#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Saturday, February 20, 2016

Japan Winter 2016 Part I

Nijo Castle, Kyoto.
Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera.

Akhirnya, dapat juga aku luangkan masa untuk update berkenaan Japan trip aku pada bulan January yang lalu. 

First of all, trip ini memang aku dah rancang awal (seperti trip-trip sebelumnya) iaitu pada awal 2015 semasa aku bercuti di South Korea. Kiranya setahun awal punya perancangan. Selain menyiapkan itinerary, gigih la aku Google train route and budget segala bagai. Bila melihatkan train systemnya aku rasa cuak sebab gile serabut semacam. Banyak sangat linenya... berbanding dengan South Korea yang aku rasa cukup mudah. Tapi Alhamdulillah, bila sampai sana, semuanya berjalan lancar.

Dan winter trip aku kali ini bukan hanya aku, Erol dan Firr sahaja, tapi turut disertai oleh Kak Midah and the geng iaitu Ina, Kak Ju dan Kak Faizah. Ceritanya, masa aku pergi Italy dengan Kak Midah, aku ada bercerita tentang plan aku nak ke Japan. Told her about Yamagata. So, bila dia dah nampak view snow monsters di Zao Onsen tu, terus dia bagitau nak join. Sebab sebelum ni tak pernah dengar pasal Yamagata. So, few months sebelum trip ketiga-tiga geng Kak Midah tu dah bagi confirmation. Makanya tugas akulah untuk tolong book hotel dan belikan JR Pass semua. Mula-mula bila difirkirkan balik, aku cuak bila ada other group nak join sebabnya this is my first time ke Japan. Tak tahu mana hala tuju. Takut sesat barat bagai. Kalau aku bertiga dengan Erol dan Firr tu takde masalah. But Alhamdulillah, sepanjang trip, mereka cukup sporting dengan "anak-anak muda" ni, faham kalau tersasar sedikit perjalanannya adatlah kan.. first time dan tiada komplen. Kiranya derang tabah je ikut ke mana kami pergi. Hahahaha.

Itinerary, JR Rail Pass, & hotel.. semua checked!
Anyway, untuk pengetahuan korang, trip aku di Japan ni merangkumi Tokyo - Yamagata - Kyoto - Odawara - Tokyo semula.

Okay, mari aku ceritakan serba sedikit persediaan dan pengalaman aku di Japan selama 8 hari 7 malam ni. 

Persediaan Itinerary
Itinerary aku buat selepas refer beberapa blog mengenai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Japan. Since aku nak sangat ke Yamagata, so aku masukkan dalam itinerary pada hari ketiga dan keempat. Susah nak jumpa blog tempatan yang include Yamagata dalam trip mereka. So, secara kasarnya trip yang aku rancang adalah seperti berikut:

23/01/2016 - 25/01/2016 (2 malam)
Kuala Lumpur - Tokyo

25/01/2016 - 27/01/2016 (2 malam)
Tokyo - Yamagata

27/01/2016 - 29/01/2016 (2 malam)
Yamagata - Kyoto

29/01/2016 - 30/01/2016 (1 malam)
Kyoto - Odawara - Tokyo

Asalnya flight ke Japan turun di Narita. But then, starting Ogos 2015 hari tu Air Asia dah reroute semua flight ke Japan turun di Haneda. Maka, terpaksalah aku book dan cancel hotel yang berkenaan pada first and the last day tu. Dan timing flightnya juga telah berubah. And again, aku kena adjust itinerary sedia ada, Jika previously flight ke Narita akan sampai pagi.. but this one turun di Haneda sampai sekitar jam 10.30 malam. Makanya, itinerary untuk first day terpaksa dibawa ke last day sebab flight balik adalah pada jam 11.00 malam. So, siangnya banyak masa untuk berjalan.

Kalau ikutkan bila dah beli JR Pass 7-days tu ko boleh travel merata Japan unlimited dengan JR Line. Tapi aku decide untuk pergi 3 tempat sahaja. At least satu tempat stay 2 malam. Yang tu pun banyak tempat tak sempat cover especially in Tokyo and Kyoto. Aku takleh bayangkan kalau aku decide untuk pergi banyak tempat sepanjang berada di sana. Mesti semput terkejar-kejar. So, this one aku rasa just nice lah. Maybe next time boleh tambah sehari dua lagi untuk setiap destinasi. 

Untuk itinerary dan budget lebih detail boleh refer post aku kat sini:
http://www.omaralattas.com/2016/02/japan-winter-2016-part-iii.html

Flight Ticket
Flight ticket aku beli semasa sale Air Asia berharga lebih kurang RM800 lebih, termasuk insurance dan baggage. Insurance dan baggage aku tambah kemudian, a month sebelum bertolak. Yang penting, secure flight ticket dulu.

Hotel Booking
Kesemua hotel booking aku gunakan Agoda.com. Senang. Book je dulu dan bayar kemudian. In fact some of the booking ko boleh cancel beberapa hari sebelum tarikh check-in. But kena tengok T&C mereka dulu. 

