#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Sunday, October 26, 2014

Cibiuk ~ Rumah Makan Sunda


Sebenarnya ini adalah post yang dah lama terperap yang aku lupa nak update. Hahaha.. Walhal, ni adalah antara restoran kegemaran aku. Okay, malas merapu sangat.. mari aku ceritakan pasal restoran ni.


Rumah Makan Cibiuk yang dibuka pada Oktober 2012 ni merupakan satu-satuya cawangan Cibiuk di Malaysia yang menawarkan masakan Indonesia/Sunda. Kalau di Bandung dan daerah lain di Indonesia memang banyak cawangan. Ia terletak di Taman Putra Kajang, Bangi. Bersebelahan dengan Tol Silk Sg. Ramal. Dulu, masa aku duduk kat Kajang, pergi balik kerja memang nampak restoran ni tepi highway. Nama pun unik.. CIBIUK.. so aku rasa mesti ada something yang unik kat situ. Sebab aku memang suka makanan Indonesia especially Sundanese food sebab pedas. Dan bila nak makan, mesti pergi Ayam Penyet AP ataupun Wong Solo kat town Kajang tu. Then, bila satu hari berkesempatan singgah kat situ.. terus jatuh cinta! Sebab apa? Sebab aku memang hantu makanan pedas dan di sini memang sangat menepati citarasa aku! And since then, jadilah aku pengunjung setia Cibiuk, dari aku dok Kajang sampailah dah berpindah ke Bangsar ni. Dan dari Yasmin (isteri owner) baru beranak satu dan la ni nak masuk dua dah. Alhamdulillah rezeki namanya tu.

Nak makan kat dining table atau di lesehan? Sukati lah..
Ruang makan di Cibiuk ni besar dan selesa. Pengunjung boleh memilih untuk menikmati makanan di dining table ataupun duduk di lesehan dan makan bersila. And kalau jenis duduk makan bersila ni.. memang confirmlah kalau lepas kenyang makan, korang akan berat punggung nak bangun dan berkemungkinan tersadai di situ untuk beberapa seketika. Hahaha. And dulu, aku dengan Rubie selalu lepak kat sini dari balik kerja sampailah staff-staff kat sini dah angkat kerusi naikkan atas meja. Hahaha.. punyalah leka melepak sambil minum teh tarik. Dan sampai si Hassan, one of the waiters kat tu dah kenal dah muka ni dan tahu apa aku nak order. Hehe. Aku pun selalu introduce restoran ni kat member-member aku dan Alhamdulillah mereka semua suka dan kadang-kadang repeat datang ke sini untuk menikmati hidangan di Cibiuk ni.

Sayur celur dan pilihan sambel-sambel yang lazat dan pedas!
Okay, seperti sedia maklum, Cibiuk menghidangkan makanan Sunda yang sangat lazat. Bagi penggemar masakan pedas, bestnya di sini ialah di dalam restoran ni terdapat sebuah "booth" di panggil Rumah Sambel. Di Rumah Sambel ni, pengunjung boleh mengambil pelbagai jenis sambal yang sudah tentunya yang maha pedas dengan aneka rasa.

Ohhh.. ini feveret aku! Sambel dengan campuran tempe dan cekur.
And my favorite will always be sambal yang dicampurkan dengan tempe dan cekur tu. Unik dan lazat rasanya. Selain tu, kita boleh ambil pelbagai sayuran yang dicelur untuk dimakan bersama sambel antaranya peria, kacang panjang dan carrot. Sambal dan sayur celur kat sini adalah PERCUMA dan sukati koranglah nak ambil atau repeat banyak mana. Tapi janganlah sampai membazir pulak ya.

Set Nasi Liwet Kastrol. Hati-hati dengan cili tu. Yang tak kuat pedas, kalau tergigit tu.. boleh putus nyawa. Hehe.
Dari segi menu makanan pula, aku paling suka Nasi Liwet (bukan liwat ya!). Nasi ni didatangkan sama ada secara ala carte dalam bungkusan daun pisang ataupun sekali dengan set. Rasanya sedap walaupun makan camtu je sebab ia dimasak dengan ramuan herba, bawang goreng serta diletakkan beberapa batang cili padi. So.. hati-hati makan ya! Bimbang yang tak kuat pedas tu, kot la tergigit nanti menggelupur kepedasan.

Nasi Liwet ala carte dengan hidangan lain.
Set Nasi Liwet Kastrol Ayam Bakar untuk 2 orang.
Selain nasi liwet, menu yang aku selalu repeat order adalah Sambal Udang Petai (kadang-kadang kalau takde petai, derang gantikan dengan jering.. dua-dua sedap!), Cumi atau Sotong Goreng Crispy, Sup Iga (Sup Tulang), Talapia Goreng Cobek/Pedas dan Ayam Bakar. Kesemuanya sedap!

Talapia Goreng Cobek/Pedas.
Sambal Udang Petai yang lazat. Kalau makan ni dengan kuah-kuah licin aku kerjakan.
Dan menu lain yang aku pernah order juga antaranya Set Sate, Kepala Ikan Gurame Goreng Cobek Kicap (special sikit sebab masa order tu ikan jenis ni yang ada untuk menggantikan Talapia.. bapak besar ikan dia.. kami siap tapau bawak balik sebab takdan nak menghabiskan), sayuran goreng dan lain-lain lagi. Banyak pilihan kat sini but yang aku selalu repeat order tu la.. lima yang pertama aku sebut tadi. 

Sup Iga/Tulang dengan daging yang sangat lembut dan ditabur dengan keropok belinjau.
Cumi/Sotong Goreng Crispy. Memang rangup pun.
Di samping tu, korang juga boleh order set tahu dan tempe goreng yang boleh dimakan bersama sambel-sambel itu.. dan yang paling ngam sudah tentulah kalau makan dengan sambal kicap.

Dari segi minuman, memang banyak pilihan. Yang paling aku suka sudah tentu teh tariknya, air jeruk (jus limau yang diletakkan jeruk limau kasturi.. very refreshing!), jus alpukat dan trademark kalau minum kat Indonesia.. Teh Botol Sosro!

Teh tarik feveret. Dulu dalam gelas. La ni dah ada cawan besar ni.
Untuk hidangan pencuci mulut pula, aku paling suka Banana Cheese. Pisang yang disalut dengan tepung/breadcrumb yang digoreng garing, kemudian diletakkkan parutan keju yang banyak dan sos strawberi dan chocolate. Memang terbaik! And pavlovanya pun not bad. Tak berapa manis. 

Banana Cheese - multiple orgasm!
Selain set makanan ni, di Cibiuk ni juga terdapat stall yang menjual Bakso.. aku baca review katanya sedap. Tapi aku tataulah.. tak try lagi. Tapi aku yakin memang sedap. Kat sini apa je yang tak sedap. Cukup segala rasa. Masam, manis, masin.. semua seimbang. And pedas tu sudah semestinya.

Waroeng Baso.. ada jual bakso, mee bakso, batagor dan macam-macam lagi.
Dari segi kemudahan, Rumah Makan Cibiuk juga menyediakan surau untuk para pengunjung menunaikan solat serta wifi percuma.

Dan dari segi harga pula, aku rasa sangat berpatutan. Senang cakap, aku cukup puas hati dengan apa yang aku bayar untuk menikmati makanan di sini.

So, bagi yang ingin mencuba, di bawah ni aku sertakan lokasinya. Serious once korang dah try, korang memang aku berpuas hati.

Selamat menjamu selera!


p/s: Yasmin, mohon kurniakan saya membership seumur hidup dengan potongan diskaun setiap kali makan. Hahaha. :P


Read More

Pulp by Papa Palheta

Pulp is Papa Palheta's flagship store in Malaysia. This store resides within the premises of Art Printing Works, a historical printing plant which still functions since 1965 in Bangsar, Kuala Lumpur. Pulp supplies coffee equipment and roasted beans both at retail and commercial level. It is equipped with a cupping room, a service workshop and a cafe which serves coffee and pastries.

