#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Wednesday, July 22, 2015

Raya Trip @Tioman Island

Tioman.. here we come!
Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera!
Rasanya tak terlalu lambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan Muslim di luar sana. Hari ini Rabu dan aku sudah mula bekerja. Alhamdulillah semalam pulang jalan clear. Tak jem pun. Tapi aku sempat tido 2 jam di R&R Ayer Keroh sebab mengantuk gile! Apapun, marilah kita start kerja walaupun kat kepala masih lagi mabuk ketupat dan rendang!

Nice view!
Anyway, aku just nak kongsi pengalaman aku pada cuti Raya kali ni. Sedikit special berbanding dengan sambutan pada tahun-tahun yang lalu. Sebabnya, tahun ni kami sekeluarga berkesempatan untuk pergi bercuti bersama ke Pulau Tioman. Actually, aku dah plan lama benda ni cumanya tak tahu nak ke mana. Dalam kepala cuma ada Desaru atau Tanjung Leman. Tak terlintas langsung nak bercuti di pulau. So bila adik ipar aku suggest ke Pulau Tioman sebab ada resort di sana milik ibu saudaranya, aku terus setuju!

Idaman Beach Holiday, Pulau Tioman.
Mulanya, aku agak pelik bila tengok orang bercuti semasa Hari Raya. Takde saudara-mara ke mereka ni? Tapi bila difikirkan balik, bagi aku, time ni je la yang ada bila kami adik-beradik dapat berkumpul semuanya. Adik aku sekeluarga yang di Terengganu tahun ni beraya di Johor dan adik aku yang sorang lagi belajar di Indonesia pun pulang beraya.. so inilah masa yang terbaik. Lagipun agak lama kami tak bercuti sekeluarga. Dan dulu, masa arwah nenek aku ada, agak susah nak berjalan kerana Allahyarhamah tidak berapa sihat. Tambahan pula, Umi aku asyik bekerja non-stop di rumah dari subuh sampai ke malam. Masa untuk dia berehat pula lah.

Tenang dan nyaman...
Kami ke Pulau Tioman pada Hari Raya ketiga. Pada Raya pertama dan kedua, kami menziarahi keluarga terdekat di Johor Bahru dan menerima kunjungan saudara-mara yang lain. Anyway, kami sekeluarga merangkumi 8 orang dewasa, 2 orang kanak-kanak dan seorang bayi. Bertolak dari rumah sekitar jam 6.30 pagi dan kami sampai di Jeti Mersing pada jam 8.30 pagi. Feri sepatunya pada jam 9.00 pagi, tapi delay sampai jam 10.30 pagi. Kematu juga lah menunggu. Perjalanan dari jeti Mersing ke Pulau Tioman mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Tiket return dengan menaiki Bluewater Express Boat berharga RM60.00 return (harga asal RM70.. diskaun keluarga katanya). Kami sampai di jeti Kampong Genting, Pulau Tioman sekitar jam 11.45 pagi dan terus ke Idaman Beach Holiday, tempat kami tinggal. Dari jeti ke resort ni lebih kurang 10 minit berjalan kaki.

Idaman Beach Holiday, Pulai Tioman.
Idaman Beach Holiday ini adalah resort yang diusahakan oleh keluarga Melayu. Harga chalet di sini adalah berpatutan. Terdapat beberapa jenis bilik di sini dari single, double bed dan lain-lain; berhawa dingin ataupun kipas. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah surau, kedai makan, mini market dan tempat menyewa life vest dan gogle. Pakej untuk snorkeling juga ada. 

Dinner di Idaman Beach Holiday.
Resort ini masih di dalam proses upgrading, so bahan-bahan binaan terdapat di sana-sini. Tapi yang penting, ia menghadap laut. makanya view memang terbaik. Bagusnya di Idaman Beach ni, ia tak berapa crowded sebab di sini memang tak disediakan bar serta minuman keras. So, memang sangat sesuai untuk yang membawa family serta anak kecil. Bagi yang muda-remaja tu, mungkin bagi mereka agak boring sebab tempat ni tak "happening". But, frankly bagi aku, tempat dia sangat relaks, sesuai untuk bersantai dan merehatkan minda.

2 budak booolat.
Anyway, pada hari pertama, kami tak pergi ke mana-mana pun. Free and easy katanya. Lepas lunch (disediakan oleh resort), kami sekeluarga duduk berehat dan berborak sambil makan kuaci di bawah pokok. 

Memang relaks kat sini. Tambah pulak membedal kuaci.. Ralit!
Lepas tu, melayan anak saudara aku yang 2 orang tu pi mandi laut. And then sambung makan lagi. Pendek kata, memang totally rehat je lah.

