Dua minggu yang lepas, aku mengambil kesempatan untuk menghabiskan hujung minggu di sebuah ecopark yang baru dibuka ~ ESPEK ECOPARK, yang terletak di Kampung Ulu Slim, Slim River, Perak. Ia sebuah projek hiliran milik Espek, anak syarikat RISDA.
Nanti aku akan update dengan lebih lanjut lagi mengenai tempat ni. Apa yang pasti, aku memang suka gilerrrr kat sini sebab suasananya sangat nyaman dan segar dengan air sungai yang bersih.
Kejadian ini berlaku semasa Hari Malaysia pada 16 September 2016 yang lepas. Mulanya aku takde plan nak merayap ke mana pun, tapi disebabkan si Bai dok mengajak pi berjalan, maka aku pun ikut je lah.
Yang join trip ni 5 orang. Aku ngan Bai satu kereta. Eric dengan Effa satu kereta. Erol akan turun dari Sungai Petani. So, kami fetch dia di Terminal Feri je nanti.
Bergerak awal pagi seusai solat Subuh sekitar jam 6.45 am. Alhamdulillah, trafik smooth je. Takdelah jam sangat pun. So, kami sampai di Penang sekitar jam 12 tengahari. Selesai menunggu dan ambil Erol di Terminal kami pi lunch dulu Nasi Kandar Line Clear. Selesai lunch, kami checkin tempat penginapan kami di Moontree47 yang terletak di Muntri Street, Georgetown. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ni boleh klik kat sini.
Moontree47 di Muntri Street, Georgetown.
Memandangkan guest yang stay kat bilik kami tu tak keluar lagi, so kami tinggalkan je beg-beg kami di kaunter dan keluar merayap semula. Plannya nak ke Bukit Bendera lah. So sampai kat sana tengok manusia punyalah ramai. Tapi masih gigih lagi la beratur nak membeli tiket dekat sejam. Then, ingatkan okay lah. Sekali kena beratur lagi sekali untuk masuk ke dalam tram dan linenya memang panjang gile. Kalau nak tunggu ni mau makan lagi sejam lebih. Discuss dengan derang semua, last-last kami malas nak menunggu. So, tiket tu kami let go je pada one of the Chinese family yang dok beratur nak beli tiket tu.
Sampai hotel sekitar jam 4 lebih, kami terus masuk bilik dan berehat. Then keluar mencari light snacks di Lebuh Chulia. Pekena kuih-kuih dan mee goreng mamak kat one of the stalls there.
Nasi lemak ada... kuih ada...
Mee goreng mamak pedas satu!
Us at Lebuh Chulia.
Selepas tu, kami drive pergi ke Gurney Drive.. apa lagi pekena pasembur lah. Seperti biasa aku order di stall favorite aku. Dan pakcik yang buat pasembur sambil menari-nari tu nampaknya dah berpindah gerai.. kalau tak silap aku lah.
Ramainya umat. Eh.. ada hamba Allah yang dok selamba ambil seat kami tanpa rasa bersalah. Huh!
Pakcik ni dah pindah gerai ka?
Favorite pasembur!
Muka kekenyangan.
So, lepas kenyang, kami merayap pulak ke Feringgi.. tapi sekejap je lah. Takde apa pun kat sana. Night market situ pun macam dah nak tutup plus takde apa pun barang-barang yang menarik untuk dibeli. Jadi, lepas tu terus balik bilik dan berehat.
The next day, kami breakfast di kawasan yang berdekatan dengan Moontree47 dan pusing-pusing di sini sahaja. Dan untuk lunch, kami pergi ke Teluk Kumbar untuk mencuba Ayu Mee Udang atau Gerai Mee Udang Cantik di sana. Gigih juga lah menempuh trafik nak ke sana.
Mee Udang di Teluk Kumbar
But sebelum tu, kami singgah dulu mencari jeruk Pak Ali yang famous tu untuk dibawa pulang.. selain mata turut mengusha t-shirt dan poskad di kedai yang berhampiran.
Buah tangan wajib dari Penang.
So, sampai di sana gerai masih baru dibuka. So, kami pun orderlah mee udang yang famous katanya tu. Okay boleh tahan sedap. Udangnya fresh, isinya kenyal dan sedap. Cuma kalau dibandingkan.. aku tetap suka Mee Udang Mak Teh kat Kuala Sepetang di Perak sana.
Mee Udang Ayu.
