** Note: Post yang dah hampir 5 bulan tergendala. Selamat membaca!**
Assalamualaikum semua. Belum terlambat rasanya aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak kepada semua pembaca Muslim di luar sana. Disebabkan terlalu sibuk urusan kerja, takdan aku nak berkongsi pengalaman aku bercuti ke Lombok pada bulan May 2016 yang lepas, semasa cuti Hari Buruh.
So, la ni free sikit. Maka bolehlah aku coretkan serba sedikit pasal trip ni. Trip Lombok ni adalah selama 8 hari 7 malam bermula pada 30 April sehingga 7 Mei 2016. Memang aku plan agak lama sebab tujuannya memang nak relax kat pulau tu. Trip ni turut disertai oleh Erol dan 2 lagi kawan kami.
Itinerary
Basically, itinerary aku adalah seperti berikut:
30 April - 2 Mei 2016 (2 malam)
Senggigi: Senggigi Beach, Air Terjun Benang Stukel & Benang Kelambu
2 - 5 Mei 2016 (3 malam)
Kepulauan Gili: Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air
5 - 7 Mei 2016 (2 malam)
Kuta: Tanjung Aan, Summit, Mawun Beach, Selongbelanak Beach, Teluk Bumbang, Sade Sasak Village
Kalau ikut perancangan asal, aku bercadang nak naik Gunung Rinjani. Tapi bila baca few blogs yang menceritakan bertapa azabnya nak naik ke situ.. dan memikirkan diri aku yang tak berapa nak fit ni, aku lupakan sahaja niat tu. Maybe next time lah kan? Tunggu sado sikit. Hahaha.
Hotel
Penginapan sepanjang berada di Lombok ni aku book melalui Agoda.com. Aku suka book kat sini sebab kita boleh kumpul point dan bila dah banyak point tu, kita boleh redeem time nak book hotel.
Okay.. berikut adalah hotel yang aku stay di Lombok.
Puri Senggigi Hotel, Senggigi. |
Terletak berhadapan dengan Senggigi Beach tapi korang kena lintas jalan dulu lah. Takde direct access untuk ke pantai. Kena berjalan sikit atau ikut shortcut melintasi Sunset House Senggigi untuk masuk ke pantai. Hotel ni bertaraf 2 bintang dengan basic facilities. Ada kemudahan wifi. Biliknya okay. Bersih dan selesa. Takde segah mana pun. Kalau setakat nak rehat dan tidur tu okay lah. I'm fine with it. Bukannya nak memerap dalam bilik pun kan. Sah-sah siang ko keluar dan balik untuk tidur je... so I have no complaint. Bersekali dengan simple buffet breakfast. Sama ada nasi goreng atau mee goreng, telur goreng, keropok, buah-buahan dan air panas dan sejuk. Cukup lah untuk mengalas perut di pagi hari. Nothing much di sekeliling hotel ni. But ada satu kedai serbaneka dekat sini. Anyway, kalau korang nak lagi meriah, maybe boleh memilih untuk stay di Central Senggigi sebab kat situ banyak juga hotel-hotel, restoran serta kemudahan yang lain. Kiranya kat situ lebih happening lah.
Pondok Windy Bungalows, Gili Trawangan. |
Terletak di bahagian utara Gili Trawangan (Gili-T), kawasan ni sunyi sedikit. Tak seperti di main area Gili-T yang sesak dan dipenuhi dengan restoran/bar. Tak jauh mana pun dari pusatnya. Dalam 10-15 minit berjalan kaki. If naik basikal, should be lesser than that. Dari segi kemudahan, seperti biasa je. Biliknya bersih dan selesa. Aku memilih sea view chalet. Tapi kalau siang hari agak kepanasan juga sebab chaletnya beratapkan ilalang. So, kalau buka aircond pun tak berasa sangat. Ada kemudahan wifi, pool, simple breakfast sama ada omelette, scramble egg etc. Staffnya peramah dan sangat membantu. Di hadapan chalet ni terdapat diving class. So, those yang berminat nak ambil kelas menyelam, bolehlah ambil kat sini.
