#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Friday, August 29, 2014

The one and only... Saloma


Salam Jumaat yang penuh barkah semua.
Okay post kali ni aku nak sentuh berkenaan biopik Saloma yang disiarkan di Astro First bermula pada 28 Ogos yang lepas. Aku malas nak buat review berkenaan telemovie ni sebab aku yakin banyak pihak yang dah melakukannya hampir di semua media sosial atau laman web.
First of all, mari aku ceritakan tentang aku dan Saloma ni. Seingat aku, aku mula meminati Allahyarhamah sejak menonton Nostalgia Biduanita Saloma sekitar tahun 1990. Masa tu aku baru Darjah 6. Lepas daripada tu aku terus meminati Allahyarhamah dan Allahyarham P. Ramlee secara serius. Bayangkan budak sekolah rendah meminati lagu-lagu klasik dendangan mereka. Kalau ada duit lebih je (pemberian orang atau hasil simpanan duit sekolah sendiri) aku akan beli kaset-kaset mereka di pasar malam atau di kedai muzik di Johor Bahru. Seronok sangat. Dan koleksi aku pada masa tu sangat banyak dan still ada sampai hari ni. Antaranya adalah terbitan Warna (pengarah urusannya Allahyarham Nasir P. Ramlee) dan EMI Malaysia. Kalau filem pula, dulu setiap minggu ada teater P. Ramlee kat tv, aku akan record filem-filemnya dengan video tape VHS. Arwah Baba (nenek aku) yang selalu sponsor duit beli tape ni. Skrip filem jangan cakap la. Kalau sepanjang tengok filem-filemnya especially yang komedi.. memang aku hafal. In fact adik-beradik aku pun ingat skrip-skripnya. And masa sekolah dulu pun, kalau ada majalah-majalah yang menerbitkan cerita P. Ramlee dan Saloma memang aku akan beli. Dulu ada this one tabloid yang publish biografinya every week.. aku tak pernah miss beli okay. Begitulah gigihnya aku sebagai seorang diehard fan.. katanya. [Last post aku pasal P.Ramlee dan Saloma boleh baca kat sini.]
Okay.. enough about that. Berkenaan dengan biopik Saloma ni, aku memang puji usaha yang dilakukan oleh mereka yang terlibat terutamanya Melissa Saila selaku peneraju utama. Tahniah untuk semua yang terlibat. Dan aku kagum dengan watak Tompel yang dijayakan oleh Azhan Rani. Gaya, tutur katanya sangat mirip dengan bintang lagenda itu.
Cuma sayangnya bintang utama yang membawa watak Saloma iaitu Nabila Huda bagi aku kurang menjadi sedikit. I dunno.. aku rasa ada something yang kurang somewhere. Seolah-olah aura atau "roh" Saloma tu tiada dalam karektor yang dilakonkannya. Tak dinafikan memang susah untuk menjadi Saloma yang sebenar. Dan aku yakin Nabila telah melakukan yang terbaik. Cuma bagi aku dia perlu menjadi lebih "elegant and classy" untuk menjayakan watak tu. Bagi aku Saloma sangat unik. The one and only, tiada galang ganti. She's a fine lady. Body language-nya, liuk lentuk tubuhnya bila menyanyi dan berkata-kata, manja tetapi tidak "gedik".

Dan apabila menyanyi, postur kepala beliau selalunya akan sedikit mendongak. Sesekali, ketika mendendangkan lagu, gerak mulut dan bibirnya seakan mencebik apabila mengungkapkan patah perkataan, bahunya akan diangkat diikuti dengan sedikit gelengan atau goyangan kepala. Pergerakannya tidak agresif, hanya sekadar pergerakan yang minima tapi impak pada gayanya sangat besar. Itulah trademark Saloma. Dan ketika menari pun, gayanya sangat anggun.

Susah nak describe but kalau korang selalu menonton filem-filemnya korang sure faham apa yang aku maksudkan. Dan Nabila bagi aku masih sedikit "kasar" untuk menjadi Saloma. And easier said than done kan.. apapun tu cuma pendapat aku sahaja sebagai peminat Allahyarhamah.
Apapun, secara keseluruhannya, semua yang terlibat telah melakukan yang terbaik. Syabas untuk para pelakon, production team dan semua yang terlibat dalam menjayakan biopik ini.

Bagi yang belum menonton, saksikanlah naskah hebat ini di Astro First bermula 28 Ogos 2014.

p/s: Terima kasih kepada kawan aku, Nora, sebab setiap hari update aku countdown biopik ni. Cayang ko!!!

5 Comments:

Anonymous said...

Hi Omar,

Tho I hv purchased the show, but I didn't get to see it and now dah expired. Guess I have to beli lagi? :(

Anyway, I've been waiting for this for sooo long. When I first heard it's gonna be made,I was excited. I was a fan of P Ramlee the musical by Tiara, and I thought Liza Hanim did an exceptional job playing Saloma. But I know Liza couldn't be starring in this too sebab dia dah berhijab so I had to accept the fact that somebody else gonna be THE SALOMA.

As the teasers were played, promotions everywhere, I noticed something quite odd. I'm just saying this solely based on the teasers and I must say I have to agree with you. Nabila did not capture the true essence of Saloma; elegance and class.

She didn't convince me to watch the show, although I wanted to. Her body language while singing (well, lip syncing) to the songs, are definitely not Saloma. It's quite sad to see it actually.

I'm torn, should I buy it again or should I just let it go to avoid feeling frustrated?

Im not sure.

Good post btw. Cheers!

Omar Al-Attas said...

Thanks for your comment adlqmn.. =)

Kalau nak ikutkan kecewa, saya boleh katakan agak kecewa la dengan pemegang watak utama tu sbb saya mmg tak boleh feel yang sedang dilakonkan itu adalah Saloma.

Tapi tak salah kalau nak tengok. Ada jugalah maklumat terbaru yang saya belajar mengenai Allahyarhamah. Apart from that, kalau kita peminat setia beliau, mmg sudah tentu kita tahu. Saya beli pun sebagai tanda sokongan atas usaha Melissa Saila menghasilkan biopik ni.

Tak tau lah sapa yang boleh membawa watak Saloma dengan baik in future (saya tak berkesempatan melihat lakonan Liza Hanim lagi..)

Apapun.. thanks for time sebab sudi membaca tulisan saya. :D

Anonymous said...

Sure no problem.

Watching it now...wish me luck! Hahahaha

Omar Al-Attas said...

Thanks adlqmn for the link.
Tgk sekali lalu je haritu. tak sempat nak tgk betul2. will do this wknd. so camne biopik saloma itu? kecewa? hhahahaa.

Anonymous said...

sama2.

hmm..yep. agak kecewa. Nabila tak jadi Saloma, dia hanya bawak watak yang bernama Saloma. So tak sampai pun..x feel.

Storyline dia pun just mcm nk bgtau kisah hidup Saloma tapi depa tak buat jadi sangat menarik ke, jadi meruntun jiwa ke.. takde.. but boleh bagi A untuk effort la.. hehehe ;)