#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Sunday, November 24, 2013

Seoul ~ Autumn 2013

**Ini adalah post mengenai kejadian yang telah hampir 2 bulan berlalu.. hahaha**


Akhirnyaaaaa!!!!! Sampai juga hari yang ditunggu-tunggu setelah beberapa lama menahan hati dan perasaan untuk pulang ke kampung halaman.

Trip aku ke Seoul kali ni adalah selama 6 hari 5 malam yang aku plan bersempena dengan birthday aku. Apa ingat cik Scabs je leh kekwat nak celebrate birthday kat oversea? Hahaha. Memula tu plan ngan member aku yang sorang ni. Tapi last minute cancel sebab dia naik sawan tetiba kata nak pegi UK.. boleh? Dah pasrah dah pegi sorang (memang pun ikut plan asal aku nak pegi sorang je... hehe). Tapi tak disangka-sangka kawan aku Ayie nak join bersekali dengan officematenya, Ted. Then last minute plak.. Isman join. So total kami berempat lah ke Seoul.

Kali ni aku tak plan nak pegi jauh-jauh. Sekitar Seoul sahaja... dan mungkin Nami bawa Ayie. Kiranya aku nak cover tempat-tempat yang aku tak sempat cover masa trip dulu. Plus nak try mana-mana Korean food yang listed dalam halal e-book by Korean Tourism. So.. kali ni misi utama adalah makan dan shopping sahaja. Baju pun aku bawak sepasang je memandangkan sampai nanti aku terus nak ke Doota Mall di Dongdaemun untuk membeli-belah.

Okay.. aku update bila dah sampai nanti. La ni buat karangan dalam flite sebab aku bosan tak boleh nak tido. See you later! ;)

By the way, thanks to Bie sebab tolong hantar aku ke airport pepagi buta dan thanks juga kepada Eric, Syafique, Bai, Azz, Ajie, Bie, Effa, Kerol dan Sara kerana buat surprised birthday party kat Plan B, Paradigm Mall semalam. Plannya just nak lepak yamcha je. Tetiba terkeluar kek. Terharu iols!! Thanks alot and sayang korang semua. Muackkksss!!!

**********************

Day 1: Myeongdong ~ Doota Mall, Dongdaemun
Flight kami adalah pada jam 8.00 pagi. So Alhamdulillah, aku, Ayie dan Teddy selamat sampai di Incheon International Airport lebih kurang jam 2.45 waktu tempatan. Isman dah sampai dulu semalam. So dari Incheon, kami naik AREX ke Seoul Station. Dan apabila sampai di sana, Ayie dan Ted turun di Chungmuro dan aku turun di situ. Sebenarnya aku blur guesthouse aku tuh kat mana. Asalnya masa beli tiket, this person cakap kat Pacific Myeongdong. Last minit tukar ke Dream Hotel. Ah! Malaslah aku nak ingat balik. Buat sakit hati je. Anyway aku ambil cab je ke Pacific memandangkan alamat guesthouse yang dia bagi pun salah. Then sampai kat Pacific, pi kat cafe area tu, minta tolong one of the friendly staff carikan guesthouse aku. Sebenarnya dekat je ngan Pacific. So bila sampai je hotel, aku lepak jap hilangkan kepenatan sementara menunggu Isman datang untuk pergi dinner. One thing good about this Dream Hotel adalah kedudukannya yang dekat dengan Myeongdong ~ tempat paling happening nak shopping kat Seoul.

So sampai je Myeongdong, aku ngan Isman meredah lautan manusia untuk mencari this one restaurant yang listed dalam ebook Halal food in Seoul. Jumpa lah tapi aku tak sure sama ada betul restorannya tu. But kedai ni memang menawarkan semua makanan berasaskan seafood. Unlike kedai-kedai makan bersebelahan yang ada menjual daging itu. So Alhamdulillah, malam tu tercapai juga niat nak makan galchi jorim (ala-ala ikan masak asam pedas)  yang dah lama aku rindu. Selesai dinner, aku ajak Isman teman aku ke Dongdaemun untuk ke Doota Mall mencari pakaian. Thanks pada kawan aku, Firr, yang bagi info pasal ni. Memang aku tak bawa banyak baju. Just bawa 2 pasang je dan memang tujuan aku kali ni nak shopping. Tak susah mencari Doota Mall. Opposite Pyeonghwa Fashion Town. Kenapalah masa pergi dulu tak jumpa mall ni???
Ayie & I at Inchean Airport
View on the way to Seoul Station. Last time tak nampak apa sebab sampai malam
Myeongdong yang sentiasa happening!
Isman.. sumber hotspot wifi aku sebab roaming aku tak jalan
Our dinner menu. Galchi jorim, pajeon, ikan bakar and all the side dishes

Doota Mall, Dongdaemun
Maklumat lanjut tentang mall ini, klik sini.
Doota Mall beroperasi sehingga larut malam dan membolehkan pengunjungnya bershopping sehingga subuh! Memang heaven berada di sini!!! Aku excited gile. Sampai je terus naik ke tingkat 4 yang memang khas untuk golongan lelaki. Perghh! Rambang mata bila berada kat sini. Memang menarik design-design yang ada. Nasib la si Isman kena heret ngan aku mencari baju dengan seluar. Hahaha. Dari segi harga pula, actually harga kat sini agak mahal la. Range antara 20,000 - 53,000 won. Dan ada juga yang mahal lagi bergantung pada design dan material. Tapi kualiti dan design memang puas hati. Aku beli 3 helai baju, 3 helai jaket.sweater dan 3 helai seluar. Dapat free 2 tali pinggang. Tu pun beli kat kedai yang sama sebab oppa ni rajin nak melayan aku dan aku suka cara dia suai-padankan baju/seluar yang aku pilih. Menariknya di sini, kalau kita beli, kita boleh minta tax-free receipt yang mana membolehkan kita untuk mendapat tax refund di airport nanti. So dah habis terbarai kaki pusing mall ni, kami berjalan kaki balik ke hotel dengan menyusuri Cheonggyecheon Stream. Tenang je berjalan kat sini walaupun penat sebenarnya.

Doota Mall @Dongdaemun
Cheongcyecheon Stream

Day 2: Yeouido Park ~ Han River ~ Sinchon ~ Myeongdong
Pada hari kedua, plan asal adalah hendak ke Nami Island bersama Ayie dan Teddy. Maka, kami berempat terus ke Cheongnyangni Station untuk membeli tiket ITX ke Gapyeong Station. Tapi sayangnya, masa kami tiba, tiket nak ke sana dah habis. So, tukar plan.. pergi Nami pada keesokkan harinya. Bila dah beli tiket siap-siap, kami split. Ayie dengan Teddy nak ke Gyeongbokgung dan macam-macam lagilah agenda si Kpop nih! So aku ngan Isman decided untuk pergi ke Yeouido Park dan kawasan sekitar Hangang. 

Yeouido Park

Yeouido Hangang Park
Masa sampai sini, cuaca sedikit mendung dengan hujan gerimis. Actually nothing much pun ada kat sini. But maybe kalau nak lepak-lepak ambil angin melihat pemandangan Seoul dan Han River, okay lah kot. Rata-rata penduduk tempatan datang ke park ni untuk beriadah sama ada untuk jogging, naik basikal dan sebagainya. Maybe aku akan datang lagi sekali ke sini untuk naik Han River Cruise pada waktu malam. Kali ni tak berpeluang juga lagi.

Yeouido Park
Hujan renyai masa ni
Riadah @Yeouido Park
Baru masuk autum.. daun masih hijau lagi
Love this red sweater
Yeouido Hangang Park
Best lepak sini..
Next time datang wajib naik cruise tu..
Lepas puas bercam-whoring kat park ni, Isman ajak ke Floating Island. So kami naik subway untuk ke sini. Terletak kat depan Han River gak.. tapi nothing much here. So, lepas tu aku ajak Isman pergi lunch sebuah restoran di Sinchon yang menyediakan tteobokki dengan sotong goreng yang sangat menyelerakan. Info pasal restoran ni aku jumpa di sebuah blog. Puas turun naik subway, akhirnya kami sampai di area Sinchon. Pusing punya pusing, terjumpa juga restoran ni. Tapi bila dapat tahu restoran ni turut menyediakan menu daging itu, terus aku cancel... tak jadi nak makan. So bila dah cancel nak makan tteobokki tu, plan nak makan kat Gosami (pun jumpa dalam blog gak) tapi bila tengok pun ada menu itu, cancel lagi. Sudahnya kami makan je di cafe dengan lunch tuna sandwich dan egg sandwich sebelum balik ke hotel. Sampai hotel rehatkan badan sementara menunggu malam untuk pergi ke Myeongdong dan dinner di situ. Dan apabila sampai waktu dinner, kami makan lagi di restoran yang sama, tapi dengan menu yang special sikit iaitu haemultang atau seafood stew. Lebih kurang tomyam seafood dengan segala macam jenis makanan laut di dalamnya. Harga haemultang adalah 35,000 won satu hidangan (lebih kurang RM100 lebih). Tapi.. puas hati!

