#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Saturday, June 30, 2012

Mendaki Gua Tempurung sampai kaki terpeleot

Post kali ni masih lagi berkisarkan negeri Perak. Aku sempat singgah di Gua Tempurung, Gopeng sebelum balik ke KL. Gua Tempurung sepanjang 1.9 km ni adalah antara gua batu kapur dan marmar yang terindah di Malaysia. Ia juga gua yang terbesar di Semenanjung Malaysia.
On the way ke Gua Tempurung.
Entrance di Gua Tempurung
Kalau datang sini, ada few pakej yang ditawarkan dari yang senang sampai lah yang paling mencabar. Oleh kerana aku malas nak berbasahan lalu sungai bawah tanah tu, makanya aku just amik pakej "Top of the World" yang berharga RM9.00 sorang. Ada tour guide yang bawa naik sampai ke bahagian atas gua. Macam-macam dia explain pasal gua ni sepanjang tour, dari sejarah, formation dan bentuk-bentuk unik yang ada dalam ni. Formation stalactites dan stalagmites dalam gua ni memang mengagumkan! Terpegun biji mata tengok. Maklumlah kejadian yang dah berjuta tahun kan.. Ada bentuk-bentuk unik dalam ni antaranya bentuk kepala gajah, muka manusia dan watak cerita Titanic! Selain tu, terdapat laluan angin atau wind tunnel di bahagian atas gua. Kuat dan sejuk juga angin yang lalu kat sini. Boleh berenti lama sikit keringkan peluh semua...
Pakej serta senarai harganya.
Pemandangan di pintu masuk gua.
Terpukau mata dengan formation stalactites & stalagmites itu.
Besar stalactites tuh!
Formation yang berbentuk kepala gajah.
Stalagmite yang konon berbentuk Jack & Rose dlm Titanic.
Macam sisi kepala orang pun ada.
Wind tunnel dalam gua. Kuat angin yang lalu kat sini.
Lepas dah habis tour dalam gua, kalau nak beli cenderamata, boleh pergi kat gift shop yang ada. Diorang ada jual T-shirt, keychain dan lain-lain. Kat area sini pun ada kedai-kedai makan. So kalau kelaparan boleh lah menjamu selera. Aku cuma tapau pisang goreng dengan jeli kelapa dengan sorang makcik ni yang jual area parking kereta. Kenyang la juga kan? :)

P/S: Berhati-hati masa menuruni anak-anak tangga kat sini. Masa turun kat tengah-tengah tu aku tergelincir sampai bunyi "krakk!" kat kaki. Memula ingat takde apa. Lepas sebulan naik bengkak sebab ligamen terkoyak. Sudahnya seminggu berumah kat SJMC! Hamik kau...
Read More