Puri Rinjani Bungalows, Kuta. |
Ini adalah hotel yang terbaik sepanjang Lombok trip ni. Hotel bertaraf 2 bintang ni terletak di hadapan Pantai Kuta. Aku tatau kenapa rate 2 bintang walhal hotelnya sangat selesa dengan persekitaran yang tenang. Berkonsepkan senibina Bali, persekitaran hotel ni dihiasi dengan landskap yang menarik. Banyak pokok-pokok yang menghijau. Saujana mata memandang. Aku memilih small bungalow unit. Menarik konsepnya. Ada hammock di hadapan unit kita.. so boleh lepak kat situ. Hot showernya dan tekanan airnya bagus.. ni yang paling aku suka bila nak mandi. Ada kemudahan wifi dan penginapan bersekali dengan breakfast. Persekitannya nothing much. Kena merayap sikitlah kalau nak keluar mencari makan atau sebagainya. Anyway, kalau pergi ke Kuta lagi, aku tak keberatan untuk stay di sini lagi.
Khidmat Pemandu
Di Lombok ni aku menggunakan khidmat driver bagi memudahkan perjalanan kami. Namanya Fandi dan contactnya aku dapat dari member aku, Ajie and the geng yang pernah menggunakan khidmat beliau pada trip mereka sebelum ni. Bila mereka bagi good feedback tentang Fandi, so aku terus je Whastapp dia beritahu itinerary aku dan sebagainya. Senang berurusan dengan dia. Sangat peramah, very helpful dan suka bergurau. Kalau siapa yang berminat untuk menggunakan khidmat Fandi, boleh contact dia di Facebooknya, Lombok Agoda Holiday atau Whatsapp dia di +6287865391181. Jangan lupa mention nama aku, Omar Al-Attas. Insyallah dilayan dengan baik.. hahaha. One thing yang best dengan khidmat Fandi ni, dia letakkan personal touch kat servisnya iaitu dia akan jemput kita makan di rumahnya dengan hidangan nasi balap. Trust me.. this is one of the best dishes in Lombok. Kena cuba! Nanti aku ceritakan dengan lebih lanjut.
Bersama Fandi (baju kuning) dan keluarganya. |
Secara kasarnya, budget aku untuk Lombok trip selama 8 hari 7 malam ni adalah seperti berikut:
1. Return Flight
• KL-LOP: Date: 30/04/2016 3.35 pm - 6.45 pm
• LOP-KL: Date: 07/05/2016 7.15 pm - 10.25 pm
• Baggage 25kg (return) for 1 person only (aku ngan Erol share baggage)
• Insurance
RM 647.08
2. Accomodations (for 2 pax)
a. Senggigi: Hotel Puri Senggigi x 2 nights = RM 162.92
b. Gili Trawangan: Pondok Windy Bungalows x 3 nights = RM 579.81
c. Kuta: Puri Rinjani Bungalows x 2 nights = RM 388.19
Total: RM 1,130.92 / 2 pax
RM 565.46
3. Transportation (for 4 pax)
• Van + Driver = IDR 2,400,000
• Speed boat (return) Senggigi to Gili Trawangan = IDR 700,000
• Gili entrance fee = IDR 50,000
Total: IDR 3,150,000 (+ RM 945.00) / 4 pax
RM 236.25
4. Meal
• Estimated RM100.00 per day x 8 days
RM 800.00
Day 2: Air Terjun Benang Stokel & Benang Kelambu
• Entrance fee - IDR 70,000
RM 21.00
• Khidmat ojek (motorsikal) return Benang Kelambu - IDR 50,000
RM 15.00
Day 3: Gili Islands **Gili-T & Gili Meno
• Island Hopping Private Boat = IDR 400,000 per boat ~ 4 hours
Per person - IDR 100,000
RM 30.00
• Cidomo: Jetty to chalet = IDR 100,000 one wayPer person - IDR 50,000
RM 15.00
• Sewa basikal = IDR 40,000 x 3 hari
Per person - IDR 120,000
RM 36.00
Day 5: Gili Islands **Gili-T, Gili Meno & Gili Air
• 2nd Island Hopping Private Boat = IDR 680,000 per boat ~ 4 hours
Per person - IDR 170,000
RM 51.00
• Cidomo: chalet to jetty = IDR 150,000 one wayPer person - IDR 75,000
RM 22.50
Other expenses
• Shopping, souvenirs, massage, movie, etc
RM 1,000.00
TOTAL ESTIMATED COST: RM 3,439.29
So, begitulah lebih kurang budget aku sepanjang 8 hari berada di Lombok. Selesai bercerita tentang budget, mari aku share serba sedikit pengalaman bercuti di pulau ni.
