Part 2 ni aku akan ceritakan aktiviti pada hari kedua dan berikutnya iaitu menaiki Mekong River Cruise dan City Tour.
Mekong River Cruise
Pakej
ni kami ambil setelah dioffer oleh sorang mamat bernama Hanafi ni
semasa lunch di Basiroh. Pakej yang dioffer ni berharga USD35.00 (lebih
kurang RM105.00) merangkumi breakfast dan lunch, aktiviti Mekong River
cruise, naik sampan kecil menyusuri canal, melawati honey-bee farm,
coconut candy di Unicorn Island (menyeberang Sungai Mekong) dan ke
Chinatown. Actually ada juga ke Hard Rock Cafe tapi kami cancel that
part sebab dah penat. Hahaha. Kalau korang berminat nak ambil pakej ni, tanyalah nombor telefon Hanafi kat makcik di Basiroh tu. Yang bestnya pakej dari Hanafi ni ialah bilangan orang yang diambil sedikit je. So satu van tu dalam 6-8 orang je la.
Mekong
River Cruise ni adalah pada hari kedua. Van tour datang ambil kami di
hotel seawal jam 8.00 pagi. Diorang dah siapkan breakfast iaitu
tuna/sardin sandwich dengan air mineral. Cukup untuk mengalas perut
sepanjang perjalanan. Perjalanan nak ke sana mengambil masa lebih kurang
sejam lebih. Sampai di terminal, kami disambut oleh tour guide kami
yang bernama Tuwet (yang bermaksud salji). So our first aktiviti kat
sini adalah menaiki bot menyeberang dan menyusuri Sungai Mekong yang
luas ni untuk ke Unicorn Island. Nak seberang lebih kurang 10-15 minit
la camtu. Apabila sampai di jeti Unicorn Island, kami ke honey bee farm
dahulu, yang ketika itu disambut oleh seorang makcik yang memegang
sekeping papan (tatau istilahnya) yang dipenuhi dengan lebah-lebah. Di
sini kami disajikan dengan air teh yang dicampur madu, royal jelly,
perahan limau nipis dan sedikit campuran bee pollen. Dan ada juga
kudap-kudapan seperti halwa halia, kerepek pisang dan lain-lain. Ini
semua produk-produk yang dijual di sini. So aku pun belilah satu pek bee
pollen yang berharga USD5.00. Jangan tidak kan..Yang lain tu semua
mahal. Haha..
Selesai
lawatan kat sini, kami pergi ke another side iaitu di perusahaan
membuat coconut candy. Antara produk yang dijual selain daripada coconut
candy ni adalah sabun yang diperbuat daripada minyak kelapa. Aku pun
beli gak candy ni sebagai buah tangan balik Malaysia nanti. Masa test rasa candy yang baru dibuat tu sedap la. Tapi balik rumah aku try satu.. ya ampun.. melekat-lekat kat gigi. Tapi layan gak. Hahaha. Anyway, kat sini pun
ada dijual hasil-hasil kraftangan, beg-beg tangan, baju dan lain-lain,
yang katanya lebih murah dari Ben Thanh. Ye ke? Aku tengok antaranya ada
gak yang lagi mahal sebenarnya. So memang aku tak membeli pun kat sini.
Tengok sahaja ya. Tapi ada this one sling bag daripada kulit lembu asli
berwarna biru suade yang dijual dengan harga USD25. Cantikkk.. Menyesal
pulak tak beli. Hahahaha..
Lepas
habis, aktiviti Sungai Mekong ni yang mengambil masa 2 jam lebih ni,
kami singgah di terminal tadi dan Scabs sempat membeli t-shirt untuk
familinya. Sakan dia nih! On the way pulang, kami dibawa singgah di
sebuah masjid untuk makan tengahari. Ini termasuk dalam pakej. Menurut
Musa (tour guide) kat area situ susah nak cari makanan halal. So that's
why kami ke sini. Sampai di masjid kami dijemput oleh imam (agaknya la)
ke meja yang telah tersedia. Aku rasa ni mungkin side-income for masjid
untuk tambah dana mereka. It's a good idea dan senang untuk pengunjung
Muslim. Menunya pula cukup meriah. Dengan nasi, sup kentang, ikan masak
sambal kicap, lauk ayam, sotong dengan sayur kubis, kerabu mempelam dan
sambal, sudah cukup buat aku menambah nasi. Sedap okayyy!!!! Selesai
makan, kami pulang ke hotel, tapi sebelum tu kami singgah ke Chinatown
(bawa our Sabahan friends yang aku mentioned tadi) untuk shopping kat
kedai kain yang kami pergi semalam. Sampai kat hotel, abang botak dah
siap menunggu dengan membawa baju-baju yang kami tempah semalam. Puas
hati!!!!
|
Sebelum balik, sempat sambar lagi |
|
Lunch kat masjid ni |
|
Tu dia lunch kami untuk hari ni |
|
That's our new friend, Ismat dengan wifenya from Sabah |
|
Kerabu mangga |
|
Ikan masak sambal kicap |
|
Sotong goreng dengan sayur-sayuran |
|
Ayam masak kunyit.. kot? |
|
Sup kentang |
|
Bergambar dengan imam (mungkin) |
|
Tengah test baju yang abang botak buat :D |
|
Repost lagi gambar baju ni... suker!!! :P |
Pada
hari ketiga pulak, kami mulakan dengan brunch di
Restoran Kampung Melayu. Tak ingat reason kenapa tak makan di Basiroh,
mungkin sebab penuh atau "pho" takde lagi. So di sini aku order Kuew
Teow Goreng.. so so la rasa dia dan mahal la juga. "Pho" pun ada jual
kat sini, tapi harganya dua kali ganda dari Basiroh ya.. iaitu 120,000
dong (lebih kurang RM18.00). Mahal kan? Tapi bila fikir balik, itulah
harga yang harus kita bayar untuk mendapatkan keselesaan, makan di dalam
bilik hawa dingin dan bebas daripada gangguan penjual-penjual jalanan
yang kadangkala merimaskan semasa kita tengah menjamu selera. So,
pilihlah mana yang anda mahu. ;)
|
Cuba jus buah dalam Ben Thanh |
|
Si penjual lidah pelat dan tebal.. tapi comel sebutannya |
|
Mata meliar tengok sana-sini.. huh.. pompuan!!! |
Ho Chi Minh City Tour
City
tour kami mulakan dengan berjalan kaki dari Ben Thanh Market
berdasarkan map yang kami dapat di hotel. Tak cover banyak tempat pun,
Just singgah at this one mall (Ben Thanh versi mall - yang harga
barangnya lebih mahal sedikit). Kat sini aku belikan baju baby untu anak
buah. Then jalan lagi menuju ke Ho Chi Minh City Museum, kemudian ke
Supreme People's Court of Vietnam, then ke Reunification Palace dan last
sekali ke Notre Dame Cathedral. By the way, hati-hati dengan penjual
air kelapa kat sini. This one guy depan City Museum tu baiklah, but yang
sorang lagi yang aku terserempak kat depan People's Court tu memang
haram. Dia suruh kita bawa kendong dia konon-konon untuk bergambar pastu
cepat-cepat kupas kelapa suruh kita beli. Jerat sangat! Dah la satu
bijik dia jual 50,000 dong! Cekik darah setan!!!! So kalau ada diorang
ni approch, cepat-cepat tolak dan buat tak tahu. Jangan terkena macam
saya ya. :(
|
Ho Chi Minh City Museum |
|
Supreme People's Court of Vietnam |
|
Reunification Palace |
|
Aksi sebelum kena pau dengan si penjual air kelapa lahanat tu.. |
|
Notre Dame Cathedral. Nak berjalan ke entrance dia pun malas |
|
Park di hadapan Notre Dame Cathedral |
|
The makciks.. hahaha |
So
selesai city tour ni kaki memang tahap barai lah.. Dengan peluh yang
mencurah-curah. So balik bilik lepak sampai malam. Dan malam kami dinner
dan cuma keluar ke pasar malam sekitar Ben Thanh Market saja. Dah macam pasar malam Malaysia. Berlambak je baju kurung, tudung dijual kat sini. Lepas beli sedikit cenderamata, balik
ke bilik aku kemas-kemas apa yang patut sebab esok malamnya dah nak balik Malaysia.