Friday, June 29, 2012

Merendam telur-telur di Sungai Klah Hot Springs

Sungai Klah Hot Springs atau Sungkai Hot Springs adalah antara destinasi favorite aku kalau nak keluar dari kebosanan di KL. Lokasinya dalam sejam lebih je. So takde la jauh sangat. Sebab aku ada konsep tersendiri iaitu kalau perjalanan lebih 3 jam maka lebih baik aku balik JB rumah parents aku je. Whatever la kan. Nak sampai ke sini takde la susah mana. Amik highway PLUS ke Utara. Then keluar kat Exit 128 Sungkai/Trolak. Lepas dari situ banyak signboard yang tunjuk arah ke kolam air panas ni. Follow je la. Make sure bawa bekalan sendiri dan telur ayam (kalau nak rebus later). Kafe kat sini makannya ala-ala saja. Kat jalan besar sebelum masuk tu pun ada deretan kedai makan, tapi aku dah pangkah dah sejak termakan ikan patin masak lemak yang isinya berulat!!!! Gerai S** B**** namanya. Dah la kotor plak tu. Bukan nak menutup rezeki diorang tapi memang tak patut la kan.. Bila kita tunjuk bagitau, tak nak mengaku. Pastu kena bayar pula lagi. Apa punya servis ntah.
Anyway, waktu operasi kat sini, kalau hari biasa (8.00 pagi - 7.00 malam), kalau weekend, cuti umum atau cuti sekolah (8.00 pagi - 9.00 malam). Villa juga ada disediakan. So siapa yang nak bermalam boleh stay di sini. Kat sini ada 2 kolam utama; air panas dan air gunung (sejuk). Personally, aku suka pergi petang sebab berendam dalam air panas pada waktu malam lagi best. Kalau tengah hari berendam air panas macam orang gila plak rasa kan.. Kalau tak nak mandi air panas boleh pergi kat kolam takungan air gunung yang sejuk dan segar.
Harga tiket masuk.
Apa yang boleh dibuat kat kolam air panas ni.
Di antara jambatan kayu nak masuk ke kolam air panas ni ada disediakan wakaf. So siapa yang nak ber-open sauna atau mandi wap bolehlah melepak kat sini. Ada aliran air panas di bawahnya.
Sentiasa berkabus disebabkan oleh wap air panas dari anak-anak sungai tu.
Punca air panas. Ada yang sampai tahap didih 100 darjah celcius.
Kolam utama air panas. Berendam kat sini waktu malam memang best!
Di hujung kat fountain tu suhu airnya lebih panas.
Kolam air gunung.
Aktiviti merebus telur. Jangan kentut sudah pas ni.
One thing yang buat aku suka bila datang sini ialah bila dah habis berendam tu memang rasa fresh dan lenguh-lenguh badan semua hilang selain telur yang menjadi masak. Kulit pun rasa gebu kembali... Hahahaha.
Read More

Wisata Kota Bandung

Kali ni aku nak cerita pasal trip aku ke Bandung sedikit masa dulu. Bandung memang sangat best kalau hendak bershopping sakan. Dengan tukaran matawang yang rendah, memang boleh jadi gila kalau sampai di sini. Aku rasa kat sini semuanya best - pilihan barangan, tempat-tempat menarik and of coz the food especially masakan Sunda. Untuk pengetahuan, bangsa Sunda merupakan majoriti di Kota Bandung ni. So that's why Sundanese food ada merata-rata. Transportation pula di Bandung ni takde masalah, baik teksi mahupun angkutan kota. Kalau nak berjalan-jalan di sekitar Bandung dengan selesa boleh pilih sama ada nak naik chartered van ataupun teksi (Blue Bird teksi better). If teksi sekitar Rp250,000 sehari (lebih kurang RM80 lebih camtu). Atau kalau nak lagi adventure boleh try naik angkutan. Masyarakat umum di sini lebih senang menaiki jenis ini.
Airport Bandung.
Aku seperti biasalah, kalau gi travel memang main redah je. Tak suka menggunakan travel agent. So kat Bandung ni pun sama. Nak cari tempat tinggal cukup mudah. Banyak hotel dari jenis bajet sampailah ke 5 bintang. Pilih saja mana yang suka. Dulu masa first time sampai, pak supir bawa aku ke The Cherry Hotel & Residence di Jl. Babakan Jeruk, lepas dari tol Pasteur. Hotel baru, harganya berpatutan dan biliknya kemas. Tapi kedudukan hotel ni terkedalam sikit dari jalan utama dan tempat-tempat menarik. So the next day tu aku tukar ke Hotel Guci di Jl. Pasir Kaliki. Bagus hotel ni. Kedudukannya strategik, dekat dengan Pasar Baru dan Jalan Riau - antara tumpuan utama untuk shopping di Bandung. Selain daripada harganya yang murah (siap dengan buffet breakfast), bilik hotelnya kemas dan bersih, ada hot shower (sangat penting untuk aku!), staff yang peramah serta banyak facilities. Dua kali aku pergi Bandung, dua kali aku stay kat sini.

