#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Monday, June 22, 2015

Dilemma Rinjani

Image source: http://www.holidaylombokisland.com/wp-content/uploads/2014/12/rinjani-mount-tour.jpg
Aku masih di dalam dilemma..

Tak sure nak proceed dengan plan mendaki Rinjani di Lombok tu ataupun tak untuk trip akan datang.
Hati tu memang teringin sangat nak sampai ke puncak gunung tu untuk menikmati keindahan alam Allah SWT.
Tapi bila memikirkan azab nak sampai ke atas tu.. hati berkira-berkira pula.. mampu atau tidak?
Sedangkan Broga Hill yang ciput tu pun aku dah semput.. inikan pulak Rinjani berketinggian 3000 meter lebih!

Haiii.. dilemma sungguh!
Read More

Saturday, June 20, 2015

Ketuk-ketuk Ramadhan ~ Kastard Santan

Ya.. kita bertemu lagi untuk resepi kedua kita iaitu Kastard Santan Gula Melaka!


Resepi ni pun sama gak macam tadi. Aku main hentam je. In fact aku tak sempat rasa lagi sedap ke tak. Hahaha.. Tapi aku rasa mesti rasa dia macam cendol je.. sebab bahan dia santan dengan gula melaka. Anyway, memandangkan aku malas nak keluar ke Pasar Ramadhan mencari juadah berbuka (dan aku sebenarnya dah tapau stock Chicken Kabsah untuk berbuka sepanjang weekend ni.. haha) so terpaksalah aku merajinkan diri ke dapur tengok bahan apa yang ada. Dan yang aku jumpa adalah beras, tepung kastard, santan dan gula melaka serbuk. 

Ketepikan beras sebab aku malas nak masak yang leceh-leceh, aku decided nak buat something with this 3 main ingredients. Dan jadilah dessert yang tak seberapanya ini. So, these are the ingredients:
  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 kotak kecil santan segera
  • 1-2 cawan air
  • 2 sudu besar gula melaka serbuk
  • sedikit garam
  • chocolate chips (untuk ditabur)
  • sedikit madu
Cara-caranya:
  • Campurkan tepung kastard, 1 kotak santan kelapa, 1 cawan air dan 2 sudu besar gula. Gaul rata jangan sampai berketul. Kemudian masak atas api perlahan sampai likat dan angkat. Actually air tu boleh ditambah ikut kesesuaian.. kalau nampak terlalu likat boleh ditambah lagi. But make sure adunannya just nice.
  • Bila kastard dah masak, masa dia likat/panas-panas tu, masukkan dalam bekas atau gelas.
  • Kemudian dicurahkan santan ke atasnya (santan yang sekotak lagi tu) dan ditabur dengan serbuk gula melaka. Nak manis, korang letaklah banyak-banyak. Oh ya. santan tu korang campur sikit dengan sedikit garam biar ada sedikit masin-masin lemak.
  • Then taburlah sedikit chocolate chips dan sedikit madu. Dah siap!

Kemudian, masukkan dalam peti sejuk dan tunggulah waktu berbuka untuk korang ngap. Nanti aku update rasa dia camner.. sedap ke tak. Hahaha.

update: Okay dah rasa. Boleh tahan sedap. Hahaha.. cumanya kalau korang buat make sure kastardnya lembut sikit.. then just perfect. Aku punya ni terkeras sikit. Other than that.. sodap! Hehe..
Read More

Ketuk-ketuk Ramadhan ~ Sambal Nur-raka

Assalamualaikum semua. Apa habaq? Harap-harap sihat la noo menjelang bulan Ramadhan ni. Sebelum tu, rasanya tak terlambat nak wish kepada semua Muslimin dan Muslimat, Selamat Berpuasa.

Okay, hari ni aku just nak share resepi simple je iaitu sambal cilipadi kering. Hahaha.. Of all recipes yang ada dalam dunia ni kan, benda ni gak aku nak share.

