#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Thursday, November 29, 2012

Trip to South Korea Part 4/5


Day 6: Seoul Station - Busan - Gwangalli Beach

Kami ke Busan pada hari ke-6 ni. Kenapa aku pilih Busan ya? Selain daripada 2nd largest city in South Korea, Busan juga merupakan coastal city yang terletak di bahagian selatan. So just nak rasa suasana yang sedikit berbeza dari Seoul (mungkin?). Lagipun kat Busan banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Antaranya Gwangalli Beach, Taejongdae Park, Haeundae Beach, Busan Maritime Museum dan macam-macam lagi. Cuma antara sempat dengan tidak je la sebab kami ke sini pun cuma sehari je. Menurut Hannah (staff kat Beewon Guesthouse yang juga tak pernah sampai lagi ke Busan) pantai-pantai Busan menjadi tumpuan anak-anak muda pada musim panas untuk bersosialan di situ. Cisss! Rugi plak tak pegi masa summer kan?? Hahaha..

Anyway, kami bangun awal pagi untuk bertolak ke Seoul Station. It was the only day yang harinya hujan sepanjang berada di Seoul. Dah la sejuk, hujan lagi. Memang bertambah sejuk la kan. Bertolak ke Seoul Station dari Anguk seawal jam 8.00 pagi (walaupun dah sedikit terlewat sebenarnya). Sampai sana terus cari tiket train ke Busan. We just missed the train pukul 9.00 pagi. So the next train adalah pada pukul 11.05 pagi dengan harga tiket 27,300 won seorang (lebih kurang RM76.00). Kami naik Mugunghwa train memandangkan train ni adalah yang paling murah. Nak naik KTX dah lari bajet walaupun perjalanannya memang lebih cepat, kira-kira 2 jam lebih saja. Dengan Mugunghwa train ni perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam. Sementara tunggu train, kami breakfast di McDonald's makan pancake je. Tu je yang berani nak makan. Huhuhu... So sampai Busan lebih kurang pukul 4.30 petang. Trainnya selesa walaupun ekonomi. Sepanjang perjalanan ni, derang memang bantai tido. Aku je yang terkebil-kebil sebab memang dah menjadi tabiat susah nak tido kalau dalam perjalanan. Aku lebih suka menikmati pemandangan di tempat baru yang mana belum tentu kita akan jumpa lagi.
Membeli tiket train ke Busan
Pancake je uolss... nak makan burger tak berani
Seoul Station
Dalam Mugunghwa train
Bye-bye Seoul..
Pemandangan sepanjang jalan
Mencuci mata...
Pemandangan cantik... hilang rasa nak tido
Busan Station
Orang-orang tua je ramai... huhuhuhu
Di hadapan Busan Station
Simbolik ni.. yang kecik tu barangkali dah ke Seoul. Tinggal yang tua-tua je.. Haha
Sampai je kat Busan station, kami terus bergegas cari subway untuk ke Seomyeon Station. Bluebackpackers Hostel yang aku booked ni terletak paling dekat dengan this station. Tak la susah nak cari hostel ni based on the map yang aku refer dalam websitenya. On the way ke hostel tu, singgah sekejap kat mart beli nasi sebab memang dah kelaparan. Kami check-in pun dah pukul 5.00 petang. Dah hampir-hampir gelap dah. Anyway, hostelnya quite nice dengan bilik yang bersih dan selesa. Masuk bilik je memang tak ingat apa dah.. terus bantai nasi! Punya la lapar. Oh! One thing yang kami discover kat Busan ni adalah kebanyakkan warga sini adalah golongan dewasa dan warga emas. Sesuatu yang berbeza kalau dibandingkan dengan Seoul, meriah dengan anak muda yang stylish lagi trendy. For us, Busan ni bandar pencen kot.. Hahahaha..
Blue Backpackers Hostel @Busan