Hotel Guci di Jl. Pasir Kaliki.
Single roomnya yang selesa.
Courtyard bersebelahan dengan swimming pool.
Kalau berada di Bandung ni, memang tak sah la kalau tak shopping kan? Dari Factory Outlets di sekitar Jl. Dago, Jl. Setiabudhi hingga lah ke Jl. Riau, memang banyak kedai-kedai yang menjual pakaian berjenama dengan harga yang murah. Aku sempat singgah di Rumah Mode di Jl. Setiabudhi. Memang ramai orang Malaysia datang kat sini. Harga di sini sebenarnya sedikit mahal (sebab terlalu ramai datang sini kan..). Selain tu, Heritage di Jl. Riau juga not bad. Pilihan untuk lelaki aku rasa better kat sini. Kalau nak mencari jeans pula, boleh singgah di Toko Tiga. One thing nasihat aku, kalau pak supirnya nak bawa ke nama-nama tempat yang pelik, korang tak payah la pegi. Aku pernah terkena dia kata kalau nak cari baju yang elok ada satu toko ni. So aku pun ikut la. Dah la agak jauh, pastu ntah kedai apa la dalam tu. Takde yang menarik langsung. Rupanya dia beriya bawa ke sini sebab dapat something dari owner toko tu. Hampeh btol! Oh! By the way, kalau nak mencari supir Blue Bird tu hati-hati sikit. Make sure korang deal betul-betul berapa hari nak guna khidmat dia. Yang sorang ni aku kena memang tahap hanjeng. Mulut manis tapi belit macam haram. So extra careful sikit. But yang lain tu aku naik Alhamdulilllah baik-baik semuanya dan jujur.
Rumah Mode di Jl. Setiabudhi.
Heritage di Jl. Riau.
Bagi kaum wanita pula, tempat wajib singgah semestinya Pasar Baru. Dalam ni penuh dengan kedai-kedai menjual kain ela, baju-baju kebaya, telekung, tudung, t-shirt dan macam-macam lagi lah. Memang rambang mata, pusing sejam dua dalam ni memang tak cukup. Telekung diorang pula semua cantik-cantik belaka sulamannya. Hasil kerja orang-orang Bandung ni memang halus. Kalau tak cukup beg nak bawa, takde masalah. Kat area luar Pasar Baru tu ramai budak-budak jual beg-beg kanvas dengan harga yang murah. Pilih je besar mana nak. Boleh sumbat semua yang korang beli.
Area depan Pasar baru ni memang tersangat sesak. Boleh pengsan kalau dok lelama.
Bapak beca di Pasar Baru.
Kain-kain ela bersulam yang cantik-cantik belaka.
Berhadapan dengan Pasar Baru pula, terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kudapan yang boleh dibawa pulang. Salah satu favourite aku kat sini ialah kerepek tempe. Boleh beli yang fresh baru digoreng. Selain tu, kena try minuman Bandrek Hanjuang. Kat Bandung je ada. Ia campuran halia dengan rempah-ratus serta gula palem. Menyegarkan! Satu paket tu kalau tak silap Rp15,000. Ada 5 pek kat dalam. Tapi kalau korang tak suka minuman berempah.. abaikan saja.
Macam-macam kudapan ada kat sini.

My feveret keropok tempe. Rangup!
Selain dari shopping, Bandung juga banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya Sari Ater Hot Spring Resort (Ciater ringkasannya). Kawasan rekreasi kolam air panas. Letaknya lebih kurang 45 minit dari Kota Bandung. Luas tempat ni. Macam-macam aktiviti boleh buat. Nak mandi-manda, tunggang kuda, flying fox, naik go kart, ATV dan macam-macam lagi lah. Tapi aku datang sini just rendam air dalam kolam air panas je. Sesuai la nak melegakan kaki yang penat berjalan.
Sari Ater Hot Spring Resort.
Dan semestinyalah tempat yang wajib pergi kalau datang ke Bandung ni ialah Gunung Tangkuban Parahu. Ini adalah ikon Kota Bandung. Gunung berapi ni terletak kira-kira 20 km lebih ke utara Bandung. Ini first experience aku pergi kawasan gunung berapi secara dekat. Nampak jelas kawahnya dengan lumpur serta gas-gas sulfur yang keluar. Bau sulfur memang kuat kat sini. Luckily aku sampai sini cuaca tengah elok. So semuanya jelas kelihatan. Berdekatan dengan area ni ada deretan kedai yang menjual cenderamata. Kalau berkenan boleh beli. Kena pandai tawarlah. Elakkan membeli dengan penjual-penjual yang bersepah kat atas gunung tu. Mahal pun ya. Pastu kalau tanya nanti, dia akan ikut je kita sampai lah kita beli. Sangat tak selesa.
Kawah Gunung Tangkuban Parahu.