Sorry takde cili bertangkai nak buat deko! Ahakss..
Anyway, ilham membuat sambal ni terjadi ketika aku nak berbuka on the first day puasa. Memandangkan aku ni jenis kuat pedas, so bila time aku nak berbuka hari tu dengan Chicken Kabsah, u know la kan, masakan Arab mana pedas pun. So, time aku nak cari lada buat sambal biasa, tengok-tengok cilipadi aku yang beli berkurun lepas dah jadi kering. It's not kering yang hitam busuk tu. It's totally kering but the color still merah. Dan terus dapat ilham nak buat sambal ni. Since ni adalah sambal kering, so make sure korang tak gunakan cilipadi hidup tu. Kalau tak dah macam sambal belacan jadinya. Cili kena kering betul. Nak jemur ke apa ke tak kisah.. janji kering. So, inilah bahan-bahannya:
  • 15 tangkai cilipadi kering
  • 3 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar gula melaka serbuk/gula merah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 ulas bawang merah
  • sedikit garam
Cara-caranya:
  • Cilipadi, udang kering dan bawang putih dibakar seketika dalam oven sampai agak-agak kekuningan.
  • Kemudian masukkan cilipadi, udang kering, bawang putih, gula melaka, lada hitam dan garam ke dalam pengisar kering dan kisar sehingga halus. Dah siap!
Actually sambal kering ni boleh juga kalau korang nak campur dengan ikan bilis goreng dan lain-lain bahan. Ikut kreativiti. Yang penting sedap, mudah dan boleh dimakan dengan nasi dan sebagainya. Boleh juga dibuat rencah mee atau nasi goreng. Tapi dia punya pedas... Ya Rabbi...  tapi sedap dan makin berselera makan. And in my case, aku tabur atas Chicken Kabsah yang aku makan dengan oat. Ya ampun.. nikmat!!!

Chicken Kabsah, oat, sambal kering dengan madu lebah.. Macam harisah plak.
Selamat mencuba!
Read More

Monday, June 15, 2015

Bakaugruv ~ Nature Untouched

Situated in the lush, truly magical wetlands of Morib, Selangor, Bakaugruv Kampung Resort is the place that every nature lover and adventurer should flock to...

Last Thursday, aku memang dah plan nak pergi somewhere pada hujung minggu yang lepas memandang for the past few weeks aku asyik menghabiskan masa dengan kerja-kerja office sahaja. Kalau ikutkan hati, nak je aku drive ke Cherating, favorite spot aku untuk short getaway. Tapi memandangkan agak jauh dan malas nak berbelanja sangat, so aku putuskan untuk pergi somewhere yang dekat dengan KL dan tak banyak belanja. So what I did was, buka Google Map dan go through satu-satu location yang ada kat sepanjang pantai Selangor. Gigih la dari pantai-pantai di Kuala Selangor aku dok telek. End-up terjumpa this one kampung resort yang aku rasa mungkin menarik lah kot.. Bakaugruv Kampung Resort (BKR).


Mula-mula aku macam sure tak sure nak pergi sini sebabnya pertama, Morib tak pernah ada dalam list getaway aku. Kedua, tak banyak info pasal resort ni. Maksud aku info dari bloggers yang pernah ke sini. Kalau ada pun satu dua.. tu pun posted in 2009, 2011.. Latest post memang takde. But then, bila buka FB Bakaugruv, nampaklah ada group activities kat situ in April 2015. So... okaylah kan. Wujud lagi resort ni. Hahaha.

So, dipendekkan cerita, aku pun call BKR untuk book satu Dangau yang boleh memuatkan 2 orang. Aku just ajak Bai and Eric, memandangkan geng-geng yang lain ada plan masing-masing hujung minggu tu. And you know what, harga dangau tu murah gile.. RM40.00 per night, so okaylah. Nak lepak semalam je kan. Aku memang takde intention nak spend so much untuk short trip camni. Kalau nak resort ada tub, pool bagai tu, yang kat rumah ni sekali dua je aku guna. Hahaha..

Okay, mari aku ceritakan pasal Bakaugruv Kampung Resort ni.

Entrance to Bakaugruv.
Bakaugruv Kampung Resort ni terletak di Tanjung Sepat, Selangor. Berhampiran dengan Morib dan Pantai Batu Laut. Perjalanan dari Kuala Lumpur (specifically Bangsar) lebih kurang 70 minit macam tu lah. Ia merupakan sebuah resort kampung yang terletak di dalam kawasan paya bakau. Asalnya ia dibangunkan sebagai projek kajian universiti tempatan oleh seorang ahli akademik. Dan kini usahanya itu telah disambung oleh anak beliau.