APA Hotel, Yamagata.
Hotel-hotel yang aku booking adalah:

Aku pilih hotel ni sebab katanya berdekatan dengan Shibuya. But, dari Ebisu Station pun, korang kena berjalan lebih kurang 15 minit. Untuk first day dengan luggage bagai memang leceh sikit lah. Tapi the good thing about this hotel ialah staffnya bagus, friendly dan membantu, tambah pulak kami sampai lewat malam almost at 12 am. Bilik hotelnya selesa, kemudahan semua okay dan harga berpatutan. But, kalau korang sampai lewat malam, might as well rehat sekejap kat airport dan keesokkan harinya baru check-in hotel. Atau, kalau nak gak check-in hotel, MyStays Hotel Haneda antara pilihan terbaik sebab kedudukannya sangat dekat dengan Haneda Airport. Kami stay sini semasa last day sebelum balik.

Antara pilihan yang bagus. Lokasi hotelnya dekat dengan Yamagata Station. Less than 10 minutes walk. Biliknya selesa. Since terletak di main road, kedai serbaneka, restoran dan shopping mall terletak sangat berdekatan. Harga bilik yang aku book temasuk breakfast.. and oh that croissant.. sedapnya dimakan dengan jem dan butter!!!!

Lokasi memang terbaik! Terletak di hadapan Kyoto Station. Di kelilingi dengan pusat komersil. So nak shopping atau membeli barang makanan memang senang. Bilik dibook sekali dengan breakfast. Pilihan menu breakfast memang menarik dan yang penting.. sedap!

Lokasi juga terbaik. Less than 5 minutes ke airport dengan menaiki teksi. Sesuai kalau nak stay masa last day or semasa sampai. On the last day tu, selepas check-out, kami tinggal luggage kat situ sebelum pergi ke Tokyo untuk last minute shopping. Then selesai shopping, singgah hotel, ambil luggage terus pergi ke airport.

JR Rail Pass
JR Pass adalah pass untuk transportation di Japan yang menggunakan JR Line. Ia merangkumi train, shinkansen (bullet train) dan bas. Harga JR Pass sangat mahal but ia sangat berbaloi untuk dibeli kalau kita nak travel di Japan ke destinasi yang jauh-jauh. If korang just nak ke Tokyo je, memang tak worth untuk beli pass ni. Harga JR Pass yang aku beli adalah USD230 (lebih kurang RM1000 lebih untuk 7-days pass). Terdapat juga pass untuk 14 dan 21 hari. Selain dari JR Pass, ada juga pass dijual mengikut region antaranya JR East, JR West, JR Kansai dan lain-lain. Pass jenis ini limit kepada region berkenaan sahaja. 

Aku beli JR Pass kerana selain ke Yamagata, aku juga akan ke Kyoto yang terletak di region yang berbeza. So memang berbaloilah. Kalau korang nak beli tiket shinkansen secara asing memang mahal gile. In fact kalau dikira, harga return shinkansen ke Yamagata kalau dibeli secara asing mencecah hampir RM800! So, dengan JR Pass ni, ko boleh travel di Japan menggunakan JR Line secara unlimited dalam jangkamasa yang korang purchase sama ada 7, 14 atau 21 hari.

One of the shinkansen. Awesome kan?
Dan untuk pengetahuan korang, JR Pass ini tidak boleh dibeli di dalam Japan. Ia hanya dijual di luar Japan khas untuk pelancong dan beberapa kumpulan yang telah ditetapkan. Ada kriterianya. Cuma JR Region Pass sahaja yang boleh dibeli di dalam Japan. Untuk membeli JR Pass, korang boleh gunakan laman web ni:


Mudah dan pantas sekali perkhidmatannya. Aku beli pass ni, within 3 days dah sampai guna kurier. Kalau tak nak beli online, boleh beli di beberapa tempat di KL antaranya Isetan KLCC, Imbi Plaza dan some other places. Kena Google lah. But aku rasa harganya mungkin mahal sedikit kot sebab beli dengan agen kan.

Anyway, once korang dah dapat pass ni, perlu diingat... tak boleh digunakan terus sebab yang ada pada korang tu hanyalah pass sementara. What you need to do is pergi ke kaunter JR Office dan tukarkan pass sementara tersebut kepada pass sebenar.


JR Rail Pass sebenar yang telah ditukar,
JR kaunter banyak terdapat di mana-mana main station. Boleh refer pada info di bahagian belakang slip pass sementara tu. Like me, aku tukar di Shibuya Station since aku dari hotel Flexstay Inn tu. Station terdekat. Masa nak tukar korang perlu tunjukkan passport. Pass tersebut tidak boleh dipindah milik. Once dah tukar pass, decidelah tarikh bila nak start guna. tempoh 7, 14 atau 21 hari tu dikira bermula pada tarikh kita gunakan pass berkenaan.

