Seoul taken from Namsan Hill |
By the way, untuk info yang lebih lengkap berkenaan percutian ke South Korea, korang boleh refer post aku yang sebelum ini:
Jadi, untuk memberi gambaran kasar berapa perbelanjaan kalau korang nak berjalan ke sana, aku cadangkan basic itinerary seperti di bawah ni. Detail untuk setiap tempat berikut aku dah explain dalam post di atas tu.
Seoul, South Korea 5 Days 4 Nights
- Day 1: (KUL@1.00 am - ICN@8.20 am), Myeongdong, NSeoul Tower, Namsangol Hanok Village
- Day 2: Gyeongbokgung, Gwanghuamun Square, Cheonggyecheon, Changdeokgung, Bukchon Hanok Village, Insadong
- Day 3: Dongdaemun, Namdaemun, Hongik University/Hongdae, Itaewon (halal food & mosque), Gangnam, Apgujeong
- Day 4: Nami Island or Everland or Yongpyong Ski Resort (winter)
- Day 5: (ICN@11.10 am - KUL@4.40 pm)
Selalunya, if possible aku akan ambil flight AirAsia pada jam 1.00 pagi so that aku boleh sampai di Seoul pada awal pagi (sekitar jam 10.00 pagi). Kalau ada rezeki boleh check-in awal, aku boleh rest sekejap sebelum keluar lunch. Kalau tak pun, aku boleh tinggalkan beg kat hotel dan start berjalan whole day tu.
Dan hari ke-5 tu, aku kena checkout awal pagi sebab flight AirAsia ke Kuala Lumpur adalah pada jam 11.00 pagi. So, at least kena ada di airport 2-3 jam lebih awal. Dan sebagai makluman, kalau nak stay di Seoul, aku akan pilih untuk stay di area Myeongdong/Namsan.
Okay, secara kasarnya, anggaran budget ke Seoul adalah seperti berikut:
(setakat October 2016 ni ratenya adalah 3.8.. so aku bundar kepada 4.0 untuk mudah kira).
1. Return Flight
• KUL-ICN: 1.00 am - 8.20 am
• ICN-KUL:11.10 am - 4.40 pm
• Baggage & Insurance
Note: Aku pernah beli time sale dapat RM900 return
RM 1,000.00 - RM 1,500.00
2. Accomodations
Ada pilihan sama ada hostel, guesthouse atau hotel. For me, aku suka stay guesthouse. My favorite stay adalah di area Myeongdong, terutamanya Namsan Guesthouse 1, 2 or 3. Reason kenapa aku suka stay sini, boleh refer previous post aku pada link kat atas tu.
Anggaran bajet untuk semalam adalah antara:
RM 50.00 (hostel) - RM 300.00 (guesthouse) x 4 malam.
Pilihlah ikut keselesaan korang dan poket juga.
RM 200.00 - RM 1,200.00
3. Transportation
• ICN-Myeongdong via Bus No. 6015: 15,000 won one way x 2 = 30,000 won
RM 120.00
• T-Money for Subway - aku selalu reload 30,000 won, If kurang topup lah.
Kalau ada balance and tak rasa nak pi agi, boleh perabih gunakan beli barang
kat kedai serbaneka.
RM 120.00
• Nami Island
Cheongnyangni Station - Gapyeong Station = 4,000 won / one way
Gapyeong Station - Boat Jetty to Nami via taxi = +3,000 won / one way
7,000 won x 2 (untuk pergi balik) = 14,000 won
Cheongnyangni Station - Gapyeong Station = 4,000 won / one way
Gapyeong Station - Boat Jetty to Nami via taxi = +3,000 won / one way
7,000 won x 2 (untuk pergi balik) = 14,000 won
RM 56.00
4. Meal (lunch & dinner, breakfast at guesthouse)
• Average meal antara 5,000 won - 20,000 won
Bergantung sama ada makan seafood fried rice atau set ikan bakar/asam pedas etc.
(5,000 won or 20,000 x 2 meal = 10,000 won or 40,000 won) x 4 hari
Note: Normally aku bajet RM 100.00 per day termasuklah minum coffee and snacks.
Bergantung sama ada makan seafood fried rice atau set ikan bakar/asam pedas etc.
(5,000 won or 20,000 x 2 meal = 10,000 won or 40,000 won) x 4 hari
Note: Normally aku bajet RM 100.00 per day termasuklah minum coffee and snacks.
RM 160.00 - RM 640.00
5. Entrance Fee
• Gyeongbokgung - 3,000 won
RM 12.00
• NSeoul Tower Observatory Deck - 10,000 won
RM 40.00
• Nami Island - 8,000 won
RM 32.00
6. Other expenses
• Shopping, souvenirs, etc.
RM 500.00 - RM 1,000.00
Anggaran Kos: RM 2,240.00 - RM 4,720.00
So, basically begitulah anggaran untuk bercuti ke Seoul selama 5 hari 4 malam merangkumi 1 destinasi di luar Seoul iaitu Nami Island yang terletak di Gangwon-do.
Kalau korang nak merayap lagi contohnya ke Everland, atau bermain ski di Yongpyong Ski Resort, atau berkunjung ke theme park di Lotte World, maka kenalah masukkan extra budget untuk tempat-tempat tersebut. Begitu juga kalau nak shopping baju dan sebagainya, make sure banyak lagilah duit yang dibawa.
Diharapkan post aku serba-sedikit ni dapat membantu to those yang bercadang untuk menjejakkan kaki ke bumi kimchi ni. Trust me... korang akan datang semula ke sini sebab selain mempunyai musim yang berbeza, South Korea mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik yang tak cukup untuk dijelajahi selama beberapa hari sahaja.
Till then... selamat bercuti!
2 Comments:
Uhuks .. tambang airport bus 6015 ke Myeongdong dah naik jadik 15,000 won T__T
Tu la tu... dulu 10k je kan... huhuhu.. dengan RM nye turun.. terasa la juga bila kat sana.
Post a Comment