#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Showing posts with label Music. Show all posts
Showing posts with label Music. Show all posts

Sunday, August 30, 2015

Nawal El Zoghbi 2015 "Mesh Mesamha"


Finally!!! Album terbaru Nawal El Zoghbi, one of my favorite Lebanese singers, telah dilancarkan semalam, 29 Ogos 2015 yang berjudul "Mesh Mesamha". Album terakhirnya adalah pada tahun 2011. Dalam album terbaru ni terdapat 11 buah lagu. Antara yang dimuatkan adalah singlenya pada tahun 2013 iaitu Gharibi Hal Denyi, lagu asal penyanyi Turki, Ebru Gundes, selain beberapa single pada tahun lepas dan tahun ini. My favorite will be Ya Gadaa (video yang aku post ni), dan of coz Gharibi Hal Denyi serta lagu ballad Mesh Mesamha. Aku jarang menggemari lagu ballad Nawal, but this one sedap didengar. Oh! Dan tak lupa juga lagu El Nas Beyesalouni, yang sangat aku suka sebab aku sentuhan Arabic Classical. Overall, aku sangat suka album ni! Mabrouk Nawal!!!

Berikut adalah lirik lagu Ya Gadaa, yang dipetik daripada album terbaru ni. Enjoy!

مين جوّه قلبي .. غيرك ياقلبي .. هوّه انت زيّك بقى في
ده انت اللّي زيّك في الدنيا ديّة 
مِش سهل أبداً تلاقيه ..
ده انت فاهمني .. أقرب لي مني .. وحبيب قلبي اللّي بموت فيه

ياجدع .. ياجدع .. ياجدع
أنا حبّيتك ياجدع ..
على حسّك أنا إتدلّعت دلع 

إنت اللّي فيهم .. بالعند فيهم .. إخترتك إنت وعايزاك 
صُورتك في عيني .. ولا يِملى عيني .. غيرك وعايشة على هواك
ولا قبلك إنت .. ولا بعدك إنت .. من إمتى وانا باستنّاك 

Read More

Thursday, May 21, 2015

#NowPlaying: Elissa ~ Ya Mrayti


يامرايتي

يامرايتي من كم سنه لليوم
قديش اتغيرت
يامرايتي من كم سنه لليوم
انا كم مره خسرت

يامرايتي ياللي بتعرفي حكايتي
انتي بتعرفي شو شفت
وبتعرفي من شو خفت
كم مره بوجك وقفت
قلتلك هيدي نهايتي

يامرايتي ياللي بتعرفي حكايتي
زهقاني من كل الدني
تعباني مدري شو بني
كل يوم عم عيشو سنه
معقوله هيدي نهايتي

p/s: Aku semakin tertarik dengan hasil kerja Elissa lately. Lagu-lagunya banyak yang sedap dan berkualiti. This one just posted 5 days ago. Great video.. beautiful song! Nanti kalau aku jumpa English translationnya, aku masukkan sekali.
Read More

Sunday, February 1, 2015

Tell Me It's Real


Bersawang!!! Hahaha.. lama gile tak update. Nanti lah aku update ya pasal  winter trip aku kat Seoul mid January hari tu ya.

Anyway.. aku pernah post hari tu kan pasal wish aku nak berexperience snow masa di Seoul ni kan? Alhamdulillah cita-cita tersebut tercapai. Happy gile aku! Video yang aku upload tu kebetulan masa tengah lepak kat Pascucci Cafe, Myeongdong... duduk layan hot mocha tepi tingkap. Masa ni snow turun agak lebat dan tercapture scene 2 payung bertembung ni. Tepat plak dengan lirik lagu yang tengah dimainkan. Lagu K-Ci & Jojo ~ Tell Me It's Real.

Tell me it's real
This feeling that we feel
Tell me that it's real
Don't let love come just to pass us by...

PERFECT!!!
Read More

Tuesday, November 25, 2014

Thursday, November 20, 2014

#NowPlaying ~ Oppa Oppa by Haifa Wehbi


Finally!! Perempuan ni keluar dengan hits baru yang sedap kat telinga aku. Hopefully the whole album akan datang ni leih baik atau kalau tak pun sehebat albumnya Habibi Ana tahun 2008. Last album dia Malaket Jamal elKoun aku tak suka langsung. Lagu semua cam haram.
Read More

Saturday, October 25, 2014

#NowPlaying ~ Yalla by Nancy Ajram


يلا يلا خلينا نفوق يلا يلا يلا
يلا يلا نهدي ونروق يلا يلا يلا
من قلبي بدعي ان دي يبقالي ان شاء الله
دي حبيبي دي الي امتلكني يا ناس يا اهل الله
بنقابل فجاة ناس من قبل لقانا بيهم واحنا ليهم في الاساس
ومافيش منهم خلاص دول حته مننا متفصلين لنا بالمقاس
في كلام قلتة بعيوني قلبي اللي ملاهوني د ال انا هاستحلي مرة وهرسي علي برة خلااص
يلا يلا خلينا نفوق يلا يلا يلا
يلا يلا نهدي ونروق يلا يلا يلا
قدامة انا بنسي اقولة على جواية بصالة ف عينة كاني انا بصة ف مراية
انا عندي كلام كتير محتاجه لفرصه اقوله يا ناس قولولوا بدوب واغير
من الفرحة بقيت بطير وكاني رجعت بيبي الحب يانا مالوش كبير
في كلام قلتة بعيوني قلبي اللي ملاهوني د الي انا هاستحلي مرة وهرسى علي برة خلاص

Yalla Yalla let's get up yalla
Yalla yalla let's cool down yalla
From my heart i wish you remain mine inshallah
You're my love who possesses me forever yahlallah
Sometime we meet people
That are meant to be for us from the start
We cannot leave them ever
They are part of us designed especially for us
I said things with my eyes my heart dicated them
I desire his bitternes and stay for him forever
Yalla Yalla let's get up yalla
Yalla yalla let's cool down yalla
When i'm with him i forget to tell him what i feel
I look in his eyes as if i'm looking in a mirror
I have a lot to say
I need a chance to say
Please tell him i'm melting in hi love
I'm flying with joy as if i were a baby
For love has no one strong
I said things with my eyes my heart dicated them
I desire his bitternes and stay for him forever

Song titile: Yalla
Album: N#8
Lyrics & translation taken from http://lyricstranslate.com/en/yalla-yalla-lets-go.html
Read More

