#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Sunday, July 13, 2014

Trip to Bali


Hi semua! Untuk entry kali ni, aku nak kongsi pengalaman aku ketika bercuti di Bali baru-baru ni. Percutian ini aku rancang sempena menyambut birthday Erol pada 5 Julai yang lalu. Memula macam tak sure sama ada nak plan bercuti atau tidak memandangkan ia jatuh pada bulan puasa. Tambahan pula destinasinya pun tak sure di mana. But aku memang nak pergi travel sangat memandangkan trip aku ke Bangkok dengan Jihan pada April lalu terpaksa di-cancel atas sebab kerja. So, hati memang bergolak-golak nak pergi somewhere. Luckily, AirAsia ada buat sale masa tu and I managed to get a very good deal, aku rasa lah. Oh! By the way, ni first time aku ke Bali. In fact kami bertiga ni memang tak pernah menjejakkan kaki ke sini. Kasihan kan? Hehe...


Anyway, percutian untuk 4 hari 3 malam, termasuk tiket flight, hotel, tax, baggage, seat dan insurance adalah sekitar RM906.00 seorang! Boleh tahan murah kan? Hotel pula aku memilih Grand Istana Rama Hotel yang terletak di hadapan Kuta Beach. Berdasarkan komen-komen dalam TripAdvisor dan juga blog, ada bermacam-macam pendapat. Ada yang kata okay.. dan ada yang kata sebaliknya. Apapun, aku tawakkal je sebab dalam kepala cuma fikir janji tempat okay untuk tidur dan yang paling penting terletak di hadapan pantai, tu dah cukup bagus bagi aku. Anyway, nanti aku cerita dengan lebih lanjut pasal hotel ni.


Day 1: Kuta

Seperti yang sedia maklum, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bali mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit. Flight kami dari KL adalah lebih kurang jam 10.15 pagi dan kami sampai selamat mendarat di Ngurah Rai International Airport sekitar jam 1.00 tengahari. Cuaca pun baik. Tak panas sangat dan berangin. Selesai semua urusan immigration dan baggage, kami terus keluar mencari teksi untuk ke hotel. Memula mencari juga teksi BlueBird yang mengikut beberapa blog adalah adalah perkhidmatan teksi yang boleh dipercayai dan menggunakan meter di Bali ni. Tapi tak jumpa-jumpa. Mungkin kami tertunggu di tempat yang salah. Ulat memang banyak la kat luar airport ni. Memula tu ada yang approach nak Rp200,000 ke hotel Mahal!! Padahal hotel ngan airport dekat je.. like 15 minit kalau tak jem. So, kami tak jadi naik. Then kami di-approach lagi oleh seorang bapak supir ni. Memula dia mintak Rp150,000. Pastu tawar punya tawar kami dapat Rp90,000 which is kami rasa okay la kot. Sekitar RM24.00 untuk satu van. So, bolehlah sebab malas nak menunggu bagai.


Sampai kat hotel, kami disambut dengan ramah oleh penyambut tetamu di sana. Takde pun tunggu lama macam yang aku baca kat blog tu. Nak berurusan pun senang. Dan aku memang dah siap-siap prepare refundable deposit Rp1,000,000 seperti mana yang aku baca kat komen TripAdvisor. Tersenyum receptionist tu.


Sampai bilik, lepas letak barang dan berehat seketika, sekitar jam 4.30 petang kami keluar menuju ke Kuta Beach di hadapan hotel ni. Ramai gila manusia kat sini yang majoritinya terdiri daripada pelancong asing. Mengikut bapak supir tadi, katanya warga Australia yang paling ramai datang ke sini. Rata-rata yang datang ke sini adalah untuk surfing dan berjemur di tepi pantai. So, memandangkan ni bulan puasa, makanya kenalah menjaga mata kan! Hahaha. We spent like 1 hour kat sini mengambil gambar dan melihat orang bermain surfboard. After that, kami merayap kat Beachwalk Mall yang terletak bersebelahan dengan hotel ni. Sebenarnya area Kuta ni memang happening dengan segala macam aktiviti. Lepas merayap kat ceruk-ceruk jalan sebelah mall ni, kami pun menuju ke Samudera Cafe di Grand Istana Rama ni untuk berbuka puasa. They gave us complimentary coupon untuk merasa masakan Indonesia sempena Minggu Promo Kuliner Indonesia. Just makan ringan-ringan je. Aku just pilih gado-gado je. Kalau nak makan buffet kena tambah like Rp140,000 seorang lepas 25% discount. Malaslah... sebab plannya nak makan kat tempat lain.


And masa berbuka ni, Firr google makan nak cari masakan padang yang halal kat sini. Jumpa kat this one blog. So, selesai menjamah tadi, kami terus ambil cab dan suruh dia bawa ke Rumah Makan ACC Minang yang terletak di Jalan Raya Tuban. Takde la jauh sangat pun, cuma sedikit jam je. Macet kata orang Indonesia ni. Harga teksi adalah Rp50,000. Aku rasa kalau naik BlueBird tu boleh dapat lagi murah. So, bila dah sampai sini, apa lagi.. tunggu makanan dihidangkan lah kan? Just order air je. Sekali dia bawak lauk, ambik kau.. bermacam-macam jenis. Dari ayam, daging, peparu, sambal, sayur dan macam-macam lagi. Standard kalau makan kat restoran Padang di Indonesia ni, dia kan kira lauk-lauk yang kita ambil je. Yang tak sentuh tu, dia tak kira. Dan nasinya walaupun nampak sikit, tapi hakikatnya boleh buat kita kenyang gile! Makan malam kami di restoran merangkumi lauk-pauk, 3 botol Teh Sosro, es jeruk dan kopi Bali adalah sebanyak Rp162,800 atau sekitar RM44.00 untuk 3 orang. Murahkan? So, bila dah selesai makan, kami menunggu driver taxi yang kami naik tadi tu untuk hantar kami pulang ke hotel. But, sebelum balik ke hotel kami singgah tapau makanan kat McDonalds dan mart untuk masa sahur nanti.


So, itulah sahaja aktiviti hari pertama kami di Bali ni. Esoknya, kami ada full-day tour yang aku dah pre-booked sebelum datang ke sini.

Grand Istana Rama Hotel


Grand Istana Rama Hotel adalah salah satu hotel terkemuka di Kuta ni. Walau bagaimanapun, ia merupakan sebuah hotel lama yang telah beroperasi lebih daripada 20 tahun. Kalau buka komen kat blog mahupun TripAdvisor ni, macam-macam benda yang korang leh baca. Yang positifnya dan tak kurang juga yang negatifnya. But bagi aku, I'm okay with this hotel. Dengan harga yang murah yang aku dapat kat deal AirAsiaGo tu, dah memadai bagi aku. Aku bukannya kisah sangat bab nak stay ni sebab for me aku jenis kalau travel, dapat tempat tidur yang okay dan selesa dah cukup dah. Tak perlu nak bermewah-mewah sangat. Tapi ikut individu lah kan? Ada yang cerewet dan ada yang jenis tak kisah macam aku ni.


