#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Showing posts with label Recipes. Show all posts
Showing posts with label Recipes. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

Homemade Coconut Shake

Ini baru betul rasa kelapa!
Idea nak buat memang dah lama sejak aku kecewa selepas makan coconut shake kat Pantai Klebang, Melaka tu yang katanya sedap. Kat Langkawi tu pun sama. Cuma kat Batu Berendam, Melaka tu je la cam okay sikit. But tu pun bagi aku so-so je..

Coconut shake yang aku buat ni menggunakan 100% bahan dari kelapa dengan tambahan sedikit ice-cream vanilla. Senang je nak buat. Nah.. aku sharekan resepi.

Homemade Coconut Shake (untuk hidangan 2 orang)

Bahan-bahan:
  • 1 biji kepala - diambil airnya dan dijadikan ice cube. Isinya diambil dan diletak tepi
  • 1 kotak kecil santan - dijadikan ice cube
  • 1 kotak air kelapa (tambahan)
  • Serbuk gula melaka/kabung
  • Sedikit ice cream vanilla
  • Sedikit madu
Bahan-bahan membuat coconut shake versi aku.
Cara membuatnya:
  • Masukkan ketulan ice cube santan, ice cube air kelapa dan isi kelapa di dalam pengisar. Tambahkan sedikit air kelapa untuk memudahkan proses mengisar.*
  • Kisar bahan-bahan tersebut sampai halus.
  • Masukkan ke dalam gelas.
  • Tambah 1 scoop ice cream vanilla di atasnya.
  • Taburkan satu sudu kecil serbuk gula melaka dan sedikit madu. Siap dihidang!
    *kalau dapat guna air kelapa asli lagi best!
Santan dan air kelapa yang dijadikan ice cubes.
Isi kelapa yang telah diambil.
Senang je kan nak membuatnya? Yang penting baru betul rasa kelapa. Otherwise yang aku try dulu tu lebih kepada rasa ice cream vanilla. Kalau korang nak rasa manis.. boleh tambah extra serbuk gula melaka tu.

Sedap okay.. bagi aku la.. hahaha.
Selamat mencuba!!! Kalau dah try, jangan lupa komen.. sedap ke tak.. sebab ikut tekak aku cam sedap je.. hahaha..
Read More

Saturday, June 20, 2015

Ketuk-ketuk Ramadhan ~ Kastard Santan

Ya.. kita bertemu lagi untuk resepi kedua kita iaitu Kastard Santan Gula Melaka!


Resepi ni pun sama gak macam tadi. Aku main hentam je. In fact aku tak sempat rasa lagi sedap ke tak. Hahaha.. Tapi aku rasa mesti rasa dia macam cendol je.. sebab bahan dia santan dengan gula melaka. Anyway, memandangkan aku malas nak keluar ke Pasar Ramadhan mencari juadah berbuka (dan aku sebenarnya dah tapau stock Chicken Kabsah untuk berbuka sepanjang weekend ni.. haha) so terpaksalah aku merajinkan diri ke dapur tengok bahan apa yang ada. Dan yang aku jumpa adalah beras, tepung kastard, santan dan gula melaka serbuk. 

Ketepikan beras sebab aku malas nak masak yang leceh-leceh, aku decided nak buat something with this 3 main ingredients. Dan jadilah dessert yang tak seberapanya ini. So, these are the ingredients:
  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 kotak kecil santan segera
  • 1-2 cawan air
  • 2 sudu besar gula melaka serbuk
  • sedikit garam
  • chocolate chips (untuk ditabur)
  • sedikit madu
Cara-caranya:
  • Campurkan tepung kastard, 1 kotak santan kelapa, 1 cawan air dan 2 sudu besar gula. Gaul rata jangan sampai berketul. Kemudian masak atas api perlahan sampai likat dan angkat. Actually air tu boleh ditambah ikut kesesuaian.. kalau nampak terlalu likat boleh ditambah lagi. But make sure adunannya just nice.
  • Bila kastard dah masak, masa dia likat/panas-panas tu, masukkan dalam bekas atau gelas.
  • Kemudian dicurahkan santan ke atasnya (santan yang sekotak lagi tu) dan ditabur dengan serbuk gula melaka. Nak manis, korang letaklah banyak-banyak. Oh ya. santan tu korang campur sikit dengan sedikit garam biar ada sedikit masin-masin lemak.
  • Then taburlah sedikit chocolate chips dan sedikit madu. Dah siap!