Friday, August 29, 2014

The one and only... Saloma


Salam Jumaat yang penuh barkah semua.
Okay post kali ni aku nak sentuh berkenaan biopik Saloma yang disiarkan di Astro First bermula pada 28 Ogos yang lepas. Aku malas nak buat review berkenaan telemovie ni sebab aku yakin banyak pihak yang dah melakukannya hampir di semua media sosial atau laman web.
First of all, mari aku ceritakan tentang aku dan Saloma ni. Seingat aku, aku mula meminati Allahyarhamah sejak menonton Nostalgia Biduanita Saloma sekitar tahun 1990. Masa tu aku baru Darjah 6. Lepas daripada tu aku terus meminati Allahyarhamah dan Allahyarham P. Ramlee secara serius. Bayangkan budak sekolah rendah meminati lagu-lagu klasik dendangan mereka. Kalau ada duit lebih je (pemberian orang atau hasil simpanan duit sekolah sendiri) aku akan beli kaset-kaset mereka di pasar malam atau di kedai muzik di Johor Bahru. Seronok sangat. Dan koleksi aku pada masa tu sangat banyak dan still ada sampai hari ni. Antaranya adalah terbitan Warna (pengarah urusannya Allahyarham Nasir P. Ramlee) dan EMI Malaysia. Kalau filem pula, dulu setiap minggu ada teater P. Ramlee kat tv, aku akan record filem-filemnya dengan video tape VHS. Arwah Baba (nenek aku) yang selalu sponsor duit beli tape ni. Skrip filem jangan cakap la. Kalau sepanjang tengok filem-filemnya especially yang komedi.. memang aku hafal. In fact adik-beradik aku pun ingat skrip-skripnya. And masa sekolah dulu pun, kalau ada majalah-majalah yang menerbitkan cerita P. Ramlee dan Saloma memang aku akan beli. Dulu ada this one tabloid yang publish biografinya every week.. aku tak pernah miss beli okay. Begitulah gigihnya aku sebagai seorang diehard fan.. katanya. [Last post aku pasal P.Ramlee dan Saloma boleh baca kat sini.]
Okay.. enough about that. Berkenaan dengan biopik Saloma ni, aku memang puji usaha yang dilakukan oleh mereka yang terlibat terutamanya Melissa Saila selaku peneraju utama. Tahniah untuk semua yang terlibat. Dan aku kagum dengan watak Tompel yang dijayakan oleh Azhan Rani. Gaya, tutur katanya sangat mirip dengan bintang lagenda itu.
Cuma sayangnya bintang utama yang membawa watak Saloma iaitu Nabila Huda bagi aku kurang menjadi sedikit. I dunno.. aku rasa ada something yang kurang somewhere. Seolah-olah aura atau "roh" Saloma tu tiada dalam karektor yang dilakonkannya. Tak dinafikan memang susah untuk menjadi Saloma yang sebenar. Dan aku yakin Nabila telah melakukan yang terbaik. Cuma bagi aku dia perlu menjadi lebih "elegant and classy" untuk menjayakan watak tu. Bagi aku Saloma sangat unik. The one and only, tiada galang ganti. She's a fine lady. Body language-nya, liuk lentuk tubuhnya bila menyanyi dan berkata-kata, manja tetapi tidak "gedik".

Dan apabila menyanyi, postur kepala beliau selalunya akan sedikit mendongak. Sesekali, ketika mendendangkan lagu, gerak mulut dan bibirnya seakan mencebik apabila mengungkapkan patah perkataan, bahunya akan diangkat diikuti dengan sedikit gelengan atau goyangan kepala. Pergerakannya tidak agresif, hanya sekadar pergerakan yang minima tapi impak pada gayanya sangat besar. Itulah trademark Saloma. Dan ketika menari pun, gayanya sangat anggun.

Susah nak describe but kalau korang selalu menonton filem-filemnya korang sure faham apa yang aku maksudkan. Dan Nabila bagi aku masih sedikit "kasar" untuk menjadi Saloma. And easier said than done kan.. apapun tu cuma pendapat aku sahaja sebagai peminat Allahyarhamah.
Apapun, secara keseluruhannya, semua yang terlibat telah melakukan yang terbaik. Syabas untuk para pelakon, production team dan semua yang terlibat dalam menjayakan biopik ini.

Bagi yang belum menonton, saksikanlah naskah hebat ini di Astro First bermula 28 Ogos 2014.

p/s: Terima kasih kepada kawan aku, Nora, sebab setiap hari update aku countdown biopik ni. Cayang ko!!!
Read More

Saturday, July 19, 2014

Sayang anda semua...



Video ni aku tujukan khas untuk keluarga, kenalan dan mereka yang terlibat dengan nahas MH17 dan MH370 ni dan untuk sesiapa sahaja yang telah kehilangan insan yang disayangi. Tak tahu berapa banyak air mata aku mengalir semasa mengedit video ni. But one thing for sure, peringatan untuk rakan-rakan dan diri sendiri terutamanya, hargailah insan di sekeliling kita selagi mereka masih ada. Dan untuk keluarga, saudara-mara dan all my friends out there, I love you all so much! =)

Thanks to Wassim Zagloul and Jihan for helping me with the translation.