Boleh tukar pass sementara tu di sini. This one di Shibuya Station.
So, bila korang dah dapatkan JR Pass yang sebenar, korang bolehlah book tiket dan reserve seat untuk shinkansen (bullet train). Ia boleh dilakukan di JR Ticket Office (Midori-no-madoguchi). Kalau tak tau, refer logo seperti dalam gambar di bawah atau ringankan mulut untuk bertanya. The Japanese... they are very friendly and willing to help especially orang luar macam kita ni. Reserve seat adalah free untuk pemegang JR Pass. So nak memudahkan perjalanan, better korang reserve seat siap-siap.

Book dan reserve tiket shinkansen di JR Ticket Office (Midori-no-madoguchi).
Dan dengan JP Pass ni, korang boleh menggunakan semua perkhidmatan train/shinkansen/bas JR Line. Tapi ada certain limitation dan ada line yang tak boleh guna. So, silalah refer T&C di bawah ni:


So, kesimpulannya, kalau nak travel ke Japan ni, silalah beli JR Pass ni sebab ia lebih jimat dan mudah.

Transportation
Okay, enough about JR Pass. Japan mempunyai sistem pengangkutan yang sangat efisien. Tapi kalau tengok pada transportation mapnya memang boleh pitam. Berselirat ya ampun! Tapi jangan risau, kalau aku yang first timer ni pun boleh survive, korang pun sure boleh. Tak susah mana pun. Yang penting gunakanlah applikasi Google Map dalam phone korang tu untuk tahu macamana route korang dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Applikasi ni sangat precise dari segi time dan trainnya. Kagum aku! Juga diberitahu berapa jumlah tambang yang perlu dibayar. Since korang dah ada JR Pass, cubalah semaksimum mungkin menggunakan JR Line sebab tak perlu bayar apa-apa. But kadang ternaik juga train selain JR Line, so sediakanlah wang secukupnya.

Tokyo Station yang senantiasa sibuk.
Aku diberitahu, kita juga boleh beli Tokyo 3-days pass untuk menaiki mana-mana pengangkutan di Tokyo ni. Aku tak beli pun. But korang boleh try usha link ni:


And kalau rasa macam tak tahu nak ke mana arah, nak naik train mana satu, silalah bertanya dengan station officer. Mereka sedia membantu.

Internet dan Mobile Data
Aku just roaming je guna Celcom Daily Roaming at RM38/per day. Kena pilih providernya iaitu Softbank. Jangan silap pilih yang lain plak. Mahu mencanak bill korang nanti. Korang boleh juga boleh sewa data dongles kat sana. Katanya lebih jimat dan boleh dikongsi beberapa orang. Boleh try usha this link:


Makanan dan minuman
Sekarang, mari aku ceritakan persediaan makanan sebelum bertolak ke sana. Kos sara hidup di Japan adalah antara yang tertinggi di dunia. So, bila kita bercerita pasal Japan. selalu kita terdengar yang orang kata makanan kat Japan ni mahal. Memang ada juga kebenarannya. In some way aku rasa makanan di South Korea sedikit lebih murah. But bila dilihat balik, aku rasa cam standard je la. Maybe sebab aku tak makan kat restoran Japan yang menyediakan sushi dari fresh salmon yang baru dipotong. But so far, set sushi yang aku beli sekitar 700-800 yen (dalam RM30 lebih camtu). Standard la kot kan? But one thing yang aku realised, makanan or minuman di kedai serbaneka di sini rata-rata bermula dari 100 yen lebih (lebih kurang RM4.00 lebih).

Dan untuk trip aku ke Japan ni pun, aku dah siapkan stok makanan untuk dibawa. A friend of mine bagitau kalau nak beli makanan segera yang murah boleh beli di kilang Dewina Food di Bangi, Selangor. Refer link ni:


Kilang Dewina Food Industries di Bandar Baru Bangi.
Dewina Food adalah pengeluar produk makanan berjenama Brahim's. Siapa tak kena abang Brahim ni kan? Ini adalah pengalaman pertama aku beli produk Brahim's semata-mata untuk gi travel ni. Dan you know what... harga di kilang Brahim's ni jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan yang dijual di leading supermarket. Contohnya produk ready-to-eat seperti kari ayam dan lain-lain tu kalau di supermarket dijual dengan harga RM7.00... harga di kilang ni adalah RM4.95 sepaket. Murah kan? Apa lagi kalau korang beli dalam kuantiti yang banyak. Memang menjimatkan!

Aku beli yang dalam pek merah tu sahaja. Sekotak RM4.95 without GST.
So, aku memang beli beberapa paket lauk segera ni untuk bekalan sepanjang berada di Japan. Ada pelbagai pilihan antaranya kari ayam, kari daging, rendang ayam, rendang daging, daging masak kurma dan juga ayam masak merah. Nak makan pun senang. Kalau rajin, rendamlah dalam air panas untuk panaskan lauk tu. Kalau tak, buka je dan boleh terus dimakan. Aku makan lauk-pauk ni bersama nasi segera yang banyak dijual di kedai serbaneka di merata Japan. Harga nasi pun lebih kurang 130 yen satu paket. Nak lagi best, bagi yang hantu pedas tu, bawalah serbuk cili Siam yang boleh dibeli di mana-mana supermarket kat Malaysia ni. Hat yang aku beli tu.. gila punya pedas. Tapi memang nikmat bila dimakan. Hahaha.


Nasi segera (dalam pek tu) dengan lauk Brahim's dan serbuk cili Siam pedas membunuh.
Normally aku makan nasi dengan lauk ni time dinner or lunch (itu pun bila terlalu lapar). In fact, ada beberapa paket lauk-pauk ni yang aku bawak balik semula sebab tak habis digunakan. You know why? Sebab aku selalu grab onigiri, nasi berbentuk segitiga yang dibungkus bersama seaweed dan berintikan salmon, tuna atau telur ikan. Makan ni pun dah cukup mengenyangkan. Aku selalu beli 2 bungkus onigiri untuk bekalan semasa berjalan di siang hari. Sudah mencukupi.

Onigiri inti tuna/salmon ~ makan ni dah cukup mengenyangkan.
Di Tokyo terdapat beberapa kedai makanan halal antaranya di Asakusa dan Roppongi. Kalau di Asakusa tu banyak kedai-kedai makanan halal. Boleh refer gambar di bawah:


Dan di Roppongi pula, ada few kedai makanan Turki yang menyediakan hidangan nasi dan kebab. Roppongi terletak di kawasan yang berhampiran dengan Tokyo Tower dan Hard Rock Cafe.

Walau bagaimanapun, one thing yang aku nampak, di Tokyo budaya coffee house/cafe kurang berbanding dengan Seoul. Kalau kat Seoul memang bersepah-sepah coffeeshop. Kat sini susah nak nampak. Kalau ada pun setakat Starbucks and beberapa kedai kecil yang lain. Tapi yang paling nyata, aku rasa masyarakat di sini lebih kepada budaya meminum teh. Kat vending machine atau di kedai serbaneka, pilihan tehnya sikit punya banyak dan sedap pulak tu.

Vending machine bersepah-sepah kat Japan. Dari minuman, makanan dan macam-macam lagi,
Image source: https://dreamgolive.files.wordpress.com/2013/04/img_3715.jpg
Apapun, bagi aku, tak susah mana nak makan kat Japan ni. Asalkan korang tak cerewet dan boleh adapt tekak mengikut citarasa tempatan, Insyallah takkan mati kebuluran. But kalau korang jenis tekak kg.com yang nak kena ada sambal belacan, ikan kering, ikan bilis bagai, betterlah bawa bekalan siap-siap. Takut kalau tak bawa korang boleh merana masa nak makan. Hahaha..

Okay, mukaddimah persediaan ke Japan dah settle. Sekarang aku akan ceritakan pasal trip dan pengalaman aku bercuti ke negara matahari terbit ni. Selamat membaca!

Day 1: Kuala Lumpur - Haneda, Tokyo

First of all, thanks to Bai sebab seperti biasa sudi menghantar kami bertiga ke airport. And since flight kami telah ditunda waktu dan lokasinya dari Narita ke Haneda, maka kami bertolak dari KLIA2 pada jam 2.40 petang dan sampai di Haneda sekitar jam 10.30 malam waktu tempatan. Lebih 7 jam perjalanannya. 


Thanks Bai hantar kami ke airport.
Alhamdulillah cuacanya bagus dan perjalanan smooth. Selesai urusan imigresen, kami bergegas ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan cara untuk ke hotel. Perlu diingat di sini, aku memang totally blur about Japan kan. Dan Alhamdulillah, staff di sana sangat membantu dan kami memang punya masa yang betul-betul ngam untuk ke hotel memandangkan train akhir adalah pada jam 11.30 malam. Time kami dia kaunter tu adalah pada jam 11.15 malam. Kira-kira kami cuma ada 15 minit je untuk membeli tiket dan ke platform. Syukur semuanya berjalan lancar.


On the way ke hotel dari Haneda Airport.
Dengan menggunakan Keikyu Line dan Hibiya Line, akhirnya kami sampai di Ebisu Station kurang 15 minit jam 12 malam. Dari station tersebut, berdasarkan Google Map dan bantuan seorang rakyat tempatan (yang pernah bekerja di Malaysia dan cakap 2-3 baris ayat Melayu.. haha) akhirnya kami sampai di hotel penginapan kami untuk malam tu setelah hampir 15  minit berjalan kaki. Nasib baiklah cuaca sejuk, so tak terasa sangatlah kepenatannya. Sampai di hotel, pintu memang telah dikunci. So, just follow instruction yang diletakkan di pintu, dial intercom dan seorang pekerja night shift membantu urusan check-in kami. Dapat masuk je bilik... terus blackout. Penat hawau! So, itinerary yang dirancang untuk hari ni ditunda keesokkan harinya. Yang penting.. tido dulu!

Day 2: Tokyo: Shibuya, Harujuku, Shinjuku & Roppongi (Tokyo Tower & Hard Rock Cafe)

Shibuya, Tokyo.
Pada hari kedua ni, setelah puas tido semalaman, kami keluar dari hotel sekitar jam 9.00 pagi. Bila berjalan kaki ke Ebisu Station rasanya takde la jauh mana. Mungkin sebab semalam tu tak tahu ke mana arah dan dengan luggage bagai, tu yang buat rasa cam jauh. Walhal dekat je. 


Map tak tinggal. Tour guide katanya.. hahaha.
Anyway, pada pagi ni, tempat pertama yang dituju ialah Shibuya Station. Selain untuk melihat Shibuya Crossing yang famous tu, kami ke sini adalah untuk menukar JP Pass kami. So bila sampai Shibuya Station tu, tengok signage kat mana JR Office. Bila blur tanya officer kat station tu dan dia tunjukkan arah. So, sampai kat kaunter, aku uruskan proses menukar pass sementara ke JR Pass yang sebenar untuk group aku ni. Tak lama prosesnya. Cuma perlu tunjukkan passport dan bagitau bila nak start guna pass ni. So, kami start guna pada hari ni iaitu 24 January dan akan berakhir selama 7 hari iaitu 30 January. Kira ngam-ngam tarikh kami berada di Japan.

Tukar JR Pass di sini. This one at Shibuya Station.
Selesai urusan penukaran pass, aku pergi pula ke Midori-no-Madoguchi (JR Ticket Office) untuk book shinkansen tiket dan reserve seat untuk ke Yamagata dan ke Kyoto. Senang je prosesnya. Just bagitau date bila dan ke mana destinasi yang nak dituju. Pilih waktu yang korang prefer dan settle! But sebelum keluar, double-check tiket yang korang dapat. Make sure date dan timing sama seperti yang korang nak. Time aku buat ni, staffnya tersilap letak tarikh aku ke Kyoto. Nasib baik check dulu. So, dia minta maaf dan print semula tiket kami.


Shibuya
Bila dah settle urusan booking train semua tu, kami berjalan kaki dari Shibuya Station ni menuju ke Shibuya Crossing. Dekat je. But masa berjalan tu, aku teringat kisah Hachiko, anjing yang setia dengan tuannya. Terus mata tercari-cari mana statue Hachiko. Statuenya terletak di hadapan Shibuya Crosssing ni. Ramainya lahhhh yang nak bergambar dengan Hachiko. Kak Midah and the gang clueless about Hachiko ni. So, aku ceritakan serba-sedikit kisah anjing yang setia ni.

Statue Hachiko berdekatan dengan Shibuya Station.
For those yang tak tahu lagi, Hachiko ialah seekor anjing jenis Akita yang dibela oleh Professor Hidesaburo Euno, seorang professor dari University of Tokyo. Hachiko yang lahir pada tahun 1923 ni selalu menemani tuannya setiap kali hendak menaiki train di Shibuya Station. Dan pada tahun 1925, itu adalah kali terakhir dia melihat dan menghantar tuannya di station sebab tuannya meninggal dunia dan tidak kembali ke station tersebut. Hachiko tanpa berputus asa tetap menunggu tuannya di situ setiap hari selama lebih 9 tahun sehingga ia ditemui mati pada 8 Mac 1935. Dan ditapak dia menunggu ni lah didirikan statue Hachiko ni. Begitulah anak-anak kisah anjing yang setia ni. Kalau kita yang manusia ni hidup tak reti setia, lebih hina rasanya daripada seekor hanjeng... gituuu...

Hachiko yang sebenar ketika menunggu Prof. Euno di luar Shibuya Station.
So, bila dah habis melawat Hachiko dan membaca tahlil, kami pergi bergambar sambil menyaksikan pemandangan Shibuya Crossing yang terkenal tu. Mungkin masa tu bukan peak time.. so takde lah busy sangat. Endup kami dok melepak kat Starbucks di hadapan crossing, pekena coffee sambil merakamkan adegan manusia melintas jalan kat situ. Takdelah dramatic hasilnya pun sebab tak ramai sangat orang. Mungkin kalau datang malam suasananya sedikit berbeza. 

Shibuya Crossing diambil dari Starbucks.
Harajuku
Selepas melawat Shibuya, kami meneruskan plan hari ni iaitu pergi ke Harajuku. Harajuku adalah antara kawasan komersil yang terkenal di Japan. Harajuku juga terkenal sebagai pusat fesyen untuk golongan muda di kotaraya Tokyo ni. Di sini terdapat sebatang jalan yang digelar Takeshita Street, yang dibanjiri dengan anak-anak muda dengan style mereka tersendiri.