Day 1: Kuala Lumpur - Senggigi, Lombok
Seperti biasa, first of all, thanks to Bai sebab dia menjadi supir yang sangat setia menghantar aku dan Erol ke airport setiap kali pergi bercuti. Selesai urusan check-in luggage, we had our lunch first sebab kelaparan yang amat sangat. Dan flight kami sepatutnya berlepas pada jam 3.35 petang, ditunda sehingga jam 4.30 petang. Merasalah melangut sejam kat situ.
Seperti biasa, Bai tetap setia menghantar kami ke airport setiap kali bercuti. Thanks Bai! |
Seterusnya, kami dibawa ke Rumah Makan Nada Alam Nyaman di Mataram yang menghidangkan Nasi Ayam Taliwang, salah satu makanan tradisi Lombok. Ia terdiri daripada nasi putih, ayam goreng dan sejenis sambal. Katanya pedas, tapi bila aku makan, biasa je. Yelah, aku kan hantu pedas! Nasinya nampak sikit je tapi bila dah makan, cukup mengenyangkan.
Di RM Nada Alam Nyaman dengan muffler pemberian Fandi. |
Hidangan makan malam kami ~ ayam taliwang dan plecing kangkung. |
Day 2: Senggigi Beach, Air Terjun Benang Stokel & Benang Kelambu, souvenir shopping
Hari ni kami plan nak ke Air Terjun Benang Stokel dan Benang Kelambu. Makanya, bangun awal lah sedikit. Jam 7.30 pagi kami dah turun breakfast di cafe hotel. Ramai juga umat yang dah turun makan. Menunya simple je.. ada mee goreng, nasi goreng, telur goreng, keropok, buahan dan minuman panas/sejuk. Jadilah untuk mengalas perut kan? Kat depan hotel/cafe ni pula, ramai pulak perniaga jalanan yang duduk menjual produk mereka. Lebih kepada ole-ole Lombok seperti kain, mutiara dan lain-lain. Aku tak beli pun. Karang kalau beli kat satu, berkerumun pulak satu batalion datang kat kita.
Habis breakfast, kami merayap sekejap ke Pantai Senggigi. Opposite je tapi memandangkan tak sure kat mana nak cross ke pantai tu, kami ambil shortcut masuk ke Sunset House Lombok. Tumpang lalu kat situ. Cantik juga Sunset House ni. Next time pergi mungkin boleh try stay sini.
Sunset House Lombok, Senggigi. |
Menikmati angin pagi di Senggigi Beach. |
Air Terjun Benang Stokel & Benang Kelambu
Perjalanan ke air terjun ni mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Benang Stokel dan Benang Kelambu terletak di Desa Aik Berik, daerah Batukliang, Praya. Kedua-dua air terjun ni adalah yang paling dekat dengan kawasan base. Ada beberapa lagi air terjun kat sini. Antara larat atau tak larat je nak naik.
Sawah padi dan kebun-kebun yang terbentangf luas di Lombok. Dan makcik tu.. sempat lagi pose! |
Memulakan pendakian ke Air Terjun Stokel. |
Air tejun yang pertama, Benang Stokel. |
Kami berhenti di kawasan parking ojek dan kena naik beberapa meter untuk sampai ke lokasi air terjun ni. Masuk je kawasan ni suasana dah bertukar sedikit sejuk dan redup dengan deruan bunyi air terjun. Udara memang segar! Melalui laluan berpagar, kami dapat melihat di celah-celah pokok air terjun tersebut. Memang cantik. Dan apabila sampai kat situ, mata memang terpukau dengan pemandangan di hadapan mata. Cantik gile okay! (Minus pemandangan umat manusia yang sesak kat situ lah).
Suasana yang hijau, tenang dan udara yang segar lagi nyaman! |
Ramai orang sebab weekend. Better datang on weekdays. Anyway viewnya breathtaking! |
Memang segar gilerrrrr mandi kat sini! |
Nasi bungkus dengan ayam suwir yang pedas. Memang favorite aku! |
Sepanjang perjalanan pergi dan pulang, mata disajikan dengan pemandangan desa-desa di Lombok dengan sawah dan kebun yang terbentang. Dan memandangkan hari ni adalah hari libur, maka ada beberapa tempat kami melihat diadakan majlis perkahwinan dengan perarakan pengantin di jalan utama. Meriah sungguh dengan lori bandnya dan speaker yang bukan main kuat. Lagunya apa lagi.. dangdut lah! Tak sedar kepala dan badan turut bergoyang. Hahaha..
Kenduri kahwin di sini dah macam konsert bergerak. Punyalah meriah. |
Selepas tu, sekitar jam 5.45 petang, kami singgah pula di Lombok Exotic, toko yang menjual pakaian/t-shirt Lombok. So, sempat la sambar beberapa helai untuk diri sendiri dan member-member rapat.
Pelbagai jenis t-shirt, baju dan kain-kain boleh beli kat sini. |
Dinner di New Furama Senggigi Restaurant. |
Grilled seafood. Boleh tahan sedap. |
Day 3: Senggigi, The Gilis (Gili Trawangan & Gili Meno)
Pada hari ketiga ni kami akan ke Gili Trawangan tinggal di sana selama 4 hari 3 malam. Memang aku plan sebegini sebabnya memang nak stay lama sikit kat pulau ni. Itinerarynya santai je. Nak snorkelling dan selebihnya hanya melepak je kat pulau.
On the way to the Gilis. |
Singgah di Villa Hantu sebelum ke jeti. |
Pemandangan Pantai Senggigi di atas Villa Hantu di Bukit Malimbu. |
Kelihatan 3 Gili dari atas bukit ni: Trawangan, Meno dan Air. |
Cantik betul view di atas Bukit Malimbu ni. |
Jeti menuju ke Gili Trawangan. |
Di perairan Gili Meno. |
Lihatlah betapa jernihnya air kat sini! |
Tak boleh tahan tengok air yang biru.. terjun juga lah! |
Batu-batu karang di perairan Gili Meno. |
Gili Meno dengan pasirnya yang putih dan lautnya yang jernih membiru. |
Sasak Bar, salah sebuah cafe yang menjadi tumpuan di Gili Meno. |
Tengoklah betapa sesaknya Sasak Bar dengan pelancong luar. |
Lunch di Sasak Bar ~ set ayam lalapan dengan air kelapa muda. |
Kawasan kampung di Gili Meno. |
Tasik air masin di tengah-tengah Gili Meno. |
Sampai di Gili Trawangan, dah dapat bayangkan kesesakan kat sini. Punyalah meriah dan ramai dengan umat manusia. Gili Trawangan adalah Gili yang paling happening berbanding dengan 2 Gili yang lain. Sebabnya kat sinilah paling banyak bar, pusat hiburan dan restaurants. Those yang kaki party memang sinilah tempatnya. Anyway, tempat penginapan aku tak ambil kat kawasan ni sebab tak tahan dengan suasana yang sesak dan bingit. Aku pilih chalet di bahagian utara Trawangan yang lebih sunyi dan tenang.
Welcome to Gili Trawangan! |
Main street di Trawangan. |
Jom naik cidomo! |
Hazab juga naik kereta kuda ni. Mujurlah sekejap je. Hahaha... |
Mulanya kami ditempatkan di deretan chalet dengan garden view. But then, seingat aku, aku book kat Agoda jenis sea view. So, aku jumpa balik staffnya beritahu about this and yupp.. dia tersilap. After that kami ditempatkan di 2 buah seaview chalet (takdelah seaview sangat pun sebab dah di-block dengan cafe etc... but still nampaklah sipi-sipi lautnya itu...). Salah satu chalet aircondnya tak berapa nak berfungsi but luckily dapat dibaiki. Gila kau takde aircond kat sini. Panas gile kot. Ada aircond pun tak terasa sangat bila tengahari apatah lagi kalau takde aircond. Seingat aku, selama stay kat Trawangan ni.... berderet botol-botol air minuman aku susun kat para bilik. Panas gileeee!!!