Note: This song never fails to make me cry. Pertama, ia merupakan salah satu lagu terakhir dan video terakhir dari penyanyi yang paling aku minati, Warda, yang meninggal pada 17 Mei 2012. Kedua, lirik lagu ini yang sangat mendalam, yang mengajar kita untuk menghargai seseorang selagi dia masih ada, mengajar kita untuk memaafkan, melupakan segala dendam dan kesumat agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Aku sertakan di bawah ni video clip sebenar lagu ni dengan menggunakan ilustrasi memandangkan beliau telah pergi sebelum sempat video ini dirakamkan. Video diterbitkan oleh anak Allahyarhamah sendiri, Reyad Qesri.

Read More

Sunday, May 11, 2014

#nowlistening - Sampai Akhir by Judika


Kasih ku berjanji selalu menemani
Saat kau bersedih, saat kau menangis
Aaa.. kan ku jaga
Aaa.. segenap cinta yang ada untukmu

Selama nafasku masih berdesah
Dan jantungku terus memanggil indah namamu
Takkan pernah hati ini mendua
Sampai akhir hidup ini

Kasih ku berjanji selalu menemani
Saat kau bersedih saat kau menangis

Aaa.. kan ku jaga
Aaa.. segenap cinta yang ada
Aaa.. percayalah
Aaa.. satu cintaku untukmu

Selama nafasku masih berdesah
Dan jantungku terus memanggil indah namamu
Takkan pernah hati ini mendua
Sampai akhir hidup ini

p/s: Lagu ni dah cukup buat aku tersenyum sepanjang malam. Thanks dear.
Read More

Sunday, September 8, 2013

#nowlistening - Henry & EXO

Skarang ni track yang aku dok ulang-ulang dengar adalah Henry - Trap dan Growl by EXO. Trap tu dah lama aku dengar dan EXO tu like seminggu yang lepas. Memula tak kisah sangat ngan EXO ni sebab aku dengar lagu dia Werewolf ke apa ntah kat Music Bank haritu cam aku pening kepala. Tapi Growl ni cam best plak especially part chorusnya. Bila tengok video, choreographynya memang menarik. Dan ada satu part tu mengingatkan aku satu filem Hindi (tak ingat title.. kalau tak silap lakonan Shah Rukh Khan..)
Tapikan.. banyak kali ulang dengar dan tengok lirik pun aku takleh nak tangkap the whole songs. Berbelit lidah. Hakikatnya lagu Arab gak paling cepat aku hafal. Bahahahaha...
EXO - Growl
Nah, link video kat bawah ni.. Selamat melayan!!!

Henry - Trap

EXO - Growl

Read More

Tuesday, August 13, 2013

#nowlistening - Mosh Awaydak by Mayada Elhennawi

Mayada Elhennawi
Selain Ashwak.. lagu ni pun aku dok ulang-ulang dengar sekarang ni. Dalam album yang sama. Ciptaan ex-husband Warda, Baligh Hamdy. Menurut Warda, lagu ni antara punca dia bercerai dengan suaminya sebab Baligh insisted nak bagi lagu ni pada Mayada. Gile tak? Tapi no wonder la Warda beriya nak lagu ni. Memang sedap ya melodinya. Baligh Hamdy memang genius dan di antara composer Arab terhebat di zamannya dan sehingga sekarang. Kombinasi yang perfect di antara irama classic dan moden.


Ini adalah liriknya. Layannn lagi!!!! :P

Mosh Awaydak
Mayada elHennawi
Composer : Baligh Hamdy
Lyricist : Ahmad Hilmi


مش عوايدك قل لي مين غير عوايدك قل لي مين
مين ....مين ....مين
مش انت ايوه مش انت ومش ممكن تكون انت
مش عوايدك قل لي مين غير عوايدك
قل لي مين قساك وهون حبي عندك
قل لي مين مين قساك مين
ولا مين مين خلاك تنسي عهدي معاك مين
قل لي مين

كنا نتقابل وشوق العمر في عيونك يبان
كنت تتكلم وصوتك همسته رقه وحنان
همسته رقه وحنان
كنت اغلي من حياتك واليمين الغالي عندك كان حياتي
سيرتي كانت في حكاياتك اسمي غنوة كنت بتقولها يوماتي