Semalam selepas aku, Erol dan Bai had our breakfast kat Restoran Puteri TTDI, kami merayap untuk mencari tempat untuk coffee session. All these while, sejak kat Bangsar ni, memang takde tempat lain lah.. balik-balik Chawan, Starbucks atau Tous les Jours. So, kekadang naik bosan gak. So, aku suggest kat Bai this one place called Pulp Cafe yang aku terbaca review somewhere on the internet yang bagitau this is one of the best cafes yang menghidangkan coffee terbaik in town. Aku cuma tau dia terletak di Jalan Riong, Bangsar. But exact location tak pasti. Jadi.. apalagi... Google Map lah!


Tak susah pun nak jumpa. Terletak dalam kawasan NSTP, bangunan cafe ni pada asalnya adalah sebuah kilang mencetak dan storehouse yang lama. Tapi, mula-mula tu macam tak sure juga sebab dari segi exteriornya, kalau sekali imbas macam part of the industrial area je. Tambahan pula, masa kami datang tu, orang tak ramai. Katanya, tempat ni baru beroperasi beberapa bulan. So, ramai yang tak tahu lagi kot. 



Untuk pengetahuan korang, Pulp Cafe ini adalah antara rangkaian coffee boutiques Papa Palheta dari Singapura. Dan dari segi interiornya pula, konsep industrialnya itu memang menyerlah. Tengok je la mesin printing or cutting lama kat bawah yang besar tu. Sengaja dibiarkan di situ sebagai part of the interior design.


Pulp menawarkan minuman berasaskan kopi antaranya espresso, brewed coffee, hand-brewed coffee dan lain-lain. Kalau nak yang fancy-fancy like caramel macchiato tu takde lah. Selain daripada coffee, ada juga disediakan teh, hot choccolate, fresh juices dan sebagainya. Kalau nak beli kopi yang dah disiap pack pun ada.


Selain daripada minuman, terdapat juga pelbagai pilihan pastries antaranya carrot cake, walnut brownies, chocolate truffle cake, brit bonkers. chicken pie dan lain-lain. Dan tak lupa juga ada dijual cenderahati seperti shirts dan tote bags kat sini. Kalau berminat, boleh lah beli.


Apa yang aku suka kat sini adalah suasananya. Sangat cosy dan sesuai untuk melepak dengan kawan-kawan sambil minum kopi. Tapi, waktu operasi tempat ni agak limited. So, kalau nak melepak sampai larut malam memang tak dapat la. Weekdays pun until 7pm dan weekend sampai pukul 10pm je.

Anyway, selepas ni aku dah ada satu lagi option kalau nak melepak dengan gadis-gadis aku tu. Takde lah derang bosan, balik-balik tempat yang sama. Hehehe.


Jadi, bagi sesiapa yang nak pergi, itu map dan lokasinya.


Lokasi
29-01 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu Operasi
Tuesday to Friday (9am to 7pm)
Saturday & Sunday (9am to 10pm)
Closed on Mondays

Contact
Tel: +603 2201 3650
Email: pulp@papapalheta.com
Read More

Saturday, October 25, 2014

#NowPlaying ~ Yalla by Nancy Ajram


يلا يلا خلينا نفوق يلا يلا يلا
يلا يلا نهدي ونروق يلا يلا يلا
من قلبي بدعي ان دي يبقالي ان شاء الله
دي حبيبي دي الي امتلكني يا ناس يا اهل الله
بنقابل فجاة ناس من قبل لقانا بيهم واحنا ليهم في الاساس
ومافيش منهم خلاص دول حته مننا متفصلين لنا بالمقاس
في كلام قلتة بعيوني قلبي اللي ملاهوني د ال انا هاستحلي مرة وهرسي علي برة خلااص
يلا يلا خلينا نفوق يلا يلا يلا
يلا يلا نهدي ونروق يلا يلا يلا
قدامة انا بنسي اقولة على جواية بصالة ف عينة كاني انا بصة ف مراية
انا عندي كلام كتير محتاجه لفرصه اقوله يا ناس قولولوا بدوب واغير
من الفرحة بقيت بطير وكاني رجعت بيبي الحب يانا مالوش كبير
في كلام قلتة بعيوني قلبي اللي ملاهوني د الي انا هاستحلي مرة وهرسى علي برة خلاص

Yalla Yalla let's get up yalla
Yalla yalla let's cool down yalla
From my heart i wish you remain mine inshallah
You're my love who possesses me forever yahlallah
Sometime we meet people
That are meant to be for us from the start
We cannot leave them ever
They are part of us designed especially for us
I said things with my eyes my heart dicated them
I desire his bitternes and stay for him forever
Yalla Yalla let's get up yalla
Yalla yalla let's cool down yalla
When i'm with him i forget to tell him what i feel
I look in his eyes as if i'm looking in a mirror
I have a lot to say
I need a chance to say
Please tell him i'm melting in hi love
I'm flying with joy as if i were a baby
For love has no one strong
I said things with my eyes my heart dicated them
I desire his bitternes and stay for him forever

Song titile: Yalla
Album: N#8
Lyrics & translation taken from http://lyricstranslate.com/en/yalla-yalla-lets-go.html
Read More

Friday, October 24, 2014

#wishlist ~ Tuscany & Florence

Florence, Italy
Time tengah melangut camni lah kepala otak aku melayang berangan pergi travel ke sana ke mari, Ni antara lokasi yang aku teringin nak pergi... Florence dan Tuscany di Italy. Berangan nak pergi Tuscany ni pun selepas tengok filem Letters to Juliet dulu yang banyak shoot di Siena, Tuscany. Bagi aku tempatnya sangat romantik.

Aku dah usha tour package ke sana. Range antara RM5,000 ke RM9,000... depends pada duration and destination. Aku kalau pergi jauh-jauh ke Europe nun, memang malas nak study sangat. Biarlah orang arrangekan. Kalau setakat negara-negara Asia ni okay la kot.

Vineyards in Tuscany, Italy
So, kalau dah nak sangat pergi tu, nampak gayanya kena start memenuhkan dana travel aku la. Kena skip few trips untuk merealisasikan trip ke sini. Ye lah.. aku bukannya kaya pun. Kalau asyik ke Seoul je.. bila zaman nak ke tempat lain. Kan? Tapi Seoul tu macam wajib je pergi tiap-tiap tahun.. Kampung katanya.. hahaha
Read More

Perlukah "I Want To Touch A Dog"?


La ni kecoh pasal isu "I Want To Touch A Dog" tu. Aku malas nak komen panjang sangat. Cuma pada aku kalau pun kau nak buat event yang sudah pasti akan mencetuskan kontroversi, tak payah lah nak buat kat public. Nak sentuh anjing ke.. babi ke.. tenuk ke.. kalau benda tu di luar budaya atau adab kita, buat je la secara tertutup. Tak payah nak tunjuk satu dunia kau tu lain dari kebiasaan and at the same time rasa diri orang lain akan terima keterbukaan ko tu. Nama pun hidup bermasyarakat.. tambah pula di kelilingi dengan orang Melayu Islam yang cukup sensitif bab-bab macam ni. So, kena lah peka sikit.
Dan hormatilah pendapat alim ulamak juga. Kalau takde mereka, memang hanyutlah masyarakat kita. Entahlah.. personally, aku tak nampak apa kebaikan event tu. Kalau setakat nak hilangkan rasa takut orang Islam terhadap anjing.. takde la sangat. Aku nampak anjing lalu sebelah okay je. Bukanlah takut.. cuma risau entah basah ke kering dan jika terkena najis dan satu kerja nak sertu bagai. Tu je la. Dan kalau rasa nak jadikan binatang tu sebagai pet.. memang tak lah. Banyak lagi bintang lain kan.. Diri sendiri la ni dah bergelumang dengan dosa.. tak sanggup dah nak tambah lagi rasanya.
Entah la.. aku tak faham dengan pemikiran orang sekarang. Cakap banyak pun tak boleh. Sebab kita ni bukan baik manapun. Huhuhu.. So, pendapat aku, kalau dah majority alim ulamak dah keluarkan pendapat tu.. hormatilah. Kalau bukan golongan ni nak membimbing kita yang jahil ni.. nak harapkan siapa lagi.
Wallahu'alam.
Read More

Monday, October 20, 2014

Cermin diri


Zaman sekarang ni kalau kita tak "maksum" atau 100% bebas daripada melakukan dosa, tak usahlah bermimpi nak menegur atau nak ber-amar ma'aruf nahi mungkar. Nanti tak pasal-pasal kita diberi cermin besar untuk melihat diri sendiri. So, apa yang mampu dibuat hanyalah menolak dengan hati sahaja walaupun hakikatnya itulah selemah-lemah iman.

