#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts

Friday, April 22, 2016

Short film ~ Junk Mail


This is one of the most beautiful, heart-breaking short films I've ever seen. You guys should watch this. Ia mengajar kita untuk lebih menghargai warga tua terutama datuk atau nenek kita. Beruntunglah bagi mereka yang masih mempunyai datuk dan nenek. 

Video ni berkisarkan kehidupan seorang warga emas di Pennsylvania, Mary Tony, yang berumur 98 tahun yang hidup sebatang kara. Video berdurasi selama 10 minit lebih ni menyingkap aktiviti harian Mary di pusat warga emas serta kehidupannya apabila bersendirian di rumah. Watch this but before that, sediakan tisu ya. 

Sebak rasa hati bila melihat video ni. Dan tetiba hati teringat kepada arwah Baba (nenek aku) yang telah kembali ke Rahmatullah.

Al-fatihah buat semua insan-insan tersayang yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga mereka semua tenang di sana. Amin ya Rabb...
Read More

Friday, July 3, 2015

Siapa Bahlul?

Image source: http://hd4desktop.com/images/b/1280x1024_damascus_souk-499521.jpg
Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan pada pagi hari Jumaat yang mulia ini. 


Bahlul Itu Wali Allah

Perkataan ‘Bahlul’ sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat setempat terutamanya untuk menyatakan seseorang itu bodoh atau lurus bendul. Tapi tahukah anda asal usul perkataan Bahlul itu sendiri? Tahukah anda yang sebenarnya asal-usul orang-orang terdahulu melemparkan perkataan ‘Bahlul’ kepada seseorang itu adalah sebagai satu doa yang baik?

Bahlul merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr. Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin. Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya. Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.

Terdapat banyak kisah-kisah yang memaparkan kebijaksanaan Bahlul sendiri. Disini kami paparkan tiga cerita berkenaan bahlul.

Cerita 1
Pada suatu hari, Khalifah Harun Al-Raysid bersama isterinya lalu dihadapan Bahlul yang sedang membuat rumah dari tanah liat. Maka Harun berlakukan dialog antara Al-Rasyid, isterinya dan Bahlul.

Harun : Hey Bahlul, kau buat apa?
Bahlul : Aku sedang buat rumah rumah syurga.
Isteri Harun : Boleh aku beli?
Bahlul : Boleh..
Isteri Harun : Berapa?
Bahlul : 10 Dirham

Isteri Harun membayar jumlah tersebut kepada Bahlul.

Harun : Kau dah kena tipu hidup-hidup dengan Bahlul.

Pada malamnya Harun Al-Rasyid bermimpi satu rumah besar yang tersangat cantik yang tertulis nama isterinya, Siti Zubaidah di dalam syurga. Harun cuba untuk masuk ke dalam rumah itu tetapi dihalang oleh pengawal di rumah itu.

Harun : Ini rumah isteri aku.
Pengawal : Memanglah, tapi ini bukan rumah kau.

Bagun pada pagi berikutnya Harun Al-Rasyid bangun dan kelam kabut pergi mencari Bahlul.

Harun : Bahlul, aku nak beli rumah kau.
Bahlul : Boleh.
Harun : Berapa?
Bahlul : 10,000 Dirham.
Harun : Eh, kenapa semalam 10 Dirham?
Bahlul : Semalam kau tak nampak..Hari ni kau dah nampak!

Cerita 2
Pada suatu hari, Harun Al-Rasyidin memberikan Bahlul sebatang kayu dan berkata, “Batang kayu ini ya Bahlul, milik seorang lelaki yang paling bodoh atas muka bumi ini. Jika kamu terjumpa dengan seorang lelaki yang lebih layak memiliki kayu ini lebih dari kamu, berikanlah kepadanya”. Dan Bahlul menjadi bahlul mengambil batang kayu tersebut.

Beberapa tahun selepas itu, Harun Al-Rasyid jatuh sakit dan tak ada sebarang ubat-ubatan yang boleh menyembuhkannya. Bahlul datang untuk melawan Harun Al-Rasyid untuk bertanya khabar dan terjadi satu perbualan yang menakjubkan.

Harun : Tak ada apa yang boleh menyembuhkanku!
Bahlul : Kau mahu ke mana?
Harun : Aku akan pergi ke dunia lain.
Bahlul : Kedunia lain? Berapa lama kau akan pergi? Bila kau akan balik?
Harun : O Bahlul! Tak ada siapa yang akan kembali selepas ke dunia itu.
Bahlul : Jadi kau mesti dah buat persiapan rapi untuk perjalanan ini. Perjalanan yang kekal. Kau dah siapkan tentera untuk tunggu kedatangan kau? Sebagai persiapan apabila kau sampai disana?
Harun : Tak ada yang pergi dengan kau Bahlul. Dan aku tak membuat sebarang persiapan.
Bahlul : Ya Amirul Mukminin, sebelum ini kau menghantar tentera sebagai persiapan rapi untuk satu perjalanan yang hanya berjumlah sehari dua! Dan kini kau akan pergi ke satu tempat yang kau akan tinggal disitu selamanya. Dan kau tidak membuat sebarang persiapan untuk menghadapinya?
Bahlul : Nah ambil batang kayu ini. Nampaknya aku dah jumpa seseorang yang lebih layak untuk memilikinya.

Cerita 3
Berikut pula adalah kisah Bahlul dengan Sheikh Junid, seorang ulama sufi dan juga wali Allah. Satu hari Syeikh Junid Al-Baghdadi bertemu Bahlul lalu meminta nasihat. Bahlul lalu bertanya:

Bahlul: Bagaimana kamu makan?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan Sunnah dan doa2 makan)
Bahlul: Bagaimana kamu berpakaian?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan sunnah dan doa berpakaian)
Bahlul: Bagaimana kamu tidur?
Junid: (Menerangkan adab2 tidur mengikut sunnah dan doa2 tidur)
Bahlul: Sebenarnya jawapan2 kamu tidak tepat. Sekiranya kamu makan mengikut adab dan doa sekalipun tapi sekiranya makanan itu dari sumber yang haram buat apa? Sekiranya kamu berpakaian dengan adab dan doa tapi tidak menutup aurat serta sumbernya adalah haram buat apa? Sekiranya kamu tidur dengan adab dan doa tapi di hatimu masih menyimpan dendam dan kebencian sesama Muslim buat apa?

Sedutan dari jejak rasul yang memetik kisah Bahlul
Menurut dari tiga cerita ini jelas sekali Bahlul bukanlah seorang yang bodoh atau lurus bendul. Dia sebenarnya bijak dan juga sarkastik. Sedangkan Sheikh Junaid sendiri pun datang mengadap Bahlul untuk mendapatkan nasihat dan dari cerita yang ketiga jelas Bahlul ini seorang wali Allah.

Hari ini penggunaan perkataan bahlul telah disalah ertikan oleh masyarakat yang menggunakanan perkataan itu untuk menyatakan seseorang itu bodoh. Sebenarnya perkataan itu dilemparkan oleh orang-orang tua kepada seseorang seperti ibu kepada anak adalah sebagai satu doa yang baik. Mengharapkan orang itu menjadi seperti Bahlul. Namun apabila lama kelamaan perkataan itu disalahertikan oleh masyarakat kita. 

Wallahualam.
Read More

Friday, May 29, 2015

Sekadar renungan ~ Majlis Zikir & Qasidah

Image source: http://static.panoramio.com/photos/large/11590165.jpg
Barangkali mereka ini lupa sejarah...

Cara para habaib ini berdakwah cukup halus dan kemas. Kalau tidak masakan Tanah Jawa yang dahulunya majoritinya beragama lain mampu menerima kalimah tauhid. Bagaimana pendekatan Wali Songo yang terdiri dari kalangan habaib itu berdakwah kalau bukan dengan sebegini? Ini bukan soal aqidah kerana ia tetap satu iaitu mengagungkan Allah dan mencintai kekasih-Nya. Ia salah satu pendekatan untuk memupuk jiwa supaya mendekatkan diri dengan agama. Bila nalurinya sudah enak dengan alunan salawat dan qasidah, InsyaAllah jiwa itu terus subur dengan kecintaan kepada agama.