كل ده ما فضلش منه غير شوية ذكريات
والنهارده بنحكي عنه كانه قصة حب فات
مش انت ايوه مش انت

كنا بندوب م البعاد لو طال يومين
كان ياخدنا الشوق ونفضل سهرانين
وان خاصمتك كنت ما بتقدرش تصبر
وانت علي نار البعاد ابدا ما تقدر
كنت بتقرب لي اكتر والحنين يكبر ويكبر

كل ده ما فضلش
مش انت ايوه مش انت

ياه ع اللي كان بينك وبيني والزمان خاني ورماه
ياه ع اللي ضاع منا يا عيني ونسناه
في درب الحياه
كنت عارفة كل حاجة شاغلة بالك كل كلمة كل فكرة في خيالك
واما فاض بي م اللي قاسيته في هواك
عشت ويا الصبر اشكي من هواك
والعذاب خلاني اتالم لوحدي
عشت وياه كل ايامي في بعدي

كل ده ما فضلش
مش انت ايوه مش انت
Read More

Sunday, August 4, 2013

Website terbengkalai

Aku rasa mulai hari ni aku nak masukkan balik semula artikel kat laman web Al-Alawiyyin Homepage yang pernah aku bangunkan dulu sekitar 2000-2003. Sampai la ni terbiar begitu saja disebabkan urusan-urusan duniawi. Banyak feedback yang aku dapat dari kalangan Alawiyyin dulu.. tapi tak sempat pun nak buat. Tak kurang juga yang aku jumpa main copy-paste je artikel yang penat aku type dulu.. huhuhu. Takpe lah berkongsi info katanya.. =)
Laman Alawiyyin yang dah terbiar bersawang

Warda Online punya web pun camtu. Berzaman tak update walaupun Maqam.com dah sponsor domainnya. Nyesal plak dulu ambil offer dia. Now copyright dah jadi hak dia. Ye la.. dulu masa study mana ada duit nak beli domain semua kan... Padahal laman web Warda tu la yang pertama dalam dunia aku buat untuk Warda yang menjadi rujukan radio-radio Arab untuk cari info pasal Warda. Mana ada sangat info time awal-awal internet dulu.
Autograf yang diberi oleh Warda, disampaikan melalui email oleh anaknya, Reyad Qasri sebagai penghargaan kepada aku sekitar tahun 2003 dahulu

Read More

#nowlistening - Ashwak by Mayada Elhennawi


Lately, aku gile dengar lagu ni. Ashwak by a Syrian singer, Mayada Elhennawi. Actually lagu asal ni dinyanyikan oleh composer lagu ni sendiri iaitu Riad Elsounbati yang banyak mencipta lagu-lagu terkenal untuk Umm Kulthum, Warda dan banyak lagi penyanyi Arab yang tersohor. Dan lagu dia yang paling aku suka yang dia buat untuk Warda adalah "Ya Habibi La Taqolli". Sedap lagu ni. Anyway lagu Ashwak ni bertambah indah bila didendangkan oleh Mayada sebab suaranya yang lemak merdu serta lantang.


Berikut adalah liriknya. Layannn!!!! :P

Ashwak
Mayada elHennawi
Composer : Riyad Sunbati
Lyricist : Mustafa Abdel Rahman

               
أيها الناعم في دنيا الخيال تذكر العهد وماضي الصفحات
أعَلى بالك ما طاف ببالي من ليالٍ وعهود مشرقات؟
لا رأت عيناك شكي وضلالي وحنيني ولهيب الذكريات
عندما يعرضها الماضي لعيني صورا تجلو الذي ضيَّعت مني
من ليالٍ بهوانا راقصات

هتف الصبح و غنى بنشيد رائع اللحن شجي النغمات
كالمُنى تُقبل كالحلم السعيد في خيال كابتسام الزهرات
بَيدَ أني لا أبالي بالوجود ولياليه الحسان النيرات
إن يكن قلبك لا يسمع لحني فلمن يا فتنة الروح أغني؟
للهوى سر المعاني الخالدات
آه لو تسمعني أشكو الجوى يا حبيبي
آه لو تسمعني

