#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

Sunday, May 11, 2014

Sengal Trip to Phuket

Ini actually last year punya trip sempena menyambut birthday kawan aku, Firr. Dan ini juga merupakan trip paling sengal dalam hidup aku. Kenapa? Sebabnya dua-dua flight pergi dan balik aku TERLEPAS!!! Hahaha.

Untuk trip ni, aku beli tiket bersekali dengan hotel melalui kawan kepada kawan aku yang kerja di syarikat penerbangan itu. Katanya boleh dapat the best deal. Masa dia offer tu, dia inform aku dapat 7Q Resident which is bila aku tengok online, quite nice la hotel tu. Tapi bila dah dekat time nak travel aku diberitahu kena tukar hotel atas sebab-sebab teknikal. Hotel yang dapat aku boleh kata hotel lodge yang agak hauk, jauh beza dengan 7Q tu. Cuma yang okay, locationnya agak dekat dengan Patong Beach.

Mengikut perancangan, trip aku ni adalah pada 1-5 November 2013. Tapi disebabkan aku terlepas masa 1 November tu, maka terpaksalah aku ambil the next day flight. Memula cari la juga flight on the same day, tapi dah penuh. Pergi juga ke KLIA nak cari flight lain, takde.. dan kalau ada pun mahal gile. So nak tak nak aku pasrah je la ambil keesokkan harinya. And guess what, kawan aku sampai wonder kenapa aku senyap seharian tanpa sebarang update di social media. Dok diam-diam je ya kat rumah. Malu kalau orang tahu.. hahaha.

So, the next day tu bila nak boarding terserempaklah dengan Firr, same flight rupanya. Memang kena bahan la kan sebab kononnya dia ingat dah selamat sampai.

Jadi bila dah sampai Phuket International Airport, kami pun ambil cab ke tempat penginapan. Nasib baik la driver teksi ni orang Melayu sana, so bolehlah bercakap Melayu dengan dia. Tambang dari airport ke hotel dalam 800 baht. Lepas dah check-in hotel, kami terus keluar mengisi perut di Lebanese Flower Restaurants (berdekatan dengan Jungceylon Mall). Order la tomyam and few other dishes. Pastu terus balik bilik sebab malas nak berjalan sangat sebab kepenatan. Oh! Tapi sebelum tu kami sempat singgah kat kaunter this one girl di bawah hotel, book untuk Fantasia show and dinner keesokkan harinya. Harganya dalam 1500 baht seorang. Since memang datang sini sebab nak celebrate birthday si Firr ni, so aku belanja lah dia for this show.

The next day, lepas breakfast kami merayap ke Patong Beach untuk bersantai... lepak-lepak, merehatkan minda sambil mencuci mata. Firr pulak try buat temporary tattoo dengan this boy yang ada kat pantai ni. Lama juga lepak kat tepi pantai ni. Bila dah bosan dan kepanasan, kami pergi ke Jungceylon yang terletak berdekatan dengan pantai ni.


Pada malam harinya, van datang ambil kami di hotel. Perjalanan dari hotel ke Fantasia lebih kurang 30 minit. Malam tu hujan renyai-renyai. Nasib baiklah tak lebat. So bila sampai kat sana, takdan sangat nak berposing-posing kat luar. Terus masuk dan pergi ke The Golden Kinnaree Buffet Restaurant. Tapi apa yang boleh aku kata, Taman Tema Fantasia ni sangat menarik. Pelbagai tempat yang kita boleh pergi di dalam ni.

The Golden Kinnaree Buffet Restaurant ni pula memang besar. Ruang makannya boleh menempatkan ribuan pelanggan. Buffet timenya bermula dari jam 5.30 petang ke 9.00 malam. Dan Alhamdulillah, orang Islam tidak perlu risau untuk makan di sini kerana terdapat section makanan halal khas untuk pengunjung Muslim. Bagus kan? Hidangannya pula boleh la tahan. Nak kata best sangat tu takde la.


Lepas selesai menjamu selera, kami terus ke Palace of the Elephant untuk menonton show malam ni. Manusia jangan cakaplah. Punya lah ramai. Dan menariknya Palace of the Elephant ni ialah senibinanya mirip binaan purba dengan skulpture gajah merata-rata. Dan di hadapannya juga terdapat 2 ekor gajah di mana kita boleh mengambil gambar dengan mereka, but with extra charges.

Show kami start pada jam 9.00 malam. Untuk masuk ke auditorium ni, segala barangan elektronik seperti kamera dan handphone tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Kena tinggalkan di kaunter. Sebab show ni exclusivekan, that's why lah kan. Dan mengenai shownya, aku memang kagum. Especially part intro. Memang kenalah dengan temanya, fantasi! Show yang bertahap international dengan bantuan penataan visual dan audio menggunakan teknologi terkini.. memang superb!!! And all those elephants are well-trained. Memang aku recommend for those yang datang ke Phuket, wajib tengok show ni. Show berlangsung selama lebih kurang 1 jam 15 minit. Puas hati dan berbaloi.


Selesai show, van menghantar kami semula ke hotel, but kami tak balik bilik pun. Merayap lagi di sekitar Patong, mencuci mata sambil mencari serba sedikit souvenir untuk dibawa pulang. 

Bangla Road @Patong Beach
Kawasan ni merupakan "syurga dunia" di Phuket. Kalau di siang harinya takde la semeriah mana. Tapi tunggu bila matahari terbenam. Sepanjang jalan ni penuh dengan kelab-kelab atau pub yang beroperasi secara terbuka dan sampai ke dini hari. Setiap premis ada strategi mereka sendiri untuk menarik perhatian pelanggan. Macam-macam style. Dengan drag queennya dan segala jenis macam umat manusia. Ada yang menari dekat tiang-tiang di atas kaunter bar, dan macam-macam lagi lah. Aku hanya memerhati saja lah. Dan terbayang juga macamana kawasan ni dulu dilanda tsunami. Ermmm... 

Anyway kita tinggalkan kisah manusia yang pelbagai jenis di Bangla Road itu. Yang pasti, apa yang menarik di sini ialah kita boleh membeli crepe yang lazat dan boleh tahan murah. Tapi lagi murah kat Krabi tu rasanya. Hehe.. Crepe kat sini ada pelbagai jenis. Tapi yang kami order ialah Banana Nutella dengan Cheese and Egg. Sodap!!! The next day tu, kami beli dan makan di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Ne'ematttt!!! Tapi sebelum tu aku sempat la juga buat massage kat tepi pantai dengan sorang makcik ni. Memang kuat tenaganya. Hilang sekejap sakit badan semua. Harganya if I'm not mistaken dalam 300 baht. Lebih kurang RM30 je la. Best gak sebab sambil berurut, boleh mendengar desiran ombak menghempas pantai.. gitu la kan. :P


But, one thing yang aku realise kat Phuket ni, ramai pendatang Bangla or Indian yang berniaga di sini selain penduduk tempatan. No wonder they have this JungCeylon Mall yang rata-rata peniaganya terdiri daripada etnik berkenaan dan juga Bangla Road yang famous dengan nightlife tu.

On the last day tu, Firr keluar seawal jam 5.00 pagi sebab flight baliknya pada jam 8.00 pagi. Dan aku pun sempat la bangun temankan dia sebelum aku sambung tidur semula, sebab flight aku pada jam 8.00 malam. KATANYER!!! So bila dah bangun pagi tu, nothing much pun aku buat. Lepas brunch, aku ke Jungceylon Mall untuk shopping last minit. Then aku pergi ke bahagian bawah mall tu untuk buat Thai Massage selama 2 jam. Totally relaxing! So bila dah balik bilik kemas apa yang patut, aku pun bersedia menunggu van yang akan ambil aku pada jam 5.00 petang. Nasib baik traffic tak sesak sangat petang tu. Selepas lebih kurang sejam, sampailah aku di airport.

JENG..JENG.. JENGGGG!!! So bila dah sampai, aku pun pergi la tengok board nak tahu kaunter mana aku nak check-in. Tengok-tengok no flight, takde la. Yang ada flight pada jam 9.00 malam. Ah! sudah. Okaylah aku pun dengan selambe dan penuh keyakinan bercatwalk ke kaunter untuk checkin. Sekali mamat Siam ni cakap "Sir, this is morning flight!". Dan aku.. krik.. krik.. krik.. depan kaunter dengan eksperi WTF??? Terlepas flight lagi??? Aku tengok balik boarding pass aku 08:00. Demmm!!! Aku terlupa itu adalah pagi ya.. lain la 20:00! Baru la malam. Aduii... memang silap aku la tak check awal-awal kan. Sebabnya aku dah inform member kawan aku tu aku nak flight malam dan dia kata okay. So aku tak expect la flight tu pagi since dia pun tak bagitau aku langsung. Bengong betul. Sudahnya, terpaksa lah aku beli balik tiket baru ke KL yang berharga almost RM500!!! Shilake sungguh!!! Rugi-rugi. Untuk this trip, aku terpaksa spend extra RM1000 untuk beli tiket baru.