Berkenaan hotel ni, aku akan listkan antara pro dan contra-nya agar siapa yang nak stay kat sini in future boleh pertimbangkan. Antaranya:

Pro:
  1. Terletak betul-betul di hadapan Kuta Beach, ni antara kelebihan utama hotel ni. Tak payah nak berjalan jauh.
  2. Terletak bersebelahan dengan Beachwalk Mall, pusat membeli-belah terbaru di Kuta yang penuh dengan kedai-kedai pakaian, restoran dan bermacam-macam lagi.
  3. Staffnya yang peramah dan sangat membantu. Ada juga komen yang aku baca kat website yang mengatakan staffnya tak peramah dan sebagainya, but luckily aku takde experience benda-benda camtu. Derang sangat helpful since the first time aku email untuk request few things from them. Dari Guest Relation Officernya, Rara hinggalah ke General Managernya, Andi. Sangat membantu.
  4. Landskap yang menarik – penuh dengan pokok-pokok yang menghijau dan rimbun. So, memang rasa tenang kalau berada di sini.
  5. Bilik hotelnya dalam keadaan baik dan cukup selesa. Ada yang komen kata biliknya berbau “antik” but for me kalau dah dalamnya penuh dengaan furniture kayu, bau-bau seperti itu adalah normal. And I'm okay with that.
  6. Dapat beberapa complimentary voucher upon stay, antaranya (i) menjamah makanan sempena minggu Promo Kuliner Indonesia secara percuma, (ii) free banana boat ride for 3 di Nusa Dua bersekali dengan transportation pergi dan balik. Nusa Dua terletak lebih kurang 40 minit perjalanan, (iii) free 20 minutes back massage, (iv) free tequila kat Samudera Bar – ni bagi yang kaki minum memang heaven la kot, aku voucher ni awal-awal dah tolak ke tepi, (v) free birthday cake untuk birthday boy, Erol yang dihantar ke bilik.
Cons:
  1. Memandangkan hotel ini adalah hotel lama, keadaan toiletnya adalah sederhana. Bersih memang bersih cuma keadaannya “agak lama”. Air shower-nya agak slow dan kecil dan hot shower tak berfungsi pun.
  2. Kemudahan Wifi juga slow. Tetapi disebabkan aku roaming, so tak terasalah. Hehehe.
So, kesimpulannya, if it happens aku pergi lagi ke Bali ni, aku akan stay kat sini je. Selesa, murah dan value for money.


Day 2: Full-day tour with Bali Magic Tours

Tour selama satu hari ini diuruskan oleh Bali Magic Tours yang aku google sebelum bertolak ke Bali. Tour guide kami bernama Gusti dan bersama pak supirnya, Made. Pakejnya adalah seperti berikut:
  • Tempat-tempat yang dilawati: Goa Gajah Temple, Tirtha Empul Temple, Temen Village (kopi luwak), Kintamani (Batur Lake & Volcano), Tegallalang Rice Terrace, Uluwatu dan Jimbaran Seafood dinner (berbuka)
  • Waktu lawatan: 8.00 pagi – 8.00 malam
  • Harga pakej: USD 55.00 atau Rp 649,000 seorang
  • Pakej termasuk entrance fee
Pada hari kedua ni, kami dijemput oleh Gusti dan Made di hotel pada jam 8.00 pagi. Destinasi pertama kami ialah Goa Gajah.

On the way ke Goa Gajah, kita akan melalui desa-desa kraftangan di Bali ni. Memang yang seperti kita maklum, masyarakat Indonesia memang sangat terkenal dengan seni art and craftnya yang diwarisi sejak turun-temurun. Kawasan yang pertama yang dilalui adalah Tohpati yang terkenal dengan seni batik. Kemudian kita akan melalui kawasan Batubulan, famous for its stone carving. Macam-macam statue/arca yang boleh kita nampak sepanjang melalui kawasan ni. Then, kita akan melalui pula Celuk yang terkenal dengan penghasilan seni kraf daripada perak. Menurut Gusti lagi, masyarakat di sini rata-ratanya bekerja separuh hari sebagai pegawai kerajaan, dan separuh harinya tu diperuntukkan untuk membuat dan mengusahakan kerja-kerja seni pertukangan ni yang telah diwariskan oleh nenek-moyang mereka.

Goa Gajah


Goa Gajah atau Elephant Cave ni terletak di Bedulu, berhampiran dengan Ubud. Kawasan ini dipercayai dibangunkan pada sekitar abad ke-9 hingga ke-11 Masihi. Facade Goa Gajah ni mempunyai ukiran yang sangat unik. Kawasan kuil ni juga dikongsi oleh dua penganut iaitu Hindu dan Buddha. Di dalam Goa Gajah ni terdapat patung Ganesha, iaitu Dewa Gajah yang mengikut kepercayaan penganut Hindu adalah Dewa Bijaksana/Pengetahuan. Dan Gusti ada bagitau yang masyarakat di sini bila anak-anak yang hendak mengambil peperiksaan, mereka akan datang ke sini dahulu untuk mendapatkan restu. Dalam gua ni pun ada lagi satu statue yang namanya aku tak ingat. Actually gua ni berbentuk T. So, bila kita masuk ke dalamnya, di sebelah kiri tu patung Ganesha, and the other one statue yang lagi satu tu. Di hadapan entrance gua ni ada satu mata air. Sejuk dan jernih airnya. Ada macam-macam kepercayaan berkenaan air di sini. Dengar sahaja lah ya...

Pura Tirtha Empul


Tirtha Empul ni terletak tidak jauh dari Goa Gajah. Juga dikenali sebagai Tampaksirini, ia merupakan kuil Hindu yang terkenal dengan holy water-nya yang digunakan oleh penganut agama berkenaan untuk menyucikan diri. Untuk masuk ke kawasan ni pun kita kena memakai sarung. Ramai yang datang untuk mandi dan membersihkan diri di sini termasuklah para pelancong. Kami just tengok dan snap gambar je la. Punca mata airnya terletak di dalam sebuah kolam dengan airnya yang sangat jernih dan sejuk. Semasa kami sampai di sini, terdapat sekumpulan penganut sedang melakukan ritual agama mereka. Cuma yang hendak bersembahyang je boleh masuk ke dalam tempat ni.


Menurut Gusti, jika mereka memakai baju putih, mereka melakukan ritual agama, tetapi kalau berpakaian hitam, terdapat upacara pembakaran mayat. Rata-rata kaum lelaki yang datang ke sini mengenakan kain dan sejenis "tengkolok" berwarna putih. Tapi apa yang pasti, kawasan di sini semerbak dengan aroma dari pembakaran kayu colok yang diperbuat daripada bunga Frangipani atau bunga Kemboja yang banyak terdapat di sini. Ni yang Gusti bagitau lah. Setelah puas bergambar di sini, kami ke destinasi seterusnya iaitu Temen Village untuk melihat pemprosesan kopi Luwak.

Temen Village – Coffee & Spices Garden


Actually, lawatan ke sini aku dah cancelkan dengan tour agen ni. Tapi dia masukkan juga sebab banyak lebihan masa dan tambahan pula lokasinya terletak di main road untuk ke destinasi lain-lain di dalam itinerary kami. So, bila sampai sini, kami dibawa memasuki kawasan kebun yang penuh dengan segala macam tumbuhan herba. Antaranya ginseng, kopi, bunga roselle dan pelbagai lagi. Juga diletakkan di dalam sangkar 3 ekor luwak yang rupanya seperti musang. Memandangkan haiwan ni adalah jenis nocturnal, maka tidur je la mereka di siang hari. Cara pemprosesan kopi luwak ni sure korang dah sedia maklum, so aku malas nak cerita. Hahaha. Tapi aku sempat la try menggoreng biji kopi kat situ. Bayangkan entah berapa jam proses menggoreng, menumbuk dan menapis yang mereka lakukan untuk menghasilkan kopi luwak tu. No wonder la kopi luwak yang betul-betul asli ni mahal harganya.
 

Berbeza dengan kopi luwak yang dihasilkan secara besar-besaran/komersial, luwak yang berjumlah ribuan ekor yang terdapat di dalam hutan di sini memakan daging ayam selain biji kopi itu sendiri. Manakala yang diternak secara komersial tu hanya diberi makan kopi. So, nak tak nak mereka terpaksalah memakan kopi sahaja. Dan dalam ribuan ekor luwak tu, kalau dikutip sisa buangannya di sebelah pagi kadang-kadang hanya akan dapat dalam 1-2 bekas kecil sahaja. Maknanya, memang tak mudah nak buat kopi luwak ni. Dan oleh kerana kami berpuasa, maka tak dapatlah nak merasa kopi luwak ni. Tapi aku sempat singgah di kedai cenderahati di sini membeli sepacket kopi Bali dengan serbuk bunga Roselle yanag asli tanpa campuran apa-apa bahan lain. Actually banyak lagi produk-produk yang dihasilkan di sini, tapi cukuplah beli dua tu je. Just nak merasa je kata orang.

Kintamani - Batur Volcano & Lake


Selepas melawat Temen Village, kami dibawa melawat ke Batur Lake dan volcano yang terletak di Kintamani. Perjalanan lebih kurang 40 minit. Gunung Batur adalah di antara salah satu gunung berapi yang terdapat di Bali. Tapi kat sini takde lah sepanas macam masa aku pergi Gunung Merapi kat Yogja tu. In fact, tengok dari jauh je. So, dari lookout point tu, dapatlah kita menikmati pemandangan Gunung Batur dan tasiknya. Menurut Gusti, di seberang tasik tu, terdapat sebuah perkampungan yang diberi nama Trunyan. Di kampung ni, tradisi yang terkenal di situ adalah mereka tidak membakar mayat tetapi sebaliknya membiarkannya sahaja di dalam sangkar buluh sehingga mereput. Dan tengkoraknya tu nanti akan dikumpul di suatu tempat lain. Takut pulak mendengarnya. Katanya tak berbau sebab di sini terdapat pokok Tru Menyan yang mengeluarkan bau yang wangi. And nama kampung ni diambil sempena nama pokok ni lah. Tru Menyan tu rasanya kemenyan kot kan? Anyway, kalau korang tanya aku, tempat ni takde apa sangat. Kinda boring I would say. Or maybe masa aku datang je cuaca overcast je. So view tak berapa menarik. Tak lama pun spent masa kat sini. Snap few photos dan beli limau sekilo, terus naik van untuk ke destinasi seterusnya. Jadilah kan... janji pernah menjejakkan  kami ke sini.


Next destination, kami singgah di kedai souvernir yang Gusti suggest. Katanya kualiti kat sini lebih bagus dari kedai yang lainnya. So, pergilah usha sekejap sebab hajat di hati nak cari t-shirt I Love Bali tu. Memang ada tapi designnya bukan seperti yang kami nak. Tapi beli la jugak sehelai dua t-shirt bercorak batik. Memang kualtiti kainnya berbeza dengan kedai-kedai tepi jalan yang kitorang tengok kat Kuta tu. Yang situ memang murah, but kat sini mahal sedikit. Benda-benda souvenir lain malas aku nak beli kat sini sebab kami plan nak beli di Krisna je. Banyak blog yang suggest beli kat sini. Banyak pilihan dan murah. Dan selepas shopping kat sini, kami dibawa ke Tegallalang pula.

Tegallalang Rice Terraces


Selesai lawatan di Kintamani ni, kami meneruskan perjalanan ke Tegallalang untuk melihat kawasan padi yang ditanam di lereng-lereng bukit. Perjalanan lebih kurang 20 minit. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan kebun buah-buahan terutamannya buah limau. Sampai di kawasan ni, pengunjung boleh tahan ramai. Tapi takde lah sesak sangat. But one thing for sure, viewnya kurang menarik sedikit sebab masa kami datang ni padi-padinya telah dituai. So takdelah nampak hijau dan segar yang macam dalam gambar tu.


Dalam pada sibuk bergambar, kami berkesempatan snap few photos dengan seorang pakcik kat sini. Gusti kata pakcik ni seorang petani dan famous sebab mukanya pernah masuk magazine Bali ni. Kiranya icon di Tegallalang ni lah. Mukanya unik ditambah pula dengan topi yang dipakainya yang diperbuat daripada anyaman daun kelapa. Sebagai upah, kami memberinnya sedikit wang. Ye lah, dah ko bergaya sakan dengan topi dan kendongan miliknya, takkan nak free je kan. Yang group pompuan mat saleh sebelum kami tu beri dia setin air Coke. Pun boleh...

Garuda Wishnu Kenchana Cultural Park (GWK)


Selepas Tegallalang, kami pergi ke GWK ni yang terletak sejam lebih perjalanannya. Taman Tema ni merupakan sebuah projek yang lama untuk disiapkan. In fact, masa kami datang ni ada beberapa tempat yang masih dalam pembinaan. Di sini terdapat 2 buah plaza yang menempatkan 2 buah statue iaitu Wishnu dan Garuda yang berasingan dan bakal disatukan untuk menjadi sebuah statue yang terbesar di dunia katanya. Kalau aku tak silap dengar lah. Lebih besar dari Statue of Liberty kot. Apa yang menarik kat sini? Entahlah.. aku tak boleh nak appreciate sangat.


Tapi kat sini ada free cultural performance seperti tarian Barong, Legong dan lain-lain. Dipersembahkan setiap setengah jam kalau tak silap. Takdan kami nak menunggu sebab nak berkejar ke dua destination terakhir iaitu Uluwatu dan Jimbaran. Selain tu, kat sini juga terdapat kedai menjual souvenir dan cafe. So, pada sesiapa yang nak membeli cenderahati atau makan, bolehlah ke sini. Dan di luar amphitheater ni juga terdapat khidmat melukis potret. Kalau berminat dan ada fulus lebih, bolehlah try.

Uluwatu Temple


Perjalanan dari GWK ke Uluwatu ni lebih kurang setengah jam lebih. Uluwatu merupakan sea temple yang dibina pada kurun ke-11 yang bertujuan untuk melindungi Bali daripada evil spirits. Temple ni terletak di hill cliff yang mengadap Lautan Hindi yang terbentang luas. Untuk masuk ke sini adalah dinasihatkan jangan memakai topi ataupun kacamata kerana terdapat banyak beruk-beruk di sini yang agak “nakal”. Tapi masa kami sampai tu masih awal lagi.. so tak banyak makhluk ni yang keluar. Cuaca masih panas, makanya mereka masih berehat di dalam hutan kat situ. Aman sikit rasanya.


Uluwatu ni memang famous. Sesiapa yang pergi ke Bali memang wajib post gambar mereka kat sini. Pemandangan memang cantik. Dengan ombak dan lautnya yang luas. Tak tergambar dengan kata-kata. Kami di sini tak lama. Lebih kurang 15 minit je. Lepas ambil gambar terus beredar. Tak pergi pun templenya sebab nak ke Jimbaran pula untuk berbuka puasa.

Jimbaran Seafood Dinner


Dinner di Jimbaran ni adalah termasuk sekali di dalam package. Ikutkan dalam jam 8.00 malam but memandangkan kami nak berbuka puasa, maka aku request dengan Gusti suruh buatkan awal sedikit. Lagipun aku ada plan dengan pihak hotel untuk buat surprise kat birthday boy hari ni. Anyway, dinner kat sini orang kata agak mahal. But aku tak sure berapa harga sebab dah bersekali. Yang pasti dinner kami sangat mengenyangkan. Dengan ikan bakar, sotong, udang, kerang, ketam, air kelapa dan buah-buahan, ni semua dah cukup puas hati. Not the best, but okaylah. Yang penting sambil makan kita boleh menjamu mata melihat sunset selain daripada dihiburkan dengan pemuzik jalanan serta tarian tradisional mereka, tari Legong. Pemuzik kat sini tanya kami dari mana dan bila dapat tahu dari Malaysia terus mereka dendangkan lagu Carefree – Rindu Bayangan. Versatil mereka ni. Dengan group dari China dibantainya menyanyi lagu Kantonis. Patut aku cakap je dari Korea or Arab, tengok boleh ke tak nyanyi lagu Kpop or Arab, kan?


Anyway, lepas habis dinner kami pun terus balik ke hotel. Bagilah sikit tips kat Gusti dan Made sebagai tanda penghargaan. So, bila masuk ke kat lobi hotel dah terpampang flower decoration kat water feature kat situ  birthday wish untuk Erol, walaupun namanya dah sedikit berterabur. Ye lah.. bendanya siap dah lama... mesti terkena angin atau ada tangan-tangan gatal yang mengusiknya. But puas hati dengan hasil kerja mereka. Thanks to Yuli yang tolong aku arrange benda ni. Erol ngan Firr pun nampak cam surprise. Hahaha.. So plan aku kira berjayalah.


Next plan plak aku dah kawtim dengan Firr. Memula cakap nak keluar lepas berehat sekejap.. lebih kurang jam 9.30 malam. So, suruhlah Erol mandi dulu. Aku pun menunggu la juga mana staff hotel ni tak sampai-sampai sebab mengikut perancangan aku suruh mereka hantarkan kek ke bilik jam 9.00 malam. Bila Erol dah siap, aku sengaja melengah-lengah untuk mandi. Tup-tup jam 10.00 malam baru Yuli call kata boleh deliver ke tak. So aku cakap okay je. Kebetulan Erol tengah busy dengan phone dia kat balcony. Bila bell berbunyi, aku panggil dia suruh buka pintu sebab cakap malas nak bangkit dari katil. Dan bila dia buka pintu.. tadaaaaa... ada 2 staf bawa kek sambil nyanyikan lagu Happy Birthday. Menjadi lagi surprise. Hahaha. So, thanks sangat kat pihak hotel sebab memberi sebiji kek ice-cream yang sedap. Serious pihak hotel ni memang sangat membantu. Lepas bedal sikit kek dan bersiap, malam tu kami merayap ke area sekitar Kuta dengan misi utama mencari KFC sebab mengidam dari haritu tak dapat-dapat.


On the way balik, kami singgah di sebuah kedai menjual baju untuk mengusha t-shirt I Love Bali tu. Memula dia letak harga Rp150,000  which is lebih kurang RM40.00. Bapak mahal. Selalu t-shirt camni aku beli paling mahal pun RM15.00. Kain bukannya high quality pun. Lepas tawar punya tawar dapatlah Rp55,000 sehelai. Lebih kurang RM15.00. Beli la beberapa pasang. Tapikan sebenarnya kalau korang nak beli souvenir or apa-apa t-shirt termasuklah I Love Bali ni, beli aje di Krisna. Jauh lebih murah. Kualiti sama je. T-shirt yang sama dijual dengan harga Rp27,000 kalau tak silap. Bila convert dalam RM7.00 lebih je. Menyesal pula beli kat sini. Hahaha. So, next time ingat ya. If nak beli souvenir, pergi ke Krisna je. Krisna ni bagi yang tak tahu adalah pusat menjual ole-ole Bali. Mereka ada banyak cawangan di sekitar Bali ni. Bila naik cab, cakap je kat driver teksi nak ke Krisna, tau lah dia nak membawanya.

Day 3: Nusa Dua


Pada hari ketiga ni kami ke Nusa Dua untuk menaiki Banana Boat. Ni compliment daripada pihak hotel. So free je la. Mereka sediakan pengangkutan pergi dan balik. Bertolak dari hotel sekitar jam 9.00 pagi. Perjalanan lebih kurang 40 minit. Actually kami tak naik pun banana boat ride tu. Malas aku nak berlekit-lekit basah dengan air laut. Erol dengan Firr pun sama malas. Jadi, kami mengambil kesempatan untuk melepak di tepi pantai je. Since takde buat apa memang agak bosan la. Luckily, staf hotel bernama Madesa tu baik hati then suruh pak supir hantar kami balik sekitar jam 11 lebih. Ikutkan lama lagi kena tunggu sebab ada group dari China yang satu van dengan kami tadi tengah sakan buat water sport.

Dalam perjalanan, pak supir, Gusti dok tanya-tanya dah pergi mana-mana tour ke tidak. Aku bagitaulah dah semalam. So dia offer nak bawa ke Pandawa Beach or Tanah Lot menaiki vannya dengan charge Rp50,000 sejam, lebih kurang RM14.00. Fikir punya fikir kami pun setuju memandangkan flight kami esok pada jam 7.00 malam. So siang tu ada banyak masa. Just pergi Pandawa Beach je la sebab Firr kata tempat ni pun cantik dan baru.


Sampai je kat hotel kami terus claim free 20 minutes back massage yang hotel bagi. Then ambil cab untuk pergi ke Krisna, pusat menjual ole-ole Bali. Driver taxi bawa kami ke Krisna di Sunset Road. Memang banyak souvenir yang dijual di sini daripada baju, kopi, kudap-kudapan dan bermacam-macam lagi. Macam aku kata sebelum ni, kalau nak beli souvenirs beli je kat sini. Fixed price but still murah kalau dibandingkan dengan kedai-kedai tepi jalan tu. Bila tawar pun still tinggi, unless ko hebat gile dalam bab tawar-menawar ni, then boleh la kot. Banyak juga aku shopping kat sini beli kopi Bali dengan t-shirt. Dengan RM300.00 lebih kurang, macam-macam ko boleh beli.


Selesai shopping, kami pulang ke hotel untuk meletakkan barang sebelum keluar semula merayap di sekitar Kuta. Hajat hatinya nak berbuka dengan Ayam Penyet dekat restoran yang terletak berdekatan dengan kedai baju yang kami pergi malam tadi. Untuk iftar hari ni, kami order 3 set ayam penyet dengan tambahan satu set Buntut Penyet (ekor lembu) dan extra sambal. Murah gila la makan kat Indonesia ni. Cukup puas hati.


Lepas makan, kami berpecah. Firr balik bilik manakala aku dan Erol gi singgah spa untuk body massage dan scrub. Kami memilih Steiner Salon & Natural Day Spa dengan mengambil pakej foot reflexology, body massage dan body scrub. Pakej selama 2 jam setengah ni berharga Rp230,000 iaitu sekitar RM63.00. Murahkan? Dan messeurnya adalah lelaki. So, takdelah segan atau rasa bersalah. Hahaha. Selesai massage di sini, kami lepak pantai sekejap then terus pulang ke hotel. Oh.. by the way, kualiti massage di situ biasa-biasa je. Tak sebagus macam aku pergi kat Krabi dulu. Masa buat scrub tu dia betul-betul sental belakang badan ko. Yang ni kira okay je la. Tapi apa yang pasti, massage dan treatment kat Bali ni betul-betul murah jika dibandingkan dengan Malaysia or even Thailand.

Day 4: Pandawa Beach – Kuta – Kuala Lumpur


Ahhh.. sedihnya! Hari ni merupakan last day kami di Bali. Inilah part yang paling tak best bila bercuti. Nak face reality semula. Tapi nak buat cemana. Tak bekerja mana nak datang duit untuk pergi bercuti kan? Hehehe.
So, pagi ni aku bangun awal. Dah siap kemas semua, aku keluar ke Kuta Beach untuk menikmati angin pagi. Yang 2 orang lagi tu memang tengah nyenyak diulit mimpi. Bila balik semula bilik, mereka tengah bersiap. So, kami checkout awal pada jam 10.00 pagi. Pak supir kami, Made, dah tercongok kat hotel menunggu. Bila selesai urusan checkout dan tinggalkan luggage kat situ, kami pun bertolaklah ke Pandawa Beach di Nusa Dua.

Pandawa Beach


Ini merupakan kawasan yang baru dibuka yang terletak 40 minit perjalanan dari hotel kami di Kuta. Pemandangan di sini memang sangat cantik dengan air laut yang crystal clear, membiru dan pasir pantai yang putih. Ombak pun boleh tahan besar. Tapi aktiviti laut yang boleh dilakukan di sini hanya berkayak. Surfing tak sesuai sebab ombaknya tak seperti di Kuta dan lain-lain. Tatau nak describe camne. Buat-buat faham je la ya. Di sini ada terdapat 5 patung yang diletakkan di dalam dinding bukit dekat dengan main entrance. Nama-namanya aku tak ingat. Sorry la ya. Resort kalau tak silap aku takde kat sini. Kalau ada pun ada sebelum sampai di pantai ni. Sebab ni kawasan baru kan. Maybe in future ada kot. Menurut Made, kalau lewat petang lagi ramai pengunjung di sini. Since kami sampai pun tengahari, panas terik pula tu, so takde la ramai sangat. Cuma pelancong asing yang tegar nak ber-suntan bersidai kat sini. Kami spent like sejam di sini mengambil gambar sambil menikmati pemandangan. Kiranya kami menggunakan khidmat Made selama 3 jam yang berharga Rp150,000.


Sampai kat Kuta, kami suruh Made dropkan kat area kedai semalam. Malas nak balik hotel dulu sebab ada few hours lagi sebelum nak bergerak ke airport. Dah pesan siap-siap kat Made suruh ambil kami kat hotel jam 4.30 petang. Dia offer tambang Rp120,000. Boleh la kot. Malas nak fikir sangat. So, sampai kat Kuta kami singgah di Kimberly Spa untuk buat foot massage, pedi ngan medi. Saja nak try. First time nak try buat bendalah ni. So trylah. Untuk tiga-tiga treatment tu kalau tak silap aku berharga Rp145,000. Makanya duduklah diam-diam sejam lebih untuk treatment tu. Nilah namanya membuang masa. Hahaha. Selesai semua, kami terus balik ke hotel dan Made memang dah ada kat sana. Siap semua, kami bergerak ke airport. Si Made bersungguh-sungguh suruh contact dia lagi bila datang semula ke Bali. Dia boleh bagi special harga untuk wisata ke tempat lain. Katanya...


Anyway, sampai airport dan selesai urusan checkin luggage dan membayar airport tax sebanyak Rp200,000, kami pun masuklah ke waiting hall sambil membeli sedikit makanan untuk berbuka. Dan bila masuk flight, kami bertiga bantai Nasi Lemak Pak Nasser sepuasnya. Senyap je makan, almaklum.. kelaparan. Alhamdulillah, kami sampai awal di KLIA2 daripada waktu yang sepatutnya. Dan dengan ini, maka tamatlah percutian kami sempena birthday Erol di Bali. Bosannyaaaaaaaaa sebab esoknya aku kena kerja. Hahaha. Tapi yang penting, we had lots of fun kat Bali ni. Walaupun puasa, tak langsung rasa keletihan sebab cuaca kat Bali sangat selesa dan tak sepanas di KL. Lagipun sangat windy. And the best part, hotel Grand Istana Rama yang mula-mula tu aku rasa macam pasrah je la nak stay selepas membaca review kat internet, turn out to be pilihan yang tepat. Murah, selesa, lokasi yang terbaik dan staf yang sangat friendly.

Dan, ni sedikit tips yang aku nak kongsi based on my experience kat sini:
  • Naik teksi BlueBird, yang ni menggunakan meter dan boleh dipercayai.
  • Nak beli souvernir, beli di Krisna je. Fixed price but still murah gile banding dengan kedai-kedai tepi jalan tu.
  • Nak hotel murah, selesa dan lokasi yang terbaik, pilih je Grand Istana Rama. Walaupun hotel ni hotel lama, tapi conditionnya bagus lagi.
  • Makanan halal senang nak cari kat Bali ni. Banyak kedai makan Padang di sini. Fast food pun okay like KFC. McDonalds dan lain-lain.
So, that’s about it. Jumpa di post yang akan datang! See you soon.
Read More

Sunday, June 29, 2014

The New Zealand Road Trip Part 2

Assalamualaikum semua.

Sebelum  aku bercerita dengan lebih lanjut tentang trip aku pada hari ke-4 ni, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat di mana jua anda berada. Okay, jom sambung cerita.

Day 4: Rotorua - Tongariro National Park

Pada hari ke-4 ini, kami akan menuju ke Tongariro National Park yang terletak 183 km di selatan Rotorua. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. So, lepas breakfast dan kemas barang-barang semua, spray perfume apa yang patut (almaklumlah kami kan memasak), kami pun mengucapkan selamat tinggal pada Marilyn, owner motel yang sangat peramah.


Sebelum meneruskan perjalanan ke Tongariro, on the way tu kami singgah di Rotorua Islamic Centre yang terletak di 21 Tarewa Rd. Kami disambut mesra oleh warga Muslim di sana yang terdiri daripada penduduk tempatan dan pemastautin. Some of them ada dari India dan Turki. Yang orang Turki ni adalah pemilik restoran halal di sini yang selalu membantu mengumpulkan dana untuk Islamic centre ni. And some of them are lecturers and doctor di sini. Dalam group ni pun ada 2 orang warga tempatan kaum Maori yang baru memeluk Islam few months ago. Alhamdulillah dapat bertukar-tukar pendapat dengan mereka ni. Tak lupa juga kami disajikan dengan jamuan ringan.


Selesai meramah-mesra dengan mereka, kami meneruskan perjalanan semula. Selepas lebih kurang 75 km, kami singgah di Huka Falls yang terletak di Huka Falls Rd. Huka Falls merupakan sebahagian daripada Waikato River iaitu sungai yang terpanjang di New Zealand. Sungai ini bermula dari Lake Taupo, tasik yang terbesar di negara ini. Aku kagum sebab ni first time tengok secara live sungai yang berwarna jernih kebiruan. Arus di sini sangat kuat dan merbahaya. Tapi kat sini ada satu spot yang dipanggil "Ice Blue Snow White" di mana airnya sangat cantik, berwarna putih kebiruan. Selepas puas bergambar dan membeli fridge magnet (benda wajib beli time travel! hahaha) kami teruskan perjalanan lagi.


Dan lebih kurang 6 km selepas Huka Falls, kami berhenti lagi di bandar Taupo di mana terletaknya tasik terbesar di New Zealand ni iaitu Lake Taupo. Kami berhenti di one of the lookout spot yang menghadap tasik tersebut yang berlatar belakangkan gunung berapi. So, lepak sini kejap for our quick lunch (dah siap tapau masa kat motel tadi). 


Selesai lunch, perjalanan diteruskan lagi dan selepas lebih 95 km kami sampai di Whakapapa melalui Turangi, Lake Rotopounamu dan Lake Rotoaira. 


Sampai di Tongariro National Park ni dalam cuaca hujan. So, nampak gaya memang tak ke mana lah. Just lepak kat hotel je. Lagipun sampai dan lewat dan kami stay sini hanya semalam. Takleh nak buat apa sangat. Park ni pun terletak di tengah-tengah national park. Nak ke town pun agak jauh. Oh! By the way, di sini kami stay di The Park Hotel Ruapehu dan ia terletak di National Park Village, 15 km selepas Whakapapa.


Apa yang menariknya di lodge ni adalah ia terletak menghadap Mount Ruapehu. Pemandangan yang sangat cantik. This is actually an active volcano yang kali terakhir meletus pada tahun 2007. Dan ada lagi satu lagi gunung berapi yang juga aktif di sini iaitu Mount Tongariro (last meletus November 2012). Kalau banyak masa antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah native bush walk, volcanic and waterfalls view. 


Dan disebabkan tiada aktiviti malam hari, makanya kami tidur awal dan esoknya akan ke next destination iaitu Wellington.

Day 5: Tongariro National Park - Wellington



Destinasi pada hari ini adalah ke Wellington yang terletak lebih kurang 338 km yang mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih. Kami checkout hotel sekitar jam 9.30 pagi. Perjalanan melalui beberapa bandar antaranya Ohakune yang terkenal sebagai ski town, Waiouru iaitu National Army Training Base di mana di sini terdapat sebuah muzium yang berkaitan dengan World War I and II. Tak singgah pun. Just passed by je.


Perjalanan kami diteruskan lagi melewati bandar Bulls dan Sanson, dan sampai di Foxton (lebih kurang 38 km selepas Sanson) kami berhenti untuk mengisi minyak dan menapau Fillet-O-Fish kat McDonalds. Actually bandar Foxton ni terkenal dengan warisan Dutch disebabkan selepas Perang Dunia Kedua, ramai pendatang Belanda tinggal di kawasan ni. Buktinya, terdapat sebuah Dutch windmill yang besar di sini. Sayang, tak dan nak berhenti. Kalau ikutkan hati aku, nak je stop sekejap snap2 gambar kan. Anyway, after few kilometers from Foxton, kami berhenti di rest area tepi highway untuk menikmati lunch yang ditapau tadi. Lapar gile ya! Duduk makan bawah pokok yang redup memang sangat layan. Hehe.