وترى القلب ونيران الهوى ولظاها ودموع الشجن
لترفقتَ بقلبي فانطوى ما بقلبي من هوى أرقني
أين أحلام شبابي؟ أين مِنّي؟
أمسيات من فتون وتمني وعيون الدهر عنا غافلات
يا حبيبي أيقظ الماضي شجوني حينما طافت رؤاه في خيالي
وتلفّتُ بعيني ليقيني فإذا الحاضر كالليل حيالي
وإذا بي قد خلت منك يميني وانطوى ما كان من صفو الليالي
طال بي شوقي لأيام التغني
وليالٍ هن بعضي غاب عني
فأعِد لي ما انطوى من بشريات
Read More

Monday, January 7, 2013

Lagu wajib masa karok

Melalak adalah memang merupakan hobi aku sejak azali. Memang tak sah kalau sehari tak dengar lagu. Dan of coz, kalau free memang ke karaoke lah yang paling aku suka. Dan ni adalah antara lagu-lagu wajib aku kalau gi karok.

Akhasmak Ah - Nancy Ajram
Bous Elwawa - Haifa Wahbi
Camar Yang Pulang - Aishah
Cari Jodoh - Wali
Demi Cinta Ini... Yee - Hetty Koes Endang
Hasa Ma Bena Fi haga - Haifa Wahbi
Hanya Kau Yang Mampu - Aizat
Kasih Kita - Aishah
Kuch Kuch Hota Hai - Udit Narayan & Alka Yagnik
Ladki Badi Anjani Hai - Udit Narayan & Alka Yagnik
Lamunan Terhenti - Aris Ariwatan 
Mengapa Dikenang Mengapa Difikir - Herman Tino
Nour Elshams - Pascale Machalaani
Oh! Di Mana - Sharifah Aini
Ratuku - Awie
Rek Ayo Rek - lagu Jawa by Sakura Teng
Sampai Hati - Spring 
Seri Langkat - Sudirman & Zaleha Hamid
Syurga & Neraka - Hetty Koes Endang
Talab Idi Men Ahly - Pascale Machalaani
Tui Ni Ai Bu Wan - Aaron Kwok
Wajah Kesayangan Hamba - Hail Amir
Yang Tersayang - Amelina & Iwan

Aku yakin aku memang bagus dalam menyanyi lagu-lagu dangdut. Dan mungkin aku sepatutnya menjadi penyanyi dangdut!. Lagu English aku tak baper minat sangat. Tapi most of the time aku stress sebab susah nak dapat lagu-lagu Arab kat sini.. Haizzz..
Read More

Sunday, December 2, 2012

Trip to South Korea Part 5/5


Day 7: Busan - Taejongdae Park - Seoul - Dongdaemun

Memandangkan kami stay sehari je di Busan, maka pada hari ke-7 ni, kami hanya sempat pergi ke Taejongdae Park dengan menaiki city bus no. 88 di hadapan Busan Station, berhenti di bus station berhadapan dengan pintu masuk park ni.
Downtown Busan
Naik bas ke Taejongdae Park
Taejongdae Resort Park
Nama Taejongdae ni berasal daripada nama King Taejong dari Dinasti Shilla yanjg sangat suka pada tempat ni kerana keindahan alam semulajadinya. Dengan tebing laut yang unik, hutan yang menghijau dan lautan yang terbentang kebiruan menjadikan pemandangan di Taejongdae ini sangat memukau. Jika keadaan cuaca elok, kita boleh nampak Oryuk Island dan juga Tsushima Island di negara Jepun. 
Entrance ke Taejongdae Park
View dari hadapan park
Banyak tempat-tempat menarik di sini antaranya Yeongdo Lighthouse, Sinseon Rock, Mangbu Rock, Tea Kettle Island, Observation Deck, Gumyeongsa Temple dan pelbagai lagi.

