#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Sunday, May 20, 2012

Sabah with My Besties

Peluang ikut Nisha balik ke kampungnya di Sabah mmg tak boleh dilepaskan! Tambahan pula, pakciknya offer nak bawa kami jalan2 di sini. Mmg la seronok. Jadi, bila sampai je kat airport, terus checkin di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Letak je beg, terus cabut ke Kota Kinabalu Park. On the way tu, singgah di Nabalu mencari serba sedikit kudap-kudapan. Biasa lah.. yg berjalan ni jenis tak boleh kosong perut kan? Sampai di kaki Gunung Kinabalu, kami mencuci mata dengan pemandangan yg indah. Cuaca pula sejuk dengan angin yg kuat. Disebabkan cuaca berawan tebal, maka puncak Kinabalu takde la kelihatan sangat.
Time ni cuaca cloudy, so puncak Gunung Kinabalu tak berapa nampak.
Setelah puas berjimba, snap photo kat atas tu.. kami dibawa pula ke Poring Hotsprings. Kat sini, kami berpeluang jungle tracking dan naik Canopy Walk - bapak tinggi jambatan gantung ni. Saper gayat or ada sakit jantung baik jangan naik. Tak pasal2 mati kat tengah nanti. Then, kat situ juga ada Kipungit Waterfall.. tak mandi pun. Just menikmati keindahan alam selain dari keindahan makhluk2 yg berkunjung di situ.. Hihihi. Dah habis kat sini, kami pergi balik ke hotspring, merendam kaki yg dah keletihan berjalan tadi.
Canopy walk @Poring Hotsprings. Saper yg gayat baik jgn naik!
Kipungit Waterfall berhampiran dengan hotsprings.
Lembah Kundasang.
Untuk dinner, pakcik Nisha bawa kami ke Gayang Seafood Restaurant. Macam2 jenis seafood ada kat sini. Tinggal nak pilih je. Kami order butter prawn, sambal udang, ketam masak kamheong & ikan kerapu masak nyonya. Harga pula sememangnya jauh lebih murah banding ngan KL. Bayangkan lauk-pauk yg kami pilih untuk 4 orang makan termasuk air cuma dalam seratus lebih je. Dan rasanya tak payah nak ckp lah... Orgasm dibuatnye!!!
Gayang Seafood Restaurant.
Udang Sambal @Gayang
Kamheong Crab @Gayang. Terbaik!!!
Keesokan harinya, kami buat island hopping. Amik package yg ada ditawarkan kat Jesselton Point tu - merangkumi Sapi, Manukan dan Mamutik Island. Pemandangan toksah cakap la.. mmg cantik! Air yg jernih kebiruan, pantai dengan pasir halus.. cukup indah! Ikan pun mmg byk.. bila tabur roti.. berduyun tiba. And of coz la.. pemandangan indah manusia2 di situ... hahahaha. Santapan mata juga lah kiranya.. :P
Sapi Island.
Mamutik Island.
Lepas habis aktiviti tu, kami balik hotel utk checkout. Tapi sebelum tu pekena kopi Tenom kat coffee house hotel. Then terus ke rumah Nisha (di mana lokasinya aku tak pasti.. tapi taklah jauh sgt). Rumah dia baru habis kenduri.. so dapat la juga menjamu selera skali. Kami bermalam kat sini. Esoknya kami dibawa ke Pasar Filipina mencari cenderamata untuk dibawa pulang. Antara yg aku beli keronsang black pearl, bangles dan fridge magnet (benda wajib beli setiap kali travel). Lepas shopping kami pusing2 town dengan auntie Nisha. Makan, buat facial, pergi massage/body scrub semua. Puas hati sungguh! After that, pusing2 di Sutera Harbour dan tgk sunset di Tanjung Aru. Pakcik dia bawa pergi this one stall yg jual fruit juice. Aku order avocado juice gelas besar. Heaven!!!!  Mixed fruit ABC dia pun sedap. So kalau korang datang Tanjung Aru, jgn lupa try minuman kat sini. Gerai No.6 & 7.
Kalau ke Sabah jgn lupa cuba kopi Tenom.
Snacks @Philippines market.
Philippines market, another section yg jual souvenirs.
Keronsang black pearl kat Philippines market.
Sutera Harbour.
The best gerai minuman di food court Tanjung Aru.
Mixed fruits ABC... yummehhh!!!
Sunset @Tanjung Aru.
Cultural performance @Tanjung Aru.
Sebelum balik esoknya, pakcik Nisha belanja kami dinner di Kampung Air Seafood. Katanya kat sini harganya lebih murah dari Gayang. Sedap gak. Makan sampai licin tak ingat. So bila perut kenyang, dalam flight leh la tidur dengan aman.. Hehe.
Kampung Air Seafood. Mcm2 jenis seafood ada.
Sampai licin.. satu pun tak tinggal!
Read More