Melewati bandar Pararaparaumu dan Kapiti Coast, kami sampai di Wellington sekitar jam 2.30 petang. Di Wellington ni, kami stay di Halswell Lodge Motel & Hotel, 2 bedroom apartment. Oh! Kat sini ada free wifi ya tapi 50MB je la. Jadilah kan.. hahaha.


Lepas check-in dan letak barang, sementara Kak Hanim dan famili berehat, aku merayap sorang-sorang di sekitar Wellington ni untuk mengambil gambar. Tak jalan jauh mana pun sebab still penat lagi.


Lepas derang rest lebih kurang 3 jam lebih, around 6.00 pm kami pusing-pusing sekitar Wellington. Tapi sebab utama keluar adalah untuk mencari tempat memulangkan kereta sewa ni because esoknya kami akan ke Picton di South Island dengan menaiki ferry.


So, bila dah jumpa tempat nak pulangkan kereta tu, kami berjalanlah di sekitar town ni, antaranya melihat bangunan-bangunan bersejarah yang antara lain Supreme Court of New Zealand dan National Parliament House.


Selain tu, sempat juga kami singgah di Lady Norwood Rose Garden yang menempatkan pelbagai spesis bunga ros, yang besar-besa dan pelbagai warna. Those yang suka rose, I bet dia akan suka gile tempat ni. Macam-macam spesis bunga ros yang jarang kita tengok ada kat sini. Kak Hanim suka la. Dia kan suka bunga-bunga pink camni. Lepas tu, tidak dilupakan juga bergambar dengan aksi ala-ala filem Hindustan. Almaklum.. bunga penuh kat sekeliling. Hehee.


We spent like 45 minutes kat garden ni sebelum menikmati angin senja di Clyde Quay Wharf, kawasan waterfront di sini. Jalan-jalan kejap, snap few gambar then terus balik hotel. Hahahaha.. menarik kan!!! :P


Anyway, sedikit trivia berkenaan Wellington ni:
  • Ia merupakan capital city of New Zealand, bandaraya ketiga terbesar selepas Auckland dan Christchurch.
  • Pusat pemerintahan kerajaan dan menempatkan bangunan parlimen negara ini yang digelar "The Beehive" - bangunan yang berbentuk sarang lebah.
  • Terkenal sebagai "Windy Wellington" kerana bandaraya ini sangat berangin disebabkan ia "terperangkap" dengan pelabuhan yang berbentuk seperti mangkuk, dan menerima angin dari Selat Cook, Tasman Sea dan Pacific Ocean.
  • Lonely Planet Best in Travel 2011 meletakkan Wellington pada tempat yang ke-4 dalam Top 10 Cities to Visit in 2011.

Picton was originally intended to be NZ's capital. This was going to be in place of our now nation's capital Wellington at the end of the century. The reason that it was not made capital was that the North Island feared that the South Island would form their own country due to their abundance in mineral resources.
Day 6: Wellington - Picton - Christchurch


Hari ni bangun awal gile disebabkan (1) nak pulangkan kereta, (2) nak mengejar naik ferry untuk ke Picton dan (3) aku bersiap memang lama gile! Hahaha.. So bila dah ready semuanya, kami checkout awal. Just drop key je. Bukan ada orang pun jaga kaunter. So, bila dah selesai urusan memulangkan kereta, kami ke Bluebridge Ferry Terminal untuk check-in luggage dan dapatkan boarding pass. 6.30 pagi dah tercongok kat situ. So around 8.00 pagi barulah boleh board ferry.


Perjalanan dari Wellington ke Picton dengan menaiki ferry ni lebih kurang 3 jam setengah. Tapi tak terasa sangat sebab ferrynya besar, banyak kelengkapan dan selesa. Bosan duduk sahaja kita boleh layan movie. Tak pun boleh beli coffee dan cookies (sangat sedap ya!!) untuk dimakan sambil melayan perasaan. Ataupun kita boleh naik ke observation deck untuk melihat pemandangan di luar. Tapi aku boleh tahan sekejap je la kat atas ni sebab bau bahan apinya sangat kuat. Gile pening kalau duduk lama-lama atas ni.


Selepas 3 jam lebih perjalanan, kami sampailah di Picton. Dari sini, kami menaiki shuttle bus yang disediakan  untuk ke ferry terminal bagi tujuan mengambil luggage. So, bila dah ambil luggage, aku dengan Abang Dzul ke Omega Rentals untuk mengambil kereta sewa di sini. Depan terminal je. Dan, bila dah selesai urusan kereta sewa, kami memulakan perjalanan ke Christchurch yang akan mengambil masa selama 4 jam setengah. Cuacanya pulak mendung dan kadang-kadang hujan renyai. So, viewnya kuranglah menarik.


Sepanjang perjalanan, kami dijamukan dengan pemandangan ladang ternakan dan vineyard. Perjalanan ni merentasi beberapa bandar antara Blenheim, Seddon, Ward dan Kekerengu. Selepas lebih kurang 35 km dari Kekerengu, kami singgah di Ohau yang menghadap Pacific Coast. Di Ohau ni kami berhenti melihat sekumpulan seal yang bertenggek di atas batu-batu di sini. Lokasi ni dinamakan Ohau Stream Walkway. Dan kat sini juga ada satu caravan menjual fresh crayfish iaitu Nins Bin Crayfish. Ingatkan nak berhenti tapi laju sangat drive keretanya dan malas nak u-turn, maka terlepaslah peluang nak menikmati fresh crayfish itu. Takde rezeki la kan.


Few kilometers selepas Ohau terdapat seaside holiday town yang dikenali sebagai Kaikoura. Paling famous kat sini adalah crayfish. In fact, Kaikoura in the Maori language translates as meal of crayfish. Kaikoura pada masa awalnya merupakan whale hunting town dan pada hari ini ia merupakan hot spot untuk whale watching. Selain whale, kat sini pun actually kita boleh melihat seal dan dolphins. Ada disediakan pakej-pakej tersebut tapi memang takdenya lah kami nak buat kan. Mengejar masa kaedahnya.


And on the way ni, kami berhenti sebentar menapau Fish & Chip di sebuah kedai di tepi jalan ni. One thing yang best Fish & Chip kat sini ialah rasa ikannya yang segar dan chipnya yang besar dan crispy. Dan-dan aku teringat dan teringin nak makan benda ni kan! Puasa-puasa camni lah. Selera tak tentu hala.


Lepas tapau tu, kami memang tak singgah mana dah. Terus pegi straight ke hotel yang telah di-booked iaitu Vita Nova Motel yang terletak di Riccarton Road.


Sampai hotel, lepak, masak dan rehat. Malam memang tak keluar ke mana. Kalau tak tengok news pasal MH370, aku dok sibuk online upload pic kat IG dan yang paling penting chat dengan orang jauh tu. Rindu ya! Hahaha. So, jumpa di post akan datang. Aku akan ceritakan pulak perjalanan kami keesokkan harinya ke Franz Josef. 

Till, then selamat berhujung minggu dan selamat berbuka puasa petang nanti.
Read More

Saturday, June 7, 2014

The New Zealand Road Trip Part 1

Hello semua. Hari minggu ni aku takde plan ke mana-mana pun, cuma tadinya keluar pergi Ikea sekejap mencari barangan keperluan. So, ada la masa aku nak update blog ni. Lagipun, malam ni dah start Air Asia Free Seats Sale. Memang kena tunggu depan pc la kan? Hahaha.

Okay, this New Zealand trip ni actually telah dirancang oleh Kak Hanim dan hubbynya since last year. Ia merupakan road trip yang diaturkan oleh Chris dari TheRoadTrip.co.nz. Self-drive katanya. Trip ni cover North dan South Island selama 14 hari iaitu pada 5 hingga 19 Mac 2014 (merasalah 14 hari cuti tanpa gaji! Hahaha).