So, kesimpulannya, inilah trip paling sengal dalam hidup aku. Dengan extra tiket, hotel yang downgrade cam hauk.. sakit hati juga aku dengan member kawan aku tu. Memang pasni aku dah nekad, if nak travel, beli sendiri je. Lagi puas hati. Tapi takpelah, pengalaman kan? Dan sekurang-kurangnya aku dapat fulfil niat nak celebrate birthday kawan aku yang sorang tu **ayat penyedap hati**

Dan yang paling penting, for the first time in my life, insan yang jaga checkin kaunter ni selitkan smiley tu kat boarding pass aku bila dapat tahu aku terlepas flight dan terpaksa beli tiket baru. Patut la jeling meleret tengok aku masa aku awal-awal tu. Hahaha. Thanks dear! You just made my day! ^_^


But aku rasa, one day aku akan pergi ke Phuket ni. Tak puas rasanya pergi haritu. So, Phuket.. see you soon!!! =)
Read More

Sunday, November 24, 2013

Sunday, August 4, 2013

Weekend Breakaway @Krabi

 
Sebelum aku type lebih panjang lagi, aku nak ucapkan terima kasih kepada Bie kerana mengajak aku untuk turut serta dalam company tripnya ni. Dalam erti kata lain, FREE VACATION!!! Yesss!!!

Trip selama 3 hari 2 malam pada 10-12 Mei 2013 lepas adalah trip yang sekejap tapi sangat santai dan menenangkan. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Krabi. Sedih kan? Tapi lagi sedih kalau aku cerita yang Langkawi pun aku tak pernah sampai. Hahaha..

