![]() |
Image source: http://static.panoramio.com/photos/large/11590165.jpg |
Cara para habaib ini berdakwah cukup
halus dan kemas. Kalau tidak masakan Tanah Jawa yang dahulunya
majoritinya beragama lain mampu menerima kalimah tauhid. Bagaimana
pendekatan Wali Songo yang terdiri dari kalangan habaib itu berdakwah
kalau bukan dengan sebegini? Ini bukan soal aqidah kerana ia
tetap satu iaitu mengagungkan Allah dan mencintai kekasih-Nya. Ia salah
satu pendekatan untuk memupuk jiwa supaya mendekatkan diri dengan agama.
Bila nalurinya sudah enak dengan alunan salawat dan qasidah, InsyaAllah
jiwa itu terus subur dengan kecintaan kepada agama.
Aku hairan kenapa
perkara yang elok sebegini dimusuhi oleh orang Islam yang mengaku
mengesakan Allah dan mencintai Rasulnya? Walhal di dalam majlis sebegini
ada tausiah, ada peringatan dan nasihat agama yang cukup bagus.
Pendek
kata, tepuk dada tanya iman masing-masing. Wallahu'alam.
Mudah-mudahan Allah Ta'ala memanjangkan umur para ulama ini agar ilmunya bermanfaat untuk kita semua, dan dijauhkan mereka dari segala fitnah dunia.
Amin Ya Rabb.
0 Comments:
Post a Comment