Day 1: Auckland

Flight adalah lebih kurang 10 jam lebih dengan menaiki pesawat MAS. Cuak jugak sebab masa ni kecoh dengan kehilangan pesawat MH370. Tapi tawakkal je la kan. Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Auckland International Airport sekitar jam 8.15 pagi. Selesai urusan immigration semua, kami menunggu staff Chris (nama dia aku tak ingat, but Chris kata dia part-time pelakon tambahan drama kat sana.. hehe) untuk membawa kami ke Omega Rental Cars untuk menguruskan kereta sewa. Selesai semua urusan tersebut, maka bermulalah road trip kami di bumi Hobbits ni.


Oh! Untuk road trip ni, kami dibekalkan dengan manual oleh Chris and GPS daripada syarikat kereta sewa tersebut. So kiranya 100% bergantung dengan GPS dan manual ni.

Dari Auckland Airport, kami terus drive ke City Centre untuk ke hotel kami iaitu di Hotel Grand Chancellor di Hobson St. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Di hotel ni, kami diberi 2 buah bilik studio. Since Abang Dzul stay sekali dengan Kak Hanim dan anak mereka, Dzuha, maka aku duduk sorang-sorang je la kat sini. The room was clean and nice. View pun menarik dengan Auckland Tower from my balcony. Cuma wifinya kena beli. Hauk sungguh! Oh! ya.. kat New Zealand ni kedekut dengan wifi. Sepanjang stay kat NZ ni, hanya 2 tempat penginapan je yang beri free wifi ya. Tu pasal aku suka pergi Seoul! **tetiba**.


Anway, selepas berehat seketika, petang tu kami keluar bersiar-siar di sini. Tak ke mana sangat pun, cuma di sekitar Auckland Ferry Terminal. Tu pun tak jalan jauh sangat. Auckland Ferry Terminal adalah antara bangunan lama yang terdapat di city centre ni. Bangunan dengan rekabentuk senibina Edwardian Baroque ini mula dibina pada tahun 1909 dan siap 3 tahun kemudiannya. By the way, jalan punya jalan, end up kami singgah di McDonalds pekena Fillet-o-Fish sebab kelaparan tak lunch lagi. Lepas makan tu, sambung jalan lagi sikit di sekitar Queen St, nothing much to do. Ingatkan nak tengok sunset tapi tak jadi.

Auckland Ferry Terminal
On the way balik hotel, singgah sebentar tapau Turkish kebab for dinner (in case malas nak keluar). And then bila sampai kat bilik aku plan nak keluar semula kat area Queen St. tu mengambil angin malam dengan Dzuha (padahal sebab utama nak guna free wifi kat McD tu), tapi sampai je bilik, letak kepala... selamat! Terbungkang terus. Dzuha ketuk pintu bilik pun aku tak dengar. Kesian dia. Hahaha. 

DFS Galleria Auckland

So, begitulah aktiviti hari pertama kami kat sini. Takde apa yang menarik pun. Keesokkannya kami akan bergerak ke Rotorua dan on the way tu akan singgah di Hobbiton! 


Day 2: Auckland - Rotorua via Hobbiton

Perjalanan dari Auckland ke Rotorua ini mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah dengan jarak perjalanan sejauh 245 km. Kami berada di Rotorua selama 2 malam.On the way tu, kami singgah mengisi minyak di pump station. Bila calculate dan convert RM, full tank dekat RM200 lebih ($80). Mahal hawau! Sini nilai tukaran lebih kurang $1 = RM3 lebih. Apa yang pasti semuanya bila nak kira adalah 3 kali ganda. Contohnya, maggi kat Malaysia katalah RM1.00 sebungkus. Di NZ ni pulak contohnya sebungkus berharga $1. Bila convert ringgit jadi RM3.00 lebih sebungkus. So, mahal lah bagi aku. Tak macam South Korea, bila concert nilainya still lebih kurang cam harga di Malaysia. Tu dia.. nak jugak Korea dia! Anyway, korang faham ke apa yang aku cuba sampaikan tu? Hahahaha.. mesti pening nak faham dengan bahasa aku yang cam haram tu kan? Abaikan je la.

Okay, lebih kurang 126 km dari Auckland ni, kami sampai di Hamilton, bandar yang keempat terbesar di New Zealand, yang terkenal dengan penternakan tenusu. 

Nak sampai ke Hobbiton ni agak meng-confusekan ya kerana sepanjang jalan takde satu pun signage yang menunjukkan tempat ni. So kami tercari-cari gak. Dengan melalui jalan yang kiri kanannya ladang yang terbentang luas. Takut je la sesatkan (walaupun ada GPS). And bila dah nak sampai dengan lokasi, barulah jumpa signboardnya. Hobbiton Movie Set & Farm Tours ni terletak di Buckland Rd, Waikato. Ia merupakan salah satu lokasi penggambaran filem Lord of the Rings. Berikut adalah sedikit maklumat mengenai tour di Hobbiton ni:
  • Terdapat 2-hours guided tour
  • Harga: $75 untuk seorang, bermula di Shires Rest Cafe
  • Tour bermula seawal jam 9.30 pagi, dan setiap 30 minit berikutnya sehingga jam 4.30 petang, setiap hari.
  • Di akhir tour, korang akan dihidangkan dengan non-alcoholic ginger beer yang sejuk dan sangat menyegarkan itu di Green Dragon Inn.
Tour kami bermula jam 12.00 pm dengan menaiki bas melalui ladang-ladang sebelum sampai ke lokasi rumah Hobbit ni. Dan tour guide kami bernama Shaun. Elok budaknya.. hahaha. Tetiba teringat Shaun The Sheep.. mana taknya, dah kiri kanan tempat biri-biri kot. Banyaklah si Shaun ni bercerita setiap yang ada kat sini. Kenapa pokoknya begitu, kenapa bendanya sebegini, segala macam detail dia cerita. Very informative. Tapi disebabkan aku bukannya peminat LOTR, so masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja. Kalau korang tanya aku tempatnya pulak, memang aku boleh cakap pemandangan kat perkampungan The Hobbits ni memang cantik. Dengan rumah-rumahnya yang comel kaki bukit, landskap yang menarik, memang korang akan berasa seolah-olah di dunia fantasi. Sangat cantik!


Anyway, sepanjang tour ni, aku tak follow sangat si Shaun tu, lebih banyak ber-camwhoring dengan Kak Hanim. Segenap penjuru kami bergambar. Perangai #villagepeople sangat! Hehehe. Aku tak tahu nak cerita apa sangat pasal Hobbiton ni sebab dah la LOTR aku bukan faham sangat. Tapi yang pasti, Hobbiton is worth a visit.


Sebelum lawatan berakhir, kami berehat seketika di sebuah padang rumput/kawasan lapang yang menghadap tasik di hadapan Green Dragon Inn. Dan lawatan kami di Hobbiton ni berakhir di Green Dragon Inn tersebut, sebuah tempat penginapan dalam filem LOTR. Di sini kami dihidangkan dengan ginger beer sebagai penghilang dahaga. Interior di sini memang menarik dan unik.


Sementara menunggu bas mengambil kami untuk pulang ke Shires Rest Cafe, kami sempat berkenalan dengan this one Singaporean Malay yang sudah menetap lama di Australia. Datang ke sini bersama teman-temannya dengan menunggang motorsikal besar. Hebat pakcik nih! Sakan Kak Hanim dengan Abang Dzul berborak. Almaklum jumpa sesama Melayu. Hehe.

Selesai lawatan di Hobbiton, kami meneruskan perjalanan ke Rotorua, yang terletak 70 km lebih dari sini. Tak singgah kat mana-mana pun on the way ke Rotorua ni. Terus drive straight ke hotel. Hotel kami Fenton Court Motel yang terletak di Fenton St. Yang menariknya di sini, sepanjang jalan ni penuh dengan tempat-tempat penginapan yang menarik. So, untuk para pelancong memang banyak pilihan. And one thing good about this Fenton Court Motel ni ialah - FREE WIFI!!! Nak menjerit aku masa nampak signboard tu. Hahaha. Motel kami merupakan 2-bedroom unit dengan kemudahan dapur dan pool spa. Menarik tapi aku takdan nak menggunanya. Online lagi penting mengatasi keseronokan berendam dalam tu. Hehehe.