Okay, aku dan Bie sampai awal kat LCCT. So sementara menunggu officematesnya tiba, kami isi perut di Old Town. Bedal nasi lemak. Flite kami lebih kurang pukul 1.00 lebih dan sampai di Krabi Airport setelah 1 jam 30 minit perjalanan. Masa nak landing tu ternampak bentuk muka bumi Krabi yang banyak dengan pulau-pulau kecil, hati aku dah melonjak-lonjak excited. Tak sabar nak bersantai katanya. So sampai je airport, dah ada van yang menunggu. Perjalanan ke hotel agak jauh juga. Tapi the journey was great. Boleh mencuci mata melihat persekitaran yang baru.
Aku, Bie and Farah. Tempat menunggu ni banyak lalat okay. LCCT pls do something!
Di Krabi ni, kami stay di Aonang Buri Resort. Hotel ni terletak berhadapan dengan Nopparattara Beach dan hanya 10 minit berjalan kaki untuk ke Aonang Beach. Pemandangan memang cantik dan sangat  mendamaikan.
Best resort nih!
Tetiba aku jadi Tops Club Winner.. :P
Tak sabar nak landing...
Paus terdampar!
Pemandangan luar balkoni
Tenang je rasanya... chewah!
Lobby hotel
Tempat melepak untuk guna wifi
Bila dah selesai semua urusan check-in bilik, aku, Bie, Farah dan makciknya mula plan untuk keluar mencari makanan. Oh! The best part untuk trip ni adalah ia merupakan free and easy trip. So sukalah nak buat apapun. Lepas sewa scooter kat hotel tu, kami berempat terus ke menuju ke Krabi town dengan melalui jalan uta a di pesisiran pantai yang di kiri kanannya penuh dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian dan cenderahati. Tak lupa juga terdapat facial and massage centre yang bersepah-sepah kat sini.
Pusing-pusing town ngan Bie. Suruh aku bawak motor memang ke longkang la!
Krabi town
Segala mak nenek ada. Jangan lupa tawar.
Mencari makanan halal di sini taklah sesusah mana. Ada je kedai makan Muslim yang terselit di antara deretan kedai-kedai di sini. Tapi sebelum kami menjamu selera, terpandang pula this one shop yang menawarkan pakej untuk aktiviti island hopping di sini. Yang menjaganya pula adalah seorang "hakakkkk" yang peramah. Agak tertarik juga dengan pakej yang ditawarkan sebab harganya yang berpatutan. Bukanlah aku tertarik dengan hakakkk itu ya! Tapi kami tinggalkan dia dulu sebab nak survey kat tempat yang lain, mana tahu kot ada yang lebih murah (walaupun hakak tu dah jamin dia je yang boleh bagi "bes peraisss" (best price). Jalan punya jalan, kami berhenti at this one restaurant yang menawarkan makanan halal. Yang jaganya pun cam Bangla je. Ada Indian food, western food as well as local food. Aku terus order tomyam seafood sebab sejak dari dalam flite dok ingat nak makan tomyam je tadi. Food was nice dan tomyamnya boleh tahan sedap juga, walaupun saiznya ciput je. Lepas makan, kami meronda kat area kedai-kedai tersebut sambil mengusha pakej aktiviti yang ada. Ternyata memang offer hakakkk tu juga yang terbaik. So last-last kami terus book untuk 3 orang - makcik Farah taknak join sebab takut mabuk laut katanya. Pakej "Discover The Andaman Sea" selama setengah hari yang kami ambil ni berharga 1000 baht iaitu aktiviti island hopping dengan menaiki speedboat dan snorkelling di 8 lokasi sekitar Lautan Andaman ni iaitu Bamboo Island, Hin Klarng, Monkey Beach, Tonsai Bay, Viking Cave, Pi Leh Lagoon, Lohsamah Bay dan Maya Bay. Termasuk sekali dengan lunch (halal). Not bad la kan? So selesai mencuci mata di kedai-kedai ni, kami pun pulang ke hotel kerana pada malamnya ada acara dinner.
Tour yang ada
Hakak yang bagi best price.. hihihi..
Meronda mencari makanan
Tomyam yang nampak pucat tapi sedap
Dinner kami pada malam tu adalah di sebuah restoran yang terletak di tepi pantai, dekat dengan area kami berjalan petang tadi. Nama restoran tak ingat sebab tak sempat nak snap pic sebab bateri phone aku dah mati sebab tak sempat nak charge. Haaa.. banyak sebabnya kan? Food was superb! Ditambah pula makan di tepi pantai dengan hembusan bayu malam kan? Makin berselera. Selesai makan, kami merayap lagi kat area kedai-kedai souvenir tu. Sempat la sambar apa yang patut selain mata mengusha spa mana yang best  untuk pergi buat facial dan massage. So malam tu takde apa benda sangat nak buat selain daripada melepak kat reading area untuk online. Wifi tak sampai okay kat bilik. Stress pakcik!

Keesokan harinya, selepas breakfast aku, Bie dan Farah berjalan ke pantai di hadapan hotel tu sebab untuk aktiviti island hopping kami, tempat berkumpulnya di situ. Ramai juga umat manusia kat situ dengan nombor bot masing-masing. Lebih kurang jam 9.00 lebih, bot kami yang bernombor 7 tu pun sampai. So kami dah cop siap2 duduk di bahagian hadapan bot dengan harapan hendak mendapat view yang menarik. Tatau lagi tu azab yang bakal menimpa. Hahaha. Duduk sekali dengan kami adalah pasangan warga emas dari France  dan pasangan suami isteri dari Australia.
Breakfast saya
Ada makanan.. akulah manusia paling gumbira!
Muka sebelum terbakar
Ramai dah yang menunggu
Menunggu boat
Boat sula sampe..
Couple dari France
Dan couple dari Australia
Destinasi pertama kami adalah Bamboo Island. Bamboo Island terkenal dengan pasir pantainya yang putih dan halus, air lautnya yang crystal-clear dan bersih serta hidupan marinnya. Kami berada di sini lebih kurang sejam. Duduk lepak-lepak melihat aksi manusia kaedahnya.
Chicken Island
Tatau nama..
Bamboo Island
Menjejakkan kaki di Bamboo Island
Muka dah mula terbakar. Sia-sia rutin pencerahan!
Cantik pemandangannya
Duduk atas baru ni leh nyanyi lagu Ombak Rindu
Cuci mata lagi..
Selepas sejam kat sini, kami ke Hin Klarng pula untuk aktiviti open sea snorkelling yang di mana di sini terdapat banyak batu karang dan ikan-ikan yang cantik.
 
