
"Kehidupan tidak lengkap tanpa kematian..."
Begitulah antara ayat yang pernah dikatakan oleh seorang mangsa MH17 kepada rakannya. Memang benar.
Dan di mana harus aku bermula?
Yang pasti, hati ini sangat tersentuh dengan tragedi yang menimpa penerbangan MH17 pada hari Khamis yang lalu. Tersentuh kerana merasakan betapa murahnya nilai nyawa pada zaman sekarang ini. Seolah-olah tiada nilai...