Kemudian, masukkan dalam peti sejuk dan tunggulah waktu berbuka untuk korang ngap. Nanti aku update rasa dia camner.. sedap ke tak. Hahaha.

update: Okay dah rasa. Boleh tahan sedap. Hahaha.. cumanya kalau korang buat make sure kastardnya lembut sikit.. then just perfect. Aku punya ni terkeras sikit. Other than that.. sodap! Hehe..
Read More

Ketuk-ketuk Ramadhan ~ Sambal Nur-raka

Assalamualaikum semua. Apa habaq? Harap-harap sihat la noo menjelang bulan Ramadhan ni. Sebelum tu, rasanya tak terlambat nak wish kepada semua Muslimin dan Muslimat, Selamat Berpuasa.

Okay, hari ni aku just nak share resepi simple je iaitu sambal cilipadi kering. Hahaha.. Of all recipes yang ada dalam dunia ni kan, benda ni gak aku nak share.

Sorry takde cili bertangkai nak buat deko! Ahakss..
Anyway, ilham membuat sambal ni terjadi ketika aku nak berbuka on the first day puasa. Memandangkan aku ni jenis kuat pedas, so bila time aku nak berbuka hari tu dengan Chicken Kabsah, u know la kan, masakan Arab mana pedas pun. So, time aku nak cari lada buat sambal biasa, tengok-tengok cilipadi aku yang beli berkurun lepas dah jadi kering. It's not kering yang hitam busuk tu. It's totally kering but the color still merah. Dan terus dapat ilham nak buat sambal ni. Since ni adalah sambal kering, so make sure korang tak gunakan cilipadi hidup tu. Kalau tak dah macam sambal belacan jadinya. Cili kena kering betul. Nak jemur ke apa ke tak kisah.. janji kering. So, inilah bahan-bahannya:
  • 15 tangkai cilipadi kering
  • 3 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar gula melaka serbuk/gula merah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 ulas bawang merah
  • sedikit garam
Cara-caranya:
  • Cilipadi, udang kering dan bawang putih dibakar seketika dalam oven sampai agak-agak kekuningan.
  • Kemudian masukkan cilipadi, udang kering, bawang putih, gula melaka, lada hitam dan garam ke dalam pengisar kering dan kisar sehingga halus. Dah siap!
Actually sambal kering ni boleh juga kalau korang nak campur dengan ikan bilis goreng dan lain-lain bahan. Ikut kreativiti. Yang penting sedap, mudah dan boleh dimakan dengan nasi dan sebagainya. Boleh juga dibuat rencah mee atau nasi goreng. Tapi dia punya pedas... Ya Rabbi...  tapi sedap dan makin berselera makan. And in my case, aku tabur atas Chicken Kabsah yang aku makan dengan oat. Ya ampun.. nikmat!!!

Chicken Kabsah, oat, sambal kering dengan madu lebah.. Macam harisah plak.
Selamat mencuba!
Read More

Monday, August 25, 2014

Bread Lasagna


Assalamualaikum semua.

Post kali ni aku nak share satu resepi yang simple dan sedap. Since ada pulak yang bertanya camne nak buat, so why not kita kongsi sama kan? But actually ni kali pertama aku buat bendalah ni. Masa nak buat open house hari tu, I was thinking nak buat bread pudding je. But then, kebetulan officemate aku bawa makanan ni ke office, terus terfikir, why not buat ni pula. Berdasarkan explaination dia, aku rasa tak la susah sangat nak buat ni.

Bread lasagna yang aku buat ni aku bakar dalam non-stick baking tray yang berbentuk segiempat, size kalau tak silap 24 cm x 24 cm. Kiranya bila korang susun tu, boleh muat 4 keping roti dalam satu layer. Lasagna yang aku buat ni mempunyai 2 layer inti daging.

So.. mari kita usha bahan-bahannya.

