Mari kita berangan lagi!! Hahahha..
Tadi pasal kereta, sekarang aku nak berangan pasal rumah plak. Sebenarnya aku dah penat berada dalam rumah aku sekarang ni. I need new interior (or perhaps a new place.. :D). Dah lebih 6 tahun aku bergelumang dengan interior yang sekarang ni. Dah naik bosan pulak. Walaupun yang first time masuk rumah aku kata cantik la.. itu ini la.. tapi deep inside hati pakcik.. meronta-ronta nak new make-over. By the way, interior aku pernah masuk paper dulu (Klik sini). **Sempat promo... dasar biyatchhhhh!!!. Hahaha**
Okay, sekarang meh aku cerita apa yang aku nak.
First of all, aku perlukan unit kediaman yang mempunyai view yang menarik. Lebih-lebih lagi kalau viewnya adalah kawasan hijau, pokok-pokok rendang ataupun mengadap gunung-ganang yang saujana mata memandang. Mesti best!!! La ni, aku dah bosan menghadap blok/rumah orang, yang bukan sahaja takde umat manusia yang hot/sexy, malah setiap kali ada je aku dengar couple laki-bini/or whatever di blok bertentangan yang memanjang je bertekak dan bergaduh. Drama sangat! Asal malam or masuk maghrib mesti ada je dengar suara bini dia terpekik terlolong macam kena sampuk syaithon. Stress pakcik! Lagipun kan, pemandangan yang hijau ni kan baik untuk mata. Dah la kerja aku hari-hari mengadap komputer. Dapat tengok view yang redup camtu sure dapat merehatkan mata sedikit sebanyak. Dan bila dah mengadap view yang lapang tanpa ada blok/rumah yang bertentangan, tak payah la nak berlangsir bagai sangat. Nak berlari-lari bogel dalam rumah pun tak menjadi masalah.
Berangan la kan nak dapat view camni... |
Tapi.. camni pun jadi lah.. |
This time around, kalau aku dapat new place, aku nak terapkan kediaman aku dengan konsep "minimalist". Dalam erti kata lain, aku nak rumah aku lapang dan togel semaksimanya tanpa ada perabot-perabot yang banyak dan menyemakkan. Aku start tertarik dengan konsep minimalist ni start dari belajar architecture dulu lagi. Favourite architect aku masa tu adalah Mies Van Der Rohe yang terkenal dengan falsafah "Less Is More" itu. Tapi entah camner la aku boleh terhias rumah aku la ni dengan color-color dark dan warm. Dulu excited la.. but la ni aku dah start rasa cam rumah urut atau pusat pelacuran je.. hahaha.
Dari segi pemilihan warna, aku just nak gunakan warna putih sahaja untuk semua ruang supaya nampak luas dan terang. Tak larat dah dengan warna-warna gelap ni. Untuk kemasan lantai.. if ada duit boleh pasang timber flooring. Kalau takde bajet pakai je tiles yang bercirikan warna/corak kayu. Tapi tatau la mana lagi murah kan? Tapi yang pasti ceramic tiles ni aku rasa lebih tahan lasak.
Ceramic tiles bermotifkan kayu |
Sekali imbas nampak macam timber flooring kan? |
Oh! Dan aku tertarik juga dengan konsep ni masa stay di Lub-d Hotel di Silom masa aku bercuti di Bangkok dulu. Boleh refer kat sini. Dan start dari tu aku berangan kan best kalau living room aku lapang je... cuma ada set home theatre dengan beanbag saja. Senang nak bergolekan depan tv. So Insyallah, kalau ada rezeki, aku nak buat living room aku camni. No more kerusi meja bagai!
TV room di Lub-d Horel, Silom, Bangkok |
Untuk bedroom pulak, aku prefer gunakan platform bed sahaja dengan tilam yang maha empuk, selain dari TV yang melekat kat dinding. Wardrobe pulak pakai yang jenis built-in je. Dan warna mestilah putih.. Serba serbi putih konsepnye.. Harus la nampak walaupun sehelai bulu ari-ari gugur kan?
Dinding putih dengan timber flooring |
Platform bed sahaja sudah mencukupi |
Built-in cabinet |
Dan akhir sekali bahagian dapur. Turut menggunakan konsep yang sama; berwarna putih dengan material yang tahan lasak. Tau je la kalau masakan Melayu kan. Goreng, tumis bagai. Kena yang guna kunyit.. mau meraung aku kalau kotor. Tapi bila dah dapur cantik sebegini, mungkin aku akan makan salad sahaja??? Hahahahhaa.. Berangan!!!
Putih suci dapur sebegini. Nak masak pun takut |
So, begitulah angan-angan aku di petang hari ni. Harap-harap akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Maklumlah nanti dah tua.. mana larat aku nak vacuum, bersihkan rumah yang berlambak dengan barang perhiasan macam sekarang ni. Semput pakcik.. ><"
0 Comments:
Post a Comment