Selesa tapi kalau siang agak panas even dah buka aircond. Maybe masa ni memang tengah musim panas. |
Toilet di Pondok Windy, Gili Trawangan. |
Selesai makan, pusing-pusing area sini kejap then kami decided nak pi massage. Kami bertiga je yang pergi massage. Eric tunggu kami kat luar. And I think aku lagi suka massage kat Phuket or even Bali. Lagi murah dan berkualiti. Hat yang kami pergi ni massagenya so-so je. Boleh la setakat nak hilangkan lenguh-lenguh kaki. Tapi takdelah membantu sangat pun.
Habis massage, kami tapau balik terus ke bilik untuk berehat. Penat snorkeling tak hilang lagi. Esok kami plan nak berbasikal mengelilingi Trawangan. So, kita rehatlah dulu.
Day 4: Gili Trawangan
Hari kedua di Trawangan. Kami breakfast di chalet sebab dah include skali. Ada pilihan roti bakar, omelette dan lain-lain. Cukup untuk mengalas perut di pagi hari. Lepas breakfast kami lepak-lepak dulu kat chalet dan kawasan sekitar.
Menikmati udara pagi di Gili Trawangan. |
Ayam betutu, menu pilihan untuk tengahari ni. |
Sambil makan sambil menikmati pemandangan ni. Best ke idok??? |
Sambil berjalan, singgah beli jagung bakar. Ada 2 perisa: manis dan pedas. Aku pilih pedas. Sodap! |
Banyak booth sewa basikal kat main road Trawangan ni. |
Kau tak gile tengok air sejernih nih??? Wajib terjun ya... |
Cantik buat silhouette photography kat sini. |
Spot melihat sunset di Ombak Sunset, Gili Trawangan. |
Buai yang famous tu ramai yang dok beratur. Malas nak menunggu. Kat sini pun jadilah. |
Masyallah... cantik sunset kat sini. Boleh nampak Gunung Agung di Bali dari sini. |
Kalau nak dinner kat sini pun boleh juga. |
Anyway, balik bilik, kami berehat sebentar. Mandi la weh.. badan dah berlengas-lengas dengan air laut. Aku dengan Eric memang dah tak larat nak keluar. Yang lagi 2 tu pi merayap kat centre tengok liveband dan pasar malam. Aku bantai membuta kat bilik saje. Aktiviti paling best kot! Hahaha.
Day 5: Gili Trawangan
Hari ketiga di Trawangan. Nothing much yang kami buat. Lepas breakfast, kami lepak kat sekitar chalet ni. Sekitar jam 2 lebih baru kami cycling ke centre untuk makan tengahari. This time around kami start dari arah utara melalui gerai-gerai souvenirs yang terletak berhampiran dengan chalet.
Pondok-pondok menjual cenderamata sepeti baju, kain, gelang, rantai dan lain-lain. |
Daging Sapi Cabe Hijau. |
Rawon yang dah separuh dihirup. Rasa daging sapinya sangat kuat which I like! |
Aku boleh minum ni bergelas-gelas especially time cuaca panas macam kat sini. |
Sunset di hadapan Pondok Windy. |
Outdoor movie screening. |
Trawangan at night. |
Day 6: Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air, Kuta
Last day in Trawangan. Pack apa yang patut but sebelum pulang ke Senggigi, kami plan untuk snorkelling lagi sekali memandangkan masa 1st snorkelling tu macam tak puas. Jadinya, on the way sebelum pergi pulangkan basikal (takleh nak refund 1 day extra tu) kami usha package island hoping di sekitar jeti ni. Bila sampai dekat area pasar malam tu, terjumpa this one guy yang friendly offer snorkelling package. IDR 680,000 per boat untuk kami berempat selama 4 jam. Kira okay lah tu sebab pergi few places iaitu Gili Air, Gili Meno, turtle spot dan underwater bicycle spot.