Wednesday, May 16, 2012

Pulau Perhentian Kecil

Percutian 4 hari 3 malam yg di-organisekan oleh Dee and the gang yg berharga RM200 lebih termasuk transportation, tempat tinggal and snorkelling. Rugi la kan kalau tak join! The best part was... cuma aku je seekor kumbang yg dikelilingi oleh 14 bungaan yg kembang dan yg kembang tak jadi. Hahahaha.
Samudra Beach Chalet, Perhentian Kecil.
Dari Station Putra KL naik bas ke Jeti Kuala Besut. Bertolak malam so sampai Kuala Besut awal pagi. Sempat breakfast kejap kat situ. Then, nak ke pulau kami naik bot laju. Lebih kurang setengah jam kami sampai di Pulau Perhentian Kecil. Stay kat Samudra Beach Chalet. Betul2 mengadap laut. Sangat gumbira!!! So aktiviti kami kat sana seperti biasa... makan, snorkelling, berposing, main game, bertukar2 cenderamata, barbeque, mengumpat, bergossip, berlawak, makan, cuci mata.. dan makan lagi.. dan cuci mata lagi. Sampai lah ke last day. Bebudak ni aktif bersukan bagai. Aku ngan Kerol pula kerjanya lepak kat cafe sebelah chalet tu makan2 sambil menikmati udara segar dan pemandangan2 indah (yg statik juga yg bergerak.. :P)
Usha kiri kanan sebelum terjun.. hehe.
Jernih sgt air sampai nampak clear ikan2 ni..
Miss that cafe... selalu lepak situ makan dengan Kerol sambil cuci2 mata.
Snorkelling kat sini mmg best sbb hidupan marin sgt banyak serta terumbu karangnya cantik terpelihara. Kalau bernasib baik masa kat Marine Park, kita boleh terserempak dengan ikan yu ataupun penyu. Aku yg asalnya ckp dengan Bai pegi nak ambil gambar saja, sudahnya bila dah masuk dlm air seronok sampai taknak kluar2! Sampai birat kena sunburn kat badan.. 6 bulan pastu pun tak hilang2!!
Terumbu karang di Marine Park.
Ni la yg kononnya just nak ambil gambar je. Dah masuk tak reti2 nk kluar!
Dan last day masa nak pulang ke jeti, bot kami kena tahan dengan polis marine sbb pakcik bot bawa lebih muatan (lebih 2 org je..). Dah satu keje masing2 kena tunjuk IC bagai. Dah la bebudak ni dah lambat nak kejar bas. Macam2 hal pakcik2 polis tu. Nasib baik sempat. Tapi aku tak join balik dengan derang. Aku terus ke Kuala Terengganu sbb kebetulan ada event masa tu. Dan masa ni juga lah aku sempat berkenalan dengan pasangan dari Holland, Wietse & Claartje yg kebetulan tgh menunggu bas yg sama nak ke KT utk ke Pulau Kapas. Menghabiskan sisa2 cuti sebelum balik katanya... :D
Read More

