Akhirnya, dapat juga aku luangkan masa untuk update berkenaan Japan trip aku pada bulan January yang lalu.
First of all, trip ini memang aku dah rancang awal (seperti trip-trip sebelumnya) iaitu pada awal 2015 semasa aku bercuti di South Korea. Kiranya setahun awal punya perancangan. Selain menyiapkan itinerary, gigih la aku Google train route and budget segala bagai. Bila melihatkan train systemnya aku rasa cuak sebab gile serabut semacam. Banyak sangat linenya... berbanding dengan South Korea yang aku rasa cukup mudah. Tapi Alhamdulillah, bila sampai sana, semuanya berjalan lancar.
Dan winter trip aku kali ini bukan hanya aku, Erol dan Firr sahaja, tapi turut disertai oleh Kak Midah and the geng iaitu Ina, Kak Ju dan Kak Faizah. Ceritanya, masa aku pergi Italy dengan Kak Midah, aku ada bercerita tentang plan aku nak ke Japan. Told her about Yamagata. So, bila dia dah nampak view snow monsters di Zao Onsen tu, terus dia bagitau nak join. Sebab sebelum ni tak pernah dengar pasal Yamagata. So, few months sebelum trip ketiga-tiga geng Kak Midah tu dah bagi confirmation. Makanya tugas akulah untuk tolong book hotel dan belikan JR Pass semua. Mula-mula bila difirkirkan balik, aku cuak bila ada other group nak join sebabnya this is my first time ke Japan. Tak tahu mana hala tuju. Takut sesat barat bagai. Kalau aku bertiga dengan Erol dan Firr tu takde masalah. But Alhamdulillah, sepanjang trip, mereka cukup sporting dengan "anak-anak muda" ni, faham kalau tersasar sedikit perjalanannya adatlah kan.. first time dan tiada komplen. Kiranya derang tabah je ikut ke mana kami pergi. Hahahaha.
Itinerary, JR Rail Pass, & hotel.. semua checked! |
Okay, mari aku ceritakan serba sedikit persediaan dan pengalaman aku di Japan selama 8 hari 7 malam ni.
Persediaan Itinerary
Itinerary aku buat selepas refer beberapa blog mengenai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Japan. Since aku nak sangat ke Yamagata, so aku masukkan dalam itinerary pada hari ketiga dan keempat. Susah nak jumpa blog tempatan yang include Yamagata dalam trip mereka. So, secara kasarnya trip yang aku rancang adalah seperti berikut:
23/01/2016 - 25/01/2016 (2 malam)
Kuala Lumpur - Tokyo
25/01/2016 - 27/01/2016 (2 malam)
Tokyo - Yamagata
27/01/2016 - 29/01/2016 (2 malam)
Yamagata - Kyoto
29/01/2016 - 30/01/2016 (1 malam)
Kyoto - Odawara - Tokyo
Asalnya flight ke Japan turun di Narita. But then, starting Ogos 2015 hari tu Air Asia dah reroute semua flight ke Japan turun di Haneda. Maka, terpaksalah aku book dan cancel hotel yang berkenaan pada first and the last day tu. Dan timing flightnya juga telah berubah. And again, aku kena adjust itinerary sedia ada, Jika previously flight ke Narita akan sampai pagi.. but this one turun di Haneda sampai sekitar jam 10.30 malam. Makanya, itinerary untuk first day terpaksa dibawa ke last day sebab flight balik adalah pada jam 11.00 malam. So, siangnya banyak masa untuk berjalan.
Kalau ikutkan bila dah beli JR Pass 7-days tu ko boleh travel merata Japan unlimited dengan JR Line. Tapi aku decide untuk pergi 3 tempat sahaja. At least satu tempat stay 2 malam. Yang tu pun banyak tempat tak sempat cover especially in Tokyo and Kyoto. Aku takleh bayangkan kalau aku decide untuk pergi banyak tempat sepanjang berada di sana. Mesti semput terkejar-kejar. So, this one aku rasa just nice lah. Maybe next time boleh tambah sehari dua lagi untuk setiap destinasi.