Selesai mereka bersnorkelling Hin Klarng ni, kami ke destinasi seterusnya iaitu Monkey Beach. Untuk pengetahuan korang, perjalanan dengan menaiki speedboat ni memang mencabar sebab ombaknya yang kuat. Banyak kali boat kami terhentak-hentak dan terpaksa slowkan speed. Ngeri pun ada jugak. Tangan jangan cakap la... berlilit paut kat seat. Tu la kan..nak sangat duduk kat depan. Semasa nak ke Monkey Beach ni la, ada satu masa tu boat kami terhempas kuat masa meredah ombak. Sudahnya, pakcik dari France tu terjatuh ke lantai boat. Kuat jugak terhentak belakang dia. Ye la kan.. awak tu dah tua. Tak reti nak duduk diam. Tu la jadinya. Memula dia dok rehat kat seat dalam tapi sebab still banyak kali terhentak dalam perjalanan tu, dia dah tak tahan. So kami terpaksa ke Phi Phi Island turunkan dia sebab so that dia boleh dapatkan rawatan kat klinik. Macam-macam hal. Lepas dia turun kat Phi Phi Island tu, the Australian couple tu dok mengutuk dia sebab tak reti duduk diam. Nak wat cemana... dah pakcik tu excited nak ambil gambar kan.. Hehehe.
 
Tu la pakcik. Takmo dok diam. Nasib baik tak patah tulang belakang.
So lepas insiden tu, kami teruskan ke Monkey Beach yang juga terkenal dengan hidupan marinnya. Then kami ke Phi Phi Island semula untuk makan tengahari. Ombak agak besar juga la masa kami turun dari boat tu. Kalau camni punya ombak pun aku dah ngeri, camne la agaknya time tsunami dulu kan? Anyway, lunch di sini so-so je. Meriah dengan bawang saje. Hahaha. Tapi apa ada kisah. Rezeki.. makan je lah.
Phi Phi Island
Somewhere at Monkey Bay
Mereka bersnorkeling
Aku tengok je.. malas nak turun
Cantik wey tempat ni!
Air lautnya sangat clear
Phi Phi Island
Ngeri tengok ombak dia ya..
Meriah dengan bawang sebenarnya
Done with lunch, then kami ke Pi Leh Lagoon dan Lohsamah Bay. On the way ke sana, kami singgah di Viking Cave, lokasi di mana aktiviti mengambil sarang burung dijalankan. Lalu tepi je.. tak masuk pun. Anyway, pemandangan di Phi Leh Lagoon dan Lohsamah Bay ni memang memukau. Airnya pun tenang. Aku tak berhenti-henti snap gambar. Dan akhirnya aku terpaksa mengalah.. turun juga snorkeling. Rugi pulak rasa kalau tak turun.
Viking Cave.. lalu tepi je
Tempat ni terkenal sebagai lokasi mengambil sarang burung
Tenang air kat sini
Breath-taking view di depan mata!
Terjun gak kat sini!
Phi Leh Lagoon
Sea urchin kalau tak silap. Mahal benda ni kat Jepun
Turun snorkeling gak kat sini sebab cantik sangat kawasan ni. Rugi kalau tak turun!
Destinasi terakhir untuk trip ni adalah Maya Bay yang terkenal dengan filem lakonan Leonardo DiCaprio, The Beach. Again... pemandangannya memang cantik! No wonder la tempat ni sangat famous. Dengan pasir yang putih, airnya yang jernih kebiruan dan berlatar-belakangkan bukit-bukit batu kapur. Memang indah. We spent like an hour kat sini. Lepak-lepak melihat telatah manusia dan mencuci mata. Hahaha! Kami diturunkan di lokasi yang berbeza, the other side.. bukan lokasi yang kami berkumpul tadi. Memula bajet nak jalan kaki.. ingatkan cam dekat je la kan.. tapi rasa-rasa cam jauh je. So we decided amik tuk-tuk untuk balik ke hotel. Tapi sebelum tu sempat membedal juadah ringan yang dijual di situ. Peniaganya wanita Muslim. Sedap okayyy roti perata pisang ngan cheese tu.
Airnya crystal clear!
Berlatar-belakangkan bukit batu kapur
Pasir yang putih
Cantik!!!
Ramai umat manusia kat sini
Tengok orang mundar-mandir
Lepak bawah gua.. gua ke???
Kena tengok depan mata baru dapat rasa keindahan tempat ni
Ombak kuat ya.. barai rasa badan naik speedboat ni!
Chicken Island dari jauh
Trip suda abis lor..
Ambil perhatian!
Laku bisnes akak ni
Berminyak-minyak tapi lapar punya pasal.. bedal je
Roti perata with cheese and mayo
Ini sedap hawaauu!!
Balik bilik lorr...
Sampai hotel kami berehat melepaskan penat. Time ni la rasa badan cam nak tercabut bahana dari naik speedboat yang banyak kali terhempas-hempas tu. So sebelum pergi dinner, kami pergi berurut kat spa centre hotel ni. Free je, termasuk ngan pakej hotel. So-so massagenya.. tak best mana pun. Anyway, dinner kami malam ni adalah di The Hilltop Restaurant yang memang terletak di atas bukit. Boleh nampak pemandangan Krabi kat sini.. tapi dah malam kan.. apa je yang boleh nampak. Makanannya pulak memang superb especially tomyamnya yang pedas itu. Suka sangat! Tambahan pula sambil makan, kami didendangkan dengan alunan lagu-lagu yang santai.. terasa relaks betul lah. Selesai makan di situ, kami berpecah. Ada yang nak pergi tengok show la.. nak pi last minit shopping la.
Di atas bukit katanya
Suasana yang santai, tenang lagi mendamaikan.. WTF caption aku!
Muka kelaparan
Makcik Farah yang selalu dibuli oleh anak sedaranya :P
Ini pun sodap
Ini tomyam memang terbaik!!!
Bergambar sebelum pulang
Aku ngan Bie decided untuk pusing-pusing town selain daripada mencari souvenir, kami nak cari spa yang buat facial dan massage. Aku la sebenarnya nak cari.. hahahaha. Kes tak puas hati sebab massage petang tadi so-so je. Dan terjumpa lah this one spa yang tawarkan pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan. Aku ajak Bie teman dengan membelanja dia buat foot massage sementara aku buat massage dan body scrub selama 2 jam. Best okayyyyyy!!! Puas hati sangat-sangat. Sedap pakcik tu urut badan plus dia  sental belakang badan sampai aku rasa bebas dari sebarang daki-daki. Hahaha. Selesai berurutan, kami balik bilik dan siap-siap packing. Lepas tu duduk bersidai kat bawah beronline.