Bahan A
Untuk lapisan roti:
  • 12 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
Bahan B
Untuk inti:
  • 400 gm daging kisar ayam/lembu (guna jenama Ramly yg pek kecil tu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • setengah tin cendawan butang, dicincang halus (optional)
  • 5-6 sudu besar sos bolognaise Prego (aku pilih perasa mushroom)
  • 2 sudu besar sos tomato (kalau nak tambah)
  • sedikit blackpepper Ajishio
Bahan lain:
  • 8 keping keju (mana-mana brand pun okay)
  • grated cheese (untuk ditabur)
  • sedikit butter
  • olive oil untuk menumis
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
Membuat inti daging:
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan olive oil sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan daging kisar (basuh dan toskan dahulu) ke dalam kuali. Masak sehingga airnya kering sedikit.
  • Kemudian masukkan sos Prego, sos tomato, black pepper dan cendawan yang dicincang.
  • Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga hilang airnya.
Untuk lapisan roti:
  • Tuangkan susu cair ke dalam mangkuk besar.
  • Masukkan 2 biji telur dan pukul rata. Tambah sedikit garam kalau perlu. (tak payah pun takpe sebab inti tu dah masin)
  • Rendamkan roti sekeping demi sekeping dan susun di atas tray yang telah disapu butter.
  • Untuk tray bersaiz 24cm x 24 cm, satu layer memerlukan 4 keping roti.
  • Kalau tak cukup susu cairnya, boleh tambahkan sedikit susu segar. Janji roti-roti tersebut boleh direndam.
Cara membuat:
  • Untuk layer pertama susun 4 leping roti yang telah direndam dengan adunan susu cair.
  • Kemudian susunkan 4 keping kepingan keju.
  • Letakkan inti daging di atasnya.
  • Kemudian letakkan lagi satu lapisan roti, diikuti dengan lapisan keju dan inti daging.
  • Dan tutup lapisan kedua inti tersebut dengan lapisan roti yang terakhir.
  • Jika ada saki-baki susu cair tu, curahkan sahaja di atasnya, tapi jangan sampai banjir plak.
  • Last sekali, taburkan grated cheese secukupnya (lagi best kalau dapat cover semua roti tu).
  • Bakar dalam oven suhu 200°C selama 15 minit. (tengok-tengok juga la sampai cheese tu cair, jangan sampai hangus)
  • DONE! Boleh makan dengan cheese sauce dan sos cili dengan sedikit taburan blackpepper. Nikmat!!!
Selepas letak satu lapisan roti (base), masukkan satu lapisan inti daging.
Kemudian letakkan di atasnya kepingan keju. If cukup roti buat lagi satu lapisan yang sama.
Yang ni kes roti tak cukup.. so yang 2 keping tu aku hancurkan, then curah atas lapisan keju & daging tadi. Last taburkan grated cheese.
Ni rupa parasnya selepas dibakar.
*Actually kalau korang tak cukup roti (like in my case hari tu, ada 6 keping je tinggal) boleh juga buat. 4 keping korang jadikan base layer. Then lagi 2 keping tu, korang hancur-hancurkan dalam baki adunan susu cair tu but tambah sebiji lagi telur. So kiranya korang akan buat 1 layer inti je la. Maknanya, lepas lapisan base roti, korang letakkan kepingan keju, then masukkan semua inti, then masukkan kepingan keju lagi sebelum korang curah semua adunan roti hancur tu kat bahagian paling atas. Then tabur grated cheese di atasnya sebelum dibakar. Versi yang ni memang akan menjadi super cheesy dan lembut. Sedap gak. Ikut korang la suka yang mana.

Tips: In between layers tu kalau korang nak spinkle blackpepper, serbuk garlic or dried parsley pun boleh. Penambah perisa katanya. Actually macam-macam korang boleh masukkan untuk inti like frozen mixed vege, cincangan tomato, carrot atau celery or even capsicum. Ikut la citarasa masing-masing. Selalunya in my case, aku tengok apa je yang ada dalam fridge. But again, make sure inti tu korang masak sampai agak kering dan tak berair. Kalau tak nanti banjirlah lasagna korang.

Selamat mencuba!

p/s: Penulis tidak bertanggungjawab di atas kesan kenaikan berat badan dan kolestrol para pembaca yang mencuba resepi ini. Hahaha..
Read More

Thursday, August 15, 2013

Laksa Johor versi BedakNyonya

Mari memasak Laksa Johor!
Selamat pagi semua!

Pagi-pagi ni teringat pulak nak post resipi Laksa Johor yang pernah aku buat sedikit masa dulu. Kenapa tetiba teringat Laksa Johor? Sebabnya esok aku cadang nak masak laksa ni sebelum kawan aku, Yunos balik ke Jeddah hari Sabtu nanti. Actually resipi ni ada kat dalam FB aku... dalam album "FoodChannel". Tapi dah berzaman gile aku tak upload resipi dalam tu. Lately masak pun malas nak beriya upload kat FB. Snap.. post kat IG sudah! Haha..

Okay resipi Laksa Johor ni aku dah permudahkan berbanding dengan resipi asal yang ada dalam buku masakan lauk-pauk Johor asli koleksi mak aku.. tulisan tukang masak Istana Johor. Buku tahun 50-an dulu. Kalau ikutkan memang rumit bahan-bahan yang digunakan. Takdenya pakai serbuk kari ya. Rempah-ratus semua asing-asing dari ketumbar, jintan dan sebagainya. Tapi yang versi aku ni, aku dah permudahkan. Rasa pun okay la.. tak lari mana.. (boleh puji diri sendiri??). Tapi member aku dah try guna resipi ni, dia kata sedap! Hahaha.. 

So, inilah resepinya:

Laksa Johor Versi Sukahati Saya
(10++ orang makan)

What you need:

Bahan A (dikisar halus):
- 3 ekor ikan kembung (direbus & ambil isi)
- 1 keping dory fillet (direbus)
- 4 atau 5 ekor udang hidup (direbus & dibuang kulit)
* air rebusan ikan & udang jangan dibuang*

Bahan B (dikisar halus)
- 10 biji bawang merah
- 5 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 2 inci lengkuas
- 4 batang serai
- 2 inci belacan bakar
- 3 sudu besar udang kering

Bahan lain:
- 15 tangkai lada kering (direbus, buang biji & dikisar halus)
- 1 packet kari ikan + 1 packet kari udang (dibancuh dengan air)
- 2 packet kecil kerisik segera
- 1 kotak kecil santan segera
- 2 sudu besar paste asam jawa
- 2 sudu besar gula
- sedikit minyak utk menumis
- sedikit air
- garam secukup rasa
- spaghetti (direbus.. kuantiti ikut keperluan la)

Ulam-ulaman:
- sambal belacan + limau kasturi
- timun & bawang merah (dihiris halus)
- daun kesum + daun selasih (dihiris halus)
- taugeh (dibuang ekor)
- cepo (lobak jeruk masin) yang dicincang halus
Bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan yang dikisar
How to do it:
  1. Panaskan minyak & tumis cili kering sampai garing.
  2. Masukkan Bahan B yang telah dikisar halus & gaul rata.
  3. Masukkan rempah kari, gaul & biar sekejap.
  4. Kemudian masukkan 5 cawan baki air rebusan ikan/udang.
  5. Masukkan Bahan A & kerisik. Biarkan sampai mendidih.
  6. Kemudian masukkan santan, paste asam jawa & gula. Tambahkan baki air rebusan ikan jika perlu.
  7. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan atas api perlahan selama lebih kurang 10-15 minit.
Bila cili dah garing, masukkan bahan B
Kemudian masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan sedikit air
Kerisik jangan lupa masuk ya!
Dah siap! Tapi masa ni takde daun selasih, kesum ngan taugeh..
p/s:
  • Hidangkan bersama spaghetti, ulaman & sambal belacan.
  • Kalau ikutkan guna ikan parang lagi sedap.. tapi sbb ikan dory je ada dlm freezer.. belasah jek.. yang penting ikan. Letak banyak isi ikan lagi sedap!
  • Makan pakai tangan ya! Bukan Johor asli namanya kalau pakai sudu garfu. Hehehe..
Sekian, selamat mencuba! Sedap ke tak.. bagitau ya. :P
Read More