Okay sebelum tu, apabila kami sampai di Harajuku Station, tempat pertama yang dituju ialah Meiji Jingu. Letaknya berhampiran dengan station ni. Memula ingatkan nak pegi Yoyogi Park.. tapi dah terbabas masuk ke Meiji Jingu. Belasah je lah kan.

Memasuk kawasan Meiji Jingu.
Meiji Jingu adalah merupakan Shinto Shrine yang dibina khas untuk Emperor Meiji dan permaisurinya, Empress Shoken. Kompleks shrine ni terletak dalam kawasan hutan/taman seluas 70 hektar. Pemandangan di sini memang sangat cantik dan redup. Hijau je.. saujana mata memandang. 

Entrance Meiji Jingu
Redup sungguh kawasan ni.
Terdapat beberapa spot menarik di dalam kompleks shrine ni. Kami cuma keluar masuk je. Tak masuk pun dalam shrine tersebut sebab ramai sangat orang. Aku just ambil gambar di luar je.

Menariknya, semua warga tempatan yang masuk ke kompleks ni, bila melalui pintu gerbang, akan membongkokkan sedikit kepala dan badan mereka sebagai tanda hormat.


Sebelum masuk shrine kena ambil wudhu' kaedahnya. Agaknya la kot. 


Barrels of sake wrapped in straw.
Selesai melawat kawasan ni, kami singgah di souvenirs shop untuk membeli ole-ole yang menarik. Aku just beli sepaket green tea je sebab tertarik dek rasanya yang unik. Tasted like green tea but di hujung-hujungnya ada seakan rasa seaweed. Katanya teh ni dari sejenis rumput dan baik untuk kesihatan. Aku bila dengar bab baik untuk kesihatan memang akan beli lah. Hahaha.

Ni la dia green tea yang aku cakap tu. Sedap rasa dia.
After Meiji Shrine, ingatkan nak ke Yoyogi Park yang terletak di sebelah ni but then cancelkan je. Kami memilih untuk pergi pusing-pusing di Harajuku. We spend like few hours merambu di area ni. Takde nak shopping apa sangat. Tengok baju-baju Gap pun designnya biasa je. Tapi harganya agak murah la berbanding dengan KL. 

Di hadapan Harajuku Station.
Then kami menuju ke Takeshita Street. Jalan ni punyalah sesak! Berhimpit-himpit nak berjalan. Jalan ni mengingatkan aku pada Myeongdong dan Hongdae di Seoul. Kedai pakaian memang banyak tapi takde design yang berkenan di hati. Semuanya design yang "muda-muda". Kalau aku pakai sah-sah orang cop tua nak mati tak sedar diri. Lupakanlah. Hahahaha.

Lautan manusia di Takeshita Street, Harajuku.
Dan yang uniknya kat sini banyak terdapat cafe dan kedai costume yang bagi aku cam pelik sikit. Dan kalau korang datang sini pada hari Ahad, korang boleh saksikan anak-anak muda di sini mempamerkan cosplay atau memakai costume yang pelik-pelik sebagai symbol of expression. Tapi masa aku datang ni, tak nampak sangat yang pakai costume. Cuma beberapa kerat je. Macam-macam Japanese ni... But, aku terbaca somewhere kat web yang mengatakan budaya cosplay ni dah semakin berkurangan. Tak seperti 10 years back yang mana bersepah teenagers mengenakan costume sebegini pada hari minggu. Anyway, tak sempat pun nak merasa crepe yang katanya famous di sini. Next time lah.

Berani nak keluar pakai costume camni?
Dah penat jadi manusia barangkali...
Shinjuku
Habis bersesak-sesak di Harajuku, kami pergi ke Shinjuku pula. Shinjuku juga terkenal sebagai salah sebuah kawasan komersil utama di Tokyo. Kami tiba di sini dah lewat petang. Perut pun tengah lapar dan cuaca pula sejuk. So, since kami semua dah split sebab masing-masing ada agenda shopping tersendiri, aku dan Erol isi perut dulu di Starbucks kat sini. Pekena donut dengan hot choc.. memanglah layan. Selesai makan, kami masuk ke GU atau Uniqlo Japan untuk membeli apa yang menarik. Sayangnya memang takde yang menarik. Sama je bajunya. Bosan plak rasa. So memang tak beli apalah. Then kami pusing-pusing area sini, usha few shops and that's it. Nothing much to shop and mungkin tak kena dengan preference aku.

Pusing-pusing Shinjuku.
Sedappp tapi kat Malaysia rasanya takde menu yang tu. White choc apa ntah namanya.
Meronda area ni sampai matahari terbenam. Takde apapun yang menarik hati aku kat sini.
Roppongi
So, around 7.00 pm like that kami berkumpul semula di Shinjuku Station untuk ke last destination untuk harini iaitu Roppongi untuk pergi melihat Tokyo Tower. So, sampai di Tokyo Tower ni sekitar jam 8.00 malam. Area Roppongi ni sunyi sepi. Bila difikirkan, mungkin sebab kawasan ni adalah kawasan government offices.. so that's why bila malam tak meriah langsung. Boleh dibilang dengan jari yang berjalan di kawasan ni selain daripada kami berenam,

Tolyo Tower di siang hari. Image source: https://i.ytimg.com/vi/WRgj-fDYmEY/maxresdefault.jpg
By the way, Tokyo Tower ialah sebuah menara komunikasi dan tinjau terletak di Shiba-koen, daerah Minato, Tokyo. Berdiri megah pada ketingginan 332.9 meter, ia merupakan struktur kedua tertinggi di Japan. Rekabentuknya persis Menara Eiffel di Paris.