Sebelum menaiki bot. kami singgah kedai membeli roti, minum dan lain-lain selain menapau nasi bungkus dengan kari ayam dan mee goreng. Harga sebungkus ni lebih kuran RM4.00 lebih. Murah kan? Dah la meriah isinya.
Menapau nasi bungkus dengan mbak ini. Sempoii... |
Sedap kari ayamnya.. pedas! Memang kesukaan aku lah. |
Never get enough of this! |
Seronok gila snorkeling kat sini! |
Menikmati pemandangan di Trawangan sebelum pulang ke Senggigi. |
Lepas setengah jam barulah boleh bergerak. Tersangkut kat pasir punya pasal. |
Di Teluk Nare, driver kami, Pak Encik dah siap-siap menunggu. Kali ni bukan Fandi sebab dia kena entertain visitor juga dari Malaysia. Dari Teluk Nare ke Kuta, perjalanannya adalah lebih kurang 2 jam. Sebelum sampai di hotel, aku minta Pak Encik bawakan kami ke restoran untuk dinner. Mengidam nasi balap. So, dia bawakan kami ke Nasi Balap Puyung - Rumah Makan Rinjani 2. Katanya famous tempat makan ni. Masa sampai takde la pulak orang. Betul ke tak kan? Tapi bila dah duduk order, banyak pulak pelanggan yang sampai. Maybe kami sampai awal sikit kot.
Masa kami sampai lengang je. After awhile.. ramai pulak orang singgah. |
Menu nasi balap. |
Simple je tapi very tasty. Tu sebab aku suka Indonesian food. |
Kami sampai di hotel sekitar jam 7.45 malam. Di Kuta ni kami bermalam ni Puri Rinjani Bungalows yang terletak berhadapan dengan Pantai Kuta. Sampai-sampai dah gelap. Tak dan nak usha.
Lepas checkin, masuk bilik.. mandi air panas puas-puas dan tidur. One thing for sure, ni adalah hotel paling best sepanjang berada di Lombok ni. Cantik, sangat selesa dan puas hati.
Day 7: Kuta, Tanjung Ann & Mawun Beach
Hari ketujuh kami di tanah Lombok dan pertama di Kuta. Jangan tersilap.. di Lombok pun ada Kuta. Bukan hanya di Bali. Kami bangun awal pagi untuk breakfast dan menikmati persekitaran hotel ni. Memang hijau dan cantik. Bilik kami adalah antara unit -unit banglo kecil. Di hadapannya terdapat kolam renang dengan taman yang hijau. Lebih kepada senibina Bali. Dan katanya di kawasan Kuta ni pengaruh Balinya lebih kuat berbanding kawasan lain.
Redup dan tenang sekali suasana di Puri Rinjani Bungalows ni. |
Sebelum sampai di Tanjung Ann, Fandi turut bercerita tentang Puteri Mandalika (since lalu kat this area yang namanya Mandalika). Mengikut ceritanya, pada zaman dahulu ada seorang puteri yang sangat cantik dan kerana kecantikannya, maka ramailah putera raja yang menaruh hati kepadanya. Bimbang berlaku perebutan antara para putera raja tersebut yang boleh membawa kepada perpecahan dan peperangan, Puteri Mandalika ni mengambil keputusan untuk terjun dari atas cerun yang tinggi ke pantai. Mereka mencari puteri tersebut tapi tak jumpa. Tak lama selepas tu, muncul cacing-cacing yang berwarna-warni yang katanya jelmaan sang puteri. Dan kat Pantai Seger, Lombok ni, sekitar bulan Februari dan Mac, terdapat pesta yang dinamakan Bau Nyale dalam bahasa Sasak yang bermaksud menangkap cacing. Begitulah ceritanya!