Aku hairan kenapa perkara yang elok sebegini dimusuhi oleh orang Islam yang mengaku mengesakan Allah dan mencintai Rasulnya? Walhal di dalam majlis sebegini ada tausiah, ada peringatan dan nasihat agama yang cukup bagus.

Pendek kata, tepuk dada tanya iman masing-masing. Wallahu'alam.

Mudah-mudahan Allah Ta'ala memanjangkan umur para ulama ini agar ilmunya bermanfaat untuk kita semua, dan dijauhkan mereka dari segala fitnah dunia.

Amin Ya Rabb.
Read More

Monday, October 20, 2014

Cermin diri


Zaman sekarang ni kalau kita tak "maksum" atau 100% bebas daripada melakukan dosa, tak usahlah bermimpi nak menegur atau nak ber-amar ma'aruf nahi mungkar. Nanti tak pasal-pasal kita diberi cermin besar untuk melihat diri sendiri. So, apa yang mampu dibuat hanyalah menolak dengan hati sahaja walaupun hakikatnya itulah selemah-lemah iman.

Read More

Saturday, July 26, 2014

Kematian...

"Kehidupan tidak lengkap tanpa kematian..."


Begitulah antara ayat yang pernah dikatakan oleh seorang mangsa MH17 kepada rakannya. Memang benar.

Dan di mana harus aku bermula?

Yang pasti, hati ini sangat tersentuh dengan tragedi yang menimpa penerbangan MH17 pada hari Khamis yang lalu. Tersentuh kerana merasakan betapa murahnya nilai nyawa pada zaman sekarang ini. Seolah-olah tiada nilai bahana kerakusan manusia yang dahagakan kuasa dan kebendaan. Dibandingkan dengan kes MH370 dahulu, kes kali ini paling menyentuh hati aku kerana mangsa pergi dalam keadaan yang sangat tragis. Bukan kata MH370 itu tidak tragis. Tetapi hati kecil masih percaya pada sesetengah teori konspirasi yang dikeluarkan. Pendapat masing-masing... wallahu'alam.

Tak tahulah apa nak jadi dengan dunia sekarang. Buka paper, tengok internet, macam-macam kejadian yang menakutkan. Dengan peperangan demi peperangan, pembunuhan, kemalangan.. kematian boleh berlaku pada bila-bila masa. Memang kita percaya pada qadha dan qadar, tetapi dengan kejadian seperti itu, membuatkan aku terfikir, bagaimanakah agaknya keadaan aku bila pergi menghadap Illahi? Sudah bersediakah atau direnggut nyawa aku dalam keadaan aku tidak bersedia.

Dalam jangkamasa terdekat ni aku kehilangan 2 ahli keluarga terdekat; nenek aku dan terbaru ni, nenek saudara aku. Nenek aku pergi pada akhir bulan Sya'aban haritu. Tenang perginya. Memang dia dah cakap dengan umi aku yang dia akan pergi pada hari Jumaat bulan Sya'aban. Setiap hari arwah bertanya dengan umi aku hari ni hari apa. Dan malam sebelum dia pergi tu, selepas umi aku berikan dia air dan suruh dia mengucap syahadah siap-siap sebelum tidur, dia ada cakap dengan umi aku lebih kurang begini "Cik, umi tidur dulu.. kalau umi jaga, jagalah.. kalau takde, takdelah... umi dah pergi.." Dan sungguh dia pergi menemui Allah dalam tidurnya. Begitu juga nenek saudara aku yang pergi pada malam Jumaat baru-baru ni. Beruntungnya dia pergi dalam bulan Ramadhan. Kedua-duanya disembahyangkan oleh para jamaah selepas selesai solat Jumaat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Dan bercerita tentang kematian ni sebenarnya aku sangat kagum dan cemburu dengan  Allahyarhamah Sharifah Aini atau Kak Pah. Melihat temubualnya dalam TV9 hari tu, aku sangat tertarik dengan kata-kata arwah. "Design kematian kita". Begitulah lebih kurang. Maknanya dia sudah membayangkan bagaimana pengakhirannya dan cara dia hendak pergi. Masya-Allah.. hebat insan ini. Seperkara lagi yang membuatkan aku kagum dengan arwah adalah kerana beliau insan seni yang hidupnya sentiasa bergelumang dengan fitnah dan kehidupan dunia artis yang semua sedia maklum. Tapi lihat bagaimana pengakhirannya. Indah! That's why aku salute dengan Allahyarhamah. She's one of my idol. Perginya dalam keadaan sudah bersedia dan dijemput Allah dalam bulan yang mulia. Bertuah.. memang bertuah.

And sebab itu aku tidak pernah bersangka buruk dengan Allah. Dalam menjalani kehidupan yang kadang-kadang bergelumang dengan dosa siang dan malam, setiap kali aku berdoa agar dikurniakan pengakhiran yang baik atau Husnul Khatimah. And that's why aku rasa annoy juga kalau ada yang keluarkan statement "Ala.. dah jenis macam tu.. buat dosa. Tak payah la buat this and that.." Why not? Bagi aku hidayah itu menjadi hak mutlak dan rahsia Allah Ta'ala. Dan kalau dia nak bagi hidayah.. dan-dan tu juga yang kafir atau kaki botol or apa segala jenis penggemar maksiat sekalipun akan berubah. Siapalah kita nak cakap macam tu kan? So, sebab itulah aku tak pernah bersangka buruk dengan Allah. Senantiasa berdoa meminta yang terbaik walaupun kita ni banyak kelemahan dan kekurangan ibadat sana-sini. Who knows.. at that particular time doa kita dimakbulkan Allah Ta'ala. Dan aku yakin.. sangat yakin... Allah itu Maha Mendengar.

Dan sebab itu juga aku sangat marah dengan golongan "alim" yang sepatutnya kalau dia tahu agama dan arif tentang hal-hal agama, tidak cepat menghukum atau being too judgemental. Tengok orang begini begitu, terus label.. orang itu ahli neraka.. orang ini memang jauh dengan Allah.. wajah takde nur.. dan macam-macam pernyataan yang sinis seolah-olah syurga Allah itu sudah pasti digenggamannya. Kenapa perlu bersifat sedemikian? Bukankah lebih elok kalau kita sebagai hamba Allah sama-sama mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan diri kita? Apa perlunya menghukum dan mengambil kerja-kerja Allah? Tu yang aku masih tak faham. Sepatutnya kalau kita lebih banyak amal ibadat dan ilmu, kita semakin tawaddhu' dan rendah diri. Dan semakin takut. Takut kerana apa? Kerana takut kalau dengan amal ibadat yang banyak sebegitu akan menimbulkan riak, ujub dan takabbur dalam diri kita. Jadi tidak perlulah kita yakin dan mendabik dada dengan amal ibadat kita. Jangan memandang rendah pada orang sekeliling. Padahal banyak dah contoh-contoh di luar sana. Cat Stevens, Noor Kumalasari dan ramai lagi yang apabila dikurniakan hidayah, kehidupan mereka terus berubah sepenuhnya. So, tanya pada diri sendiri, kenapa kita hidup perlu cepat menghukum orang lain?

Anyway, aku selalu bermohon kepada Allah agar dijauhkan daripada kematian yang menakutkan. Minta dijauhi. Apa lagi dalam keadaan peperangan atau huru-hara. Tak sanggup rasanya nak menghadapi keadaan sebegitu. Dan aku sentiasa berdoa agar dicabutkan nyawa dalam keadaan aku bersujud dalam solat. Betapa indah dan mulianya kematian sebegini. Kalau aku tengok video camni kat YouTube memang mengalir air mata. Beruntungnya mereka ni. Dijemput Allah dalam keadaan mengagungkan-Nya. Siapa tak nak kan?

Apapun, aku sentiasa mengharapkan agar Allah Ta'ala mengurniakan yang terbaik untuk kita di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan. Amin.

Lastly, kepada rakan-rakan Muslim di luar sana, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. Drive elok-elok masa pulang ke kampung halaman nanti. Have a safe journey. And to non-Muslim, happy holiday! =)

Read More

Tuesday, August 6, 2013

Share "isu lapuk"

Dah lama aku terpanggil untuk mengutarakan isu ni (walaupun dah basi). Baru la sekarang ni sempat nak menaip. Tambahan pula, semalam masa berwindow-shopping kat The Mines, mata terpandang remaja Melayu memakai benda ni. Mungkin mereka tidak tahu tentang perkara ini.
Love the graphic.. but...

Okay, first of all, aku bukanlah arif perihal agama, but this is just my opion ya. 

Pada pengamatan aku, sekarang banyak fesyen yang bercirikan bendera UK atau lebih dikenali dengan nama Union Jack. Personally aku memang suka sebab dari segi graphicnya ia nampak simple dengan kombinasi warna putih, merah dan biru. Tapi yang menjadi masalahnya adalah graphic tersebut adalah terang-terangan simbol syiar agama lain. Berikut adalah maklumat berkenaan pengertian elemen pada bendera tersebut yang aku cilok dari Wiki:

On 12 April 1606, a new flag to represent this regal union between England and Scotland was specified in a royal decree, according to which the flag of England (a red cross on a white background, known as St George's Cross), and the flag of Scotland (a white saltire on a blue background, known as the Saltire or St Andrew's Cross), would be joined together, forming the flag of Great Britain and first union flag. (source: Wikipedia)

Dan berikut adalah penerangan tentang hukum memakai baju yang mempunyai lambang berkenaan:

Bagi yang kurang faham sebelum ni, dan now dah tahu hukumnya, maybe boleh elakkan beli baju sebegini. Bukan sahaja baju sebenarnya. Topi, beg kasut dan ada juga perhiasan rumah seperti bantal, cushion dan lain-lain. Banyak lagi design yang menarik kat luar sana kan? Hukum syarak yang ditetapkan tak perlulah nak dipersoalkan.

And to all my Christian friends, don't get me wrong. I'm not againts your religion or belief. Cuma agama saya tidak membenarkannya. Peace! =)

p/s: Okay I'm done my part. Takde la rasa bersalah sebab tak share info ni sesama Muslim. :)
Read More

Tuesday, August 21, 2012

Sesat lagi menyesatkan!

Baru satni tgk video youtube this one ustaz muda berkenaan syair Imam Syafie yang masyhur itu. Apa yang boleh aku komen pasal ustaz ni - KAU NI MEMANG BODOH SEBODOH-BODOHNYA!!!
Yes, aku jahil.. takde ilmu. Tapi lagi teruk kalau berilmu tapi sesat dan lebih parah, menyesatkan yang lain. Saper kau nak mempertikaikan Imam Syafie??? Sama ke akhlak kau dengan dia? Sila baca sirah dia sebelum nak komen guna logik akal. Aku yang bahalul ni pun tahu apa itu kias. Yang pergi direct translate tu pasal apa??? Sakit dada aku dengan golongan camni. Serious, aku takut dengan golongan "ulamak-ulamak cap ayam" seperti ni. Menyebarkan kejahilan, sesat dan menyesatkan yang lain. Aku rasa pihak berwajib patut bertindak dengan golongan-golongan seperti ni, jangan sampai jadi nanah dalam masyarakat. Memang aku jahil dan kurang Islamik, tapi aku takut kalau umat Islam terus-terusan disajikan dengan ilmu-ilmu yang mengarut seperti ni. Na'uzubillahi min dzalik!
Read More

Saturday, July 7, 2012

Rindu padanya...

Almarhum Al-Habib Muhsin bin Umar Al-Attas
Boleh tak masa aku browse internet, tetiba ternampak pulak gambar Ustaz Muhsin. Terus hati rasa sayu dan rindu pada Almarhum. Ustaz Muhsin atau nama penuhnya Al-Habib Muhsin bin Umar Al-Attas adalah antara tenaga pengajar Madrasah Al-Attas di Johor Bahru. Almarhum berasal dari daerah Malang, Indonesia. Aku selalu berjumpa dengan Ustaz Muhsin masa kecil-kecil dulu memandangkan rumah lama aku di Wadi Hana sangat dekat dengan madrasah dan tambahan pula selalu menjadi escort Baba (nenek aku) memasak di sana. Walid pun selalu angkut aku pergi majlis-majlis maulud atau hol, dan kalau jumpa Ustaz Muhsin mesti dia suruh doakan untuk aku. Ambil berkat orang alim katanya. Dan Walid pun ada bercita-cita nak jodohkan aku dengan anaknya, Fatimah! Selain tu, Umi pun turut kamceng dengan anak Ustaz Muhsin yang nombor 2 iaitu Kak Nour. Dari kecil sampailah ke sekolah rendah, dan apabila madrasah berpindah ke Ulu Tiram, aku dah jarang berjumpanya. Tapi kalau ada majlis-majlis especially di Masjid Wadi Hassan, aku memang tak akan melepaskan peluang untuk jumpa beliau dan minta mendoakan aku. Almarhum Ustaz memang sangat lemah lembut, tak pernah sedikitpun bersuara tinggi dan sangat tawaddhu'. Beliau hormat semua tetamu yang datang kepadanya dengan senyum yang sentiasa terukir di bibir. Tak kira sama ada tetamunya warak atau tidak. Beliau terima dengan tangan terbuka. Itulah akhlak terbaik Almarhum yag akan aku ingat sampai bila-bila (okay.. sekarang air mata aku dah menitis!!).

Almarhum Ustaz kembali ke Rahmatullah tanggal 25 Februari 2006, beberapa bulan selepas pemergian adik aku, Ali Zainal Abidin Al-Attas pada 5 November 2005. Aku masih ingat ketika Almarhum menziarah jenazah adik aku, beliau berkata "Ya Ali, kita akan bertemu nanti.. ". Memang tepat! 3 bulan berikutnya Almarhum dijemput mengadap Illahi.
Gambar Walid menahan sebak yg aku jumpa di sebuah laman web.
Lebih sebak lagi, aku sempat menziarahi Almarhum sehari sebelum beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah iaitu pada hari Jumaat. Aku balik juga ke JB sebab Walid beritahu Ustaz Muhsin uzur. So, sampai-sampai JB, Umi terus teman aku melawatnya di wad. Walaupun tengah sakit, Ustaz Muhsin masih lagi tersenyum memandang aku. Air mata aku masa tu jangan cakap la..Terus aku peluk dia, genggam erat tangannya dan cium dia berkali-kali dengan air mata bercucuran. Aku cakap padanya "Ami.. tolong doakan untuk Omar, Ami.." Dan Almarhum mengangguk dan mengusap-usap kepala aku berkali-kali. Untuk seketika aku duduk bersamanya dan memandang wajahnya tak putus-putus. Tak sanggup juga untuk melihat kesakitannya. Dan apabila tiba masa untuk aku beredar, selesai aku mencium tangan dan mukanya, aku pun melangkah pergi. Bila aku pusing, Ustaz Muhsin mengangkat kedua belah tangannya mengucapkan selamat tinggal yang seolah-olah kami takkan bertemu lagi. Sangat berat hati aku ketika tu nak meninggalkannya. Dan petang lepas melawat tu juga aku terus balik KL. Keesokkan harinya Walid telefon mengatakan Almarhum Ustaz telah pergi mengadap Illahi. Luluh hati aku tak terkira. Tapi aku sedikit lega sebab berkesempatan bertemu Almarhum sehari sebelumnya.

Semoga Almarhum Al-Habib Muhsin bin Umar Al-Attas aman di samping kekasihnya dan sentiasa dilimpahi rahmat. Alfatihah~
Read More

Tuesday, July 3, 2012