Di kaki Tokyo Tower
Sampai di Tokyo Tower, lepas snap few pics sebagai kenangan aku decide untuk terus balik hotel je. But teringatkan Kak Faizah ada mention nak singgah Hard Rock Cafe, so memandangkan dah berada di kawasan Minato ni, baiklah singgah terus. Takut nanti tak sempat. Selepas meng-Google Map, maka kami pun berjalan perlahan-lahan menuju ke HRC. Sampai juga akhirnya dan sakan juga mereka bershopping. HRC memang tak pernah ada dalam list aku setiap kali travel, so aku just tunggu mereka sambil meninjau-ninjau tempat untuk dinner. 


Hard Rock Cafe di Minato.
Actually kalau korang datang siang, boleh pergi ke Tokyo Metropolitan Government Building. Di sini ada viewing deck open to public. Boleh meninjau keseluruhan kotaraya Tokyo dari atas ni. Kami takdan pergi, but Firr sempat singgah di sini masa kami pergi ke Kyoto.

Selesai mereka bershopping sakan, aku ajak mereka dinner di sebuah restoran Turki berhampiran dengan HRC tu. Lapaq betul rasanya. Some of them had kebab dan rice, dan aku memilih untuk makan nasi. Erol plak bantai kebab ayam. Sebelum balik, kami siap tapau lagi nasi kosong untuk makan masa breakfast keesokkan harinya.

Deniz urkish Restaurant berhampiran dengan HRC Minato.
So, bila dah habis dinner, kami ambil train untuk pulang ke hotel. Mengikut Google Map, station terdekat adalah Hiro-O Station. So, aku pun naik la train ke sana. Tapi bila dah turun station Google Map buat gile.. maka berpusing-pusing lah mencari hotel. Dekat je sebenarnya tapi bila map dah sewel, ko pun jadi sewel. Nasib baik sampai hotel gak. Kesian hakak-hakak yang mengikut aku tu. Takpe.. anggaplah kita tengah beriadah ya. Hahaha.

Jadinya, seperti biasa.. sampai hotel.. mandi dan kemas barang sikit, then terus tido. Esok pagi-pagi dah nak kena gerak ke Tokyo Station untuk ke Yamagata. So... see you Yamagata!

Day 3: Tokyo - Yamagata City

Hari ni kami check-out sekitar 9.30 pagi kat Flexstay Inn sebab hendak ke Tokyo Station. Dari hotel kami ambil cab sahaja. 3 orang satu cab dengan fare kurang 800 lebih yen. Lebih kurang RM30 satu teksi kira okaylah daripada hazab nak menarik luggage dan berjalan kaki ke station kan.

On the way to Tokyo Station.
So, sampai Tokyo Station, kami terus cari platform kat mana dan tunggu di situ sehingga boleh naik shinkansen. Sementara menunggu tu, kami take turn untuk pusing-pusing dalam station membeli apa yang perlu. Aku cuma membeli set of sushi dan onigiri sebagai bekalan kami sepanjang perjalanan ke Yamagata. 

Lagi 5 minit sebelum jam 2.00 petang, kami memasuki shinkansen. First time naik bullet train memang terasa sedikit jakun. Dah la rekabentuk shinkansen tu kemain seksi especially Tohoku yang warna hijau tu... dengan design aero-dynamicnya, memang kagumlah! Tu belum lagi tengok shinkansen lalu di depan mata. Berdessuuupppp!!! Gila punya laju. That's why boleh sampai ke destinasi yang jauh-jauh within few hours je. But yang warna hijau tu bukan ke Yamagata. Shinkansen ke Yamagata yang aku naik adalah Tsubasa yang berwarna biru putih.



Anyway, sepanjang perjalanan ridenya memang smooth. Ditambah pula pemandangan yang disajikan di depan mata. Memang cantik. Aku tak tido langsung sebab memang dah menjadi habit aku bila travel, aku susah nak tido dan lebih suka tengok pemandangan dan berangan. Hahaha.

Tak tergamak nak tido sebab viewnya macam dalam painting.

Bila memasuki wilayah Yamagata, pemandangan sudah mula berubah. Salji kelihatan di merata-merata kawasan. Aku dah boleh bayangkan keadaan di Zao Onsen nanti. Memasuki Yonezawa Station, salji sudah mula kelihatan turun. Yessss!!! Inilah yang aku tunggu-tunggukan.

