|
Pemandangan dari cafe di Jizo Sancho Station |
Hi semua! Selamat berhujung minggu. Baru minggu ni la dapat bernafas sedikit sebab for the past few weeks sibuk kemain lagi-lagi lepas balik dari Japan hujung bulan January yang lepas. Nak update blog pun tak sempat! Anyway, walaupun sebenarnya ada kerja yang sedang menanti ni, tapi aku nak curi sedikit masa update blog pasal trip Japan hari tu. Bukan pasal keseluruhan trip tu, tapi berkenaan dengan Zao Onsen, Yamagata yang kami pergi tu. Kiranya, satu wishlist aku dah checked untuk tahun ni.
Okay.. kalau korang ada baca post aku yang lepas-lepas, aku ada brief sedikit pasal Zao Onsen. Boleh refer link ni:
So, selepas discover berkenaan dengan snow monsters tu, aku decided untuk masukkannya dalam itinerary trip Japan aku. Mula-mula risau juga, boleh ke tak nak sampai ni. Memandangkan aku memang totally zero knowledge pasal Japan, lagi-lagi la public transportation mereka. Kalau Seoul tu memang celah gigi je. Hahaha. Dan, apabila sampai masa berada di sana, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Takde la susah sangat pun. Cuma train systemnya memang ya ampun berselirat macam penampilan Dato. Vida! Hahaha.. Okay.. mari aku ceritakan sedikit pasal Zao Onsen ni.
Zao Onsen ialah salah sebuah ski resort terkenal yang terletak di kawasan pergunungan Zao, di dalam wilayah Yamagata, Japan. Ia terkenal di kalangan pelancong tempatan dan pemain ski/snowboarding. Kalau rakyat marhaen macam kita ni lebih tahu tentang Hokkaido, Sapporo, Gala Yuzawa dan lain-lain tempat yang lebih commercial. In fact, masa aku datang, muka-muka orang luar boleh dikira. Lain semua penuh dengan warga tempatan.
|
Bandar Zao |
APA YANG ADA ZAO ONSEN?
Seperti namanya "onsen" yang bermaksud hotsprings, di Zao Onsen terdapat beberapa buah kolam air panas untuk pengunjung yang datang ke sini. Selain boleh melakukan aktiviti ski dan snowboarding, di sini terdapat satu fenomena semulajadi yang dikenali sebagai "juhyo" atau snow monsters. Snow mosters ni merupakan pokok-pokok yang diselaputi salji tebal disebabkan oleh angin basah dan sejuk yang ekstrim dari Siberia. Formation juhyo ni bermula pada December, dan mencapai kemuncak bentuknya yang besar pada February dan kembali mengecil menjelang Mac. Juhyo hanya ditemui di pergunungan Zao dan beberapa tempat lain di Jepun. Ia tidak terdapat di mana-mana tempat di dunia ini.
|
"Juhyo" atau snow monsters di Zao Onsen |
|
Aliran air panas semulajadi di sekitar bandar Zao ni. |
BAGAIMANA KE ZAO ONSEN?
In my case, aku ke Yamagata dengan menaiki JR Line Shinkansen dari Tokyo Station ke Yamagata Station. JP Pass aku dah beli siap-siap melalui online semasa di Malaysia. Harga JR Pass sangat mahal (USD230 atau sekitar RM1000 lebih untuk 7 days pass). Berbaloi beli ni kalau hendak travel jauh-jauh di Japan sebab harga tiket shinkansen kalau beli secara asing adalah sangat mahal! Otherwise, korang boleh juga beli JR East pass untuk travel di kawasan East Japan menggunakan JR Line. Harga untuk 5-days pass adalah sekitar RM800 lebih. **Note: Menjelang 1 April 2016, JR East akan dibahagikan kepada 2: Tohoku area & Nagano-Niigata area. So, if nak ke Yamagata, beli Tohoku area.
Aku beli JR Pass di sini. Sangat mudah dan pantas deliverynya:
(Note: Korang takleh terus guna pass ni. Kena tukar dulu di JR kaunter untuk activatekan. Hari pertama dikira starting dari tarikh korang tukar pass ni. Bila dah dapat pass, korang boleh book siap-siap seat Shinkansen pada tarikh korang nak pergi ke mana-mana destinasi). Nantilah aku ceritakan lebih detail dalam post akan datang.