Read More

Sunday, October 12, 2014

Hong Kong Trip - Summer 2014 Part II


Day 4: Ngong Ping 360, Kowloon City Tour & Ladies Market

Aktiviti kami pada hari ke-4 ini yang pertama sekali adalah menaiki Ngong Ping 360 Cabel Car yang terletak di Lantau Island. Untuk sampai ke sini, kena naik train ke MTR Lai King dan kemudiannya tukar ke MTR Tung Chung. But, sebelum keluar, kami breakfast siap-siap dalam cafe kat Chungking Mansions ni.. pekena roti nan dengan kari ayam yang sedap itu dan teh tarik ala-ala arwah moyang aku buat! Hehehe.

Your Sky-Land-Sea Lantau adventure begins here

Ngong Ping 360, Lantau Island
Apabila sampai di MTR Tung Chung, kita dapat melihat CityGate Outlets yang tersergam di hadapannya. So, untuk ke cable car terminal, follow je signage yang ada. Kita kena naik tangga yang tinggi di situ untuk sampai ke kaunter tiket. So, memandangkan aku dah beli siap-siap tiket masuk kat airport hari tu, kat sini just tukarkan je la.


Ngong Ping Cable Car ni mempunyai 2 jenis kabin iaitu yang standard dan juga jenis kristal (clear boleh tengok bawah). Tapi yang kristal ni mahal sikit la. Aku ambil yang biasa je sebab gayat lah kalau yang clear tu. Tak pasal-pasal sepanjang jalan tu nanti bertitis-titis air kencing. Hahaha.

Anyway, perjalanan dengan cable car ni adalah sejauh 5.7 km. Sepanjang perjalanan ni kita akan disajikan dengan pemandangan yang menarik  antaranya panorama Tung Chung Bay, HK International Airport, Ngong Ping Plateau, Laut China Selatan, the Big Buddha statue serta flora dan fauna yang terdapat di Lantau North Country Park. Tetapi, disebabkan cuaca masa kami datang tu sedikit berjerebu, maka takdelah nampak clear sangat. I bet kalau takde jerebu ni, viewnya memang terbaik!


Tapi satu je yang aku tak tahan masa naik cable car ni: 3 orang ah-so yang mulutnya... Ya Rabbi.. tak berhenti-henti bercakap. Dari awal masa beratur nak naik kabin, sampailah sampai kat atas puncak. Duduk sebelah menyebelah je tapi gaya bercakap macam kawan dia tu pekak badak. Hangin je kami ngan sorang mat saleh sebelah derang tu. Ikutkan hati nak je terajang derang keluar dari kabin tu. Kalau boleh lah. Hahaha.

Keluar dari cable car, kita akan memasuki Ngong Ping Village, sebuah Chinese cultural park seluas 1.5 hektar yang mana di dalamnya terdapat pelbagai tarikan. Antaranya The Big Buddha, International Cable Car Gallery, Po Lin Monastery, Bodhi Wishing Shrine, Wisdom Path dan macam-macam lagi.  


Kami tak pergi mana pun, just dekat-dekat sini je. Even ke Big Buddha tu pun malas. Tak larat nak mendaki tangga ke atas. Tangga masjid pun jarang naik.. ni kan pulak gigih ko panjat tangga kat sini kan? Hahaha.

Nampak tu tangganya sikit punya tinggi? Gigih la nak daki tengah panas terik ni kan.
Selepas puas berpanas terik dekat area gerbang Ngong Ping Village tu, kami singgah di Po Lin Monastery untuk merehatkan kaki dan at the same time nak snap few pictures. After that, kami singgah di Starbuck untuk menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan daripada cuaca panas kat luar. Lega sikit...


Setelah hampir 2 jam setengah kat atas ni, kami pun turun semula ke bawah. Nasib baik kali ni takde makcik-makcik saiko menghantui diri. Hahaha. But, sebelum pulang ke hotel, kami singgah di CityGate Outlets untuk shopping. Di dalam outlets ni terdapat banyak kedai-kedai pakaian dari jenama yang mahal hinggalah yang affordable. Dah terlanjur ada kat sini, sambar la sehelai dua kan. Lepas shopping, we had our lunch kat McDonald's di sini. As usual, menu Fillet-O-Fish sahajalah yang menjadi pilihan. Hehehe.


Sampai di hotel, kami berehat dalam sejam sebelum keluar semula untuk night walk di sekitar Kowloon. Kena la mandi ya... sebab tak larat nak berjalan dengan badan melekit-lekit kan ni. Kami berjalan di sekitar Avenue of Stars sebelum singgah di Heritage 1881, sebuah pusat komersil dengan hotel, butik-butik berjenama dan restoran di dalamnya. Asalnya, bangunan ini merupakan ibu pejabat Polis Marin yang dibina pada tahun 1884. Ia adalah salah satu di antara 4 buah bangunan paling lama dan bersejarah milik kerajaan yang kekal sehingga ke hari ini. Setelah dibaik-pulih, ia dibuka semula pada tahun 2009.


Sesudah berada di Heritage 1881, kami pergi pula ke Harbour City, one of the largest shopping malls in Tsim Sha Tsui. Di dalam ni menempatkan pelbagai retail outlets berjenama mewah, restoran serta pusat hiburan. Kami lepak kat sini sekejap untuk menikmati pemandangan Hong Kong pada waktu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Ladies Market di Mong Kok.


Sampai di Ladies Market, pusing-pusing dan beli apa yang patut sebelum berhenti malam makan di Miss India Restaurant kat sini. After that, terus balik naik train. Taubat dah tak nak jalan kaki macam kami buat semalamnya. Semput pakcik!

Sampai bilik, kenalah kemas apa yang patut sebab keesokkan harinya dah nak balik KL. Sedih la pulak time berjimba dah sampai ke penghujungnya. Tapi lagi sedih kalau time ni aku ada kat Seoul. Memang confirm bercucuran air mata!

Day 5: Tsim Sha Tsui - Kuala Lumpur

Hari ni merupakan hari last kami berada di Hong Kong. Pagi ni special sikit sebab hujan renyai-renyai di awal pagi. Seolah-olah ingin mengucapkan selamat tinggal pada kami. Hehehe. Selama 4 hari sebelum ni takde la hujan plak.


Anway, memandangkan flight kami ke KL adalah pada lewat petang, maka sebelah paginya kami merayap di area berdekatan di Tsim Sha Tsui ni. Selepas check-out dan meninggalkan beg kat kaunter hotel, kami breakfast dulu kat dalam Chungking Mansions ni. Brunch siap-siap. Then, tempat pertama yang kami pergi adalah Hong Kong Avenue of Comic Stars yang terletak di Kowloon Park. Di taman ni terdapat banyak patung-patung dari komik Hong Kong yang terkenal (well.. aku tak kenal sangat pun.. tapi spesis macam Dewata Raya bagai tu ada lah kat situ..). Nak berjalan kat dalam park Erol tak nak sebab katanya taman orang-orang tua.. Hahaha. Ye la kot.. macam tempat lepak pakcik makcik yang baru lepas bersenam taichi je gayanya.


Selepas tu, kami masuk di salah satu mall di situ iaitu Miramar. Kaedahnya keluar masuk mall la untuk menghabiskan masa. Then, kami merayap lagi di area Avenue of Stars sebelum lepak kat Starbuck di iSquare berdekatan dengan Chungking Mansions. Sekitar jam 3.00 petang, kami pulang ke hotel untuk mengambil beg sebelum bertolak ke airport dengan menaiki Airport Express di MTR Lai King.


Selesai semua urusan imigresen, kami duduk melepak di airport sehinggalah boarding time pada jam 7.00 malam (flight lewat sikit). Alhamdulillah, kami selamat sampai di KLIA2 lebih kurang 4 jam selepas itu.

Apapun, percutian di Hong Kong memberi pengalaman baru buat aku dan Erol. Interesting I would say. Cumanya, seperti aku mentioned sebelum ni, kalau aku nak repeat pun, aku akan pergi semasa autumn ataupun winter. Sebab tak larat nak berjalan masa summer ni. Panas satu hal.. balik sini habis gelap muka aku. Hahaha. Pastu dengan melekit-lekit dengan berpeluhnya. Tak tahan pakcik!


Okay, Hong Kong.. see you again one day... Insyallah! Dan mungkin boleh includekan Macau sekali sebab plan asalnya nak ke sana juga tapi tak jadi. Malas nak rushing ke sana ke sini. Kena pula yang berjalan ni tulang dah semakin reput.. hahaha. :P

** Untuk Part I, sila klik di sini.
Read More

Hong Kong Trip - Summer 2014 Part I


Assalamualaikum semua. How’s your Aidiladha celebration? Aku balik la JB kejap hari tu, but then memang takde buat apa lah. Dok makan tido makan tido je kerjanya.

Anyway, hari ni aku nak ceritakan serba sedikit pengalaman aku dan Erol bercuti ke Hong Kong pada dua minggu yang lepas iaitu pada 22 hingga 26 September 2014. Actually, trip ni aku plan sempena birthday aku pada tahun ni, walaupun terawal sedikit. Sebelum tu, usha juga ke tempat lain seperti Hangzhou, China and some other places. Tapi ternyata Hong Kong yang paling berkenan di hati.

Ticket & Hong Kong Entry
Dari segi harga tiket pula, kami beli 3 bulan awal iaitu pada bulan Jun. Masa tu AirAsia ada buat promotion. So, harga return ticket bersekali dengan hotel selama 5 hari 4 malam berjumlah RM800 lebih seorang. Kemudian tambah baggage, insurance dan pilih seat jadilah dalam RM1037.50 seorang. Kira okay lah tu kan? Dan bagi yang tak tahu lagi, untuk masuk ke Hong Kong dan Macau, tidak memerlukan Visa.

The Weather
Masa kami pergi hari tu Hong Kong adalah pada penghujung summer (peralihan summer ke autumn). Still panas dan humidity agak tinggi. Boleh dikatakan tak selesa jugaklah sebab aku berpeluh dan rasa melekit. But then, bersyukur sangat-sangat pergi masa ni sebab keadaan cuaca elok walaupun ada sedikit berjerebu especially masa kami ke Ngong Ping Cable Car. Hujan renyai yang sekejap hanya turun semasa pagi last day kami nak balik KL. Berbanding dengan member aku yang pegi a week before, dengan hujan dan thyphoon warning bagai, rasanya tarikh yang aku pilih ni memang tepat (walaupun 5 hari cuti tanpa gaji! huwaaaaaaa…). Apatah lagi, selepas dari tarikh balik tu, Hong Kong kecoh dengan demonstrasi bagai tu. Syukurlah aku dah balik masa tu. Anyway, if ada rezeki nak datang sini lagi, aku akan pilih untuk pergi masa musim autumn ataupun winter. Selesa sikit nak berjalan. But bear in mind, Oktober-December dan late Januari-early February (Chinese New Year) adalah antara peak season di Hong Kong.

Accomodation – Ashoka Hotel (Chungking Mansions, Tsim Sha Tsui, Kowloon)
Perkara pertama yang harus diingat apabila nak travel ke Hong Kong, harga hotel di sini adalah sangat mahal! Ini disebabkan oleh harga hartanah di sini yang tinggi. So, bila nak ke sini, aku memang pilih antara yang paling murah. Murah pun takde la murah sangat. Convert tu Ringgit Malaysia lebih kurang RM160 juga semalam untuk standard double room. Lagipun bilik just untuk tidur je kan. The whole day kita akan berjalan, so for me buat apa nak membazir tak tentu pasal.

Chungking Mansions just in front of MTR Tsim Sha Tsui Exit E
Okay, mari aku bercerita sedikit tentang Ashoka Hotel ni. First of all, ia sangatlah tidak sesuai untuk golongan diva kelas atasan yang cerewet dengan persekitaran dan sebagainya, atau jenis nak semua benda high class je. So kalau korang spesis macam ni, stay away from this Chungking Mansions dan cari hotel lain! Sebelum aku pilih hotel ni aku baca juga online review. Ada yang kata okay but ramai yang complaint this and that. But bagi aku, dah nama pun bajet hotel, so tak boleh nak expect banyak sangat dengan hotel camni kan? Ashoka Hotel terletak di dalam bangunan Chungking Mansions, sebuah bangunan yang menempatkan banyak hotel/hostel bajet di Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon. Nak kenal Chungking Mansions ni senang je. Di stesen MTR Tsim Sha Tsui, keluar Exit E, depan tu korang akan nampak satu building dengan electronic billboard sebesar alam di hadapannya. That’s the one. Terletak di Blok A Tingkat 13, tapi kami diletakkan di Tingkat 15 di Ashoka-Delta Hotel. Company yang sama. Untuk memudahkan korang faham pasal hotel ni, aku buat listkan je pro and cons nya:

Pro:
  1. Bilik hotel walaupun kecil tetapi berkeadaan baik dengan bilik air yang bersih, water heater yang berfungsi  dengan air yang laju. Aircond pun sejuk giler. Ada kemudahan hair dryer dan TV serta wifi (tapi aku tak guna pun.. cam slow sikit).
  2. Staff okay dan peramah. Ada yang complaint kata staffnya rude bla bla bla. But luckily aku tak experience that. They were helpful and friendly.
  3. Location wise.. memang terbaik. Terletak di dalam kawasan komersil Tsim Sha Tsui, di kelilingi dengan pelbagai kedai-kedai, pusat membeli-belah serta tourist attractions. Pendek kata, kawasan ini sentiasa sibuk dan banyak tempat menarik within walking distance.
  4. Berhadapan dengan stesen MTR Tsim Sha Tsui. Jadi, amatlah mudah untuk kita bergerak ke mana-mana jika menggunakan public transportation jenis ni. Dan jika kita hendak menggunakan feri menyeberang pulau atau ke Macau, terminalnya hanya kira-kira 10 minit jika berjalan kaki.
  5. Kurang 10 minit berjalan kaki untuk ke Avenue of Stars, lokasi tumpuan pelancong ala-ala Hollywood Walk of Fame. Di sini juga kita boleh melihat Symphony of Lights show yang diadakan pada setiap hari bermula jam 8.00 malam.
  6. Kowloon Mosque and Islamic Centre terletak berdekatan dengan hotel ni, lebih kurang 5 minutes walk.
  7. Makanan halal senang didapati kerana ramai Muslim warga Arab, Pakistan dan India berniaga di sini.
  8. Keselamatan terjamin sebab di luar ground floor lift ada orang yang menjaga orang keluar masuk dan di dalam lift sendiri ada CCTV. So, those yang beratur kat ground floor nak tunggu lift, boleh la melihat aksi-aksi orang kat dalam lift tu. Jadi, jangan la korang berangan nak beromen bagai atau buat aksi pelik-pelik ya. Nanti menjadi tontonan masyarakat pula. Selain kat dalam lift, kat hotel ni pun banyak CCTV. Nak masuk bilik pun guna access card. So, in term of security, should be okay.
Cons:
  1. Bilik memang sempit gile. Bila aku cakap sempit tu.. memang sempit gile ya! Double room aku pun hanya muat untuk satu double bed yang di bawahnya kosong untuk meletak barang dengan sedikit ruang lebih kurang 2 kaki di hadapan pintu toilet. Kesempitannya umpama kalau aku nak keluarkan barang dari beg di bawah katil, yang sorang lagi kena duduk diam-diam atas katil tu dulu. Toilet pun begitu, jangan berangan ko boleh menari bagai dalam tu. Tapi yang penting, toiletnya bersih dengan tiles yang baru (aku rasa derang baru lepas refurbish ni).
  2. Katil double bed yang ngam-ngam untuk 2 orang tanpa pergerakan liar. Bagi yang tidur ganas pusing ke kiri ke kanan tu, hati-hati.. bimbang terjatuh ke lantai. Bantal pun sorang satu dengan satu selimut ala-ala kain langsir yang dikongsi berdua.
  3. Usah diharap room with a view. Paling koman pun, ko akan dapat satu tingkap dengan view building sebelah dengan tingkap-tingkap yang sama. Kot la yang stay opposite tu tengah beromen tak tutup tingkap.. dapatlah korang tengok free show. Tapi in my case.. takde pun. Hahaha.
  4. Kawasan Tsim Sha Tsui ni menjadi tumpuan warga luar terutamanya Indian, Pakistani, Arab dan African. So memang ramai la puak-puak ni kat sini. Dan di hadapan Chungking Mansions ni pun ramai di antara mereka yang bersidai untuk menawarkan bilik hostel masing-masing selain daripada jam tangan, leather products dan segala macam mak nenek. Tapi tak perlu risau kerana mereka ni bukan ganggu pun. If korang menolak, derang tak paksa dan blah terus. Cuma, mungkin kalau kaum wanita tu risau sikit la kot but bagi aku personally takde apa pun. Kalau nak dibandingkan dengan di KL, lebih kurang suasananya macam kat depan Puduraya atau Petaling Street la kot.
So, bagi siapa yang berminat nak stay kat sini, ni alamatnya:

A-4, Block A, 13th Floor, Chungking Mansions, 36-44 Nathan Road, TST, Kowloon
Atau terus ke Tingkat 15 (Ashoka-Delta Hotel).
Direction: Keluar MTR Tsim Sha Tsui Exit E, across the road ada building with big electronic billboard. That’s Chungking Mansions. Then from the entrance, up ahead, on your left ada 2 lift Block A. So ambil lift berhenti di level yang berkenaan.
*But if korang kaya and willing to spend more, Holiday Inn ada je kat sebelah tu. :D

Chicken Beriyani at Ziafat Restaurant, Harilela Mansion, Nathan Rd.
Makanan Halal
Sebenarnya tak susah pun nak dapat makanan halal di Hong Kong. Antara tempat makanan halal yang aku singgah hari tu adalah:
  • Popeyes Restaurant - terletak di Level 7, Departures-Check in Hall, Terminal 1, Hong Kong International Airport. Menu yang disediakan ala-ala KFC; ada set ayam goreng, burger dan sebagainya.
  • Ziafat Restaurant - 6th Floor, Harilela Mansion, 81 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon. Keluar dari Exit E, MRT Tsim Sha Tsui, if Chungking Mansions di hadapan korang, pergi ke arah kiri di deretan kedai tu, ada signage Ziafat bersebelahan dengan Emperor. Masuk dalam, the lift on your right di hadapan meja guard. Restoran ni menyediakan makanan Arab, Indian dan Pakistani. And the waitresses are Indonesian and very friendly.
  • Chungking Mansions - di dalam bangunan ni sendiri terdapat beberapa kedai makan kecil milik warga India Muslim/Arab yang menyediakan masakan India/Arab seperti roti nan, nasi beriani dan lain-lain. And this one kedai berdekatan dengan lift Blok A tu, kari ayam dia sedap! Hehe.
  • Tahitian Terrace, Disneyland - terletak di kawasan Adventureland, restoran ini menyediakan masakan Asia yang disahkan halal. Nasi lemak pun ada dijual kat sini. 
  • Jo Jo's Kebab Pizza Curry, Star Ferry Pier - café halal menghidangkan menu seperti nasi beriani, pizza, spaghetti dan lain-lain. Terletak berdekatan dengan restoran Subway. Opposite tandas! Hahaha.
Pendek kata, nak dapat makanan ala India/Arab memang tak susah mana. Tapi kalau korang nak try makanan Chinese yang halal seperti dimsum, boleh try di Islamic Canteen Masjid Ammar & Osman Ramju di Hong Kong Island. But, sadly aku tak dan nak ke sana sebab kesuntukkan masa. Tambahan pula, dimsum hanya disediakan pada jam 12.00 tengahari sampai 2.00 petang je. Oh, lupa nak bagitau. Di Ladies Market pun ada terdapat kedai makan halal but pada pengamatan aku, this one Miss India Restaurant Halal Food ni, aku abit was-was (walaupun dah termakan kat sini). Bukannya apa, kat sini memang tak disediakan encik porky. Semuanya Indian food, dengan pilihan beef, lamb, seafood atau ayam. But aku tengok pengusahanya macam bukan Muslim je.. wallahu'alam, mungkin aku silap. So sedikit ragu dengan status halal daging-daging di situ. So, aku nasihatkan if korang nak makan kat sini, just take the vegetarian atau roti ataupun cari je kedai makan lain kat area sini yang diusahakan oleh orang Islam. Boleh makan tanpa was-was. **no offence to my non-Muslim friends! =)

Tips: Memandangkan makanan kat Hong Kong ni agak mahal, so better korang bawa bekalan dari Malaysia like tuna, roti, etc. At least, kalau breakfast kat bilik pun dah kira okay. Harga makanan yang kami bayar lebih kurang camni: breakfast -  roti nan + kari ayam + teh (lebih kurang RM18.00 seorang) dan nasi beriani ayam (lebih kurang RM30.00 seorang). In my case, aku tak sempat pun nak membeli stok makanan masa kat KL hari tu. Secara puratanya, kalau ko makan 3 kali sehari kat luar, perbelanjaannya sekitar RM100.00 sehari, termasuklah kalau ko singgah beli air kat 7-11 lah.. Starbuck lah dan lain-lain.


Internet & Data Plan 
Kali ni travel first time aku tak roaming. Masih trauma sebab hari tu masa pergi USS Singapore, aku tersilap pilih network provider atas kelalaian sendiri. Tak sampai sehari aku kat sana bill aku mencanak RM600!!! Sharmoooootah!!! So, this time around, when I was in Hong Kong that day, aku beli tourist simcard dengan pakej 5GB data for 8 days with unlimited local voice call dengan harga HK188 (lebih kurang RM80 satu). Lebih murah daripada aku roaming satu hari RM38. Kalau 5 hari mau kena bayar RM190.  Banyak kot 5GB tu, tak habis pun guna kalau setakat nak update kat Instagram dan Twitter dengan niat nak bagi panas hati kengkawan ko kat Malaysia yang tengah gigih bekerja. So, kalau korang nak beli simcard ni, boleh beli siap-siap di kedai 1010, Arrivals Hall, Level 5, Terminal 1 HK Airport. Internet sangat-sangat diperlukan apabila travel ke Hong Kong ni sebab nak guna Google Map atau aplikasi MTR untuk tengok route dan sebagainya.

Aplikasi MTR ini sangat membantu untuk mengetahui route ke satu-satu destinasi.
Selain Google Map, antara aplikasi yang aku suggest korang guna adalah:
  1. MTR App – aplikasi untuk Hong Kong subway. Senang korang nak check nak naik-turun station mana, masa serta kos perjalanan.
  2. Discover Hong Kong AR – senang nak tengok tempat mana nak pergi and how to get there.
Boleh download kat Play Store (android) dan App Store (iPhone).


Transportation & Octopus Card 
Kalau di Seoul kita menggunakan T-Money, di Hong Kong pula kita menggunakan Octopus card. Lebih kurang macam Touch ‘N’ Go. Beli card ni siap-siap kat mana kedai serbaneka seperti 7-11 dengan harga HK$139 (card HK$39 + topup HK$100). Lebih kurang RM67.00. Sepanjang 5 hari kat sini, aku reload lagi sekali lagi dengan nilai HK$50. So, total aku spent untuk Octopus card ni adalah HK$209 (lebih kurang RM79.00). Selain guna untuk MTR, aku guna juga untuk membeli barang di kedai serbaneka. Nak guna untuk naik bas pun boleh. Balik sini pun still ada baki dalam HK$11.

Itinerary & Entrance Fee
Travel plan aku seperti biasa… sempoi dan flexible, bergantung pada mood serta cuaca. Boleh tukar-tukar ikut suka sebab malas nak rushing-rushing or beriya sangat. So, plannya seperti berikut:
  • Day 1: KL – Hong Kong, Avenue of Stars (Symphony of Lights show), Tsim Sha Tsui (free & easy)
  • Day 2: Disneyland (1 day)
  • Day 3: Hong Kong City Tour via Big Bus, Madame Tussauds Museum & The Peak, Ladies Market
  • Day 4: Ngong Ping 360 Cable Car, Kowloon City Tour & Ladies Market (free & easy)
  • Day 5: Tsim Sha Tsui, Hong Kong – KL

China Travel Service @Terminal 1
Untuk entrance fee ke Disneyland, Ngong Ping 360 Cable Car, The Peak and Madame Tussauds Museum, aku beli siap-siap di China Travel Service, Booth A03 di Arrivals Hall, Terminal 1 HK Airport. Ada yang harganya lebih murah sedikit berbanding dengan beli online atau kaunter. Berikut adalah harga yang aku bayar untuk seorang:
  • Disneyland (standard 1 day ticket) – HK$415 (lebih kurang RM175.00) – Disneyland website HK$450
  • Ngong Ping 360 Cable Car (standard cabin return ticket) – HK$150 (lebih kurang RM63.30)
  • The Peak Tram/Sky Terrace – HK$40 (lebih kurang RM16.00)
  • Madame Tussauds Museum – HK$239 (lebih kurang RM100.00)

The Big Bus Tour
The Big Bus Tour (TBBT) ni kami beli melalui staff mereka di hadapan Star Ferry Pier dengan harga HK$400 (lebih kurang RM168.80) seorang untuk Premium Tour package, valid for 24 hours. But dia upgrade kami ke Deluxe Tour package (harga asal HK$450) dengan unlimited bus access for 48 hours (2 days), 4 ferry tickets, free sampan ride at Aberdeen, free admission to HK Maritime Museum, entry pass untuk The Peak Tram dan discount coupons few restaurants. So, kalau korang nak beli package The Big Bus Tour ni, better tak payah beli tiket ke The Peak Tram kat CTS booth tu. Jangan jadi macam aku, terbeli extra. So, membazirlah sudah HK$80 (lebih kurang RM34.00). Bagusnya TBBT ni, korang boleh travel serata Hong Kong Island dan Kowloon, nak turun naik sesuka hati. Dengan syarat korang tahu routenya berdasarkan guide yang diberi, interval setiap bus serta first/last bus. Aku dengan Erol cuma sempat guna sehari je sebab the second day tu takdan nak naik. Ferry pun kami guna sekali untuk ke Hong Kong. Balik Kowloon naik MTR je. So, kalau korang beli package ni, make sure you got enouf time untuk fully utilize those 48 hours. Kalau tak rugi je sebab harganya agak mahal. Anyway, kalau korang nak beli package ni, boleh beli terus dengan staff mereka yang memakai t-shirt TBBT di hadapan Star Ferry Pier atau di beberapa lokasi di sekitar Tsim Sha Tsui, antaranya di perhentian bas di bangunan The Peninsular, bersebelahan dengan bangunan YMCA. Ada banyak package ditawarkan, so korang boleh pilih mana yang sesuai.

Okay, sekarang mari aku ceritakan pengalaman kami di Pearl of the Orient ni.


Day 1: Kuala Lumpur – Hongkong, Avenue of Stars & Tsim Sha Tsui Tour

Flight kami ke Hong Kong adalah pada jam 7.15 pagi dengan menaiki AirAsia. Thanks to Bai yang sanggup bersengkang mata menghantar kami ke KLIA2 di awal pagi walaupun hakikatnya pagi itu dia bekerja. Thanks la Bai. Cayang ko! Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam. So, lebih kurang jam 11.15 pagi kami sampai di Hong Kong International Airport. Selesai urusan imigresen dan mengambil beg (serta mengepost sekeping gambar touch-down kat Instagram guna wifi airport dengan niat yang jahat), first sekali misi kami adalah membeli tourist simcard dan Octopus card. Gigih la memusing mencari kedai 1010 di Level 7 Terminal 1 berdasarkan this one blog. Rupanya kat Level 5. Hahaha. Exercise jap. Dah settle beli simcard, then pergi pula 7-11 untuk beli Octopus card untuk digunakan masa naik MTR nanti. Harganya aku dah terangkan tadi. So, lepas selesai beli card ni, perut pun dah lapaq gile, so terus naik ke Level 7 menuju ke restoran Popeyes. Kat sini aku dok bedal 2 ketul ayam goreng (kalau tak silap HK$65 = RM27.50) manakala Erol makan chicken burger (HK$65). Meal ni bersekali dengan kentang goreng dan carbonated drink.


Selesai lunch, kami ke China Travel Service untuk membeli tiket masuk ke Disneyland, The Peak, Ngong Ping Cable Car dan Madame Tussauds Museum. Memula mencari juga mana booth dia ni. Then Tanya customer service airport ni, terus dia bagi direction - Booth A03 Arrivals Hall, Terminal 1. 


Then, tengok jam dah dekat pukul 2.00 petang. Just nice lah sebab dah boleh check-in hotel. So, kami beli tiket Airport Express untuk ke MTR Tsing Yi dengan harga HK$60 oneway seorang (RM25.30) yang mengambil masa selama 14 minit, Kemudian sampai di MTR Tsing Yi, kami tukar dan melalui beberapa station untuk sampai ke MTR Tsim Sha Tsui. Kat sinilah pentingnya app MTR yang download tu. Boleh refer route, anywhere anytime. Setelah hampir 40 minit, maka sampai di Tsim Sha Tsui. Keluar Exit E, terus ke Ashoka Hotel, penginapan kami yang terletak di dalam Chungking Mansions itu. Lepas check-in, bayar deposit HK$100 dan amik access card, terus masuk bilik yang sekangkang tikus itu untuk letak barang dan rehat kejap.


Avenue of Stars & Symphony of Lights show
Selepas rehat sejam lebih, mandi semua, sekitar jam 5.00 petang, kami berjalan kaki tak sampai 10 minit ke Avenue of Stars. Seperti sedia maklum, di Avenue of Stars ni sama seperti Hollywood Walk of Fame yang menempatkan puluhan plag tapak tangan selebriti dan bintang-bintang ternama Hong Kong antaranya Jackie Chan, Andy Lau dan lain-lain. Selain daripada ni, terdapat juga beberapa patung Bruce Lee, director dan cameraman dan sebagainya. Area Avenue of Stars ni boleh tahan luas juga. Jenuh nak berjalan dari hujung ke hujung. Sementara nak menunggu Symphony of Lights show ni start pada jam 8.00 malam, kami melepak di kawasan ni saja. Di kawasan ni juga terdapat Hong Kong Art Museum, Cultural Centre, Clock Tower dan bermacam-macam lagi.


Apabila hari semakin gelap, bilangan pengunjung di sini semakin ramai. Since kami dah melepak awal kat tempat duduk di bahagian atas di sini, so takdelah nak berebut-rebut nak mencari seat. Dan apabila tepat jam 8.00 malam, bermulalah light show ni. Pertunjukan berlangsung selama kira-kira 15 minit, dengan muzik dan lampu-lampu yang dipancarkan dari bangunan-bangunan yang terlibat di kawasan ni dan juga on the other side. Pendapat aku? Entah... biasa je kot. Nothing much pun but one thing for sure, better daripada light show di Marina Bay, Singapore tu.


Selesai show, kami berjalan kaki pulang sambil merayap di sekitar area TST ni. Kebetulan di hadapan Clock Tower ni terdapat hiasan lantern yang menarik. Sebelum pulang ke bilik, kami singgah di Ziafat Restaurant di Harilela Mansion, Nathan Road ni untuk dinner. Both of us makan chicken beriani yang berharga HK$70 sepinggan kalau tak silap (+RM30.00), tak termasuk air. So, korang boleh bayangkan betapa mahalnya kan makanan kat Hong Kong ni? Nasib baik portionnya boleh tahan banyak dan sedap. Kalau kongsi dua pun okay but masa ni kami tengah lapaq gile, so bedal je la. Habis makan, terus balik bilik sebab dah kepenatan.


Day 2: Hong Kong Disneyland
Here you leave today and enter the world of yesterday, tomorrow and fantasy...

Pada hari kedua di Hong Kong, kami pergi ke Disneyland dengan menaiki MTR. But before that, kami breakfast siap-siap kat small café dalam Chungking Mansion ni. Menunya, 2 keping roti nan dengan sepiring kari ayam, 2 keping karipap dan 2 teh panas yang berharga HK$90 (+RM38.00).

Perjalanan ke Disneyland dari Tsim Sha Tsui mengambil masa kira-kira 40 minit dengan 2 kali interchange iaitu di Lai King dan Sunny Bay. Kos perjalanan adalah HK$19. Uniknya apabila kita sampai di MTR Sunny Bay untuk mengambil train ke Disneyland Resort, kita dapat saksikan koc-koc train ke taman tema tersebut mempunyai tingkap berbentuk Mickey Mouse. Comel sangat! Dan interior di dalamnya juga bercirikan watak kartun Disney itu antaranya pemegang tangan dan lain-lain. Apabila sampai di MTR Disneyland, rekabentuk interiornya memang lain daripada yang lain. Dah boleh rasa dah yang korang akan masuk ke dunia fantasi.


Kami sampai di sini sekitar jam 12.00 tengahari. Dah start panas terik dah. Mati la berpeluh-peluh! Tapi masih sempat bergambar dulu di gerbang utamanya. Bila melalui security check, tak lepas sebab ada 2 keping karipap. So, kalau korang datang, make sure no outside food! Kami terpaksa habiskan karipap beli kat café tadi. Sayang nak buang. RM3.00 kot sekeping! Then, bila dah dapat masuk, benda first yang kami beli adalah headband. Hahahaha.. teringin nak pakai telinga Mickey Mouse tu. Lantaklah kan? Kat sini tak perlu malu nak menjadi budak-budak. Takde siapa kisah. Harga headband tersebut ialah HK$108 (+RM45.30) satu.


Aku malas nak cerita panjang apa aktiviti kami di dalam ni. Kalau korang datang sini, just amik free guide yang ada dan boleh plan dari mana korang nak start your tour. Di dalam ni terdapat beberapa tema iaitu Main Street USA, Toy Story Land, Mystic Point, Grizzly Gulch, Adventureland, Fantasyland dan Tomorrowland. Memang luas.. so memang kena spend lama kat sini kalau korang nak visit semua attractions yang ada. Antara yang kami masuk ialah Jungle River Cruise di Adventureland, beberapa rides di Fantasyland, Mystic Manor Ride dan Mickey's Philharmagic (yang ni masuk 2 kali sebab second time tu nak menyejukkan badan. Best 3-D magical adventure nih). Oh.. tak lupa Space Mountain di Tomorrowland. Best gak yang ni. Rasa macam menerokai angkasa lepas dengan menaiki high-speed roller coaster!


Selain daripada itu, korang pun boleh mengabadikan foto kenangan dengan watak-watak kartun Disney ni. Maskotnya ada di sekitar taman tema ni. Cuma antara korang larat nak queue atau tidak je la. Aku cuma sempat bergambar dengan Goofy, Belle (Beauty and the Beast) dan Minnie Mouse.


Sekitar jam 3.00 petang, kami singgah di Tahitian Terrace, Adventureland untuk lunch. As I mentioned earlier, ni satu-satunya tempat makan yang disahkan halal, yang menghidangkan masakan Asia termasuklah Nasi Lemak Malaysia. So, kami pilih menu ni. Set nasi lemak dengan ayam goreng berserta air ini berharga HK$93 (+RM39.00) satu set. Kedai menjual cenderamati memang banyak kat dalam ni. So, kalau korang nak shopping, sediakanlah duit berkepuk-kepuk ya.

Tahitian Terrace, Adventureland.
Kami berada di sini hampir 9 jam sebab nak melihat pertunjukan musical fireworks yang famous tu. Memang berbaloi menunggu. One word.. SPECTACULAR!!! So, kalau korang dah alang-alang sampai sini, tunggulah. Dijamin tak rugi menunggu. Pertunjukan bunga api tersebut dibuat di Sleeping Beauty Castle (ikon Disney yang famous tu) berlangsung selama kira-kira 15 minit. Tak berkelip mata melihat percikan bunga api yang sync dengan background music. Intro dia pun dah terkesima tengok, apabila penutupnya. Kalaulah nephews aku ada kat sini, mesti diorang suka.


Selesai show, kami terus pulang ke hotel. Tak larat nak berjalan dah sebab kaki dah barai bahana sehari suntuk berjalan kat Disneyland ni. Tunggu esok sahaja untuk ke City Tour dan The Peak.

Day 3: City Tour, The Peak, Madame Tussauds Museum & Ladies Market

Selepas light breakfast di dalam bilik, kami berjalan kaki menuju ke Star Ferry Pier untuk membeli tiket The Big Bus bagi tujuan city tour. Berpusing jugalah mencari boothnya, padahal boleh je beli dengan staff dia yang memakai t-shirt TBBT tu. Kami ambil package yang aku mentioned sebelum ni iaitu premium tour yang berharga HK$400 (lebih kurang RM168.80) seorang, but then dia upgrade ke deluxe tour.


Hong Kong City Tour via The Big Bus 
The Big Bus Tour ni merangkumi 3 laluan iaitu Hong Kong Island Tour (red route), Kowloon Tour (blue route) dan Stanley & Aberdeen Tour (green route). So, kalau korang nak tour satu island ni, make sure korang refer pada guide yang dia beri dan tahu mana nak naik/turun serta waktu first/last bus.

Lepas beli, kami terus naik feri untuk ke Hong Kong Island kerana untuk Hong Kong Island Tour dan Aberdeen & Stanley Tour, kena naik di seberang.


Kami memilih untuk duduk di bahagian atas bus yang terbuka. Memula plannya nak ke Masjid Ammar untuk makan dimsum, but then da tersilap ambil green route, kami tak jadilah. Sepatutnya ambil red route. Lagipun dimsum kat situ serve dari jam 12.00 tengahari sampai 2.00 petang je.

Aberdeen, Stanley Bay & Stanley Market
Dengan green route ni, kami dibawa tour ke kawasan Aberdeen dan Stanley melalui Ocean Park Road. Bagi sesiapa yang nak pergi ke Ocean Park, boleh berhenti di sini. Tour ini juga melalui Repulse Bay dan Stanley Bay. Sekali imbas, area ni aku rasa macam kat Penang pun ada. Kami berhenti di Stanley Bay. Kat sini ada Stanley Market yang menjual pelbagai cenderahati, arts and crafts dan sebagainya. Lepak sekejap je kat sini sementara menunggu next bus sampai. Panas gile cuaca ya. Terbakar rasa muka.

Pemandangan sepanjang perjalanan ke Stanley Bay.
Sampan Ride at Aberdeen
Destinasi kami seterusnya ialah menaiki free sampan ride di Aberdeen. Kali ni pilih duduk kat dalam. Tak larat dengan kepanasan kat luar. Di kawasan ni actulally nothing much to see here. Ada la banyak kapal/perahu milik para nelayan kat sini. So, lebih kurang melihat kehidupan mereka secara ringkas la kot. Tapi one thing bau macam belacan memang kuat kat sini. Diorang buat kat sini kot.


Dan menariknya juga di sini, kita boleh saksikan bot-bot/kapal tradisional ni dengan berlatar-belakangkan bangunan pencakar langit (rumah-rumah flat) di sekitar Aberdeen. Oh. di sini juga terdapat sebuah Jumbo Floating Restaurant. Tengok gayanya sikit punya grand. Aku boleh bayangkan harga makanan kat dalam ni.



Selepas habis naik sampan ride, kami naik semula bus menuju ke Big Bus Centre yang bersebelahan dengan HK Maritime Museum untuk ambil red route bus ke The Peak pulak. Dan memandangkan bus dah terlepas dan kena tunggu next bus, maka kami pergi cari makan tengahari dulu. Dah pukul 4.15 petang pun. So, pergilah pusing-pusing area di situ and ternampak Subway. Rasanya kalau ambil vege sandwich okay kot. But, masa tengah tunggu nak order tu baru perasan yang staff dia dok guna sarung tangan yang sama untuk ambil bacon etc. Aku pandang Erol.. and Erol pandang aku. Hahahaha... Terus keluar untuk cari tempat makan lain. Nasib baik tak order lagi. Aku ni walaupun perangai cam hauk, tapi halal haram masuk dalam perut masih ambil kira lagi ya. Hehe.


Jalan punya jalan, actually belakang Subway ni ada small cafe yang menjual makanan halal. Jo Jo's Kebab Pizza Curry, Star Ferry Pier. Erol nak order spagheti bolognaise tapi dah habis. So, kami berdua just order Chicken Beriani, walaupun kepala dah naik sebu bila tengok nasi beriani ni. But lapar punya pasal plus malas nak mencari lagi, kami bedal je. Harga sepinggan Chicken Beriani ni ialah HK$60 kalau tak silap (+RM25.00).

Selesai makan, kami kembali semula ke tempat menunggu bas tadi dan menaiki red route bus ke The Peak. Pun duduk kat dalam gak sebab tak larat dah nak menyedut debu. Bas berhenti betul-betul di Peak Tram station. Ramai sungguh umat manusia yang tengah queue. Nasib baik tak tunggu lama. Perjalanan dari station bawah ke station atas tak sampai 5 minit.
The venerable Peak Tram is, as most passengers agree, the only way to truly experience the beauty of Hong Kong's natural wonders. Tens of millions of people from every corner of the globe have taken the ride, which affords a uniquely spectacular perspective of the city.

The Peak
The Peak atau nama sebenarnya, Victoria Peak, adalah sebuah gunung yang tertinggi di Hong Kong pada berdiri megah pada ketinggian 552 meter di atas paras laut. Sejarah awal tram di The Peak ini bermula pada tahun 1888. Ia merupakan sebuah funicular railway yang pertama di Asia. Tram di sini telah melalui beberapa evolusi semenjak zaman awal pembukaannya sehinggalah sekarang. Semua ini boleh dilihat di The Peak Tram Historical Gallery yang terdapat di sini.

Selain itu, di sini juga terdapat The Peak Tower yang mempunyai Sky Terrace yang membolehkan kita melihat keseluruhan bandaraya Hong Kong secara 360 darjah. The Peak Tower ini juga telah mengalami 2 kali perubahan semenjak kali pertama ia dibina pada 1971. Di dalam bangunan ini menempatkan Madame Tussauds Museum, kedai-kedai menjual cenderahati, restoran dan pelbagai lagi.


Sampai di atas ni, kami spent like half an hour bergambar, berjalan sambil menikmati pemandangan bandaraya Hong Kong dari puncak gunung ni. Nasib baik cuaca still elok dan tak berapa berjerebu. So, masih boleh la tengok keseluruhan bandaraya ni. Ikutkan kalau nak pulang menaiki TBB tu, kena turun dah sebab last busnya ialah jam 7.00 malam. But, kami nak spend lama sikit kat atas ni, so nanti nak balik ke Kowloon naik MTR je la.


Madame Tussauds Museum
Marie Tussaud was born as Marie Grosholtz in 1760 in Strasbourg, France. Her mother worked as a housekeeper for Dr. Philippe Curtius in Bern, Switzerland, who was a physician skilled in wax modelling. Curtius taught Tussaud the art of wax modelling.
Lepas dah puas round, kami ke Madame Tussauds Museum pulak. Layan je la kan patung-patung lilin yang ada ni. Bila orang cerita at least dah pernah experience. Selain tu, boleh la juga tahu tinggi sebenar celebrities yang ada kat sini. Selalu tengok dalam TV je. Erol la yang paling excited. Semua celebrities dia nak bergambar sama dengan macam-macam pose. Tak larat aku nak layan! Hahaha. Dekat sejam juga la kami kat dalam ni. Tak bergambar banyak pun sebab meluat tengok muka sendiri yang dah bam bam. Padan muka aku! Sebelum pergi malas nak diet kan.. merasalah! Hahaha.

Bab berposing serah je la kat dia ni.
After dah penat berposing sakan dengan patung-patung itu, kami melepak minum di Starbuck kat atas ni. Sebabnya kalau nak pulang sekarang, queuenya.. Ya Rabbi... punyalah panjang. So, lepak la dekat 40 minit dalam ni. Erol seperti biasa, aktiviti rutin dia kalau tak selfie, memang tak sah. Macam-macam gaya. Penyakit tul sorang ni. Lepas abis minum, kami keluar semula menuju ke spot untuk melihat view Hong Kong city di waktu malam. View memang terbaik! But kalau time tu cuaca tak berjerebu, sure lagi clear pemandangannya. 


Dah puas hati snap gambar semua, sekitar jam 8.30 malam kami ambil tram turun ke bawah. Memandangkan TBBT dah takde malam ni, so kami berjalan kaki menuju ke MTR Central. Takde la jauh mana pun. And dari station ni, kami ambil train menuju ke MTR Mong Kok untuk ke Ladies Market.

Ladies Market
Ladies Market ni kiranya macam Petaling Street kat KL lah. Kalau korang nak beli souvenirs, better beli kat sini sebab murah dan boleh ditawar. But make sure bila dah bargain tu jangan tak beli plak. Nanti tak pasal-pasal kena maki. Ni yang aku baca kat blog la. But tempat yang aku beli souvenirs tu makcik tu friendly gile, gelak-gelak bagai. Takde la plak kena maki. Selain dari souvenirs, macam-macam khazanah dijual kat sini, mostly barang-barang wanita la. Beg tangan, baju, kasut dan lain-lain. Memang heaven la kan kalau pompuan pergi sini. Rambang biji mata. 


Aku dengan Erol berpusing dalam ni dekat sejam lebih gak. Takde la beli apapun, just nak survey je dulu sebab esoknya memang plan nak datang lagi. After that, kami singgah di McDonald's untuk dinner. Just grabbed 2 Fillet-O-Fish sebab dah tak larat nak mengadap nasi beriani lagi.

Malam ni, kami pulang ke hotel dengan berjalan kaki menyusuri Nathan Road ni. Jaraknya ke hotel takde la jauh mana. Lebih kurang 2 km lebih je. Dalam setengah jam juga la berjalan. Boleh tahan penat gak berjalan but yang complaint lebih Erol je la. Tak larat berjalan katanya. Hahaha. Aku yang tua ni nasib baik steady lagi. Actually boleh je nak naik train.. tapi bila lagi nak menikmati dan menyaksikan night life sekitar Kowloon ni kan. Masuk train apa yang nampak.


Jadi, demikianlah berakhirnya Hong Kong trip malam ketiga ni. Esok plannya ke Ngong Ping 360.  Bersambung di Part II. Kalau aku sambung kat sini nanti berjela-jela plak.
Read More