Villagepeople bila tengok salji selonggok camtu terus cam histeria. Hahaha.
Perjalanan dari Tokyo Station ke Yamagata Station mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit. Kami sampai di Yamagata Station sekitar jam 4.50 petang dan kedatangan kami di sini disambut dengan udara sejuk serta timbunan salji. Dari dalam station tu hendak keluar, mata dah mengusaha mana tempat nak ambil bas ke Zao Onsen nanti. 

Tiba di Yamagata Station.
Dari station ke APA Hotel Yamagata tak jauh mana. Dalam 10 minit berjalan. Or less than that. Senang je kedudukan hotelnya. From station.. just go straight melalui main road tu. Nanti nampaklah signage hotel tersebut.

Dah sampai hotel, aku terus uruskan check-in bilik. Within few minutes, semua urusan settle. So, sampai je bilik, lepas rehat kejap, aku message Firr ajak dia keluar. Firr dah sampai dulu di Yamagata sebab dia tak bersama group kami.

Salji merata-merata di bandar Yamagata.
So, bila dah hilang sedikit penat dan bersiap serta email sekejap kerja-kerja, kami pun keluar untuk dinner. Just had dinner at this one fast-food restaurant pekena fish burger dan onion rings. Then kami berempat decided untuk buat night walk di sekitar Yamagata City ni. Tempat yang dituju ialah Kajo Park yang terletak berhampiran dengan station. 

Night walk at Kajo park, Yamagata.
Sejuk gile kat sini.. tengok hidung dengan telinga dah tau kan?
Dengan malam yang sejuk dan sunyi, cuma kami berempat je yang ada kat park ni. Menariknya, salji kat sini sikit punya tebal.. so memang jakun la aku bergambar bagai. Bangunan tandas yang bumbungnya dipenuhi salji pun nampak menarik. Kalau kat Malaysia hado ko nak bergambar dengan public toilet???? Nan hadoooo... Hahaha..

Tandas penuh dengan salji pun nampak comel.
Setiap penjuru bandar ni nampak cantik dengan kehadiran timbunan salji. Dah puas berjalan-jalan mengelilingi bandar Yamagata ni, kami singgah di kedai serbaneka, sambil beli ice-cream, beli juga instant rice sebagai bekalan esok di Zao Onsen.

Sejuk-sejuk makan ice-cream memang layan!
Berborak sampai mata hampir rabak.
Sebelum balik bilik, kami lepak berborak di lobi hotel sebelum mata masing-masing dah kelayuan. Tak sabar nak menunggu hari esok untuk ke Zao Onsen.

Day 4: Yamagata City - Zao Onsen

Aku bangun awal gile sebab excited nak ke Zao Onsen. Sementara menunggu Erol bersiap, aku turun breakfast siap-siap. Selesai breakfast, aku meninjau kawasan sekeliling hotel yang dipenuhi dengan salji. Suka betul aku dengan view sebegini.

Awal pagi di Yamagata City.
Kami mengambil bas yang awal untuk ke Zao Onsen. Firr gerak lewat sedikit. Pagi nau katanya. Kami menaiki bas kedua pada jam 7.40 pagi dan sampai di Zao Onsen Bus Terminal sekitar jam 8.30 pagi. Anyway, untuk maklumat lanjut apa itu Zao Onsen dan bagaimana hendak ke sana, korang boleh refer pada previous post aku di sini:


Aku takkan cerita panjang lebar tentang tempat ni sebab aku dah cerita dalam post tersebut. Cumanya, memang satu pengalaman baru lah berada di Zao Onsen ni. Viewnya semua macam dalam movie ataupun mimpi. Putih bersih dan sejuk gile.


Aku happy gile bila berpeluang menjejakkan kaki ke sini. Dan yang penting, dapat berkongsi kegembiraan bersama Erol, Firr, Adit, Kak Mid, Kak Faizah, Ina dan Kak Ju. 

Winter with them.. awesome!!!
Bila derang kata that was the best part of the trip, aku dah cukup puas hati. Lepak dengan hakak-hakak ni macam-macam benda keluar. Lawak katak beku lah, boyfriend Yamagata lah.. macam-macam. Boleh tahan "gile-gile" gak derang ni. Yang penting, mereka sporting dan enjoy the trip. Sakan depa dok main salji kat situ. Kalah budak-budak. Hahahaha.

Chingus!
Them!
So, pasni if ada rezeki lebih mungkin aku akan repeat Yamagata setiap kali winter. If rezeki lebih la. Kalau tak... Yongpyong sajorkkk.. Hehee.

Bye-bye Yamagata.. see you again!
Anyway... bersambung ke Part II ya. Takdelah panjang berjela korang nak membaca.. 

2 Comments:

rauf suhaimi said...

omagad. cantiknye Zau Onsen tu. Ingatkan dkt Sapporo je cantik snow. Sini pun cantik iler.

Omar Al-Attas said...

Kannn... sini memang cantik especial snow monsters tu. By the way.. thanks for drooping by =)