#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Saturday, May 26, 2012

Yogjakarta

Short trip dengan Cik Scabbers. Cuma sempat cover Merapi, Candi Prambanan, Borobudur, Jalan Malioborro & Keraton (tu pun bahagian luar je). Cuaca hujan jadi malas nak berjalan. Sampai je airport, Adit, tour guide kami terus angkut pergi ke kawasan yg terjejas dek letusan Gunung Merapi pd tahun 2010. Memang teruk kesannya... mcm padak jarak padang tekukur. Antara batu2 yg menimpa semasa ledakan berlaku adalah sebesar kereta! Mengerikan! Syukur Alhamdulillah Malaysia bebas dari bencana seperti ni. Selepas melawat kawasan Merapi, kami dibawa ke Candi Prambanan. Candi Hindu yg dibina sekitar abad ke-9. Dah puas pusing2 dan ambil gambar, kami naik tram ke Candi Sewu yg juga terletak dalam kompleks yg sama. Candi Sewu (atau seribu dalam bahasa Jawa) ni juga terkenal dengan legenda Loro Jonggrang dan lebih tua dari Candi Prambanan. Kemudian, kami ke Ratu Boko yg terletak di atas bukit - binaan peninggalan Kerajaan Mataram Kuno pada abad ke-8. Dah penat berjalan2, Adit bawa kami makan di Restoran Bu Lies. Kami try nasi gudeg krecek komplit dengan es tape ketan.. dlm erti kata lain nasi + ayam rendang + telur pindang + tauhu + tempe + kulit lembu dengan air tapai pulut.
Oasis Hotel di Jln Prawirotaman. Bersih, cosy hotelnya, staff juga peramah. Ramai expat stay di hotel2 sekitar Prawirotaman ni.
Kampung yg musnah semasa letupan Merapi.
Candi Prambanan.
Candi Sewu.
Penjual air di kompleks Ratu Boko.
Ratu Boko.
Nasi gudeg di Bu Lies.
Sebelah malamnya, kami ke Alun-Alun Selatan, yg berdekatan dengan Keraton. Meriah kawasan ni dengan beca yg dihiasi dengan mcm2 jenis lampu. Kat sini, Adit ajak kami test "kelurusan" hati masing2 dengan cara menutup mata dan jalan merentasi dua pokok besar yg ada kat situ. Katanya kalau berjaya lepas, org itu hatinya lurus. Aku dan Cik Scabbers try dua kali.. endup berpusing ntah merata2 tempat. Nampak sgt hatinya pencong!! Hahaha.. Then kami ke Jalan Malioborro, tempat membeli-belah yg terkenal kat Yogja ni. Mcm2 produk tempatan dijual terutamanya batik, cenderamata dll. Aku sempat beli jubah batik utk umi dan few souvenirs utk dibawa pulang. Oh! Tak lupa.. Bakpia! Kuih yg terkenal kat Yogja ni. Sedap dimakan panas2... lagi2 yg berperisa keju.
Kalau hatinya lurus bisa lepas di antara dua pokok itu.
Jangan harap nak lepas. Berpusing2 tawaf. Kok hatinya pencong buk!
Jalan Malioborro.
Ada live performance kat sini. Asik sekali melihatnya :P
Bakpia Keju.. sodap!!!
Pada hari kedua, kami ke Candi Borobudur yg terletak di Jawa Tengah. Bila masuk sini, pelancong luar akan diberi kain batik utk dipakai semasa masuk. Terasa kagum melihat ukiran pada dinding2 candi di sini. Sgt detail! Dah habis berpusing, singgah masjid sebentar utk solat Jumaat. Then singgah makan kat Restoran Padang. Memandangkan hari hujan, maka niat utk pergi ke Istana Air Taman Sari dibatalkan. Adit ajak kami pergi tgk kraf.. tapi sebab hujan dan penat, kami decide balik bilik saje. Malamnya pula, kami dinner di Bebek Goreng H. Slamet. Mmg terbaik itik gorengnya. Rangup di luar, lembut di dalam, makan dengan ulam dan sambal, cukup puas hati! Siap tapau utk makan kat bilik lagi. Hehe.. Sebelum balik bilik, singgah sekejap kat area Prawirotaman dan Malioborro utk last shopping sebelum balik keesokan harinya. Wajib datang lagi Yogja ni.. Rindu Bebek Goreng saya!!!
Ukiran pada dinding Borobudur.
Stupa @Borobudur
Bebek Goreng H. Slamet.. lazat skali!!!
Adit kata kalau sentuh menara ni akan bisa sampai ke Yogja lagi. Dapat sentuh, so Insyallah harap2 ada rezeki bleh dtg lagi.
Read More

