Me and my nephews |
Semakin aku berusia.. semakin kurang excited aku nak menyambut Aidilfitri. Why leh? Tak macam kebanyakan orang yang aku tengok yang tersangat seronok nak sambut raya. This year lagi la. Satu baju raya pun aku tak beli. Cuma yang ada baju yang aku tempah kat Vietnam haritu yang plan nak pakai masa wedding kawan aku.
Ketidak-seronokan nak sambut raya aku dah start rasa masa awal-awal aku masuk universiti dulu. Dan bila dah kerja ni makin menjadi-jadi plak. Tapi adalah juga kegembiraannya since aku dah ada anak saudara ni. So kalau time dia balik beraya kat JB, aku la orang yang paling gembira. Seronok melayan kerenah dia. This year pulak lagi best sejak dia dah pandai bercakap ni. Mulut macam bertih jagung. Oh! By the way, yang sulung tu namanya Ali Uraidhi and the little brother (berusia 7 bulan... lahir same date dengan walid aku) bernama Muhammad Baqir.
Tapi la ni diorang dah balik Kemaman... sunyi la plak rumah. **sighhh...**
0 Comments:
Post a Comment