Untuk itinerary dan budget lebih detail boleh refer post aku kat sini:
http://www.omaralattas.com/2016/02/japan-winter-2016-part-iii.html
Untuk itinerary dan budget lebih detail boleh refer post aku kat sini:
http://www.omaralattas.com/2016/02/japan-winter-2016-part-iii.html
Flight Ticket
Flight ticket aku beli semasa sale Air Asia berharga lebih kurang RM800 lebih, termasuk insurance dan baggage. Insurance dan baggage aku tambah kemudian, a month sebelum bertolak. Yang penting, secure flight ticket dulu.
Hotel Booking
Kesemua hotel booking aku gunakan Agoda.com. Senang. Book je dulu dan bayar kemudian. In fact some of the booking ko boleh cancel beberapa hari sebelum tarikh check-in. But kena tengok T&C mereka dulu.
Aku pilih hotel ni sebab katanya berdekatan dengan Shibuya. But, dari Ebisu Station pun, korang kena berjalan lebih kurang 15 minit. Untuk first day dengan luggage bagai memang leceh sikit lah. Tapi the good thing about this hotel ialah staffnya bagus, friendly dan membantu, tambah pulak kami sampai lewat malam almost at 12 am. Bilik hotelnya selesa, kemudahan semua okay dan harga berpatutan. But, kalau korang sampai lewat malam, might as well rehat sekejap kat airport dan keesokkan harinya baru check-in hotel. Atau, kalau nak gak check-in hotel, MyStays Hotel Haneda antara pilihan terbaik sebab kedudukannya sangat dekat dengan Haneda Airport. Kami stay sini semasa last day sebelum balik.
Antara pilihan yang bagus. Lokasi hotelnya dekat dengan Yamagata Station. Less than 10 minutes walk. Biliknya selesa. Since terletak di main road, kedai serbaneka, restoran dan shopping mall terletak sangat berdekatan. Harga bilik yang aku book temasuk breakfast.. and oh that croissant.. sedapnya dimakan dengan jem dan butter!!!!
Lokasi memang terbaik! Terletak di hadapan Kyoto Station. Di kelilingi dengan pusat komersil. So nak shopping atau membeli barang makanan memang senang. Bilik dibook sekali dengan breakfast. Pilihan menu breakfast memang menarik dan yang penting.. sedap!
Lokasi juga terbaik. Less than 5 minutes ke airport dengan menaiki teksi. Sesuai kalau nak stay masa last day or semasa sampai. On the last day tu, selepas check-out, kami tinggal luggage kat situ sebelum pergi ke Tokyo untuk last minute shopping. Then selesai shopping, singgah hotel, ambil luggage terus pergi ke airport.
JR Rail Pass
JR Pass adalah pass untuk transportation di Japan yang menggunakan JR Line. Ia merangkumi train, shinkansen (bullet train) dan bas. Harga JR Pass sangat mahal but ia sangat berbaloi untuk dibeli kalau kita nak travel di Japan ke destinasi yang jauh-jauh. If korang just nak ke Tokyo je, memang tak worth untuk beli pass ni. Harga JR Pass yang aku beli adalah USD230 (lebih kurang RM1000 lebih untuk 7-days pass). Terdapat juga pass untuk 14 dan 21 hari. Selain dari JR Pass, ada juga pass dijual mengikut region antaranya JR East, JR West, JR Kansai dan lain-lain. Pass jenis ini limit kepada region berkenaan sahaja.
Aku beli JR Pass kerana selain ke Yamagata, aku juga akan ke Kyoto yang terletak di region yang berbeza. So memang berbaloilah. Kalau korang nak beli tiket shinkansen secara asing memang mahal gile. In fact kalau dikira, harga return shinkansen ke Yamagata kalau dibeli secara asing mencecah hampir RM800! So, dengan JR Pass ni, ko boleh travel di Japan menggunakan JR Line secara unlimited dalam jangkamasa yang korang purchase sama ada 7, 14 atau 21 hari.
One of the shinkansen. Awesome kan? |
Mudah dan pantas sekali perkhidmatannya. Aku beli pass ni, within 3 days dah sampai guna kurier. Kalau tak nak beli online, boleh beli di beberapa tempat di KL antaranya Isetan KLCC, Imbi Plaza dan some other places. Kena Google lah. But aku rasa harganya mungkin mahal sedikit kot sebab beli dengan agen kan.
Anyway, once korang dah dapat pass ni, perlu diingat... tak boleh digunakan terus sebab yang ada pada korang tu hanyalah pass sementara. What you need to do is pergi ke kaunter JR Office dan tukarkan pass sementara tersebut kepada pass sebenar.
JR kaunter banyak terdapat di mana-mana main station. Boleh refer pada info di bahagian belakang slip pass sementara tu. Like me, aku tukar di Shibuya Station since aku dari hotel Flexstay Inn tu. Station terdekat. Masa nak tukar korang perlu tunjukkan passport. Pass tersebut tidak boleh dipindah milik. Once dah tukar pass, decidelah tarikh bila nak start guna. tempoh 7, 14 atau 21 hari tu dikira bermula pada tarikh kita gunakan pass berkenaan.
JR Rail Pass sebenar yang telah ditukar, |
Boleh tukar pass sementara tu di sini. This one di Shibuya Station. |
Book dan reserve tiket shinkansen di JR Ticket Office (Midori-no-madoguchi). |
So, kesimpulannya, kalau nak travel ke Japan ni, silalah beli JR Pass ni sebab ia lebih jimat dan mudah.
Transportation
Okay, enough about JR Pass. Japan mempunyai sistem pengangkutan yang sangat efisien. Tapi kalau tengok pada transportation mapnya memang boleh pitam. Berselirat ya ampun! Tapi jangan risau, kalau aku yang first timer ni pun boleh survive, korang pun sure boleh. Tak susah mana pun. Yang penting gunakanlah applikasi Google Map dalam phone korang tu untuk tahu macamana route korang dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Applikasi ni sangat precise dari segi time dan trainnya. Kagum aku! Juga diberitahu berapa jumlah tambang yang perlu dibayar. Since korang dah ada JR Pass, cubalah semaksimum mungkin menggunakan JR Line sebab tak perlu bayar apa-apa. But kadang ternaik juga train selain JR Line, so sediakanlah wang secukupnya.
Tokyo Station yang senantiasa sibuk. |
And kalau rasa macam tak tahu nak ke mana arah, nak naik train mana satu, silalah bertanya dengan station officer. Mereka sedia membantu.
Internet dan Mobile Data
Aku just roaming je guna Celcom Daily Roaming at RM38/per day. Kena pilih providernya iaitu Softbank. Jangan silap pilih yang lain plak. Mahu mencanak bill korang nanti. Korang boleh juga boleh sewa data dongles kat sana. Katanya lebih jimat dan boleh dikongsi beberapa orang. Boleh try usha this link:
Makanan dan minuman
Sekarang, mari aku ceritakan persediaan makanan sebelum bertolak ke sana. Kos sara hidup di Japan adalah antara yang tertinggi di dunia. So, bila kita bercerita pasal Japan. selalu kita terdengar yang orang kata makanan kat Japan ni mahal. Memang ada juga kebenarannya. In some way aku rasa makanan di South Korea sedikit lebih murah. But bila dilihat balik, aku rasa cam standard je la. Maybe sebab aku tak makan kat restoran Japan yang menyediakan sushi dari fresh salmon yang baru dipotong. But so far, set sushi yang aku beli sekitar 700-800 yen (dalam RM30 lebih camtu). Standard la kot kan? But one thing yang aku realised, makanan or minuman di kedai serbaneka di sini rata-rata bermula dari 100 yen lebih (lebih kurang RM4.00 lebih).
Dan untuk trip aku ke Japan ni pun, aku dah siapkan stok makanan untuk dibawa. A friend of mine bagitau kalau nak beli makanan segera yang murah boleh beli di kilang Dewina Food di Bangi, Selangor. Refer link ni:
Kilang Dewina Food Industries di Bandar Baru Bangi. |
Aku beli yang dalam pek merah tu sahaja. Sekotak RM4.95 without GST. |
Nasi segera (dalam pek tu) dengan lauk Brahim's dan serbuk cili Siam pedas membunuh. |
Onigiri inti tuna/salmon ~ makan ni dah cukup mengenyangkan. |
Dan di Roppongi pula, ada few kedai makanan Turki yang menyediakan hidangan nasi dan kebab. Roppongi terletak di kawasan yang berhampiran dengan Tokyo Tower dan Hard Rock Cafe.
Walau bagaimanapun, one thing yang aku nampak, di Tokyo budaya coffee house/cafe kurang berbanding dengan Seoul. Kalau kat Seoul memang bersepah-sepah coffeeshop. Kat sini susah nak nampak. Kalau ada pun setakat Starbucks and beberapa kedai kecil yang lain. Tapi yang paling nyata, aku rasa masyarakat di sini lebih kepada budaya meminum teh. Kat vending machine atau di kedai serbaneka, pilihan tehnya sikit punya banyak dan sedap pulak tu.
Vending machine bersepah-sepah kat Japan. Dari minuman, makanan dan macam-macam lagi, Image source: https://dreamgolive.files.wordpress.com/2013/04/img_3715.jpg |
Okay, mukaddimah persediaan ke Japan dah settle. Sekarang aku akan ceritakan pasal trip dan pengalaman aku bercuti ke negara matahari terbit ni. Selamat membaca!
Day 1: Kuala Lumpur - Haneda, Tokyo
First of all, thanks to Bai sebab seperti biasa sudi menghantar kami bertiga ke airport. And since flight kami telah ditunda waktu dan lokasinya dari Narita ke Haneda, maka kami bertolak dari KLIA2 pada jam 2.40 petang dan sampai di Haneda sekitar jam 10.30 malam waktu tempatan. Lebih 7 jam perjalanannya.
Alhamdulillah cuacanya bagus dan perjalanan smooth. Selesai urusan imigresen, kami bergegas ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan cara untuk ke hotel. Perlu diingat di sini, aku memang totally blur about Japan kan. Dan Alhamdulillah, staff di sana sangat membantu dan kami memang punya masa yang betul-betul ngam untuk ke hotel memandangkan train akhir adalah pada jam 11.30 malam. Time kami dia kaunter tu adalah pada jam 11.15 malam. Kira-kira kami cuma ada 15 minit je untuk membeli tiket dan ke platform. Syukur semuanya berjalan lancar.
Dengan menggunakan Keikyu Line dan Hibiya Line, akhirnya kami sampai di Ebisu Station kurang 15 minit jam 12 malam. Dari station tersebut, berdasarkan Google Map dan bantuan seorang rakyat tempatan (yang pernah bekerja di Malaysia dan cakap 2-3 baris ayat Melayu.. haha) akhirnya kami sampai di hotel penginapan kami untuk malam tu setelah hampir 15 minit berjalan kaki. Nasib baiklah cuaca sejuk, so tak terasa sangatlah kepenatannya. Sampai di hotel, pintu memang telah dikunci. So, just follow instruction yang diletakkan di pintu, dial intercom dan seorang pekerja night shift membantu urusan check-in kami. Dapat masuk je bilik... terus blackout. Penat hawau! So, itinerary yang dirancang untuk hari ni ditunda keesokkan harinya. Yang penting.. tido dulu!
Thanks Bai hantar kami ke airport. |
On the way ke hotel dari Haneda Airport. |
Day 2: Tokyo: Shibuya, Harujuku, Shinjuku & Roppongi (Tokyo Tower & Hard Rock Cafe)
Shibuya, Tokyo. |
Map tak tinggal. Tour guide katanya.. hahaha. |
Tukar JR Pass di sini. This one at Shibuya Station. |
Shibuya
Bila dah settle urusan booking train semua tu, kami berjalan kaki dari Shibuya Station ni menuju ke Shibuya Crossing. Dekat je. But masa berjalan tu, aku teringat kisah Hachiko, anjing yang setia dengan tuannya. Terus mata tercari-cari mana statue Hachiko. Statuenya terletak di hadapan Shibuya Crosssing ni. Ramainya lahhhh yang nak bergambar dengan Hachiko. Kak Midah and the gang clueless about Hachiko ni. So, aku ceritakan serba-sedikit kisah anjing yang setia ni.
Statue Hachiko berdekatan dengan Shibuya Station. |
Hachiko yang sebenar ketika menunggu Prof. Euno di luar Shibuya Station. |
Selepas melawat Shibuya, kami meneruskan plan hari ni iaitu pergi ke Harajuku. Harajuku adalah antara kawasan komersil yang terkenal di Japan. Harajuku juga terkenal sebagai pusat fesyen untuk golongan muda di kotaraya Tokyo ni. Di sini terdapat sebatang jalan yang digelar Takeshita Street, yang dibanjiri dengan anak-anak muda dengan style mereka tersendiri.
Okay sebelum tu, apabila kami sampai di Harajuku Station, tempat pertama yang dituju ialah Meiji Jingu. Letaknya berhampiran dengan station ni. Memula ingatkan nak pegi Yoyogi Park.. tapi dah terbabas masuk ke Meiji Jingu. Belasah je lah kan.
Memasuk kawasan Meiji Jingu. |
Entrance Meiji Jingu |
Redup sungguh kawasan ni. |
Menariknya, semua warga tempatan yang masuk ke kompleks ni, bila melalui pintu gerbang, akan membongkokkan sedikit kepala dan badan mereka sebagai tanda hormat.
Sebelum masuk shrine kena ambil wudhu' kaedahnya. Agaknya la kot. |
Barrels of sake wrapped in straw. |
Ni la dia green tea yang aku cakap tu. Sedap rasa dia. |
Di hadapan Harajuku Station. |
Lautan manusia di Takeshita Street, Harajuku. |
Habis bersesak-sesak di Harajuku, kami pergi ke Shinjuku pula. Shinjuku juga terkenal sebagai salah sebuah kawasan komersil utama di Tokyo. Kami tiba di sini dah lewat petang. Perut pun tengah lapar dan cuaca pula sejuk. So, since kami semua dah split sebab masing-masing ada agenda shopping tersendiri, aku dan Erol isi perut dulu di Starbucks kat sini. Pekena donut dengan hot choc.. memanglah layan. Selesai makan, kami masuk ke GU atau Uniqlo Japan untuk membeli apa yang menarik. Sayangnya memang takde yang menarik. Sama je bajunya. Bosan plak rasa. So memang tak beli apalah. Then kami pusing-pusing area sini, usha few shops and that's it. Nothing much to shop and mungkin tak kena dengan preference aku.
Pusing-pusing Shinjuku. |
Sedappp tapi kat Malaysia rasanya takde menu yang tu. White choc apa ntah namanya. |
Meronda area ni sampai matahari terbenam. Takde apapun yang menarik hati aku kat sini. |
So, around 7.00 pm like that kami berkumpul semula di Shinjuku Station untuk ke last destination untuk harini iaitu Roppongi untuk pergi melihat Tokyo Tower. So, sampai di Tokyo Tower ni sekitar jam 8.00 malam. Area Roppongi ni sunyi sepi. Bila difikirkan, mungkin sebab kawasan ni adalah kawasan government offices.. so that's why bila malam tak meriah langsung. Boleh dibilang dengan jari yang berjalan di kawasan ni selain daripada kami berenam,
Tolyo Tower di siang hari. Image source: https://i.ytimg.com/vi/WRgj-fDYmEY/maxresdefault.jpg |
Di kaki Tokyo Tower |
Hard Rock Cafe di Minato. |
Selesai mereka bershopping sakan, aku ajak mereka dinner di sebuah restoran Turki berhampiran dengan HRC tu. Lapaq betul rasanya. Some of them had kebab dan rice, dan aku memilih untuk makan nasi. Erol plak bantai kebab ayam. Sebelum balik, kami siap tapau lagi nasi kosong untuk makan masa breakfast keesokkan harinya.