Melayan 2 orang Abdul ni!
Anak bapak terlena.. nikmatnya angin laut kat sini.
Pada hari kedua pula, kami sekeluarga menyewa bot untuk pergi snorkeling. Destinasi pertama kami adalah ke Kampung Tekek. Singgah sekejap je kat sini sebab bapa aku nak pi ATM keluarkan duit. And then beli serba sedikit barang-barang di kedai kat sini. Aku tak membeli apa pun. Nothing interesting. Cumanya yang unik kat sini, on the way dari jeti Kampung Tekek, kita akan melalui pokok-pokok yang dipenuhi dengan keluang (adik beradik kelawar tapi besar sikit). Memang banyak gila ya pada setiap pokok tu. Dan mereka mengeluarkan bunyi yang sangat nyaring dan bising. Anak saudara aku memang jakun la tengok benda ni.

Keluang yang banyak gile di Kampuong Tekek
Tapi yang kelakarnya masa naik bot ni ialah adik aku yang OKU sorang ni.. Salim. Dari awal lagi dia dah cakap taknak mandi laut. Padahal sebenarnya dia takut gila nak naik bot. So, bila bot dah bergerak tu, dia punya takut sambil menangis-nangis, terbaring-baring nak muntah. Walaupun kasihan tapi kami tergelak sebab dia peluk kemain adik ipar aku sambil menangis sebab takut bot tenggelam. Macam-macam hal! But bila dah nak balik dari Kampung Tekek ni takde plak buat hal sebabnya kami cakap buat malu je dengan anak saudara dia yang 2 dan 5 tahun tu. Diorang langsung tak menangis tapi dia yang dah tua tu menangis beriya. Hahaha. Lepas pada tu baru la sikit berani. Pastu bila bot bergerak, terus pose ala-ala macho tapi keras kejung menahan angin. Hahaha... Salim.. Salim.. mengalahkan budak kecik!

Selesai bersnorkeling. Thanks awek Korea tolong ambil gambar,
Anyway, selepas singgah di Kampung Tekek ni, kami terus ke Marine Park Tioman Island untuk aktiviti snorkeling. Puas hati dapat ke sini sebab airnya jernih dan banyak ikan-ikan. Parents dan adik-beradik aku yang lain ambil port di sudut tepi pantai tu untuk bermain air. Yang snorkeling cuma aku, adik lelaki aku dan adik ipar aku. Dan inilah pertama aku aku tengok umi aku main laut. Gila bertahuunnnnnnnnnnnnn dia tak kisah mandi laut. Selalu pergi just lepak-lepak tepi pantai je. Seronok ajak umi dan adik perempuan aku floating kat itu. Ajak snorkeling mereka tak nak. Cumanya di area Marine Park ni terumbunya kurang sedikit. Selepas sejam lebih beraktiviti di sini, aku ke next destination iaitu di kawasan terumbu karang yang tak jauh dari Marine Park ni.

Di Marine Park, Pulau Tioman.
Sampai di sini, aku apa lagi, terus lah terjun dari bot. Masya-Allah! Terumbu karang kat sini memang cantik. Sayang aku takde underwater camera. Kalau tak boleh ambil gambar. Macam-macam spesis terumbu karang yang terdapat di sini. Walid mulanya terjun gak tapi bila dah tertelan air masin.. terus naik balik. Dah la terjun dengan kain pelikat. Orang suruh bawa tracksuit tak bawak. Nasib baik kain tak tertanggal! Hahaha.. Anyway, kami di sini pun lebih kurang sejam. Lepas habis snorkeling kat sini, terus pulang ke resort untuk lunch.

2 ekor dugong spotted!
Selesai lunch, kami merehatkan diri sebentar. Since aku tak boleh nak lelapkan mata, dan kebetulan anak saudara aku, Ali dok mundar-mandir tak tido, so.. aku ajak dia mandi laut kat depan resort tu. Pakaikan dia jacket dan bawa dia floating kat laut tu. Suka benar! Lama gak la melayan dia.. lepas berenang.. main pasir.. berlari ke sana ke sini. Penat aku melayan! Hahaha..

Lari sana.. lari sini.. aktif sungguh!
Biarpun dia komplen gatal.. aku paksa dia tahan gak! Hahaha..
Petang tu, kami duduk berborak adik-beradik dan kebetulan terdapat anak-beranak dari Vienna yang stay kat sini. Sempatlah berborak sikit-sikit dengan Azram dan anaknya lelakinya, Bernard. Azram asalnya dari Bosnia-Hervegovina. Bapanya Kristian dan ibunya Muslim. Selepas berkahwin dia menetap di Vienna kerana suaminya bekerja di sana. Mereka berdua datang ke sini kerana anak lelaki sedang bercuti selama 2 bulan. Puas dia berjalan di Malaysia ni, dari Kuala Lumpur, ke Melaka, kemudian ke Tioman, and then ke Singapore dan Penang sebelum pulang ke Vienna.

Ini budak memang tak makan saman!
Okay enough about Azram dan anaknya. Pada malam terakhir sebelum pulang ni, kami dinner barbeque yang disediakan oleh resort. Sedap makanannya especially ayam BBQ tu. Dan lepas tu balik bilik kemas apa yang patut sebab esok pagi dah nak bergerak balik. Pada awal subuh tu hujan turun sangat lebat. Best gile tido time hujan-hujan ni. Dan Alhamdulillah pada keesokan harinya cuaca sangat baik.

Sedapnya ayam BBQ itu! Nyesal amik 3 ketul je...
Pada hari ketiga, selesai breakfast, kami bergerak ke jeti sekitar jam 8.30 pagi sebab feri kami pada jam 9.00 pagi. Kali ni feri on time.. in fact tak sampai jam 9.00 pagi dia dah gerak. Nasib baik kami tunggu awal. Sebelum pulang ke Mersing tu, feri ni singgah di Kampung Paya dan Tekek untuk menurun dan mengambil penumpang. Selepas sejam lebih kami sampai ke jeti Mersing dan seterusnya pulang ke Johor Bahru.

Awal pagi di Kampong Genting, Pulau Tioman.
On the way balik tu pula, kat Kota Tinggi, tayar kereta kami pecah sebab terlanggar batu. Mujurlah takde apa yang berlaku. Ni kiranya penutup percutian kami lah ni. Hahahaha. Macam-macam hal!

So, kesimpulannya, aku sangat seronok sebab dapat berkumpul ramai-ramai pada family trip kali ni. Sayang.. arwah Baba takde. Kalau tak mesti lagi seronok. Dan in future, aku dah plan untuk repeat trip macam ni next Raya plak. Seronok sebab jarang kami dapat bersama, so time cuti macam ni je la peluang yang ada. Keduanya, nak bagi Umi aku berehat sebab kasihan dia asyik buat kerja rumah je. Sesekali tengok dia have fun dengan adik-beradik dan cucunya, memang PRICELESS!!!

Priceless moment with my loved ones.
Insyallah, harap-harap in future kami dapat repeat this Raya trip untuk ke destinasi lain pula. Amin...

Tabahlah hati nak.. dah nak balik...
Dan kepada sesiapa yang berminat untuk tinggal di Idaman Beach Holiday ni, bolehlah hubungi info di bawah berikut:

Idaman Beach Holiday
Kg. Genting, Pulau Tioman, 26800 Rompin, Pahang Darul Makmur.
Tel: 07-799 1803 (Office), 09-419 7048 (Resort)
Fax: 07-799 5838
Email: idaman.holiday@hotmail.com
Read More

Thursday, July 9, 2015

Homemade Coconut Shake

Ini baru betul rasa kelapa!
Idea nak buat memang dah lama sejak aku kecewa selepas makan coconut shake kat Pantai Klebang, Melaka tu yang katanya sedap. Kat Langkawi tu pun sama. Cuma kat Batu Berendam, Melaka tu je la cam okay sikit. But tu pun bagi aku so-so je..

Coconut shake yang aku buat ni menggunakan 100% bahan dari kelapa dengan tambahan sedikit ice-cream vanilla. Senang je nak buat. Nah.. aku sharekan resepi.

Homemade Coconut Shake (untuk hidangan 2 orang)

Bahan-bahan:
  • 1 biji kepala - diambil airnya dan dijadikan ice cube. Isinya diambil dan diletak tepi
  • 1 kotak kecil santan - dijadikan ice cube
  • 1 kotak air kelapa (tambahan)
  • Serbuk gula melaka/kabung
  • Sedikit ice cream vanilla
  • Sedikit madu
Bahan-bahan membuat coconut shake versi aku.
Cara membuatnya:
  • Masukkan ketulan ice cube santan, ice cube air kelapa dan isi kelapa di dalam pengisar. Tambahkan sedikit air kelapa untuk memudahkan proses mengisar.*
  • Kisar bahan-bahan tersebut sampai halus.
  • Masukkan ke dalam gelas.
  • Tambah 1 scoop ice cream vanilla di atasnya.
  • Taburkan satu sudu kecil serbuk gula melaka dan sedikit madu. Siap dihidang!
    *kalau dapat guna air kelapa asli lagi best!
Santan dan air kelapa yang dijadikan ice cubes.
Isi kelapa yang telah diambil.
Senang je kan nak membuatnya? Yang penting baru betul rasa kelapa. Otherwise yang aku try dulu tu lebih kepada rasa ice cream vanilla. Kalau korang nak rasa manis.. boleh tambah extra serbuk gula melaka tu.

Sedap okay.. bagi aku la.. hahaha.
Selamat mencuba!!! Kalau dah try, jangan lupa komen.. sedap ke tak.. sebab ikut tekak aku cam sedap je.. hahaha..
Read More

Wednesday, July 8, 2015

Pergi tak kembali...


Sedar tak sedar, lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru je start puasa kan?