Friday, May 25, 2012

Broga Hill

Broga Hill, dekat je dengan rumah. So far dah few times mendaki bukit ni. Selalunya aku start daki around 6.00 - 6.15 am. Nak naik ke puncaknya lebih kurang setengah jam. Normally kalau weekend tu mmg ramai umat yg datang sini. Boleh jadi traffic jam masa mendaki. Pemandangan dari atas ni sgt memukau, tambah2 lagi kalau time tu angin bertiup kuat... Nyaman sekali!!! :P

Read More

Sunday, May 20, 2012

Sabah with My Besties

Peluang ikut Nisha balik ke kampungnya di Sabah mmg tak boleh dilepaskan! Tambahan pula, pakciknya offer nak bawa kami jalan2 di sini. Mmg la seronok. Jadi, bila sampai je kat airport, terus checkin di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Letak je beg, terus cabut ke Kota Kinabalu Park. On the way tu, singgah di Nabalu mencari serba sedikit kudap-kudapan. Biasa lah.. yg berjalan ni jenis tak boleh kosong perut kan? Sampai di kaki Gunung Kinabalu, kami mencuci mata dengan pemandangan yg indah. Cuaca pula sejuk dengan angin yg kuat. Disebabkan cuaca berawan tebal, maka puncak Kinabalu takde la kelihatan sangat.
Time ni cuaca cloudy, so puncak Gunung Kinabalu tak berapa nampak.
Setelah puas berjimba, snap photo kat atas tu.. kami dibawa pula ke Poring Hotsprings. Kat sini, kami berpeluang jungle tracking dan naik Canopy Walk - bapak tinggi jambatan gantung ni. Saper gayat or ada sakit jantung baik jangan naik. Tak pasal2 mati kat tengah nanti. Then, kat situ juga ada Kipungit Waterfall.. tak mandi pun. Just menikmati keindahan alam selain dari keindahan makhluk2 yg berkunjung di situ.. Hihihi. Dah habis kat sini, kami pergi balik ke hotspring, merendam kaki yg dah keletihan berjalan tadi.
Canopy walk @Poring Hotsprings. Saper yg gayat baik jgn naik!
Kipungit Waterfall berhampiran dengan hotsprings.
Lembah Kundasang.
Untuk dinner, pakcik Nisha bawa kami ke Gayang Seafood Restaurant. Macam2 jenis seafood ada kat sini. Tinggal nak pilih je. Kami order butter prawn, sambal udang, ketam masak kamheong & ikan kerapu masak nyonya. Harga pula sememangnya jauh lebih murah banding ngan KL. Bayangkan lauk-pauk yg kami pilih untuk 4 orang makan termasuk air cuma dalam seratus lebih je. Dan rasanya tak payah nak ckp lah... Orgasm dibuatnye!!!
Gayang Seafood Restaurant.
Udang Sambal @Gayang
Kamheong Crab @Gayang. Terbaik!!!
Keesokan harinya, kami buat island hopping. Amik package yg ada ditawarkan kat Jesselton Point tu - merangkumi Sapi, Manukan dan Mamutik Island. Pemandangan toksah cakap la.. mmg cantik! Air yg jernih kebiruan, pantai dengan pasir halus.. cukup indah! Ikan pun mmg byk.. bila tabur roti.. berduyun tiba. And of coz la.. pemandangan indah manusia2 di situ... hahahaha. Santapan mata juga lah kiranya.. :P
Sapi Island.
Mamutik Island.
Lepas habis aktiviti tu, kami balik hotel utk checkout. Tapi sebelum tu pekena kopi Tenom kat coffee house hotel. Then terus ke rumah Nisha (di mana lokasinya aku tak pasti.. tapi taklah jauh sgt). Rumah dia baru habis kenduri.. so dapat la juga menjamu selera skali. Kami bermalam kat sini. Esoknya kami dibawa ke Pasar Filipina mencari cenderamata untuk dibawa pulang. Antara yg aku beli keronsang black pearl, bangles dan fridge magnet (benda wajib beli setiap kali travel). Lepas shopping kami pusing2 town dengan auntie Nisha. Makan, buat facial, pergi massage/body scrub semua. Puas hati sungguh! After that, pusing2 di Sutera Harbour dan tgk sunset di Tanjung Aru. Pakcik dia bawa pergi this one stall yg jual fruit juice. Aku order avocado juice gelas besar. Heaven!!!!  Mixed fruit ABC dia pun sedap. So kalau korang datang Tanjung Aru, jgn lupa try minuman kat sini. Gerai No.6 & 7.
Kalau ke Sabah jgn lupa cuba kopi Tenom.
Snacks @Philippines market.
Philippines market, another section yg jual souvenirs.
Keronsang black pearl kat Philippines market.
Sutera Harbour.
The best gerai minuman di food court Tanjung Aru.
Mixed fruits ABC... yummehhh!!!
Sunset @Tanjung Aru.
Cultural performance @Tanjung Aru.
Sebelum balik esoknya, pakcik Nisha belanja kami dinner di Kampung Air Seafood. Katanya kat sini harganya lebih murah dari Gayang. Sedap gak. Makan sampai licin tak ingat. So bila perut kenyang, dalam flight leh la tidur dengan aman.. Hehe.
Kampung Air Seafood. Mcm2 jenis seafood ada.
Sampai licin.. satu pun tak tinggal!
Read More