Gwangalli Beach & Gwangan Bridge
Selepas selesai makan dan menghilangkan penat lelah berjalan, kami bersiap untuk pergi ke first destination di Busan ni iaitu Gwangalli Beach. Dari Seomyeon Station, kami naik subway turun di Gwangan dan berjalan kaki ke pantai. Memula macam agak blur sebab macam tak ramai orang dah kat area Gwangan ni. Tapi bila sampai ke tepi pantai, suasananya bertukar. Ramai yang datang mengambil angin di sini. Cuaca memang sangat sejuk ditambah pula dengan angin yang bertiup kuat. Memang minum hot mocca beli kat Starbucks pun tak membantu! Hahaha.. View kat sini memang superb. Selain daripada bangunan-bangunan pencakar langit yang begermelapan dengan cahaya lampu, pemandangan Gwangan Bridge juga tak kurang hebat. If only sampai masa sunset sure lagi best nak buat photoshoot, tapi disebabkan dah sampai sini lewat.. pasrah je la.
Berjalan menuju ke pantai
Coffee dan kesejukan
Nice view
Gwangan Bridge
Sempat Eric snap gambar ni..
Di Gwangalli Beach ni kami berjalan di sepanjang pantai sambil menikmati angin malam selain daripada aktiviti wajib iaitu bergambar sakan. Apart from that, kami dok melepak tengok performance street musicians yang ada kat pantai ni. One of them namanya "Shade of a Tree". Sangat layan okayyy lagu-lagunya. Siap record lagi. Pastu kitorang siap request lagu How Deep Is Your Love (sebab ternampak title ni kat CD yang derang jual). Dan sebagai menghargai bakat derang, aku belilah satu CD yang harganya 10,000 won. Sedap-sedap lagu dalam CD tu. Lepas puas layan group ni, kami jalan lagi dan jumpa another group yang best gak. Lagu-lagu pun rancak sehingga Bai bertukar menjadi Pak Maun, menari cam Korean mabuk soju! Hahaha..
"Shade of a Tree"
Lagu-lagu sangat layan.. record sampai abis 4 lagu
Busan di waktu malam
Macam takde keje kan main bende ni?? Hahaha
Dah puas melepak kat sini, kami pun baliklah hostel dengan menaiki cab. Nak merayap ke tempat lain pun dah lewat malam. Nak mencari market pun malas. Anyway, sistem cab kat sini memang canggih. Kami blur masa nak bagi direction nama jalan sebab maybe pronounciation tak betul. So kat meter teksi dia tu, dia dail number telefon hostel, terus keluar location kat gps meter tu. So dia hantar ngam-ngam depan hostel. Kagum kite!!!! :P

p/s: Later aku post pasal trip ke Taejongdae Park pulak
Read More

Wednesday, November 28, 2012

Trip to South Korea Part 3/5


Day 5: Itaewon - Lotte World

Aktiviti pada hari ke-5 ni pula adalah pergi ke Lotte World selepas mengisi perut di Itaewon. Dah kenyang baru la boleh nak berjalan kan? :P

Halal Food @Itaewon
Kalau nak mencari makanan halal di South Korea ni memang tak susah sebab di area Itaewon banyak terdapat restoran-restoran Middle East/India/Turkey. Pilih je la. Tapi sayang, kalau la ada restoran yang menyediakan Korean food yang halal (selain Middle East food yang dah selalu dibedal kat Malaysia) sure aku melonjak kegembiraan!!! Tapi so far tak jumpa pun. Expats pun ramai kat area ni termasuklah Malaysians dan Indonesians.
@Itaewon
Itaewon ~ mencari halal food
Kat sini kami lunch di Kervan Traditional Turkish Restaurant. Memula nak try makan kat Pasha - Turkish Kebab, but cancel sebab menu kat Kervan nampak lebih sedap. Aku order lunch setnya yang berharga 8,900 won yang terdiri daripada soup + salad + main dish + Turkish bread + tea. Untuk main dish aku pilih beef kofta. Alhamdulillah, sedap, mengenyangkan dan ekonomi!
Kervan Traditional Turkish Restaurant @Itaewon
Salad
Mine - Beef Kofta
Lepas kenyang, kami pusing-pusing kejap kat Itaewon ni. Nak membeli-belah pun cam tak menarik sangat. This one Korean guy yang kami jumpa masa dok mencari Hard Rock Cafe pun bagitau siang kat area ni tak berapa sangat. But if malam memang happening sebab sini banyak bars & clubs. So saper kaki ronggeng tu memang sesuai la datang ke sini pada waktu malam. Oh! By the way, Hard Rock Cafe kat sini sudah tidak wujud lagi ya...

Lotte World
Kami bergerak ke Lotte World ni selepas lunch kat Itaewon. Sampai kat sini lebih kurang 3.15 petang dengan menaiki subway, berhenti di Jamsil Station. Memang sengaja datang lewat sikit untuk beli pas masuk selepas pukul 4.00 petang.
Lotte World Indoor Theme Park
Lotte World adalah merupakan merupakan antara recreational/amusement park yang terkenal di South Korea, selain daripada Everland dan lain-lain lagi. Kiranya macam Genting Highlands Theme Park tapi lebih besar. Indoor theme parknya adalah yang terbesar di dunia mengikut Guiness Record. Selain daripada theme park, di sini pun ada shopping mall, hotel, wayang dan sebagainya. Kami sempat pusing-pusing sekejap kat dalam mall tapi tak beli apa pun. Kecuali si Kerul yang membeli cap (design yang takde kat Malaysia katanya). 

Tiket masuk ke sini selepas pukul 4.00 petang adalah 23,000 won (lebih kurang RM65.00), slightly murah dari harga tiket biasa. Kami spent lebih kurang 3 jam lebih kat dalam ni. Tak main game sangat pun, kecuali Kerul yang naik merry-go-round. Sedeyh!!! Hahaha..

Kat sini kami boleh tersplit sekejap. Aku, Ajie ngan Kerul jenuh mencari yang lagi tiga, rupanya derang ni dah kat luar area Magic Island happy-happy snap gambar. Hampeh tul!!! Hahaha.. Di Magic Island ni pun banyak game/ride yang kita boleh naik. Tapi nak beraturnya memang la panjang. Bebudak sekolah Kpop ni memang balik sekolah kerjanya datang sini kot. Bersepah-sepah derang ngan uniform sekolah. Tapi sebelum keluar dari Magic Island ni kami sempat masuk booth yang kecik untuk snap pic ramai-ramai. Punyalah macam takde kat KL bendalah tu kan? Bersesak-sesak, memekak macam tak pernah tengok gayanya! Hahaha.. Padahal ada je bilik lagi besar kat sebelah tu untuk group photo! Mesti budak Korea yang jaga tu ingat kami ni baru keluar dari hutan.. Hahaha. 
Magic Island
Ramai budak-budak sekolah kat sini
Mascot Lotte World - Lotty dengan sang lembu
Di dalam area Magic Island
Dari terang sampai gelap kat sini
Indoor theme park di waktu malam
Night parade featuring floats with extravagant lighting
Antara kereta berhias masa night parade
Ini lah dia "hot air balloon" ride yang kami naik
3D Show
Huru-hara masa nak ambil gambar dalam nih!!!
Selepas menghabiskan masa di Magic Island, kami masuk semula ke indoor theme park. Aku, Azz, Ajie ngan Kerul try naik "hot air balloon" ride kat sini. Gayat memula sebab tinggi kot naiknya. Tapi at least naik jugak la kan.. daripada si Bai yang gayat tak nak naik tu. Hehehe. Nasib baik Eric ada dok teman dia kat bawah. Lepas habis ride ni, kami pegi tengok 3D show. Okay la.. sebab first experience. Lepas tu ada pula Kpop Show kat Garden Stage yang menampilkan persembahan musical serta cover dance lagu-lagu popular artis Kpop antaranya Girls's Generation, Big Bang, 2NE1, SuJu dan Psy's Gangnam Style of coz! Menarik dan happening shownya serta boleh mencuci mata. Lebih menarik, those performers bukannya Korean pun, majoriti mat/minah saleh. Dan sebelum balik sempat la juga aku beli souvenir yang orang pesan untuk dibawa balik :D
Minah saleh dengan Girls' Generation's The Boys
Ala-ala High School Musical - 2NE1's I'm The Best
Gangnam Style y'all!!!
Puas berjimba. tiba masa untuk pulang...

Read More

Tuesday, November 27, 2012

Trip to South Korea Part 2/5


Day 3: Dongdaemun - N Seoul Tower - Insadong

Hari ke-3 ni dimulakan dengan aktiviti mengisi perut di Dongdaemun, iaitu mencuba ikan bakar sebagaimana yang dimaklumkan di dalam blog-blog yang ada di alam maya. Dan kemudian, destinasi seterusnya adalah NSeoul Tower yang terletak di Namsan.