Nampaknya raya tahun ni, kira 2 kalilah kami sekeluarga beraya tanpa Hababah tersayang iaitu nenek aku. Baba pergi menyahut panggilan Illahi pada bulan Sya'aban tahun 2014 yang lepas. Rindu Baba sebenarnya. Ya lah, dia dah tinggal dengan kami sekeluarga since aku kecil lagi. Dia lah yang turut menjaga kami adik-beradik, makan minum kami dan rajin membuat baju raya kami masa kami kecil-kecil dulu. In fact, sampai aku masuk universiti pun Baba masih gigih menjahit baju raya kami. Jahitan Baba sangat halus. Kalau dulu masa kecil tu, baju teluk belanga aku, jahitan di bahagian leher baju tu memang sangat halus. Baba memang pandai menjahit. Teringat masa aku darjah 2 tahun 1986 dulu, masa dibedah kakinya kerana terpijak jarum semasa menjahit.

Dan apabila nak menjelang raya pula, Baba antara orang yang paling sibuk. Sibuk la dia menyiang bahan-bahan untuk memasak Laksa Johor. Laksa Johor memang hidangan utama kami sekeluarga semasa Hari Raya. Tapi bila dia dah uzur, tugas memasak kuah laksa diambil alih oleh Umi. Sungguhpun demikian, Allahyarhamah tetap gigih nak masuk ke dapur membantu. Memang Baba jenis tak reti duduk diam. Ada je pekerjaan yang dia nak buat. Sampai kadang-kadang kena marah dengan kami sekeluarga. Marah bukan sebab benci. Sebab kami sayangkan dia.. since dia dah tak kuat dan kalau penat sedikit nanti dia akan diserang semput/lelah.

Kalau disentuh pula tentang kasih sayang dia terhadap anak-anak dan cucu-cucunya.. Baba memang No. 1! Sampaikan Walid aku kalau balik lambat sikit, dia akan risau. Apa lagi cucu-cucunya. Risau kalau kami keluar dan tak balik-balik. Tanya berulang-kali dengan kami yang berada di rumah. Apa lagi kalau dia dengar ada kes culik dan sebagainya. Lagilah berganda tahap kerisauannya. Itulah Baba kami. Rindu sangat dengannya bila dia dah takde ni.

Baba pergi pada awal pagi sebelum Subuh Jumaat, 20 June 2014 bersamaan dengan 22 Sya'aban 1435H. Perginya ketika tidur. Mengikut cerita Umi, pada malam sebelum dia meninggal, Baba ada beritahu dia.. ""Chik (dia panggil Umi aku, Chik), Umi tidur dulu.. kalau Umi jaga, jagalah.. kalau takde, takdelah... Umi dah pergi.."" Dan Umi pun selalu ingatkan Baba sebelum tidur supaya baca syahadah siap-siap. Mana lah tahu umur kita kan. Masa Baba meninggal, Walid berada di Indonesia dan tak sempat pulang. Kami adik-beradik dan dengan bantuan saudara-mara dan kenalan yang menguruskan jenazah Baba. Nasib aku baik sebab sempat sampai dari KL. Ketika tu jenazah dah dibawa ke Masjid Wadi Hassan untuk disembahyangkan selepas solat Jumaat. Selesai pengkebumian, Shaha (adik ipar aku) yang membacakan talqin. Cepat dan mudah sungguh urusan pengkebumiannya. Semuanya dipermudahkan oleh Allah Ta'ala. Alhamdulillah.

Memang setiap kali Aidilfitri, kami sekeluarga menyambut ala kadar sahaja kerana kemeriahannya tak seberapa tanpa ahli keluarga kami yang telah pergi. Tambahan pula, adik aku yang nombor 3, Ali Zainal Abidin Alattas pun turut pergi menyambut seruan Illahi pada Hari Raya ke-3 tahun 2005. Walaupun dah hampir 10 tahun pemergiannya, kehilangannya masih kami rasai sehingga kini.

Apapun, doa aku semoga Allah Ta'ala mengampunkan dosa-dosa mereka dan menempatkan roh-roh mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Dan semoga Allah Ta'ala memanjangkan usia Walid dan Umi aku, serta adik-beradik, keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang lain, serta mengurniakan mereka kesihatan yang berpanjangan.

Amin Ya Rabb.

Image source: http://www.hdwallpapers-desktop.com/Nature-Landscape-Wallpapers/images/Mist%20Tree.jpg
Read More

Monday, July 6, 2015

Birthday Bash @Cyberview


Happy Monday people! Sekejapnya dah habis 2 hari cuti kan? 

Last week aku ada secret plan sempena nak menyambut birthday Erol pada hari Sabtu yang lepas. Memandangkan tahun ni takde nak merayap ke mana, so aku decided untuk celebrate somewhere dekat-dekat sini je. Puas la aku usha mana yang best akhirnya aku decide nak celebrate kat Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya. Sebenarnya boleh je nak celebrate kat rumah kan tapi saje je la sebab aku pun dah lama memerap tak berjalan ke mana. So, aku book la siap-siap bilik kat Booking.com dan mulanya plan nak berbuka puasa bersama member-member rapat aku kat situ je. Tapi memandangkan harga buffet Ramadhannya dah mencecah RM100++ seorang aku terus cancel. Spend mahal-mahal bukannya boleh sumbat banyak pun kan perut ni. Membazir je. Akhirnya, aku book siap-siap berbuka kat Bayou Pusat Komuniti Cyberjaya tu. Harga RM58.30 dah termasuk GST. Okay la kan. Tengok menu pun boleh tahan. Banyak masakan Melayu. Sesuai la dengan tekak-tekak yang lain especially Bai.