Disebabkan kami rushing nak balik ke Seoul pada petang ni juga, makanya kami hanya sempat naik cruise mengelilingi sekitar Taejongdae Park ni. Package ni berharga 10,000 won seorang boleh didapati di hadapan pintu masuk (ada van-van company yang operate cruise ni dis itu). Perjalanan mengelilingi sekitar penghujung Yeongdo-gu Island ni mengambil masa selama 1 jam. Pemandangan memang superb! Boleh nampak pelabuhan Busan yang sibuk dengan kapal-kapal selain daripada keindahan alam semulajadi di sini.
Aku tak sure yang ni Taewon ke Gonpo Cruise...
Kena tulis nama dulu sebelum naik cruise
Jeti untuk naik cruise
Ahjumma ni dok explain dalam Korean.. dengar je la
Gadis-gadis cruise.. :P
Rindunya pemandangan ni...
Seagull berterbangan
Busan City dari kejauhan
Observation deck kelihatan di situ
Tea Kettle Island atau nama asalnya Jujeonja-seom
View tebing lautnya sangat cantik!
Yeongdo Lighthouse juga kelihatan
Sinseon Rock which means 'a place where fairies play'
One thing yang menarik kat sini adalah melihat seagull yang banyak berterbangan mengikut cruise kami. Mana tak nya... dah ada orang bagi makan.. sure la berlambak burung-burung ni datang. Angin pun memang kuat dengan view yang cantik.. so totally stress-free!!!
Dia suda mari...
Ngap!!!!
Taejongdae memang cantik!
Busan - bandar pelabuhan
Lautan nan luas terbentang :P
Lepas habis cruise, terus ke Busan Station cari tiket balik ke Seoul. Nak naik Danubi Train mengelilingi park ni pun tak sempat. Banyak spot-spot yang best kat sini, tapi apakan daya. Kena datang lagi la nampak gayanya.. Hehee.. 
Di hadapan Busan Station
Busan Station
So, di Busan Station, Alhamdulillah.. kami dapat beli tiket balik pada pukul 2.20 petang dan sampai di Seoul sekitar pukul 7.40 malam. Sampai Seoul terus direct ke Dongdaemun untuk dinner ikan bakar. Tak cari tempat lain dah. Kedai "Mak Angkat" Azz juga yang dituju. Menurut Azz, ahjumma kat kedai ni muka sebiji macam arwah mak dia. Patut la masa first time datang sini dia "meleleh" sekejap... Anyway, frust sikit sebab menu sotong sambal yang kami makan haritu takde. Penat nak explain sotong kat amkcik ni... last-last aku lukis gambar sotong baru dia paham... So takdelah sotong segar lagi kenyal untuk malam ni. Sebelum balik Azz sempat bergambar kenangan dengan "mak" dia. Dan ahjumma yang kira tu pun bagi kami diskaun memandangkan kami last customer dia. ^_^
Dah sampai Seoul Station
Ahjumma dah bungkus nak tutup kedai...

Day 8: Dongdaemun - Itaewon - Myeongdong - Namdaemun - Insadong

Last day kami berada di Seoul.. Sobbb.. sobbb... Esoknya pukul 6.00 pagi dah kena gerak pergi ke Incheon. So, bermakna hari ni adalah last day untuk shopping. Aku takde nak shopping apa dah sangat. Derang ni la yang nak shopping. Destinasi pertama seperti biasa adalah mengisi perut. So kami ke Dongdaemun untuk last makan ikan bakar. Tapi last-last bertukar lokasi sebab ada insiden yang nanti aku ceritakan. Hahaha.. Jadi, semua sepakat untuk ke Itaewon. Tapi sebelum tu sempat singgah di Dongdaemun Complex untuk mengusha apa yang menarik. Ajie je yang membeli comforter kat sini. 60,000 won sehelai. Memang bagus kualitinya.
Tunggu subway ke Dongdaemun
Dongdaemun Gate
Dongdaemun Market
Makcik-makcik sure gile kalau datang sini!
Tu dia comforter yang Ajie beli
Di Itaewon, kami brunch di Mr. Kebab. Aku order kebab with bread dengan extra chili. Lazat!!! Tak lupa menapau skali in case malam nanti kat bilik kebuluran. Lepas makan, terus menuju ke Myeongdong, salah satu destinasi shopping yang terkenal kat Seoul.
Mengisi perut di Itaewon
Sempat lagi posing pakcik Turkish nih...
Bedal Mr. Kebab
 