Grilled Fish @Dongdaemun
Hajat untuk mencuba makanan Korea bermula di Dongdaemun. Setelah membaca blog-blog di internet, banyak maklumat tentang ikan bakar di sini. Berpusing-pusing masa nak mencari lokasinya. Bila dah jumpa lorong tu, memang kat situ semua berderet menjual ikan bakar selain menu-menu yang... ehemmm... So, mata kami melilau la mencari kedai yang tidak menjual "binatang itewww". Bila dah jumpa, tanya lagi.. siap tunjuk perkataan "binatang itewww" dalam tulisan Korea (aku dah tulis menda ni siap-siap sebelum pergi). Jadi, bila makcik penjual tu kata takde, yakin la sikit. Tengok pun kat kedai dia ikan sahaja. So okay la kot.
Ikan bakar di Dongdaemun
Makan kat sini kena order set. Setiap satu set akan dapat nasi + side dishes iaitu kimchi, taugeh dan sawi serta sotong kering. Air kat sini free. So kami order satu set ikan bakar, satu 2 set galchi jorim a.k.a asam pedas Korea. Memang lebih kurang rasa asam pedas pun, yang jenis kalau kita letak sawi jeruk tu. Ikan bakar tu jenis mackerel. Lebih kurang cam tenggiri dan yang kat dalam galchi jorim tu adalah spesis ikan kembong. 
Simple yet delicious
Galchi jorim persis asam pedas ikan kembong
Kimchi tu memang favorite aku la kan..
Dried squid yang pedas. Pun layan...
Tastenya pula... personally aku memang suka gile! Sebab aku memang suka pun Korean food. Ikannya memang fresh. Dan dari segi harga pulak sorang dalam 6,000 won - lebih kurang RM17.00. Cukup puas hati dan kenyang.
Tak berbunyi makan...

N Seoul Tower
Selepas mengisi perut di Dongdaemun, kami terus ke Namsan untuk ke N Seoul Tower. Dari Dongdaemun, kami ambil subway Line 4 ke Chungmuro. Di bus stop Chungmuro ni, kami ambil bas kuning no. 02 terus ke Namsan. Bas ni berhenti di bus stop berhampiran dengan tower. So, nak naik ke N Seoul Tower plaza kena jalan mendaki sikit lebih kurang 5-10 minit. Dekat je. Di kelilingi pokok-pokok, so pemandangannya redup dan tak terasa sangat penat.
Mendaki jalan berbukit naik ke Seoul Tower
By the way, N Seoul Tower adalah menara komunikasi dan tinjau yang terletak di Gunung Namsan. Nak ke sini naik cable car pun boleh. But we choose to naik bas dan jalan kaki saje. Ekonomi sikit. Kat sini ada Teddy Bear Museum, revolving restaurants, gift shops, observation deck dan lain-lain. Nak naik ke tower ni harga tiketnya 7000 won (ke 9000 won... tak ingat dah..). Manusia kat sini memanglah tersangat ramai especially pasangan yang bercinta atau yang mencari cinta, yang datang untuk mengabadikan perjanjian cinta mereka di sini. Mangga/padlock/blok kayu yang bertulis ayat-ayat cinta memang berlambak. Pendek kata, anda boleh merasa aura cinta di sini... ahaksss! Tapi aku takde masa pun nak buat benda-benda tu. Tengok, ambil gambar sudah. 
View Seoul dari Tower
Blok kayu dengan mesej-mesej cinta!
Bak kata Kak Melah.. Kau Kunci Cintaku...
Me & my girls
Sebab single lagi.. tak perlu nak kunci-kunci bagai lah!
Sunset dari N Seoul Tower
Mangga-mangga yang sudah menjadi pokok
Bila dah puas bergambar kat sini, kami pergi mencari entrance untuk ke lif naik tower. Menggagau cari tak jumpa.. Bila dah jumpa dan beratur nak naik ke lif, ada pula service untuk kita ambil gambar berlatar-belakangkan gambar N Seoul Tower. So kami 6 orang pun sumbat selagi boleh asal dapat amik gambar sama-sama. So bila dah kat atas tower tu, dapatlah tengok pemandangan Seoul secara keseluruhannya. Memang cantik! Tapi lebih cantik lagi bila ternampak "pemandangan" yang lebih cantik dari Seoul (mode: stalker kejap!! hahaha). Pusing-pusing kat atas tu, minum ice-blended sambil melihat view.. memanglah tersangat ngam!!
Gambar yang diambil masa beratur nak naik ke lif
Dah puas berjimba kat N Seoul Tower, kami balik naik bas yang sama, turun ke Chungmuro, ambil subway balik ke Anguk Station dan singgah di Insadong lagi untuk jalan-jalan ambil angin malam sebelum balik bilik. Sempat juga aku sambar satu dua barang kat Insadong ni.
Ada "Green Environment" campaign kat Insadon masa ni..
Itu adalah Duta Green Environment-nya :P
Usha-usha dulu.. pastu beli
Day 4: Nami Island