Wading pool area.
Anyway, Cyberview ni bukannya baru bagi aku. Last time, masa study kat MMU Cyber, bila free petang-petang, aku akan sewa basikal kat Sports Centre MMU dan berbasikal ke sini... lepak tepi tasik dekat dengan guardhouse kat entrance tu. Masa tu Shaftsbury semua mana ada. Ahh.. memori sangat time muda-muda dulu. Hahaha..

Berbalik kepada plan nak celebrate birthday Erol tu, aku pun plan la apa yang patut like deco untuk birthday greetings kat bilik tu. Dan mereka ada menyediakan servis tersebut dengan harga yang aku rasa berpatutan la. But, nak dijadikan cerita, the person yang entertain aku tu hantar form suruh aku isi detail credit card aku which is memang aku tak nak buat sebabnya card credit aku pernah dibatalkan oleh pihak bank sebab ada cubaan menggunakannya tanpa kebenaran aku. Aku pun bagitau that lady boleh tak kalau dia charge masa aku check-in je nanti. But katanya tak boleh sebab ni prepayment basis. Then okay lah. But, aku tanya lagi sekali, boleh tak dia arrangekan supaya that deco siap like bila kami balik dari berbuka puasa. Kiranya aku bayar siap-siap masa check-in tu. Again, my request was turned down dengan ayat yang aku dapat rasa dia dah malas nak layan. Okay fine! Aku memang pantang kalau spesis yang tak boleh nak membantu lagi-lagi kita ni customer dan service yang kita request tu bukan kita minta free. So, what I did.. dengan kepala berasap gigih la aku Google email Manager atau Customer Service Manager ke apa supaya aku boleh complaint ketidak-puasan hati aku dengan tahap layanan hotel 5 bintang tu. Google punya Google.. terjumpalah this info. Aku main bedal je la.. tak tahu la betul ke tak kan. Berikut adalah complaint aku. Sila abaikan tatabahasa aku yang tunggang-langgang tu okay! Hahaha.. :


Per: Customer service yang tidak membantu

Salam,

Saya telah membuat tempahan untuk bilik jenis Deluxe pada 4 July 2015 sempena menyambut hari lahir rakan baik saya.

Saya ada bertanyakan mengenai dekorasi bilik untuk tujuan tersebut dan saya tiada masalah untuk itu.

Walau bagaimanapun, saya diminta untuk memberi butiran kad kredit saya atas alasan ia adalah prepayment basis dan saya enggan berbuat demikian kerana kad kredit saya pernah dibatalkan oleh pihak bank disebabkan cubaan mengggunakan kad kredit saya tanpa kebenaran dan saya enggan berbuat demikian atas dasar berhati-hati. Saya telah memaklumkan kepada staf anda (XXX) yang saya boleh membuat pembayaran sekali semasa proses checkin tapi beliau berkata ia tidak dapat dilakukan.

Dan saya ada meminta sekiranya dekorasi tersebut boleh disediakan setelah saya pulang dari berbuka puasa sekitar jam 9 malam dan selepas bayarannya saya buat semasa checkin nanti. Namun sekali lagi permintaan saya tidak dapat dilakukan.

Saya berasa amat kesal dengan tahap layanan sebuah resort bertaraf 5 bintang tapi enggan memberi kerjasama kepada pelanggan. Saya beberapa kali menyambut hari lahir di luar negara contohnya seperti di Grand Istana Rama, Bali dan mereka mampu memenuhi permintaan tanpa perlu meminta butiran kad kredit (dan ia dilakukan semasa saya masih berada di Malaysia) seperti yang saya alami di sebuah hotel gah di negara sendiri.

Sayang, hotel yang bertaraf tinggi tapi kualiti servis kepada pelanggan amat mendukacitakan.

Saya berharap pihak tuan mampu memperbaiki masalah ini agar pelanggan merasa sangat dihargai ketika menginap di hotel anda.

Yang ikhlas.
Omar


Tu dia comment aku. Ye lah.. dulu masa kat Bali, semua permintaan aku mereka layan. I would say sepanjang aku travel those people kat luar negara sana especially in Indonesia, Thailand dan South Korea, sangat customer-friendly. Mereka sebolehnya melayan setiap permintaan kita. Kat sini kadang-kadang tu kekwat tak bertempat. 