Myeong-dong
Myeong-dong merupakan pusat komersil yang popular di Seoul. Area ni memang sangat happening. Ramai gile manusia! Boleh dikatakan fashion and cosmetic district gak sebab banyak kedai-kedai yang menjual pakaian dan barangan kosmetik yang berjenama kat sini. Nak cuci mata kat area ni pun best. Hahaha.. Orang-orangnya memang stylo. Aku tak shopping apa pun, just beli few cleansers dan bb cream dari kedai The Face Shop. Tengah sale... rugi la kalau tak beli kan.. Rasanya kat Malaysia lagi mahal kot.
Myeongdong
Happening kat sini ya..
Teringat main game Mario Bros masa kecik-kecik
Myeongdong Theater
On the way ke Namdaemun
Namdaemun & Insadong
Dah puas melilau di Myeong-dong, kami pergi ke Namdaemun - derang ni tak puas shopping lagi. Jalan kaki je sebab tak jauh mana pun. Nak menghabiskan saki-baki duit kononnya selain daripada misi sampingan iaitu untuk membedal honey dew yang sangat manis itu.. Jangan tanya brape banyak aku bedal... Hahaha.. Ya Allah! Teringat-ingat rasanya sampai sekarang. Super manis dan super juicy!
Last day di Namdaemun
Ada performance kat Anguk Station. Lemah gemalai tariannya...
Last sekali sebelum balik bilik, kami singgah di Insadong. Dekat ngan guesthouse kan. Destinasi paling last untuk shopping. Aku memang dah takde intention nak beli apa. Plus, kaki dah nak tercabut berjalan. So, duduk la sorang-sorang jadi pak guard barang shopping derang. Ingatkan sekejap. Skali amik kau, kat 2 jam menunggu!!! Menunggu sampai beku! Mana taknya.. sejuk gile malam tu.. Tak senang duduk dibuatnya... Nasib baik la aku tak mati kesejukan kat situ.. Memang gile shopping tul derang ni especially Azz ngan Ajie.
Naik keras menunggu derang habis shopping...
Senang hati la kan puas bershopping!
Balik bilik.. apa lagi... sesi menghabiskan saki-baki makanan dan menge-pack barang.. Esok sudah mahu pulang. Waarghhh!!! Tak bestnyeee :(


Day 9: Incheon - LCCT



Bangun yang paling awal sebab by 6.00 am dah kena gerak ke airport. Thanks to Hannah (Beewon staff) yang tolong arrangekan transportation untuk ke sana. Kalau tak silap satu van tu 70,000 won. Perjalanan lebih kurang 45 minit. Lepas settle check-in semua, lepak cafe sementara menunggu boarding. Azz ngan Ajie sempat shopping lagik!!!!! Bai, Kerul ngan Eric ber-red karaoke bagai nak rak. Alhamdulillah, flite tak delay. Tapi tension sebab makanan dalam flite habis. Dapat makan maggi cup je! Hampeh btol. So, sampai je LCCT, terus kopitiam bantai nasi lemak dengan extra sambal. Cukup puas hati... tapi hati tetap sayu sebab tiada lagi cuaca sejuk... tiada lagi pemandangan yang menarik... yang tinggal cuma memori indah yang terpahat. 

SEOUL... tunggu kedatangan aku di masa akan datang... Miss South Korea soooooo muchhhhh!!!!! :((
Read More