Hari ke-4 ni kami gerak lagi awal sebab memandangkan nak ke Nami Island kena naik train yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Dari Anguk Station, kami ambil subway Line 1 ke Cheongnyangni Station. Di station ni kami beli tiket ITX train ke Gapyeong yang berharga 4000 won (lebih kurang RM11.00) one way. Bertolak jam 9.45 pagi dan perjalanan dalam 45 minit, so kami sampai Gapyeong sekitar jam 10.30 pagi. Sampai Gapyeong kami ambil cab untuk ke jeti pergi ke Nami. So naik 2 cab. Harga cab 3000 won je. So sampai sana terus beratur beli tiket feri/pass nak masuk ke Nami yang berharga 8000 won /seorang (lebih kurang RM22.00). Dari jeti nak ke Nami dekat je.. 5 minit dah sampai.
Cheongnyangni Station
Membeli jagung rebus liat ngan makcik ni sebagai kudap-kudapan dalam train
Dalam ITX train ke Gapyeong
Gapyeong Station
Nami ticket counter
Ticket to Nami Island
Atas feri ke Nami Island
So, bila dah sampai kat sana.. apa lagi. Semua on mode supermodel! Gasak bergambar bagai nak rak sebab pemandangannya memang sangat cantik!!! Dengan pokok-pokok yang dah start bertukar warna keemasan.. terasa jakun sekejap. Di Nami ni banyak aktiviti kita boleh buat selain daripada spot-spot dari drama "Winter Sonata" yang kita boleh pergi untuk mengabadikan gambar kenangan. For us, kami duduk berpiknik di atas padang selain daripada menyewa basikal untuk bersiar-siar di sekitar Nami. Memang best! Terasa macam buat filem ala-ala Maria Mariana plak dengan berbasikal bagai. Tapi semput mengayuh tu, toksah cakap la.. Lagi pulak kalau si Azz naik ngan aku.. Pemalas gile nak kayuh kan??? Mati le...
Parasit ni memang takleh tengok orang lain bergambar!
Memang banyak la gambar kami ambil kat Nami ni.. semua berangan supermodel kan! We spent like more than 4 hours kat pulau ni. Oleh sebab nak cari makanan halal kat sini cam susah (ada yang kata kat sini ada tapi kami tak jumpa) so kami decided untuk balik ke Seoul dan singgah di Dongdaemun untuk makan. Tempat yang dituju sudah tentulah kedai makcik ikan bakar semalam. Mabuk asam pedas katanya. Kami bergerak balik dari Nami dalam jam 2.00 petang. Dari Gapyeong, train jam 3.30 petang, so sampai Cheongnyangni Station dalam 4.30 petang. By the way, kat Gapyeong sebelum train sampai kami sempat ditemubual oleh pakcik Gapyeong officer yang mempromote pergi ke Seoraksan National Park. Memang cantik tempat tu, tapi takdan nak pergi. Budak-budak ni bantai gelak tengok cara pakcik ni cakap. Apa lagi si Bai yang berbual merapu-rapu; tanya ada anak lelaki ke tak.. itu la, ini la.. Farni la kau Bai! Oh... kami juga sempat shopping kat luar Cheongnyangni Station tu. Ada kedai tengah buat sale. Sempat sambar satu sweater yang tebal kainnya, cuma 15,000 won after 70% discount! Semua pakat beli sweater jugak. Hehee..
Pakcik "Ais-se-pis-sing" (Ice fishing)
Ikan bakar lagi for dinner
Dan bila dinner time, kami sampai di Dongdaemun, kedai makcik asam pedas tu dah nak tutup sebab dah habis. So kami singgah di kedai yang satu lagi. This auntie dok mentioned "Malaysia" so dalam hati terdetik mungkin ramai Malaysian makan kat sini dan dia tahu kot orang Malaysia (or Malays) makan camne. Tanya gaks pasal "binatang itewww", so katanya takde. Okay lah. Kami order ikan bakar cam biasa, plus extra menu dia bagi - sotong sambal. Memang ngam sotongnya. Besar dan kenyal, tak macam sotong kat Malaysia. Plus ada satu lagi side dishes yang takde kat kedai sebelum ni iaitu "kkaenip kimchi" atau "perilla leaf kimchi" atau kimchi daun bijan. Memang sedap bila makan dengan ikan bakar ni. Mana la aku nak cari kimchi ni kat KL????  Tak sempat nak shoot menu makanan masa ni sebab semua kelaparan! Lepas habis makan, singgah beli buah kat gerai tepi jalan kat Dongdaemun ni. Aku borong peaches, yang lain beli apples dan Eric beli rocky melon berharga 10,000 won. Bila fikir balik.. bapak harga melon tu adalah sekitar RM27.00 sebijik!!! Tapi sebab ia manis dan juicy.. kira puas hati lah.. :P
Read More