Pantai Tanjung Ann di hadapan Warung Turtle. |
Jangan cakap korang tak terpukau tengok pemandangan secantik ini. Lautan Hindi yang terbentang luas. |
I just sat here and said "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallahu allahuakbar". |
Breath-taking view! |
Sambil minum air ni, sempat jugalah membeli t-shirt Lombok yang dijual oleh beberapa penjual jalanan kat sini. Beli kat sorang, tapi yang lain turut berkerumun kat ko suruh beli gak. Sorrylah takleh nak beli semua. Mana nak sumbat nanti.
Selepas Tanjung Ann, kami dibawa ke Summit Kuta untuk melihat pemandangan sebahagian Kuta dari atas bukit ni. Singgah sekejap je la untuk bergambar.
Pemandangan Kuta dari atas Summit. |
Sekitar jam 12.10 tengahari, kami sampai di sebuah lagi pantai iaitu Pantai Mawun. Pantai Mawun terletak lebih kurang 8km di barat Pantai Kuta. Pantainya berbentuk half-moon dan diapit bukit di kiri dan kanannya. Pantainya luas dengan pasir yang putih dan halus. Kami tak mandi pun kat sini. Just lepak bawah payung... melayan perasaan dan mencuci mata.
Pemandangan indah di Pantai Mawun. |
Pantai Selong Belanak yang landai dan luas. Pasir putihnya halus. |
Lunch di sini. Pekena mee goreng sahaja. |
Nikmatinya la hidup santai sebegini... |
Day 8: Kuta, Bumbangku, Sade Sasak Village - Kuala Lumpur
Last day in Lombok! Ya Allah cepatnya masa berlaku. 8 hari kat sini tak terasa. Tau-tau cuti dah nak sampai ke pnghujung. So, siap semua packing, kami breakfast di hotel pada jam 8.30 pagi dan menunggu Fandi menjemput kami untuk ke rumahnya.
Settle checkout pada jam 10.20 pagi, sebelum ke rumah Fandi, dia bawa kami ke Teluk Bumbang. Menurutnya, ini antara hidden place di Lombok. Jarang tour nak bawa ke sini. Dari atas ni, kita boleh nampak kawasan penternakan mutiara yang merupakan antara perusahaan yang terkenal di Lombok.
Kawasan penternakan mutiara dapat dilihat dari Teluk Bumbang. |
Identiti senibina kaum Sasak di Lombok. |
Wanita Sasak. |
Menenun kain, aktiviti utama kaum wanita di sini. |
Cenderahati buatan kaum Sasak. |
Sampai je kat rumahnya, seluruh ahli keluarganya menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra. Dan beberapa ahli keluarga Fandi juga pernah bekerja di Selangor. Untuk makan tengahari, kami disajikan dengan nasi balap, hidangan asli Lombok. Seperti yang aku ceritakan sebelum ni, nasi balap yang dimakan di rumah Fandi memang sangat sedap! Untuk aku, Fandi order istimewa dengan sambal yang lebih pedas. Perghhhhhh.. memang nikmat. Tambah lagi, minum dengan kopi O Lombok... kopi kampung katanya. Tak tergambar kesedapaannya.
Ahh... nasi balap paling sedap! |
Fandi dan abangnya turut membantu kami membungkus barangan yang dibeli di dalam kotak dengan barang-barang kiriman iaitu nasi balap dan kopi Lombok untuk teman-teman kami di KL yang pernah datang dan menjadi tetamu Fandi sebelum ni. Dalam hati punyalah happy sebab dapat bedal lagi nasi balap kat KL nanti. Hahaha..
Rajin diorang tolong bungkuskan barangan kami. |
Anyway, di airport, selesai urusan checkin semua, kami lepak di cafe dan pusing-pusing mencari apa yang patut sebelum boarding flight pada jam 7.00 malam. Alhamdulillah, kami selamat sampai di KLIA2 sekitar jam 9.30 malam.
Demikianlah serba sedikit pengalaman yang dapat aku kongsikan dengan korang semua. For sure, aku akan datang lagi ke Lombok ni. Tempatnya memang sangat cantik dan kos bercuti di sini takdelah mahal sangat. Dan aku kena datang lagi untuk mendapatkan nasi balap itu!!!
Bye bye Lombok.. See you soon! **Sunset di Ombak Sunset Gili Trawangan** |
0 Comments:
Post a Comment