Dan
hari terakhir di Vietnam, takde apa sangat yang kami buat. Pagi tu
keluar lewat sikit sebab menunggu tailor hantar baju yang diorang tempah
lagi tu. Pastu lunch kat Basiroh, jumpa Anddie ngan Along yang baru
sampai dari KL semalam. Kecewa sebab "pho" dah habis dan ada semula jam 3
petang. Takdan menunggu, so aku just makan nasi dengan ayam goreng dan
sayur. Lepas makan balik area hotel. Sempat melepak di gerai air buah
auntie sebelum singgah di spa opposite hotel ni buat foot massage selama
sejam. Best okay! The rest pegi buat body massage. Lepas selesai
massage, balik bilik, kemas barang dan get ready untuk ke airport.
|
"Pho" dah abis.. bedal nasi je la |
|
Jumpa Anddie ngan Haris yang baru sampai semalam. Jaga-jaga, budak mulut lahar dah kat belakang tu. :P |
|
Berjalan-lesu pulang ke bilik.. cuti nak abis dah kan |
|
Pekena fruit shake auntie sebelum mengucapkan selamat tinggal.. sob sob |
|
Tu Farah ngan Rahmat punya beg yg pegi kosong dan balik beranak pinak |
|
Mak Jemah shopping tak hengat! Penuh ngan barang dia je |
Sengaja
sampai awal di airport walaupun flight kami malam. Takut la kalau-kalau
ada masalah nanti, plus dengan masing-masing (selain aku) yang dah cuak
takut luggage terlebih berat. Nasib baik la tak. Kesemua fully utilised
limit 20kg sorang tu. Dan Alhamdulillah, selamat sampai di tanahair
juga. Memang akan kembali ke Saigon mungkin bulan Jun sebelum puasa.
Shopping raya y'all!!! Hehehe.
Anyway berikut adalah kesimpulan/tips aku tentang Ho Chi Minh City:
- Cuaca -
masa kami datang ni (April 2013) memang panas. So bawalah baju
nipis-nipis sahaja. Tak payah berangan nak bawa baju ala-ala Kpop
whatsoever ya. Dan bawalah krim berpelindungan UV so that balik takdelah
kulit muka gelap macam orang itu (katanya...hehehe)
- Currency -
pendapat aku, better tukar USD kat Malaysia dan sampai di Saigon tukar
ke Dong. Lebih jimat. Ringgit Malaysia laku di sana tapi bawa not RM50
sahaja. Not 10 dan 20 laku tapi akan ditukar dengan rate yang lebih
rendah.
- Teksi - naik teksi yang bermeter sahaja contohnya VinaSun supaya tidak ditipu harga tambang.
- Bargain
- kalau ada kawan yang pandai menawar memang advantage lah contohnya
seperti kawan aku Farah ni. Aku memang tak reti la sangat. Kalau kat Ben
Thanh tu tawarlah kepada 40-50 percent dari harga yang dia letak. Kalau
agak-agak dia tak bagi, angkat kaki je.. dia akan panggil balik dan deal
the best price for you.
- Traffic - traffic kat sini memang gile. Selain penuh sesak dengan motorsikal.. korang akan confuse apakah fungsinya lampu isyarat itu. Mungkin sebagai perhiasan sahaja. Hahaha.. But jangan takut nak lintas. Macamana pun diorang akan slowkan kenderaan dan bagi kita laluan. Sehari semalam kami kat sini, skill melintas dah okay dah.. :P
|
Vinasun antara teksi bermeter yang boleh dipercayai |
p/s: Tak sempat pun nak cover Cu Chi Tunnel semua.. next time je la... shopping lagi penting. Hahaha..
5 Comments:
Walaupun muka aku berbelang dah skang, namun aku masih cun. Bleh hilangkan la semua tu. Jangan takut sangat pada matahari!
Nice post, Thanks for the information and vietnam is a awesome place.
toursvietnam | Halong Bay Trip | www.toursvietnam.com.au
En bedaknyonya..ok ke if kita nk bwk duit dlm jmlh yg byk..sy rs tgh nk memborong ni..mohon pencerahan tq
boleh.. takde masalah. tapi pandai2 la simpan lain2 tempat. jgn longgokkan semua dalam wallet. sbb i tak sure masa pegi ke masa balik, kat immigration dia check bukak beg semua. mcm my friend siap bukak wallet lagi. kena hati2 la sbb ada yg kata kadang2 derang pau kalau nampak duit banyak. so pandai2 la letak celah sana sini. hahaha
terima kasih kerana sudi baca. share mana yang termampu je. btw.. menarik pakej2nya tu. :)
Post a Comment