Since kat sini boleh masak, so aku dengan Dzuha pergilah ke Pak'N Save - supermarket kat sini, membeli barang-barang runcit seperti beras, sayur-sayuran dan TELUR! Kenapa aku capskan telur tu? Kerana tiap-tiap hari kami masak ni. Hahahahaa..Selesai masak dan makan, kami just rehat sahaja kat motel sambil sibuk menunggu news update MH370. Dan aku seperti biasa, online sampai lebam! Free wifi maaa.
E kore e ngaro to purapura i ruia mai I Rangiatea
(The seeds which were sown in Rangiatea will never be lost)

Day 3: Rotorua ~ Te Puia & Gondola Ride

Sebelum aku ceritakan tentang aktiviti kami di sini, ada baiknya aku ceritakan serba sedikit pasal Rotorua ni. These are some of the interesting facts about Rotorua:
  • Rotorua mempunyai jumlah penduduk sekitar 56,000 orang.
  • Rotorua di dalam bahasa Maori bermaksud "dua tasik". Terdapat dua tasik di sini iaitu Tasik Rotorua dan Tasik Kahumatamomoe.
  • Rotorua terletak di dalam kawasan active thermal activity yang mempunyai geyser dan mud pools.
  • Ia juga dikenali sebagai Sulphur City; disebabkan pembebasan gas hidrogen sulfida, yang memberikan aroma bandar ni seperti bau rotten egg.
  • 50% penduduk Rotorua terdiri daripada puak Maori.
  • Industri pelancongan merupakan industri utama di sini.
  • Juga terkenal sebagai spa town dan pusat tumpuan pelancong sejak 1800-an.
  • Terdapat banyak mud pool yang muncul di sekitar bandar terutamanya di kawasan Kuirau park.
Okay, demikianlah serba sedikit info pasal Rotorua ni. Anyway, aktiviti kami pada hari ke-3 di sini adalah tour di sekitar bandar ni. Destinasi pertama adalah Te Puia, iaitu perkampungan penduduk asal New Zealand, kaum Maori. Te Puia ni terletak tak jauh dari tempat penginapan kami di Fenton Street tu. Te Puia juga merupakan thermal village yang mempunyai mud pools, Pohutu Geyser (geyser yang mampu memancut setinggi 30 meter!), Kiwi House (tempat di mana kita boleh melihat burung Kiwi secara dekat) dan pusat mengukir kayu dan mengayam kaum Maori. Kiranya di sini adalah pusat kebudayaan kaum Maori. Untuk melawat keseluruhan kawasan ni memerlukan sekurang-kurangnya 1-2 jam. Dan terdapat juga guided tour di sini. Like us, our tour guide named Carol sangatlah peramah dan lucu. Dan semestinya dia berketurunan Maori.

Sedikit info tentang Te Puia ini:
  • Te Puia Daytime Tours run hourly (9.00 am - 5.00 pm)
  • Harga tiket: $48.50 (dewasa), $24.50 (kanak-kanak)
Anyway, kami sampai di Te Puia ni seawal jam 9.30 pagi and we have to wait another half an hour untuk tour berikutnya pada jam 10.00 pagi. And the best part was, kat sini dia bagi 100MB free internet. Cukup la kan setakat nak upload gambar kat Instagram semua. Hahaha.

Like I mentioned earlier, tour guide kami bernama Carol yang peramah tu membawa kami mengenal dengan lebih dekat asal-usul kaum Maori di bumi New Zealand ni. Macam-macam dia bercerita sampai aku tak ingat. Memula dia ceritakan apa yang tersirat dalam ukiran setiap patung yang terdapat di situ. Kemudian dibawanya kami ke pusat pembuatan kraftangan iaitu ukiran kayu dan anyaman turun-temurun kaum Maori. Ia merupakan sebuah institut pengajian kebudayaan kaum tersebut demi memastikan budaya dan tradisi kaum ni tidak luput ditelan zaman. Tu dia bahasa aku!


Selepas tu, kami dibawa pula ke sebuah kawasan lapang untuk melihat upacara tradisional mereka. Seingat aku kalau tak silap upacara menyambut tetamu kot. Ia merupakan sebuah tarian ala-ala pahlawan. Sebelum upacara bermula kami diingatkan oleh arol untuk tidak ketawa sebagai tanda hormat. Tapi ada gak mat saleh yang tak makan saman dok gelak sampai ditegur oleh Carol. Selesai upacara ni, kami dibawa pula memasuki pusat pembiakan burung Kiwi yang semakin pupus ni. Nak masuk ke sini, kami tidak dibenarkan mengambil gambar, dan tak boleh buat bising sebab burung Kiwi ni sangat sensitif dengan cahaya dan bunyi. Lagipun dalam ni gelap gelita. Lampu yang ada pun samar-samar. But we managed to see seekor dua burung Kiwi ni.

Next, kami melawat pula ke Pikirangi Village, sebuah perkampungan Maori yang dibina semula untuk memaparkan suasana dan cara hidup seharian mereka. Pelawat boleh melihat traditional arts and crafts yang terdapat dalam budaya awal masyarakat ini. Comel-comel rumah tradisionalnya kalau nak dibandingkan dengan saiz badan mereka sebenarnya!


Tak jauh dari sini kami berjalan di bawah terik matahari untuk melihat mud pool dan geyser. Inilah first time aku tengok geyser ni. Masya-Allah memang mengagumkan. Katanya, geyser ni mampu memancut (betul ke istilah aku ni? Cam sesuatu plak rasa.. hahahaa) setinggi 30 meter! Tinggi tu. Kat sini merupakan kawasan thermal, so memang la panaskan. Ditambah pulak dengan kepanasan matahari. Mencurah-curah peluh aku kat sini.


Setelah berada lebih kurang 2 jam setengah kat dalam ni, kami bergerak pulang dulu ke hotel untuk makan tengahari. Kemudian pada jam 2.00 petang, kami keluar semula untuk menaiki Gondola. Gondola di atas Mount Ngongotaha ni adalah salah satu daripada 3 gondola yang terdapat di New Zealand selain di Queenstown dan Christchurch. Harga bagi dewasa adalah $25.00 dan kanak-kanak pula $12.50.

Di atas puncak gunung ni kita boleh melihat keseluruhan bandar Rotorua dengan tasiknya yang besar itu. Pemandangan memang cantik. Selain daripada menaiki gondola, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, antaranya:
  • The Swoop (a giant swing), yang terletak di lereng bukit. Memang tak la aku nak naik ni kan. Takut hilang hanya kegayatan.
  • Zorbing iaitu menuruni bukit dengan bola gergasi.
  • Rotorua Bungy yang setinggi 43 meter.
  • Skyline Lugeiaitu menuruni bukit dengan menaiki go-kart, dan sebagainya.
But for us, kaum-kaum tua ni hanya mampu melakukan aktiviti jungle tracking sahaja untuk menikmati keindahan flora dan fauna di sini. Hehehe.. Selesai jungle tracking, kami berehat sebentar di hadapan Skyline Luge itu untuk mengambil gambar. Ramai anak-anak muda beriadah di sini. Teringat pula suasana yang persis Everland di South Korea.


Dua jam berada di sini, kami bergerak menuju ke Rotorua City Lakefront yang terletak di Memorial Drive. Kiranya beriadah di hadapan tasik la ni. Ramai pulak umat Rotorua time ni. Siap berpiknik bagai kat tepi tasik. We spent like sejam setengah berehat di sini sambil memerhatikan gelagat manusia. Lepas tu, terus balik hotel untuk merehatkan diri.


Demikianlah selesainya aktiviti kami pada hari ke-3 di New Zealand ni. Jumpa di post berikutnya ya. Tungguuuu... =)
Read More