Deretan kedai souvenirs.
Colorful bangles.
Menunggang kuda di Tangkuban Parahu.
Lagi satu yang paling aku suka kat Bandung ni ialah makanannya. Makanan Sunda sangat lazat okay! Kedai makan memang bersepah-sepah. Tapi kalau ke sini wajib pergi ke Kampung Daun Culture Village & Cafe. Restoran ni berkonsepkan desa. Suasananya sangat nyaman sebab banyak pokok-pokok serta landscape design yang menarik. Tempat makannya terdiri daripada pondok-pondok kecil dengan bantal dan makan bersila. Selesa sekali. Menu pula memang banyak pilihan. Ada Nasi Komplit Ala Sunda, Nasi Timbel, Ayam Penyet dan macam-macam lagi. Rasanya.. Terbaik!!! Selain tu, masakan asli Padang pun ada kat sini. Antaranya Restoran Sederhana di Pasteur. Banyak pilihan dan sedap-sedap belaka, especially Gulai Tunjang (urat lembu masak lemak), Ayam Kukus (paling sedap walaupun togel je!), Sambal Goreng Ijo dan banyak lagi lah. Pendek kata semuanya sedap.
Restoran Sederhana di Pasteur.
Nasi Komplit Ala Sunda @Kampung Daun.
Ayam Penyet @Kampung Daun. Bumbunya berbeza dengan ayam penyet kat sini.
Nasi Timbel @Kampung Daun.
Selain tu, boleh try juga Restoran Sindang Reret di Limbang. Tempat makan ni pun cantik. Dikelilingi kolam. Dan menu pun banyak pilihan dengan harga berpatutan. Cubalah Ayam Panggang Pedas dengan Ikan Gurame Rujak nya.. Sedap!
Makan sambil menikmati pemandangan cantik.
Sup Buntut a.k.a Sup Ekor.
Ayam Panggang Pedas.
Sambal Cabe Hijau.
Tengok gambar-gambar makanan ni.. lapar pula aku. Okay setakat ini saja. Mahu mencari makanan pula! :D
Read More

Wednesday, June 27, 2012

Why P. Ramlee & Saloma?

At last! Beli juga koleksi lagu-lagu P. Ramlee & Saloma ni. Dah lama nak membelinya tapi asyik tertangguh je. Bukan takde collection mp3.. tapi tak byk sgt. Masa pegi Rumah P. Ramlee hari tu pun, ada dijual tapi aku tak beli. Bila dah on the way balik KL baru nak menyesal.
Yeay.. boleh rip dan ulang beribu kali dlm kereta!!!
Actually masa sekolah rendah dulu... darjah 5 & 6, aku banyak beli kaset-kaset P. Ramlee dan Saloma kat pasar malam Taman Pelangi (petang Khamis lepas balik sekolah agama) ataupun kat Kedai Muzik SBBS di Pasar Baru (sebelah Komtar JB sekarang.. dah lama takde sbb dah dirobohkan buat Times Square). Beli pun bila ada extra duit belanja sekolah ataupun aku pau dari Baba (nenek aku). Filem-filem P. Ramlee pun sama. Baba sangat "bertimbang rasa" kalau aku minta duit nak beli blank VHS videotape semata-mata nak record filem-filem P. Ramlee yang main kat tv.. masa tu kalau tak silap slotnya "Teater P. Ramlee". Byk juga aku record, tapi sekarang ni videotape tu semuanya dah bercendawan. Kaset-kaset lagu pun rasanya sama juga.