Sejam lebih lepas aku hantar email tu, terus dapat call dari staff hotel tu minta maaf dan tanya apa isunya. Aku pun ceritalah kat dia about this and that. Dan dia cakap actually detail card credit aku dah ada dalam account Booking.com, so aku tak perlu email detail seperti yang diminta sebelum ni. Cuma dia akan email minta pengesahan untuk masukkan charge tu dan aku hanya perlu reply setuju dengan perkara tersebut. As simple as that! Kan.. ada jalannya. Don't simply ignore your customer sebab kau nak mudah kerja or whatsoever alasan kau. Lagi lah hotel tu rated 5 bintang. Kalau rumah tumpang Ah Liew aku faham la juga kan? Customer always have the right to get entertained tak kiralah kalau dia bayar RM10 sekalipun. Betul tak? Dan selain tu, dia pun dah tanya siap-siap nak cake apa (hotel complimentary) dan bila deco tu nak ready. So, settle that part. Happy la aku sebagai seorang customer. Thanks to the GM dan staff yang terlibat. =)

Pemandangan dari balkoni.. saujana mata memandang.
Anyway, Firr datang rumah aku pun on-time. So dia tunggu siap-siap kat guardhouse. Erol memang blur gile dengan plan aku. Aku pun memang purposely tak cakap nak ke mana dan dengan siapa. So, on the way nak keluar dari guardhouse tu, dia baru perasan Firr ada. Maka, bergeraklah kami bertiga ke Cyberview walaupun mulanya si Erol ingat aku nak bawa dia masuk hutan Bakaugruv yang aku pergi hari tu. "Nak bawa pergi masuk utan kan?" Lepas tu sibuk tanya berapa jam perjalanan, sampai pukul berapa semua. Hahahaha.. aku buat tak layan je. Nak tambah propah, aku suruh dia bawak passport skali. Jahat tak?

Me and my chingus.
Anyway, bila dah sampai hotel, aku check-in dan prosesnya berjalan lancar. Front desk staff dah inform aku yang deco semua dah ready and dia juga dah tanya siap-siap nak hantar sahur jam berapa. Selesai berurusan, kami balik semula ke kereta sebab biliknya terletak di blok 7, bahagian belakang. Leceh gak nak berjalan dengan barang bagai. So, sampai je bilik... WALLLAAAA... puas hati! Very spacious room! Ikutkan aku book bilik deluxe je, but then aku rasa derang dah upgrade bilik aku ke Executive Deluxe yang lebih luas. Sangat puas hati! And the flower deco kat atas katil pun just nice. Kat dalam bathtub pun diletakkan rose petal. Hahaha.. Motif?????

Nice, cozy and spacious room. Love it!
Flower deco as per requested.
So, bila dah kat bilik tu, kami relax dulu melepaskan lelah. Macam la jauh sangat kan? Erol sibuk ajak pi sauna since it is free. Gile apa tengah-tengah panas, bulan puasa nak pi sauna. Sah-sah la lepas sauna tu nanti haus. Around 5.00 pm kami keluar pusing-pusing this area. Lepak.. ambil gambar.. what else la kan nak buat.

Serious tenang je kalau duduk kat sini.
And then, lepas sejam, kami balik semula ke bilik bersiap-siap untuk berbuka puasa. Again, aku dengan Firr kelentong dia kata nak pergi Pasar Ramadhan, tapau dan makan kat bilik je. Firr punya propa sampai aku pun naik confuse aku ada bagitau dia ke tak pasal plan berbuka puasa tu. Hahaha.. Punyalah pandai berlakon!

Unit kami terletak di bahagian atas.
Lepas tu, around 6.45 pm, kami bergerak ke Pusat Komuniti Cyberjaya. Aku dah book awal-awal kat Bayou Coffee House tu untuk 10 orang. So, berjumpa la dengan yang lain kat sana. Again.. si Erol kena tipu. Hahaha. Thanks to Bai, Azz, Fadz, Eric dan Effa yang sudi datang. Ajie, Lys dengan Amz tak dan nak datang sebab ada hal masing-masing. Okay lah. The food there pun not bad. Masakan Melayu dia boleh tahan banyak dan sesuai sekali dengan citarasa Bai, that Village People tu! Aku awal-awal lagi dah aim kambing panggang. Tapi, makan buffet ni bukan boleh masuk banyak sangat la ni. Makan sikit je dah kenyang kan?


Selesai majlis berbuka, kami terus balik ke bilik untuk celebrate birthday Erol. Cake pun hotel dah bagi siap-siap petang tadi jam 4.00 lebih (walaupun aku suruh hantar jam 9.00 malam! Hahaha..). Tapi chocolate cakenya sedap. Aku siap suruh Erol bungkus bawa balik sebab chocolatenya sangat rich!

Complimentary cake by the hotel. Sedap!
So, that night lepas potong cake, bagi hadiah and bergambar bagai, kami dok lepak-lepak borak sekejap sebelum masing-masing beransur pulang.