Wednesday, May 16, 2012

Pulau Perhentian Kecil

Percutian 4 hari 3 malam yg di-organisekan oleh Dee and the gang yg berharga RM200 lebih termasuk transportation, tempat tinggal and snorkelling. Rugi la kan kalau tak join! The best part was... cuma aku je seekor kumbang yg dikelilingi oleh 14 bungaan yg kembang dan yg kembang tak jadi. Hahahaha.
Samudra Beach Chalet, Perhentian Kecil.
Dari Station Putra KL naik bas ke Jeti Kuala Besut. Bertolak malam so sampai Kuala Besut awal pagi. Sempat breakfast kejap kat situ. Then, nak ke pulau kami naik bot laju. Lebih kurang setengah jam kami sampai di Pulau Perhentian Kecil. Stay kat Samudra Beach Chalet. Betul2 mengadap laut. Sangat gumbira!!! So aktiviti kami kat sana seperti biasa... makan, snorkelling, berposing, main game, bertukar2 cenderamata, barbeque, mengumpat, bergossip, berlawak, makan, cuci mata.. dan makan lagi.. dan cuci mata lagi. Sampai lah ke last day. Bebudak ni aktif bersukan bagai. Aku ngan Kerol pula kerjanya lepak kat cafe sebelah chalet tu makan2 sambil menikmati udara segar dan pemandangan2 indah (yg statik juga yg bergerak.. :P)
Usha kiri kanan sebelum terjun.. hehe.
Jernih sgt air sampai nampak clear ikan2 ni..
Miss that cafe... selalu lepak situ makan dengan Kerol sambil cuci2 mata.
Snorkelling kat sini mmg best sbb hidupan marin sgt banyak serta terumbu karangnya cantik terpelihara. Kalau bernasib baik masa kat Marine Park, kita boleh terserempak dengan ikan yu ataupun penyu. Aku yg asalnya ckp dengan Bai pegi nak ambil gambar saja, sudahnya bila dah masuk dlm air seronok sampai taknak kluar2! Sampai birat kena sunburn kat badan.. 6 bulan pastu pun tak hilang2!!
Terumbu karang di Marine Park.
Ni la yg kononnya just nak ambil gambar je. Dah masuk tak reti2 nk kluar!
Dan last day masa nak pulang ke jeti, bot kami kena tahan dengan polis marine sbb pakcik bot bawa lebih muatan (lebih 2 org je..). Dah satu keje masing2 kena tunjuk IC bagai. Dah la bebudak ni dah lambat nak kejar bas. Macam2 hal pakcik2 polis tu. Nasib baik sempat. Tapi aku tak join balik dengan derang. Aku terus ke Kuala Terengganu sbb kebetulan ada event masa tu. Dan masa ni juga lah aku sempat berkenalan dengan pasangan dari Holland, Wietse & Claartje yg kebetulan tgh menunggu bas yg sama nak ke KT utk ke Pulau Kapas. Menghabiskan sisa2 cuti sebelum balik katanya... :D
Read More