Our lunch selepas kecewa dengan Uncle's Tteobokki & Gosami
Myeongdong dalam hujan
Port makan di Myeongdong
Seafood menu
This is haemultang!
My fav.. KIMCHI!!!
Haemultang a.k.a seafood stew

Day 3: Nami Island ~ Myeongdong
Gloomy Gapyeong
Pada hari ketiga ni, kami berkumpul di McDonalds Myeongdong untuk breakfast sebelum ke Cheongnyangni Station untuk ke Gapyeong menuju ke Nami Island. Perjalanan dari Cheongnyangni ke Gapyeong menaiki ITX adalah selama 45 minit. Sampai di Gapyeong cuaca mendung dengan sedikit hujan. Ah! sudah. Camne nak berjalan??? Tapi Alhamdulillah nasib baik tak lebat. So seperti tahun sebelumnya, kalau kat Nami ni whatelse to do... selain daripada meronda pulau ni dengan menaiki basikal. Cuaca memang sejuk masa ni. But disebabkan kami datang sini masa awal autumn, so daun pokok-pokok kat sini masih hijau lagi. But still... pemandangan di Nami memang cantik. Selepas puas meronda pulau dan bergambar, kami lunch di satu-satunya restoran halal di Nami ni. Mula-mula berpinau juga mata nak cari, tapi rupanya terselit di celah-celah deretan kedai tu. So, aku order tuna rice, dan yang lelain tu ada yang order pajeon (lebih kurang lempeng lah). Lama juga kami lepak kat Nami. Sehari suntuk juga. Pastu pada malamnya, aku ajak Ayie dan Ted dinner di restoran seafood kat Myeongdong tu. Ajak diorang makan galchi jorim. Aku memang suka gila ngan juadah ni. So far Korean restaurant kat KL memang takde buat menu ni.

Aku & Isman
Hujan plak kat Nami kali ni
Isman, Ayie & Ted
Pottery Festival
Pottery making
Pine trees
The only Halal restaurant in Nami Island
Tuna Rice
Hasil selepas digoncang dan dikocok-kocok. :P
Kelaparan
Day 4: Insadong ~ Namdaemun
30 September ~ birthday aku!!!! Yeahhh.. maka pada hari ni genaplah usia aku 35 tahun. Hahahaha. Alhamdulillah dikurniakan Allah umur setakat ni dengan kesihatan yang baik. So pagi ni, aku dengan Isman keluar pergi ke Insadong. Aku plan nak lunch di Sanchon, sebuah restoran vegetarian yang ada dalam list halal food tu. Ayie dengan Teddy merayap ntah ke mana lah haritu. Gigih diorang nih! So, sampai kat Insadong, kami melilau mencari restoran ni. Tak susah mana pun sebenarnya nak cari. Teringat pula masa trip sebelum ni, rajin kami merayap di Insadong kerana guesthouse kami, Beeewon, terletak tak jauh dari sini.
Artwork @Insadong Station
Insadong
Anyway, bila sampai di Sachon ni, kami disambut oleh tuan punya restoran (rasanya lah..) dan membawa kami duduk. Sebagai info, restoran Sanchon ni merupakan restoran dengan masakan ala temple. Ia sebenarnya dimiliki oleh bekas monk dan makanan yang disajikan adalah 100% vegetarian dengan bahan-bahan/tumbuhan liar dari gunung. Tapi kat sini ada juga dihidangkan rice wine.. tapi janganlah pulak diteguk. Kami memilih air yang paling decent iaitu pine tea. Hehehe. Harga lunch set, harga untuks seorang adalah 33,000 won (sekitar RM100 lebih camtu). Tapi ia didatangkan dengan 4 set menu yang mana set 1 dan 2 tu memang dah buat kita kekenyangan. Menu dan presentationnya sangat unik. So kalau korang experience authentic Korean temple food, boleh try di sini. Boleh baca sini untuk lebih lanjut. Oh! By the way, thanks Isman sebab belanja aku. Birthday treat katanya. Hehehe..