Family affair.
And since sahur turut diberikan oleh pihak hotel, maka aku minta mereka hantar jam 4.00 pagi sebab jam 5.30 pagi aku kena hantar Firr ke KLIA2 sebab dia bekerja awal pagi tu. Menu sahurnya nasi goreng kampung, ikan masak kicap, ayam kari, sayur campur dan kupang bersos cili, buah-buahan serta air orange dan teh. Meriah gile! Tak pernah aku sahur dengan hidangan banyak macam ni. Lagi lah aku ni memang jenis bangun sahur minum air je kan. Makan la sikit sebab sayang pula tengok rezeki dah depan mata.

Sahur yang menggantikan breakfast buffet... meriah!
So, selesai sahur, around 5.30 am tu, aku dengan Erol hantar Firr ke airport dan balik bilik sambung tidur. Plannya nak bangun jam 9.00 pagi, nak swimming atau sauna.. tapi ke laut! Hahaha.. And around 12.00 pm tu, kami check-out dan terus pulang. But, sebelum tu singgah gunting rambut dekat kedai Dexter (kedai favorite aku) dan singgah Cibiuk, tapau nasi ayam liwet untuk berbuka.

Maka, berakhirlah short getaway aku untuk minggu ni.

Apa pun, aku sangat happy sebabnya pertama, plan aku menjadi.. thanks to my tayamzz yang sudi hadir. Keduanya, sangat berterima kasih dengan pihak Cyberview Resort & Spa especially General Managernya, Encik Azzudin, yang mengambil serious complaint aku dan memberikan layanan dan servis yang cemerlang untuk kami dan membantu merealisasikan plan ni. Thanks juga kepada Front Desk Manager, Haslinda dan staffnya, Kumaran. You guys the best!!!

And thanks kepada Cyberview Resort & Spa for the memory. Will be back here again, Insyallah. =)

Cyberview ~ great place to stay. 
Anyway, to those yang berminat nak bermalam di sini atau nak tahu info lebih lanjut pasal resort ni, boleh layari this website - http://cyberviewresort.com/
Read More

Friday, July 3, 2015

Siapa Bahlul?

Image source: http://hd4desktop.com/images/b/1280x1024_damascus_souk-499521.jpg
Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan pada pagi hari Jumaat yang mulia ini. 


Bahlul Itu Wali Allah

Perkataan ‘Bahlul’ sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat setempat terutamanya untuk menyatakan seseorang itu bodoh atau lurus bendul. Tapi tahukah anda asal usul perkataan Bahlul itu sendiri? Tahukah anda yang sebenarnya asal-usul orang-orang terdahulu melemparkan perkataan ‘Bahlul’ kepada seseorang itu adalah sebagai satu doa yang baik?

Bahlul merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr. Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin. Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya. Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.

Terdapat banyak kisah-kisah yang memaparkan kebijaksanaan Bahlul sendiri. Disini kami paparkan tiga cerita berkenaan bahlul.

Cerita 1
Pada suatu hari, Khalifah Harun Al-Raysid bersama isterinya lalu dihadapan Bahlul yang sedang membuat rumah dari tanah liat. Maka Harun berlakukan dialog antara Al-Rasyid, isterinya dan Bahlul.

Harun : Hey Bahlul, kau buat apa?
Bahlul : Aku sedang buat rumah rumah syurga.
Isteri Harun : Boleh aku beli?
Bahlul : Boleh..
Isteri Harun : Berapa?
Bahlul : 10 Dirham

Isteri Harun membayar jumlah tersebut kepada Bahlul.

Harun : Kau dah kena tipu hidup-hidup dengan Bahlul.

Pada malamnya Harun Al-Rasyid bermimpi satu rumah besar yang tersangat cantik yang tertulis nama isterinya, Siti Zubaidah di dalam syurga. Harun cuba untuk masuk ke dalam rumah itu tetapi dihalang oleh pengawal di rumah itu.

Harun : Ini rumah isteri aku.
Pengawal : Memanglah, tapi ini bukan rumah kau.

Bagun pada pagi berikutnya Harun Al-Rasyid bangun dan kelam kabut pergi mencari Bahlul.

Harun : Bahlul, aku nak beli rumah kau.
Bahlul : Boleh.
Harun : Berapa?
Bahlul : 10,000 Dirham.
Harun : Eh, kenapa semalam 10 Dirham?
Bahlul : Semalam kau tak nampak..Hari ni kau dah nampak!

Cerita 2
Pada suatu hari, Harun Al-Rasyidin memberikan Bahlul sebatang kayu dan berkata, “Batang kayu ini ya Bahlul, milik seorang lelaki yang paling bodoh atas muka bumi ini. Jika kamu terjumpa dengan seorang lelaki yang lebih layak memiliki kayu ini lebih dari kamu, berikanlah kepadanya”. Dan Bahlul menjadi bahlul mengambil batang kayu tersebut.

Beberapa tahun selepas itu, Harun Al-Rasyid jatuh sakit dan tak ada sebarang ubat-ubatan yang boleh menyembuhkannya. Bahlul datang untuk melawan Harun Al-Rasyid untuk bertanya khabar dan terjadi satu perbualan yang menakjubkan.