Selain kaset dan videotape, aku juga gila mengumpul majalah/suratkhabar yang memaparkan kisah mereka berdua. Dulu tabloid Bacaria (ada lagi ke sekarang?) ada keluarkan rencana/biografi Allahyarham. Aku tak pernah miss. Tiap-tiap minggu aku kumpul. Pastu dengan majalah URTVnya. Macam-macam majalah lagi la. Tapi bila pindah rumah, aku tinggal semua tu. Malas nak bawa. Sekarang ni, bila fikir balik, terkilan sangat. At least, kalau aku tak nak, mungkin aku boleh sumbangkan kat arkib atau badan-badan yg berkaitan kan? Sayang.. sayang...

Kenapa aku minat P. Ramlee dan Saloma? Mungkin sbb aku membesar dengan filem-filem dan lagu-lagunya. In fact family aku kalau buka tv ada cerita P. Ramlee sure layan punya. Especially Salim. Siap hafal lagi skrip-skrip terutama dari filem Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan lain-lain. Saloma pula aku suka sbb dia unik. Selain suaranya yg lemak merdu, Allahyarhamah punya gaya tersendiri terutamanya ketika menyampaikan lagu. Suara macam dia memang susah nak jumpa lagi sekarang ni. Apa saja jenis lagu dia boleh bawa dengan baik. Memang sesuailah title Biduanita Negara diberikan kepadanya. Dulu sekitar tahun 1989/90 kat RTM1 ada siarkan program "Nostalgia Biduanita Saloma" (kalau aku tak silap lah) selama beberapa minggu. Dari masa mudanya sampailah ke akhir hayat. Yang melakonkan wataknya adalah anak saudara Allahyarhamah sendiri, Rozita Rohaizad. Bagus rancangan ni. Tiap-tiap minggu aku follow. Tapi sayang, takde diulang tayang lagi. Mungkin diorang ingat takde siapa nak tengok kot? Silap la kan.. aku yakin peminat Saloma dan P. Ramlee ramai je kat Nusantara ni (termasuklah sayeeee.. :D)

See.. walaupun aku layan K-Pop, jati diri Melayu (dan Arab juga) masih lagi kuat. Jangan terkejut kalau korang nak kereta dengan aku, aku mendendangkan lagu-lagu asli Melayu dengan penuh perasaan!! Hahaha. Cik Scabbers pernah mengalami "penyeksaan" seperti ini!

By the way, kat bawah ni gambar yang sempat aku ambil masa visit Rumah P. Ramlee kat Penang tu. Aku paling suka bahagian bilik tidurnya. Sangat cozy dengan tilam yang kelihatannya sangat empuk!

Read More

Tuesday, June 26, 2012

Taiping with Love

Singgah di Taiping last week, teringat plak first trip aku dengan my girls pada tahun lepas. Kononnya nak buat weekend breakaway la. Nak pegi night safari bagai. Tapi disebabkan menunggu some of them habis kerja, pukul 9 malam baru gerak dari KL. Sudahnya sampai Taiping dah dekat pukul 12 lebih tengah malam. Night safari apanya yang ada. Dah la masa sampai2 tu kena tahan kat roadblock pasal penumpang belakang tak pakai seatbelt. Nasib baik lepas.. maklumlah ada gadis2 hot kat belakang. Kalau aku kena.. sah2 la kena saman kan?? Anyway.. sampai je Taiping kitorang pusing cari hotel. So checkin la semalam kat Hotel Furama.. dekat dengan Taman Tasik. Okay la hotel ni, bersih, harga pun murah.
Kawasan sekitar Tasik Taiping yg sangat redup.
Pagi tu lepas siap2 dan checkout semua, kitorang pergi cari brunch kat town since jam pun dah kul 11 pagi. Pusing punya pusing jumpalah food court kat tengah2 town ni. Tapi aku kureng sikit kat sini sbb one thing ada aroma yg kurang menyenangkan serta tempatnya tak berapa nak bersih. Sebab perut dah lapar dan malas nak berpusing lagi. kitorang makan je kat sini. Aku cuma order roti kosong + teh tarik saje. Yang hazabnya.. ada pulak sorang "akak kertu" dengan bedak setepek dan muka berpeluh2 kat meja sebelah dok usha2 meja kitorang. Sah2 la kat meja ni aku sorang je laki kan? Takkan "akak" tu lessi kot?? Since sebelah meja "akak" tu ada this one Chinese family dengan sorang baby boy and baby girl.. saje je ckp kuat2 "I don't like girl.. I like boy... ". Motif????? Since takde sape melayan dia.. lepas dia makan, time lalu kat meja kitorang, siap cakap "Balik dulu la ye... ". Peramah betul orangnya.. Hehe.