Sanchon Temple Cooking - interior
Very cosy
Unique decoration
1st course ~ appetisers
2nd course ~ that ubi cicah chili paste sedap!
3rd course ~ gileeee banyak!!! sayuran dari gunung
4rd course ~ dessert
Birthday boy yang happy! Hahaha
So.. bila dah selesai makan dan kekenyangan rasa nak balik bilik tidur je aku mengheret kaki ke Namdaemun untuk mencari souvenir untuk dibawa balilk. Since Isman pun kena balik awal esok.. dia pun gigih berjalan walaupun kaki sakit bahana jalan kaki dan kekwat tak nak naik basikal masa round Nami semalam. Sebelum tu kami sempat gak menyusuri Cheonggyecheon Stream dan singgah di King Sejong's Statue. Jauh juga sebenarnya kami berjalan kaki. Menariknya kali ni, aku tak payah pening kepala nak cari direction sebab semua Isman yang usahakan. Aku ikut je.. tak yah nak pening kepala. Hehehe... So sama Namdaemun, seperti biasa la. Beli souvenir dan apa yang patut dan singgah di gerai kklutarae sorang oppa yang pandai mengajuk cakap Melayu ni. Balik hotel, pada malamnya dinner di restoran yang sama lagi, dan lepas tu tawaf Myeongdong ntah berapa ribu kali mencari baju dan souvenirs (lagikkk????).

In front of Bosingak, on the way to Namdaemun
Bosingak
Cheongcyecheon Stream
Gallery bawah jalan
Cheongcyecheon Stream
Cheongcyecheon Stream
Cheongcyecheon Stream
Cheongcyecheon Stream
King Sejong Statue
Gwanghwamun area
Namdaemun Market
Oppa si pembuat kkultarae
Day 5: Myeongdong
Hari ni pagi-pagi lagi Isman dah blah sebab flight dia pada hari ni. Sedih plak rasa. Ayie ngan Ted pun balik hari ni. So tinggallah aku sorang-sorang kat Seoul. Nothing much aku buat pada hari ni. Just pusing-pusing kat Myeongdong... lepak kat cafe, makan, minum, makan, minum je. Sebenarnya aku suka gila Myeongdong ni. Tatau la kenapa ya. Oh! Lagi satu yang buat aku lama kat sini adalah kerana mencari souvenir untuk orang tu. Macam nak patah kaki pusing... mencari mana yang sesuai. End up dapat juga yang berkenan. Hehehe. Kiranya satu hari suntuklah aku kat Myeongdong ni.. Sebelum dinner, aku sempat jumpa member Korean aku yang kebetulan berada di Myeongdong. Borak-borak ngan dia kat Coffee Bean, sebelum dia nak ke tailor hantar baju. Then, aku last dinner kat restoran seafood tu sebelum balik bilik untuk pack barang-barang yang dibeli.

Ada cultural show kat sini
I miss Myeongdong!
Day 3: Myeongdong ~ Incheon ~ LCCT
Hari ni last day kat Seoul. Aku keluar awal pagi untuk breakfast selain daripada last minute shopping. Selepas sempat sambar apa yang patut, checkout hotel dan around 10 lebih, aku ambil bas untuk ke Incheon. Kali ni tak ambil AREX pun, sebab dengan beg berat, aku tak larat nak mengheret turun naik subway. Aku ambil direct bus kat depan Skypark Hotel, Myeongdong. Harga tiket 10,000 won. So sampai Incheon Airport, lepas selesai urusan check-in, aku uruskan pula untuk untuk dapatkan tax refund. Just follow je la prosedurnya. Tak susah pun. Alhamdulillah dapat la lebih kurang 36,000 won (sekitar RM100 lebih) dan digunakan untuk shopping lagi kat duty-free. Hahahaa..

Last meronda Myeongdong sebelum balik
Tax refund at Incheon
Submit form dan dapatkan refund di situ
Ingat.. dekat gate 28!
Alhamdulillah, sampai LCCT around 10.00pm. And thanks to Bie sebab ambil aku (walaupun dia blur aku balik bila.. hahaha). Kesimpulannya, aku rasa happy gila sebab berpeluang menjejakkan kaki ke South Korea lagi dan for sure... akan datang lagi. Like I said.. I left my soul in Seoul... dan begitulah hakikatnya. 

4 Comments:

Anonymous said...

as salam ..nak tumpang tanya en BN...time awak p tu kan...daun dh kuning tak...ms bile ye waktu sesuai nak tgk daun kekuningan tu....ingat nk p bln oct nih...awal bln..

Omar Al-Attas said...

Assalam Anon,

Saya pergi penghujung Sept.. autumn baru nak start. Masa 2012 saya pergi end Mid of Oct until 20th.. tak fully yellow sangat. The best time saya rasa kalau nak pegi end of Oct and early Nov.. time tu sure dh kekuningan semuanya.

Anonymous said...

Oooo..br tringin nk pakai bju kurung pastu pekena ns impit n rendang kt bwh pokok2 yg kekuningan..kn pospon le jwpny mood ry di seoul......pe2pn tq le ek.

Omar Al-Attas said...

Hahahaha.. gigih nak beraya! Pegi lewat sikit baru best. Jgn awal2 sangat.. nanti tak berapa nak feeling autumn. :D