Sunday, May 13, 2012

Family Day @Sarawak

Trip ke Kuching ni actually my family day masa tahun 2011. Kebetulan birthday my brother, Salim dan selain daripada tu nak visit my uncle, Pak Uda yang memang dah lama tinggal kat sana (Mak Uda orang Melayu Melanau). Most of my family members ni baru first time nak naik flight (selain dari Walid yang dah beratus kali ulang alik Indonesia & adik ipar aku yg belajar kat Arab). Paling best.. Salim. Nak semput pun ada.. nervous.. macam2 hal. Sampai kat sana, Pak Uda jemput kami kat airport. Lepas makan semua, kitorang pergi Pasar Serikin. Jauh gak dlm 80 km lebih kot. Masa sampai tu cuaca macam nak hujan. Kat sini ada jual macam2 produk terutamanya dari Sarawak dan Indonesia. Daripada telekung, baju, beg, barangan kulit, periuk belanga, cenderamata dan macam2 lagi. Aku just ikut je la pusing2. Tak berapa berminat sangat. Lainlah Walid, melilau mata tengok barang2.. Hahaha.
Pasar Serikin.
Comel plak aku tgk kete nih. Nyesal tak beli.
Basikal ni pun macam menarik.
On the 2nd day tu, pagi2 aku dah cabut ikut Pak Uda pergi cari ikan terubuk masin kat pasar. Mak Uda pula dah siap2 masak Udang Kunyit dengan Terung Sarawak Masak Asam. Sedap plak rasa terung Sarawak ni. Lemak2 masam. Mak Uda kata ada jual kat sini je. Lepas makan siap2, kitorang dibawa meronda bandar Kuching. Dari Waterfront, kedai2 souvenirs sampailah ke Muzium Sarawak. Bagi aku tempat yang paling best of coz la kedai2 souvenirs. Seperti biasa borong keychain, fridge magnet, black pepper (produk yang paling terkenal) dan kuih tebaloi (snek tradisional popular - dibuat dari sagu). Sang adik ipar pula, dalam banyak2 benda, sumpit juga dibelinya!
Terung Sarawak Masak Asam.
Sarawak Museum.
Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Astana, opposite Sarawak River - built by Charles Brooke, the White Rajah.
Shophouses yang banyak menjual art & craft, produk2 tempatan.
Aku beli pasu ni sbb kombinasi color dan ukirannya menarik.
One thing yang aku perasan kat Kuching ni, nama jalan dia... bapakkk panjang gile. Banyak benar gelarannya ya? Lepas shopping, Mak Uda bawa kitorang pergi beli Kek Lapis Sarawak yang femes itu. Letaknya opposite Waterfront (seberang sungai). Nama kedainya, Mira Kek House No.15. Memang sedap kek lapis dia. Ada macam2 perisa, lemak pula tu. Banyak juga aku beli. Bagi kengkawan katanya. Then lepas tu visit abang Mak Uda plak. Makan lagi...
Panjangnyeeee....
Sedap kek lapis Mira ni.
Sebelah malamnya pula, abang Mak Uda ajak dinner ngan family dia kat luar. So we went to Chillipeppers.. somewhere in town. Aku order Laksa Sarawak. Nak try Umai takde la plak... Hmm.. tekak aku tak berapa sangat dengan laksa ni. Laksa Johor juga yg best! Anak jati Johor la kan..
Laksa Sarawak.
Mungkinkah akan datang ke sini lagi? Dunno la. Personally aku rasa nothing much here. Mungkin kalau ke daerah lain or National Park or somewhere else ada yg menarik. Or maybe sbb pegi ngan orang2 veteran ni tak boleh nak adventure sangat. Aku nak pegi Cultural Village tu, tgk budaya derang pun orang tua tak berminat. Tak tgk mana nak tahu kan? Pegi tengok then baru kita learn something, betul tak? Apa-apa pun the best part was, dapat berkumpul ramai2 dengan family tersayang! :D
Read More

Sunday, February 12, 2012

Shenzhen & Guangzhou Trip

It was a 7 days trip. Sampai aje kat Baoan Airport, Shenzhen, kami ambil cab terus ke Guangxin Hotel yg terletak di Rengmin Nan Road. Hotel ni okay dari segi harga, facilities dan yg penting dekat dengan Shenzhen Metro. Perkara pertama bila sampai bilik adalah membuka bekalan makanan. Lapar gile! We had our tuna sandwich + cili padi yg Alia bawa. Nas siap masak maggi lagi dengan periuk elektrik yg dibelinya kat Vietnam! Lepas settle2 semua, first destination kami adalah ke Windows of The World kat Overseas Chinese Town. Besar gile park ni.. satu hari suntuk dlm ni berjalan sampai ke malam... gile letih! Harga tiket masuk RMB120.00 (lebih kurang RM60.00). Macam-macam landmark/monumen dari serata dunia ada di sini seperti Pyramid Giza, Eiffel Tower, The Great Stupa Sanchi, Japan Imperial Palace, Taj Mahal, Piazza San Marco dan lain2. Di sini juga ada Cultural Performance pada sebelah malam and it's free! Mmg menarik!
Pemandangan luar bilik hotel. Dekat dengan metro & shopping complex.
Salah satu landmark di Windows of the World.
Cultural performance at WOW.
And it's free!
Pada hari kedua, kami pergi ke Splendid China yg terletak Happy Valley. Splendid China is actually a China Folk Culture Village yg memaparkan budaya semua etnik yg terdapat di China. Kami tak masuk pun.. just bought souvenirs kat sini like keychain, kipas dengan sorang amoi yg sgt peramah kat situ. Then kami ke Huaqiang Lu, one of the commercial districts in Shenzhen. Mcm2 jenis barang ada jual kat sini - computers stuff, baju dan lain2, dari dalam mall sampailah di tepi2 jalan. Street performance pun ada. Tapi one thing kena ingat kalau kat sini - JANGAN TAWAR PASAL HARGA KALAU TAKDE INTENTION NAK MEMBELI! Diorang ni sangat saiko.. akan follow ko tanya berapa ko offer. If tak jadi derang akan marah/maki2 dan seangkatan dengannya. So janganlah cari penyakit!
Chinese Ethnic doll @Splendid China.
Cute keychains.
And dolls again!
Kedai baju di Huaqiang Lu
Street performer @Huaqiang Lu.
Hari ketiga pula, kami checkout bilik dan pergi ke Guangzhou. Nak ke sana, kami ambil metro ke Luohu Bus Station. Perjalanan amik masa dlm 2 jam. Derang sgt punctual.. bas kosong pun tetap jalan. Sampai di Guangzhou, kami checkin di hotel terletak di hadapan San Yuanli Metro. After that pergi isi perut dulu di Kashteshe Muslim Restaurant.. sebelah hotel ni je. Restaurant milik bangsa Uyghur, etnik yang byk terdapat kat Xinjiang. Kami order daging kambing panggang. Sangat sedap dan murah.. satu cucuk tu RM2.50 lebih kurang.. besar plak tuh. Yang menariknya, dia ada sambal. So bila turn kitorang makan, mmg bermangkuk2 la sambal kami amik dari meja2 sebelah! Buruk benor orang Melayu makan! So lepas kenyang, terus gerak ke Beijing Lu, syurga membeli belah dengan menaiki Guangzhou Metro. Panjang gile jalan ni dan byk gile kedai2. Pendek kata gilelah! Dan di situ juga ada peninggalan jalan purba semasa Tang Dynasty (618 - 907 A.D).
Grilled lamb @Kashteshe Muslim Restaurat. So cheap! RM2.50 per piece.
Beijing Lu ~ shopping district in Guangzhou
Hari keempat, kami checkin lagi kat hotel yg berdekatan, Sui Yuan Hotel yg lebih luas dan lebih selesa. We had our breakfast di satu kedai Muslim dekat situ. My friends order nasi goreng & mushroom noodle. Dan aku order beef noodle. Fresh hand-made noodle yg dibuat di depan mata. Terbaik! First destination utk hari ni, Yuexiu Park. Park ni pun luas giler. Terpeleot kaki berjalan. Dan park ni mmg cantik.. hijau, sejuk mata memandang. Byk ornamen, senibina dan arca budaya Cina yg dipamerkan di sini. Dalam park ini juga terdapat Zhenhai Tower - bangunan setinggi 5 tingkat yg dibina pada 1380 semasa zaman Dinasti Ming. Selain itu kami juga ke The Statue of Five Rams, salah satu landmark di Guangzhou ni. Second destination pula, ke Baiyun Shan dengan menaiki cable-car. Dari Baiyunshan ni, kita boleh melihat keseluruhan bandaraya Guangzhou. Hajat di hati nak ambil photo waktu senja sbb lagi best.. tapi tak larat nak menunggu.
Guangzhou City from Baiyunshan.
Pada hari kelima, kami ke Haizhu Square, lagi satu tempat shopping. Salah satunya Haizhu Square International Wholesale Centre. Dalam ni penuh dengan souvernir, art & craft dan macam2 mak nenek.. perghh.. kelabu bijik mata!! Bila dah berjalan of coz perut akan lapar kan? Luckily kat celah2 Haizhu Square ni.. berdekatan dengan cathederal terselit sebuah kedai makan Chinese Muslim.. order mee sup.. macam soohoon.. dah tu dia campur ngan roti perata... pastu kuah dia pulak pedas.. sangat sesuai dengan citarasa aku!.. hehehe. At night, we had our dinner at Kashteshe Muslim Restaurant. Whatelse.. kambing panggang lah lagi! After that, berjalan2 pusing kat area hotel ni, dan sempat membeli buah peach yg murah dan rangup!
Mee sup with bread! Yummehhh!
Hari ke-enam, kami ke Tianma Clothes Wholesale Centre.. last minit shopping sebelum balik ke Shenzhen. Banyak gile baju2 kat sini especially utk wanita! Harga murah pula tu.. Lepas abis shopping kami ambil bas balik ke Shenzhen dan checkin hotel yg sama, Guangxin Hotel. Malam tu just pusing2 area berdekatan dan pergi buat foot massage. Part yang paling kelakar bila mamat yg urut aku ni beria2 mengurut siap bunyi2 lagi "Oh! Yeah.. Oh! Yeah" sbb aku ckp dia urut tak kuat! Ingat dah sehabis kuat la tu.. Kitorang semua tergelak gile masa tu.. Hehee

Kami ke Huaqiang Lu semula pada hari ke-7 utk last shopping sebelum balik Malaysia. Antaranya handphone China cap ayam ala2 iPhone-touch screen-2 sim card yg berharga cuma RM250! After that, singgah sekejap kat Lychee Park. Banyak pokok2 laichee kat sini.. tapi buahnya takde.

Kesimpulannya, memang menarik pergi ke Shenzhen dan Guangzhou ni. Mencari makan halal takde masalah sbb kat sini ada byk kedai Chinese Muslim terutamanya milik etnik Uyghur. Tapi masalah utama adalah bahasa. Derang ni tak reti langsung atau tak mahir English. Pernah sekali masa kat hotel my friend ckp "I want extra pillow" (smbl menunjukkan aksi tidur... dibalasnya "U want massage???".. WTF... hahaha.. last2 dia lukis orang lidi dengan bantal baru faham.. dan dibalasnya.. "Ok ok.. I will ask the waiter to send u.." Waiter pun waiter la.... Hahaha. So kena belajar sikit basic Mandarin. Sgt penting masa nak tawar menawar barang. And for me yang paling penting adalah perkataan 'La' iaitu pedas! Selain membawa duit yg byk sebab barang kat sini murah dan byk pilihan.
Read More