Sunday, May 13, 2012

Family Day @Sarawak

Trip ke Kuching ni actually my family day masa tahun 2011. Kebetulan birthday my brother, Salim dan selain daripada tu nak visit my uncle, Pak Uda yang memang dah lama tinggal kat sana (Mak Uda orang Melayu Melanau). Most of my family members ni baru first time nak naik flight (selain dari Walid yang dah beratus kali ulang alik Indonesia & adik ipar aku yg belajar kat Arab). Paling best.. Salim. Nak semput pun ada.. nervous.. macam2 hal. Sampai kat sana, Pak Uda jemput kami kat airport. Lepas makan semua, kitorang pergi Pasar Serikin. Jauh gak dlm 80 km lebih kot. Masa sampai tu cuaca macam nak hujan. Kat sini ada jual macam2 produk terutamanya dari Sarawak dan Indonesia. Daripada telekung, baju, beg, barangan kulit, periuk belanga, cenderamata dan macam2 lagi. Aku just ikut je la pusing2. Tak berapa berminat sangat. Lainlah Walid, melilau mata tengok barang2.. Hahaha.
Pasar Serikin.
Comel plak aku tgk kete nih. Nyesal tak beli.
Basikal ni pun macam menarik.
On the 2nd day tu, pagi2 aku dah cabut ikut Pak Uda pergi cari ikan terubuk masin kat pasar. Mak Uda pula dah siap2 masak Udang Kunyit dengan Terung Sarawak Masak Asam. Sedap plak rasa terung Sarawak ni. Lemak2 masam. Mak Uda kata ada jual kat sini je. Lepas makan siap2, kitorang dibawa meronda bandar Kuching. Dari Waterfront, kedai2 souvenirs sampailah ke Muzium Sarawak. Bagi aku tempat yang paling best of coz la kedai2 souvenirs. Seperti biasa borong keychain, fridge magnet, black pepper (produk yang paling terkenal) dan kuih tebaloi (snek tradisional popular - dibuat dari sagu). Sang adik ipar pula, dalam banyak2 benda, sumpit juga dibelinya!
Terung Sarawak Masak Asam.
Sarawak Museum.
Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Astana, opposite Sarawak River - built by Charles Brooke, the White Rajah.
Shophouses yang banyak menjual art & craft, produk2 tempatan.
Aku beli pasu ni sbb kombinasi color dan ukirannya menarik.
One thing yang aku perasan kat Kuching ni, nama jalan dia... bapakkk panjang gile. Banyak benar gelarannya ya? Lepas shopping, Mak Uda bawa kitorang pergi beli Kek Lapis Sarawak yang femes itu. Letaknya opposite Waterfront (seberang sungai). Nama kedainya, Mira Kek House No.15. Memang sedap kek lapis dia. Ada macam2 perisa, lemak pula tu. Banyak juga aku beli. Bagi kengkawan katanya. Then lepas tu visit abang Mak Uda plak. Makan lagi...
Panjangnyeeee....
Sedap kek lapis Mira ni.
Sebelah malamnya pula, abang Mak Uda ajak dinner ngan family dia kat luar. So we went to Chillipeppers.. somewhere in town. Aku order Laksa Sarawak. Nak try Umai takde la plak... Hmm.. tekak aku tak berapa sangat dengan laksa ni. Laksa Johor juga yg best! Anak jati Johor la kan..
Laksa Sarawak.
Mungkinkah akan datang ke sini lagi? Dunno la. Personally aku rasa nothing much here. Mungkin kalau ke daerah lain or National Park or somewhere else ada yg menarik. Or maybe sbb pegi ngan orang2 veteran ni tak boleh nak adventure sangat. Aku nak pegi Cultural Village tu, tgk budaya derang pun orang tua tak berminat. Tak tgk mana nak tahu kan? Pegi tengok then baru kita learn something, betul tak? Apa-apa pun the best part was, dapat berkumpul ramai2 dengan family tersayang! :D
Read More