Baru sat ni dapat call daripada Maybank Credit Card Monitoring bagitau yang ada cubaan menggunakan credit card aku untuk purchase online game. First time dapat call tu aku tak angkat sebab biasalah aku kalau nombor tak kenal memang malas nak jawap. Then aku Google nak tahu nombor dari mana dan dapat info yang call tadi tu daripada Maybank. So bila 3rd time dia call tu aku pun jawap. Memula dia tanya aku ada buat transaction tak untuk beli from this one website. Aku cakap takde. Then dia kata ada pihak try buat transaction tapi tak berjaya sebab dah 3 kali cuba. So dia kata that's fraud dan dia akan batalkan card aku time-time tu juga. Aku macam blur-blur ayam sebab aku banyak dah dengar kisah itu dan ini, so dia kata jangan risau sebab dia takde minta detail apa bagai. And dia mintak aku call no Maybank belakang card tu dengan kadar segera.
Knowing that aku ni kekadang macam bengap gak, so aku rasa lebih selamat kalau aku pi Maybank terus. But on the way ke Maybank tu aku call la juga guna different number. Dan setelah verified everything memang dia kata card aku telah dibatalkan sebab info berkenaan card telah bocor dan ada pihak cuba nak guna. So, sebagai langkah keselamatan, Maybank telah batalkan card aku dan akan buat card replacement. Alhamdulillah... nasib baik takde apa-apa transaction berlaku. Terima kasih Maybank kerana bertindak pantas.
After had a conversation dengan kawan-kawan aku, now aku terfikir sebagai langkah keselamatan, after this aku tak akan membiarkan credit or debit card aku diberikan begitu sahaja semasa membuat pembayaran terutamanya di restoran. Aku sendiri aku ke kaunter untuk buat pembayaran sebabnya kalau dibiarkan card itu pada individu, bimbang pihak tak bertanggungjwab akan salin semua maklumat atas card berserta dengan nombor CCV di belakang card. Walaupun Visa Maybank mempunyai sistem MSOS yang memerlukan kita masukkan nombor TAC untuk meneruskan transaksi, aku rasa tak salah kalau aku lebih berjaga-jaga... kan? Haizzzz... first time kena ni. Selalu dengar cerita je.
Dan kepada penyangak yang cuba membeli online game tu, aku doakan semoga kau mampus kehangusan dengan komputer-komputer kau sekali! **Mudah-mudahan makbul doa orang yang teraniaya.. haha**
3 Comments:
salam ... me dah selamat kene paw dengan penyangak ni dihari raya korban ... tak pasal2 kad kredit kene kensel
Salam..
Ye ke? Ni memang betul2 kena korban ni. Alhamdulillah saya nasib baik tak sempat. Kena hati2 lebih pasni.
Aku dah kena ari khamis rituh!!!
Zahanammmmmm betol. 4 kali kooooo...2 berjaya. Mmg x guna btol la.
Nangessss
Post a Comment