Deniz urkish Restaurant berhampiran dengan HRC Minato. |
Jadinya, seperti biasa.. sampai hotel.. mandi dan kemas barang sikit, then terus tido. Esok pagi-pagi dah nak kena gerak ke Tokyo Station untuk ke Yamagata. So... see you Yamagata!
Day 3: Tokyo - Yamagata City
Hari ni kami check-out sekitar 9.30 pagi kat Flexstay Inn sebab hendak ke Tokyo Station. Dari hotel kami ambil cab sahaja. 3 orang satu cab dengan fare kurang 800 lebih yen. Lebih kurang RM30 satu teksi kira okaylah daripada hazab nak menarik luggage dan berjalan kaki ke station kan.
On the way to Tokyo Station. |
Lagi 5 minit sebelum jam 2.00 petang, kami memasuki shinkansen. First time naik bullet train memang terasa sedikit jakun. Dah la rekabentuk shinkansen tu kemain seksi especially Tohoku yang warna hijau tu... dengan design aero-dynamicnya, memang kagumlah! Tu belum lagi tengok shinkansen lalu di depan mata. Berdessuuupppp!!! Gila punya laju. That's why boleh sampai ke destinasi yang jauh-jauh within few hours je. But yang warna hijau tu bukan ke Yamagata. Shinkansen ke Yamagata yang aku naik adalah Tsubasa yang berwarna biru putih.
Anyway, sepanjang perjalanan ridenya memang smooth. Ditambah pula pemandangan yang disajikan di depan mata. Memang cantik. Aku tak tido langsung sebab memang dah menjadi habit aku bila travel, aku susah nak tido dan lebih suka tengok pemandangan dan berangan. Hahaha.
Tak tergamak nak tido sebab viewnya macam dalam painting. |
Bila memasuki wilayah Yamagata, pemandangan sudah mula berubah. Salji kelihatan di merata-merata kawasan. Aku dah boleh bayangkan keadaan di Zao Onsen nanti. Memasuki Yonezawa Station, salji sudah mula kelihatan turun. Yessss!!! Inilah yang aku tunggu-tunggukan.
Villagepeople bila tengok salji selonggok camtu terus cam histeria. Hahaha. |
Tiba di Yamagata Station. |
Dah sampai hotel, aku terus uruskan check-in bilik. Within few minutes, semua urusan settle. So, sampai je bilik, lepas rehat kejap, aku message Firr ajak dia keluar. Firr dah sampai dulu di Yamagata sebab dia tak bersama group kami.
Salji merata-merata di bandar Yamagata. |
Night walk at Kajo park, Yamagata. |
Sejuk gile kat sini.. tengok hidung dengan telinga dah tau kan? |
Tandas penuh dengan salji pun nampak comel. |
Sejuk-sejuk makan ice-cream memang layan! |
Berborak sampai mata hampir rabak. |
Day 4: Yamagata City - Zao Onsen
Aku bangun awal gile sebab excited nak ke Zao Onsen. Sementara menunggu Erol bersiap, aku turun breakfast siap-siap. Selesai breakfast, aku meninjau kawasan sekeliling hotel yang dipenuhi dengan salji. Suka betul aku dengan view sebegini.
Awal pagi di Yamagata City. |
Aku takkan cerita panjang lebar tentang tempat ni sebab aku dah cerita dalam post tersebut. Cumanya, memang satu pengalaman baru lah berada di Zao Onsen ni. Viewnya semua macam dalam movie ataupun mimpi. Putih bersih dan sejuk gile.
Aku happy gile bila berpeluang menjejakkan kaki ke sini. Dan yang penting, dapat berkongsi kegembiraan bersama Erol, Firr, Adit, Kak Mid, Kak Faizah, Ina dan Kak Ju.
Winter with them.. awesome!!! |
Chingus! |
Them! |
Bye-bye Yamagata.. see you again! |
2 Comments:
omagad. cantiknye Zau Onsen tu. Ingatkan dkt Sapporo je cantik snow. Sini pun cantik iler.
Kannn... sini memang cantik especial snow monsters tu. By the way.. thanks for drooping by =)
Post a Comment