Harun : Tak ada apa yang boleh menyembuhkanku!
Bahlul : Kau mahu ke mana?
Harun : Aku akan pergi ke dunia lain.
Bahlul : Kedunia lain? Berapa lama kau akan pergi? Bila kau akan balik?
Harun : O Bahlul! Tak ada siapa yang akan kembali selepas ke dunia itu.
Bahlul : Jadi kau mesti dah buat persiapan rapi untuk perjalanan ini. Perjalanan yang kekal. Kau dah siapkan tentera untuk tunggu kedatangan kau? Sebagai persiapan apabila kau sampai disana?
Harun : Tak ada yang pergi dengan kau Bahlul. Dan aku tak membuat sebarang persiapan.
Bahlul : Ya Amirul Mukminin, sebelum ini kau menghantar tentera sebagai persiapan rapi untuk satu perjalanan yang hanya berjumlah sehari dua! Dan kini kau akan pergi ke satu tempat yang kau akan tinggal disitu selamanya. Dan kau tidak membuat sebarang persiapan untuk menghadapinya?
Bahlul : Nah ambil batang kayu ini. Nampaknya aku dah jumpa seseorang yang lebih layak untuk memilikinya.

Cerita 3
Berikut pula adalah kisah Bahlul dengan Sheikh Junid, seorang ulama sufi dan juga wali Allah. Satu hari Syeikh Junid Al-Baghdadi bertemu Bahlul lalu meminta nasihat. Bahlul lalu bertanya:

Bahlul: Bagaimana kamu makan?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan Sunnah dan doa2 makan)
Bahlul: Bagaimana kamu berpakaian?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan sunnah dan doa berpakaian)
Bahlul: Bagaimana kamu tidur?
Junid: (Menerangkan adab2 tidur mengikut sunnah dan doa2 tidur)
Bahlul: Sebenarnya jawapan2 kamu tidak tepat. Sekiranya kamu makan mengikut adab dan doa sekalipun tapi sekiranya makanan itu dari sumber yang haram buat apa? Sekiranya kamu berpakaian dengan adab dan doa tapi tidak menutup aurat serta sumbernya adalah haram buat apa? Sekiranya kamu tidur dengan adab dan doa tapi di hatimu masih menyimpan dendam dan kebencian sesama Muslim buat apa?

Sedutan dari jejak rasul yang memetik kisah Bahlul
Menurut dari tiga cerita ini jelas sekali Bahlul bukanlah seorang yang bodoh atau lurus bendul. Dia sebenarnya bijak dan juga sarkastik. Sedangkan Sheikh Junaid sendiri pun datang mengadap Bahlul untuk mendapatkan nasihat dan dari cerita yang ketiga jelas Bahlul ini seorang wali Allah.

Hari ini penggunaan perkataan bahlul telah disalah ertikan oleh masyarakat yang menggunakanan perkataan itu untuk menyatakan seseorang itu bodoh. Sebenarnya perkataan itu dilemparkan oleh orang-orang tua kepada seseorang seperti ibu kepada anak adalah sebagai satu doa yang baik. Mengharapkan orang itu menjadi seperti Bahlul. Namun apabila lama kelamaan perkataan itu disalahertikan oleh masyarakat kita. 

Wallahualam.
Read More

Wednesday, July 1, 2015

Berbuka puasa 'potluck'

Pada hari Ahad yang lepas, aku berkesempatan untuk mengadakan majlis berbuka puasa dengan member-member rapat aku. Majlis berbuka puasa ni berkonsepkan potluck dengan menu nasi ambeng. Kenapa aku pilih nasi ambeng? Sebabnya senang kot nak buat. Ada beberapa menu yang member aku boleh sediakan mengikut pilihan masing-masing. Selain tu, sengaja pilih nasi ambeng sebab ada sorang hamba Allah tu dok tanya bila nak buat tapi end up tak menghadirkan diri..puiiiihhh! Hahaha.


So.. sehari sebelumnya aku pergi ke pasar Kajang untuk membeli bahan-bahan yang perlu. Aku suka pergi ke pasar Kajang ni sebab semuanya ada. Gigih la kan dari Bangsar! Hahaha. Selain daun pisang, kelapa dan lain-lain, aku dok usha gak dulang kecil untuk menghidang nanti. Barulah feel makan nasi ambeng dalam dulang kan?

Aku selaku tuan rumah hanya menyediakan nasi putih, ayam bakar kicap madu, ikan kering goreng, serunding kelapa dan sambal belacan. Selebihnya member-member aku bawa. Antaranya smee goreng, sayur goreng jawa, sambal tempe, kacang & ikan bilis, kari ikan kering nenas, ayam panggang, pencuci mulut seperti kuih-muih dan buah-buahan serta air minuman. Pendek kata penuh kaunter dapur aku dengan makanan!

Seronok sekali-sekala berjumpa time majlis berbuka macam ni since masing-masing sibuk dengan life dan kerja. 


By the way, terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi hadir dan membawa hidangan yang lazat-lazat. Insyallah jumpa lagi di kesempatan akan datang.
Read More