Lepas abis makan, kitorang pegi ke Zoo Taiping (since semalam tak dpt nak pegi Night Safari). Lepas beli tiket dan masuk, we spent like sejam lebih pusing2 dalam tu. Macam2 jenis binatangss ada noo... dari gajah yg horny, rusa babi, badak sumbu putih, ghimau... pendek kata macam2 lah. Pusing dlm tu pun naik tram sbb nak berjalan pun cam malas je.
Kanak-kanak riang nak masuk zoo!
Ini namanya Rusa Ubi atau Sambar Deer.
Beruk tengah makan gula-gula.
"Senaman itu penting nak.. Dah jadi camni, nak nyesal pun tak guna.. "
Lembu Ankoli atau Ankole Cattle.
Gegajahs.
Gajah ni diasingkan sbb dia horny. Nampak tak apa yg extra iteww???
Dah puas melawat binatangss, kitorang pegi ke Taman Tasik Taiping. Bai seperti biasa.. suka beraksi lompat melompat. Then kitorang naik boat ride kat situ. Cuaca masa memula tu elok je. Tak sangka plak bila dah sampai kat tengah tasik, tetiba hujan yg maha lebat. Cam nak terbalik boat. Dengan tempias bagai. Nasib baik la tak tenggelam time tuh.. So bila hujan dah reda, kitorang gerak ke Kuala Sepetang nak pekena mee udang. Ni mmg dah ada dalam plan sejak azali. Cari punya cari, akhirnya sampai juga area Kuala Sepetang. Kat sini byk gerai yg jual mee udang antaranya Mee Udang Mak Jah tapi kitorang pilih Mee Udang Mak Teh sbb nampak gerai dia cam okay. Aku seperti biasalah kalau mencuba haruslah mengutamakan nafsu serakah! Hahaha.. So aku order mee udang banjir berharga RM12 semangkuk dengan 4-5 ekor udang besar. Memang cukup puas hati! Udangnya sgt fresh.. isi kenyal dan kuahnya pun superb! Azz pulak order nasi dengan sambal udang, Nisha order Meehoon Udang.. takde komplen punye!
Memula cuaca okay.. ni dah start mendung.
Hujan yg sangat lebat! Nasib baik tak tenggelam kat tengah2 tasik.
Mee Udang Mak Teh @Kuala Sepetang.
Mee Udang Banjir - RM12 semangkuk.
Nasi Sambal Udang.
Mee Hoon Goreng Udang.
So bila dah kenyang, kitorang balik semula ke bandar Taiping mencari cendol dan pasembur yg katanya femes kat sini.. Cendol Ansari. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa gak tempat makan ni. Tempat dia tersembunyi sikit. Kitorang order la cendol dengan pasemburnya. Frankly aku rasa takde la special mana pun cendol dan pasembur dia ni. Biasa2 je.. Maybe tekak aku kot. Tatau lah. Sedap lagi Pasembur Shariff Muslim kat Gurney Drive Penang tu.
Ansari's Famous Cendol katanya..
Cendol biasa.. OK!
Pasembur.. pun OK!
Lepas habis aktiviti makan memakan ni, maka pulanglah kami ke KL. But on the way tu sempat lagi singgah R&R beli jambu bagai.. Aktiviti makan semestinya bersambung lagi.. :D
Read More