Selesai makan mee udang, kami dok mencari pula gerai Laksa Tempurung yang terletak di kawasan yang sama iaitu Teluk Kumbar. Dekat je gerainya tapi macam abit confuse nak mencari. Tak hilang lagi kenyang dah nak try makanan lain kan? Hahahaha.. kata JJCM.. camtu la kaedahnya.
Laksa Tempurung Teluk Kumbar.
So, sampai kat gerai ni, aku order Laksa Tempurung dengan cendol. Lainnya di sini, ia dihidangkan di dalam tempurung kelapa. Dari segi rasa bagi aku biasa je lah kot. But farrrrrrr better daripada Laksa Janggus yang kami makan dulu. Harapkan famous je.. rasa takde lah sedap mana pun. Tapi okaylah kat sini, at least boleh makan tepi pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Hehehe...
Laksa & Cendol Tempurung.
Makan dan lepak-lepak sambil menikmati angin laut.
Oh, by the way nak mencari gerai Laksa Tempurung ni susah sikit sebab signage nye kecil dan tempat makan ni terletak di bawah menuruni bukit. So, kena alert sikit lah bila nak mencarinya.
Habis makan, balik bilik berehat. Then keluar semula berjalan di sekitar UNESCO World Heritage ni untuk mengambil gambar selain mencari mural yang famous kat area Armenian Street tu. Habis merayap kat area tu, kami singgah di Gudang Cafe for our coffee session.
Somewhere in Armenian Street.
One of the temples there.
Jumpa gak mural ni.. tapi kena beratur ak bergambar. Muka pose tgh malu orang tengok. Haha.
Gudang Cafe.. memang asal gudang lama ni.
Pesta kalori!
Then on the way balik tu kami singgah lagi kat gerai Papa's Coconut Ice Cream, menjual dessert ala-ala Sangkaya tu. Ya Allah, banyaknya makan!
Kalori lagi... huhuhuhu tapi sedap!
After that, kami keluar lagi ke Padang Kota Lama. Kat situ ada pameran Bear apa ntah. Ya ampun.. ramainya umat manusia! Dan kat situ pun ada disediakan gerai-gerai makanan. So, okaylah untuk kudap-kudapan sambil berjalan. Tak lama pun lepak situ sebab hari dan start hujan. So, sebelum hujan kami dah cabut balik. Nasib baik tak lencun. Dan, sebelum balik bilik si Erol mengidam nak makan Nasi Kandar Beratur. So.. layankan je lah. Aku memang dah tak larat nak makan. Habis makan, cabut balik bilik. Esok dah nak balik dah kan...
Meriah dengan manusia.
Colorful naaa...
Gigih beratur nak pekena nasi kandar.
Last day, selepas checkout, kami breakfast di restoran nasi kandar kat sini, sebelum drive balik KL. Sengaja checkout awal sebab takut jem menghala ke KL tu. Memang jem juga lah tapi nasib baik aku tak drive. aku bantai tidur kat seat belakang. Hahahaha...
So, begitulah serba sedikit cerita trip kami ke Penang haritu. Balik KL dengan penuh sesalan sebab balik dengan berat badan yang bertambah! Tabahlah Omaq....
Wowww!!! Bersawang betul blog aku sebab lama tak update. Nampak sangat busy dan tengah takde mood nak menaip. Anyway, rasanya takdelah terlalu lewat nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca di luar sana. Semoga tahun ini lebih baik, cemerlang daripada tahun sebelumnya. Dan semoga Ringgit kembali kukuh supaya takdelah hazab kalau nak travel nanti. Huhu..
Anyway, untuk post kali ni aku nak review tentang sebuah boutique hotel di Georgetown, Penang. Actually trip ni adalah pada Hari Malaysia pada 16 September 2016 yang lepas.
Facade Moontree47 di Muntri Street.
Moontree 47 ni terletak di Muntri Street, Georgetown di bahagian timur Penang. Berhampiran dengan Padang Kota Lama. Ia merupakan sebuah boutique hotel di dalam bangunan rumah kedai lama. Menariknya di sini, ia terletak berhampiran dengan Chulia Street dan terletak di dalam UNESCO World Heritage Site. Semua tempat-tempat yang menarik terletak within walking distance je.
Apa yang aku suka tentang hotel ni ialah rekabentuk dalamannya yang berkonsepkan vintage dan klasik. Di dalam ni penuh dengan pelbagai barangan lama/antik yang jarang kita jumpa sekarang ni. Ini adalah antara koleksi owner hotel ni sendiri iaitu Kent. So, kiranya kalau korang datang ke sini, seolah-olah korang kembali ke zaman silam.
Airwell di lobi hotel.
Di sini terdapat beberapa pilihan bilik bilik iaitu single, double dan family room. Kami memilih untuk menginap di family room yang terletak di bahagian bawah. Harga bilik yang ditawarkan pula sangat berpatutan RM70 (single) kepada RM260 (family room - 4 pax), bergantung pada low/peak season. Juga ada kemudahan aircond, kipas, air panas dan wifi.
Family room yang boleh memuatkan 3 orang.
Family room dengan 1 queen bed dan 1 single bed.
Melangkah masuk menuju ke bilik kami, mata disajikan dengan pelbagai tumbuhan hijau yang rimbun. Sejuk dan redup sungguh mata memandang. Rasa macam kat kawasan rumah kampung pulak. Aku suka betul suasana macam ni. Dengan daun pintu dan tingkap bilik menggunakan kayuan lama, memang hidup betul suasana vintage kat sini. Nyamuk kat sini? So far takde la pulak kena gigit. I think derang dah pasang insect repellant kat area hotel ni.
Pohon-pohon rimbun di jalan masuk menuju ke bilik kami.
Pokok-pokon kecil pad atempat mencuci tangan.
Tempat melepak dengan deko barangan lama.
Best juga melayan perasaan kat sini.
Hijau lagi nyaman gitu suasananya.
Walaupun keadaan hotel ini seakan lama, tetapi ia juga dilengkapi dengan sistem keselamatan menggunakan access card. So, kalau nak masuk ke kawasan bilik, kita perlu menggunakan card yang diberikan semasa checkin tu.
Nak masuk area bilik kena guna access card.
Selain itu, pengunjung yang bermalam di sini boleh membeli pelbagai koleksi postcard sama ada untuk koleksi sendiri atau untuk dipos kepada teman dan keluarga. Ada disediakan postbox di luar hotel ni dan setem pun boleh dibeli kat sini. Macam aku, aku memang suka beli poskad semasa pi travel, so bila ada kat sini, macam rambang mata lah jadinya.
Banyak koleksi poskad di sini. Pilih je nak yang mana.
Before balik sempat bergambar dengan Kent, owner hotel dan kucing-kucingnya.
So, bagi sesiapa yang nak merasa tinggal dalam suasana seolah-olah berada di zaman-zaman dahulu, cubalah stay kat boutique hotel ni. Selain ownernya yang peramah, kalau korang jenis suka kucing, boleh juga bermain dengan beberapa ekor kucing yang manja-manja kat sini.
So, bagi sesiapa yang berminat untuk cuba bermalam ni di sini semasa berkunjung di Penang, bolehlah hubungi Moontree47 untuk maklumat lanjut. Selamat bercuti!
Address: 47, Muntri Street George Town, Penang 10200 Malaysia Telephone: +60 42644021 Website:http://www.moontree47.com/ E-mail: moontree47@gmail.com
Suasana awal pagi di Tanjung Inn Villa de Fedelia. Cherating.
Hi semua. Apa khabar? Lama pulak tak update blog kan? Ye la mana nak sempat. Sibuk bersilat dengan kerja-kerja office semua. Second part pasal Japan trip pun aku tak upload lagi.
Anyway, dalam kesibukan ni, aku sempat juga mencuri masa untuk merehatkan diri. Since weekend lepas "agak free" sedikit.. so aku mengambil kesempatan untuk pergi bercuti ke Cherating. Dari dulu, Cherating menjadi favorite spot aku untuk weekend getaway atau short vacay ni. Nak pi PD?? Ah... bosan nak mati kat situ. At least Cherating ni pantai dia best sikit. Selain tu, boleh singgah Kemaman pekena satar, otak-otak dengan pulut panggang kan?
A week before pergi, aku sempat usha hotel-hotel dekat Agoda.com, plannya macam nak stay kat Impiana sebab sebelum ni aku pernah stay kat sana dan berpuas-hati dengan hotelnya. Tapi masa tengah scroll hotel list ternampak nama Tanjung Inn ni. So, bila aku buka pagenya, rasa macam menarik pula tempatnya. First yang buat aku tertarik adalah gambar landskap dan kolamnya tu. Dan bila tengok harga bilik, takdelah mahal mana dan sangat affordable. Harga bilik tersebut termasuk breakfast adalah RM283.00 semalam but lepas tolak dengan Agoda point aku, harga bilik tersebut jatuh less than RM200.00. Kira murah la tu kan? Tanpa membuang masa, aku terus book family room yang boleh memuatkan 4 orang sebab cadangnya nak pergi dengan Erol, Bai dan Eric.. but end-up Eric cancel last minute sebab ada company dinner.
Suasana kampung yang menyebabkan aku tertarik dengan Tanjung Inn.
So, pada hari Sabtu tu, kami bergerak dari rumah sekitar jam 9.00 pagi. Asalnya nak bertolak seawal jam 7.00 pagi tapi dah bangun lewat dan settlekan kerja sedikit, barulah kami gerak. Alhamdulillah jalan tak sesak.. mungkin bukan public holiday atau cuti sekolah.
On the way tu, kami singgah di R&R Maran untuk lunch. Nak singgah di Temerloh macam tengah kenyang. Kalau aku dah sampai Pahang ni, mestilah pekena ikan patin tempoyak kan? Seketul besar tu berharga RM12.00. Dah naik harga kot memandangkan la ni ikan patin sangkar banyak yang mati sebab Sungai Pahang semakin kering. Apapun, Alhamdulillah puas hati dapat makan hidangan famous negeri Pahang ni.
Sampai Pahang, kena la try ikan patin tempoyak dulu.
Kami sampai di Tanjung Inn, Cherating sekitar jam 1.30 petang. Tak susah nak cari lokasinya... walaupun Google Map tu tag location yang sedikit berbeza (but Google Map yang aku letak kat bawah tu betul kedudukannya). Selesai check-in dan ambil kunci, kami terus pergi ke "teratak" kami yang terletak beberapa meter dari main entrance. Chalet kami terletak di bahagian tengah dan verandahnya menghadap ke kolam buatan. Viewnya memang sangat menarik. Penuh dengan pokok-pokok, memang sejuk mata memandang.
Signage Chalet Tanjung Inn, Cherating.
Main entrance ke kaunter.
Area lobby... wifi kat sini ada la. Kat bilik aku cam takde je.
Inilah chalet kami: family room yang boleh memuatkan 4 orang.
Seriously kalau aku tahu kewujudan resort ni, dah lama aku stay sini setiap kali berkunjung ke Cherating. Aku sempat berbual dengan boss atau anak boss resort ni masa tengah merayap mengeliling resort ni. Namanya Selena.. ke Serena.. aku tak sure. Hahaha. Katanya resort ni memang kurang dikenali di kalangan pelancong tempatan tetapi tetamunya banyak dari kalangan pelancong luar negara kerana resort ni banyak mendapat recommendation/feedback yang baik dari TripAdvisor dan Lonely Planet. So, tak hairan la kalau kelibat pelancong luar selalu kelihatan kat sini.
Sangat tenang!
Kolam buatan.. sesekali muncul biawak kat sini memeriahkan suasana. Hahaha.
Best lepak kat verandah ni.
Boleh tahan kelakar...
Oh! Lupa nak bagitau, chalet kami merupakan sebuah rumah yang berkonsepkan rumah tradisional Melayu yang diperbuat daripada kayu. Rekabentuknya menarik dengan tumbuhan yang menjalar di dinding chalet. Family room ni agak luas dengan menempatkan 2 buah katil queen size. Bilik airnya juga bersih dan selesa, terdapat kemudahan hot shower, air-cond, kipas dan peti sejuk (walaupun tak berapa nak berfungsi sangat). TV ada tapi kami tak tengok pun sebab siarannya tak berapa clear. Wifi kat bilik aku tak sure ada ke tak... tapi rasanya takde. Cuma ada di bahagian reception sahaja.
Cannot move on dengan viewnya.
Katil dengan tilam yang empuk.
TV ada tapi tak tengok pun...
Tandasnya yang agak selesa. Hot shower pun ada sekali.
Dan yang menariknya, di sini juga disediakan mini library. So, kepada sesiapa yang ulat buku tu, boleh spend masa membaca dengan tenang di sini.
Baca-Baca Library untuk ulat buku.
Cafe berdekatan dengan library.
Di Tanjung Inn ni juga menawarkan pelbagai jenis penginapan yang lain antaranya villa (yang boleh menempatkan kumpulan yang lebih besar), director chalet, family chalet, deluxe chalet, fan chalet, new chalet yang menghadap laut, digs serta khemah.
Chalet jenis villa di seberang kolam.
Deretan chalet jenis yang lain.
Chalet baru yang mengadap pantai.