Keesokkan harinya, selepas breakfast, kami pun berangkat ke airport but sempat singgah at this one souvenir shop untuk beli apa-apa yang berkenan untuk dibawa pulang. Beli satu dua benda yang menarik di situ sebagai kenangan. Kan sekarang ni aku gila kumpul piring yang bermotifkan desinasi yang kita lawat tu... so beli la untuk buat collection.
Hujan menandakan hatiku berat untuk pulang.. :(
Suda mau pulang... :(
New friends
Me, Bie, Farah dan boss mereka, the lovely Aida
me and kakak
Ya! Ini benar
Anyway, trip ke Krabi ni memang menarik dan totally santai. Suka!!! So next time boleh datang lagi untuk short-trip atau berhujung minggu mungkin. Dan terima kasih sekali lagi pada Bie yang ajak aku join trip ni and to all Kelliers yang sangat peramah dan prihatin.
Hugs kakak Bie.. next year ajak aku lagi. **harapan la kan... :P
So kesimpulan yang aku boleh buat di sini adalah:
  1. Sangat sesuai untuk short-trip, bersantai dan relax - yang paling aku suka facial dan massage kat sini. Harganya sangat berpatutan dan servisnya bagus (based on spa yang aku pergi.. tak ingat plak apa namanya... hehehe)
  2. Island hoping - tobat dah aku nak naik speedboat tu. Terhempas-hempas boat melawan ombak. Sangat tak sesuai untuk warga berumur (aku muda lagi k!!!!). Sakit gile badan lepas tu. Mungkin aku gi ambil seat depan kot.... tatau la.
  3. Nak beli souvenir or baju, topi, seluar atau apa ke.. kena tawar separuh harga atau rendah lagi. Harga yang derang letak tu agak mahal gak.
  4. Makanan halal senang nak cari. Ada je kedai-kedai makan Muslim terselit-selit kat area town tu.
  5. Kena try roti perata ngan cheese mayo atau yang sewaktu dengannya. Sedap sampai pengsan ya!

p/s: next trip mungkin Bie dah tak ajak aku dah.. sebab dia dah ada buah hati baru.. Mencik lah! Hahahaha.. :P
Read More