forest yang terkenal tu. Ini adalah tempat wajib yang dituju oleh pelancong kalau melawat Kyoto.
Untuk menjelajah area Arashiyama ni, korang boleh memilih sama ada hendak berjalan kaki, menyewa rickshaw yang dibawa oleh abang-abang Jepun yang berpakaian traditional ataupun menyewa basikal. I think kalau naik basikal pun best.. tapi kami tak buat pun. Hahaha.
Hutan buluh ni terletak di Sagano, Kyoto. Perjalanan dari Kyoto Station ke Saga-Arashiyama Station mengambil masa sekitar 20 minit. Kemudian, keluar dari station tu, korang kena berjalan kaki lebih kurang 10 minit untuk ke entrance bamboo forest ni.
Sepanjang perjalanan menuju ke bamboo forest ni, korang akan melalui kawasan perumahan. Rumah-rumah di sini kelihatan sangat comel dengan halaman yang kecil. Ada rumah-rumah yang memiliki landskap yang sangat menarik. Pokok bonsai boleh dilihat di mana-mana kerana itulah antara kesenian orang Jepun. Jalanraya dan persekitarannya sangat bersih. Memang susah nak jumpa sampah-sarap walaupun hanya sehelai kertas atau tisu. Memanglah pembersih orang-orang Jepun ni.
Salah satu entrance rumah di area Arashiyama yang menarik perhatian aku. Comel! |
Pepohon buluh yang merimbun. |
Nonomiya Shrine, Arashiyama. |
Dan tak lupa juga, postcard yang dijual oleh seorang uncle di sini. Semuanya lukisan yang bermotifkan pemandangan di Japan dan bamboo groove ni secara khususnya. Memang aku suka mengumpul postcard setiap kali travel. So, tambah lagi satu koleksi.
Singgah gerai ni untuk alas perut. |
Sotong bakar dengan kicap... layan! |
Nampak tak muka kelaparan tu? Hahaha |
Roasted tea ice-cream ni memang sedap! |
Oh, by the way, di sebelah Saga-Arashiyama Station ni juga terdapat sebuah museum. Kalau tak silap, train museum. Kalau berminat, korang boleh singgah kat sini.
Nijō Castle
Dari Arashiyama Bamboo Forest ni, kami bergerak pula menuju ke Nijō Castle. Sengaja aku masukkan castle ni dalam itinerary. At least ada la juga datang melihat binaan traditional mereka.
Istana ini dibina pada tahun 1626 dan merangkumi kawasan seluas 275,000 meter persegi. Di dalam kompleks Nijō Castle ni terdapat beberapa binaan iaitu Ninomaru Palace, Honmaru Palace, beberapa binaan lain dan juga taman-taman. Memang luas gile. Bayaran masuk ke sini ialah 600 yen untuk dewasa.
Main gate to Ninomaru Palace, Nijō Castle. |
Kompleks Nijo Castle yang dikelilingi dengan binaan parit air. |
Next destination, Gion district dengan misi mencari geisha!
Gion District
Mencari Gion district ni agak memeningkan! Puas aku Google, baca blog semua.. very confusing. Entahlah.. maybe sebab dah penat berjalan atau sel-sel otak tak berapa nak bergabung. Serious aku confuse.
Somewhere in Gion... |
Akhirnya sampai juga di Shirakawa Minami Dori! |
You can find traditional Japanaese architecture right here! |
Dua kuntum bunga sakura yang sedang mekar |
Kita tumpang sekaki curi-curi ambil gambar dia. |
Itukah geishanya??? |
Statue Izumo, pengasa teater Kabuki. |
The other side tu adalah kawasan komersil Gion. |
Random photosession with strangers... hehe. |
Entah celah mana aku rasa macam iras-iras Florence. Hahaha.. |
Mengimbau memori silam... |
Erol and the aunties at the back.3 |
So, once dah sampai Kyoto Station, kami terus menuju ke sana, beli apa yang patut untuk dinner sebelum aktiviti seterusnya iaitu balik bilik dan mengemas luggage.
Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar lusa dan nak balik KL dan kembali stress!!! Waaarghhhh!
Day 7: 29 January 2016
Kyoto - Odawara - Tokyo
Hari ni adalah last day di Kyoto. Dan itinerary pada hari ni adalah singgah di Odawara terlebih dahulu sebelum pulang ke Tokyo.
Lake Ashi Cruise di Odawara yang kami bayangkan... |
Perjalanan dari Kyoto Station ke Odawara Station mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai di Odawara, aku singgah ke Hakone Pass Office terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pass ni.
Hakone Freepass
Hakone Freepass ni ialah transportation pass yang boleh digunakan untuk melawat sekitar Hakone, salah satu kawasan tumpuan pelancong di Japan yang berhampiran dengan Mount Fuji. Pass ini merangkumi train, tram, bas, cruise dan juga cable-car.
Memula aku fikir kena beli pass yang berharga 4000 yen (lebih kurang RM150) yang valid untuk 2 hari tu. Tapi rugilah sebabnya kami ada masa few hours je sebelum balik Tokyo. Mana dan nak cover semua tempat bagai. So, masa aku dok tanya kat kaunter ni, melihatkan masa yang ada serta keadaan cuaca yang hujan dan berkabus, maka staff tersebut cadangkan aku beli limited pass sahaja yang berharga 1750 yen (+RM65) yang cover perkhidmatan bas dan juga train. Dengan pass ni basically kami ada 2 option iaitu:
Odawara Station - Hakonemachii - Odawara Station
Untuk Lake Ashi Sightseeing Cruise
Odawara Station - Gotemba - Odawara Station
Untuk ke Gotemba Premium Outlets
So, majoriti memilih untuk naik sightseeing cruise, maka kami pun membeli pass bagi tujuan ni. Bila once dah confirm waktu untuk Hakone tour ni, aku terus pergi book dan reserve seat Shinkansen dari Odawara balik ke Tokyo.
Luggage Locker @ Odawara Station
Memandangkan kami dari Kyoto dengan membawa luggage bagai, so kalau nak berjalan dengan bawa beg besar ni memang leceh. Salah satu keistimewaan di train station di Japan ni ialah perkhidmatan menyimpan luggage. Di sini banyak disediakan locker untuk luggage dari saiz kecil, sederhana dan besar. Harganya bermula dari 300 yen untuk yang kecil sehingga 500/600 yen untuk luggage bersaiz besar. Tempoh penyimpanan ialah selama sehari.
Walau bagaimanapun, masa kami nak simpan luggage yang besar kat Odawara Station ni, kebanyakan slot untuk yang besar dah occupied. So, luckily, di info kaunter mall di dalam station ni ada juga disediakan khidmat menyimpan bag. Harganya sama je iaitu 500 yen satu beg besar, but hanya sampai jam 8.00 malam sahaja sebab by that time kaunter tu dah tutup. So, okaylah tu. Kami plan by 7.00 pm dah sampai semula kat mall tu untuk ambil beg sebelum bergerak balik ke Tokyo.
Lake Ashi
Dengan menggunakan Hakone Pass, kami mengambil Hakone-Tozan bas di Platform 3 Odawara Station pada jam 2.15 petang menuju ke Hakonemachii. Di Hakonemachii ni terdapat terminal cruise untuk Lake Ashi sightseeing.
Pemandangan di sekitar Hakonemachii. |
Tongkang kami |
First-class deck. |
Our deck. |
Perjalanan cruise di tasik ni mengambil masa lebih kurang 1 jam pergi balik dengan singgah di 2 perhentian iaitu di Hakone Shrine dan Hakone Ropeway kemudian kembali ke Hakonemachii. Kami tak turun pun sebab kalau turun memang takdan la nak balik semula ke Hakonemachii.
Kalau tak berkabus ni.. mesti aku extra gumbira! |
Hopefully kalau ada rezeki datang lagi... hatrap-harap view clear. |
Turun di Hakonemachii semula, pusing-pusing cari souvenirs. |
Bila bas dah sampai, kami pun naik (sekali ngan mamat tu), then bila sampai di Odawara Station sekitar jam 7.30 malam, kami terus mengambil beg di locker dan kaunter. Sementara menunggu shinkansen kami pada jam 8.37 malam, kami dinner siap-siap di Odawara Station ni. Whatelse.. beli sushi lah. Satu set berharga sekitar 680 yen (RM25.50). Macam-macam jenis seafood ada dan cukup mengenyangkan.
Our dinner. |
So, tepat jam 8.37 malam, kami menaiki shinkansen meninggalkan Odawara dengan perasaan terkilan sebab cuaca yang sendu. Apa maknanya tu??? Kena datang lagi la kan? Huhuhu...
Dari Tokyo Station, kami mengambil train ke Anamoriinari Station untuk ke Mystays Hotel Haneda. Dekat je hotel ni dengan station dan juga airport.
Masuk je bilik, mandi siap-siap, terus blackout. Erol seperti biasa sempat menjelajah hotel ni. Message aku ada massage chair bagai la walhal time tu aku dah belayar jauh ke bulan.. Zzzzzz.. By the way, bilik di Mystays ni adalah yang tercantik sepanjang trip kami di Japan ni. Agak luas dan selesa. But toilet most of hotel di Japan cam biasa lah.. sekangkang kera. Tapi kecil-kecil pun.. toiletnya bersih, selesa dan canggih! Semua toilet bowl dilengkapi dengan bidet dan heated seat. Tekan-tekan je button kalau nak beristinjak tu. Rasa nak bawak balik je toilet bowl dia. Hahaha.
Day 8: 30 January 2016
Tokyo: Asakusa & Akihabara - Kuala Lumpur
Last day in Japan!!! Waaaarghhhhh.. aku dah macam nak start meroyan memikirkan lambakan kerja yang sedang menunggu. Stress!!!
Bangun awal seperti biasa dengan luggage dah siap dikemas. Tak sempat breakfast pun. Lagipun kat hotel ni tak sekali dengan breakfast. Kami check-out awal sebab plan hari last ni nak ke Asakusa dan Akihabara. Asakusa tu aku nak shopping souvenirs dan Akihabara tu nak mencari few items yang dipesan oleh member-member aku.
Lepas check-out kami tinggalkan luggage kat hotel. Free je perkhidmatannya. Then, terus bergerak menaiki train menuju ke Asakusa Station.
Asakusa berlatarbelakangkan Tokyo Skytree |
Asakusa
Kami sampai di Asakusa agak awal. Banyak kedai-kedai yang belum dibuka. So, since kami berpecah, aku dan Erol singgah di Burger King dahulu pekena fish burger as our breakfast. Selesai makan, kami bergerak menyusuri jalan-jalan kat sini. Memula terfikir.. apa je yang ada.. tak jumpa pun kedai-kedai yang best. But then.. bila ternampak Nakamise Shopping Street, hati terus berbunga-bunga.
Asakusa ~ masih awal. Kedai-kedai pun macam lengang lagi. |
Nakamise Shopping Street = HEAVEN!!!! |
My favorite souvenirs kalau pi travel ~ postcards! |
Heaven shopping kat sini. |
Berlatarbelakangkan Sensojhi Temple. |
Sebelum beredar dari Asakusa ni, kami singgah lunch di Sekai Cafe. Memula ingat nak singgah di Turkish restaurant yang kami nampak masa mula-mula sampai kat sini. Tapi bila tengah merayap-rayap area ni, ternampak pula cafe ni. Teringatkan yang cafe ni termasuk dalam list halal yang aku print out sebelum bertolak hari tu, so aku ajaklah the gang lunch di sini.
Sekai Cafe, Asakusa. |
Inside cafe. |
Menu ala Malaysia juga turut disediakan seperti Mee Goreng Ayam dan lain-lain.
Mee goreng katanya. Boleh laa... |
Akihabara
Selepas membeli-belah di Asakusa, kami terus menuju ke Akihabara. Akihabara terkenal sebab pusat komersil yang menjual barangan elektronik, video games, anime, manga, computers dan macam-macam lagi. Kalau jenis yang gile anime or electronics, di sinilah syurga korang.
Pusat anime, games, elektronik.. bla bla bla.. yang terkenal di Jepun. |
Memula tu puas juga turun naik kedai menjual barangan anime checkkan Starwars ni. Tapi takde. But this one guy masa aku tanya dia suggest pergi ke Yodobashi yang terletak berhampiran dengan Akihabara Station tu. Maka, pergilah aku ke sana.
Akiba ~ checked! |
Pusing kiri pusing kanan.. anime.. manga.. anime.. manga.. |
Antara watak anime Jepun yang famous. |
Barai kaki kalau lama-lama dalam ni! |
Sampai di tempat yang dijanjikan, Kak Mid and the geng cakap nothing much yang derang jumpa. Maybe sebab derang pergi the other side. So, aku bagitaulah Yodobashi tu macam-macam benda ada and they all seems interested. Jadinya, aku tunjukkan semula jalan ke sana dan sementara menunggu derang shopping, aku, Erol dan Kak Ju duduk minum dan rehat di cafe.
Berbual dengan robot... canggih nau orang Jepun ni. |
Bila jumpa balik, they said sepatutnya pergi situ je. Banyak gile pilihan tapi tak cukup masa nak shopping dek kerana nak berkejar balik ke hotel plak. Hahaha.. Takpelah.. dah tahu ni, boleh la datang lagi kan.
Bila dah settle semua, kami terus bergerak pulang ke hotel untuk mengambil luggage.
Last night in Tokyo... sedih! |
So, bila dah sampai hotel, kami minta tolong pihak hotel callkan cab untuk ke airport. But, mereka tried few times dan tak dapat, so the guy yang tolong callkan tu keluar ke jalan untuk dapatkan cab. Punyalah baik hati. Bila masing-masing dah settle masukkan luggage, boleh aku terus masuk dalam cab. Tak perasan langsung dia berdiri kat tepi. Sekali dia buka pintu dan tanya aku if everything is okay? Ya ampunnnn... malu kejap. Lupa gila nak ucapkan terima kasih!!! Tu la terbawak perangai villagepeople kan.. Cecepat aku cakap thanks kat dia sebab tolong dapatkan cab dan angkat luggage. Nak bagi tips pun lupa.. Haizzz... sorry la bro. Serious terlupa! Malu kat diri sendiri sat.
Anyway, dari hotel ke airport dekat je. Less than 5 minutes. So, bila sampai terus cari port supaya the geng boleh memunggah luggage untuk mengemas. Aku punya memang dah kemas siap-siap. Dan, sementara menunggu kaunter Air Asia buka dan urusan check-in, kami merayaplah di dalam ni. Saki-baki yen tu, beli la itu ini sikit. Ina sempat lagi beli mini cooker untuk travel. Kaki shopping sungguh derang ni.
Akak-akak tengah memunggah bagasi. Jangan dikacau. |
Dinner sushi lagi. Mahal hawau! |
Bye-bye Tokyo. See you again! |
Dengan itu, maka berakhirlah episod perjalanan kami selama 8 hari 7 malam di bumi Japan. Macam-macam pengalaman baru yang aku dapat semasa trip ke negara matahari terbit ni.
Dan, tahniah pada diri sendiri gak sebab berjaya menguruskan trip bersama group yang baru iaitu Kak Mid and the geng; Kak Faizah, Ina dan Kak Ju. First time, trip aku disertai oleh individu luar dari circle member-member rapat aku. Terima kasih sebab percaya pada diri ni untuk menguruskan dan membawa berjalan di sekitar Japan walaupun takde pengalaman langsung. Dan minta maaf atas segala kekurangan, tersilap jalan, terhutang here and there... kira halal dunia akhirat ya? Hehehe.
And thanks to Erol, Firr and Adit juga for the experience and memory. Sayang korang ketat-ketat!
Insyallah jika diizinkan Allah kita boleh repeat lagi di masa akan datang.
Indeed it was one of the best trip and experience in my life especially di Zao Onsen tu.
Untuk korang... thanks sebab sudi membaca tulisan aku yang merapu ni. Harap-harap some info yang aku share kat sini berguna untuk korang di masa akan datang. Selebelum tamat, aku sharekan lagi sedikit tips kat bawah ni ya.
Oh! By the way, untuk detail intinerary dan bajet secara kasar, korang boleh refer pada Part III ni ya.
Oh! By the way, untuk detail intinerary dan bajet secara kasar, korang boleh refer pada Part III ni ya.
Tips:
Walaupun baru pertama kali menjejakkan kaki di bumi matahari terbit ni, aku rasa bolehlah aku kongsi few tips berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku sepanjang berada di sini. Antaranya ialah:
- Once korang dah masuk dalam train or shinkansen ni, jagalah tatatertib. Orang Jepun ni sangat berdisiplin. Nak naik public transportation beratur, dalam train senyap, tak bercakap dengan mobile phone dalam coach.. dan segala macam kelakuan yang civilised people will do. So, kalau kita ni berperangai villagepeople, silalah buang jauh-jauh ya. Buat malu je! Hehe.
- Waktu sunrise dan sunset di Japan adalah awal. Aku perasan around 5.30 petang camtu dah nak gelap. So, plan la itinerary korang bebetul. Kot nanti spoil plak plan nak buat photography ke apa.
- If korang bawa minicooker ke apa untuk memasak, voltage di Japan adalah 100 volt. Kat Malaysia voltage kita adalah tinggi ~ 240 volt. So, if peralatan korang boleh adjust voltagenya should be okay. Otherwise, it might not work properly. Sebab one of our group member try masak nasi.. sudahnya nasi tak masak-masak sebab low voltage.
- Kalau berhajat nak menggunakan luggage locker di mana-mana station, sediakanlah coin 100 yen secukupnya. Sewa untuk satu luggage kecil ke besar adalah pada kadar 300 ke 500/600 yen sehari.
- Untuk quick snack yang mengenyangkan, grab je onigiri (nasi berbentuk segitiga) yang banyak dijual di kedai serbaneka. Makan tu pun dah cukup kenyang, mudah dan mejimatkan.
- Luggage compartment kat dalam shinkansen tak banyak. Between coaches cuma boleh masuk few je. Nak sumbat compartment belah atas seat boleh la kot... tapi kalau luggage korang berat nak mati.. sendiri mau ingatlah. Tapi macam aku punya big luggage hari tu yang beratnya hampir mencecah 30kg.. okay je nak letak.
- Bila naik escalator dengan luggage korang, make sure stay on your left side (or right side di sesetengah tempat). Jangan biarkan luggage korang menghalang laluan belah kanan (atau kiri). Umum sedia maklum, masyarakat Jepun ni pantas bergerak dan pentingkan masa. So, jangan buat perangai kampung korang berborak huha huha sampai menghalang laluan ya.
- Orang Jepun ni very well-mannered. So, tak salah kalau setiap kali selesai berurusan dengan mereka, kita ucapkan "arigato" sambil membongkokkan sedikit badan. Sekadar menghormati budaya mereka and it is a good practise for us anyway. Kan?
- Not really a tip tho... But try observe cara mereka, dari segi interaksi, komunikasi atau apa saja. You'll notice that the Japanese people ada banyak kualiti yang bagus yang tiada pada masyarakat kita. Bak kata orang, mana yang baik tu kita ikut.. yang tak elok tu buang jauh-jauh.
Itu sajalah. So, Japan... tunggu kedatangan kami lagi.. INSYALLAH!
0 Comments:
Post a Comment