#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Monday, August 5, 2013

Rahsia awet muda


Post kali ni macam agak poyo la bunyinye kan? Tapi biaq pi la. Aku nak kongsi gaks apa yang bermain dalam kepala aku ketika dan saat ini.
Source: http://cdn.vogue.com.au//media/articles/1/8/2/0/18255-1_l.jpg?170408
Okay... rata-rata yang first time jumpa aku mesti tersilap teka umur aku. Paling muda orang pernah teka umur aku adalah 25 tahun! Hahaha.. How I wish!!! Tapi hakikatnya pakcik dah terlebih 10 tahun dari usia itu. Lahir pada 1978.. so makna tahun 2013 ni umur aku dah 35 tahun... kertunya la kan? So bagi yang tanya apa rahsia aku.. meh aku listkan. Takde rahsia apa pun. Cam biasa je aku rasa. Here we go:
  1. Stay happy always - maknanya... tak payah nak sesakkan kepala otak dengan masalah sangat. Memang la hidup sentiasa berdepan dengan masalah. Tapi tak payah terlalu nak stress memikirkannya. Stay cool je. Terlalu memikirkan masalah akan menyebabkan muka nampak tak ceria dan cepat tua. Percayalah!
  2. Jangan lupa senyum/gelak - Hakikatnya hati yang senang dan gembira akan terpancar pada wajah. Lagipun senyum tu kan sedekah. Tak payah la nak asyik buat muka malaikat maut je. Orang yang tengok pun boleh tertekan. Lagi satu, aku sangat suka cerita bergenre komedi. Genre yang serious dan berat membuatkan otak aku serabut sebab aku jenis malas nak fikir. Komedi ni boleh membuatkan kita gelak dan gelak hingga lupa segala masalah. Tapi jangan la sampai terlampau banyak gelak tak tentu pasal pulak kan. Itu gila namanya ya. Lagi best kalau ada kawan-kawan rapat yang memang ada bakat sebagai pelawak. Sentiasa ceria je hidup kita.
  3. Serum/krim anti aging - ini adalah satu keperluan bagi yang dah nak masuk atau dah masuk 30-an. Memang aku tak pernah tinggal tepek bendalah ni kat muka setiap pagi nak keluar rumah dan malam sebelum tidur.
    ANew Reversalist Renewal Serum dari Avon sangat baik untuk mengurangkan kedutan.
    Masa Sale Kempen 12 hari tu aku borong untuk stok 4 bulan. :P
  4. UV Protection Cream - sebelum keluar rumah wajib pakai. Aku pakai jenis BB Cream for Men yang berSPF-40. Cahaya matahari yang berlebihan tidak baik untuk kulit ya.
    I'm using this right now. Beli kat South Korea. Dah setahun guna.
    BB Cream for men dari The Faceshop
  5. Pergi buat facial - memandang aku tidak dikurniakan kulit yang flawless dan cantik, maka terpaksa membuat kultus-kultus mengarut seperti ini. At least once a month aku akan pergi Herbaline buat facial dan extraction untuk keluarkan whiteheads dan blackheads yang berlambak kat muka ni.
  6. Jaga pemakanan - aku memang suka makan! In fact kalau kt Instagram aku tu memanjang je aku post gambar makanan. Tapi sama ada sedar atau tidak, sebenarnya aku ni jenis health-conscious gak bila bab makanan. Lately aku lebih banyak makan salad-salad, buah-buahan, Japanese, Korean or Arab food seperti sashimi, bibimbap, hummus atau fattoush. Malam most of the time aku just minum susu soya yang aku campur dengan psyllium husk, selain buah-buahan, biskut atau apa-apa yang ringan. Or kalau aku masak, aku akan hanya akan grill sahaja atau buat sup especially sup ikan, doenjang jjigae atau apa-apa yang aku rasa menyihatkan. Nasi dan masakan Melayu or Indonesian yang memang aku suka gile (nasi liwet Cibiuk yang sedap tu), aku hanya allow masa weekend je. So masa weekend je la kalau aku nak makan ikut suka hati tanpa rasa bersalah. Tapi kadang-kadang masa weekdays tu termakan juga. Hahaha..
  7. Ambil supplement - selain penjagaan muka secara luaran, dalaman juga penting. Dah nak senja ni, kena la rajin ambil supplement sama ada yang berupa multi-vitamins, collagen dan sebagainya. Collagen penting juga sebab semakin kita berusia, pengeluaran collagen dalam badan semakin berkurangan. So dengan mengambil supplement, ia membantu la sedikit sebanyak.
  8. Banyakkan bersenam - yang ni aku masih belum berjaya nak buat sangat. Aku memang malassssss gile nak bersenam. Selalu je miss. That's why la aku jaga makan sebab aku tahu aku jenis malas buat exercise ni. Kalau tak jaga makan memang bulat la jawapnya.
  9. Amalkan senaman muka - setiap kali lepas gosok gigi, amalkan senaman muka yang mudah ni: 1) Muka tegak memandang cermin. 2) Buka mulut luas-luas. 3) Dongakkan muka ke atas sambil mulut terbuka. 4) Dalam posisi dongak, tutupkan mulut rapat sambil menghalakan dagu sedikit ke hadapan. 5) Kembali ke posisi tegak menghadap cermin. Buat la dalam 20 kali ulangan. Ia membantu mengurangkan kedut di leher dan mengurangkan double chin. (Aku baru amalkan sebab terjumpa senaman ni kat youtube... hahaha)
  10. Stay single - yang ni memang ajaran sesat dari aku. Hahaha. Tapi kan.. rata-rata kawan aku yang dah berkahwin memang nampak berumur sikit la.. sebagai contoh rambut dah semakin susut dan perut dah makin ke depan. No offense tapi tu la hakikatnya. Tapi kan.. aku rasa mesti derang dah bahagia.. bini masak sedap, ada anak comel, poket dah lebat.. so apa nak fikir lagi.. kan? Lain la yang single dan masih tercari-cari macam aku ni...
  11. Jangan takut untuk bergaya - jangan jadikan alasan dah berumur untuk kurang bergaya. Tapi jangan la sampai terlebih gaya sampai orang kata tua bangka tak sedar diri pulak kan. Agak-agak la. Tapi jangan lah berpakaian typical orang-orang dah berumur. Yang penting tampil segar dan nampak siuman!
  12. Banyakkan berkawan dengan orang muda - mengambil berkat aura muda mereka ni... hahaha. Tengok Kak Ta tu.. muda je kan walaupun dah nak masuk 40-an! Hehehe..
  13. Sentiasa bersangka baik - ini sangat membantu! Kalau kita asyik bersangka buruk dengan orang je.. air muka pun nampak keruh dan tak ceria.
  14. Sentiasa basahkan muka dengan air sembahyang - statement sebegini sememangnya poyo! Hahaha..
Begitulah serba sedikit coretan aku yang tak berapa nak ilmiah menjelang waktu nak balik di bulan puasa ni. Harap-harap ia membantu.

Ikhlas dari saya;
DUTA BEDAK NYONYA.. hahahahahaha

0 Comments: