Hari ke-3 ni dimulakan dengan aktiviti mengisi perut di Dongdaemun, iaitu mencuba ikan bakar sebagaimana yang dimaklumkan di dalam blog-blog yang ada di alam maya. Dan kemudian, destinasi seterusnya adalah NSeoul Tower yang terletak di Namsan.
Grilled Fish @Dongdaemun
Hajat untuk mencuba makanan Korea bermula di Dongdaemun. Setelah membaca blog-blog di internet, banyak maklumat tentang ikan bakar di sini. Berpusing-pusing masa nak mencari lokasinya. Bila dah jumpa lorong tu, memang kat situ semua berderet menjual ikan bakar selain menu-menu yang... ehemmm... So, mata kami melilau la mencari kedai yang tidak menjual "binatang itewww". Bila dah jumpa, tanya lagi.. siap tunjuk perkataan "binatang itewww" dalam tulisan Korea (aku dah tulis menda ni siap-siap sebelum pergi). Jadi, bila makcik penjual tu kata takde, yakin la sikit. Tengok pun kat kedai dia ikan sahaja. So okay la kot.
Ikan bakar di Dongdaemun
Makan kat sini kena order set. Setiap satu set akan dapat nasi + side dishes iaitu kimchi, taugeh dan sawi serta sotong kering. Air kat sini free. So kami order satu set ikan bakar, satu 2 set galchi jorim a.k.a asam pedas Korea. Memang lebih kurang rasa asam pedas pun, yang jenis kalau kita letak sawi jeruk tu. Ikan bakar tu jenis mackerel. Lebih kurang cam tenggiri dan yang kat dalam galchi jorim tu adalah spesis ikan kembong.
Simple yet delicious
Galchi jorim persis asam pedas ikan kembong
Kimchi tu memang favorite aku la kan..
Dried squid yang pedas. Pun layan...
Tastenya pula... personally aku memang suka gile! Sebab aku memang suka pun Korean food. Ikannya memang fresh. Dan dari segi harga pulak sorang dalam 6,000 won - lebih kurang RM17.00. Cukup puas hati dan kenyang.
Tak berbunyi makan...
N Seoul Tower
Selepas mengisi perut di Dongdaemun, kami terus ke Namsan untuk ke N Seoul Tower. Dari Dongdaemun, kami ambil subway Line 4 ke Chungmuro. Di bus stop Chungmuro ni, kami ambil bas kuning no. 02 terus ke Namsan. Bas ni berhenti di bus stop berhampiran dengan tower. So, nak naik ke N Seoul Tower plaza kena jalan mendaki sikit lebih kurang 5-10 minit. Dekat je. Di kelilingi pokok-pokok, so pemandangannya redup dan tak terasa sangat penat.
Mendaki jalan berbukit naik ke Seoul Tower
By the way, N Seoul Tower adalah menara komunikasi dan tinjau yang terletak di Gunung Namsan. Nak ke sini naik cable car pun boleh. But we choose to naik bas dan jalan kaki saje. Ekonomi sikit. Kat sini ada Teddy Bear Museum, revolving restaurants, gift shops, observation deck dan lain-lain. Nak naik ke tower ni harga tiketnya 7000 won (ke 9000 won... tak ingat dah..). Manusia kat sini memanglah tersangat ramai especially pasangan yang bercinta atau yang mencari cinta, yang datang untuk mengabadikan perjanjian cinta mereka di sini. Mangga/padlock/blok kayu yang bertulis ayat-ayat cinta memang berlambak. Pendek kata, anda boleh merasa aura cinta di sini... ahaksss! Tapi aku takde masa pun nak buat benda-benda tu. Tengok, ambil gambar sudah.
View Seoul dari Tower
Blok kayu dengan mesej-mesej cinta!
Bak kata Kak Melah.. Kau Kunci Cintaku...
Me & my girls
Sebab single lagi.. tak perlu nak kunci-kunci bagai lah!
Sunset dari N Seoul Tower
Mangga-mangga yang sudah menjadi pokok
Bila dah puas bergambar kat sini, kami pergi mencari entrance untuk ke lif naik tower. Menggagau cari tak jumpa.. Bila dah jumpa dan beratur nak naik ke lif, ada pula service untuk kita ambil gambar berlatar-belakangkan gambar N Seoul Tower. So kami 6 orang pun sumbat selagi boleh asal dapat amik gambar sama-sama. So bila dah kat atas tower tu, dapatlah tengok pemandangan Seoul secara keseluruhannya. Memang cantik! Tapi lebih cantik lagi bila ternampak "pemandangan" yang lebih cantik dari Seoul (mode: stalker kejap!! hahaha). Pusing-pusing kat atas tu, minum ice-blended sambil melihat view.. memanglah tersangat ngam!!
Gambar yang diambil masa beratur nak naik ke lif
Dah puas berjimba kat N Seoul Tower, kami balik naik bas yang sama, turun ke Chungmuro, ambil subway balik ke Anguk Station dan singgah di Insadong lagi untuk jalan-jalan ambil angin malam sebelum balik bilik. Sempat juga aku sambar satu dua barang kat Insadong ni.
Ada "Green Environment" campaign kat Insadon masa ni..
Itu adalah Duta Green Environment-nya :P
Usha-usha dulu.. pastu beli
Day 4: Nami Island
Hari ke-4 ni kami gerak lagi awal sebab memandangkan nak ke Nami Island kena naik train yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Dari Anguk Station, kami ambil subway Line 1 ke Cheongnyangni Station. Di station ni kami beli tiket ITX train ke Gapyeong yang berharga 4000 won (lebih kurang RM11.00) one way. Bertolak jam 9.45 pagi dan perjalanan dalam 45 minit, so kami sampai Gapyeong sekitar jam 10.30 pagi. Sampai Gapyeong kami ambil cab untuk ke jeti pergi ke Nami. So naik 2 cab. Harga cab 3000 won je. So sampai sana terus beratur beli tiket feri/pass nak masuk ke Nami yang berharga 8000 won /seorang (lebih kurang RM22.00). Dari jeti nak ke Nami dekat je.. 5 minit dah sampai.
Cheongnyangni Station
Membeli jagung rebus liat ngan makcik ni sebagai kudap-kudapan dalam train
Dalam ITX train ke Gapyeong
Gapyeong Station
Nami ticket counter
Ticket to Nami Island
Atas feri ke Nami Island
So, bila dah sampai kat sana.. apa lagi. Semua on mode supermodel! Gasak bergambar bagai nak rak sebab pemandangannya memang sangat cantik!!! Dengan pokok-pokok yang dah start bertukar warna keemasan.. terasa jakun sekejap. Di Nami ni banyak aktiviti kita boleh buat selain daripada spot-spot dari drama "Winter Sonata" yang kita boleh pergi untuk mengabadikan gambar kenangan. For us, kami duduk berpiknik di atas padang selain daripada menyewa basikal untuk bersiar-siar di sekitar Nami. Memang best! Terasa macam buat filem ala-ala Maria Mariana plak dengan berbasikal bagai. Tapi semput mengayuh tu, toksah cakap la.. Lagi pulak kalau si Azz naik ngan aku.. Pemalas gile nak kayuh kan??? Mati le...
Parasit ni memang takleh tengok orang lain bergambar!
Memang banyak la gambar kami ambil kat Nami ni.. semua berangan supermodel kan! We spent like more than 4 hours kat pulau ni. Oleh sebab nak cari makanan halal kat sini cam susah (ada yang kata kat sini ada tapi kami tak jumpa) so kami decided untuk balik ke Seoul dan singgah di Dongdaemun untuk makan. Tempat yang dituju sudah tentulah kedai makcik ikan bakar semalam. Mabuk asam pedas katanya. Kami bergerak balik dari Nami dalam jam 2.00 petang. Dari Gapyeong, train jam 3.30 petang, so sampai Cheongnyangni Station dalam 4.30 petang. By the way, kat Gapyeong sebelum train sampai kami sempat ditemubual oleh pakcik Gapyeong officer yang mempromote pergi ke Seoraksan National Park. Memang cantik tempat tu, tapi takdan nak pergi. Budak-budak ni bantai gelak tengok cara pakcik ni cakap. Apa lagi si Bai yang berbual merapu-rapu; tanya ada anak lelaki ke tak.. itu la, ini la.. Farni la kau Bai! Oh... kami juga sempat shopping kat luar Cheongnyangni Station tu. Ada kedai tengah buat sale. Sempat sambar satu sweater yang tebal kainnya, cuma 15,000 won after 70% discount! Semua pakat beli sweater jugak. Hehee..
Pakcik "Ais-se-pis-sing" (Ice fishing)
Ikan bakar lagi for dinner
Dan bila dinner time, kami sampai di Dongdaemun, kedai makcik asam pedas tu dah nak tutup sebab dah habis. So kami singgah di kedai yang satu lagi. This auntie dok mentioned "Malaysia" so dalam hati terdetik mungkin ramai Malaysian makan kat sini dan dia tahu kot orang Malaysia (or Malays) makan camne. Tanya gaks pasal "binatang itewww", so katanya takde. Okay lah. Kami order ikan bakar cam biasa, plus extra menu dia bagi - sotong sambal. Memang ngam sotongnya. Besar dan kenyal, tak macam sotong kat Malaysia. Plus ada satu lagi side dishes yang takde kat kedai sebelum ni iaitu "kkaenip kimchi" atau "perilla leaf kimchi" atau kimchi daun bijan. Memang sedap bila makan dengan ikan bakar ni. Mana la aku nak cari kimchi ni kat KL???? Tak sempat nak shoot menu makanan masa ni sebab semua kelaparan! Lepas habis makan, singgah beli buah kat gerai tepi jalan kat Dongdaemun ni. Aku borong peaches, yang lain beli apples dan Eric beli rocky melon berharga 10,000 won. Bila fikir balik.. bapak harga melon tu adalah sekitar RM27.00 sebijik!!! Tapi sebab ia manis dan juicy.. kira puas hati lah.. :P
Ini juga adalah post untuk kejadian yang telah sebulan lebih berlaku. Hehehe.. Kesibukan plus kesihatan yang terganggu menjadikan semangat untuk update blog terkulai di tengah jalan.
Apapun, trip ke South Korea ini adalah merupakan trip yang telah dirancang since last year 2011. Memula aku berangan nak pergi sorang. Pastu ajak Bie, Nisha, Bai dan Azz. Pastu Bie ngan Nisha tak jadi. So yang confirm Bai ngan Azz je. Makanya bertigalah pergi rasanya. Tapi pastu Eric join diikuti oleh Kerul dan last skali Ajie yang telah melengkapkan group yang dinamakan "Kpop Tuiii" ini. Trip yang dirancang ni adalah selama 9 hari 8 malam iaitu pada 12-20 Oktober 2012. Gigih aku mentelaah Korean Tourism punya website bagi membuat itinerary selain daripada mengusha blog-blog kat internet pasal South Korea. Trip kami cover Seoul kebanyakannya dan Busan (southern coastal city) selama sehari.
Day 1: LCCT - Incheon - Jong-ro
Okay, cukuplah intro tu. So, pada hari bertolak, filte kami delayed selama 40 minit. Dari 8.50 pagi membawa ke 9.30 pagi. Tapi Alhamdulillah, selamat menjejakkan kaki di Incheon Airport pada jam 5.15 petang waktu tempatan.
At Incheon International Airport
Bila selesai berurusan dengan kastam dan ambik luggage, kami terus pergi beli "T-Money" katkedai serbaneka untuk digunakan masa menaiki subway nanti. So lepas top-up T-Money, kami ambil AREX train dari Incheon ke Hyungik University, then tukar ke subway Line 2 ke Euljiro3-ga. Pastu transfer lagi ke Line 3 untuk ke Anguk Station. Beewon Guesthouse yang aku book ni terletak kat area Anguk Station ni. Memang macam nak tercabut kaki berjalan turun naik tangga kat subway ni. Sampai guesthouse pun dah pukul 9.00 malam. Totally exhausted sampai terpaksa cancel Hangang River Cruise yang dirancang pada first day ni. Pihak Beewon bagi kami satu bilik besar di roof top yang sememangnya terbaik untuk monyet2 yang tak pernah diam cam kami ni.. hahaha. So aktiviti pada malam pertama ni hanya keluar mencari membeli nasi di mart dan merehatkan kaki sepanjang malam.
Pada hari kedua ni, kami bangun awal sebab ikut itinerary-nya memang banyak tempat hendak dituju. First destination kami adalah Gyeongbokgung Palace, yang sebenarnya terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami.
Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace ini terletak di bahagian utara Seoul, awalnya dibina pada tahun 1395, kemudiannya dibakar dan terbiar selama hampir 300 tahun, sebelum dibina semula pada1867. Kompleks istana ni sangat besar sehinggakan hampir 3 jam berada di dalam ni. Sudahnya, cancel lawatan untuk 2 palaces yang berikutnya iaitu Deoksugung dan Changdeokgung.
Tiket masuk ke istana ni berharga 3000 won (lebih kurang RM8.50). Dan kebetulan masa kami keluar dari subway station Gyeongbokgung, ada sekumpulan student tengah buat voluntary job sebagai English-speaking tour guide untuk lawatan di istana ni. Free je servicenya sebab ini sebahagian daripada ko-kurikulum mereka. So, our guide ni nama dia Lee - a 14 years old student. Gigih dia bercerita pasal sejarah istana ni dan bawa kami pusing ke segenap pelusuknya. Punya la besar. Daripada rumah Maharaja ke rumah Permaisuri, nenek Maharaja dan lain-lain.
Monumen di hadapan Geunjeongmun (Gate) and Yeongjegyo (Bridge)
Guenjeongjeon, the main throne hall of Gyeongbokgung
Gangnyeongjeon (King's Quarters)
With Lee, our tour guide
Ikutkan hati nak je aku petik buah persimmons kat sini.. Lebat!!!
Hwangwonjeong Pavilion yang dibina di atas pulau buatan yg dinamakan Hyangwonji
Eric selalu termiss dlm gambar..
Ini adalah tempat simpanan kimchi.. tatau ada isi ke tidak
Rendang sungguh pohon ini...
Selepas puas berpusing dalam istana ni, kami berehat sekejap di cafe yang terletak berdekatan dengan Royal Banquet Hall. Lee pun dah selesai menjalankan tugas. Maka diserahkan borang untuk menilai prestasinya. Harus la aku bagi semuanya 5 star kan!!! Hahaha.. Well, he did a good job pun. Sangat gigih explain semua benda. Sempat juga usha souvenir kat gift shop kat sini. Tak beli apa pun sebab takde yang berkenan di hati.
Abang-abang pengawal istana :P
Guard exchange ceremony
On the way nak balik tu, kami sempat singgah di Gwanghwamun gate (main dan south gate). Kononnya nak bergambar dengan abang-abang guard di situ. Kebetulan selepas snap beberapa pics, ada upacara pertukaran guard macam di Buckingham Palace tu. So, kami tunggu la kejap tengok selain daripada merakam upacara berkenaan. Habis je upacara tu, kami terus ke Insadong untuk mencari makan. Kelaparan!!!!! Insa-dong
Sebenar-benarnya Insadong ni terletak within walking distance je dari guesthouse kami. Ia merupakan kawasan komersil menjual art & craft yang terkenal. Tapi kat sini slightly mahal berbanding dengan di Namdaemun. So kalau nak beli souvenirs, cari di Namdaemun saja. Macam-macam aktiviti ada kat sini. Pemuzik jalanan, demo membuat "kkultarae" (Korean honey candy) dan lain-lain. Masa kat sini pun kebetulan ada konsert free. Tapi sebab bukan artis Kpop yang famous, malas aku nak layan. hahaha.
Ahjeossi ni buat concert tengah-tengah jalan! Gile kuat muzik dia pasang
On the way to Insadong. Beg bersepah-sepah dijual
Free concert. Tak layan pun. Kalau BTOB ke, Shinee ke, SNSD ke.. sure tercongok kat situ :P
Ini adalah kon aiskrim ya...
Demo membuat "kkultarae" - honey candy. Sedap kuih ni. Inti kacang
Umat manusia di Insadong
Last-last lupa nak beli stokin ni... =(
Anyway, kami ke sini sebenarnya nak cari makanan. Tapi so far masa jalan-jalan takde pun jumpa kedai-kedai yang meyakinkan. Sehingga mata terpandang satu signboard "Little India Cafe". So kami lunch di sini. Cafe ni menyediakan makanan halal walaupun beer/liquor dijual bagai. Tapi as long as dia serve halal lamb/beef/chicken, tu pun dah cukup baik untuk kami. Interior dalamannya memang menarik dengan segala hiasan bermotifkan India dan Middle-East. Tapi dari segi harga pulak, di sini memang mahal. Aku order lemonade + set nasi putih with mutton curry berharga 21500 won (lebih kurang RM60!!!.. bapak mahal!). Rasanya pulak, memang ala2. Yelah kalau kat Malaysia kita dah biasa makan mamak kan? Curry kat sini mild je rasanya. Jadi, ini adalah kali pertama dan terlast kami makan sini. Hahaha. Tengah-tengah makan tu, terdengar bunyi dentuman gendang bagai di luar jalan. So kami jenguk ke luar tingkap, rupanya tengah ada cultural parade dekat sini. Layankan aje. Unik dan menarik.
Interior Little India Cafe, Insadong
Ciput ni 60 hengget!!!!
Cultural parade di Insa-gil, jalan utama di Insadong
Cheonggyecheon Stream Selepas makan di Insa-dong, kami singgah di Cheonggyecheon Stream sebelum menuju ke Dongdaemun. Cheonggyecheon Stream ni adalah kawasan rekreasi yang terletak di downtown Seoul. Dulunya, sungai ni sangat tercemar tapi setelah dibangunkan, ia menjadi tarikan pelancongan yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Dalam erti kata lain, tempat lepak warga kota selepas habis kerja selain tempat bercengkerama pasangan-pasangan muda serta port untuk makcik-makcik tua berkumpul dan bergossip. Masa lalu tu, siap ada this group of elderly people sedang buat small concert nyanyi sesama mereka. Kau hado???? Anyway, memang tenang berada kat sini. Dah la airnya bersih dan jernih (boleh nampak ikan semua), banyak pokok-pokok pula tu. Saujana mata memandang! Dan aku cuba bayangkan kalau Sungai Klang/Gombak or Sungai Segget kat JB tu jadi macam ni.. bukan ke bagus!
Ramai umat di sini sebenarnya
Sungai Segget jadi camni, aku cium tapak kaki Pak Ghani! :P
Lepak bawah jambatan pun boleyyyy...
Ini goreng pun sodap!!!!
Kat sini kami menyusuri sungai ni sepanjang beberapa kilometer (tak ingat berapa km tapi apa yang pasti, kaki memang na tercabut!!) untuk sampai ke Dongdaemun, tempat membeli-belah pakaian yang terkenal di Seoul.
Dongdaemun
Dongdaemun adalah district yang terkenal untuk shopping pakaian, fabrik, leather, kasut, aksesori dan macam-macam lagi lah. Selain daripada market, kat sini pun banyak mall yang menawarkan barang-barang berkenaan. Tapi masa kami pergi kat Pyonghwa Clothing Market tu, macam dah nak tutup. Pastu barangan yang dijual semuanya dalam bulk/borong. Dari segi design pulak, aku tak berapa suka sebab ni lebih kepada fesyen pakcik-pakcik!! I kan masih remaja Kpop lagik! Hahaha. So memang aku tak beli apa pun kat sini. Maybe sebab dah petang dan dah nak tutup, so tak dapat nak usha apa benda sangat pun. Tapi kata orang kat sini kalau nak shopping brooch, comforter set, fabric memang terbaik lah! Masa last day sebelum balik tu, Ajie ada beli comforter kat sini. Memang lembut fabricnya. Kat Malaysia takde kot. Harganya 60,000 won (lebih kurang RM168.00). Puas hati sebab memang berkualiti. So, kepada makcik-makcik yang kaki shopping kain, langsir dan keronsang bagai.. ini adalah syurga anda! Namdaemun Market Namdaemun Market adalah traditional market yang terbesar di Seoul. Macam-macam ada kat sini. Like Petaling Street kat KL. Makanan, pakaian, kasut, beg, souvernirs.. dan macam-macam lagi. Memang sesak kat sini. First thing yang kami buat kat sini adalah membeli dan membaham honey dew... Omaigaddddd!!! Buah honey dew nya sangat manissssss dan very der juicy!!! 34 tahun dok Malaysia memang tak pernah jumpa honey dew selazat itu. Aku tak ingat baper aku bedal masa first time datang tu.. Sebelum balik Malaysia pun singgah lagi sini semata-mata dan jamu buah ni sampai kenyang! Hahaha.
Itu honeydew sangat lazat!!!
Street food - mampu pandang je la..
Barang kat sini boleh tahan harganya dan boleh tawar-menawar. Aku just beli kasut dengan "Uncle Gangnam Style" tu (setelah disaiko oleh bebudak ni suruh beli sebab designnya menarik), selain dari sweater dan t-shirt. Tak lupa juga dried seaweed serta souvenirs untuk kengkawan di Malaysia. Like I said, souvenirs kat sini memang lebih murah berbanding di Insadong. So, kalau nak borong souvenirs, carilah kat Namdaemun Market ni.
Bersesakkan di Namdaemun Market ni
Uncle Gangnam ni memula nampak ganas. Tapi pak lawak sebenarnya!
Si penjual kkultarae - "Satu, dua, tiga... bla bla bla... Aku cinta kamu!" Pandai la kau!
Shopping souvenirs kat kedai auntie ni.. dpt free gift lagi
Ini adalah post yang super ketinggalan setelah 2 bulan! Namun disebabkan ada permintaan daripada Pizli dulu.. aku gigihkan diri untuk tulis gaks.. Hahahaha..
Anyway, ini adalah 2nd charity walk yang dianjurkan oleh Avon sempena Kempen Memerangi Kanser Payudara yang aku join untuk memberi sokongan kepada client aku ni. Event ni berlangsung pada 23 September 2012 bertempat di Dataran Putrajaya. Kalau walk yang sebelum ni aku just join sebagai participant je, but kali ni aku diminta oleh Wani, one of the commitee untuk menjadi volunteer memakai superhero costume. Maka secara tidak langsung aku telah menjadi "Venom" pada hari itu.. Frankly speaking, costume ni punya la panas yang mana aku rasa seolah-olah berada di sauna!
Kumpulan sorak katanya..
Tu diahh... semangat nak mulakan walk.
Me & my besties!
Comel Nisya dengan clown2nya.
Berlenggang Mak Limah ke garisan penamat.
Apapun yang penting pada haritu aku sangat enjoy sebab selain dapat memberi sokongan pada Avon, aku juga dapat bersosialan dengan teman-teman rapat aku yang tersayang. Time kasih korang sebab support beli tiket dan join walk ini. Saya sayang anda semua!!! Ahakssss...