Okay, tu baru cerita bagaimana nak ke Yamagata. Jadi, untuk ke Zao Onsen pula, kita ada pilihan untuk drive menggunakan kereta sewa atau hanya menaiki shuttle bas. Menaiki bas adalah yang paling senang. Bus station terletak di bahagian luar Yamagata Station (YS). Keluar daripada entrance YS, it is on your left. Bas kalau tak silap di Platform 1. Harga tiket bas ke Zao Onsen dari YS ialah 1000 yen, sehala.
Nak lagi mudah, beli je siap-siap package yang dioffer kat situ, in case takde orang offer semasa korang menunggu bas tu. Kedainya terletak berhampiran dengan platform 1 tu. Harga pakej termasuk tiket bas dan tiket cable-car Zao Ropeway (4 section) secara return ialah 3100 yen (lebih kurang RM116.25, rate 0.0375 as per January 2016).
|
Company yang sediakan pakej ke Zao Onsen terletak kat dalam kedai tu. |
|
Jadual shuttle bus Yamagata-Zao Onsen-Yamagata |
Bila dah beli tiket tu, nanti tunjukkan saja pada driver bas semasa turun dan naik. Tiket cable-car perlu ditukar di kaunter cable-car sebelum naik.
Perjalanan dari YS ke Zao Onsen Bus Terminal mengambil masa kira-kira 40 minit. Apabila sampai di Zao Onsen Bus Terminal, korang kena berjalan kaki sekitar 10 minit untuk ke Zao Ropeway station. Di sini terdapat 2 lagi cable-car iaitu Zao Chuo Rope dan Zao Sky Cable, but di Zao Ropeway inilah korang boleh melihat juhyo atau snow monsters. Nak tahu mana satu Zao Ropeway boleh besarkan map di bawah ni:
|
Yang aku bulatkan tu ialah Zao Onsen Bus Terminal dan Zao Ropeway. Besarkan untuk lebih jelas. |
So, once korang dah tukar tiket cable-car yang sebenar kat kaunter tu, maka bolehlah terus beratur untuk menaiki Zao Ropeway tersebut. Dari station bawah ni, korang mungkin akan bersesak-sesak dengan mereka yang hendak bermain ski/snowboard. Sumbat selagi boleh. But most of them akan turun di Juhyo Kogen Station. Dan station berikutnya, Jizo Sancho Station ni lah korang boleh saksikan juhyo.
CABLE-CAR INFORMATION
Apa yang aku buat hari tu ialah berhenti di Juhyo Kogen seketika untuk bergambar dan melihat pemandangan. Memang superb pemandangan kat sini. Kena datang sendiri untuk saksikan!
|
Pemandangan di luar Juhyo Kogen Station |
Sesudah tu, kami naik ke station paling atas iaitu Jizo Sancho Station. Kali ni cable-car nya kecil sedikit dan lebih selesa. So senanglah nak menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan ni. Speechless dengan viewnya. Dengan setiap inci tanah dan pokok-pokok yang dilitupi salji tebal, semuanya putih bersih, terasa macam dalam mimpi pulak.
|
Putih bersih suci.. cantiknya! |
Jizo Sancho adalah station terakhir bagi Zao Ropeway ni. Di sini terdapat sebuah cafe dengan tingkap yang besar. So, korang boleh menikmati pemandangan snow monsters dari dalam ni sambil menikmati coffee panas (in case tak tahan sejuk kat luar tu). Suhu di sini memang sejuk gilerrrrrrrrrr. Memang takdan nak berjimba sangat kat luar tu. But if korang pakai thermal wear, boleh la tahan gak. Kiranya lebih lama daripada aku berjimba kat Yongpyong tu tanpa memakai pakaian jenis ni.
Aku pergi di penghujung January, so snow monstersnya tak besar sangat. Kalau in February, formationnya memang pada tahap maksimum... so memang besarlah korang boleh saksikan.
|
Snow monsters yang dilihat dari dalam cafe. |
|
Juhyo yang belum mencapai bentuk yang maksimum. |
|
Di luar Jizo Sancho Station |
Masa berjalan di luar kawasan juhyo ni kena berhati-hati juga sebab ada kawasan yang agak dalam yang diliputi dengan salji yang tebal. Tebal sampai ke pangkal peha! Tapi apapun memang best! Something new untuk orang-orang dari kawasan panas macam aku ni. Hehehe.
|
Winter vacation with them adalah acara tahunan yang wajib! |
Suhu sejuk di sini memang agak ekstrim. My friend told me that once dia pergi sana, windchillnya adalah serendah -25
°C!!! But masa aku pergi hari tu still boleh tahan lagi. Kalau tak, memang takdenya lah aku nak update blog ni kan? Hehehe.
|
Bila kabus tebal melanda. Sejuk dia.. toksah cakap lah! |
Sepanjang aku berada di kawasan juhyo ni, most of the time suasananya putih kelam disebabkan kabus yang tebal. Sesekali, bila kabus tu hilang dan menampakkan langit yang biru, tunggang-langganglah kami keluar dari cafe untuk mengambil gambar di luar. Tapi kebiruan langitnya bertahan few seconds je. Pastu kelam semula. Ikut nasib koranglah kalau datang sini cuacanya memang baik.
|
Bila langit cerah untuk seketika. |
Bila dah puas hati berjimba di kawasan snow monsters ni, kami menaiki cable-car turun ke Juhyo Kogen Station, station yang di tengah-tengah Zao Ropeway.
|
On the way turun ke Juhyo Kogen Station. |
Pemandangan like I mentioned earlier... memang superb!!! Rasa macam tak nak balik je. Salji dia punyalah tebal.. memang kesukaan aku sangat.
|
Can you build a snow man? Lalalalala... |
|
Berjaya! |
|
Habibat sebenar aku.. |
Ada few spots yang menarik sekitar kawasan ni, cuma aku malas nak explore. Mata dan jiwa dah terpana dek pemandangan yang memukau di sekeliling ni.
|
Loveeeeeeee this place!!! |
|
Can't get enough of this beauty! |
|
Ropeway untuk yang main ski/snowboarding. |
Dah puas kat atas ni, kami turun ke bawah, untuk try bermain ski. Peralatan ski di sini disewa dengan kadar 3100 yen seorang untuk separuh hari. Beginner katanya. Main pun kat area-area ni je. Pakcik kedai tu tak bagi naik ke atas memandangkan kami ni semua tak reti apa pun. Hahahaha.. Punah harapan nak naik ropeway untuk ski/snowboarding tu.
|
Nak pakai kasut pun hazab apatah lagi nak bermain ski. |
|
Br.. br.. bring the boys out! |
|
Gaya mesti ada walaupun skill hauk. |
Tapi memang hazab la nak main ski ni. Tobat aku tak nak try dah. Seksa!!! Dah la kasutnya berat. Kalau dah jatuh memang hazab nak bangun lagi-lagi spesis yang tebal macam aku ni. Merana kejap. Akulah yang paling cepat pulangkan peralatan tu. Tak larat nak pakai lama-lama! Hahaha.
|
Cafe sesuai untuk melepak menghilangkan lelah dan kesejukan. |
|
Derang sibuk berski.. aku pekena hot choc. Nikmat!!! |
Sebelum pulang, kami singgah di kedai membeli souvernir di Zao ni. Hampir lima jam kami di sini. Dari matahari tegak sampailah matahari terbenam. Actually korang juga boleh ski pada waktu malam atau melihat illuminated juhyo. Illuminated juhyo boleh disaksikan pada tahun baru, setiap weekend pada bulan January dan setiap malam sepanjang February. Tapi korang kena check what time last cable-car dan bas semua tu dulu ya.
Banyak lagi aktiviti boleh dilakukan di Zao Onsen ni. Cumanya aku tak sempat nak explore sangat. Next time kalau datang, aku plan nak bermalam di sini, try onsen/kolam air panasnya. Kena cari yang private la sebab kalau public onsen kena berbogel. Matilanakkkk!!! Hahahaha. And then nak try pusing-pusing bandar Zao yang comel ni. Lake semua aku tak dan nak visit.
|
Zao Onsen with them. Unforgetable experience! |
Apapun, aku cukup berpuas hati dapat menjejakkan kaki di Zao Onsen ni. New place new experience kata orang. Memang cantik tempat ni dan Insyallah ada rezeki aku akan ke sini.. dan stay lama sikit.
Walaupun baru first time pergi, aku just nak share sedikit tips iaitu bertolak awal. If korang dari Yamagata City, better bergerak awal/ambil
bas awal. Sebabnya cuaca di Jepun ni gelap cepat. Kalau korang bergerak
lambat or tengahari baru nak gerak, memang sekejap je la dapat enjoy kat
atas tu.
So... Zao Onsen, see you next year, Insyallah!
0 Comments:
Post a Comment