Suasana segar dan nyaman di hutan paya bakau.
Untuk pengetahuan korang, resort ni bukanlah seperti resort mewah yang seperti yang selalu kita tengok tu. This is totally kampung style dengan basic facilities. Kiranya, kalau korang stay sini, mungkin korang perlu keluar dari comfort zone lah. Tapi kalau korang jenis yang manja, tak tahan panas, tak tahan kena gigit nyamuk, cerewet itulah ini lah.. memanglah tak sesuai. Tapi kalau korang jenis nature lover macam aku ni dan jenis tak kisah, mungkin korang akan suka. In fact tempat ni banyak membuat aktiviti group training, family day dengan aktiviti-aktiviti kampung dan seangkatan dengannya.

Kemudahan penginapan
Bakaugruv mempunyai beberapa jenis tempat tinggal, antaranya:

Dangau (A-shape hut)
Harga: RM40.00 / RM 50.00 semalam
2 atau 4 orang untuk satu unit 
Jumlah unit: 15

Penginapan jenis Dangau.
Aku memilih untuk bermalam di sini. Dangau berbentuk A ni terletak di di dalam kawasan paya bakau. So, bagi yang nak rasa dekat dengan alam semulajadi, bolehlah memilih jenis ini. Dilengkapi dengan platform bed untuk 2 atau 4 orang, kipas, suis elektrik dan lampu. Shared bathroom terletak di luar. Aku suka gila mandi kat shared shower tu sebab airnya kuat dan sejuk. Memang fresh gile lepas mandi. Anyway ni memang jauh beza jika dibandingkan dengan hotel biasa. So be prepared dengan nyamuk la ya. Dan tak lupa, selimut dan tuala disediakan. Toiletries sila bawa sendiri.

Tips: Sila bawa Ridsect atau ubat nyamuk elektrik kalau tak mau berperang dengan nyamuk ya.

Inside Dangau.
Dorm / Lodge
Harga: RM 120.00 seunit/semalam
6 orang untuk satu unit
Jumlah unit: 8

Penginapan jenis Dorm/Lodge
Khas untuk kumpulan yang lebih besar, Ada 8 unit kesemuanya yang boleh menempatkan 6 orang dalam satu unit. Dengan attached bathroom dan kipas/air-cond.

Mini Chalets
Harga: RM 80.00 semalam
2 orang untuk satu unit
Jumlah unit: 2

Mini chalet untuk yang mahukan sedikit keselesaan.
Untuk tetamu yang inginkan sedikit kemewahan. Mini chalet berhawa dingin dengan attached bathroom ini dilengkapi dengan queen bed, TV dan kemudahan membuat coffee/tea. Mini chalet ni untuk 2 orang tapi kalau ada extra person akan disediakan tilam.

Kemudahan-kemudahan lain

Lecture / Training Hall

Corridor to training hall.
Mempunyai 2 buah dewan dengan kapasiti 100 orang dalam setiap dewan. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk seminar ataupun training seperti LCD projectors, OHP projectors, flipchart, whiteboard dan juga PA system.

Dining Area

Dining area ~ di rak sebelah kiri tu banyak bahan bacaan.
Sembang2@Bakaugruv ~ menyediakan pelbagai pilihan menu daripada masakan Melayu ke masakan Barat. Antara menu yang ada adalah nasi lemak, asam pedas, ikan bakar, grilled lamb chop, burger dan lain-lain. Dibuka dari jam 10.00 pagi sampai 12.00 tengah malam. Tapi hari tu kami datang awal pun derang still serve juga. Boleh nak makan di sini atau lepak di luar di tepi kolam tu. Kalau korang stay sini and malas nak drive keluar mencari makanan, makan kat sini pun boleh. 

Aktiviti

Frankly nothing much pun aku buat kat sini. Aku just lepak-lepak menyusuri path yang disediakan di dalam hutan bakau ni dan duduk lepak sambil makan-makan di tepi kolam yang ada kat sini. Jadilah kan untuk merehatkan diri seketika dari kesibukan kerja.

Takpun, korang boleh menghabiskan masa dengan membaca di sini. Pelbagai jenis bahan bacaan boleh didapati dalam dining hall tu. Ye lah, pemiliknya ahli akademik kan.. seharusnya bahan bacaan semua sangat ilmiah.