Aku agak tertarik dengan khemah yang sedang dalam pembinaan tu. Harganya sangat murah, RM50.00 semalam untuk 2 orang. Dan ruangan tidurnya juga selesa dengan tilam yang tebal dan pelbagai kemudahan yang lain. Menurut Selena (or Serena) lagi, khemah ini akan ditambah dengan drawer bagi memudahkan tetamu menyimpan barangan mereka dengan lebih selamat.
Khemah baru yang ditawarkan di Tanjung Inn.
Ruang rehat dengan tilam yang selesa.
Menurutnya juga, kawasan di sekeliling khemah ni akan dilengkapi dengan kolam dan pancuran air buatan serta keseluruhan kawasan ini akan ditanam dengan rumput-rumput. Ia dijangka siap dalam masa sebulan dua lagi. Aku dapat bayangkan yang kawasan ini akan bertambah menarik bila dah siap nanti. Maybe kalau aku datang sini next time aku nak try bermalam di khemah ini.
Di hadapan khemah tu akan dibuat kolam buatan. Sure cantik bila dah siap nanti.
RM50.00 semalam untuk 2 orang, Not bad right?
Resort ni memang sangat tenang dan mendamaikan.. tu dia bahasa aku. But seriously memang camtu. Kepala rasa relaks bila tengok pemandangan kat sini. Hilang stress sekejap. Lebih-lebih lagi kalau korang bangun pagi dan keluar ambil angin time ni. Dengan bunyi desiran ombak, tiupan sang bayu dan bunyi burung-burung berkicauan, memang tenang gilerr!!! Trust me.
Hilang semua stress kejap bila kat sini.
Dok melayan perasaan memang best.
Banyak agas mengganas kat sini!
So, on Sunday tu kami takde buat apa sangat pun. Aku bangun awal sikit sebab memang plan nak ambil angin segar pagi-pagi hari tu. Tambahan pula perut memang tengah lapar gile. Selesai merayap kat sekeliling resort, around 7.00 something aku pergi ke cafe untuk breakfast. Ingatkan dah buka. Rupanya pukul 8.00 pagi baru start. Simple breakfast je. Roti bakar, dengan pilihan omelette atau scramble egg. Boleh la buat mengalas perut. Lepas habis breakfast tu, kami sambung semula breakfast kat Hai Peng Koptiam di Bandar Kemaman, pekena nasi lemak, nasi dagang dan roti bakar.
Lepas subuh merayap kat sekeliling resort ni. Best!
Breakfast comel je kat Tanjung Inn tu.. so kita bedal kat sini plak.
Menjamu selera sambil menjamu mata.. hahaha.
Roti bakar dengan kaya tu memang win. Tambah plak minum dengan air cham tu. Perghhh!!!
Oh! Malam sebelumnya, Bai bawa kami dinner di Kemaman juga, dekat area pasar kalau tak silap, bedal nasi kukus ayam berempah. Dengan harga RM6.50.. cukup murah sebab portion ayam dia memang besar dan seksa juga aku nak menghabiskannya.
Ayam dia besar okay...
Satar, otak-otak, pulut panggang dengan nasi air kami dah bedal tengahari masa sampai Cherating tu. Tu memang acara wajib. Tapi lately satar dia makin kecil je. Apapun, aku tetap suka pulut panggang dia. Sedap!!! Sebelum balik KL pun kami singgah lagi tapau bawa balik.
So, that's about it la pasal short trip aku kali ni di Cherating. Kepada pembaca yang berminat untuk stay di Tanjung Inn ni boleh lah try. Cuma nasihat aku dua je:
Sediakan dan pakai insect repellent semasa nak melepak di pantai area Tanjung Inn ni. Kalau kat area lain yang aku pergi, serangga/agasnya takde lah ganas mana. But kat area ni, meriah kami kena gigit. Masa kena tu takde lah terasa sangat. Bila dah balik or after 24 hours tu, habis naik bintat-bintat kat kaki dan tangan. Gatal plak tu. Dah macam beruk aku tergaru-garu. So, jangan lupa bawa dan pakai bila turun ke pantai ya.
Bawa masuk selipar atau kasut korang kat dalam chalet sebab selipar kami 2 kali kena curi. Satu masa malam hari. Lagi sekali masa lepas balik breakfast. Aku nampak ada kelibat orang kat pintu tu, tapi taklah expect ada yang nak mencuri selipar bodoh tu. Tapi selipar yang kena curi malam tu dah la mahal.. hantu betul! Mengadu kat akak reception tu pun takde apa yang boleh derang buat.. hmmm....
Tanjung Inn, Cherating
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungan contact di bawah: