#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Wednesday, April 17, 2013

Trip to Vietnam Part 2

Part 2 ni aku akan ceritakan aktiviti pada hari kedua dan berikutnya iaitu menaiki Mekong River Cruise dan City Tour.

Mekong River Cruise
Pakej ni kami ambil setelah dioffer oleh sorang mamat bernama Hanafi ni semasa lunch di Basiroh. Pakej yang dioffer ni berharga USD35.00 (lebih kurang RM105.00) merangkumi breakfast dan lunch, aktiviti Mekong River cruise, naik sampan kecil menyusuri canal, melawati honey-bee farm, coconut candy di Unicorn Island (menyeberang Sungai Mekong) dan ke Chinatown. Actually ada juga ke Hard Rock Cafe tapi kami cancel that part sebab dah penat. Hahaha. Kalau korang berminat nak ambil pakej ni, tanyalah nombor telefon Hanafi kat makcik di Basiroh tu. Yang bestnya pakej dari Hanafi ni ialah bilangan orang yang diambil sedikit je. So satu van tu dalam 6-8 orang je la.

Mekong River Cruise ni adalah pada hari kedua. Van tour datang ambil kami di hotel seawal jam 8.00 pagi. Diorang dah siapkan breakfast iaitu tuna/sardin sandwich dengan air mineral. Cukup untuk mengalas perut sepanjang perjalanan. Perjalanan nak ke sana mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Sampai di terminal, kami disambut oleh tour guide kami yang bernama Tuwet (yang bermaksud salji). So our first aktiviti kat sini adalah menaiki bot menyeberang dan menyusuri Sungai Mekong yang luas ni untuk ke Unicorn Island. Nak seberang lebih kurang 10-15 minit la camtu. Apabila sampai di jeti Unicorn Island, kami ke honey bee farm dahulu, yang ketika itu disambut oleh seorang makcik yang memegang sekeping papan (tatau istilahnya) yang dipenuhi dengan lebah-lebah. Di sini kami disajikan dengan air teh yang dicampur madu, royal jelly, perahan limau nipis dan sedikit campuran bee pollen. Dan ada juga kudap-kudapan seperti halwa halia, kerepek pisang dan lain-lain. Ini semua produk-produk yang dijual di sini. So aku pun belilah satu pek bee pollen yang berharga USD5.00. Jangan tidak kan..Yang lain tu semua mahal. Haha..
Menunggu bot untuk river cruise
Tu antara bot-botnya
Tuwet, our tour guide
Macam Penang Bridge pun ada. Luas sungai Mekong.. dah macam laut
Makcik kontrol macho
Hidangan teh o dengan madu
Aku beli bee-pollen ni je. Khasiat tinggi katanya
Selesai lawatan kat sini, kami pergi ke another side iaitu di perusahaan membuat coconut candy. Antara produk yang dijual selain daripada coconut candy ni adalah sabun yang diperbuat daripada minyak kelapa. Aku pun beli gak candy ni sebagai buah tangan balik Malaysia nanti. Masa test rasa candy yang baru dibuat tu sedap la. Tapi balik rumah aku try satu.. ya ampun.. melekat-lekat kat gigi. Tapi layan gak. Hahaha. Anyway, kat sini pun ada dijual hasil-hasil kraftangan, beg-beg tangan, baju dan lain-lain, yang katanya lebih murah dari Ben Thanh. Ye ke? Aku tengok antaranya ada gak yang lagi mahal sebenarnya. So memang aku tak membeli pun kat sini. Tengok sahaja ya. Tapi ada this one sling bag daripada kulit lembu asli berwarna biru suade yang dijual dengan harga USD25. Cantikkk.. Menyesal pulak tak beli. Hahahaha..
Coconut candy in the making
Proses membungkus candy
Sabun daripada minyak kelapa
Candy yang dibawa balik sebagai ole-ole. Hazab makan benda ni ya!
Gerai menjual pelbagai jenis beg
Segala macam cenderahati pun ada
Selepas tu, kami dibawa duduk dan disajikan dengan jamuan ringan berupa buah-buahan tempatan (dragon fruit, mango, ciku, nenas dan tembikai) sambil menikmati alunan suara gadis-gadis Vietnam yang comel berbusana tradisi.. chewaahh.. Antara lagu yang dinyanyikan adalah.. ermmm.. aku tatau pun sebenarnya. Tapi last sekali tu diorang pi nyanyi lagu Aku Budak Kampung by Jimmy Palikat. Alaa.. lagu feveret Rossy M. tu... Tu la agaknya surprise yang dikatakan oleh Tuwet sebelum persembahan tu. Lepas habis menikmati jamuan ringan dan persembahan tadi, kami dibawa menyusuri dusun buah-buahan sebelum sampai di jeti untuk menaiki sampan. Sampan kecil ni dikemudikan oleh kebanyakannya kaum wanita dan ia boleh dinaiki seramai 4 orang + 2 pendayung depan dan belakang. Pengunjung di sini dibekalkan dengan topi tradisional Vietnam (ala-ala tudung saji tradisional tu). Menyusuri sungai kecil ni lebih kurang 15-20 minit dan kita dapat saksikan pemandangan yang jarang kita lihat seperti pokok-pokok nipah dan lain-lain. Bak kata Tuwet, "Vietnam Amazon". Menarik juga. Mengingatkan aku masa naik bot di Damnoen Saduak, Thailand. Bila dah habis naik sampan ni jangan lupa bagi tips okay. Farah bagi tips RM2 kat pendayung depan dan makcik tu bising mulutnya marah. Not RM1 tak laku kot kat sana. Tapi aku pass RM4 kat pendayung belakang dia okay je. Mungkin dia ni jenis bersyukur kot. Hahaha. Maybe derang expect USD atau dong yang lebih tinggi.. Biaq pi la.. Hahaha.
Hidangan buah-buahan pencuci mulut
Gadis-gadis ayu ni mendendangkan lagu masa kami makan
Melalui dusun untuk sampai ke jeti ni
Sampan-sampan yang sedia dinaiki
Meriah pulak bot-bot kat sini
Menyusuri anak sungai dan pohon-pohon nipah
Sampan kami ni slow.. selalu kena potong
Tenang je suasana kat sini
Sebelum balik terminal, kami dijamu ngan air kelapa
Lepas habis, aktiviti Sungai Mekong ni yang mengambil masa 2 jam lebih ni, kami singgah di terminal tadi dan Scabs sempat membeli t-shirt untuk familinya. Sakan dia nih! On the way pulang, kami dibawa singgah di sebuah masjid untuk makan tengahari. Ini termasuk dalam pakej. Menurut Musa (tour guide) kat area situ susah nak cari makanan halal. So that's why kami ke sini. Sampai di masjid kami dijemput oleh imam (agaknya la) ke meja yang telah tersedia. Aku rasa ni mungkin side-income for masjid untuk tambah dana mereka. It's a good idea dan senang untuk pengunjung Muslim. Menunya pula cukup meriah. Dengan nasi, sup kentang, ikan masak sambal kicap, lauk ayam, sotong dengan sayur kubis, kerabu mempelam dan sambal, sudah cukup buat aku menambah nasi. Sedap okayyy!!!! Selesai makan, kami pulang ke hotel, tapi sebelum tu kami singgah ke Chinatown (bawa our Sabahan friends yang aku mentioned tadi) untuk shopping kat kedai kain yang kami pergi semalam. Sampai kat hotel, abang botak dah siap menunggu dengan membawa baju-baju yang kami tempah semalam. Puas hati!!!!
Sebelum balik, sempat sambar lagi
Lunch kat masjid ni
Tu dia lunch kami untuk hari ni
That's our new friend, Ismat dengan wifenya from Sabah
Kerabu mangga
Ikan masak sambal kicap
Sotong goreng dengan sayur-sayuran
Ayam masak kunyit.. kot?
Sup kentang
Bergambar dengan imam (mungkin)
Tengah test baju yang abang botak buat :D
Repost lagi gambar baju ni... suker!!! :P
Pada hari ketiga pulak, kami mulakan dengan brunch di Restoran Kampung Melayu. Tak ingat reason kenapa tak makan di Basiroh, mungkin sebab penuh atau "pho" takde lagi. So di sini aku order Kuew Teow Goreng.. so so la rasa dia dan mahal la juga. "Pho" pun ada jual kat sini, tapi harganya dua kali ganda dari Basiroh ya.. iaitu 120,000 dong (lebih kurang RM18.00). Mahal kan? Tapi bila fikir balik, itulah harga yang harus kita bayar untuk mendapatkan keselesaan, makan di dalam bilik hawa dingin dan bebas daripada gangguan penjual-penjual jalanan yang kadangkala merimaskan semasa kita tengah menjamu selera. So, pilihlah mana yang anda mahu. ;)
Sempat je pompuan tu enter-frame
Jalan lagi ke Nguyen An Ninh
Antara menu di Restoran Kampung Melayu
Nasi Goreng Appa.. yang warna hitam tu sedap. cam inti pulut panggang
Kue teow goreng.. biasa je la
Lepas brunch, kami ke Ben Thanh sekali lagi. Diorang ni dok usha lagi apa nak diangkut balik. Aku ikut saja. Try jugak air buah kat dalam market ni. Manis gile kau!!! Confirm potong kaki. Hahaha. Dan aku sempat gak beli biji teratai untuk dibawa balik sebagai cenderahati tapi sebenarnya tak sempat nak bagi sebab aku dah habiskan kat rumah. Selesai aktiviti menghabiskan duit, kami merayap sekitar bandaraya ni untuk membuat city tour. Actually pakej ni pun ada disediakan kat hotel, tapi memandang boleh berjalan kaki.. so jalan je la kan.
Cuba jus buah dalam Ben Thanh
Si penjual lidah pelat dan tebal.. tapi comel sebutannya
Mata meliar tengok sana-sini.. huh.. pompuan!!!
Ho Chi Minh City Tour
City tour kami mulakan dengan berjalan kaki dari Ben Thanh Market berdasarkan map yang kami dapat di hotel. Tak cover banyak tempat pun, Just singgah at this one mall (Ben Thanh versi mall - yang harga barangnya lebih mahal sedikit). Kat sini aku belikan baju baby untu anak buah. Then jalan lagi menuju ke Ho Chi Minh City Museum, kemudian ke Supreme People's Court of Vietnam, then ke Reunification Palace dan last sekali ke Notre Dame Cathedral. By the way, hati-hati dengan penjual air kelapa kat sini. This one guy depan City Museum tu baiklah, but yang sorang lagi yang aku terserempak kat depan People's Court tu memang haram. Dia suruh kita bawa kendong dia konon-konon untuk bergambar pastu cepat-cepat kupas kelapa suruh kita beli. Jerat sangat! Dah la satu bijik dia jual 50,000 dong! Cekik darah setan!!!! So kalau ada diorang ni approch, cepat-cepat tolak dan buat tak tahu. Jangan terkena macam saya ya. :(
Ho Chi Minh City Museum
Supreme People's Court of Vietnam
Reunification Palace
Aksi sebelum kena pau dengan si penjual air kelapa lahanat tu..
Notre Dame Cathedral. Nak berjalan ke entrance dia pun malas
Park di hadapan Notre Dame Cathedral
The makciks.. hahaha
So selesai city tour ni kaki memang tahap barai lah.. Dengan peluh yang mencurah-curah. So balik bilik lepak sampai malam. Dan malam kami dinner dan cuma keluar ke pasar malam sekitar Ben Thanh Market saja. Dah macam pasar malam Malaysia. Berlambak je baju kurung, tudung dijual kat sini. Lepas beli sedikit cenderamata, balik ke bilik aku kemas-kemas apa yang patut sebab esok malamnya dah nak balik Malaysia.

Dan hari terakhir di Vietnam, takde apa sangat yang kami buat. Pagi tu keluar lewat sikit sebab menunggu tailor hantar baju yang diorang tempah lagi tu. Pastu lunch kat Basiroh, jumpa Anddie ngan Along yang baru sampai dari KL semalam. Kecewa sebab "pho" dah habis dan ada semula jam 3 petang. Takdan menunggu, so aku just makan nasi dengan ayam goreng dan sayur. Lepas makan balik area hotel. Sempat melepak di gerai air buah auntie sebelum singgah di spa opposite hotel ni buat foot massage selama sejam. Best okay! The rest pegi buat body massage. Lepas selesai massage, balik bilik, kemas barang dan get ready untuk ke airport.
"Pho" dah abis.. bedal nasi je la
Jumpa Anddie ngan Haris yang baru sampai semalam. Jaga-jaga, budak mulut lahar dah kat belakang tu. :P
Berjalan-lesu pulang ke bilik.. cuti nak abis dah kan
Pekena fruit shake auntie sebelum mengucapkan selamat tinggal.. sob sob
Tu Farah ngan Rahmat punya beg yg pegi kosong dan balik beranak pinak
Mak Jemah shopping tak hengat! Penuh ngan barang dia je
Sengaja sampai awal di airport walaupun flight kami malam. Takut la kalau-kalau ada masalah nanti, plus dengan masing-masing (selain aku) yang dah cuak takut luggage terlebih berat. Nasib baik la tak. Kesemua fully utilised limit 20kg sorang tu. Dan Alhamdulillah, selamat sampai di tanahair juga. Memang akan kembali ke Saigon mungkin bulan Jun sebelum puasa. Shopping raya y'all!!! Hehehe.

Anyway berikut adalah kesimpulan/tips aku tentang Ho Chi Minh City:
  • Cuaca - masa kami datang ni (April 2013) memang panas. So bawalah baju nipis-nipis sahaja. Tak payah berangan nak bawa baju ala-ala Kpop whatsoever ya. Dan bawalah krim berpelindungan UV so that balik takdelah kulit muka gelap macam orang itu (katanya...hehehe)
  • Currency - pendapat aku, better tukar USD kat Malaysia dan sampai di Saigon tukar ke Dong. Lebih jimat. Ringgit Malaysia laku di sana tapi bawa not RM50 sahaja. Not 10 dan 20 laku tapi akan ditukar dengan rate yang lebih rendah.
  • Teksi - naik teksi yang bermeter sahaja contohnya VinaSun supaya tidak ditipu harga tambang.
  • Bargain - kalau ada kawan yang pandai menawar memang advantage lah contohnya seperti kawan aku Farah ni. Aku memang tak reti la sangat. Kalau kat Ben Thanh tu tawarlah kepada 40-50 percent dari harga yang dia letak. Kalau agak-agak dia tak bagi, angkat kaki je.. dia akan panggil balik dan deal the best price for you.
  • Traffic - traffic kat sini memang gile. Selain penuh sesak dengan motorsikal.. korang akan confuse apakah fungsinya lampu isyarat itu. Mungkin sebagai perhiasan sahaja. Hahaha.. But jangan takut nak lintas. Macamana pun diorang akan slowkan kenderaan dan bagi kita laluan. Sehari semalam kami kat sini, skill melintas dah okay dah.. :P
Vinasun antara teksi bermeter yang boleh dipercayai
p/s: Tak sempat pun nak cover Cu Chi Tunnel semua.. next time je la... shopping lagi penting. Hahaha..
Read More

Trip to Vietnam Part 1

Hi all.. I just came back from Ho Chi Minh 4 days ago. First of all, tak sangka pulak this trip turned out to be interesting. Aku ingatkan Ho Chi Minh atau Saigon ni tak menarik sangat. But, I was totally WRONG!!! Thanks to cik Scabs kerana invite aku join trip ni sekali sempena menyambut birthdaynya yang ke-35 itu... hahaha. Oh by the way, trip ni juga disertai oleh Farah dan Rahmat, ex-colleague aku masa kat IMU dulu.

Flight kami seawal 7 pagi (setelah di-reschedule oleh Air Asia, ikutkan jam 9 lebih). Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam setengah je. Aku ingatkan lama. Bila dok leka melayan videoclips kat tab.. tahu-tahu dah sampai. So bila selesai urusan imigration, kami terus ambil teksi ke hotel. Ambil kat booth yang di dalam airport. Tambang teksi dari airport ke Hotel Mini Saigon 6 yang kami pilih ni adalah 174,000 dong (lebih kurang RM26.00). Dan first impression aku tentang Saigon ialah trafiknya sangat gila!!! Dan motorsikal adalah merupakan pengangkutan utamanya.
Motorsikal adalah pengangkutan utama di sini
Jalan-jalan di Ho Chi Minh
Traffic yang senantiasa sibuk
Bangunan yang tertinggi kat Saigon ni mirip Menara TM
Skil mengangkut barang yang hebat di Saigon
Wayar elektrik berselirat camni adalah pemandangan biasa
Anyway, kami sampai awal di hotel ni, iaitu kira-kira jam 10.30 pagi. Daripada 3 bilik yang kami booked, cuma satu je available. So temporary kami checkin satu bilik dulu, letak barang dan keluar semula untuk mengisi perut. Lapar wehhh!!

Oh! Sebelum tu mari aku ceritakan tentang hotel yang kami stay ni. Kami stay di Hotel Mini Saigon 6, yang terletak di Bui Vien Street. Secara keseluruhan, hotel ni selesa, affordable dan dekat dengan tempat-tempat untuk shopping di Ho Chi Minh ni. Harga bilik lebih kurang RM63.00. Okay la kan, ada air-cond, hot shower semua. Tapi yang paling aku suka tentang hotel ni adalah sebab ia terletak di Bui Vien yang mana kawasan tumpuan para pelancong. Bersepah-sepah diorang kat sini. Unlike area Nguyen An Ninh (NAN)  a.k.a Malaysian Street yang penuh dengan pelancong-pelancong Malaysia. Rasa cam kat Malaysia pulak. Dan dari Bui Vien nak ke Ben Thanh ni takde la jauh mana. Jalan kaki dalam 10 minit je.
Saigon Mini 6 Hotel
Small lobby
Bilik yang selesa
Untuk lunch, kami berjalan kaki ke area Malaysian street tu yang terletak di area Ben Thanh (tempat shopping utama di Saigon). Macam aku mentioned tadi, nak ke sini dari hotel lebih kurang 10 minit je. So sampai kat area ni, kami memilih untuk makan di Basiroh (sebelah Restoran Kampung Melayu). Kata Farah yang dah buat survey dulu, restoran Basiroh ni lebih murah. Aku, Scabs dan Farah memilih untuk mencuba "pho" (disebut fe) iaitu Vietnamese beef noodle. Rahmat pulak bantai nasi ngan lauk-lauk yang ada. Memang sedap "pho" kat sini apatah lagi kalau diletak dengan daun-daun selasih, cili potong dan diperah jus limau. Yummyyy!!! Harga "pho" kat sini ialah 60,000 dong (dalam RM9.00 lebih) dan air teh-o limau ais 15,000 dong (lebih kurang RM2.30). Nasi aku tak sure la pulak berapa harganya. Tapi orang kata kat Vietnam ni harga makanan mahal sikit. So kalau jenis yang kuat makan tu, better bawa kudap-kudapan dari Malaysia. Tapi aku tak bawa pun, Kenyang kot makan "pho" tu lunch ngan dinner.
On the way ke Malaysian street untuk lunch
Antara taman-taman dalam bandaraya ni
Basiroh, tempat makan kami sepanjang berada di sini
Pho or Vietnamese Beef Noodle... YUMMYYY!!!
Ini Rahmat punya menu
Mango yang dijual di tepi jalan
Ben Thanh Market
Kami ke sini selepas selesai lunch di Basiroh. Market ni yang terletak bersebelahan dengan Nguyen An Ninh ni. Dalam ni penuh dengan beratus kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan antaranya kain-kain ela, baju, kasut, beg, bagasi, kraftangan, batu permata dan macam-macam lagi. Memang heaven kalau nak menghabiskan duit kat sini. Peniaga kat sini pulak tahu kalau kita ni orang Malaysia. Ada yang boleh bercakap bahasa Melayu, dan ayat-ayat seperti "Mari abang, mari kakak, tengok dulu.. murah-murah.." memang akan kedengaran sepanjang jalan. Dan bersedia juga untuk ditarik oleh mereka-mereka ni untuk tengok barang-barang jualan mereka. Tapi actually barang-barang kat sini especially kain adalah sedikit mahal berbanding dengan kat area Chinatown.
Ben Thanh Market
Di dalam Ben Thanh Market
Macam-macam produk dijual di sini
Jangan lupa beli itu biji teratai.. sedap untuk kudap-kudapan
Datang sini cari apa lagi.. kain la...
Kat dalam pasar ni juga ada disediakan perkhidmatan menempah baju/suit yang boleh siap dalam masa sehari. Cepatkan? Aku yang pada mulanya memang tak plan nak tempah suit, terjebak juga. Mulanya just tengok Farah dan Rahmat ambil ukuran untuk buat baju, then belek-belek design dalam iPad tokeh tu... aku pi tanya suit panjang macam jubah ada tak? Sekali dia tunjuk contoh design dan aku berkenan pulak. Harga upah jahit termasuk kain adalah RM340.00. Memang murah la kot banding kat KL sebab ni jenis suit panjang macam kurta bersekali dengan seluar. Kalau just suit biasa tu ngan seluar dalam RM200 lebih la. Dah tu dia hantar ke hotel pulak keesokkan harinya dan bila cuba.. memang aku suka lah!!! Kualiti tip top, selesa dan jahitan memang kemas. Pendek kata, berbaloi dengan harga yang dibayar. Thanks abang botak seksi! Hehehe.. Kalau korang nak try buat dengan abang ni, boleh try usha kedainya yang bernombor 416-418, 466 atau layari Facebooknya di sini. Wah! Siap promote lagi.. hehe.
Memula usha je... sekali terbuat plak
Abang botak yang hebat!
Ni bajunya yang dah siap. Cover muka sebab serabai
Selesai menjelajah Ben Thanh Market ni, kami berjalan pulang ke hotel untuk check-in bilik yang selebihnya selain untuk mandi dan merehatkan diri. Mana taknya, panas gile kot kat Saigon ni. Setiap kali keluar mesti bermandi peluh. Selepas puas berehat kami keluar semula ke Cho Binh Tay Market di area Chinatown.
Iklan teh botol.. panas okayyyy Saigon!

Cho Binh Tay Market @Chinatown
Dari hotel kami nak ke sini lebih kurang 20 minit dengan menaiki teksi. Tambang teksi lebih kurang 100,000 dong (dalam RM15.00 camtu). Senario kat sini pun sama seperti di Ben Thanh. Penuh dengan kain-kain, topi, kasut, beg, baju dan macam-macam lagi. Dan bila diorang cam kita ni orang Malaysia, siap la dia mengayat dengan bahasa Melayu. Tarik menarik tangan jangan cerita lah. Rasa rimas pun ada. Tapi kadang-kadang tu rezeki gak sebab yang tarik tu boleh bagi offer yang memang murah. Macam yang Scabs dan Farah kena ni. Memang memborong la diorang kat this one shop.. macam balik Malaysia nak buka kedai kain pula. Mana taknya, harga yang diorang dapat lebih murah banding kat Ben Thanh. Kalau tak silap bezanya dalam RM5 jugak lah untuk satu kain. So aku tumpanglah beli sekali kain cotton untuk Umi dan adik-adik perempuan aku. Dalam pada Scabs dengan Farah bershopping kain, aku ngan Rahmat dok berborak dengan anak tokeh kedai tu iaitu John dan Teoh. John ni boleh berbahasa Inggeris sebab dia mengajar bahasa ni di sekolah. Teoh boleh la sikit. Macam-macam berborak dengan diorang. Dari hal budaya sampai lah ke bab kawin semua.. Hahaha. And si  Teoh ni cakap style aku cam Korean???? Hahaha.. Celah mana ntah. :P Anyway, dua kali kami datang ke kedai ni untuk beli kain. Second time pada keesokkan harinya iaitu selepas aktiviti Mekong River Cruise dengan membawa our Malaysian friends, Ismat dan wifenya, both Sabahan yang kami kenal masa pegi Mekong ni. Memang wife Ismat kata lebih murah kalau dibandingkan dengan yang dia beli di Ben Thanh. So kalau korang nak pegi kedai auntie ni, pi la usha-usha kedai yang ada sorang mamat ni rambut berkarat pakai spec. Nombor kedai.. minta maaf aku tak ingat. Hehehe.. Selain tu kalau nak beli bagasi kat sini pun okay. Murah. Beza gile ngan harga kat KL.
Binh Tay Market di Chinatown
Ditarik tangan masuk ke kedai ni
Nak murah gi kedai auntie ni.. camkan muka-muka mereka :P
Lautan topi yang pelbagai
Pada malam ni aku tak keluar, tapi ada message Farah cakap nak buat surprise kat Scabs memandangkan 11 April birthday dia. So masa Farah keluar pergi massage dengan Scabs (Rahmat dah terbungkang di bilik ya..) aku senyap-senyap keluar pegi cari bakery untuk beli kek. Yang ada kek kecil je.. Time tu dah pukul 10 lebih.. kedai nak tutup dah. Anyway, area Bui Vien ni memang banyak bar dan nightlife kat sini memang happening. Manusia memang bersepah-sepah. So on the way pergi cari kedai kek tu, aku sempat "diterkam" oleh awek Vietnam yang ketika tu tengah berborak-borak di luar bar dengan kengkawan dia. Terperanjat aku setannnn!!!! Nasib baik la kau comel kan.. tak jadi nak marah, dan aku senyum je. Dia pulak gelak-gelak ngan kengkawan dia. Sepanjang jalan, aku tersenyum mengingatkan insiden tu. Hahaha.. Bodoh la. Balik memang aku ikut jalan lain. Trauma kalau terserempak lagi. Hahaha. So bila sampai hotel, aku text Farah suruh dia turun sekali. Bilik Scabs masa tu dah gelap. Dah nak tidur barangkali. So Farah pun bawalah kek ciput tu dan ketuk pintu bilik Scabs macam nak pecah cakap room service. Room service apa tengah malam buta. Hahaha. So dapat la surpisekan Scabs walaupun dia cam mamai-mamai lagi. Haha. **Happy birthday Scabbs!!**
Kek Scabs yang kecik comel je..
Paper-cut birthday card.. sempat beli jenis camni untuk Scabs.. walaupun terkantoi sekejap

So lepas selesai celebrate birthdaynya serba ringkas, maka baliklah ke bilik untuk tidur dan menunggu hari berikutnya untuk aktiviti yang lain. :D

Bui Vien Street 
Bui Vien Street adalah kawasan di mana terletaknya hotel kami. Di kawasan ni terdapat banyak hotel, butik-butik baju moden, spa dan massage centre selain daripada bar/coffee house. Area ni memang menjadi tumpuan pelancong asing/barat dan night life di sini memang happening. Kalau malam tu, sepanjang jalan ni penuh dengan mereka ni yang duduk minum dan bersosialan. Penuh yang memang penuh dan tak terasa kat Vietnam. So kalau nak bawa family stay sini, kurang la sikit. Better di Malaysian street tu. Kalau orang-orang bujang cam saya, okay la. Walaupun hakikatnya waktu malam tak keluar pun.. dok membuta dalam bilik. The girls pulak yang keluar berjalan. Hahaha.
Bui Vien. ahh.. miss this street!
Duduk tepi lorong menikmati fruit juice
Lagi satu kami rasa best kat area ni sebab ada this one stall auntie yang jual fresh fruit shake. Dengan harga 20,000 dong (RM3.00) segelas besar, anda boleh menikmati fruit shake/blended yang segar dan lazat. Pilihan buah adalah pelbagai antaranya avocado, markissa, mango dan macam-macam lagi. Kami setiap kali pergi keluar dari Bui Vien ni dan balik mesti beli air ni. Tu agaknya yang tak lapar sangat sebab dok bedal air ni. So kalau korang gi area ni, singgah la di gerai auntie ni yang juga telah menjadi mak angkat Scabs.. :P
Kedai auntie - fruit shake favorite
My favorite - Avocado shake
Nguyen An Ninh Street @Malaysian Street
This is a Malaysian Town! Selain daripada signboard yang berbahasa Melayu, di sini terdapat banyak kedai-kedai yang menjual baju kurung, tudung, telekong dan lain-lain. Restoran makanan halal pun banyak terdapat di sini. Dan semestinya lah kawasan ni menjadi tumpuan warga Malaysia untuk stay dan membeli-belah (salah satu sebab adalah ia bersebelahan dengan Ben Thanh). Tapi bagi aku, aku lebih suka stay Bui Vien, lebih membuatkan aku rasa seperti melancong! Otherwise, rasa cam kat Malaysia je. :P
Nguyen An Ninh atau Malaysian Town/Street
Signage kat kedai di Nguyen An Ninh ni banyak dalam bahasa Melayu
Cerita seterusnya aku sambung kat Part 2. See ya! 
Read More

Wednesday, April 3, 2013

Renew passport secara online

Teknologi sangat membantu dalam kehidupan seharian kita. Baru ni, aku nak ambil form untuk renew passport, staff Imigresen Kajang bagitau boleh apply guna online dan collect kat mana-mana cawangan. Wahh!!! Sangat bagus! So harini aku dah try renew guna online dah ni dan amatlah senang sekali. Kalau korang nak renew boleh pergi ke link ini.

Cuma perlu sediakan gambar passport ikut spec yang dia bagi tu untuk di-upload. Tapi mesti gambar yang terkini dan bukan gambar yang sama dengan passport yang lama. But aku nasihatkan pergilah ambil gambar baru sebab mungkin ia diperlukan masa korang nak collect nanti in case gambar yang korang upload tu tak boleh digunakan. 

Cara bayaran pun senang. Just guna credit card. FPX payment aku nampak tak available lagi (walaupun dah ada icon-iconnya). So bila dah settle buat payment, jangan lupa print receipt tu dan bawa masa nak collect nanti. Macam kes aku, dah boleh collect within 2 hours. Cepat kan? Tak payah dah nak pegi pagi-pagi beratur panjang buat passport. Syabas Jabatan Imigresen Malaysia!! =)
Dah siap.. maka boleh belek2 website AirAsia.. Hahaha
Read More

The best soy milk ever!

Pernah cuba ini???
Love this rich taste.. yummy!!!
To those yang belum try.. pegi la beli. Seriously yummyyy!!!! Better than the original one. V-Soy Multi-Grain Soy Milk adalah susu soya paling lazat dalam dunia!! Hahaha.. Dan ini aku cilok dari web derang:

The V-Soy Multi-Grain is not only made of high quality Soya bean milk, but also contains purple brown rice, black sesame, barley and malt. These are traditionally known to enhance health. In line with V-Soy's signature rich taste, multi-grain has a unique aroma from health-enhancing multi grains. It is an ideal snack or light meal replacement for everyone. Beside 300ml bottle and UHT 1L pack, now we're adding a new member to this multi-grain family - UHT 200ml handy pack. So we all can enjoy multi-grain as at when we like and wherever we go.

Tapi ada pendapat mengatakan lelaki tak elok minum soya milk banyak sangat. Ada this one case (klik sini utk baca) aku baca kat internet sehari mamat ni minum sampai 3quarts!! Bila convert dlm liter.. lebih kurang 3 liter sehari atau bersamaan dengan 3 kotak besar tu sehari. Melampau dah tu.. Memang la kan.. Apa pun makanan kena ambil secara sederhana. Aku just ambil ni segelas setiap pagi sebelum pergi kerja dan malam sebelum tidur. Campur dengan satu sudu psyllium husk untuk tambah fiber. Khasiat psyllium husk boleh refer sini.

Apapun, aku sangat suka dengan V-Soy Multi Grain ni dan hopefully khasiatnya membantu aku dalam program mengawal berat badan dan menjadikan kulit bersih licin gebu macam artis Kpop!. Hikhik..
Read More