Just spent my dayoff  kat sini.. makan, borak, makan, borak..
But actually banyak yang korang boleh lakukan kat sini antaranya bermain kayak. Kalau korang bermalam di sini, nak main kayak ni free je. Memancing pun sama. If korang dapat ikan yang dipancing dalam kolam tu, tiada bayaran dikenakan. Kalau nak buat BBQ pun boleh. Kalau bahan korang bawa sendiri, pihak Bakaugruv akan sediakan tempat membakar dan lain-lain dengan bayaran hanya RM50.00. If nak semua disediakan oleh pihak resort, mereka ada menyediakan pakej seperti berikut (kadar ini ditawarkan untuk kumpulan melebihi 50 orang):
  • High tea: RM35.00 (dewasa), RM20.00 (kanak-kanak di bawah 12 tahun)
  • Barbeque: RM55.00 (dewasa), RM30.00 (kanak-kanak di bawah 12 tahun) 
  • Kambing panggang: RM1,000.00 seekor kambing
  • Makan tengahari/malam: RM30.00 (dewasa), RM12.00 (kanak-kanak di bawah 12 tahun) 
  • Sarapan/minum rehat: RM10.00 (dewasa), RM5.00 (kanak-kanak di bawah 12 tahun)
    *Kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah percuma
Sekumpulan pelajar yang menjalani program motivasi sedang bermain kayak.
Selain tu, kalau korang jenis yang adventure sikit, bolehlah turun melalui selut paya bakau untuk ke tepi pantai dan melihat hidupan-hidupan yang ada di situ antara pelbagai jenis ketam, mud lobster, mudskipper (ikan belacak) dan lain-lain lagi.

Untuk aktiviti lain seperti menangkap ikan, menarik pukat, meneroka pantai bakau dan menjejaki hutan bakau juga boleh diaturkan oleh pengurusan Bakaugruv ni.

Hutan paya bakau berhampiran resort.
Selain daripada aktiviti di dalam resort ni, korang juga boleh drive ke utara sikit menghala ke Morib atau Pantai Batu Laut  untuk menikmati suasana di tepi laut kat situ.

First time menjejakkan kaki di Morib!
Dan kalau nak makan hidangan makanan laut yang lazat dan segar korang boleh singgah di Terminal Ikan Bakar Batu Laut. Pada malam harinya, kami bertiga dinner di sini dengan menu ikan siakap bakar, sotong goreng tepung, tomyam campur (sedap ya!) dan kangkung ikan masin. Total semuanya RM74.00 termasuk minuman. Not bad right?

Menu pilihan kami di Terminal Ikan Bakar Batu Laut. 
Anyway, malam tu lepas makan kami just lepak berborak kat tempat makan di Bakaugruv ni sambil menikmati suasana malam di kampung. Tenang je. Lagi best, tengah malam tu hujan bukan main lebat. So, bertambah-tambah nyenyaklah tidurnya. Dan pagi tu, awal-awal lagi aku dah bangun untuk mandi. Air dia punya sejuk.. memang best. Fresh gile rasa.

Aku memang suka bila hujan lebat waktu malam. Tambah lagi kalau duduk di kampung.
Overall, aku suka tempat ni sebab lokasinya tak berapa jauh dari KL dan harganya pula sangat murah. Kalau setakat nak lepak-lepak sehari dua tanpa buat apa-apa aku rasa okaylah. Cuma next time kalau aku pergi maybe aku akan ambil mini chalet yang ber-aircond tu sebab aku memang jenis tak tahan panas. Hahahaha.. And next time kalau pergi, bawa geng ramai sikit dan buat BBQ. Sure menarik!

Bakaugruv di awal pagi selepas subuh.. sangat tenang.
Cadangan kepada pengusaha Bakaugruv

Sebagai langkah penambahbaikan (wah.. sejak banyak buat kerja dengan gomen, aku dah pandai guna istilah ini! hahaha), aku cadangkan pihak Bakaugruv agar:
  1. Menyediakan racun serangga (Ridsect etc) khas untuk yang tinggal di Dangau kerana nyamuknya boleh tahan ganas. Aku terpaksa buka tingkap sebab di dalam dangau ni agak panas. Kecuali malam nak tido je la baru tutup tingkap dan pintu.
  2. Sediakan lebih banyak tong / bakul sampah di sekitar resort dan yang paling utama pada setiap dangau. Sayang.. kawasan semulajadi ni terdapat sampah-sampah/plastik makanan dan botol-botol air yang dibuang oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab.
  3. That sotong goreng tepung.. harganya abit pricey I think. RM 10.00 untuk that small portion. :/
Bagi yang hendak ke sana, boleh rujuk Google Map di bawah ini:


Lokasi
KM 58, Tanjung Sepat - Morib, 42800 Tanjung Sepat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Contact
Tel: +603 3148 1562
Fax: +603 3148 1766
Email: info@baka.com.my
Website: www.baka.com.my
Read More